Sewaktu isu kemelut politik Perak ini bermula, media massa yang menjadi tumpuan rakyat adalah media massa yang dapat memberikan liputan yang sama banyak sekalipun tidak semestinya 100% adil dan benar. Namun berbanding dengan media massa yang terang-terangan membodek dan mengampu seperti RTM, TV3, Utusan, TheStar, NST malah Bernama sendiri, rakyat meletakkan harapan kepada media seperti NTV7 dan MSTAR yang dilihat lebih "kendur" unsur pengampuan dan bodek itu seklaipun mereka dimiliki oleh tuanpunya yang memang ada kepentingan dengan parti pemerintah.
Kecenderungan rakyat yang tidak menyetujui UMNO/BN terhadap kedua-dua media ini dapat dilihat terhadap sambutan yang diberikan kepada undian-undian SMS dan Bancian dimana keputusan-keputusan akan lebih memihak kepada "tidak menyebelahi" parti pemerintah.
Namun sejak kebelakangan ini persis mendapat arahan pihak tertentu berlaku eksploitasi dan manipulasi yang ketara terhadap angka-angka peratusan undian SMS dan bancian ini menjadi begitu ketara sehingga penonton dan pembaca diperdaya dan ditipu oleh kedua-dua media ini, Edisi 7 dan MStar.
Sebagai contoh yang jelas ruangan TINJAUN oleh MSTAR yang bertanya soalan "Siapakah yang layak menjadi Menteri Besar Perak?" dengan dua opsyen jawapan, Zambry dan Nizar.
Kelab GB perhatikan penipuan itu ketara apabila pada sebelah paginya GB lihat arah alirannya berpihak kepada Nizar (lebih 80% responden) mengundi Nizar, tetapi entah bagaimana apabila disemak semula kali kedua sekitar jam 11 malam, tiba-tiba kedudukan Zambry boleh mengatasi kedudukan Nizar dengan (51% lawan 49%).
Ia jelas satu manipulasi dan penipuan oleh MSTAR dan GB yakin pihak MSTAR melakukannya dengan kesedaran.
Sama juga dengan soalan undian SMS di Edisi 7. Kita hairan dengan sikap media ini yang sanggup melacurkan kredibilitinya untuk berlaku khianat dan penipuan terhadap orangramai melalui perbuatan jahat dan kotor sama seperti yang dilakukan oleh agensi-agensi yang diperkuda dan diperalatkan oleh parti pemerintah.
Jika demikian sikap mereka, maknanya akan sampai waktu mereka juga digolongkan di dalam kategori media massa yang mempunyai maruah serendah tong najis yang bukan untuk menyampaikan berita dan mewujudkan suasana mesra-pembaca dan mesra-penonton tetapi lebih layak digelar media pencacai. - GB