8 Dis 2014

UMNO-BN Malu Lihat Urustadbir Kewangan Yang Cekap & Bersih Di Selangor?


Ketua pembangkang Selangor letak jawatan

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Datuk Shamsuddin Mohd Lias meletakkan jawatannya ha‎ri ini selepas menolak jawatan sebagai pengerusi Kira-Kira Wang Awam (PAC) negeri.

Shamsuddin berkata, jawatan ketua pembangkang yang mewajibkannya menjadi pengerusi PAC itu tidak lebih seperti menjadikannya sebagai boneka kerajaan Pakatan Rakyat (PR).

"Saya tiada pilihan melainkan sama ada saya mempertahankaan prinsip yang menjadi asas integriti saya atau menerima tawaran di mana kuasa hanya pada nama.

"Tetapi tangan saya terikat rapi serta terpaksa tunduk dengan tekanan apabila menjadi pengerusi PAC kelak," katanya pada sidang media di Shah Alam, hari ini. -TMI

ULASAN GB

Di negeri-negeri dimana UMNO BN memerintah termasuk kerajaan Pusat, jawatan Pengerusi PAC tidak pernah dapat disandang oleh Ketua Pembangkang. Hanya di negeri Pakatan Rakyat, pembangkang iaitu UMNO BN diberi peluang untuk menjadi pengerusi PAC.

Apakah kerana UMNO BN terasa "malu" dan "pilu" untuk melihat kebersihan pentadbiran kerajaan PR Selangor berbanding dengan kerajaan-kerajaan yang diperintah UMNO BN sehingga tidak sanggup untuk menjadi pengerusi PAC?

Alasan bahawa tangannya nanti terikat rapi serta terpaksa tunduk dengan tekanan apabila menjadi pengerusi PAC kelak hanyalah alasan semata-mata untuk menutup "kemaluan" apabila dibandingkan dengan urustadbir kewangan di zaman UMNO BN memerintah.

Sementelah lagi, sama dengan penolakan peruntukan RM200,000 kepada ADUN-ADUN pembangkang di Selangor, penolakan menjadi Pengerusi PAC dapat dibaca sebagai ada arahan dari pucuk pimpinan partinya agar tidak menjadi contoh untuk kerajaan-kerajaan UMNO BN yang terpaksa mengikut langkah kerajaan PR Selangor untuk memberikan pengiktirafan yang saka kepada Ketua pembangkang di negeri-negeri yang diperintah UMNO BN.

Rakyat tidak bodoh untuk membaca semuanya itu.

Datuk Fuad Hassan Kembali Ke Rahmatullah


Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Datuk Fuad Hassan (gambar) meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) tengah malam tadi akibat serangan sakit jantung.

Fuad, 62, menghembus nafas terakhir kita-kira jam 12.20 tengah malam tadi di sisi ahli keluarganya setelah tidak sedarkan diri sejak dimasukkan ke hospital berkenaan awal pagi semalam.

Allahyarham sebelum itu diserang sakit jantung semasa menghadiri majlis penutup sempena Program Pemukiman Transformasi Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) di Awana Kijal, Kemaman, Terengganu 11.15 malam semalam.

Adik Allahyarham, Datuk Jalaluddin Hassan berkata beliau menerima berita mengenai kejadian yang menimpa abangnya itu tengah malam kelmarin sebelum bertolak ke Kuantan pagi semalam bersama adik beradiknya yang lain.

"Saya bersama adik beradik yang lain sampai ke hospital pagi jam 9 pagi dan semasa itu Abg Ngah ketika itu masih dalam keadan tidak sedarkan diri namun dalam keadaan stabil.

"Bagaimanapun keadaannya mula kritikal petang semalam dengan mengalami tekanan darah rendah dan kegagalan fungsi buah pinggang sebelum menghembus nafas yang terakhir tengah malam tadi," kata pelakon terkenal itu.

Katanya, jenazah abangnya itu akan dimandi dan disembayangkan di surau Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan sebelum dibawa ke rumahnya di No.52, Jalan 4M, Ampang Jaya, Selangor.

Adik allahyarham ialah bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan.

Allahyarham, pernah memegang pelbagai jawatan dalam Pemuda Umno Selangor dan Pemuda Umno Malaysia serta merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Klang (BN) selama dua penggal dari 1990-1999.

Allahyarham dilantik ke jawatan ketua pengarah Jasa pada 2009.

Jenazah allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Taman Bukit Teratai, Ampang, selepas zohor hari ini. – Bernama,



Berhati-hati Dengan Orang Myanmar, Kewujudan "Geng Lapah Manusia" Terbongkar....


Bukit Mertajam: Ia kelihatan seperti seperti sebuah rumah kos rendah satu tingkat yang biasa tetapi rumah kecil yang terletak di Machang Bubuk, di sini, mempunyai kisah seramnya sendiri.

Rumah ini menjadi rumah di mana warga Myanmar dibunuh dan dipotong dalam kes pembunuhan balas dendam yang kejam.

Polis telah menyerbu dan menyita rumah di Kampung Pisang, ini yang terletak di kawasan hutan jauh dari jalan utama.

Mereka menemui kesan darah di dalam rumah, walaupun ia telah dicuci dan dicat semula.

Pembunuh juga telah memulangkan kunci rumah kepada pemiliknya.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Wira Abdul Rahim Hanafi berkata dua pembunuhan terakhir dipercayai telah dilakukan di rumah yang kosong itu.

Abdul Rahim berkata suspek juga dipercayai telah menyewa rumah lain yang terletak enam pintu dari rumah tersebut.

Mereka tinggal di situ dan membawa mangsa ke rumah lain di mana mangsa dibunuh dan dipotong.

"Polis telah menemui tiga bilah parang panjang dipercayai senjata yang digunakan oleh suspek," katanya selepas melawat rumah berkenaan, Jumaat.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Komisioner PR Gunarajan.

Abdul Rahim berkata rumah di mana berlakunya pembunuhan itu telah disewa oleh suspek sejak empat bulan lalu.

"Kami masih menyiasat berapa banyak mayat yang telah dipotong di dalam rumah ini," katanya.

Beliau berkata, polis menahan dua suspek lain, dalam usia 30-an, di Pulau Pinang pada Khamis malam, menjadikan jumlah suspek ditahan berkaitan pembunuhan warga Myanmar menjadi 17.

15 warga Myanmar, berusia 20-an hingga 40-an, termasuk dalang, telah ditahan sejak dua minggu lalu dalam Ops Kelar berkaitan dengan pembunuhan rakan-rakan senegara mereka.

Abdul Rahim berkata berikutan penahanan 17 suspek itu polis percaya telah menyelesaikan kes pembunuhan yang melibatkan lapan mangsa.

"Kami masih dalam proses menangkap lebih ramai suspek.

"Operasi ini akan memberi tumpuan kepada 18 kes pembunuhan melibatkan warga Myanmar di Pulau Pinang," katanya.

Beliau berkata polis juga telah menemui sebuah kereta yang dipercayai digunakan oleh suspek untuk memindahkan bahagian-bahagian badan ke lokasi lain.

Abdul Rahim berkata dendam dipercayai menjadi motif di sebalik pembunuhan.

Pada 24 November dilaporkan bahawa bungkusan yang mengandungi kepala manusia ditemui di hadapan sebuah restoran di Taman Impian Ria, Bukit Mertajam.

Bahagian badan manusia seperti tubuh tanpa kepala, tangan dan lengan kiri telah ditemui sejak kebelakangan ini.

Dilaporkan terdapat 51 pembunuhan di negeri ini tahun ini, di mana 18 mangsa adalah rakyat Malaysia dan 33 rakyat asing. -mstar