4 Apr 2009

BUKIT GANTANG : Pelbagai Taktik Kotor UMNO-BN

Semakin hampir ke tarikh pilihanraya kecil 7 April, semakin banyak terdedah politik kotor UMNO-BN yang tertekan dan terdesak untuk memenangi kerusi Bukit Gantang.

Mengizinkan tarian separa-bogel dengan penipuan di atas nama kebudayaan Cina, melemparkan tuduhan perpecahan UMNO ekoran calon yang bermasalah kepada Pakatan Rakyat, mensabotaj poster-poster PAS, menyebarkan risalah buku kecil memburukkan PAS ekoran isu Elizabeth Wong, terkini ialah percubaan mereka untuk membakar kereta polis dan kemudian melemparkan tuduhan kepada PAS-Pakatan Rakyat.

Hal tersebut didedahkan oleh Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, Dato' Mustapha Ali di dalam sidang medianya di Bukit Gantang.

Mustapha mendakwa bahawa telah sampai ke pengetahuannya terdapat perancangan kotor dari pihak BN dimana pada hari di malam yang terakhir pihak BN akan kumpulkan kereta-kereta lama polis dan akan dibakar berdekatan dengan salah satu balai polis. Kemudian mereka akan memfitnah ia dilakukan oleh Pakatan Rakyat.

Sebelum ini, malaysiakini telah melaporkan sebuah buku kecil mengenai kontroversi gambar intim exco kerajaan negeri Selangor yang juga ADUN Bukit Lanjan, Elizabeth Wong kini diedarkan di Bukit Gantang.

Hal ini telah kami dedahkan di dalam tulisan sebelum ini memetik tulisan chegubard yang mana pihak BN merancang menjadikan isu Elizabeth Wong sebagai bahan kempen mereka.

Dari muka pertamanya, buku itu memaparkan Elizabeth sebagai seorang wanita tidak bermoral tetapi masih menerima sokongan daripada PAS, yang meletakkan Datuk Mohd Nizar Jamaluddin sebagai calonnya bertanding dalam pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang.

Buku itu mendakwa, Elizabeth tidak dianiayai tetapi dia sendiri yang menjadi puncanya dan mengadakan hubungan seks dengan sesiapa sahaja.

Artikel kelima dan artikel yang terakhir dalam buku itu memaparkan rencana Utusan Malaysia pada 1985 yang memetik Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang sebagai berkata parti itu akan menghapuskan hak istimewa orang Melayu jika ia berkuasa.

BN juga telah bertindak kurang ajar apabila menampal lambang dacing di atas poster-poster PAS sehingga telah melahirkan suasana tegang di Bukit Gantang.

Insiden tersebut merupakan taktik kotor UMNO-BN yang tidak dapat untuk menandingi keperibadian calon PAS, Dato Seri Ir Nizar Jamaluddin sehingga terpaksa "mengakui" ia calon BN.



BUKIT GANTANG : Gagal Bebaskan Tahanan ISA. Hamid dan Musa Perlu Dipecat.

Najib Razak, PM yang baru semalam telah memulakan lembaran pentadbirannya dengan membebaskan 13 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), serta mengkaji semula akta yang sekian lama dianggap kontroversi.

Tetapi malang, ia dicacatkan dengan kelembapan pihak berkuasa polis yang tidak membebaskan tahanan ISA yang dimaksudkan itu serta-merta tetapi menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menyatakan kesemua tahanan itu akan keluar dari Pusat Tahanan Perlindungan Kamunting dekat sini, esok

Persis di sini seolah Musa Hassan telah bertindak sebagai PM, bukan Najib.

Sekalipun Musa menyatakan kesemua mereka akan dibebaskan sejurus selepas semua proses dokumentasi mengenai kes dan pembebasan mereka disiapkan, namun yang nyata Musa bertindak tidak profesyenal dengan melengah-lengahkan untuk mematuhi pengumuman yang telah dibuat oleh seorang perdana menteri.

Beberapa ahli keluarga tahanan Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) yang menunggu sejak awal pagi di Kem Tahanan Kamunting kelihatan kecewa dan merasakan tertipu apabila tidak seorang pun tahanan di kem itu dibebaskan hari ini.

Kira-kira 20 ahli keluarga dan penyokong, kebanyakannya kaum India yang berkumpul di hadapan pintu utama kem tersebut, beransur-ansur beredar dari situ apabila diberitahu bahawa kem tersebut belum mendapat arahan bertulis untuk pembebasan tersebut.

Justeru itu banyak pihak meminta Menteri Dalam Negeri, Syed Hamid Albar dan Ketua Polis Negara dipecat dari jawatan mereka lantaran kegagalan untuk mematuhi pengumuman yang telah dibuat oleh Najib selaku Perdana Menteri.

"Mereka bertindak seperti lebih sudu dari kuah, soal administrative tu hal mereka, mereka kena pertingkatkan professionalisme dan efficiency. Yang perlu ialah mematuhi arahan dari superior mereka. Kenapa bila masa menahan dan menangkap, mereka tak sabar-sabar menangkap tetapi bila masa membebaskan pelbagai alasan diberikan?" bentak seorang ahli keluarga tahanan yang datang dari jauh untuk menyambut bapanya.

"Kalau surat belum tiba, they are supposed to get it from the the prime minister, mereka ingat mereka siapa sampai kena tunggu Perdana Menteri sendiri datang bawa surat kepada mereka?" tambahnya lagi.

Dr Low Cheng Kim, seorang pakar Pengurusan Organisasi menyifatkan tahap pengurusan Kementerian Dalam Negeri dan PDRM berada di tahap kritikal lantaran tidak berkeupayaan untuk mematuhi arahan dari pegawai atasan mereka dengan effisyien dan effektif sekalipun kita sekarang berda di zaman digital dan k-government.

"Terlalu banyak rep-tape dan bikrokrasi yang melemahkan jentera pengurusan dan pentadbiran kerajaan untuk bertindak dengan cekap dan berkesan," tambahnya.



BUKIT SELAMBAU : Usah Terjerat Dengan Gimik Najib

Dato' Seri Anwar Ibrahim yakin rakyat negara ini tidak mudah terpukau dan terpedaya dengan tindakan Perdana Menteri keenam Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak membeaskan 13 mangsa Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan penarikan balik pengantungan permit akhbar alternatif Harakah dan Suara Keadilan sebaik sahaja pelantikannya semalam.

Sebaliknya rakyat harus sedar lazimnya, sikap sedemikian merupakan lumrah untuk mencari kelainan terhadap kepimpinan lepas selain ingin menarik perhatian umum untuk berbaik dengan rakyat sesuai dengan slogan baru 'Bersatu Untuk Semua'.

"Rakyat usah terpukau dengan langkah Dato' Seri Najib bila melepaskan 13 mangsa yang terkurung lama dalam ISA serta membenarkan semula dua akhbar alternatif sebaik saja pelantikanya sebagai Perdana Menteri keenam negara, " jelasnya ketika ditemui selepas berucap dalam program ceramah perdana di Bukit Selambau semalam.

Turut berucap sama dalam program itu ialah Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat dan Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Azizan Abdul Razak.

Tegas Anwar yang juga Ketua Pembangkang, tidak mustahil hari ini pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) itu berkelakuan terpuji tetapi akan bertindak luar batasan bila keadaan terdesak.

Apa pun sambungnya, Pakatan Rakyat menyambut baik usaha murni itu tetapi harus bertindak secara jujur dan tiada lagi tangkapan dibuat serta melepaskan baki tahanan ISA dan tidak lagi masuk campur terhadap mana-mana institusi seperti Kehakiman, Polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan seumpamanya.

"Bagi saya tindakan itu terpuji tetapi haruslah bersikap ikhlas bukan lepas hari ini, setahun kemudian tangkap lagi banyak dengan alasan bahaya pada negara jika dibiarkan bersuara, " tambahnya.

Beliau juga yakin pengundi di Dewan Undangan Negeri (Dun) Bukit Selambau, Kedah, Dun Batang Ai di Sarawak dan Parlimen Bukit Gantang di Perak tidak berganjak memberikan sokongan padu pada Pakatan Rakyat yang nyata memberikan yang terbaik berbanding BN yang telah 50 tahun memerintah.

Jangan sekali-kali membiarkan BN meningkatkan penguasaan politik negara semula sebaliknya tanamkan semangat untuk melihat Pakatan Rakyat menyelamatkan maruah bangsa, agama dan tanahair yang telah tercalar akibat kerakusan kepimpinan BN yang sedia ada.

"Pengundi kena bersikap matang dalam hal ini jangan terpengaruh dengan tindak tanduk 'penyapu baru' yang cuba melakunkan episod baru dalam drama bersiri tanahair, " katanya.

- harakahdaily



BATANG AI : Daniel Tajiem Berkempen Untuk PR

Bekas Timbalan Ketua Menteri Sarawak yang juga bekas Presiden PBDS, Datuk Daniel Tajeim menyeru pengundi-pengundi Batang Ai untuk memberikan undi mereka kepada calon PKR Jawah anak Gerang.

Tajem, merupakan seroang tokoh berpengaruh yang kini melobi untuk Jawah, calon PKR untuk pilihanraya kecil Batang Ai 7 April ini.

Tajeim yang menghadiri simposium yang dihadiri oleh hampir 150 pemimpin-pemimpin masyarakat kaum Dayak di Sibu baru-baru ini untuk membincangkan pelbagai masalah rakyat di negeri itu yang berpunca dari penyalah-gunaan kuasa oleh Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Antara isu yang dibincangkan ialah tindakan kerajaan BN yang terus merampas tanah pusaka rakyat, kemiskinan tegas di bandar dan luarbandar serta kuasa ekonomi dan politik kaum Dayak yang semakin terhakis.

Tajeim menyatakan masa sudah tiba untuk menamatkan pemerintahan BN di bawah pimpinan Abdul Taib Mahmud.

Beliau berkata rasa tidak puashati terhadap Taib Mahmud bukan sahaja menebal di kalangan masyarakat Dayak sahaja, malah kaum lain juga termasuklah yang berbangsa Melayu dan kaum Cina.




BUKIT SELAMBAU : Hindraf Tetap Sokong Pakatan Rakyat

Pertubuhan Hindraf telah mengulangi sokongannya terhadap Pakatan Rakyat di dalam pilihanraya kecil Bukit Selambau sekalipun pemimpinnya tidak terpilih sebagai calon.

Tetapi Pengerusi Hindraf P. Waytha Moorthy menegaskan tentang perlunya parti-parti di dalam Pakatan Rakyat mengukuhkan persefahaman jika ingin berjaya.

"Jika kita gagal untuk bekerja dan bertindak secara bersama untuk mengalahkan Barisan Nasional di dalam pilihanraya akan datang (2012) hasrat untuk melihat Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan dari BN tidak akan kesampaian malah saya meramalkan perpecahan dan kehancuran akan mnenimpa parti itu," katanya yang kini berada di London.

Akar umbi Hindraf katanya memang ada rasa kecewa dengan calon yang dipilih, namun beliau mengakui ia adalah hak Ketua PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menamakan calon yang dipilihnya dan beliau berharap pada masa akan datang rundingan dilakukan untuk mengelak kekeliruan.

"Hindraf mengetahui penyokong-penyokong kami kecewa mengenai calon Bukit Selambau yang tidak ditawarkan kepada mana-mana lima calon yang telah dicadangkan tetapi kami meminta penyokong kami untuk memberikan fokus dan bertenang," katanya di dalam satu kenyataan yang dikeluarkan.

Seramai 15 calon bertanding di kerusi N25 Bukit Selambau Kedah. Calon yang menang bagi PR akan memperolehi jaminan jawatan exco.

Waytha Moorthy menambah Penyelaras Hindraf Kebangsaan R.S. Tanendran telah mengesahkan "kebanyakan kenyataannya telah dipesongkan dan dimanipulasikan oleh media massa arus perdana untuk menggambarkan Hindraf tidak menyokong Pakatan untuk menimbulkan keraguan dan kaetakutan di kalangan penyokong".

"Musuh kita bersama ialah tidak lain Barisan Nasional," katanya, dan mnjelaskan Hindraf juga menyokong calon PR untuk kerusi Parlimen Bukit Gantang.



BUKIT SELAMBAU : Kedatangan Mahathir Mengimbau Kezalimannya Terhadap Pembangkang

Mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan akan membuat sentuhan terakhir di Bukit Selambau pada Isnin ini bagi merayu pemilih menyokong calon Barisan Nasional (BN), Datuk S Ganesan, pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) itu, Selasa ini.

Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir, berkata bekas presiden Umno itu akan menghadiri Perhimpunan Rakyat di padang Institut Kemahiran MARA di sini pada jam 5.30 petang, iaitu 15 jam sebelum pemilih mengundi.

Katanya, kehadiran Dr Mahathir dijangka dapat menarik semula sokongan pemilih terutamanya pengundi atas pagar untuk menyokong semula BN.

Walau bagaimanapun ramai penduduk Bukit Selambau Kedah menyatakan kesediaan Mahathir untuk kembali ke pentas politik UMNO-BN akan menjelaskan lagi sikap anti-federalisma yang ditunjangi oleh kerajaan UMNO-BN selama ini.

Mahathir yang dilaporkan akan menyertai UMNO semula sehari dua ini selepas "terjun dengan labu-labunya" dari kapal UMNO kini bersemangat untuk membantu Najib setelah Tun Abdullah Ahmad Badawi mengesahkan pengundurannya sebagai perdana menteri.

Bagi Pakatan Rakyat kehadiran Mahathir ke dalam parti UMNO sepastinya akan terus mewujudkan sikap diskriminasi terhadap negeri-negeri yang diperintah oleh kerajaan Pakatan Rakyat.

Umum mengetahui mengenai pengakuan Mahathir mengenai dasar diskriminasinya yang zalim terhadap kerajaan Kelantan dengan menyekat pembangunan ke negeri itu dengan dasar yang tidak pernah menghormati konsep federalisma yang dasar ini nampaknya akan ditersukan oleh Najib.



BUKIT GANTANG : Awas Taktik Kotor BN

Awal pagi 2 April yang lalu sebaik sahaja selepas habis program ceramah di Bukit Gantang, cheGuBard dihubungi seseorang yang hanya mahu dikenali sebagai orang BTN yang mendesak untuk bertemu sebentar.

Maka kira - kira jam 1.45 pagi tersebut cheGuBard mengadakan pertemuan dengan seorang 'orang BTN' yang terlibat dalam operasi BTN dalam pilihanraya kecil kali ini.

Pertemuan yang diadakan di luar kawasan pilihanraya itu diadakan secara sulit. Pertemuan begi menyalurkan makluman modus operandi BTN kali ini dan mendedahkan 3 butir peluru terakhir untuk memenangkan calon BN. Malam ini atau esok akan ditulis.

Satu kes libatkan 'pencerobohan peribadi', satu lagi libatkan fitnah rumah tangga dan satu lagi mungkin bekas pemimpin akan ditahan.

Taktik satu akan dikeluarkan secara tersusun satu kononnya pendedahan mengenai seorang guru wanita yang seakan berketurunan mamak bernama Munisah. perempuan ini akan dikhabarkan mempunyai hubungan sulit dengan Ir. Nizar. Ini untuk menghancurkan imej Ir. Nizar yang semakin meningkat.

Menurut pemberi maklumat mereka tak dapat tahan penerimaan dan penghormatan orang kampung khususnya masyarakat Melayu kepada Ir. nizar yang mampu menjadi Imam dan membaca doa' yang agak gugup untuk dilakukan oleh calon BN.

Malah fitnah ini untuk sedikit menyejukkan khabar angin yang bertiup kononya calon BN punya rekod 'xxx' ketika menjadi Pegawai Daerah.

Kedua ialah sedang disiapkan gambar - gambar YB Elizebeth Wong, ADUN Bukit Lanjan yang sedang tidur. Gambar ini akan disalin dalam VCD dan akan disebarkan dengan pesanan kononya ada gambar lain termasuk rakaman video yang konon akan didedahkan walaupun sebaliknya mereka hanya ada gambar tersebut yang dijual oleh bekas teman lelaki Elizebeth Wong kepada orang tententu.

Ketiga ialah kemungkinan bekas Timbalan Ketua Menteri dari KEADILAN akan didakwa di mahkamah pada hari Isnin ini, maka pada hari Selasa (hari mengundi) akan dimuatkan di semua dada akhbar mereka ini semua bertujuan untuk memburukkan KEADILAN.

Malangnya dalam isu ini KEADILAN tegas. Fairus diberikan cuti belajar sambil mengosongkan kerusi Timbalan Ketua Menteri dalam masa siasatan dalaman sedang berlansung. Dan jika dia benar rasuah tindakan akan diambil. KEADILAN tidak pernah berkompromi dalam isu korupsi ini.

Apapun atau setinggi manapun jawatan kamu pasti akan berdepan hukuman jika bersalah. Sebaliknya jelas banyak pimpinan Umno rasuah tetapi dilindungi. Dalam isu Korupsi ini SPRM akan terus dilihat alat Bn kerana jika benar berani bagaimana dengan pendedahan rasuah Khir Toyo yang jelas dan terang.

Selain itu saat akhir akan lebih banyak risalah perkauman dan fitnah akan dikeluarkan.

Menurut sumber tersebut semua ini dilakukan (mendedahkan perancangan BN/ BTN) kerana dia sudah tidak tahan lagi melihat cara fitnah dan politik jahat BN menipu rakyat untuk kekal berkuasa melindungi jenayah mereka. Pegawai tersebut juga memberikan jaminan akan berjumpa lagi selepas pilihanraya untuk memberikan beberapa pendedahan lain mengenai jenayah Bn.

Kepada jentera dan penyokong diminta terus bertenang dan jangan hanyut dengan provokasi dan fitnah mereka. Semua ini perlu dihadapi dengan bijaksana.

- chegubard


BUKIT GANTANG : Keputusan Mahkamah Padam Isu Derhaka

Calon PAS, Dato' Seri Mohd Nizar Jamaludin melahirkan rasa syukur apabila permohonan beliau untuk mencabar proses perlantikan Menteri Besar baru iaitu Dato' Dr Zambry Abdul Kadir berjaya diluluskan oleh Mahkamah Tinggi.

"Kini tiada lagi istilah derhaka terhadap sultan kerana kita akan hanya membicarakan kes perlantikan Menteri Besar ini menurut prosedur perundangan," ujarnya kepada pemberita di program Khidmat Kesihatan di Kampung Baru Jelutong, Changkat Ibol baru-baru ini.

Tegasnya, meskipun terdapat pelbagai halangan dan rintangan termasuklah tindakan peguam negara untuk memutarbelitkan isu dan fakta, namun ia sedikitpun tidak menjejaskan kebenaran yang bakal terbukti.

"Walaupun pada peringkat awal terdapat pelbagai tuduhan dan fakta yang cuba diputar belit oleh peguam negara tetapi kita bersyukur selepas Hakim Abdul Rahim mengumumkan keputusan bahawa kes ini akan diteruskan," tegasnya.

Beliau juga menegaskan bahawa keputusan tersebut telah melenyapkan isu derhaka yang dipalitkan terhadapnya oleh Umno-BN setelah berlakunya peristiwa perlantikan Zambry.

"Dengan keputusan ini juga menyebabkan tuduhan mengenai derhaka kepada sultan hancur berkecai kerana isu tersebut tidak pernah timbul, tiada kena mengena dengan pihak istana.

"Kini apa yang ada hanyalah kes bagi membuktikan pelantikan Zambry sah ataupun tidak," katanya lagi.

Pada majlis yang sama, beliau diperiksa tahap kesihatan oleh Ahli Parlimen Titiwangsa yang juga bekas calon PAS parlimen Bukit Gantang pada pilihan Raya Umum ke-11 lalu, Dr Lo'Lo' Mohd Ghazali.

Nizar tersenyum mendengar keputusan pemeriksaan tekanan darah beliau oleh Lo'Lo' sebagai stabil dan baik.

Ia disertai tepukan gemuruh penyokong dan penduduk yang hadir meskipun hujan sedang turun dengan lebat.


BUKIT GANTANG : Mustafa - Siapa Main Kotor?

PAS menafikan tuduhan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhydin Yasin semalam yang mengaitkan pembangkang dengan sebaran risalah palsu dengan menggunakan surat mempunyai letterhead Umno.

Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Mustafa Ali berkata pihaknya menafikan dakwaan tersebut setelah Muhyidin menuduh pembangkang yakni PAS yang bertanding dalam pilihan raya kecil di Bukit Gantang sebagai main kotor.

"Saya menafikan tuduhan tersebut, kerana hal seperti ini pernah terjadi dan seperti yang kita maklum Umno di kawasan bukit Gantang ini pun berpecah sekarang kerana tidak setuju dengan calon yang dilantik," ujarnya pada sidang media yang diadakan di Markaz Induk PAS, Air Kuning hari ini.

Menurutnya, jika keadaan demikian berlaku di peringkat dalaman Umno-BN, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa risalah tersebut merupakan satu tindakan sabotaj sesama sendiri.

"Ianya tiada kaitan dengan pihak PAS atau Pakatan Rakyat, mungkin ianya kerja sabotaj orang dalam sesama mereka sendiri,"

Sementara itu, beliau turut memaklumkan kepada media bahawa kira-kira 1,000 naskhah akhbar Hujah dirampas oleh pihak berkuasa setelah tiba di Pulau Pinang pagi tadi.

"Tiada alasan yang diberikan tetapi apa yang saya maklum, ianya dirampas," katanya lagi.

Ditanya mengenai insiden calon PAS, Dato' Seri Nizar Jamaludin yang dikatakan menggangu majlis penyempurnaan jenazah Ketua Umno Cawangan semalam, beliau menafikan khabar tersebut.

"Saya tidak ada maklumat yang terperinci, tetapi kita tidak akan melakukan sedemikian," ujarnya.

Pihaknya yakin bahawa ianya adalah satu khabar angin yang tidak berasas sebagaimana yang berlaku dalam isu tuduhan dilemparkan ke atas Nizar kononnya merampas pembesar suara ketika solat Maghrib di Masjid Simpang baru-baru ini.

Ketika ditanya mengenai peratus sokongan pengundi Melayu ke atas Pakatan Rakyat, Mustafa berkata PAS sedang berusaha untuk merapatkan kedudukan peratus sokongan tersebut sebagaimana yang diperolehi pihak BN sekarang ini.

Bagi pengundi bukan Melayu pula, pihaknya optimis mendahului lawan.

- fadhilah mansor



BUKIT GANTANG : Nizar Pemimpin Satu Malaysia

Jika Perdana Menteri Malaysia yang baru, Dato Seri Najib baru sekadar berslogan "Satu Malaysia. Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan", maka PAS telah menterjemahkan slogan itu dengan kemunculan seorang pemimpin dengan wahana baru: Dato Seri Ir Nizar Jamaluddin yang kerajaan Peraknya telah dirampas Najib.

Namun, sekalipun kerajaannya direnggut secara kejam dan kotor oleh UMNO-BN, namanya terus meniti dari bibir ke bibir dan beliau tetap MB di hati ke hati rakyat Perak.

Nizar sekalipun dikatakan dengan pelbagai fitnah dan caci maki oleh UMNO-BN, namun umum mengetahui calon PAS untuk Bukit Gantang ini dapat menyesuaikan diri dengan masyarakat disemua peringat umur dan dalam semua keadaan.

Setiap kali calon PAS bertemu dengan rakyat di sesuatu tempat, sambutan oleh masyarakat setempat dekat tidak kira Melayu, Cina dan India, tidak menghampakan malah menakjubkan kerana begitu ramai yang datang ingin bertemu dengan beliau dengan lebih dekat lagi.

Nizar tidak perlu melakonkan apa-apa kerana beliau adalah pemimpin sejati - seorang pemimpin yang sedang dalam perjalanan menuju ke Parlimen untuk merebut kembali kerajaannya sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta dari tangan si durjana.