Nazri: ‘Kematian Teoh tidak berlaku jika siasatan ikut standard’
KUALA LUMPUR, 24 Julai — Putrajaya memperakui bekas setiausaha politik DAP Teoh Beng Hock tidak mati dua tahun lalu jika Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mematuhi prosedur-prosedur siasatan yang sewajarnya dengan betul.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz menegaskan, beliau tetap bersetuju dengan cadangan suruhanjaya diraja kerana apa yang telah berlaku adalah satu kematian.
Pada sidang media Khamis lalu juga, Nazri berkata kerajaan memberi jaminan bahawa tindakan sewajarnya akan diambil terhadap pegawai yang melanggar prosedur SPRM berdasarkan peraturan dan undang-undang sedia ada.
Katanya, hasil siasatan suruhanjaya itu juga mendapati bahawa tiga pegawai penyiasat yang terbabit dalam kes ini telah menggunakan taktik soal siasat yang berterusan, agresif dan keterlaluan ke atas Teoh yang didapati melanggar prosedur sedia ada.
Dalam satu temu bual hari ini, tegas Nazri, kematian melibatkan Teoh tidak berlaku kalau sisatan dijalankan mengikut standard siasatan yang telah ditetapkan dan menepati piawaian yang memuaskan.
“Apabila berlaku keadaan macam ini kita kena teima hakikat bahwa ada perkara-perkara yang tidak patut dilakukan,” kata Nazri sambil menambah, “saya ingin mencadangkan supaya SPRM yang bekerja rapat dengan badan pencegahan rasuah di Hong Kong supaya mengikut cara mereka bekerja.”
“Dulu mereka belajar daripada kita, sekarang mereka berada di kedudukan nombor satu,” katanya lagi.
Nazri menambah, prosedur operasi standard (SOP) di Hong Kong mempunyai piawaian yang sangat tinggi dan SPRM seharusnya berunding dengan badan pencegahan rasuah berkenaan.
“Ikut dan contohilah mereka,” kata beliau lagi dalam temu bual dengan Mingguan Malaysia edisi hari ini.
“Di Hong Kong tuntutan kepada demokrasi sangat kuat, mereka tidak akan bertolak ansur dengan badan pencegahan rasuah di sana kalau SOP yang diamalkan adalah tidak baik,” kata menteri yang bertanggungjawab atas hal ehwal perundangan dan Parlimen ini.
Nazri juga berkata, kerajaan perlu mengakui bahawa sudah tentu ada kelemahan dalam sistem semasa.
“Jangan nafi. Saya bukan tidak hendak mempertahankan pegawai-pegawai ini tetapi saya percaya dan tahu ada perkara yang berlaku.
“Berdasarkan laporan yang kita baca jelas menunjukkan bagaimana siasatan dijalankan secara berterusan,” katanya yang turut mahu SPRM membetulkan diri.
“Dunia dahulu mungkin berbeza, orang tak banyak buat aduan, aliran maklumat juga sangat perjalan, tetapi sekarang apa saja berlaku sekelip mata, semua orang tahu. Mereka mesti berubah,” katanya lagi.
Suruhanjaya siasatan terdiri daripada lima anggota diketuai oleh seorang hakim telah menjalankan prosiding siasatan selama 50 hari dan memanggil 70 saksi.
Teoh, 30, setiausaha politik kepada Exco Selangor Ean Yong Hian Wah ditemui mati di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor pada 16 Julai 2009 selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14, plaza berkenaan.
Bagaimanapun menurut Nazri, beliau tidak melihat imej SPRM terjejas dengan penemuan siasatan diraja atas alasan dalam mana-mana organisasi ada segelintir kakitangan yang membuat sesuatu tidak mengikut peraturan.
“Namun pada saya ia tidak menjejaskan kerja baik yang selama ini dilakukan SPRM untuk membendung rasuah,” katanya. -TMI
Ulasan GB
GB sudah menyatakan sebelum ini, sekalipun agak sukar diterima kenyataan Teoh Beng Hock membunuh diri seperti yang diutarakan oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja, namun faktanya bahawa Teoh Beng Hock telah didera dengan soalsiasat yang agresif dan berterusan oleh pegawai Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
"Bunuh diri" hanyalah andaian. Itu kata GB, disokong oleh kenyataan dari Majlis Peguam yang menyatakan bahawa "membunuh diri" sebagai penyebab kematian Teoh Beng Hock tidak disandarkan kepada fakta.
Tetapi penderaan oleh pegawai SPRM bertaraf binatang adalah fakta dan kebenaran.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menyatakan Teoh tertekan lantas perlu menyelamatkan diri, bukan membunuh diri.
Lim Kit Siang mahu kesemua pegawai SPRM yang terlibat menyoalsiasat Teoh dikenakan tindakan bukan sekadar 3 orang kerana laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) jelas menamakan lebih daripada tiga pegawai yang menyoal siasat Beng Hock di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Selangor di Plaza Massalam, dua tahun lalu.
Ia bertepatan dengan permintaan GB sebelum ini. Dari awal lagi GB sudah suruh siasat pegawai-pegawai SPRM itu di bawah tajuk entri berbunyi Pegawai SPRM Ditegur Suruhanjaya, Siasat Lelaki Ini! dan tajuk entri Pegawai SPRM Berambut Panjang Ini Hanya Mengandaikan Teoh Yang Berbaring Di Sofa.
Lebih tertolak ialah teori Peguam SPRM, Shafee Abdullah yang menyatakan kononnya Teoh Beng Hock bunuh diri secara terhormat bagi melindungi majikan dan partinya daripada tuduhan rasuah. Satu andaian palsu dan rekaan melangkaui tahap "merapu" demi untuk mempertahankan SPRM dan Polis.
Hal yang sama juga patut dilihat di dalam kes kematian Ahmad Sarbani. Kerana sudah ada beberapa bukti bahawa pegawai-pegawai SPRM tidak menyatakan hal sebenar dan siapa yang musnahkan rakaman cctv sewaktu soal-siasat Sarbani dijalankan perlu dikenakan tindakan.
Dan seperkara yang perlu diberi perhatian ialah berapa perbelanjaan yang dikeluarkan membayar ahli-ahli patologi (termasuk dari Amerika) dan peguam SPRM oleh kerajaan. Hal ini perlu didedahkan kerana ia membabitkan wang rakyat. Ahli Parlimen Pakatan Rakyat perlu mendesak kerajaan menjawabnya di Parlimen.

Beng Hock : SPRM Tidak Serius Tangani Pesalah, Kata DAP
SHAH ALAM 24 JULAI : Penasihat DAP, Lim Kit Siang mahukan tindakan setimpal dikenakan ke atas semua pegawai yang terlibat dalam soal siasat ke atas mendiang Teoh Beng Hock.
Menurut Kit Siang, tindakan melucutkan dua daripada tiga pegawai terbabit daripada operasi siasatan sahaja tidak mencerminkan keseriusan kesalahan yang dilakukan oleh mereka.
Kit Siang berkata laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) jelas menamakan lebih daripada tiga pegawai yang menyoal siasat Beng Hock di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Selangor di Plaza Massalam, dua tahun lalu.
SPRM semalam mengumumkan bahawa Pengarah SPRM Negeri Sembilan Hishamuddin Hashim digantung kerja manakala Mohd Ashraf Mohd Yunus dan Mohd Anuar Ismail masih bertugas tetapi tidak akan menyoal siasat saksi.
" Sebenarnya kalau kita baca laporan RCI, mereka dinamakan sebagai '"cakap bohong". Laporan Suruhanjaya juga menyebut (nama-nama lain), bukan tiga orang ini sahaja," kata Kit Siang.
" Jadi kenapa bukan semua digantung? Bukan sahaja daripada tugas penyiasatan, tetapi daripada jawatan dan mengapa mereka tidak didakwa dalam mahkamah oleh kerana kesalahan-kesalahan yang bukan ringan tetapi sangat serius sehingga menyebabkan kematian," tegas Kit Siang kepada Tv Selangor.
Sebuah Suruhanjaya Diraja sebelum ini merumuskan Beng Hock membunuh diri kerana menghadapi sesi soal siasat agresif dan berlarutan oleh pegawai SPRM pada Julai 2009.
Walaupun beliau hanya saksi dalam sebuah kes membabitkan cuma RM2,400, pegawai SPRM cuba mendapatkan pengakuan daripada beliau sepanjang malam dengan membuat pelbagai ugutan dan memberikannya maklumat palsu.
Kit Siang berpendapat, tindakan tegas harus dikenakan ke atas pegawai yang terlibat sehingga menyebabkan kematian kepada seseorang apatah lagi kerana tidak memberikan fakta sebenar sebelum ini.
" Sangat tidak mencukupi (lucut tugas operasi siasatan). Kalau SPRM menerima keputusan Suruhanjaya Diraja, sangat jelas bahawa tiga individu yang dinamakan ini melakukan pelbagai perbuatan jenayah dan juga menyebabkan kematian Teoh Beng Hock,"kata beliau.
" Ini adalah satu kesalahan yang serius kerana memberikan keterangan yang palsu yang mengikut penal code boleh dikenakan penjara tujuh tahun,"tambahnya lagi.
Keluarga Beng Hock menyifatkan laporan RCI itu sebagai berjaya membongkar kezaliman prosedur siasatan SPRM namun menolak rumusan mendiang membunuh diri.
Peguam mereka, Karpal Singh berkata pihaknya akan memohon semakan kehakiman terhadap keputusan Suruhanjaya Diraja itu dalam masa terdekat.
Dalam pada itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz menegaskan pihaknya tidak akan membentuk suruhanjaya baru atau badan lain bersabit kes Beng Hock.
Menurut beliau, pendedahan laporan Suruhanjaya Diraja itu kepada umum sudah memadai dan menutup kes kematian Beng Hock.
“Tidak akan ditubuhkan satu lagi suruhanjaya semata-mata untuk memuaskan hati mereka yang tidak puas hati. Itu memang tidak boleh dan tidak akan dilakukan,” kata beliau dalam temu bual disiarkan Mingguan Malaysia hari ini.
Nazri berkata, melainkan ada ruang dibenarkan mengikut undang-undang, terpulang kepada keluarga Beng Hock untuk mengambil tindakan susulan bersabit laporan RCI itu.
"Teruskanlah,"kata beliau lagi. -tvsnews
Ulasan GB
GB sudah menyatakan sebelum ini, sekalipun agak sukar diterima kenyataan Teoh Beng Hock membunuh diri seperti yang diutarakan oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja, namun faktanya bahawa Teoh Beng Hock telah didera dengan soalsiasat yang agresif dan berterusan oleh pegawai Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
"Bunuh diri" hanyalah andaian. Itu kata GB, disokong oleh kenyataan dari Majlis Peguam yang menyatakan bahawa "membunuh diri" sebagai penyebab kematian Teoh Beng Hock tidak disandarkan kepada fakta.
Dalam kenyataan medianya kepada Malaysiakini, Lim (dari Majlis Peguam) juga berkata penemuan suruhanjaya itu (mengenai kejadian membunuh diri") juga banyak tidak disokong oleh bukti ataupun keterangan saksi kes berkenaan. -mk
Tetapi penderaan oleh pegawai SPRM bertaraf binatang adalah fakta dan kebenaran.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menyatakan Teoh tertekan lantas perlu menyelamatkan diri, bukan membunuh diri.
Tidak ada sebab Teoh Beng Hock mahu terjun dari tingkap melainkan hendak menyelamatkan diri dari siasatan yang mungkin sangat ganas ke atasnya, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
Walaupun Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz mengumumkan keputusan siasatan Suruhanjaya Diraja mendapati Teoh Beng Hock mati kerana membunuh diri, Mahfuz mempersoalkan adakah Teoh mati membunuh diri atau mahu menyelamatkan diri dari siasatan yang mungkin sangat ganas ke atasnya.
"Di mana-mana dan pada bila-bila masa pun, adalah lumrah seseorang yang diganasi oleh mereka yang mempunyai sifat seperti syaitan akan berusaha menyelamatkan dirinya," katanya. -harakahdaily