Mujahid: Kenyataan MP PAS dimanipulasikan
Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional PAS, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa menjelaskan kenyataan beberapa Ahli Parlimen PAS tentang Fatwa Pluralisme dan Liberalisme serta pertemuan beliau dengan Sisters In Islam (SIS) telah dimanipulasi oleh segelintir ahli PAS sendiri.
Menurut Mujahid juga, kenyataannya telah dimanipulasikan secara malafide oleh pihak-pihak tertentu.
“Saya ingin menjelaskan, kami tidak pernah mempertikaikan fatwa tentang sesatnya pandangan yang mengatakan semua agama adalah sama dan mengimani kepada kebenaran secara relatif.
“Kami juga berpendapat bahawa ilmu syariat perlu dipandu dengan disiplin ilmu Islam bagi memahami tuntutan nas,” katanya dalam satu kenyataan.
Tambah beliau, pertikaian PAS terhadap proses pengfatwaan dibuat bukanlah perkara baru, malah Fatwa Memali dan Fatwa Amanat Haji Hadi yang difatwakan sebagai sesat senantiasa dipersoalkan tentang ketulusan dan menuntut ruang mendapat pembelaan.
“Mengapakah hari ini premis yang sama kami pertikaikan ke atas SIS dipolemikkan oleh pihak-pihak tertentu termasuk segelintir ahli PAS sendiri?
“Persoalan kami adalah proses fatwa pengharaman yang perlu mendapat proses keadilan, ruang mempertahankan pertuduhan dan menilai faktor masa antara fatwa dan pengharaman,” jelasnya.
Tegasnya beliau menuntut supaya kita bersikap konsisten dalam menyatakan kebenaran tanpa mengira bulu dan hanya kerana itu kita akan dihormati kawan dan lawan.
“Sebagaimana PAS pernah bertegas menegakkan ruang mempertahankan diri dengan membawa segala tuduhan ajaran sesat ke Mahkamah Syariah untuk mendapat hak pembelaan, mengapa kita tidak pula konsisten menyatakannya kepada SIS bahawa jika mereka sesat maka dakwalah di Mahkamah Syariah supaya kebenaran dan keadilan ditegakkan,” ujarnya.
PENJELASAN DATO DR MUJAHID YUSUF RAWA TENTANG ISU YANG DIMALAFIDE MENGENAI FATWA PLURALISME DAN LIBERALISME
Kenyataan kami daripada beberapa Ahli Parlimen PAS tentang Fatwa Pluralisme dan Liberalisme bertarikh 4 November 2014 serta pertemuan kami dengan Sisters In Islam (SIS) pada 6 November 2014 telah dimanipulasi secara malafide oleh pihak-pihak tertentu termasuk daripada segelintir ahli PAS sendiri.
Ingin saya jelaskan beberapa perkara:
1. Kami tidak pernah mempertikaikan fatwa tentang sesatnya pandangan yang mengatakan semua agama adalah sama dan mengimani kepada kebenaran secara relatif.
2. Kami juga berpendapat bahawa ilmu syariat perlu dipandu dengan disiplin ilmu Islam bagi memahami tuntutan nas.
3. Persoalan kami adalah proses fatwa pengharaman yang perlu mendapat proses keadilan, ruang mempertahankan pertuduhan dan menilai faktor masa antara fatwa dan pengharaman.
4. Pertikaian PAS terhadap proses pengfatwaan dibuat bukanlah perkara baru malah Fatwa Memali dan Fatwa Amanat Haji Hadi yang difatwakan sesat senantiasa dipersoalkan tentang ketulusan dan menuntut ruang mendapat pembelaan. Mengapakah hari ini premis yang sama kami pertikaikan ke atas SIS dipolemikkan oleh pihak-pihak tertentu malah segelintir ahli PAS sendiri?
5. Saya menuntut supaya kita bersikap konsisten dalam menyatakan kebenaran tanpa mengira bulu dan hanya kerana itu kita akan dihormati kawan dan lawan.
6. Sebagaimana PAS pernah bertegas menegakkan ruang mempertahankan diri dengan membawa segala tuduhan ajaran sesat ke Mahkamah Syariah untuk mendapat hak pembelaan, mengapa kita tidak pula konsisten menyatakannya kepada SIS bahawa jika mereka sesat maka dakwalah di Mahkamah Syariah supaya kebenaran dan keadilan tertegak?
“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan” (Al Maa’idah: 8)
Dato’ Dr Mujahid Yusof Rawa
Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional PAS
Ahli Parlimen Parit Buntar
ULASAN GB
Jadi hairan kita, lepas satu, satu isu ditimbulkan oleh "pihak tertentu" untuk memburuk beberapa AJK PAS Pusat terutama golongan profesyenal yang telah berusaha menjalankan dakwah dikalangan orangramai bagi memantapkan PAS4ALL.
Sedangkan sudah menjadi tugas dan tanggungjawab Ustaz Dr.Mujahid selaku Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional PAS untuk bertemu dengan semua pihak, untuk meleraikan apa-apa kekusutan dan kecelaruan.
Perlu diingat bahawa Islam adalah agama yang ditegakkan di atas ilmu dan hujah, bukan emosi dan sentimen!
Sepatutnya kita bersikap sedemikian dan tidak bersikap menzalimi ilmu dan akal kita. Buka pemikiran dan buka diri kita untuk mendengar hujah dari semua pihak. Biar kita menjadi adil dalam menimbang neraca kebenaran sesuatu perkara tersebut.
IKLAN BERBAYAR
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI