Ahli Pemuda Umno berkelakuan seperti samseng semasa protes, kata DAP
DAP mengutuk kelakuan sekumpulan ahli Pemuda Umno yang mengugut membakar ibu pejabat parti pembangkang itu, berkata mereka tidak berbeza berbanding "samseng".
Mereka juga menggesa parti Melayu dan pemimpinnya mengecam para ahlinya kerana "tindakan tidak bertamadun" dengan membuat ancaman itu dan memusnahkan papan tanda DAP yang memaparkan logonya.
Ia juga mahu Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin meminta maaf atas kelakuan ahli-ahlinya itu.
Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Anthony Loke (gambar) berkata walaupun beliau menghormati hak rakyat untuk berhimpun dan menyatakan pandangan mereka, cara Pemuda Umno lakukan adalah tidak sopan.
"Mereka seperti samseng dalam menyatakan pandangan mereka, ia kasar dan tidak berbeza dengan samseng.
"Ini sikap tipikal Pemuda Umno yang ganas, kurang ajar dan kasar," katanya kepada The Malaysian Insider.
Bersenjatakan sepanduk, lebih kurang 50 ahli Pemuda Umno Wilayah Persekutuan melakukan bantahan di hadapan ibu pejabat DAP di Jalan Yew, Kuala Lumpur beberapa jam lalu sebelum menyerahkan memorandum kepada Dr Ong Kian Ming.
Mereka mengugut membakar bangunan itu dan pemimpin DAP mendakwa rusuhan itu memusnahkan papan tanda parti itu.
Polis berada di sana untuk memantau keadaan dan mengawal orang ramai daripada bersikap liar.
Para penunjuk perasaan mengutuk Ahli Dewan Undangan Seri Delima Pulau Pinang (DAP), RSN Rayer yang berkata "Umno Celaka" merujuk kepada parti Melayu pada sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang semalam.
Penggunaan perkataan beliau mencetuskan bantahan besar-besaran di Pulau Pinang juga, yang menyaksikan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dicerobohi buat pertama kali dalam sejarah semalam.
Loke menyeru semua ahli dan penyokong bertenang, menekankan bahawa mereka tidak akan turun ke peringkat Umno.
"Mereka cuba mewujudkan sebab dan berharap dapat memprovokasi kami tetapi kami tidak akan jatuh ke dalam perangkap mereka," katanya.
Naib Pengerusi DAP Teresa Kok berkata, kedua-dua insiden dalam perhimpunan di Pulau Pinang dan ibu pejabat DAP menunjukkan Pemuda Umno sedang cuba mencari isu-isu dan membesar-besarkannya kepada mereka untuk mewujudkan huru-hara.
"Kelakuan biadab dan berbahaya seperti itu mesti dilihat secara serius oleh pihak polis dan perdana menteri.
"Mereka yang terlibat mesti dihukum. Perdana menteri mesti mengutuk kelakuan sedemikian bagi menunjukkan tiada tolak ansur terhadap tingkah laku berbahaya seperti itu," katanya.
Ong berkata mereka akan membuat laporan polis terhadap sayap Pemuda Umno kerana merosakkan harta benda.
"Saya menggesa Khairy Jamaluddin mengutuk tindakan tidak bertamadun itu," kata beliau merujuk kepada ketua belia sayap ini.
"Kami juga mahu pihak polis mengambil tindakan."
Beliau berkata selain ancaman, rusuhan juga menggunakan bahasa tidak bertamadun dan menjerit kepadanya dan kakitangan DAP yang berada di sana yang menerima memorandum mereka.
"Mereka juga tidak menyerahkan memorandum tetapi mengoyakkannya di depan saya dan mencampakkannya di muka saya.
"Selepas mengumpul sampul surat, saya hanya menemui separuh daripada memorandum mereka di dalam sampul surat," katanya dan mengucapkan terima kasih kepada pihak polis yang mengawal keadaan. -TMI
Kawal ahli kamu, kata MCA pada Khairy
Pemuda MCA hari ini menegur rakan sejawatnya, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin, supaya mengawal anggota pergerakan itu ekoran perhimpunan kontroversi mahu membakar ibu pejabat DAP semalam.
“Pemuda MCA mengutuk keras ancaman oleh Pemuda Umno Wilayah Persekutuan untuk membakar ibu pejabat DAP, tindakan yang boleh mencederakan dan memakan korban nyawa.
“Kami gesa Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin untuk kawal dan tenangkan anggotanya,” kata Ketua Pemuda MCA Senator Chong Sin Woon.
Semalam, sekumpulan anggota Pemuda Umno mengadakan bantahan di ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur kerana tidak puas hati dengan tindakan wakil rakyat DAP RSN Rayer yang menggelar pemimpin Umno celaka.
Selain ungkapan menghinanya, sebuah papan tanda besar DAP juga ditumbangkan.
Sebelum itu, dalam bantahan di DUN Pulau Pinang, sekumpulan peserta perhimpunan menceroboh DUN, memaksa usul tergempar diadakan dan ketua pembangkang negeri daripada Umno kemudiannya memohon maaf.
Dalam kenyataannya hari ini, Chong berkata, walaupun MCA dan DAP masing-masing bermusuh secara politik, “perlindungan terhadap demokrasi dan kestabilan mesti diutamakan”.
Katanya, mereka juga tidak setuju dengan kegagalan DAP memaksa Rayer menarik balik “penghinaannya” tetapi ia mestilah menggunakan peti undi dan bukannya melalui gangguan, kekasaran, kemusnahan harta benda dan ancaman keganasan.
Sementara itu, Setiausaha PKR Selangor Amirudin Shari membidas dan menggesa Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin menarik balik kenyataan yang mengganggap tindakan Pemuda Umno itu sebagai satu reaksi semulajadi.
"Amatlah jelik apabila timbalan presiden Umno itu mengandaikan adalah mudah untuk memperbodoh rakyat Malaysia terutamanya generasi muda dengan kenyataan sedemikian," katanya dalam satu kenyataan. -mk
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI