11 Nov 2011

Tahan Peruntukan Adalah Rasuah - Transparency International Malaysia

Memberi hanya sebahagian daripada peruntukan kerajaan dan menjanjikan bakinya selepas calon tertentu menang pilihan raya, adalah dianggap seperti membeli undi, kata badan pemantau anti-rasuah Transparency International Malaysia (TI-M) hari ini.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC) mengenai pembaharuan pilihanraya hari ini, Presiden TI-M. Datuk Paul Low berkata amalan seumpama itu boleh dianggap sebagai rasuah.

"Jika anda beri RM3,000 sekarang dan kemudian berkata, 'jika saya menang, saya akan beri bakinya RM3,000,' ini bukan satu dana pembangunan. Ini adalah rasuah," katanya.

Terdahulu, Low telah mencadangkan kepada panel sembilan orang anggota PSC bahawa organisasi yang meminta "derma" semasa kempen politik juga harus didakwa kerana menjual undi mereka.

Beliau menjawab soalan anggota PSC, Datuk Fong Chan Onn (BN-Alor Gajah) yang bertanya sama ada organisasi yang "meminta (derma) atau memeras ugut (calon untuk memberi wang untuk undi)" perlu didakwa.

"Semasa kempen, calon dan parti politik sering dijemput ke sekolah atau kuil, dan mereka akan mengatakan jika tak beri wang, kami tak akan undi," kata Fong.

Menurut TI-M, membeli undi ditakrifkan sebagai mana-mana jenis umpan dalam bentuk wang tunai atau cek kepada pengundi "dan berkata anda undi saya".

"Dalam temubual (media), (pengerusi) Suruhanjaya Pilihan Raya (Tan Sri Abdul Aziz Yusof) berkata, memberi wang bukan rasuah, kerana kita tidak tahu sama ada (penerima) mengundi (pemberi) atau tidak.

"Ini adalah takrifan yang salah, selagi umpan individu berlaku dengan memberi wang, maka ia adalah tidak wajar," katanya kepada panel PSC yang dipengerusikan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Maximus Ongkili.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi sasaran tahun lepas kerana didakwa mengumpan pengundi semasa pilihan raya kecil Mei lalu, dengan berkata semasa satu ceramah kempen pilihan raya kecil Sibu bahawa beliau akan menandatangani cek RM5 juta untuk projek tebatan banjir jika calon BN menang.

TI-M juga mencadangkan pembentukan kerajaan sementara semasa kempen pilihan raya, mengikut model India yang mempunyai jawatankuasa yang dianggotai individu-individu terkemuka, mengambil alih daripada kabinet selepas pilihan raya dipanggil.

Sebagai alternatifnya, Low berkata, ketua setiausaha negara boleh diletakkan sebagai ketua kerajaan semasa pilihan raya.

Ia dibantah oleh Wee Choo Keong (Bebas-Wangsa Maju) yang menegaskan bahawa walaupun demokrasi maju seperti Amerika Syarikat, tidak mempunyai kerajaan sementara.

Low juga membangkitkan kebimbangan berhubung pembiayaan politik, dan meminta digubal undang-undang untuk memaksa parti-parti politik mendedahkan sumber pembiayaan mereka.

Jika tidak, katanya, parti-parti akan terikat kepada individu dan syarikat-syarikat yang membiayai mereka, yang membawa kepada tender tertutup dan rasuah dalam negara.

Anthony Loke (DAP-Rasah) berkata manakala idea itu baik di segi teorinya, ia akan menimbulkan masalah kepada pembangkang yang pemberi dananya memilih tidak mahu namanya disiarkan kerana takut sokongan mereka akan menyebabkan tindak balas dari pihak pemerintah.

Menjawab soalan Dr Hatta Ramli (PAS-Kuala Krai), Low mengakui bahawa model Jerman perlu disesuaikan dengan Malaysia kerana republik itu mengamalkan sistem pilihan raya yang berbeza.

TI-M juga menggesa supaya diperketatkan undang-undang pilihan raya yang menghadkan jumlah yang dibelanjakan untuk kempen politik, dan had untuk memohon kepada calon dan parti politik yang diwakili.

Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 menghadkan perbelanjaan calon kepda RM100,000 bagi kerusi Dewan Undangan Negeri dan RM200,000 bagi kerusi Parlimen.

Low berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya perlu memainkan peranan lebih aktif, dengan mendakwa mereka yang berbelanja melepasi had, sepertimana yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Thailand yang mendakwa Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva kerana didakwa melanggar had perbelanjaan awam untuk kempen pengiklanan.

Laporan sebelum ini
klik untuk baca



Bebaskan Universiti Daripada Politik Sempit Umno-BN

Kuala Lumpur: PAS memandang serius dan prihatin dengan serangan yang dilancarkan oleh pihak-pihak tertentu termasuk daripada Umno dan bebas terhadap pakar Perlembagaan, Profesor Dr Abdul Aziz Bari, tegas Naib Presidennya, Salahuddin Ayob.

Terbaru Menteri Pengajian Tinggi, Dato Seri Mohamed Khaled Nordin juga turut "menyerang" pensyarah undang-undang UIAM itu.

Katanya, PAS sedih dengan sentimen politik sempit yang mereka amalkan, hanya kerana ahli akademik berkenaan mempunyai pandangan berbeza dan bercakap di atas pentas lain daripada Umno mereka dianggap bersalah dan perlu meletakkan jawatan.

PAS berpendapat apa yang Abdul Aziz lakukan masih lagi di dalam kerangka Perlembagaan meskipun ia tidak selaras dengan politik Umno-BN, ujar beliau.

"Apa yang berlaku itu amat menyedihkan. Baik dari perspektif demokrasi atau kebebasan akademik apa yang mereka lakukan itu bukan sahaja salah tetapi juga tidak adil.

"Sudah menjadi rahsia umum bahawa ramai profesor dan tenaga akademik IPTA tempatan terlibat - secara langsung atau sebaliknya - dalam membantu politik Kerajaan Barisan Nasional dan Umno. Abdul Aziz adalah segelintir kecil ahli akademik yang sanggup mengambil risiko memberi pandangan kepada politik pembangkang," tegas beliau.

Itu sudah cukup menjadi alasan untuk tokoh-tokoh seperti Abdul Aziz membantu parti lain dari Umno-BN, walhal Perlembagaan negara menjunjung hak sama rata manakala Barisan Nasional menjadi kerajaan di peringkat Persekutuan ia menjadi pembangkang di beberapa buah negeri.

Salahuddin berkata, dengan itu Umno-BN tidak boleh memonopoli dan membolot segala-galanya, sebaliknya mereka perlu ingat bahawa IPTA adalah milik rakyat umumnya dan pembayar cukai khususnya.

Dengan demikian tegas beliau lagi, parti-parti di luar Barisan Nasional juga mempunyai hak untuk mendapat pandangan dan perkhidmatan ahli-ahli akademik berkenaan.

PAS komited katanya, dengan kebebasan akademik dan autonomi universiti, dan Umno-BN perlu akur bahawa tidak semua ahli akademik setuju dengan dasar dan keutamaan politik mereka.

"Dan mereka ini perlu diberi ruang untuk mengungkapkan idea mereka untuk kepentingan rakyat. PAS yakin ada perkara-perkara baik yang boleh dinikmati oleh rakyat. Umno-Barisan Nasional tidak mempunyai hak untuk menyekat mereka.

"Mengambil bahagian dalam politik - atas kapasati apa sekalipun - adalah satu hak yang dijamin dalam semua sistem demokrasi. Malaysia akan terus mundur dalam liga demokrasi dunia sekiranya ia terus terjebak dalam politik kepartian sempit Umno-BN," tegas beliau.

Adalah sesuatu yang tidak masuk akal dan bersalahan dengan Perlembagaan kata Salahuddin, jika Umno-BN cuba membentuk tanggapan bahawa manakala bersama dengan mereka adalah berkhidmat untuk negara dan membantu parti-parti lain sebagai melanggar undang-undang dan peraturan.

Beliau berkata, Umno-BN perlu akur dengan landskap baru politik negara, khususnya selepas keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Seksyen 15 AUKU 1971.

Mereka ujarnya, tidak harus meneruskan politik peras ugut di dalam negara, sebaliknya perlu komited dengan transformasi ke arah demokrasi yang dijanjikan oleh YAB Perdana Menteri.

"Dengan ini PAS menuntut agar Umno-BN umumnya dan IPTA tempatan khususnya supaya membenarkan kakitangan akademik mereka terlibat dalam advokasi awam, baik melalui pentas politik maupun kapasiti lain," kata beliau.

PAS juga menuntut supaya IPTA mengambil langkah memansuhkan peraturan-peraturan yang menyekat aktiviti tersebut dengan serta merta. -Tarmizi Mohd Jam

[Bergambar] Foto-foto Tragedi Kemalangan Bas-Treler Di Behrang Ragut 4 Nyawa

Berikut ialah gambar-gambar kemalangan yang melibatkan bas yang membawa para pelajar dan guru dengan treler yang menyebabkan 4 orang terbunuh manakala 22 yang lain cedera.

Kemalangan berlaku di KM382 Lebuhraya Utara Selatan, berhampiran Hentian Rehat dan Rawat Behrang, pada kira-kira jam 4.30 pagi tadi.

Jurucakap trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Tanjung Malim berkata, bas yang dinaiki 44 penumpang termasuk pemandu dipercayai hilang kawalan kerana laluan berpasir sebelum terbalik dan mengentam belakang bas yang dinaiki kesemua mangsa.

Rombongan dalam perjalanan dari Kulim ke Kuala Lumpur sebelum ke Genting Highlands.

Mereka dijadual mengadakan rombongan tiga hari dua malam di ibu kota.

Siasatan awal menunjukkan pemandu berkenan hilang kawalan, melayang ke ke sebelah kiri jalan lalu terbalik. Sebuah treler kemudian melanggarnya.

Mangsa yang terbunuh dikenalpasti sebagai pelajar tingkatan tiga Khairul Anuar Azhan dan Maysara Zaidi, kedua-duanya berumur 15 tahun dan guru Siti Hajar Mohamad, 33.

Basarah Saad, 45, seorang penumpang dari bas yang lain yang berhenti kerana membantu juga terbunuh apabila treler tersebut merempuh bas yang terbalik.

Beliau berkata 22 orang mangsa yang tercedera mendapat rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Slim River Hospital sementara lima yang lain cedera parah dimasukkan ke dalam wad.

Berita selanjutnya di SINI

Mangsa sedang keluar dari bas sebelum dirempuh treler: Saksi

SLIM RIVER: Kebanyakan pelajar dan guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan Air Merah, Kulim, Kedah sedang tidur ketika bas persiaran yang mereka naiki untuk lawatan ke Kuala Lumpur sebelum ke Genting Highlands terbabas dan terbalik di laluan kiri menuju arah selatan di Kilometer 382 Lebuhraya Utara-Selatan awal pagi tadi.

Menurut saksi, mereka cuba keluar dari bas terbabit sebelum treler membawa guni muatan pasir merempuh sebahagian belakang bas yang berada di atas jalan laluan lebuh raya itu.

Seorang pelajar yang berada dalam bas terbabit, Farhana Adila Ramli, berkata ketika kejadian kebanyakan rakannya sedang tidur.

"Kami tidak sedar sebahagian bas telah terbalik selepas terbabas, suasana bising. Kami keluar dari bas untuk selamatkan diri masing-masing. Pada waktu itu tiba-tiba sebuah treler langgar dari belakang bas, kawan-kawan di bahagian belakang saya tidak tahu nasib. Saya sedar apabila berada di hospital," katanya ketika ditemui di bahagian kecemasan Hospital Slim River di sini.

Pelajar Tingkatan Tiga, Mohd Shah Redzuan Samsudin, yang patah di bahagian lengan, berkata sebilangan besar yang berada di dalam bas terbabit hanya cedera ringan apabila bas itu terbabas.

"Apabila treler merempuh bas kami, saya tengok rakan sekolah yang lain tercampak keluar dari bas,
" katanya.

Guru mata pelajaran Biologi, Azria Hani, 31, berkata rombongannya bertolak dari Kulim pada 11.30 malam tadi untuk lawatan ke Kuala Lumpur dan Genting Highlands.

Antara tempat yang ingin dilawati adalah ASTRO dan Menara Berkembar PETRONAS
.

Sementara itu, Ketua Wanita UMNO Bahagian Alor Setar, Sharifah Maznah Syed Kassim, berkata mangsa yang maut dalam kejadian itu, Basarah Saad, adalah ahli pergerakan Wanita dan menaiki bas lain yang berhenti untuk membantu pelajar keluar dari bas yang membawa rombongan sekolah berkenaan.

"Ketika bas yang membawa rombongan Pergerakan Wanita UMNO Kedah untuk ke Tanjung Karang lalu di kawasan terbabit, pemandu ternampak dan kemudian berhenti di depan bas terbabit.

"Pemandu kami turun untuk bantu pelajar dan pesan kepada kami jangan turun tapi beberapa ahli pergerakan ingin bantu. Mereka sempat keluarkan tiga pelajar dari bas yang terbabas," katanya.

Apabila sedang membantu, sebuah treler merempuh belakang bas terbabit dan kemudian asap keluar berkepul-kepul.


"Pemandu minta semua ahli Wanita yang turun (untuk bantu) naik semula ke dalam bas kami, kerana pemandu kata keadaan bahaya dan risau jika bas terbabit meletup. Apabila bas kami bergerak, baru tersedar Basarah tiada dalam bas, dan cubaan menghubunginya gagal. Kami kemudian berhenti dan berjalan kaki ke kawasan kejadian sebelum dimaklumkan Basarah maut," katanya.

Katanya, ketika kejadian, kedengaran pelajar terbabit menangis dan meminta tolong dalam keadaan gelap di kawasan berkenaan.

Beliau berkata, Basarah adalah ibu tunggal dan mempunyai tiga anak lelaki.

Abang kepada seorang pelajar yang maut, Zuhairi Azhan, 21, berkata pada mulanya beliau tidak membenarkan adiknya Khairul Anwar menyertai rombongan itu bagaimanapun selepas dirayu beberapa kali akhirnya beliau mengizinkan.

"Saya terkilan tidak dapat menghantar adik kerana bekerja. Sebenarnya ibu saya mengalami trauma kerana sebelum ini adik perempuan saya juga meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya," katanya.

Ibu kepada Farhana Adila, Rozita Idris berkata, pada 6.30 pagi tadi beliau cuba menghubungi anaknya bagaimanapun tidak dapat menembusi talian telefon bimbit anaknya itu.

"Saya kemudiaan cuba hubungi kawan kepada anak saya, dan dimaklumkan bas kemalangan dan mereka berada di Hospital Slim River. Saya sedih dan hiba apabila diberitahu ada rakan anak yang meninggal dunia dalam kejadian itu," katanya.

Kesemua jenazah mangsa yang maut sudah dituntut waris masing-masing petang tadi di Rumah Mayat Hospital Slim River.

Dalam kejadian itu, empat maut dan lima cedera parah apabila sebuah treler membawa guni berisi pasir melanggar bahagian belakang bas yang berhenti akibat terbabas di sebelah kiri laluan menuju ke selatan di Kilometer 382 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Behrang di sini awal pagi tadi. - BERNAMA


Foto-foto dibawah ehsan fotoBERNAMA.

















Tanda Kejatuhan Najib Jelas Apabila Beliau Tergamak Khianati Amanat Ayahnya Sendiri

Hari ini 11 November 2011. Tanggal 12 Novem 1975 Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tun Abdul Razak memberikan jawapan kepada Lim Kit Siang dalam parlimen mengenai royalti minyak.

Jawapan itu boleh dilihat pada poster di sebelah yang dihadiahkan oleh pihak kerajaan Kelantan kepada PM Malaysia sekarang, DS HJ Najib yang merupakan anak kepada mantan Perdana Menteri Tun Abdul Razak. Malangnya jawaban Najib dalam Parlimen tentang royalti minyak Kelantan menyanggahi apa yang dijawab bapanya.

DS HJ Najib baharu pulang dari Mekah menunaikan haji. Orang balik haji yang dipanggil Pak Haji ni biasanya orang baik, atau orang mahu menjadi baik. Lepas lihat Kaabah, lepas tawaf, lepas saie, lepas wukuf di Arafah, lepas minum air zam-zam sepatutnya ada perubahan positif yang berlaku.

Dalam konteks seorang Perdana Menteri, perubahan yang berlaku antaranya perubahan sikap dan pandangan terhadap hak royalti Kelantan. Apatah lagi poster yang dibawa itu pula bukan setakat poster orang biasa, bukan poster orang Myanmar atau Kemboja di Seri Bandi atau Sungai Miang tetapi poster ayahandanya sendiri.

Tidak terdetikkah di hatinya yang baharu menunaikan ibadah haji itu untuk terasa menunaikan amanah bapanya sendiri dan membenarkan kata-kata bapanya itu, melampaui batas sempadan rasa sakit hati terhadap Kelantan? Atau merasai kuasa adalah segala-galanya sehingga menolak kebenaran ucapan bapa sendiri?

Kalau pembaca sebagai seorang anak, kemudian ditunjukkan gambar bapa dengan ucapannya yang tertentu bercanggah dengan ucapan saudara, apa perasaan saudara? Tidak terasa langsung dalam hati? Tidakkah hubungan bapa dan anak itu ada nilai sentimentalnya yang tersendiri?

Justeru, amat wajar tindakan kerajaan Kelantan membawa poster Tun Razak bersama jawapannya berkenaan royalti itu kepada anaknya Najib yang baharu pulang dari Mekah. Ia bukan perbuatan menangguk di air keruh dan semata-mata mengumpan sentimen bapa dan anak, tetapi mencedok di air jernih dan mahu menjadikan si anak itu menghormati kata-kata bapanya.


Nik Nasri Nik Malek
Kuala Terengganu


Kelantan hantar amanat Tun Razak kepada PM


Kerajaan Kelantan hari ini menyerahkan sepucuk surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, bagi membuktikan kepadanya bahawa dalam jawapan yang diberikan oleh bapanya, Tun Abdul Razak Hussein, di Dewan Rakyat beliau menyokong tuntutan royalti minyak Kelantan.

Merujuk jawapan lisan kepada soalan yang diajukan oleh ahli parlimen DAP Lim Kit Siang yang berusia 34 tahun ketika itu, Abdul Razak yang menyelia pewartaan Akta Petroleum 1974, berkata royalti perlu dibayar walaupun minyak ditemui di luar pesisir.

Jawapan yang diberikan pada 12 November 1975 itu berbunyi:

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap negeri akan menerima 5 peratus daripada nilai petroleum yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan (onshore) atau di luar perairan (offshore) negeri tersebut, yang dijadual oleh PETRONAS ataupun agensi-agensi ataupun kontraktor-kontarktornya,".

Sehubungan itu, Kelantan yang diwakili oleh exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa menyerahkan surat atau amanat berkenaan kepada wakil perdana menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz di parlimen hari ini.

"Kami berharap dengan pulangnya Haji Datuk Seri (Najib Razak) Perdana Menteri, hati beliau terbuka untuk bayar balik royalti, kerana ini adalah pesanan Tun Razak, ayahanda beliau," kata Husam pada sidang media yang turut dihadiri oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. -mk


4 Terbunuh, 22 Cedera Dalam Tragedi Kemalangan Bas Dan Treler Di Behrang

Empat orang, termasuk dua orang pelajar SMK Air Merah, Kulim, terbunuh sementara 22 yang lain cedera setelah bas yang disewa terlibat dengan satu kemalangan dengan sebuah treler di KM382 Lebuhraya Utara Selatan, berhampiran Hentian Rehat dan Rawat Behrang, pada kira-kira jam 4.30 pagi tadi.

Jurucakap trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Tanjung Malim berkata, bas yang dinaiki 44 penumpang termasuk pemandu dipercayai hilang kawalan kerana laluan berpasir sebelum terbalik dan mengentam belakang bas yang dinaiki kesemua mangsa.

Rombongan dalam perjalanan dari Kulim ke Kuala Lumpur sebelum ke Genting Highlands.

Mereka dijadual mengadakan rombongan tiga hari dua malam di ibu kota.

Pemangku OCPD Tanjung Malim Supt Md Tahir Kasim menyatakan bas tersebut membawa 36 pelajar dan tiga.

Siasatan awal menunjukkan pemandu berkenan hilang kawalan, melayang ke ke sebelah kiri jalan lalu terbalik. Sebuah treler kemudian melanggarnya.

Beliau menyetakan mangsa yang terbunuh dikenalpasti sebagai pelajar tingkatan tiga Khairul Anuar Azhan dan Maysara Zaidi, kedua-duanya berumur 15 tahun dan guru Siti Hajar Mohamad, 33.

Basarah Saad, 45, seorang penumpang dari bas yang lain yang berhenti kerana membantu juga terbunuh apabila treler tersebut merempuh bas yang terbalik.

Beliau berkata 22 orang mangsa yang tercedera mendapat rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Slim River Hospital sementara lima yang lain cedera parah dimasukkan ke dalam wad.

Supt Md Tahir berkata pemandu bas dan treler berkenaan ditahan untuk membantu siasatan.

Guru Biologi Azria Hani, 31, menyatakan kumpulannya telah berlepas dari Kulim jam 11.30 malam semalam ke Kuala Lumpur sebelum ke Genting Highlands.

Pelajar tahun 3, Mohd Shah Redzuan Samsudin, yang patah tangan, pada mulanya mereka di dalam bas hanya mengalami cedera ringan semasa bas terbalik.

"Tetapi apabila treler datang merempuh kami, saya melihat rakan-rakan saya tercampak keluar dari bas.

"Terdapat limpahan darah sana sini dan pelajar menjerit kesakitan," tambahnya.

Lembu-Lembu NFC Yang Cuba Melembukan Orang Lain

Isunya RM250 juta untuk syarikat keluarga Shahrizat

KUALA LUMPUR, 10 Nov: Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin kecewa dengan tindakan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil yang mencampuradukkan isu wang negara dengan peribadi.

Membidas kenyataan Shahrizat semalam bahawa Wanita PKR sengaja mahu memburukkan Wanita Umno dengan mendedahkan penyelewengan berhubung National Feedlot Corporation Sdn. Bhd (NFC). Zuraida mengingatkan Shahrizat agar tidak lari daripada isu sebenar.

Menurut Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang, isu yang harus diberi perhatian adalah soal pertanggungjawaban wang rakyat sebanyak RM250 juta yang diberikan kepada syarikat milik keluarga Shahrizat walaupun prestasinya tidak menepati sasaran.

Ini, katanya membabitkan nasib ribuan petani dan penternak yang lebih memerlukan bantuan dana oleh kerajaan berbanding syarikat keluarga Shahrizat dan skandal NFC menyentuh tata kelola kewangan negara yang lemah sehingga wang rakyat dibelanjakan sesuka hati.

"Adalah menjadi tanggungjawab saya sebagai wakil rakyat dan seorang pemimpin wanita untuk membawa isu ini supaya sebarang penyelewengan dapat dihentikan segera.

"Saya langsung tidak mempunyai motif peribadi, saya hanya melaksanakan amanah yang dipikul," kata beliau dalam satu kenyataan.

Justeru Zuraida menasihatkan Sharizat agar memikul amanah beliau dengan sebaik mungkin dan menjawab segala pendedahan mengenai NFC tanpa melibatkan soal peribadi.

"Pendedahan-pendedahan ini masih belum dijawab dengan baik oleh mana-mana pimpinan Barisan Nasional," katanya.

Shahrizat dilaporkan semalam sebagai berkata, keluarga beliau tidak sepatutnya dituduh menyeleweng wang rakyat sebaliknya keluarga beliau mendapat projek tersebut hasil kerja keras mereka. -HD

NFC: Shahrizat dakwa PKR mahu hancur Wanita Umno, Khairy kata liar

KUALA LUMPUR, 9 Nov – Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mendakwa serangan ke atas beliau berhubung Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) adalah satu agenda politik pembangkang yang mahu memusnahkan Pergerakan Wanita Umno.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu berkata, keluarga beliau, yang mengendalikan projek ternakan lembu tidak wajar menerima kritikan dan kecaman buruk yang dilemparkan oleh pembangkang sebab “mereka memang bekerja keras.”

“Ini adalah agenda politik oleh pembangkang untuk melemahkan Wanita Umno. Tetapi kami bukan begitu mudah untuk dimusnahkan,” kata Ketua Wanita Umno ini.

“Saya rasa malu ada seorang wanita rakyat Malaysia seperti Ketua Wanita PKR,” kata senator ini dengan merujuk kepada Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin yang sebelum ini mendakwa projek NFC gagal meskipun diberi pinjaman mudah RM250 juta dan tanah seluas 5,000 ekar.

“Mereka (pembangkang) bukan minat sangat dengan NFC. Itu memang diarahkan kepada saya, selaku ketua Wanita Umno, dan juga pengerusi Wanita BN,” kata Shahrizat lagi.

Shahrizat berkata keluarganya tidak sepatutnya dilayan sedemikian dengan apa yang dikatakan oleh pembangkang.

“Menteri sudah jawab dan saya gembira kerana kementerian akan pantau kejayaan projek itu. Saya dah lama dalam politik,” tambah beliau lagi.

Dalam pada itu, Pemuda Umno pula menyifatkan tuduhan pihak pembangkang berhubung NFC adalah liar demi menagih perhatian umum bagi menutup kepincangan pembangkang yang kini terumbang-ambing menghadapi pilihan raya umum.

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata, dakwaan bahawa NFC telah menyalurkan wang sejumlah RM81.2 juta kepada National Livestock & Meat Corporation Sdn Bhd (NLMC), syarikat sekutu NFC dan memberi diskaun hampir RM3 juta kepada sebuah lagi syarikat sekutu Real Food Company Sdn Bhd (RFC) adalah tidak benar.

“Tuduhan yang dibuat ada banyak kelemahan dari segi fakta, hujah dan dasar kerana tidak membawa apa-apa kebenaran di mana saya sendiri telah membuat penyelidikan yang dibuat melalui laman web dan temu ramah dengan pihak berkaitan.

“RM81.2 juta itu bukan sahaja bertujuan menghasilkan daging mentah tetapi juga untuk membina kemampuan dari aspek pemasaran, perancangan operasi, kewangan, perancangan organisasi dan pengurusan sumber manusia,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, demikian menurut laporan Bernama Online.

Katanya, NLMC juga dipertanggungjawabkan untuk membina rangkaian penawaran, membina pasaran untuk produk fidlot serta membeli hasil dari ladang satelit.

“Ia juga berperanan untuk memajukan operasi sistem lojistik dan penghantaran serta membina pasaran bagi produk Pusat Fidlot Nasional sebagai pengeluar daging yang konsisten dan berkualiti tinggi di dalam proses persediaan untuk Program Pembangunan Usahawan,” katanya.

Manakala berhubung dengan dakwaaan tentang pemberian diskaun, anggota Parlimen Rembau itu berkata RFC berperanan sebagai pengedar daging keluaran NFC dan diskaun yang diberi itu kemudiannya disalurkan kepada kesemua pembeli-pembeli daging.

“Ini termasuklah hypermarket besar di negara ini seperti Jusco, Carrefour, Cold Storage dan Giant, pasar-pasar tani di seluruh negara dan juga pasaran ‘hotel-restaurant-catering’,” katanya lagi.

Semalam, Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar berbohong kepada Dewan Rakyat berhubung kenyataan mereka mengenai pinjaman mudah yang diberikan kepada NFC.

Katanya, keseluruhan pinjaman mudah dan pemberian geran berjumlah lebih RM256 juta telah dikeluarkan oleh syarikat penternakan lembu yang dimiliki oleh suami dan anak-anak seorang menteri Kabinet itu.

Kata beliau, keseluruhan jumlah dana tersebut sebenarnya telah disalurkan sepenuhnya ke dalam akaun NFC menjelang 31 Mac 2009.

Rekod kewangan NFC menunjukkan pinjaman pertama sejumlah RM130 juta telah diambil dalam 2008.

Katanya, pada 31 Mac 2009, NFC telah mengambil pinjaman kedua berjumlah RM220 juta yang terus dimasukkan ke akaun Maybank milik NFC dan 6 Mei 2009 NFC memindahkan wang dari pinjaman ini berjumlah RM116 juta ke dalam akaun deposit tetap milik NFC di Public Bank Berhad. -TMI


Ulasan GB

Apa kena mengena projek lembu tersebut dengan Wanita & Pemuda UMNO sehingga Shahrizat mengaitkan dan menuduh pendedahan penyelewengan itu sebagai agenda politik pembangkang yang mahu memusnahkan Pergerakan Wanita Umno disamping keterlibatan Ketua Pemuda UMNO yang beriya-iya mempertahankan isu NFC tersebut?

...Itu memang diarahkan kepada saya, selaku ketua Wanita Umno, dan juga pengerusi Wanita BN,” kata Shahrizat lagi.


Apakah kerana Wanita & Pemuda UMNO/BN ada menerima persennya di dalam projek yang pincang berkenaan?

Atau itu cara Sharizat untuk mendapat sokongan dan simpati dari Wanita UMNO dan BN membelanya di dalam siu Projek Feedlot tersebut?

Lembah Pantai, pastikan kisah penyelewengan Feedlot ini sampai ke setiap pengundi sekalipun SPR telah merancang penambahan undi pos di Lembah Pantai untuk kemenangan wanita projek lembu ini.

Perancangan Jahat SPR: Pengundi Pos Lembah Pantai Naik Mendadak

Anak Exco Negeri Melaka Didenda Kerana Miliki Dadah

Jasin - Seorang anak Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dijathui hukuman dengan RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam kerana kesalahan memiliki satu paket dadah, Mac lalu.

Majistret Siti Suriatey Mohamed Yusoff menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Rozameer Anwar Ghazale, 26, selepas tertuduh mengaku bersalah.

Mengikut pertuduhan, ketika pemeriksaan, tertuduh didapati memiliki satu paket mengandungi bahan hablur jenis methamphetamine dengan berat bersih 0.17 gram di Rumah Awam Rim, di sini, pada 18 Mac lalu kira-kira jam 10.30 pagi.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 12(3) akta sama.

Terdahulu, dalam rayuannya, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon supaya hukuman ke atasnya diringankan.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Badariah Yusof memohon supaya mahkamah mengenakan hukuman setim pal.

Siti Suriatey mengarahkan tertuduh didenda RM1,500 dan sekiranya gagal membayarnya, boleh dipenjara empat bulan. -SH

Ulasan GB

Menjengah rekod, bapanya, Ghazale Muhammad adalah ADUN BN Kawasan Serkam. Merupakan Exco Pengangkutan, Penerangan, Perpaduan dan Pengguna Negeri Melaka.

Kanak-kanak Perempuan Ditinggalkan Di Tepi Tandas Mahkota Parade

Melaka: Seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun setengah menangis ketakutan ditinggalkan bersendirian di tepi tandas lelaki di pusat beli-belah Mahkota Parade dekat sini, malam Sabtu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, kanak-kanak malang terbabit dilihat ditinggalkan seorang lelaki sebelum ditemui kakitangan pusat beli-belah berkenaan.

Kakitangan terbabit menunggu beberapa ketika, namun tiada sesiapa tampil mengambilnya sebelum memaklumkan perkara berkenaan kepada pengawal keselamatan.

Pengawal keselamatan turut membuat pengumuman bagi mengesan penjaga kanak-kanak terbabit, namun tiada yang tampil sebelum menghubungi polis.

Pegawai Pelindung Kanak-Kanak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Melaka Tengah, Rozana Ngawamin berkata, kanak-kanak seberat 11 kilogram itu diserahkan kepada polis kira-kira jam 11.45 malam pada hari kejadian. Katanya, polis kemudian membuat laporan sebelum membawa kanak-kanak malang itu ke Hospital Melaka (HM) bagi menjalani pemeriksaan.

“Siasatan awal dan berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pusat beli-belah itu mendapati, kanak-kanak perempuan ini ditinggalkan sehelai sepinggang oleh seorang lelaki di tepi tandas lelaki.

“Ketika ditemui, kanak-kanak ini yang belum petah bercakap hanya menangis ketakutan.

“Identitinya juga belum diketahui kerana dia juga tidak begitu memahami bahasa Melayu,” katanya ketika ditemui di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, dekat sini, semalam.

Rozana berkata, selepas melawat kanak-kanak yang dipanggil dengan nama Sofea di Hospital Melaka kelmarin, pihaknya memfailkan permohonan perintah jagaan sementara di Mahkamah Majistret, semalam.

“Sofea akan ditempatkan Kami mendapat perintah jagaan sementara bagi tempoh sebulan diputuskan Majistret Muzila Mohamed Arsad bagi menempatkan kanak-kanak ini di Taman Sinar Harapan Tunku Ampuan Najihah di Seremban, Negeri Sembilan, mengikut peruntukan Seksyen 25 (2) (a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.

Beliau berkata, dalam tempoh sebulan itu, pihaknya akan melakukan siasatan dan menyediakan laporan sosial, sebelum memohon perintah jagaan tetap jika kanak-kanak perempuan itu tidak dituntut warisnya.

“Sesiapa yang kehilangan anak atau orang ramai yang mengetahui kanak-kanak ini diminta menghubungi Pejabat JKM Daerah Melaka Tengah di talian 06-2324797,” katanya.




Ulasan GB

Hairan betul, sedangkn haiwan sayang anak-anaknya...

[Bergambar] Alangkan Binatang Sangat Sayang Anaknya...

Kerajaan Kelantan Serah "Amanat Tun Abdul Razak" Kepada Perdana Menteri

Kerajaan Negeri Kelantan hari ini menyerahkan 'Amanat Tun Abdul Razak' kepada Perdana Menteri berhubung hak negeri itu mendapat bayaran 5 peratus royalti petroleum.

Penyerahan itu dibuat Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Petroleum Kelantan, Datuk Husam Musa kepada wakil perdana menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz di parlimen hari ini.

Turut serta dalam rombongan menyerahkan amanat itu, lebih 30 orang terdiri daripada Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) serta ahli-ahli parlimen Kelantan yang masing-masing membawa poster amanat tersebut termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim, YB Lim Kit Siang.

'Amanat' itu merupakan jawapan Tun Abdul Razak selaku perdana menteri terhadap pertanyaan Lim Kit Siang di dewan rakyat pada tanggal 12 November 1975 yang berbunyi;

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap negeri akan menerima 5% daripada nilai petroleum yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan (onshore) atau di luar perairan (offshore) negeri tersebut, yang dijadual oleh PETRONAS ataupun agensi-agensi ataupun kontraktor-kontarktornya,"

Menurut Husam yang juga exco negeri Kelantan, penyerahan itu dibuat sempena merayakan ulang tahun ke-36 ucapan bekas perdana menteri ke-2 itu.

Ianya juga sebagai penerusan tuntutan kerajaan negeri kepada pusat, agar membayar wang 5 peratus yang sekian lama dinafikan itu.

"Kami berharap dengan pulangnya haji Datuk Seri (Najib Razak) Perdana Menteri, hati beliau terbuka untuk bayar balik royalti, kerana ini adalah pesanan Tun Razak, ayahanda beliau," kata Husam pada sidang media bersama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di lobi parlimen selepas itu.

Selain amanat Tun Razak itu, satu surat mengandungi bukti jawapan menteri di Dewan Negara juga turut diserahkan kepada perdana menteri.

Ianya termasuk jawapan menteri tidak berpotfolio, Tan Sri Chon Hon Nyan terhadap soalan Senator Raja Nong Chik Raja Ishak pada 7 Januari 1977.

Jawapan tersebut antara lain berbunyi;

"Dalam Gerakan mencarigali minyak ini di dalam kawasan Continental Shelf, hak itu sudahpun diberikan kepada PETRONAS dan PETRONAS sudahpun mengadakan perjanjian dengan negeri-negeri yang berdekatan dengan dasar laut itu, sebagaimana saya katakan tadi supaya royalti 10% itu dibahagi kepada dua pihak".

Satu lagi bukti adalah jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Kasitah Gaddam pada 4 April 1989 terhadap soalan Senator Tuan Hassan Harun yang berbunyi;

"Sekiranya minyak diperolehi di kawasan berhadapan dengan negeri Kelantan, maka Kerajaan Negeri Kelantan akan menerima hasil royalti sebanyak 5% daripada minyak dan gas yang dikeluarkan sebagaimana yang diterima oleh negeri Terengganu, Sabah dan Sarawak".

Telaga Bumi dan Suria

Selain itu, Kelantan juga menuntut pengeluaran gas di Telaga Bumi dan Telaga Suria di kawasan bertindih dengan Terengganu yang beroperasi April lalu juga didaratkan di negeri itu.

Setakat kini katanya, Petronas pada 24 September lalu telah membuat pengumuman akan mendaratkan gas tersebut di Kerteh iaitu sepanjang 2000 kilometer pipeline di lautan.

"Kami sangat berharap gas ini dapat didaratkan di Kelantan.

"Kelantan telah menyediakan satu zon petroleum industri di Bachok seluas 2000 ekar dan saya telah menulis surat kepada presiden Petronas supaya isu pendaratan gas daripada Bumi dan Suria ii dilakukan di Kelantan," kata YB Dato Haji Husam.






Pembangunan Kota Makkah Didakwa Cenderung Kebaratan

Kota Suci Makkah telah berevolusi secara drastik dalam beberapa dekad terakhir. Yang mengkhuwatirkan ialah, Masjidil Haram bakal tenggelam dalam mewahnya pencakar langit yang bertebaran di Makkah.

Namun, Datuk Bandar Makkah membantah pembangunan yang kian pesat tanpa perhitungan. Sebaliknya, pihak berkuasa Makkah mempertimbangkan lebar jalan dan lokasi sehingga tidak sembarangan gedung pencakar langit boleh dibangunkan.

"Projek masa depan akan jauh dari Masjidil Haram, sekitar 300 meter. Bangunan sendiri akan memiliki ketinggian wajar antara 8 hingga 10 lantai," kata Datuk Bandar Makkah, Osama Al-Bar, seperti dikutip Reuters, Rabu (9/11).

Dalam enam tahun, tambahnya lagi, pihak berkuasa Makkah berharap infrastruktur kota Makkah akan bertambah sehingga mempermudahkan umat Islam dari seluruh dunia menuju Masjidil Haram. "Kami akan membuat jalan, pedestrian, jambatan dan jalur untuk MRT," katanya.

Al-Bar juga akan memastikan projek jangka panjang di sekitar masjid akan meliputi hotel, gedung-niaga dan kafe. Pembangunan wilayah pinggiran kota, termasuk perumahan dan taman bagi penduduk, telah diselesaikan.

"Makkah dikenali sebagai sebuah kota tua, memiliki beberapa bangunan tua yang tidak teratur rapi. Projek pembangunan akan mengubah dan meningkatkan kapasiti dan layanan kota Makkah," kata Bar.

Pada tahun 2020, lanjut Al-Bar, penduduk Makkah dan para jamaah haji bakal melihat impak dari pembangunan.

Meskipun bermaksud mengatur semula ruang kota, terdapat pihak yang melihat pembangunan itu meniadakan keaslian kota Makkah. Yang terjadi, nuansa kota ala peradaban barat lebih menonjol berbanding dengan keistimewaan kota Makkah sediri.

Sebagai contoh, Menara jam Raja Abdulaziz. Bangunan ini dimaksudkan untuk menjadi pusat waktu dunia Islam. Namun, senibinanya tidak mencerminkan selayaknya peradaban Islam. Bahkan ada kecenderungan pembangunan ini lebih bernuansa kebaratan.

"Apa yang tidak menyenangkan adalah rekabentuk luar tidak mengikuti tradisional Arab. Bangunan ini seolah-olah seperti bangunan di Australia, tidak memberikan nuansa Arab dan Makkah," kata Wafa Abbet, jamaah haji berasal dari Australia. -republika