Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak agar berhenti membelanjakan sumber pendapatan dan kekayaan negara dengan cara boros, cuai, tidak telus dan tidak bertanggungjawab.
Beliau mendakwa, Najib yang juga merupakan Menteri Kewangan ‘tidak pernah gagal’ memohon ‘bajet tambahan’ setiap tahun sejak 2009.
“Saya boleh memahami keperluan YB (Datuk Seri Najib Tun Razak) untuk memohon bajet tambahan sejak tahun 2009 disebabkan krisis ekonomi.
“Negara memerlukan berbelanja secara ‘suntikan fiskal’ untuk mengepam ekonomi dalam keadaan ekonomi meleset sesuai dengan konsep ekonomi ‘counter-cyclical’ berdasakan teori Keynesian,” katanya dalam satu kenyataan kepada FMT hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas sesi pembentangan Bajet 2015 yang akan diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada petang ini.
Dzulkefly berkata, ‘kesedapan dan ‘ketagihan’ memohon ‘bajet tambahan’ sekurang-kurangnya dua kali setahun sehingga kini telah mencecah hampir RM20 billion setiap tahun.
“Hentikan tabiat ini.. Stop the overspending!. Bila pungutan cukai lebih baik dari ramalan, YB dan kabinet, memohon ‘tambahan’ kerana tidak menampakkan defisit fiskal (nisbah KDNK) yang lebih tinggi sebab ‘pungutan cukai lebih baik’ kononnya.
“Trik lama ini YB dan PM UMNO-BN dahulu telah lama guna. Tetapi YBlah yang paling ‘cemerlang’ dalam penggunaan kaedah ini! Ya, rakyat tidak tahu! Tetapi kami Pakatan Rakyat tahu!,” katanya.
Beliau menambah, penambahan dan pemberian BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) adalah perkara yang bukan rakyat nantikan.
“Tetapi yang dimahukan dan dihajati rakyat adalah segala sumber khazanah serta aset negara ini diurus-tadbir dengan penuh amanah dan kebertanggungjawaban.
“Birokrasi pengurusan negara serta sistem penghantarannya mesti bebas rasuah, ketirisan dan kebocoran dari atas sehingga ke bawah,” katanya. -FMT
Bajet 2015 tidak tangani isu korupsi, ketirisan, kata Anwar
Bajet 2015 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini masih tidak dapat menangani isu ketirisan dan rasuah, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketua pembangkang itu berkata, bajet kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) masih tidak menyentuh soal pokok seperti ketirisan dan rasuah yang menyebabkan hutang kerajaan semakin meningkat naik.
"Ia masih tidak dapat menangani soal sara hidup yang meningkat, ketirisan dan rasuah. Semua ini yang tidak disentuh dalam bajet," katanya kepada pemberita selepas pembentangan Bajet 2015 di Parlimen hari ini.
Hari ini, Najib yang juga menteri kewangan, membentangkan bajet keenamnya di sidang Dewan Rakyat.
Semalam, beliau menulis di dalam blognya NajibRazak.com, Bajet 2015 akan bersifat “pro-rakyat” dan akan mengurangkan kebimbangan mereka mengenai kos sara hidup yang meningkat.
Ketua pembangkang itu berkata, masih terdapat isu yang perlu diberi penumpuan berbanding pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
"GST tidak hanya berkenaan pengutipan cukai tetapi cara pendekatan di mana ia pasti akan menaikkan harga barangan," katanya.
Beliau turut mempersoalkan pengumuman Najib berhubung kerajaan berhasrat mengurangkan defisit sehingga 3%.
Anwar berkata, pihaknya akan mengkaji dengan lebih terperinci mengenai pelaksanaan bajet tersebut dan membahaskan perinciannya di Dewan Rakyat pada Isnin depan.
Sementara itu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata bajet tersebut langsung tidak menyentuh bagaimana kerajaan menangani masalah ketirisan dan kronisme.
Lim berkata, meskipun ia seperti belanjawan yang berjiwa rakyat namun apabila diteliti lebih mendalam ia tidak menyelesaikan isu pokok iaitu ketidakcekapan dalam pentadbiran, amalan kronisme hingga menyebabkan negara kerugian berbilion ringgit.
"Apa yang kita kecewa ialah apabila tiada kaedah untuk memenangi ketirisan, korupsi apatah lagi membanteras jenayah.
"Masih tiada usaha untuk menjadikan ia benar-benar berjiwa rakyat dan bagaimana anda mahu memastikan ekonomi rakyat meningkat sekiranya isu korupsi dan kronisme tidak ditangani," katanya.
-TMI
IKLAN BERBAYAR
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI