30 Sep 2014

Papagomo Gagal Lagi Terhadap Saman Anwar Ibrahim

Cubaan Papagomo kemuka bukti baru gagal

Wan Muhammad Azri Wan Deris, yang dikenal pasti sebagai penulis blog Papagomo, hari ini memfailkan permohonan untuk mengemukakan bukti baru dalam rayuannya terhadap saman Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang mana dia diarah membayar RM800,000.

Ini ekoran Mahkamah Rayuan menolak permohonannya untuk memperkenal bukti baru, termasuk tulisan di blog itu yang ketika dia berada dalam tahanan pada 2012.

Mahkamah juga menolak permohonan Wan Muhammad Azri untuk menerima bukti sama dalam saman lain yang difailkan oleh peguam Syukri Mohamed.

Wan Muhammad Azri mahu menerima bukti itu bagi menunjukkan dia bukan Papagomo.

Pada 17 September tahun ini, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa Wan Muhammad Azri Wan Deris adalah penulis blog kontroversi Papagomo.

Mahkamah oleh itu telah menolak permohonannya untuk merayu di Mahkamah Persekutuan berhubung saman terhadapnya oleh ahli perniagaan Abdul Razak Mohd Noor.

Wan Muhammad Azri dikehendaki membayar RM300,000 atas kenyataan fitnah yang dibuatnya terhadapnya oleh Abdul Razak.









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



[VIDEO] Apakah PAS Akan Hormati Suara Anak Muda Ini Atau Akan Di"Barua"kan Juga?


NGO anak muda serah memorandum desak PAS keluar Pakatan

Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang terdiri daripada kumpulan anak muda hari ini mendesak PAS keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) jika tiada langkah pemulihan diambil parti Islam itu.

NGO yang menggelarkan diri mereka sebagai Lensa Anak Muda Malaysia (Lensa) berpandangan kenyataan yang dikeluarkan pemimpin PAS hanya menimbulkan ketegangan dalam PR dan jika tidak dibendung ia akan mengakibatkan hilangnya sokongan rakyat.

"Lensa menyarankan PAS perlu menggesa semua pimpinan di semua peringkat untuk tidak lagi membuat kenyataan yang boleh memudaratkan hubungan sesama rakan PR.

"Hal ini penting bagi mewujudkan tempoh bertenang seterusnya memberi ruang kepada komponen PR untuk memperkukuh semula permuafakatan.

"Lensa berpendirian sekiranya PAS gagal bertindak tegas terhadap kelompok dalam PAS yang terus menerus mewujudkan konflik sesama PR maka Lensa mencadangkan PAS mengambil langkah berundur daripada PR," katanya selepas menghantar memorandum di Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini.

Lensa semalam berkata PAS menyebabkan krisis menteri besar Selangor yang mengundang perpecahan dalam PR.

Berdasarkan pandangan ahli politik dan ahli akademik, NGO itu berkata, PAS harus dipersalahkan atas pendirian mereka yang berubah-ubah dalam isu menteri besar Selangor.

Koordinator Lensa Ekhsan Bukharee berkata, PAS menjadi faktor utama menyebabkan krisis Selangor terheret sehingga hampir 5 bulan sedangkan konflik ini boleh diselesaikan lebih awal jika PAS menghormati semangat setiakawan menyokong calon menteri besar yang dipersetujui PKR dan DAP.

Katanya, hubungan sesama komponen PR juga menjadi tidak menentu apabila terdapat pemimpin PAS yang mengeluarkan kenyataan terbuka merugikan PR.

“Lensa khuatir jika pertembungan dalam PR tidak diurus segera, masyarakat akan hilang kepercayaan kepada PR dan secara khususnya kepada PAS. Ini berikutan tanggapan umum terhadap PAS yang dilihat membelakangkan semangat Pakatan.

“Dalam empat siri forum yang dijalankan, 33 soalan diajukan penonton kepada ahli panel. Hasilnya 23 daripada 33 soalan tersebut menunjukkan kekecewaan terhadap sikap PAS dalam krisis Selangor.

“Analisis juga menunjukkan semua soalan diajukan penonton bukan Islam mempertikai sikap PAS sepanjang konflik berlaku,”
katanya kepada pemberita yang turut dihadiri Pengarah Eksekutif Lensa Safwan Anang.

Ekhsan berkata, PR perlu sentiasa memperkukuh persepakatan bagi menyemak imbang urus tadbir negara di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana pakatan pembangkang yang kuat akan melahirkan kerajaan yang lebih prihatin dan telus dalam pemerintahan.

Katanya, PR begitu longlai dalam menangani keghairahan kerajaan menggunakan Akta Hasutan walaupun pemimpin utama PR sendiri disabitkan dengan akta drakonian tersebut.

“Jika pakatan pembangkang lemah, kerajaan yang memerintah akan berpeluang untuk mentadbir secara sesuka hati sekali gus berpotensi untuk menindas rakyat.

“Sebagai contoh, dalam masa PR terheret dengan konflik dalaman yang berpanjangan dan kelihatan lemah, tempoh tersebut digunakan pihak berkepentingan untuk menganiaya pemimpin politik dan aktivis rakyat menggunakan Akta Hasutan,” katanya. – TMI


Lebih baik keluar dari PR

KUALA LUMPUR: Badan pertubuhan bukan kerajaan Lensa Anak Muda Malaysia (LENSA), menyarankan sekiranya PAS gagal bertindak tegas terhadap kelompok dalam PAS yang terus menerus mewujudkan konflik sesama Pakatan Rakyat (PR), LENSA mencadangkan agar PAS mengambil langkah berundur dari PR.

Menurut Koordinator LENSA, Ekhsan Bukharee, sikap PAS yang membelakangkan setiakawan menjadi faktor utama yang menyebabkan krisis Selangor terheret selama lima bulan.

“Walhal konflik ini boleh diselesaikan lebih awal sekiranya PAS menghormati semangat setiakawan dengan menyokong calon Menteri Besar yang telah dipersetujui secara bersama PKR dan DAP,” katanya.

Tidak terhenti di situ, PAS dikatakan lewat bertindak, dan tidak konsisten.

“Mesyuarat PAS Pusat pada 17 Ogos sebetulnya mampu menyelesaikan masalah yang berlaku,

“Namun selepas mesyuarat itu, PAS dilihat beberapa kali membuat pusingan ‘U’ menyebabkan konflik semakin buntu.

“Walaupun pada 17 Ogos, mesyuarat Pimpinan Pakatan Rakyat sepakat menamakan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal MB,” katanya dalam satu sidang media selepas menyerahkan surat cadangan kepada Pegawai Penerangan PAS Pusat, Mohamad Shahir Abu Hassan.

Jelasnya lagi, LENSA turut mencadangkan PAS menggesa semua pimpinan di setiap peringkat untuk tidak lagi membuat kenyataan yang boleh memudaratkan hubungan sesama rakan PR.

Selain itu, LENSA mencadangkan agar PAS menyiasat dan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap ahli mahupun pimpinan yang bertindak mengeluarkan kenyataan yang mampu menggugat keutuhan PR.

“Ia penting bagi membuktikan ketelusan PAS bersama PR sekaligus menunjukkan pandangan yang tidak pro-pakatan sebagai pandangan minoriti dan terpencil dalam PAS.

“Sekiranya ini dapat dilaksanakan, LENSA yakin kepercayaan masyarakat umum kepada PAS dapat dikembalikan,” ujar beliau lagi.

Sebelum ini, beberapa pimpinan PAS telah mengeluarkan kenyataan yang dilihat boleh mengeruhkan hubungan PAS di dalam PR, antaranya Ahli Parlimen Pasir Mas , Nik Mohamad Abduh Nik Aziz, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Pusat, Dr Zuhdi Marzuki, dan juga Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan.

Ujar Ekhsan lagi, jika PAS terus bersikap demikian dan masalah ini tidak diurus segera, maka masyarakat akan hilang kepercayaan kepada PR dan secara khususnya kepada PAS.

“Kita nampak PAS boleh pergi jauh, dan sebab itu kita sebagai NGO yang tidak partisan (tidak berparti) tegur PAS.

“Kita juga tidak menolak bahawa kita akan menegur DAP dan PKR pada masa akan datang,” katanya.
-FMT








ULASAN GB

GB dan blogger-blogger PAS yang lain dah banyak kena maki dengan puak yang mengaku pro-ulama. Kena barua dan sebagainya. Tapi kami tak heran sebab kami dah lama di dalam PAS dan dah lali kena maki..... itu asam garam perjuangan di alam siber...

Yang GB khuatir ada di kalangan PAS terutama yang taksub gila yang akan membaruakan anak muda di atas. Mereka anak muda itu bukan semuanya ahli PAS, tetapi mereka kebanyakannya adalah pengundi-pengundi Pakatan Rakyat termasuk PAS.

Terpulang kepada PAS nak layan memo mereka macamana...







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Melati - Ikon Anak Muda Generasi Y


Melati Move'- cabaran politik baru anak muda M'sia

ULASAN Melati Rahim bukanlah sosok anak muda yang baru saya kenali kelmarin. Penuntut UNISEL dari jurusan TESL ini pertama kali saya temui sewaktu mengikuti program anak muda di Kuala Lumpur.

Membaca berita beliau yang lebih dikenali sebagai Melati, anak muda yang menyertai DAP baru-baru ini, membuatkan saya berfikir sejenak.

Saya pasti inilah individu yang dimaksudkan oleh Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS semasa ucapan perasmian muktamar Pemuda PAS Malaysia kali ke-55 di Kota Tinggi pada 16 September lalu.

Seingat saya, kali terakhir saya bertemu Melati adalah semasa jelajah program seni 'Anak Muda Politikal' di Batu Pahat, Johor.

Dengan gaya penampilan yang 'humble' sambil mengenakan hijab lengkap berniqab, beliau tampil dalam program tersebut untuk mempersembahkan bacaan puisi yang beliau karang sendiri.

Melati mungkin tidak mengenali saya. Tetapi beliau yang tampil penuh berani ketika itu, pastilah menjadi tarikan audien untuk mengamati puisi disampaikan.

Walaupun saya akui gagal menangkap keseluruhan maksud bait-bait puitis beliau, namun tidaklah terlalu sukar untuk saya memahami mesej tersirat yang cuba disampaikan. Penuh dengan idea-idea politikal, sesekali sinikal dan yang pasti, sarat dengan kritikan sosial.

Melati dan generasi Y

"Melati masuk DAP?" Sesetengah rakan saya musykil seakan tidak percaya.

Apa tidaknya, ramai sudah tahu bahawa parti DAP merupakan sebuah parti yang tak lekang diserang bertubi-tubi oleh parti kawan dan lawan dengan pelbagai konotasi negatif. Laras fikiran tipikal seorang Melayu Muslim seperti saya untuk menerima hakikat ini, pastilah sedikit sukar.

"Inilah Melati Move!" Spontan saya menjawab berseloroh.

Sebagai orang kecil dalam arena politik nasional, saya melihat bahawa langkah Melati menyertai DAP sedikit sebanyak menjadi sampel anak muda Malaysia hari ini yang berani mengambil langkah menongkah arus.

Jika dahulu, gadis berniqab ini pastinya lebih mudah diasosiasikan dengan kumpulan-kumpulan Islam; baik NGO Islam mahupun parti Islam.

Nampaknya kini tidak lagi. Pada hemat saya, anak muda generasi Y hari ini tidak boleh lagi dinilai sebegitu simplistik.

Mereka terdedah dengan kebanjiran maklumat menerusi pelbagai saluran dalam mewarnai fikrah dan kefahaman mereka. Media baru antara medium yang memainkan peranan besar dalam memangkin hal ini.

Bahkan kini, wacana umum anjuran pelbagai kelompok sivil dan kumpulan indipendan begitu giat sekali dihidupkan selaras dengan kesedaran rakyat yang kian prihatin terhadap peri pentingnya kebebasan bersuara, mendapatkan akses maklumat yang tepat dan menyuarakan pendangan sekalipun disana wujud pelbagai perbezaan.

Bagi kelompok anak muda dan mahasiswa contohnya, mereka tidak lagi terbatas dengan kuliah-kuliah rasmi di universiti mahupun diskusi-diskusi formal untuk mendapatkan semua ini.

Saya sendiri yang mendapat pengisian 'extra' menerusi kumpulan usrah dan daurah anjuran persatuan Islam semasa di universiti dahulu, dapat menyaksikan sendiri betapa ianya bukan lagi menjadi wadah tunggal dalam menjana fikrah ketika ini.

Beberapa hari lalu, sempat saya meluangkan masa berdiskusi bersama adik-adik mahasiswa di sekitar Lembah Klang. Akhirnya, habis 'lunyai' saya diterjah dengan persoalan dan pandangan kritikal yang saya akui sendiri gagal untuk saya menjawabnya dengan baik dan tuntas!

Tolak ketepi dahulu dengan 'cakap-cakap' bahawa Melati Move ini ialah agenda politik untuk mencairkan imej ke-Cinaan' DAP. Hakikat yang perlu diterima umum sekarang, seorang gadis Melayu-Islam yang berpurdah sudah mula memilih DAP; yang selama ini dimomokkan sebagai sebuah parti cauvonis, anti Islam dan sekular!

Cabaran buat Pakatan Rakyat

'Melati Move' juga pada pandangan saya menjadi satu cabaran buat politik baru anak muda yang sewajarnya dijuarai Pakatan Rakyat.

Apakah PAS, PKR dan DAP mampu terus segar menyediakan pentas, memberi ruang dan peluang serta mengemukakan platform bersifat 'true Malaysia' untuk anak muda tampil kehadapan?

Lebih dari itu, parti-parti Pakatan Rakyat perlu keluar dari garis zon selesa mereka; PAS untuk kelompok Malayu Islam, DAP untuk orang Cina dan PKR untuk para pendokong reformasi (berpuncakan peristiwa reformasi 1998-1999) semata-mata.

Mungkin sesetengah dari para pendokong dan penyokong Pakatan Rakyat melihat garis ini sebagai teras sokongan politik dalam konteks pilihanraya, tetapi untuk menyediakan kolasi politik yang bekerja keras ke arah membina generasi Malaysia pada masa hadapan, sesuatu perlu dilakukan melangkaui skala tersebut.


Dalam konteks PAS sendiri, saya kembali kepada intipati ucapan perasmian timbalan presiden PAS dalam muktamar Pemuda PAS Malaysia yang lalu. Jika DAP terus giat menjadikan partinya ke arah lebih inklusif dengan meraikan penyertaan anak muda hatta berimej Islamik bahkan berniqab, adakah PAS menerusi sayap pemudanya akan mengambil langkah yang sama?

Atau apakah pemuda PAS akan terus menjadi wadah yang dilihat eksklusif menghimpunkan graduan lepasan timur tengah dan pengajian Islam semata-mata dalam memacu arah tuju politik anak muda Malaysia?

Inilah cabaran membina generasi anak muda Malaysia untuk masa hadapan.

Mampukah kita? Jawapannya bergantung sejauhmana usaha kita mencorakkannya pada hari ini.

SHEIKH Omar Ali adalah ahli Pemuda PAS Johor dan pembantu kepada Ahli Parlimen Kluang)

ULASAN GB

Pertama, ramai yang ultra Melayu termasuk di dalam PAS sendiri yang skeptikal dengan "Melati Kove" ini. Walhal Presiden PAS sendiri, Abdul Hadi Awang semasa pilihanraya kecil Teluk Intan pernah mengkagumi dengan keberanian Dyana Sofya yang menyertai DAP. Samada ada keikhlasan di sebalik kekagumannya itu, hanya Allah Yang Maha Tahu.

Kedua, saya tertarik dengan penulis mengenai persediaan parti-parti komponen di dalam PR menyediakan pentas, memberi ruang dan peluang serta mengemukakan platform bersifat 'true Malaysia' untuk anak muda tampil kehadapan Namun anehnya, bagaimana hendak mewujudkan imej "true Malaysia" melalui PAS apabila dua ADUN berkorban untuk pertahankan Pakatan Rakyat dari tumbang tiba-tiba ditempelak dan dihukum sendiri oleh presiden di muktamar sebagai broker dan barua?

Ketiga, tanpa perlu tokok tambah, bila mengimbaui kelompok 50 pemmuda yang bertindak meninggalkan dewan di mutamar dan boo-mengeboo esok harinya, saya menyetujui yang ini:

Apakah pemuda PAS akan terus menjadi wadah yang dilihat eksklusif menghimpunkan graduan lepasan timur tengah dan pengajian Islam semata-mata dalam memacu arah tuju politik anak muda Malaysia?

Laporan sebelum ini
klik untuk baca











IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Najib Berucap Hanya Depan Rosmah & Perwakilan M'sa Di PBB? -updated

Amalkan apa yang kamu cakap, kata pengguna media sosial kepada Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diminta melaksanakan apa yang diucapkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang menentang segala keganasan golongan pelampau Isis di Syria dan Iraq di negara sendiri.

Melalui laman sosial Twitter, mereka menyifatkan Najib gagal di negara sendiri dalam mengekang keganasan dan tindakan tidak adil.

Pengarah Eksekutif Peguam Untuk Kebebasan, Eric Paulsen melalui Twitternya menulis @NajibRazak berkata yang betul di PBB tetapi gagal sepenuhnya di negara sendiri Malaysia.

"Umno, Isma, Perkasa, Utusan, Jakim, Jais adalah contoh pelampau yang dilihat oleh semua orang."


Beliau menambah: "Di PBB @Najib Razak mencadangkan kedamaian & kesederhanaan tetapi tidak ada sikap sebegitu di Malaysia- semuanya diuruskan menggunakan Akta Hasutan."

Ia diikuti oleh respon dari pengikut Twitter beliau, People Power yang menggunakan akaun @peoplepowerr yang menulis: "Dia jaguh dunia tetapi bukan jaguh kampung."

Seorang lagi pengguna Twitter, Hafiz Noor Shams mengingatkan Najib tentang kenyataan beliau sebelum ini dengan menggunakan akaun @_earth: "Najib di PBB, Kami anti Isis. Najib bersama Umno: Kita patut contohi keberanian Isis."

Najib ketika meraikan majlis makan malam 25 tahun penubuhan Umno Cheras Jun lalu meminta ahli partinya mencontohi pertubuhan yang memanggil sendiri Isis kerana mereka berjaya mengalahkan tentera Iraq walaupun jumlah mereka jauh lebih kecil.

Sementara itu, peguam hak asasi manusia Latheefa Koya juga menggunakan Twitter hari ini dengan berkata: “Najib menggesa masyarakat global untuk mengalahkan keganasan & sikap tidak bertoleransi agama - hello? Ada kenal Isma & Perkasa?”, merujuk kepada kedua-dua kumpulan hak Islam dan Melayu di Malaysia.

Bekas de facto menteri undang-undang Datuk Zaid Ibrahim juga menulis melalui Twitter @zaidibrahim: “PM dengan wajah manis; bercakap tentang idea-idea yang berbahaya meresapi dunia Islam di New York. Apabila pulang semula, adakah dia akan mengulanginya di Pekan?"

Najib memberitahu PBB bahawa militan Isis memusnahkan kehidupan dan menjadikan masyarakat tidak stabil dan rapuh serta mengancam keselamatan serantau.

"Kami menolak apa yang dipanggil Negara Islam. Kami menolak perkara yang ditakrifkan oleh ekstremisme. Dan kami mengutuk keganasan yang dilakukan atas nama Islam.


"Kita tahu bahawa ancaman kepada keamanan dan keselamatan dunia bukan Islam, tetapi ekstremisme, tidak bertolak ansur, keganasan dan militan. Tindakan militan ini adalah di luar hati nurani dan kepercayaan.

“Mereka melanggar ajaran Islam, contoh yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad dan prinsip undang-undang Islam."

Najid berkata dalam ucapannya bahawa terdapat perkara-perkara utama yang dunia perlu lakukan untuk mengalahkan keganasan dan sikap tidak bertoleransi agama di Iraq dan Syria.

"Pertama, keselamatan dan kenegaraan mesti dikembalikan kepada rakyat Syria dan Iraq.

"Kedua, kita mesti mengejar politik yang berbeza... Kita mesti memecahkan kitaran di mana satu kumpulan mendapat kuasa hanya untuk menggunakannya terhadap yang lain... Oleh itu, kita harus komited untuk politik yang lebih inklusif. – TMI


SEMALAM NAJIB MENYAMPAIKAN UCAPAN DI PERHIMPUNAN AGUNG PERTUBUHAN BANGSA BERSATU (PBB)
DI NEW YORK DI HADAPAN SIAPA?????



Terkejut juga apabila mendapat kiriman gambar yang diambil dari siaran Astro Awani dimana ketika Najib Razak menyampaikan ucapannya di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu di New York, Amerika Syarikat, semalam , beliau berucap dihadapan khalayak kosong .. Yang datang mendengar dari negara-negara luar boleh dibilang dengan jari.

Amat sedih sekali .. nasib baik rombongan Malaysia yang terdiri dari Rosmah Mansur dan Menteri Luar Anifah Aman serta beberapa pegawai dan diplomat hadir .. jika tidak dikira Najib berucap depan mahkluk halus dan bunian jer.

Kalau dengar media arus perdana punya kelentong seolah-olah digambarkan ucapan Najib Razak dinanti-nantikan oleh para perwakilan seluruh dunia.

Hakikatnya??????? .. Lihat sahaja gambar-gambar diatas .. seolah-olah macam kena pulau.

Para ulama dan ilmuan Islam Malaysia khususnya perlu bersikap pro aktif dengan memberikan respons segera mereka terhadap ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) semalam, 26hb September 2014.

Dalam ucapan tersebut, Najib menekankan tentang perlunya masyarakat dunia tidak hanya berpada dengan tindakan menumpaskan golongan ekstremis, sebaliknya dalam masa sama perlu bertindak ‘menumpaskan’ idea-idea keganasan dan ideologi yang mereka anuti.

Bagi beliau, usaha membanteras keganasan yang hanya terhenti setakat menumpaskan kumpulan militan dan ekstremis, tetapi tidak turut berusaha mematikan idea-idea keganasan dan ideologi yang mereka anuti, adalah pendekatan lama.

Sehubungan itu, beliau menggesa pendekatan baru dan berbeza diambil, iaitu satu pendekatan yang turut menekankan aspek ‘membunuh’ idea-idea keganasan disamping tindakan pencegahan dan pengawalan terhadap aktiviti-aktiviti militan dan keganasan.
-omakkau

ULASAN GB

Yang peliknya yang mendengar cuma perwakilan dari Malaysia, itu pun salah seorang yang jadi perwakilan ialah isteri Najib sendiri Rosmah!


If UN assembly had Q&A, Najib would face a FIRING SQUAD over human rights









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI