4 Jul 2011

Bersih 2.0 : Tindakan Zalim Kerajaaan Tak Mampu Kekang Kemaraan Rakyat

Tindakan zalim Umno-Barisan Nasional yang bersekongkol dengan polis untuk membatalkan Bersih 2.0 adalah didorong kesedaran jangka hayat politik parti itu akan berakhir sekiranya perhimpunan aman pada 9 Julai itu berjaya menjamin proses pilihan raya yang adil dan telus.

Menurut Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, segala kezaliman itu bagaimanapun tidak akan mengekang gelombang kemaraan rakyat menuntut pilihan raya yang bersih supaya kerajaan yang terbaik dipilih.

"Berdasarkan ucapan, tingkah laku dan riak wajah mereka(kerajaan), satu mesej jelas terpampang, iaitu ‘Bersih’ akan mengakibatkan Umno/BN tersungkur dalam pilihan raya ke-13.

"Maka mesej inilah yang ingin mereka sampaikan kepada para penyokong atau golongan CARMA (Cari Makan) supaya Bersih dihalang dengan sedaya upaya,"tulis Khalid dalam blog beliau.

Malah ujar Khalid, BN hakikatnya memahami niat dan usaha sebenar Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih), namun mereka terus-terusan memfitnah dan mencaci usaha murni ini kerana mereka sedar kejayaan Bersih hanya akan menumbangkan mereka pada pilihan raya umum akan datang.

"BN sedar bahawa pada hakikatnya rakyat sudah tidak bersama mereka dan pilihan-raya yang bersih, tanpa penipuan undi pos, kad pengenalan palsu, monopoli media dan sebagainya, akan menghasilkan kekalahan bagi BN!

"Maka itulah sebabnya perhimpunan Bersih telah difitnah dengan dakwaan kononnya Bersih ingin menjatuhkan kerajaan melalui huru-hara dan keganasan. Oleh itu ianya diharamkan. Sedangkan himpunan Bersih adalah himpunan aman yang bertujuan untuk menzahirkan sokongan rakyat terhadap tuntutan supaya pilihan-raya bersih dari penipuan. Ianya bertujuan untuk menganjurkan perarakan aman dari SOGO ke Istana Negara demi menyerahkan memorandum Bersih kepada Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agung," tulis Khalid lagi.

Tuanku Mizan semalam bertitah, betapa pentingnya kerajaan menjalankan amanah yang diberikan oleh rakyat dengan adil dan bijaksana dan dalam konteks ini ialah melaksanakan sebuah pilihan raya yang adil.

Malah Tuanku juga mengingatkan bahawa Baginda tidak mahu wujud sebarang persengketaan sesama rakyat dan timbul permusuhan dengan kerajaan pemerintah.

Baginda juga mengingatkan supaya satu rundingan diadakan di antara kerajaan dan Bersih.

Oleh itu, terpulang kepada kerajaan Umno-Barisan Nasional untuk membuat keputusan dalam hal ini.

Pensyarah Undang-undang, Profesor Dr Abdul Aziz Bari dalam satu kenyataan berkata, keengganan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima lapan tuntutan Bersih yang selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dalam memastikan pilihan raya yang adil, hanya akan menyebabkan kegagalan Umno-BN pada pilihan raya akan datang.

Terdahulu, kerajaan telah menggunakan pelbagai cara untuk menghalang perhimpunan aman Bersih termasuk menahan enam anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM) di bawah Ordinan Darurat.

Lebih 150 aktivis dan pemimpin pembangkang turut ditahan dalam usaha mengekang sebarang kempen Bersih diadakan di serata Malaysia bermula minggu lalu.

Tidak cukup dengan itu, institusi masjid turut digunakan untuk menyampaikan mesej kononnya Bersih ini dipelopori oleh kumpulan pelampau dan akan bertindak ganas termasuk mencederakan pasukan keselamatan.

Pada hari sama, Kementerian Dalam Negeri (KDN) pula mengisytiharkan Bersih sebuah pergerakan haram dan polis dikerah untuk mengenakan tindakan tegas kepada sesiapa yang menyertai himpunan tersebut. -tvsnews


Marina Mahathir Selar Tindakan Kerajaan Sekat BERSIH 2.0

Marina Mahathir, anak perempuan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad - bernada toleransi - dan mengkritik sekatan ke atas penyokong Bersih 2.0.

Bercakap bagi pihak Sisters In Islam, salah satu daripada 62 NGO yang membentuk gabungan Bersih, beliau berkata tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa adalah sama seperti yang digunakan oleh diktator dunia ketiga.

"Hanya mereka yang takut akan mengambil jalan keluar dengan perkara-perkara itu ... dan kita berkelakuan seperti negara dunia ketiga atau kurang," katanya pada sidang akhbar di sini yang penuh sesak sambil diapit oleh beberapa wakil dari Bersih.

Lebih daripada 150 orang ditahan, kebanyakannya kerana memakai kuning kemeja-T dengan perkataan "Bersih" yang berkaitan dengan perhimpunan yang dirancang pihak pemantau pilihan raya itu pada 9 Julai.

Pemimpin pembangkang dan beberapa orang telah ditahan untuk disoal siasat kerana menyokong Bersih yang berhimpun untuk menuntut reformasi pilihan raya. Beliau berkata tangkapan besar-besaran adalah satu daripada tindakan paling keras dalam sejarah politik negara.

Marina berkata tindakan keras kerajaan tidak mencerminkan usaha-usaha Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju.

"Kami sebuah negara membangun, kita perlu bertindak sepertinya dan bangkit di atas (semua ini) dan yakin dengan rakyat,"
katanya.

Marina juga mengutuk serangan peribadi ke atas Pengerusi Bersih S Ambiga, yang dipujinya kerana mempunyai rekod yang cemerlang dalam memperjuangkan hak asasi manusia.

"Serangan peribadi adalah tidak wajar. Mereka sepatutnya menggunakan hujah-hujah yang lebih baik untuk menyelesaikan isu itu dan tidak mengambil jalan keluar dengan serangan peribadi," katanya.

Najib telah memanggil Ambiga, bekas Presiden Majlis Peguam dan penyokong daripada Pakatan Rakyat.

Pendirian Marina mengenai isu ini bertentangan dengan kedudukan ayahnya. Yang kali terakhir menyokong pendirian Najib bahawa perhimpunan yang dirancang ini sebenarnya bukan untuk menuntut reformasi pilihan raya tetapi untuk mewujudkan satu lagi "tsunami politik" untuk merampas kuasa.

Pada sidang akhbar hari ini, wakil-wakil Bersih menafikan bahawa perhimpunan tersebut mempunyai sebarang agenda tersembunyi politik dan mengulangi bahawa ia adalah aman.

Mereka juga menggesa pihak berkuasa untuk mencari penyelesaian secara baik tanpa membatalkan perhimpunan tersebut. -FMT terjemahan PakKaramu


Bersih : Marina Mahathir Bidas Tangkapan Polis

PETALING JAYA 4 JULAI : Datin Paduka Marina Mahathir hari ini membidas penangkapan hampir 200 penyokong perhimpunan Bersih 2.0 sebagai tindakan pihak yang takut tanpa bersebab.

“Hanya mereka yang takut akan menangkap orang yang memakai kemeja T,” beliau memberitahu sidang akhir bersama wakil pertubuhan bukan kerajaan yang menganjurkan Bersih.

Sejak minggu lalu, polis menangkap sesiapa sahaja yang memakai kemeja T dengan logo Bersih atas alas an ia memudaratkan keselamatan negara. Tangkapan berlaku di Kuala Lumpur, Selangor, Perak, Kedah, dan Pulau Pinang.

Enam daripada mereka termasuk Ahli Parlimen Sungei Siput Dr D. Jeyakumar ditahan di bawah Ordinan Darurat yang menetapkan penahanan tanpa perbicaraan.

Marina, anak sulung mantan Perdana Menteri Mahathir Mohamad kesal dengan tindakan polis melancarkan penangkapan beramai-ramai itu.

“Saya ingin bertanya kepada orang ramai, jika terserempak dengan sesiapa memakai kemeja -T yang tertera dengan perkataan Bersih, adakah mereka akan terdorong untuk keluar dan menimbulkan kacau bilau,” kata Marina.

“Kita pernah melihat perkataan yang jauh lebih teruk dicetak pada baju-baju di seluruh negara tetapi ia tidak pula mempengaruhi kita untuk menghisap ganja,” tambah beliau.

Marina ditanya mengenai rekod Tun Mahathir yang menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk menangkap puluhan orang dalam Operasi Lalang tahun 80an.

Marina mengaku ayahnya menggunakan ISA tetapi menegaskan Mahathir tidak menggunakan undang-undang zalim itu untuk menangkap orang semata-mata kerana memakai baju tertentu. -tvsnews




Kes Sosilawati Dimulakan: 76 Saksi Akan Dipanggil

Kes Sosilawati: Pendakwa akan buktikan pembunuhan dilakukan 4 tertuduh

Pihak pendakwaan akan mengemukakan keterangan bagi membuktikan bekas peguam N.Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya telah melakukan pembunuhan ke atas jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain berdasarkan penemuan DNA milik mangsa pada barang-barang kes.

Bukti itu akan dikemukakan melalui keterangan saksi yang menemui DNA milik seorang daripada mangsa iaitu pegawai bank Noorhisham Mohamad pada kayu kriket dan DNA peguam Ahmad Kamil Abdul Karim dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin pada zink-zink yang digunakan sebagai alas untuk membakar mayat-mayat mangsa.

Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff berkata demikian dalam ucapan pembukaannya pada permulaan perbicaraan kes bunuh itu di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Akhtar Tahir di sini hari ini.

Saksi juga akan memberikan keterangan mengenai penemuan sebilah pisau berkarat hulu besi, gelung dawai, serpihan tulang dipercayai tulang manusia, dua buah telefon bimbit jenama Blackberry, seutas jam tangan dan sebatang anak kunci tertulis BMW, katanya.

Selain itu, Ishak berkata dua pekerja ladang, U.Suresh dan T.Sarawanan akan dipanggil memberi keterangan bagi membuktikan bagaimana perancangan oleh Pathmanabhan dan tertuduh keempat, R.Kathavarayan bersama yang lain untuk melakukan pembunuhan ke atas keempat-empat mangsa serta peranan yang dimainkan oleh setiap tertuduh dan bagaimana tertuduh kedua, T.Thilaiyagan membunuh setiap mangsa.

Suresh dan Sarawanan sebelum ini telah dijatuhi hukuman penjara 20 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini kerana melupuskan mayat Sosilawati, Noorhisham, Ahmad Kamil dan Kamaruddin.

"Saksi-saksi juga akan mengesahkan bahawa Sosilawati ada urusan jual beli tanah di Pulau Pinang dengan tertuduh pertama (Pathmanabhan), urusan jual beli tanah di Pulau Pinang yang diuruskan oleh tertuduh pertama dan tertuduh pertama yang uruskan pembelian tanah dari Southern Symphony kepada Ample Quality di mana sebanyak RM2.9 juta telah dibayar sebagai 10 peratus harga belian tanah tersebut iaitu RM29 juta," katanya.

Pathmanabhan, 42, Thilaiyagan, 20, R. Matan, 21, dan Khatavarayan, 31, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan membunuh Sosilawati, 47, Noorhisham, 38, Ahmad Kamil, 32, dan Kamaruddin, 44, di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat, Banting, antara pukul 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos, 2010.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Ishak yang mengetuai pihak pendakwaan berkata pihaknya juga akan mengemukakan keterangan saksi-saksi di tempat kejadian yang melihat api marak dari rumah mereka.

Beliau berkata pihak pendakwaan juga akan mengemukakan keterangan saksi-saksi yang mengesahkan jam tangan jenis Bell & Ross dan telefon bimbit Blackberry Bold warna putih milik Ahmad Kamil, jam tangan Seiko milik Kamaruddin serta penerimaan jam tangan ''Longines'' daripada Suresh. -BH


Kes Sosilawati: 618 foto dikemuka, 76 saksi akan dipanggil

SHAH ALAM, 4 Julai – Pihak pendakwaan akan mengemukakan keterangan bagi membuktikan bekas peguam N.Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya telah melakukan pembunuhan ke atas jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain berdasarkan penemuan DNA milik mangsa pada barang-barang kes.

Bukti itu akan dikemukakan melalui keterangan saksi yang menemui DNA milik seorang daripada mangsa iaitu pegawai bank Noorhisham Mohamad pada kayu kriket dan DNA peguam Ahmad Kamil Abdul Karim dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin pada zink-zink yang digunakan sebagai alas untuk membakar mayat-mayat mangsa.

Menurut laporan Bernama Online, Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff berkata demikian dalam ucapan pembukaannya pada permulaan perbicaraan kes bunuh itu di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Akhtar Tahir di sini hari ini.

Saksi juga akan memberikan keterangan mengenai penemuan sebilah pisau berkarat hulu besi, gelung dawai, serpihan tulang dipercayai tulang manusia, dua buah telefon bimbit jenama Blackberry, seutas jam tangan dan sebatang anak kunci tertulis BMW, katanya.

Selain itu, Ishak berkata dua pekerja ladang, U. Suresh dan T.Sarawanan akan dipanggil memberi keterangan bagi membuktikan bagaimana perancangan oleh Pathmanabhan dan tertuduh keempat, R. Kathavarayan bersama yang lain untuk melakukan pembunuhan ke atas keempat-empat mangsa serta peranan yang dimainkan oleh setiap tertuduh dan bagaimana tertuduh kedua, T. Thilaiyagan membunuh setiap mangsa.

Suresh dan Sarawanan sebelum ini telah dijatuhi hukuman penjara 20 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini kerana melupuskan mayat Sosilawati, Noorhisham, Ahmad Kamil dan Kamaruddin.

“Saksi-saksi juga akan mengesahkan bahawa Sosilawati ada urusan jual beli tanah di Pulau Pinang dengan tertuduh pertama (Pathmanabhan), urusan jual beli tanah di Pulau Pinang yang diuruskan oleh tertuduh pertama dan tertuduh pertama yang uruskan pembelian tanah dari Southern Symphony kepada Ample Quality di mana sebanyak RM2.9 juta telah dibayar sebagai 10 peratus harga belian tanah tersebut iaitu RM29 juta,” kata Ishak dipetik laporan Bernama Online.

Pathmanabhan, 42; Thilaiyagan, 20; R. Matan, 21, dan Khatavarayan, 31, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan membunuh Sosilawati, 47, Noorhisham, 38, Ahmad Kamil, 32, dan Kamaruddin, 44, di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat, Banting, antara pukul 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos, 2010.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Ishak yang mengetuai pihak pendakwaan berkata pihaknya juga akan mengemukakan keterangan saksi-saksi di tempat kejadian yang melihat api marak dari rumah mereka.

Beliau berkata pihak pendakwaan juga akan mengemukakan keterangan saksi-saksi yang mengesahkan jam tangan jenis Bell & Ross dan telefon bimbit Blackberry Bold warna putih milik Ahmad Kamil, jam tangan Seiko milik Kamaruddin serta penerimaan jam tangan ‘Longines’ daripada Suresh.

Ishak berkata keterangan bekas suami Sosilawati, Buhari Mohamed adalah berkisar mengenai urusan jual beli tanah di Pulau Pinang di mana beliau ada menghubungi Pathmanabhan bertanyakan sama ada Sosilawati ada berjumpa dengannya pada 30 Ogos lalu dan Pathmanabhan menjawab bahawa Sosilawati ada menghubunginya pada hari tersebut untuk berjumpa tetapi tertuduh pertama itu tidak kelapangan serta meminta Sosilawati berjumpanya pada 2 September.

Beliau berkata anak perempuan Sosilawati, Erni Erinawati Sofia Buhari (gambar atas) membuat laporan polis mengenai kehilangan ibunya di Balai Polis Dang Wangi pada 31 Ogos dan 2 September lalu, Erni sekali lagi membuat laporan polis setelah mengesyaki Sosilawati telah diugut, diculik dan dikurung oleh individu berkaitan.

Ishak berkata pada 3 September lalu, isteri Ahmad Kamil bernama Sabrina Adnan membuat laporan polis mengenai kehilangan suaminya di Balai Polis Brickfields, Kuala Lumpur manakala isteri Noorhisham bernama Suzana Radin Pangit membuat laporan polis mengenai kehilangan suaminya di Balai Polis Dang Wangi pada hari yang sama.

“Kakak kepada Kamaruddin, Zaidah Shamsuddin juga telah membuat laporan polis di balai polis Kuantan, Pahang, mengenai kehilangan adiknya pada 6 September 2010,” katanya.

Seterusnya, Ishak berkata, seorang jurujual akan memberi keterangan untuk mengesahkan bahawa Sosilawati dan seorang lelaki Melayu yang dipanggil Kamal oleh Sosilawati ada datang ke gerainya pada 30 Ogos 2010 untuk membeli kerepek serta kuih raya bernilai lebih RM200 dan mereka dilihat beredar pada pukul 5.20 petang dengan menaiki kereta BMW X5 berwarna hitam.

Mahkamah juga dimaklumkan, pihak pendakwaan akan memanggil kira-kira 76 saksi pada perbicaraan kes ini.

Selain Ishak, pihak pendakwaan turut diwakili dua lagi Timbalan Pendakwa Raya iiatu Saiful Edris Zainuddin dan Idham Abd Ghani.

Pathmanabhan diwakili peguam Manjeet Singh Dhillon dan Pushpa Ratnam, Thilaiyalagan diwakili peguam Gurbachan Singh, Matan diwakili peguam Amer Hamzah Arshad dan Kathavarayan diwakili peguam Ravi Nekoo dan Datuk Ng See Teong.

Sementara itu, seramai empat jurugambar polis memberi keterangan pada perbicaraan hari pertama di mana sebanyak 618 keping gambar yang diambil di beberapa lokasi berbeza termasuk tempat kejadian dan Sungai Panchau di Jalan Morib, Banting, yang dikatakan menjadi tempat melupuskan mayat mangsa dikemukakan di mahkamah sebagai eksibit.

Mereka ialah Detektif Koperal Mokhtar Hussain dari Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, Lans Koperal Abdul Aziz Ahmad dan Detektif Sarjan Mhd Rasdi Mhd Safien kedua-duanya bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat dam Detektif Koperal K.Velamal dari Bahagian Bantuan Teknik, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman. -TMI

Prosiding Inkues Sarbani Dimulakan. Balu Saksi Pertama Beri Keterangan

Selepas Beng Hock, focus beralih kepada inkues Sarbaini

KUALA LUMPUR, 4 Julai — Sejak dua tahun lalu, kes kematian Teoh Beng Hock menjadi bahan perbualan ramai dan kini punca kematian penolong pengarah Kastam Diraja Malaysia Allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamed yang meninggal dunia semasa berada di premis SPRM akan diketahui dalam inkues yang bermula hari ini.

Inkues ini dijadual akan berlangsung sehingga 15 Julai. Dan, jika diperlukan kemungkinan dilanjutkan tempoh sebagaimana disaksikan dalam beberapa inkues sebelum ini.

Selepas Suruhanjaya Diraja Siasatan menyiasat punca kematian Teoh, bekas setiausaha politik pemimpin DAP selesai, semua mata tertumpu kepada inkues Sarbaini.

Laporan Suruhanjaya Diraja Siasatan sudah dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong dan kini dinantikan sama ada ia akan didedahkan kepada orang ramai ataupun sebaliknya.

Dua kematian dalam tempoh dua tahun ini telah menjadi ujian kepada imej dan kredibiliti SPRM yang dinaik taraf sebagai sebuah suruhanjaya tiga tahun lalu.

Teoh, 30, setiausaha politik Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai 2009 di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor selepas memberi kenyataan di pejabat SPRM yang terletak di tingkat 14 bangunan berkenaan.

Sarbaini, 56, yang bertugas di pejabat Kastam Pelabuhan Klang ditemui mati di gelanggang badminton bangunan SPRM pada 6 April lalu setelah dikatakan pergi ke pejabat itu untuk bertemu pegawai penyiasat berhubung siasatan kes rasuah yang membabitkan 62 pegawai Kastam.

Dalam tempoh tiga bulan ini, banyak tanggapan dan adaian dilemparkan terhadap Sarbaini, malah ada juga yang mendakwa bapa kepada lima anak itu telah membunuh diri.

Inkues akan diadakan di Mahkamah Majistret 3 , Kompleks Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Ia akan didengar oleh koroner Aizatul Akmal Maharani.

“Sudah tentu kami harapkan agar inkues ini dapat membongkarkan perkara yang sebenar dan mencari punca kematian arwah tapi itu masih belum pasti kerana kami bimbang sekiranya ada usaha-usaha untuk melindungi sesuatu perkara,” kata anak sulung Sarbaini, Shahril, 27, kepada The Malaysian Insider.

Kata Shahril, harapan keluarga kini adalah mendapat keadilan selain membersihkan nama bapanya yang dicemari dengan pelbagai tuduhan.

“Itu harapan kita. Kita mahu tahu punca kematian dan keputusan inkues ini akan kita jadikan panduan untuk menentukan tindakan selanjutnya... kita tengok dulu sama ada ia memihak kepada kami atau tidak.

“Mak juga mahu tahu perkara sebenar dan dia akan menjadi saksi dalam prosiding inkues ini... apa yang kita nak tahu perlu dibongkarkan dalam inkues dan kita tidak mahu inkues ini dijadikan tempat untuk mencemarkan imej ayah dan keluarga,” katanya.

Sementara itu, peguam keluarga Sarbaini, Ghazali Mohd Ramli berkata pihaknya akan menghantar dua peguam pemerhati untuk memantau perjalanan ikues itu.

“Saya akan dipanggil sebagai saksi dalam inkues, jadi bagi pihak keluarga dua peguam pemerhati akan hadir dan memantau perjalanan inkues sejak mula sampai tamat.

“Kita harap supaya inkues ini akan memberi jawapan tentang apa yang berlaku sebab keputusan inkues bergantung kepada keterangan saksi yang akan dipanggil termasuk daripada pihak keluarga,” katanya.

Lebih 40 orang telah diambil keterangan oleh polis dalam siasatan mereka.

Putrajaya memutuskan untuk memanggil suruhanjaya diraja selepas inkues kes Teoh berakhir dengan keputusan terbuka awal tahun ini.

Beberapa pihak meminta agar kerajaan mengadakan terus suruhanjaya berbanding inkues, tetapi pentadbiran Najib menegaskan bahawa undang-undang tidak memberi ruang kepada langkah itu. -TMI



Suami kata ejen aniaya kerana baucer RM100, kata balu Sarbaini

Suami kata ejen aniaya kerana baucer RM100, kata balu Sarbaini
Oleh Syed Mu’az Syed Putra
July 04, 2011

KUALA LUMPUR, 4 Julai — Balu Allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamed mendedahkan bahawa suaminya ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) awal April lalu kerana telah dianiayai oleh ejen berhubung baucer bernilai RM100.

Bercakap pada inkues yang bermula hari ini, Maziah Manap, 50, menceritakan peristiwa yang berlaku antara 1 dan 6 April lalu.

Dia menceritakan peristiwa itu apabila disoal Abazafree Abas yang bertindak sebagai pegawai pengendali inkues.

“Pada 1 April (sebelah pagi) saya mendapat panggilan daripada anak mengatakan abah nak cakap kerana kawan abah ada tapi saya tak sempat cakap, panggilan terputus.

“Ketika saya pulang ke rumah pada pukul 9 malam anak beritahu saya abah tidur di SPRM, saya cuba hubungi dia tapi tak dapat,” kata Maziah.

Kata Maziah, pada keesokan hari dia cuba untuk menghubungi suaminya pada sebelah pagi namun gagal.

Sebaliknya, Maziah berkata dia menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada suaminya yang berbunyi “kalau kita di pihak benar Allah akan bantu, kalau boleh baliklah sebab esok kita ada kursus haji.”

“Kemudian pada pukul 11 pagi suami hubungi minta ambil dia di pejabat SPRM, suruh datang naik teksi sahaja.

“Ketika tiba di sana, saya disoal oleh seorang pegawai SPRM yang bernama Ghani berkenaan harta saya dan saya ceritakan semua sekali tapi saya dipersoalkan berkenaan dengan wang KWSP.

“Pegawai itu tanya dari mana datang duit dan saya beritahu ia adalah duit KWSP dan saya keluarkan sebahagian sebab dah berumur 50 tahun.

“Tapi saya terus dipersoalkan oleh pegawai itu dan saya minta senaraikan dokumen yang diperlukan agar saya boleh sediakan,
” katanya.

Kemudian kata Maziah, dia akhirnya dibenarkan untuk menemui suamninya di tingkat atas pejabat SPRM.

Dia bertanya kepada suaminya mengenai tindakan SPRM itu.

“Dia kata ejen aniaya dia, saya tanya macam mana dan dia kata pasal baucer berharga RM100.

“Ejen sudah mengaku RM70 ejen ambil dan RM30 suami saya... suami kata dia tak ambil dan tidak terima baucer itu,
” katanya.

Pada 4 April, Maziah berkata suaminya memberitahunya akan ke pejabat SPRM kerana mahu menyelesaikan masalah yang berlaku.

“Pada sebelah malam suami bercakap kepada ‘apalah orang SPRM ini, saya ada tiga kereta tapi suruh kata empat kereta’.

“Saya tanya mana datang lagi sebuah, suami kata masuk kereta yang sudah dijual,” katanya. -TMI





17 Ahli PAS Jasin Direman 3 Hari Kerana Miliki Baju BERSIH

Tujuh belas ahli dan pemimpin PAS Melaka ditahan reman selama tiga hari untuk siasatan di bawah Seksyen 47 Akta Pertubuhan kerana memiliki baju-T BERSIH.

Antara yang ditahan ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Yuhaizad Abdullah, Ketua Penerangan PAS Kawasan Jasin, Fauzi Maelah, Adnan Abu, Ali Mahadi, Abd Hannan, Ibrahim Talib, Ust Hasri, Ust. Sofi, Azizan Anuar, Tn Hj Samsudin dan beberapa ahli PAS Jasin.

Mereka ditahan berikutan kerana dikatakan tindakan menghasut orang ramai menyertai perhimpunan Bersih, 9 Julai ini.

Sebelum ini, Ketua Polis Negeri, Datuk Chuah Ghee Lye yang mengesahkan perkara itu berkata, kesemua mereka ditangkap kira-kira 1.15 petang selepas bertindak mengedar risalah mempromosi perhimpunan haram itu, selain terdapat kemeja T kuning tertera logo Bersih.

“Serbuan dan tangkapan dilakukan kerana dua sebab iaitu berkaitan tindakan mengajak orang ramai untuk menghadiri perhimpunan itu nanti.

“Semasa serbuan polis turut menemui sebanyak 113 kameja T tertera logo Bersih serta tulisan tertera tuntutan pertubuhan haram itu di bahagian belakang, selain sebanyak 303 risalah mempelawa ahli untuk hadir bersama-sama ke perhimpunan itu nanti,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Menurut Ghee Lye, polis akan melakukan siasatan segera untuk diambil keterangan dan sekiranya tiada halangan, akan dibebaskan selepas siasatan selesai.

“Penangkapan ini selaras dengan tindakan diambil polis seluruh negara bagi menghalang perhimpunan haram berkenaan,” katanya.

Kesemua mereka ditahan telah dibawa ke mahkamah di Ayer Keroh pagi ini.

Semalam blog ini melaporkan polis telah bertindak masuk ke perkarangan Pejabat PAS Jasin di Simpang Kemendor dekat sini kira-kira jam 1.00 petang sebaik sahaja selesai Seminar PAS Ganti Umno yang dianjurkan oleh PAS Kawasan Jasin yang bermula pada jam 9.00 pagi.

Seramai 30 orang anggota polis yang berpakaian preman telah merampas kira-kira 200 helai baju Bersih 2.0.

Sementara itu beberapa orang polis yang beruniform yang lain menunggu di luar.

Dalam pada itu kesemua ahli PAS yang ada di perkarangan pejabat tersebut dihalang dari meninggalkan pejabat tersebut sehingga tangkapan dibuat.

Semua kenderaan diperiksa, nama tuan punya kenderaan dan nombor telefon masing-masing diambil.

BERSIH 2.0: Apa Kata Kita Ke Stadium Shah Alam?

Titah Agung: PAS mesyuarat khas tengahari ini

KUALA LUMPUR, 4 Julai: Lajnah Politik PAS iaitu lajnah atau biro paling berkuasa dalam PAS akan mengadakan mesyuarat khas tengahari ini bagi membincangkan titah Yang Dipertuan Agung, Tuanku Mizan Zainal Abidin yang dikeluarkan lewat petang semalam.

Menurut Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub, beliau telah berbincang dengan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali sebaik sahaja mengetahui titah itu lewat petang semalam.

Datuk Mustafa pula difahamkan telah menemui Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang malam tadi bagi membincangkan isu yang sama di samping lain-lain hal parti.

Yang Dipertuan Agung, Tuanku Mizan Zainal Abidin menitahkan kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan rakyat secara adil dan bijaksana serta menyelesaikan masalah dengan rundingan.

Titah ini dikeluarkan baginda enam hari menjelang perhimpunan Bersih 9 Julai ini dengan kira-kira 100 orang sudah ditangkap kerana dikaitkan dengan perhimpunan itu.

Timbalan Ketua Polis Negara pula telah mengeluarkan kenyataan pintu rundingan sudah ditutup dan akan menahan pihak yang terlibat dengan perhimpunan ini.

Menurut Tuanku Mizan, baginda mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.

"Saya rasa sidang media akan diadakan selepas itu bagi menyatakan pendirian PAS berkaitan dengan isu ini," kata Salahudin kepada Harakahdaily.

Mesyuarat akan diadakan jam 11 pagi manakala sidang media dijangka akan diadakan kira-kira jam 12.30 tengahari. -HD

Ulasan GB

Oleh kerana sudah ada titah Agong mengenai perhimpunan BERSIH 2.0 ini, maka GB berpendapat bahawa perhimpunan BERSIH 2.0 tidaklah wajar dibatalkan lantarannya, tetapi diteruskan dengan diubah perancangannya supaya diadakan di Dewan/ Stadium.

Ia adalah bagi mempastikan tuntutan BERSIH 2.0 tetap berjalan, dalam masa yang sama menghormati dan menjunjung tinggi titah Yang Dipertuan Agong.

Ia juga untuk mengelakkan provokasi yang telah dirancang oleh UMNO dan PERKASA.


Dan kita akan buktikan jumlah yang hadir benar-benar boleh mencecah 1 juta orang, bukan macam Himpunan Belia Najib yang 5,000 dikatanya 1 juta.

Dan jika kita berhimpun di stadium, dengan sendirinya tiada lagi tangkapan gila, sekatan dan penahanan yang disebabkan baju BERSIH.

Kita tidak berundur, tetapi kita ingin menutup pintu fitnah menyatakan kita hendak tumbangkan kerajaan melalui jalanraya bukan pilihanraya.

Fikir-fikirkanlah..

Dua Kes Bermula Hari Ini: Kes Pembunuhan Sosilawati & Inkues Kematian Sarbani

Perbicaraan Kes Bunuh Sosilawati Dan Tiga Individu Lain Mula Isnin

SHAH ALAM: Perbicaraan kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain akan berlangsung selama tiga bulan di Mahkamah Tinggi di sini bermula Isnin.

Perbicaraan kes itu, yang mendapat perhatian umum dan liputan meluas media,akan didengar di hadapan Hakim Datuk Akhtar Tahir dengan kira-kira 50 saksipendakwaan dijangka dipanggil memberi keterangan.

Kes itu membabitkan bekas peguam N. Pathmanabhan dan tiga pekerja ladang,T. Thilaiyagan, R. Matan dan R. Khatavarayan, yang mengaku tidak bersalahmembunuh Sosilawati, 47, pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Lot no 2001 Jalan Tanjung Layang,Tanjung Sepat, Banting, pada 30 Ogos tahun lepas.

Pathmanabhan, 42, Thilaiyagan, 20, Matan, 21, dan Khatavarayan, 31, didakwamengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Barisan pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ishak MohdYusof, Saiful Edris Zainuddin dan Idham Abd. Ghani sementara kesemua tertuduhdiwakili peguam Manjeet Singh, Puspha Ratnam, Amer Hamzah Arshad, Datuk Ng See Teong, Ravi Nekoo dan Gurbachan Singh.

Perbicaraan kes itu sedikit sebanyak mengurangkan keresahan anggota keluargakesemua mangsa yang telah menunggu hampir setahun untuk mengetahui perkarasebenar yang berlaku ke atas mereka yang dilaporkan hilang sejak 30 Ogos tahun lepas selepas dikatakan ke Banting atas urusan pembelian tanah.

Misteri kehilangan keempat-empat individu itu terungkai pada 12 September tahun lepas apabila Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin mengesahkan kesemua mereka dibunuh dengan kejam sebelum dibakar, manakala abunya dicampak ke sebatang sungai berhampiran.

Pada 21 Februari lepas, Mahkamah Tinggi di sini menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun ke atas dua pekerja ladang, K.Sarawanan dan U.Suresh kerana melupuskan mayat Sosilawati, Noorhisham, Ahmad Kamil dan Kamaruddin pada prosiding rayuan dan semakan yang difailkan terhadap hukuman asal mereka yang diputuskan oleh Mahkamah Majistret Telok Datok, Banting, 15 Oktober tahun lepas.

Hakim Datuk Mohtaruddin Baki, dalam melaksanakan kuasanya di bawah KanunAcara Jenayah untuk menyemak keputusan mahkamah rendah, meningkatkan hukumanpenjara ke atas dua orang itu dari tujuh kepada 20 tahun selepas beliaumendapati majistret silap mengenakan hukuman penjara tujuh tahun bagi jenayahyang disifatkannya sebagai "amat serius".

Sarawanan, 20, dan Suresh, 27, masing-masing dijatuhi hukuman penjaraberjumlah 28 tahun setelah mereka mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Telok Datok di Banting atas empat tuduhan melupuskan bahan bukti dalam pembunuhan keempat-empat mangsa.

Sarawanan mengaku membakar mayat mangsa di Lot No 2001, Jalan TanjungLayang, Tanjung Sepat, Banting pada 30 Ogos tahun lalu sementara Sureshmencampakkan abu mayat mangsa ke Sungai Panchau di Jalan Morib, Banting, pada 31 Ogos tahun lepas.

Majistret Hurmain Hussain mengarahkan hukuman berjalan serentak, yangbererti Sarawanan dan Suresh masing-masing akan menjalani hukuman penjara tujuh tahun.

Namun, Mohtaruddin mengurangkan hukuman penjara ke lima tahun bagi setiaptuduhan, tetapi memerintahkan hukuman berjalan secara berturut-turut.

Difahamkan, pihak pendakwaan dijangka memanggil Sarawanan dan Suresh untukmemberi keterangan. - BERNAMA


Prosiding Inkues Siasat Kematian Ahmad Sarbani Bermula Isnin

KUALA LUMPUR: Prosiding inkues untuk menyiasat kematian Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed, akan bermula Isnin di Mahkamah Majistret 3 di sini.

Inkues itu, yang ditetapkan sehingga 15 Julai, akan didengar di hadapanKoroner Aizatul Akmal Maharani.

Ahmad Sarbani, 56, yang bertugas di pejabat Kastam Pelabuhan Klang ditemuimati di gelanggang badminton di Tingkat Satu, pejabat Suruhanjaya PencegahanRasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane pada 6 April lalu.

Beliau dilaporkan pergi ke pejabat itu secara sukarela untuk bertemu pegawaipenyiasat SPRM berhubung siasatan kes rasuah yang membabitkan 62 pegawai Kastam.

Pada 3 Jun lepas, polis memfailkan permohonan supaya diadakan inkues bagimenyiasat kematian Ahmad Sarbani mengikut Seksyen 399(1) Kanun Prosedur Jenayah. - BERNAMA


Agong Titahkan Rundingan, Seru Kerajaan Laksanakan Amanah Secara Adil & Bijaksana

Perhimpunan 9 Julai: Titah khas Yang di-Pertuan Agong

Istana Negara malam ini mengeluarkan Titah Khas Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin mengenai perhimpunan pada 9 Julai ini.

Berikut adalah teks penuh Titah Khas tersebut:

Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.

Namun Beta yakin kepimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak berkemampuan untuk menangani masalah ini dengan sebaik mungkin.

Beta menyeru di dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara.

Kita tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan-amalan negara-negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan.

Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.

Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu "Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran".

Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik.

Sebaliknya kita harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang. Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora.

Itulah pentingnya sifat kesederhanan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara. - Bernama


Titah Agong berunding bukan makna Bersih sudah tewas, kata penganalisis

KUALA LUMPUR, 4 Julai — Titah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin agar Bersih 2.0 menyelesaikan isu mereka secara perundingan tidak seharusnya dianggap sebagai satu kekalahan kepada gabungan itu yang menuntut pembaharuan sistem pilihan raya adil dan bersih, kata penganalisis politik Prof A. Aziz Bari.

“Berunding tak semestinya kekalahan pada Bersih,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Menurut Aziz, ini kerana Seri Paduka Baginda (gambar) bertitah berunding dan ini boleh memberi makna laksanakan tuntutan supaya pilihan raya yang adil dan bebas diadakan.

“Ringkasnya kedua-dua pihak perlu bersedia berunding dan rujukannya perlu Perlembagaan Persekutuan,” kata pakar perlembagaan ini.

Aziz juga berkata dari segi Perlembagaan Persekutuan, Seri Paduka Baginda ada hak dan kuasa untuk bercampur tangan.

“Campur tangan Yang di-Pertuan Agong adalah kemenangan bagi menjamin satu pilihan raya yang adil dan besih, sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan,” katanya lagi.

Semalam, Tuanku Mizan bertitah agar setiap permasalahan yang timbul — dalam isu semasa merujuk kepada tuntutan Bersih 2.0 diselesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan.

Baginda juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan secara adil dan bijaksana dan “yang pentingnya.”

“Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik,” titah baginda dalam satu kenyataan.

Titah baginda muncul sehari selepas Putrajaya mengisytiharkan Bersih 2.0 sebagai pertubuhan haram manakala enam pemimpin dan ahli Parti Sosialis Malaysia ditahan di bawah Ordinan Darurat.

Himpunan Bersih 2.0 dirancang untuk diadakan hujung minggu ini.

Malah Tuanku Mizan bertitah rakyat harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang.

“Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora,” titah baginda.

“Itulah pentingnya sifat kesederhanan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara,” titah baginda.

Sehubungan itu Aziz juga berkata, Istana Negara juga perlu memantau agar Perlembagaan Persekutuan dipatuhi dalam proses rundingan jika diadakan membabitkan pentadbiran Najib dan Bersih 2.0.

Malah kata Aziz, sekiranya Bersih bersetuju berunding dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) enggan melaksanakan tuntutan, yang kesemuanya adalah selaras dengan kehendak Perlembagaan, badan pelaksana pilihan raya itu akan dipersalahkan dan Umno-BN akan kalah dalam pilihan raya umum ke-13 kerana dianggap menggunakan istana.

Kata beliau, SPR perlu mempunyai keyakinan kesemua parti yang menyertai proses pilihan raya dan “dalam terma yang mudah, Perlembagaan yang perlu kekal sebagai teragung di sini dan bukan demi kepentingan mana-mana parti.”

“Buat masa ini kedua-dua Umno-BN dan SPR sudah dianggap bersekongkol untuk menipu dalam pilihan raya,” katanya sambil menambah, semua tahanan mesti dibebaskan serta-merta kerana ia juga melanggar Perlembagaan Persekutuan.

“Begitu juga dengan rampasan yang dilakukan oleh polis,” kata beliau lagi.

Menurut laporan media semalan polsi telah menahan lebih 150 orang, kebanyakannya pemimpin Pakatan dan aktivis pro-Bersih 2.0 sejak seminggu lalu. -TMI


Parti Pembangkang Menang Besar Di Thailand

Parti pembangkang Thailand, Puea Thai yang mencalonkan adik Thaksin Shinawatra, Yingluck Shinawatra sebagai bakal perdana menteri wanita pertama menang besar dalam pilihan raya umum negara itu semalam.

Setakat pukul 8 malam tadi, parti Puea Thai memperoleh majoriti mudah dengan memperoleh 255 daripada 500 kerusi parlimen.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya dan Polis Diraja Thailand, sebanyak 83.69 peratus undi sudah dikira pada pukul 8 malam.

Parti Demokrat yang dianggotai Perdana Menteri Abhisit Abhisit Vejjajiva memperoleh 163 kerusi, parti Bhumjai Thai memenangi 35 kerusi, parti Chart Thai Pattana mendapat 21 kerusi dan parti Chart Thai Pattana Phea Pandin menang di 10 kerusi parlimen.

Parti-parti kecil seperti Palong Chan memenangi tujuh kerusi, Rak Thailand mendapat empat kerusi, parti Matubhum cuma membolot dua kerusi manakala Rak Santi dan Parti Demokrat Baharu masing-masing memperoleh satu kerusi.

Yingluck yang merupakan seorang ahli perniagaan berusia 44 tahun yang memperoleh status sebagai bintang rock berjaya menawan hati berjuta-juta pekerja dalam undi tersebut.

Wanita itu dianggap sebagai satu-satunya pemimpin yang akan membantu masalah penduduk miskin di negara tersebut.

"Yingluck telah membantu kita dan kini parti Puea Thai boleh menyelesaikan masalah kami dan mereka (ahli-ahli parlimen parti itu) akan menyelesaikan kemelut negara ini," kata seorang kakitangan kerajaan, Saiksa Chankerd.

"Orang ramai mahukan perubahan dan mereka memperolehnya," kata Ketua Pegawai Eksekutif Sekuriti Asia Plus di Bangkok.

Kemenangan parti itu mungkin dapat menstabilkan semula Thailand selepas enam tahun negara ini dilanda ketegangan termasuk keganasan sehingga para penunjuk perasaan menawan dua buah lapangan terbang utama di Bangkok. - Agensi

Himpunan Bersih Medan Untuk Pulihkan Demokrasi Negara

Rakyat di negara ini hakikatnya hanya mempunyai dua pilihan iaitu memperjuangkan sistem demokrasi yang semakin pudar fungsinya mahupun membiarkannya terkubur begitu sahaja.

Oleh itu kata Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Profesor Dr Abdul Aziz Bari, satu pilihan bijak harus dibuat dalam memastikan masa depan negara terus terpelihara.

"Pilihan yang ada hanya dua sekarang, hendakkan perlembagaan diperkasa dan dimartabatkan atau hendak perlembagaan itu dipijak dan dinafikan tempatnya," kata Aziz kepada Tv Selangor ketika mengulas perkembangan terkini berhubung tindakan polis dan kerajaan pemerintah yang melakukan pelbagai cara demi menghalang himpunan aman Bersih 2.0 menuntut pilihan raya adil pada 9 Julai ini.

Selain menahan sesiapa sahaja yang memakai pakaian berwarna kuning dan berlogo Bersih, mengenakan Ordinan Darurat kepada enam anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM), mengisyitiharkan bahawa Bersih adalah sebuah pergerakan haram, kerajaan Umno-Barisan Nasioanal dilihat terus menggunakan segala kekuatan yang ada untuk menghalang perhimpunan aman berkenaan.

Ironinya, persoalan pokok kepada kebangkitan rakyat ini terus dibiarkan menjadi tanda tanya.

Lantaran itu kata Aziz, rakyat Malaysia harus bangkit menyatakan pendirian mereka dalam hal ini memandangkan tuntutan yang disuarakan oleh Bersih adalah untuk kebaikan bersama.

"Sekarang ini sudah sampai ke tahap, orang biasa pun tahu undang-undang yang digunapakai sekarang adalah undang-udang yang tidak adil. Dan dalam konteks penggunaan Ordinan Darurat ini agak lucu sedikit sebab pada tahun lepas Datuk Seri Hishamuddin mengatakan bahawa Malaysia tidak berada dalam darurat. Jadi dia telah mengeluarkan yang kenyataan yang bercanggah dan bertentangan,"ujar Aziz.

Selain penahanan yang semakin diperhebatkan, hal ini kata Aziz lebih memalukan apabila ia diselang-seli dengan hujah rapuh pemimpin-pemimpin Umno-Barisan Nasional termasuk media kawalan mereka.

Rata-rata mereka melabelkan Bersih adalah agenda pembangkang untuk menawan tampuk pemerintahan, walhal katanya, setiap orang juga pastinya mahukan sebuah pilihan raya yang adil dan bersih dilaksanakan tanpa mengenal fahaman politik.

"Apa salahnya menyokong pembangkang kalau pembangkang itu hendakkan sesuatu yang baik? Pakatan Rakyat bukannya pembangkang bawah tanah, mereka bukan pembangkang yang bergerak secara haram.

"Mereka adalah pembangkang yang didaftarkan secara sah dan mereka hendakkan perkara yang baik dan rakyat tidak salah kalau menyokong dan memberikan restu kepada mereka berbanding dengan parti yang hendak mengekalkan kelemahan, mengekalkan kekotoran dalam sistem pilihan raya,"
kata beliau.

" Mereka (kerajaan) itu sebenarnya menentang usaha atau inisiatif untuk mewujudkan pilihan raya yang bersih dan adil. Ini tidak ada kaitan dengan huru-hara. Kalau kita lihat dua tiga hari ini, kita sendiri tahu siapa yang buat kacau. Ceramah yang begitu baik dalam premis pun dikacau oleh polis,"tambah beliau lagi.

Malah pensyarah undang-undang ini secara kritis membidas sikap kerajaan yang sanggup melakukan apa jua cara demi memastikan tampuk kekuasaan kekal di tangan mereka.

Lebih malang lagi apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang sepatutnya mengambil pendirian berkecuali dan amanah dalam menjalankan proses demokrasi negara, mudah diperkudakan oleh pihak yang berkepentingan.

Dalam hal ini kata Aziz, kerajaan dan SPR seharusnya mengkaji sedalam-dalamnya mengapa rakyat bertindak nekad menggunakan saluran jalan raya untuk menuntut hak merekamendapatkan sebuah pilihan raya adil dan bersih.

"Penafian SPR tentang wujudnya pengundi hantu, penafian wujudnya masalah dalam undi pos, adalah satu penafian yang menyebabkan rakyat terpaksa berarak ke jalan raya. Sudah tidak ada cara lain lagi dan mereka takut dengan perarakan itu," jelas Aziz, di sebalik penafian kerajaan bahawa pilihan raya di negara ini dijalankan dengan telus, seraya menyatakan tidak perlu ada sebarang demonstrasi menuntut hal tersebut dilakukan.

Pada hemat beliau, lapan tuntutan yang disuarakan oleh Bersih 2.0 cukup berasas dalam memastikan proses pilihan raya di negara ini dapat dijalankan dengan penuh efisyen dan adil.

Tidak ada sebab katanya, SPR harus mengambil sikap dingin terhadap tuntutan yang disuarakan oleh gabungan NGO itu demi masa depan negara.

"Jadi saya tak nampak bagaimana Tun Dr Mahathir, Najib (Razak) atau siapa juga patut menentang perkara seperti ini. Semua ini telah dituntut dan diminta secara baik selama ini tetapi SPR buat tidak endah dan tidak buat apa-apa. Malah menafikan bahawa ada masalah,"kata Aziz.

Pada Jumaat, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein mengisytiharkan bahawa Bersih sebuah pergerakan haram yang boleh mengancam keselamatan negara.

Malah Khutbah Jumaat di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya turut disajikan dengan peringatan dan amaran bahawa Bersih adalah gerakan pelampau yang memperjuangkan kepentingan individu.

Malah himpunan Bersih itu dikatakan akan berarak ke hulu ke hilir, berkumpul untuk bertindak ganas, merosakkan harta benda awam dan sanggup mencederakan pasukan keselamatan.

Walaupun ditegaskan berkali-kali bahawa Bersih adalah sebuah perhimpunan aman namun kerajaan pemerintah melalui Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan terus melancarkan fitnah ke atas Bersih demi menghalang hak rakyat bersuara.

"Kita lihat bagaimana masjid digunakan untuk menghentam Bersih. Saya rasa ini satu perkara yang tidak patut berlaku oleh kerana Bersih tidak seburuk itu.

"Apa yang disebut dalam khutbah itu jelas satu fitnah, pembohongan. Jadi bagaimana masjid itu boleh digunakan untuk perkara-perkara seperti itu?,"soal Aziz. -tvsnews