2 Okt 2011

UMNO Kalah Besar Jika PRU-13 Sekarang, Kena Balik Pada Pejuangan "Semangat 46" - TDM

Orang UMNO perlu balik ke perjuangan asal untuk menang pilihan raya: Tun M

JITRA: Ahli UMNO perlu balik pada perjuangan asal parti demi agama, bangsa dan tanah air dengan mengetepikan kepentingan diri untuk memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang dijangka tidak lama lagi.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata hanya dengan cara itu penyakit yang menjadi 'duri dalam daging' iaitu mencantas atau menikam belakang dalam diri orang-orang UMNO akan terhapus.

"Dulu orang UMNO berkorban apa saja untuk parti, sanggup gadai barang kemas dan sebagainya untuk bantu parti tetapi sekarang mereka pegang jawatan sebab hendak dapat kontrak, jadi calon atau sebab tertentu.

"Jika diadakan PRU waktu ini, UMNO boleh kalah besar kerana sokongan dan semangat mereka telah pudar,"
katanya kepada pemberita selepas menyampaikan 'Bicara Negarawan' pada perhimpunan perdana Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) siri kedua peringkat negeri di Dewan Wawasan di sini, hari ini.

Hampir 2,000 pengerusi dan setiausaha JKKKP dari seluruh negeri hadir mendengar bicara beliau yang berlangsung selama sejam. Hadir sama pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah, timbalannya Datuk Mukhriz Mahathir serta jawatankuasa Perhubungan UMNO Kedah.

Dr Mahathir berkata Barisan Nasional (BN) bagaimanapun boleh menang besar pada PRU ke-13 sekiranya penyakit dalam diri orang UMNO ini terhapus.

Beliau yang ditanya adakah sesuai PRU diadakan sekarang, menjawab: "Pada pendapat saya sekarang belum sesuai. Banyak lagi yang perlu dilakukan lagipun UMNO belum cukup kuat."

"Dalam UMNO masih ada puak. Saya fikir perpecahan masih kritikal. Kalau ada kesedaran dan perasaan syukur dan terus bersatu, BN boleh menang. Orang UMNO seharusnya buang sifat tidak puas hati. Walaupun tidak dapat apa yang dihajati mereka tetap menikmatinya dalam bentuk lain," katanya.

Mengenai parti PAS yang mengulangi hendak melaksanakan hukum hudud, beliau berkata: "Mereka buat begitu kerana rasa nak kalah."

"Negara ini mengandungi penduduk berbilang agama dan bangsa. Kalau 100 peratus Islam tiada masalah. Hudud yang hendak dilaksanakan terhadap orang Islam sahaja seperti kata (Datuk) Nik Aziz Nik Mat (Mursyidul Am Pas), itu betul... tidak adil. Islam menuntut keadilan dalam semua perkara.

"Dalam satu kes melibatkan seorang Islam dan seorang bukan Islam, orang Islam dihukum potong tangan dan bukan Islam dijel....adilkah itu. Bagi Nik Aziz adillah, bagi saya tidak adil.

"Kalau nak potong tangan, sama-sama kena potong tangan, kalau jel, sama-sama masuk jel. Jenayah sama hukuman pun patut sama.

"Kerajaan bukan tidak setuju dengan hukum hudud tetapi keadaan dalam negara kita tidak sesuai. Berapa banyak negara Islam yang benar-benar melaksanakan hukum hudud," soal Dr Mahathir.

Beliau yang ditanya seorang wartawan akhbar Cina mengenai sama ada kerajaan akan membenarkan Chin Peng yang dilaporkan sakit untuk balik ke Malaysia, Dr Mahathir berkata rakyat masih marah pada komunis.

"Dia pilih untuk mengkhianati negara.... kita kena ambil kira perasaan orang kerana ramai jadi mangsa komunis, kehilangan keluarga, putus kaki. Ramai orang tidak maafkan dia. Kita kena fikir perasaan mereka bukan Chin Peng," katanya.

Dr Mahathir menegaskan Chin Peng berjuang kerana hendak mendirikan kerajaan komunis bukan menuntut kemerdekaan, berlainan dengan perjuangan Datuk Onn Jaafar, Tun Sambanthan dan beberapa lagi tokoh yang memperjuangkan kemerdekaan. - BERNAMA

Ulasan GB

Pertama: Kembali kepada perjuangan "asal" UMNO.

Kata Mahathir: Ahli UMNO perlu balik pada perjuangan asal parti demi agama, bangsa dan tanah air dengan mengetepikan kepentingan diri untuk memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang dijangka tidak lama lagi.

Apa ertinya balik pada perjuangan asal parti? Maksudnya ialah, kembali kepada semangat penubuhan UMNO yang ada pada tahun 1946, Semangat 46!

Tetapi sayang Semangat 46 sudah berkubur, tidak akan hidup balik. Maka yang ada kini ialah UMNO Baru yang Mahathir sendiri tubuhkan yang perjuangan UMNO sekarang, menurut Mahathir sendiri, mereka pegang jawatan sebab hendak dapat kontrak, jadi calon atau sebab tertentu. Sudah tidak dapat hendak dihidupkan semangat 46 itu lagi sampai bila-bila.

Kedua: Mengenai parti PAS yang mengulangi hendak melaksanakan hukum hudud, beliau berkata: "Mereka buat begitu kerana rasa nak kalah."

"Negara ini mengandungi penduduk berbilang agama dan bangsa. Kalau 100 peratus Islam tiada masalah.


Kita ingin bertanya kepada Mahathir, buktikan negara mana di atas dunia ini yang penduduknya 100% umat Islam. Negara Arab Saudi yang Islam diturunkan pun tidak mempunyai 100% penduduk Islam.

Ketiga: Hudud lagi

Kata Mahathir: "Dalam satu kes melibatkan seorang Islam dan seorang bukan Islam, orang Islam dihukum potong tangan dan bukan Islam dijel....adilkah itu. Bagi Nik Aziz adillah, bagi saya tidak adil.

"Kalau nak potong tangan, sama-sama kena potong tangan, kalau jel, sama-sama masuk jel. Jenayah sama hukuman pun patut sama.


Memang benar sebarang undang-undang atau hukum sepatutnya dikenakan "sama" untuk semua penduduk tak kira hukum Islam atau bukan.

Tetapi jika Mahathir & UMNO yang mengaku Islam sendiri menolak hudud, bagaimana hendak meyakinkan orang bukan-Islam terhadap hukum tersebut?

Itu sebab mengapa PAS hendak menjalankan hukum hudud kepada umat Islam terlebih dahulu. Untuk memperlihatkan keindahan dan keadilan undang-undang Islam. Kemudian apabila ianya diterima oleh semua, ada kemungkinan yang bukan Islam juga akan tertarik dan akan meminta hukum itu dilaksanakan kepada mereka.

Sama seperti perbankan Islam satu ketika. Pada awalnya masyarakat bukan Islam prejudis terhadapnya, tetapi apabila ia dilaksanakan, ramai pula yang bukan Islam turut menyertai sistem kewangan dan perbankan Islam yang tiada riba malah perbankan konvensyenal juga turut menyediakan produk-produk Islam.

Hujjah-hujjah kamu sudah kami patahkan. Berhijrahlah kepada perjuangan "Islam" kerana UMNO akan berkubur tidak berapa lama lagi dari sekarang.


Pemuda PAS Tiba-tiba Sudah Jadi "Hantu Bonceng" Kepada Penerbit Filem?

Hantu Bonceng: Usah cepat halalkannya oleh Mohd Firdaus Mohamed Khairi

Isu filem Hantu Bonceng yang dikatakan mempersendakan kalimah syahadah akhirnya dikatakan selesai selepas Ketua Dewan Pemuda PAS (DPP) yang diwakili Nasrudin Hassan menerima penjelasan daripada penerbit filem tersebut Ahmad Idham Ahmad Nadzri.

Lembaga Penapisan Filem (LPF) juga menyatakan bahawa pihak lembaga tiada masalah dengan Filem Hantu Bonceng. Pengerusinya, Datuk Raja Azhar Raja Abdul Manap berkata, pihaknya telah menonton dan meneliti filem itu sebelum ia ditayangkan kepada umum dan mendapati tiada unsur penghinaan terhadap agama.

"LPF sejak kali pertama menapis filem ini telah memberi perhatian yang teliti sebelum membuat keputusan. Lembaga sentiasa berpegang kepada empat elemen utama dalam sesuatu penapisan iaitu keselamatan dan ketenteraman awam, keagamaan, sosio budaya, ketertiban dan ketatasulisaan.”

Malah penerbit filem itu juga menyatakan bahawa filem ini telah ditonton oleh empat ulamak sebelum filem ini diluluskan.

Di dalam semua watak ini. Hanya “Zizan” sahaja sebagai watak utama telah memohon maaf kepada semua.

Usaha Dewan Pemuda PAS sewajarnya dipuji kerana ketegasannya menarik perhatian khalayak masyarakat untuk sensitif terhadap isu mempersenda agama dalam hiburan. Namun begitu terdapat beberapa elemen yang terlepas pandang apabila diperhalusi isu ini khasnya didalam filem “Hantu Bonceng”.

Kebanyakan pihak hanya menumpukan satu isu sahaja iaitu isu kalimah tauhid berbanding pelbagai mesej yang cuba disampaikan di dalam filem ini. Keadaan ini berlaku apabila media hanya menggaris besar hanya satu isu sahaja mengenai kontravensi dalam filem ini.

Apabila saya membaca blog Ketua Dewan Pemuda PAS, jelas melihat beliau memperjuangkan isu ini dalam banyak sudut. Semua pihak wajar melihat isu ini daripada pelbagai sudut. Apa yang dikesali ialah apabila pertemuan antara kedua pihak di akhiri dengan penerimaan penjelasan daripada penerbit dan penerbit berasa bangga.

Sepatutnya pertemuan ini wajar diakhiri dengan resolusi. Apakah tiada pendirian tegas untuk memastikan isu ini tidak akan timbul lagi sedangkan penerbit dan pengarah ini sudah acapkali mempersendakan agama didalam filem-filemnya. Terutama filem seramnya.

Untuk lebih memahami isu ini mari kita lihat beberapa mesej yang cuba disampaikan dalam filem ini. Samada kita sedar atau tidak.

a. Menghalalkan tinggal serumah lelaki dan perempuan bukan mahram

Di dalam filem ini abang kepada kekasih “Zizan” tinggal berkesedudukan serumah dengan kekasihnya sehingga wanita itu hamil.

Di dalam filem ini tiada satu mesej yang menyatakan bahawa perkara ini salah. Malah wanita ini pada akhir cerita ini sanggup menunggu kekasihnya yang cedera parah selepas kemalangan seolah-olah perkara ini tidak salah.

Malah di dalam filem ini juga “Zizan” telah membantu adik kepada mangsa kemalangannya (yang menjadi hantu) tinggal serumah dengannya. Babak-babak ini seolah-olah memberitahu kita bahawa tidak mengapa tinggal serumah kerana terdapat bilik yang berasingan. Malahan mereka tinggal bertiga.

Mesej yang disampaikan seolah-olah tidak mengapa untuk tinggal serumah dengan mahram kerana niat kita untuk membantunya. Yang peliknya ketika ketika kekasih “Zizan” minta tolong daripada “Zizan” untuk menumpang dirumahnya kerana tidak lagi tinggal serumah dengan abangnya.

Boleh pula pengarah mengarahkan “Zizan” untuk menyebut dialog bahawa tinggal serumah itu haram. Nanti timbul fitnah. Tidakkah ini mempersendakan agama?

b. Saya kuat agama

Babak kekasih Kunyit yang menyatakan bahawa dia kuat agama. Ketika itu wataknya memakai tudung. Malah ada ketikanya dia begitu memarahi watak kekasih kepada abang kekasih “Zizan” kerana telah hamil seolah-oleh mencipta watak bahawa kuat agama yang penting adalah dalaman.

Tidak mengapa walaupun tidak menutup aurat dengan sempurna. Keadaan ini juga berlaku didalam filem gagal “Karipap-karipap cinta” Yang cuba menggambarkan walaupun bekas penuntul Al-Azhar, tetapi tidak mengapa untuk tidak menutup tudung/aurat dengan sempurna.

Saya tidak berniat untuk mengkritik mereka yang tidak bersedia untuk bertudung. Memang kita tidak tahu hati budi seseorang. Namun demikian sekurang-kurang mereka yang memakai tudung dengan sempuran telah mematuhi perintah Allah SWT yang memerintahkan kita menutup aurat dengan sempurna.

Dialog yang menyebut kuat agama tetapi tidak memenuhi syraiat yang telah diperintahkan jelas menyampaikan mesej yang mengelirukan umat Islam. Tidakkah ini mempersendakan agama?

c. Bergurau-senda terlampau di tempat ibadah antara mahram

Pada babak yang lain watak “Kunyit” yang sedang membantu bergotong royong di surau dilihat sedang bergurau dengan kekasihnya secara melampau. Tanpa mengira sesentiviti surau sebagai temapt ibadah umat Islam.

Mereka mengenyit mata sambil kunyit mempamerkan otot-otot tangannya kepada kekasihnya.Apakah mesej yang cuba disampaikan oleh adegan ini? Mungkin ada yang berpendapat kita tak perlu terlalu sensitif dengan perkara yang dianggap mungkin kecil ini. Tetapi sekira kita tidak mula sensitif dengan perkara yang dianggap kecil ini. Kelak perakara ini akan merebak dan parah. Tidakkah ini mempersendakan agama?

d. Mengucapkan kalimah syukur selepas membonceng bersama kekasih bukan mahram

Penonton yang telah menyaksikan filem ini pasti tidak akan terlepas menonton adegan ini. Dalam adegan ini jelas memperlihatkan “Zizan” mengucapkan ucapan “Alhamdulillah” yang bermaksud “Segala Puji Bagi Allah”.

Dialog di dalam adegan ini jelas diucap “Zizan” dengan sekuntum senyuman. Apakah penulis dialog dan pengarah filem serta penerbitnya tidak memahami maksud ayat ini?

Ucapan yang kita pelajari sejak kecil yang tidak memerlukan kita mempunyai kelulusan tinggi dalam bidang agama ini pasti mudah kita fahami malah penonton yang mahu mengkritik adegan ini juga tidak perlu mengisytiharkan bahawa mereka mempunyai kelulusan yang tinggi. Kanak-kana pra-sekolah juga dapat memahami maksud “Alhamdulillah” ini dengan baik.

Adakah kita perlu mengucap syukur setelah membuat perkara haram?. Agama memang mudah. Namun jangan kita permudahkan agama dengan sesuka hati mengikut kehendak nafsu kita. Tidakkah mengucapkan ucapan ini merendahkan agama. Tidakkah ini mempersendakan agama?

e. Menggunakan Bacaan Surah Al-Ikhlas untuk menumpaskan sihir nasi kangkang

Inilah kesalahan yang kerapkali digunakan oleh penerbit dan pengarah ini. Malah kebanyakan pembikin filem kerap menggunakan perkara ini untuk filem seram mereka.

Namun yang lebih menyedihkan pada kali ini ialah apabila surah yang mulia ini digunakan untuk menewaskan sihir nasi kangkang. Tidakkah adegan ini menghina dengan jelas agama,al-Quran dan surah al-Ikhlas itu sendiri.

Adakah layak adegan sehina ini disama tarafkan dengan surah al-ikhlas yang kedudukan ayat ini ialah sama dengan satu pertiga isi al-Quran. Takutlah kita dengan perbuatan yang melampau dan zalim seperti ini. Kita tidak mahu seringkali ayatsuci al-Quran digambarkan sebagai alat penghalau hantu sahaja.

Penggunaan secara meluas aspek agama sebagai komedi wajar dibendung

Saya sebagai penulis ingin memohon kemaafan andai banyak ayat di dalam tulisan ini kasar bunyinya. Namun kita tidak wajar melihat agama terus dilonggarkan lagi.

Filem bercorak agama dan nasihat wajar tidak menjadikan agama sebagai bahan komedi. Jika mahu menjadikan filem agama menjadi komedi sekali pun. Biarlah senario kehidupan biasa dijadikan adegan lawak. Bukan kalimah agama,para ustaz dan ulamak, bukan pada ibdah, bukan syariat dijadikan bahan komedi. Kita tidak mahu filem komedi agama negara menjadi seperti filem komedi negara barat yang terus menjadikan para paderi mereka atau orang agama mereka sebagai bahan lawak.

Malah dalam salah satu cerita barat “Tuhan” juga dijadikan bahan lawak. Secara sedar atau tidak sedar ini semua adalah usaha secara halus untuk kita semua tidak menjadikkan agama sebagai jalan kehidupan.

Ini semua adalah jarum halus untuk mengakarkan faham sekularisme dalam minda kita semua. Memisahkan agama daripada kehiudpan kita tanpa sedar. Meskipun pengarah itu membuat jaminan bahawa para ulamak juga telah menonton filem ini sebelum diluluskan. Namun ini bukanlah jaminan bahawa filem ini bebas daripada unsur persendakan agama.

Dua kesan besar yang akan didapati apabila filem dan drama ditafsir sesuka hati oleh para pembikin filem.

1. Salah faham mengenai ajaran Islam sebenar terutamanya dari segi aspek Tauhid, Fekah dan Tasauf. Ketiga-tiga ciri ini adalah asas yang paling asas dalam ajaran Islam. Apabila Iblis dimenangkan, pergaualan bebas dibenarkan.

Tarbiyah seperti zikir dianggap sebagai simbol ajaran sesat. Maka akan rosaklah ajaran Islam yang sebenar. Ini memandangkan kuasa media yang sangat besar.

2. Lebih membawa kerosakan. Hujah ini berdasarkan bahawa kebanyakkan filem atau drama ini cuba memaparkan betapa bahaya dan betapa dasyatnya apabila manusia membuat dosa. Malangnya filem dan drama inilah yang menunjukkan cara-cara untuk melakukkan dosa.

Terdapat juga adegan yang sebenarnya membahaya bahaya besar kepada negara secara khususnya. Seperti yang dinyatakan diatas bahawa terdapat filem dan drama yang mengajar penonton bagaiaman mahu membuat jenayah terancang seperti pencolekan, pembunuhan, rogol, penipuan malah cara untuk membuat bom.

Kesan ini sangat besar samada kesan jangka pendek ataupun kesan jangka panjang. Kesan salah tafsir ini sangat penting untuk dibendung.

Kesan besar media

Menurut Dennis Mcquail (1996:53) seorang tokoh didalam dunia media massa pernah menyatakan bahawa antara peranan media ialah.

1. Berperanan meluaskan pengalaman dan pandangan kita dan memungkinkan kita memahami apa yang terjadi di sekitar kita, tanpa campur tangan pihak lain atau sikap memihak.

2. Pentafsir yang menjelaskan dan memberi makna terhdap peristiwa atau hal lain yang terpisah dan kurang jelas.

3. Pemberi dan pengantar informasi dan pendapat.

4. Jaringan interaktif yang menghubungkan komunikator dengan penonton melalui berbagai kaedah interaksi.

5. Penunjuk arah yang menunjukkan arah, memberikan bimbingan atau arahan kepada penonton.

6. Penyaring yang memilih bahagian mana senario yang yang perlu diberikan perhatian khusus dan menyisihkan senario yang lainnya, baik secara sedar dan penyisihan dan pengambaran sistematik maupun tidak.

7. Cermin yang memantulkan citra masyarakat terhadap masyarakat itu sendiri, biasanya pantulan citra itu mengalami perubahan kerana adanya penonjolan terhadap segi yang ingin dilihat oleh para anggota masyarakat, atau sering pula segi yang ingin mereka hakimi atau kritik.

8. Tirai atau penutup yang menutupi kebenaran demi pencapaian tujuan propaganda atau pelarian daripada suatu kenyataan.

Membina Karya Hasanah

Ainon Mohd dalam buku beliau iaitu “Panduan Menulis Novel :Teknik Surah Yusuf” menggariskan bahawa terdapat beberapa garis besar yang perlu dijadikan panduan untuk membina karya Hasanah.

Karya Hasanah adalah dimaksudkan karya yang baik. Iaitu karya yang mampu memandaikan masyarakat dan memberi ilmu yang benar. Beliau menyatakan bahawa ciri-ciri karya tidak hasanah adalah seperti berikut.

1. Mempromosikan Idea yang mengatakan Tuhan tidak wujud.

2. Mempromosikan idea-idea yang tidak selaras dengan ajaran di dalam al-Quran dan hadis.

3. Menimbulkan kesan psokologi dan emosi yang menyebabkan timbul keinginan pembaca/penonton mahu melakukkan perkara yang dilaran al-Quran dan hadis.

4. Memberi kemenangan moral kepada si pendosa, yakni watak yang melakukan perbuatan salah.

5. Memberi status rendah kepada Islam manakala agama lain diberikan status yang tinggi dan mulia.

“Piawaian Filem Patuh Syariah”

Sudah sampai masanya filem negara perlu patuhi “Piawaian Filem Patuh Syariah”.

Oleh itu adalah wajar industri hiburan bertemakan Islam diadakan badan pengawas seperti JAKIM mengawal produk halal negara. Badan penilai ini bolehlah mempunyai ciri yang sama dengan FINAS yang melakukan penapisan filem yang sesuai ditayangkan di negara kita.

Filem atau drama yang ingin di tayangkan dalam kosnesp karya Islamik perlulah melepasi piawaian patuh syariah atau “syariah compliant”.

Saranan ini sangat penting memandangkan kesan media sangat besar terutamanya kepada generasi muda Negara. Kita tidak mahu fahaman mengenai syariah sebenar kacau bilau.

Konsep Sastera Patuh Syariah adalah konsep yang di ketengahkan oleh Ainon Mohd. Beliau banyak mengetengahkan teori Surah Yusuf sebagai panduan untuk menghasilkan sastera Islamik yang patuh syariah.

Seperti senario diatas , banyak keadaan senario drama dan filem bertemakan Islamik adalah tidak patuh syariah. Oleh yang demikian panel pengawasan untuk filem dan drama Malaysia perlu segera diwujudkan untuk memastikan kemurniaan dan kesucian Islam.

Sekarang adalah masa yang terbaik memandang banyak usaha pengeluar filem dan drama sedang menghasilkan filem dan drama bertemakan Islam dan seram tahyul.

(Tuhan berfirman: Orang-orang kafir itu ialah) orang-orang yang menjadikan perkara-perkara agama mereka sebagai hiburan yang melalaikan dan permainan, dan orang-orang yang telah terpedaya dengan kehidupan dunia (segala kemewahannya dan kelazatannya).

Oleh itu, pada hari ini (hari kiamat), Kami lupakan (tidak hiraukan) mereka sebagaimana mereka telah lupa (tidak hiraukan persiapan-persipan untuk) menemui hari mereka ini, dan juga kerana mereka selalu mengingkari ayat-ayat keterangan Kami.
Al-A'raf : 51

Penulis adalah fellow penyelidik di Assembly of Intellectual Muslim (HAKIM) dan mantan Timbalan Presiden Kebangsaan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia.

Ahmad Idham Dan Dewan Pemuda PAS Malaysia Bertemu Dalam Suasana Mesra

Satu pertemuan di antara Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Ustaz Nasrudin Hassan, dan Saudara Ahmad Idham Ahmad Nadzri, penerbit dan pengarah filem Hantu Bonceng, telah diadakan, bagi membincangkan beberapa isu yang diperkatakan oleh massa sebelum ini.

Dalam pertemuan tersebut, kedua-dua pihak telah menyuarakan hasrat dan member penjelasan dari kedua belah pihak. Hasil dari pertemuan itu, pihak Dewan Pemuda PAS dengan Excellent Pictures telah mencapai kata sepakat dan berpuas hati dengan semua penjelasan malah sebulat suara menyelesaikan masalah berbangkit dalam suasana yang cukup mesra.

Buat penerbit dan pengarah filem Hantu Bonceng, Ahmad Idham Ahmad Nadzri, merasakan pertemuan ini memberikan hasil yang cukup positif. Selain itu, ianya juga menunjukkan sifat keterbukaan kedua-dua belah pihak dalam menerima sebarang cadangan sekaligus ianya mampu memperbaiki penghasilan filem akan datang juga memberi nilai baik, kepada industri perfileman tempatan, amnya.

Mencapai kata sepakat dalam beberapa isu yang diperkatakan, Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nasrudin Hassan telah menegaskan, mereka (Dewan Pemuda) sentiasa bersedia menyokong genre filem dan industri ini, yang boleh membawa mesej yang baik kepada masyarakat umum.

Dalam pertemuan itu juga, saudara Ahmad Idham berkesempatan memberi penerangan kepada DPPM berkaitan senario industri perfileman tempatan, sekaligus mencuit minat Dewan Pemuda PAS dalam bidang perfileman. Dewan Pemuda PAS Malaysia terlebih dahulu telah menyatakan komitmen dan memberikan sokongan terhadap kemajuan industri filem yang boleh menjana nilai-nilai murni dalam masyarakat.

Dengan pertemuan ini, Ustaz Nasrudin Hassan, yang mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia dan saudara Ahmad Idham Ahmad Nadzri, penerbit dan pengarah Hantu Bonceng, telah berjaya menyelesaikan masalah yang heboh diperkatakan dengan baik setelah kedua – dua belah pihak saling memberi dan mendengar penjelasan, selain turut memberi peluang kepada kedua-dua belah pihak dalam mengenali antara satu sama lain.

Dalam kesempatan ini juga, kedua- dua belah pihak memohon agar isu berkaitan ini tidak lagi diperbesarkan dan dipertikai oleh mana-mana pihak kerana isu terbabit telah diselesaikan dalam pertemuan ini.

Sekian, Terima Kasih.

Yang Benar

Dewan Pemuda PAS Malaysia & Excellent Pictures Sdn Bhd.


Ulasan GB

Sebenarnya banyak pihak yang tidak bersetuju malah membantah sikap Pemuda PAS yang tidak istiqamah di dalam pendiriannya. GB menerima banyak email yang menyatakan bahawa tindakan Pemuda PAS lebih banyak mendatangkan kemudaratan kepada perjuangan Islam di negara ini, malah dilihat telah bersekongkol dengan penayangan filem hantu, syirik dan khurafat khususnya filem Hantu Bonceng yang kini sedang hangat diperkatakan.

Pagi tadi GB sudah pun membuat ulasan. Petikan:

Menyentuh mengenai kontroversi filem Hantu Bonceng yang dihebohkan ada beberapa perkara yang memusykilkan. Lembaga Penapis Filem melalui Pengerusinya Datuk Raja Azahar Raja Abdul Manap mendakwa JAKIM telah meluluskannya. Mana buktinya? Siapa pegawai JAKIM itu? Bila masa dilakukan pertemuaan JAKIM dan Lembaga Penapis Filem? Mana kenyataan rasmi JAKIM?

Kedua, Dewan Pemuda PAS dikhabarkan telah bertemu Ahmad Idham untuk menyelesaikan kes berkenaan. Dewan Pemuda yang sebelumnya lantang mengkritik tetiba menjadi kendur. Apakah Ketua Dewan Pemuda jenis tidak berprinsip yang terubah pendirian hanya dengan satu pertemuan?

Buktinya:

Sebelum pertemuan:

Namun filem tersebut dikecam hebat oleh Dewan Pemuda PAS Malaysia kerana dalam satu adegannya, Zizan jelas menghina Rasulullah saw dengan menyebut “Ashaduanna Muhammadar ... syaitan” yang membawa maksud “Aku naik saksi bahawa Muhammad itu ... syaitan”.

Selain itu turut ditambah dengan adegan mempersendakan azan, memakai baju yang mempunyai tanda salib ke masjid dan beberapa isu tahyul seperti bogel depan hantu.

Dewan Pemuda PAS Malaysia ketika membuat teguran terhadap filem itu sejak 19 September lalu turut kesal yang teramat sangat dengan kelemahan ketara pihak Lembaga Penapisan Filem (LPF) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), sehingga membenarkan filem-filem berbaur penghinaan kepada Islam diterbitkan
. -harakahdaily

Kemudian selepas pertemuan diadakan:

Dalam pertemuan tersebut, kedua-dua pihak telah menyuarakan hasrat dan memberi penjelasan dari kedua belah pihak. Hasil dari pertemuan itu, pihak Dewan Pemuda PAS dengan Excellent Pictures telah mencapai kata sepakat dan berpuas hati dengan semua penjelasan malah sebulat suara menyelesaikan masalah berbangkit dalam suasana yang cukup mesra. ...

Dalam kesempatan ini juga, kedua- dua belah pihak memohon agar isu berkaitan ini tidak lagi diperbesarkan dan dipertikai oleh mana-mana pihak kerana isu terbabit telah diselesaikan dalam pertemuan ini.
-pemudapas

Teruk punya statement! Tidak mahu isu diperbesarkan supaya Hantu Bonceng boleh terus ditonton oleh masyarakat dan pihak penerbit terus dapat mengaut keuntungan dengan penyiarannya? Dan Pemuda PAS tiada takut lagi untuk bersubahat dengan tayangan itu?


Seorang pengunjung blog ini bernama Yong memberi komennya:

Yong said...

Teringin nak maki pemuda pas. Tapi tak boleh, nanti ibarat maki adik2 dan anak sendiri.

Cuma Yong minta sebelum bercakap tu fikir le dulu tentang kesan akan datang! Think for the future generations please!


Tetapi, memang benar, tindakan Pemuda PAS tersebut cukup dan hina dan memalukan, terutama di hal mempersendakan agama di dalam filem berkenaan. Tiba-tiba di akhir pertemuan kedua pihak, kita dapati Pemuda PAS sudah jadi Hantu Bonceng kepada penerbit filem tersebut!

Seperti soalan GB sebelum ini kepada yang menghalalkan filem berkenaan, sanggupkah kamu-kamu menanggung dosa sekalian yang menonton?

Sekarang, quo vadis Pemuda PAS?

Hadi: PAS Bertanggungjawab Laksana Hudud, DAP Berhak Untuk Bantah

Kepala Batas, 2 Okt — Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PAS serius dalam melaksanakan undang-undang hudud dan mengakui orang bukan Islam termasuk DAP mempunyai hak untuk bersuara menyatakan pendirian masing-masing dalam perkara itu.

Jelas Hadi (gambar), PAS telah melaksanakan kewajiban untuk melaksanakan undang-undang syariah Islam dengan menggubal Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003 walaupun ia tidak dapat dikuatkuasakan.

“Kita telah tunaikan tanggungjawab kita di negeri, rakan-rakan bukan Islam tidak bersetuju, itu hak mereka... kita tak boleh halang.

“Orang Islam mempunyai tanggungjawab, jika ada masalah semua pihak perlu selesaikan masalah dan PAS sedia untuk selesaikan masalah ini,” kata beliau pada Rapat Umum Perdana sempena Kongres Sambutan 60 Tahun PAS di sini malam tadi.

Minggu lalu, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan, beliau lebih rela jika DAP mahu keluar dari Pakatan Rakyat jika tidak bersetuju dengan pendiriannya mahu menegakkan hukum hudud dan menubuhkan negara Islam.

Nik Aziz berkata, beliau akan tetap dengan pendiriannya untuk menegakkan hukum hudud dan penubuhan negara Islam walaupun mendapat tentangan hebat daripada rakan sekutunya itu.

Kata Mursyidul Am PAS ini, tiada sesiapa pun termasuk DAP berhak menolak hukum hudud selagi semua manusia menumpang di bumi Allah ini dan hukum Islam yang mahu ditegakkan itu adalah kerana ia hukum Allah, bukannya manusia.

Rabu lalu, Pakatan Rakyat mengambil pendirian tegas bahawa hukum hudud tidak akan menjadi sebahagian daripada dasar bersama perikatan itu sehingga kesemua parti komponen menzahirkan persetujuan dan konsensus.

Walaupun agak sukar untuk dilaksanakan, namun Nik Aziz masih menaruh harapan hukum hudud dapat dilaksanakan di negara ini sekiranya Pakatan Rakyat memenangi pilihan raya umum ke-13.

Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang menambah, undang-undang jenayah syariah perlu dilaksanakan kerana ia adalah tuntutan agama dan bukan kehendak PAS.

“Ini tanggungjawab Islam, bukan PAS... ini tanggungjawab orang Islam seluruhnya. Ini adalah undang-undang Allah.

“Jadi tanggungjawab PAS ialah kita bersedia untuk berbincang secara ilmiah dengan semua pihak bukan polemik Utusan Malaysia yang bebal,” katanya.

Hadi turut melahirkan rasa kesal kerana ada pihak tertentu yang cuba mempermainkan ajaran Islam.

“Mereka permainkan hukum Allah, mempermainkan hukum Allah boleh jadi murtad. Orang Islam tidak boleh main-main dan PAS tidak akan bermain-main dalam hal ini.

“Kita telah tunaikan kewajiban dan tanggungjawab kita walaupun ada yang kata kita main-main, Islam tidak pisahkan politik dan agama kerana politik bukan main-main tapi sungguh-sungguh,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng tetap mempertahankan pendirian parti itu untuk menolak hukum hudud.

“Pendirian DAP jelas, kita tidak setuju dengan hudud, Umno pun tidak bersetuju... DAP tidak setuju, Umno juga tidak setuju tapi itu tidak bermakna kami tidak bekerjasama.

“Hudud kita tidak setuju tapi kita banyak persamaan dengan PAS, kita menentang perkara yang kita tidak bersetuju tapi kita setuju banyak perkara lain,” katanya. -TMI

Ulasan GB

Tidak hairan jika DAP dan yang bukan Islam menentang hudud, tetapi amat menghairankan jika yang mengaku Islam sendiri seperti UMNO menentangnya, malah encaci dan menghina hukum Allah tersebut.

Jika Benar Kata-kata Najib MCA Penentu Kemenangan BN, Bererti BN Memasuki Era Keruntuhan

Najib: MCA penentu kemenangan BN

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri berkata, MCA merupakan komponen terpenting kepada BN.
Menurut Datuk Seri Najib Tun Razak, MCA akan menjadi penentu kemenangan BN dalam pilihan raya umum akan datang.

Datuk Seri Najib Tun Razak bagaimanapun berkata, apa makna kepada BN jika MCA berpecah belah.

“Ada team A, ada Team dan mungkin Team C.

“Apa guna parti besar tetapi tidak bersatu padu. MCA mesti bersedia menghadapi pilihan raya,” katanya ketika merasmikan perhimpunan agung tahunan MCA ke 58 hari ini.

Bagaimanapun, kata Najib yang juga Pengerusi BN berkata sudah isyarat bahawa MCA sudah menjadi semakin kuat.

Menurut perdana menteri, parti yang takut berubah akan menjadi tidak relevan.
“Jadi jangan takut kepada perubahan,” tegasnya.

Najib juga memberitahu perwakilan MCA bahawa beliau mendengar suara rakyat kaum Cina. petikan FMT


MCA bukan lagi pilihan orang Cina?

KUALA LUMPUR: Ramai perwakilan MCA tidak yakin MCA akan menang besar dalam pilihan raya umuk akan datang.

Mereka mendakwa MCA bukan lagi parti tunggal kaum Cina kerana DAP lebih menonjol dan lebih ke depan dalam isu masyarakat Cina.
Weng Suen Tan berkata, dalam banyak perkara DAP lebih ikhlas membantu masyarakat bawahan orang Cina yang miskin dan tinggal di kampung.

“Kita tengok masyarakat Cina Pulau Pinang gembira dengan kerajaan negeri DAP Pulau Pinang.

“Mereka kata pemimpin DAP Pulau Pinang lebih bagus dari menteri MCA,” katanya.
Perwakilan Melaka, Kian Peng berkata, ramai pengundi Cina hilang keyakinan kepada MCA.

Katanya, MCA belum dapat menunjukkan parti itu benar-benar berjiwa rakyat.

“MCA selalu mengungkitkan mereka hanya mereka parti orang Cina yang terbaik.

“Tapi rakyat tidak suka dengan ungkapan seperti ini.

“Tidak semua orang Cina menyokong MCA kerana MCA juga berpecah. Ramai yang tidak boleh menerima kepimpinan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek,” katanya. -FMT


Tee Keat: MCA bukan saja tak relevan, tapi dibayangi sindrom nafi

KUALA LUMPUR, 2 Okt — Ketika Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menyampaikan ucapan pada perhimpunan agung ke-58 parti itu pagi ini, bekas penyandang jawatan tersebut meneruskan serangan dengan menegaskan, ia bukan sahaja tidak relevan, malah berada dalam sindrom penafian.

Datuk Seri Ong Tee Keat berkata Timbalan Presiden Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Ketua Pemuda MCA Datuk Dr Wee Ka Siong semalam menafikan dakwaan bahawa parti itu tidak relevan lagi.

“Tiong Lai dan Ka Siong menafikan MCA tidak relevan lagi. Kini (parti) dalam keadaan tidak relevan dan (dibayangi) sindrom penafian.

“Penafian Tiong Lai (mengenai kenyataan) MCA sudah tidak relevan lagi bukan sesuatu yang besar jika dibandingkan dengan penafian beliau berkaitan insiden (hospital) Tung Shin (pada 9 Julai lalu),” kata Ong dalam mesej dihantar menerusi Twitter ketika Dr Chua menyampaikan ucapannya.

Kedua-dua Liow dan Wee mengecam Ong semalam dengan menafikan parti komponen BN itu semalam tidak relevan.

Dalam temu bual dengan The Malaysian Insider semalam, Ong yang merupakan bekas presiden MCA berkata, parti itu sedang berubah menjadi sebuah parti yang tidak relevan.

Ong memberitahu, gabungan BN itu tidak memperlihatkan pelaksanaan pembaharuan selepas ia hilang 25 daripada 40 kerusi Parlimen dan 59 daripada 80 kerusi Dewan Undangan Negeri yang ia tandingi pada pilihan raya umum 2008.

Katanya, MCA masih meneruskan polemik lama daripada membawa dan mengadakan pembaharuan yang diharapkan oleh para pengundi.

“Jika MCA terus menggunakan laluan dan jiwa yang lama, maka sudah pasti ia menuju situasi tidak relevan. Sesetengah sudah pun dengan terus-terang mengatakan bahawa kami sudah pun tidak relevan,” kata Ong yang ditewaskan oleh Dr Chua ketika krisis kepimpinan parti itu 18 bulan yang lalu.

Ong, Ahli Parlimen Pandan, memberikan contoh kenyataan-kenyataan kosong dibuat oleh penggantinya, mahu keluar BN jika Umno melaksanakan hukum hudud dan tidak menyertai Kabinet ataupun menerima jawatan kerajaan jika parti tidak memperbaiki kedudukan dalam pilihan raya umum ke-13.

Bagaimanapun Liow dan Wee mengetepikan dakwaan Ong itu.

Hari ini, Ong juga mengecam Wee ekoran jumlah kehadiran tidak menggalakkan pada perhimpunan agung sayap itu semalam.

"Wow, MCA telah mendaftarkan 27,000 ahli baru, tetapi hanya 30 peratus perwakilan hadiri perhimpunan agung Pemuda Ka Siong. Masa bagi beliau untuk menangis dengan ikhlas," katanya lagi. -TMI


Ulasan GB

Jika benar kata-kata Najib bahawa MCA penentu kemenangan BN, sedangkan MCA sendiri sudah tidak diyakini sebagai parti yang mewakili masyarakat Cina, bererti benarlah bahawa BN kini sedang menghadapi zaman keruntuhan.

Hanya penipuan boleh menyelamatkan seperti penipuan di Pekan pada 2004 & 2008.

Tetapi kemenangan dengan penipuan adalah kemenangan yang rapuh, kemenangan yang tiada keberkatannya.

Kita tunggu dan lihat sama-sama.

'Umno, I Know Who You Are' - Nik Aziz

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz berkata, PAS tidak mahu 'terjerumus dua kali' untuk menjalinkan hubungan politik dengan Umno BN.

Menurutnya yang juga Menteri Besar Kelantan, PAS sudah serik dengan pengkhianatan Umno sewaktu PAS menyertai kerajaan campuran bersama parti itu pada tahun 1973 yang menyaksikan PAS ditendang keluar pada tahun 1977.

"Kita pernah bersama Umno dulu, saya sendiri sokong PAS bersama Umno sehingga PAS waktu itu pecah empat, kemudian PAS ditendang keluar.

"Sekarang (Umno) ajak kami balik, saya kata I know, who you are," katanya pada sidang media di sini.

Mengimbau sejarah perjuangan PAS lalu, Tuan Guru Nik Aziz berkata, Umno melakukan jenayah besar kerana mengharamkan lambang bulan dan bintang pada bendera PAS.

Ditanya apa alasan Umno untuk mengharamkan lambang itu, beliau berkata kerana parti nasionalis itu tidak mahu PAS membawa perjuangan agama.

"Ni kena tanya Umno la. Cuma Umno ni tak mahu ugama, bukan stakat hudud, Islam pun dia tak mahu," katanya.

Ditanya lagi adakah pintu hubungan politik dengan Umno ditutup selama-lamanya, beliau berkata PAS bersama Umno jika parti itu menerima Islam dan meninggalkan perjuangan nasionalis.

"(Nak tutup pintu) Selama-lamanya tak boleh lah. Kita berdoa agar Umno berubah dari nasionalis kepada Islam.

"Sekarang, orang bukan Islam pun terima perjuangan Islam PAS sehingga kita ada Dewan Himpunan Penyokong PAS," ujarnya lagi.

Menurutnya lagi, tidak mustahil PAS akan datang bukan sahaja menjadi Parti Islam Se-Malaysia, malah akan berkembang menjadi Parti Islam Se-Dunia.

"Sikit lagi Parti Islam Se-Dunia sebab Islam bukan untuk orang Islam sahaja tapi untuk semua, rahmatan lil 'alamin," ujarnya. -TGNA



Nahas Pesawat CASA 212: 18 Mayat Penumpang, Kru ditemui

Bahorok (Indonesia): Penyelamat menemui 18 mayat penumpang dan anak kapal pesawat Casa C-212 yang terhempas di kawasan pergunungan di barat Indonesia, kata pegawai semalam.

Pesawat kecil buatan Sepanyol itu dalam perjalanan dari Sumatera Utara ke Aceh apabila terputus hubungan dengan menara kawalan pada awal Khamis.

Beberapa minit kemudian, pesawat itu menghantar isyarat kecemasan sebelum ia terus hilang daripada radar.

Semalam, 13 penyelamat turun menggunakan tali dari helikopter bagi membantu dua rakan mereka yang tiba di situ kelmarin.

Ketua operasi penyelamat, Sunarbowo Sandi, berkata semua mayat ditemui di tempat duduk masing-masing dengan tali keselamatan masih terikat.

“Empat daripada mangsa adalah kanak-kanak,” katanya.

Pesawat itu membawa 14 penumpang dan empat kru ketika terhempas. - AP

Inilah Nama Korban CASA 212-200


MEDAN, KOMPAS.com — Badan SAR Nasional sudah mengumumkan bahwa semua penumpang dan awak pesawat CASA 212-200 yang jatuh di hutan Taman Nasional Gunung Leuser, Bahorok, Langkat, Sumatera Utara, meninggal. Berikut adalah nama-nama para korban:

Kru pesawat:

1. Captain: Famal Ishak
2. Co Pilot: Budiono
3. Enginer: Nico Matulessy
4. FOO: B Soetopo

Penumpang :

1. Aisyah (P)
2. Astuti (P)
3. Suriadi (L)
4. Tia Apriliani (anak).
*Suriadi, Astuti, dan Tia adalah ayah, ibu, dan anak
5. dr Suhelman (L)
6. dr Juli Dhaliana (P)
*Suhelman adalah anggota DPRD Kabupaten Aceh Tenggara. Adapun Juli Dhaliana adalah istri Suhelman.
7. Siwa Sanbungan (L)
8. Jefridin (L)
9. Tirnau Karsau (L)
10. Andi Raylan Bangko (L)
11. Ahmad Arief (bayi).
*Andi Raylan dan Ahmad Arif adalah bapak-anak
12. Samsidar Yusni (P)
13. Hamimatul Janah (anak)
14. Hanif Abdilah (bayi)

Rahmawati, keluarga korban Aisyah yang dihubungi tengah berada di Bahorok, mengatakan, keluarga korban kecewa. "Kalau penanganannya cepat, (mereka) bisa diselamatkan," kata Rahmawati. -kompas.com




Waspada: Risiko Tong Gas Boleh Meletup Di Dapur

Kuala Lumpur - Tong gas memasak yang biasanya seberat 14 kilogram (kg) yang boleh dilihat hampir di setiap dapur rumah serta restoran berupaya menyebabkan kemusnahan besar jika berlaku kebocoran gas dan meletup.

TONG gas memasak yang menjadi peralatan wajib dalam setiap dapur boleh meletup dan terbakar jika tidak dijaga dengan rapi.

Ketua Jabatan Kejuruteraan Gas, Fakulti Kejuruteraan Petroleum dan Tenaga Diperbaharui, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Madya Dr. Zainal Zakaria berkata, disebabkan gas asli cecair itu lebih tumpat daripada udara, gas yang bocor itu tidak akan meresap keluar dengan mudah daripada kawasan tertutup seperti rumah dan premis perniagaan.

"Gas itu sebaliknya mudah tersebar ke seluruh ruang. Jika ada percikan api yang kecil sekalipun, ia dengan mudah boleh menyambar setiap kawasan yang mempunyai sisa-sisa gas berkenaan," katanya kepada Kosmo! Ahad.

Beliau diminta mengulas kejadian letupan yang memusnahkan tingkat bawah pusat beli-belah Empire Shopping Gallery di Subang Jaya Rabu lalu. Kejadian pada pukul 3.45 pagi itu dipercayai berpunca daripada kebocoran gas memasak di sebuah restoran di situ.

Malah dipercayai saluran gas memasak melingkari hampir sebahagian besar bahagian bawah kompleks beli-belah itu.


Menurut Zainal, insiden letupan gas memasak tidak boleh dipandang ringan kerana berjuta-juta rumah di Malaysia masih menggunakan bahan bakar itu setiap hari.

"Walaupun dapur elektrik atau dapur solar lebih selamat, kos untuk membeli sebuah tong gas adalah lebih murah," kata beliau.

Buat masa ini, harga setong gas memasak 14kg ialah RM27.

Zainal mendedahkan, punca kebocoran gas memasak di rumah selalunya disebabkan kepala gas dipasang dengan cara yang salah ataupun paip getah dapur gas bocor digigit haiwan perosak seperti tikus. -kosmo

Ulasan GB

Moralnya: Sentiasa semak kepala gas dan paip getah dapur gas. Usah lalai dan biarkan bertahun-tahun tanpa diselenggarakan.

Filem Hantu: Majlis Fatwa Rancang Temui PM. Pemuda PAS Pula Hilang Prinsip?

Kuala Lumpur: Majlis Fatwa Kebangsaan mahu bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi membincangkan isu lambakan filem atau drama hantu yang cukup popular sekarang kerana dikhuatiri boleh memesongkan akidah terutama di kalangan remaja Islam.

Gambar: Menonton cerita begini tidak membawa kebaikan, tidak memberi keuntungan hanya perasaan takut, lemah semangat serta tidak baik kepada negara yang memerlukan rakyat yang berpengetahuan dan bijaksana. - Syaikh Ismail Muhamad, Imam Besar Masjid Negara

Ahli Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad, berkata majlis menggesa kerajaan memperincikan kawalan terhadap penerbitan filem atau drama hantu yang jelas berunsur khurafat dan mempromosi kepercayaan karut.

“Kami setuju perkara khurafat seperti ini patut dihapuskan. Kita kena bina pemikiran dan kerohanian masyarakat dengan perkara yang boleh menyumbang kepada pembangunan negara.

“Perkara ini juga sudah dibawa kepada pihak berwajib. Namun, mereka tidak peka dan kami bercadang berbincang dengan Perdana Menteri untuk menyuarakan hasrat mufti ini,” katanya kepada Berita Minggu ketika dihubungi di sini, semalam.

Mohamad Shukri yang juga Mufti Kelantan mengulas pandangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung berlakunya lambakan cerita hantu di negara ini yang mempromosi kepercayaan karut serta tidak membantu masyarakat menjadi produktif.

Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhamad, berkata umat Islam yang terlalu taksub dan mempercayai hantu atau makhluk selain Allah SWT, boleh menjadi syirik.

“Mereka yang syirik adalah berdosa besar sehingga segala amalan baik yang dibuatnya sebelum ini akan terhapus begitu saja hinggalah mereka bertaubat.

“Menonton cerita begini tidak membawa kebaikan, tidak memberi keuntungan hanya perasaan takut, lemah semangat serta tidak baik kepada negara yang memerlukan rakyat yang berpengetahuan dan bijaksana,” katanya.

Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam, Datuk Dr Maamor Osman menggesa tapisan menyeluruh yang lebih ketat patut dilakukan ke atas penerbitan dalam dan luar negara yang menolak konsep ketuhanan dan berlawanan dengan akidah serta norma masyarakat.

Ketua Pegawai Eksekutif Metrowealth Production Sdn Bhd, David Teo pula berkata, penerbitan filem hantu berbentuk khayalan dan hiburan semata-mata sama seperti filem kartun atau fiksyen.

“Filem hantu untuk hiburan selain mendidik penonton. Ia bukan mempromosi kisah tahyul, sebaliknya pada masa sama nilai agama menerusi watak ustaz yang berperanan mendidik penonton secara tidak langsung.

“Sebelum ditayangkan, filem itu juga perlu melalui Lembaga Penapisan Filem (LPF) untuk menentukan sama ada sesuai untuk tontonan umum atau tidak. Jika unsur tahyul yang ditayangkan keterlaluan, babak terbabit akan dipotong dan tidak ditayangkan di pawagam,” katanya. -BH

Ulasan GB

Yang lain ok, cuma di beberapa perenggan akhir dimana penulis berita ini menanya David Teo untuk bercakap mengenal hal syirik, tahyul dan seumpamanya.

Ada skrew yang tertanggal dari kepala penulis berita di atas bila seorang bukan Islam ditanya mengenai hal menyentuh aqidah dan keagamaan.

Mengenai lambakan cerita-cerita hantu berunsur syirik, khurafat dan tahyul ini telah lama GB ulas di SINI. Petikan:

Penyemarakan unsur syirik, khurafat dan tahyul di dalam filem-filem Melayu mutakhir ini sperti cendawan tumbuh yang tidak terkawal.

Kita menjadi hairan dengan sikap berdiam diri para mufti, JAKIM dan lain-lain yang berautoriti di dalam hal-hal keagamaan di dalam negara kita. Lebih malang lagi apabila Lembaga Penapis Filem seperti menggalakkan kehadiran filem-filem tempatan yang merosakkan akidah umat Islam di negara ini.

Kita boleh saja terima jika filem itu dari dalam atau luar negara yang dihasilkan oleh mereka yang bukan beragama Islam, namun apa yang mendukacitakan ialah filem-filem berkenaan dihasilkan dan dilakonkan oleh mereka yang beragama Islam.

Apa sebenarnya agenda Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dengan penerbitan dan penayangan filem berunsur syirik itu?


Menyentuh mengenai kontroversi filem Hantu Bonceng yang dihebohkan ada beberapa perkara yang memusykilkan. Lembaga Penapis Filem melalui Pengerusinya Datuk Raja Azahar Raja Abdul Manap mendakwa JAKIM telah meluluskannya. Mana buktinya? Siapa pegawai JAKIM itu? Bila masa dilakukan pertemuaan JAKIM dan Lembaga Penapis Filem? Mana kenyataan rasmi JAKIM?

Kedua, Dewan Pemuda PAS dikhabarkan telah bertemu Ahmad Idham untuk menyelesaikan kes berkenaan. Dewan Pemuda yang sebelumnya lantang mengkritik tetiba menjadi kendur. Apakah Ketua Dewan Pemuda jenis tidak berprinsip yang terubah pendirian hanya dengan satu pertemuan?

Buktinya:

Sebelum pertemuan:
Namun filem tersebut dikecam hebat oleh Dewan Pemuda PAS Malaysia kerana dalam satu adegannya, Zizan jelas menghina Rasulullah saw dengan menyebut “Ashaduanna Muhammadar ... syaitan” yang membawa maksud “Aku naik saksi bahawa Muhammad itu ... syaitan”.

Selain itu turut ditambah dengan adegan mempersendakan azan, memakai baju yang mempunyai tanda salib ke masjid dan beberapa isu tahyul seperti bogel depan hantu.

Dewan Pemuda PAS Malaysia ketika membuat teguran terhadap filem itu sejak 19 September lalu turut kesal yang teramat sangat dengan kelemahan ketara pihak Lembaga Penapisan Filem (LPF) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), sehingga membenarkan filem-filem berbaur penghinaan kepada Islam diterbitkan.
-harakahdaily


Kemudian selepas pertemuan diadakan:

Dalam pertemuan tersebut, kedua-dua pihak telah menyuarakan hasrat dan memberi penjelasan dari kedua belah pihak. Hasil dari pertemuan itu, pihak Dewan Pemuda PAS dengan Excellent Pictures telah mencapai kata sepakat dan berpuas hati dengan semua penjelasan malah sebulat suara menyelesaikan masalah berbangkit dalam suasana yang cukup mesra. ...

Dalam kesempatan ini juga, kedua- dua belah pihak memohon agar isu berkaitan ini tidak lagi diperbesarkan dan dipertikai oleh mana-mana pihak kerana isu terbabit telah diselesaikan dalam pertemuan ini. -pemudapas


Teruk punya statement! Tidak mahu diperbesarkan supaya Hantu Bonceng boleh terus ditonton oleh masyarakat dan pihak penerbit terus dapat mengaut keuntungan dengan penyiarannya? Dan Pemuda PAS tiada takut lagi untuk bersubahat dengan tayangan itu?

Janda Dilarikan Lelaki Beristeri Tiga

Cemor: “Dia ghaib sejurus bakal suaminya dibelasah orang kampung kerana menipu pada hari pernikahan mereka. Bakal menantu kami rupa-rupanya beristeri tiga,” kata Azizah Gulap Din, 56, ibu kepada Ros Mawati, 31, yang menghilangkan diri bersama dua anak perempuannya sejak lima bulan lalu.

Gambar: HILANG... Muhamad Fadzil menunjukkan gambar anak dan dua cucunya yang gagal dikesan

Menurutnya, dia dan suami, Muhamad Fadzil Nordin, 59, bimbang nasib Ros Mawati dan dua cucu mereka, Arina Batirsha Amirzudin, 1, dan Arisa Balqis Amirzudin, 6, dipercayai dilarikan lelaki itu. April lalu, pasangan warga emas itu berdepan detik memalukan apabila majlis perkahwinan besar-besaran anaknya bersama seorang lelaki mendakwa ahli perniagaan dari Brunei kecoh selepas diserang seorang wanita yang mendakwa isterinya.

Wanita berkenaan turut mendedahkan lelaki itu pernah berkahwin tiga kali menggunakan khidmat sindiket nikah palsu.

Lebih memburukkan keadaan, wanita terbabit merayu lelaki itu mendaftarkan dulu kelahiran anak mereka berusia tujuh tahun yang gagal memasuki sekolah akibat ketiadaan sijil kelahiran.

Akibat kejadian itu, keluarga terpaksa membatalkan majlis perkahwinan itu biarpun dihadiri beratus tetamu.

Katanya, akibat kejadian itu, Ros Mawati bersama dua cucunya lari meninggalkan rumah, dipercayai mengikut lelaki itu pada 19 Mei lalu dengan menaiki sebuah kereta Proton Satria.

Menurutnya, dia dan suami berharap anaknya pulang dan memberi peluang berjumpa dua cucu mereka.

“Saya mengakui malu dengan kejadian itu sebelum membatalkan acara pernikahannya walaupun majlis kenduri dihadiri ratusan penduduk kampung,” katanya.

Katanya, Ros Mawati seolah-olah tidak boleh menerima keputusan itu kerana menghalangnya berkahwin dengan lelaki tidak jujur itu yang mengaku masih bujang.

Azizah berkata, Ros Mawati seolah-olah terkena ilmu pengasih dan tidak mahu mendengar nasihat keluarga demi masa depan dua anaknya yang masih kecil.

Menurutnya, dia bimbang nasib cucunya kerana seorang daripada mereka menghidap asma.

“Kami risau apabila dia dan anaknya hilang begitu saja dan tidak pulang ke rumah sejak lima bulan lalu.

“Kami cuma mahu dia kembali ke pangkuan keluarga,” katanya. -hm

[Bergambar] Sekitar Sambutan 60 Tahun PAS : PAS Kini Memasuki Era Baru

PAS kini sudah memasuki era baru dalam perjalanan perjuangannya yang kini mencecah usia 60 tahun sejak penubuhannya 1951, kata Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Bercakap sewaktu menyampaikan ucaptama di Kongres Sambutan 60 Tahun PAS di Dewan Milenium, Kepala Batas di sini, Presiden PAS itu berkata parti Islam itu kini telah mendapat kepercayaan pelbagai pihak di negara ini.

Kepercayaan itu ujarnya hasil daripada pengamatan rakyat melihat ketabahan PAS yang tidak berganjak memperjuangkan keadilan Islam biarpun menghadapi tekanan dan penindasan sejak zaman penjajah dan penafian hak oleh pusat biarpun telah menguasai beberapa negeri.

"PAS adalah parti yang bertunjang dengan teguh dan kuat, tidak terpengaruh dibawa arus penjajah."

Ada yang terjebak dengan Komunis, British dan Jepun. Tapi PAS tidak hanyut dengan mana-mana fahaman penjajah," katanya.

Selepas merdeka pula, PAS yang mengambil sikap menyertai pilihan raya untuk menegakkan Islam terus mendapat tekanan daripada parti pemerintah biarpun kini telah berjaya menguasai beberapa negeri bersama Pakatan Rakyat."

Semangat faderalisme dicabul pemerintah. Sewaktu kita memerintah Terengganu hak royalti dirampas, dinafikan hak di Kelantan," katanya lagi.

Kepercayaan terhadap PAS yang perjuangannya dipandu Majlis Syura Ulama, terus menebal apabila mempamerkan pentadbiran yang baik dan adil di negeri-negeri yang dikuasai.Jika dahulu katanya, PAS hanya dilihat diskong oleh orang Islam, namun hari ini PAS sudah mempunyai Dewan Himpunan Penyokong PAS yang terdiri dari kaum Cina dan India.

Malah gabungan profesional dan ulama yang memimpin PAS juga telah menguatkan lagi parti itu sekaligus menafikan persepsi bahawa PAS hanya untuk golongan agama.

Sehubungan itu ujarnya, PAS kini menjadi harapan sebagai "bahtera penyelamat" kepada segala permasalahan yang sedang menimpa masyarakat pada hari ini.

"Di zaman Nabi Nuh, baterah Nabi Nuh menjadi penyelamat, di zaman ini PAS adalah bahtera penyelamat terhadap kehidupan manusia berlandaskan al-Quran, hadis, ijma' dan qias," tegasnya.

Sementara itu, lebih 7000 hadirin hadir ke Kongres 60 Tahun PAS hari ini.Selain ucaptama presiden, kongres kali ini juga turut memberikan anugerah "Pahlawan Umat" kepada Presiden PAS ke-3 Dr. Burhanudin Al-Helmi.

Sehubungan itu, gelaran tersebut akan digunakan setiap kali nama Dr Burhanudin disebut. Sebelum penyampaian anugerah itu yang diterima isteri beliau, jasa dan semangat perjuangan Dr. Burhanudin diceritakan melalui puisi khas yang didelamasikan Saterawan Negara, Datuk A.Samad Said. -HD

Forum Perdana Sempena Sambutan 60 Tahun Pas





Sumber Gambar : Blog BGM Online


KONGRES SAMBUTAN 60 TAHUN PAS

Timbalan Presiden sedang berucap di muqaddimah majlis

Ucapan Presiden Pas Tuan Guru Presiden Dato Seri Hj Abd Hadi Awang

Dr. Rani, Pesuruhjaya Selangor, Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man dan Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan

Naib-naib Presiden PAS, Salehuddin Ayub, Husam Musa & Mahfuz Omar

Isteri Al-Marhum Burhanuddin Al-Helmy, Hajjah Suri

Tuan Guru Presiden menyampaikan anugerah Darjah Pahlawan Ummat kepada Hajjah Suri, balu kepada Al-Marhum Burhanuddin Al-Helmy

Sajak dideklamasikan khas untuk Al-Marhum Burhanuddin Al-Helmy oleh A. Samad Said

Tak perlulah lagi diperkenalkan lagi

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Riduan Mohd Nor dan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nik Abduh Nik Abd Aziz

ADUN Selat Klang, YB Dr Halimah Ali

Bekas Pesuruh PAS Selangor, Hj Subky latif & Sasterawan Negara Pakatan Rakyat, A. Samad Said

Ucapan perasmian penutup oleh Dato Seri Bentara Tuan Guru Mursyidul Am

Antara 5000 hadirin yang memenuhi dewan

Nisa',Gadis-gadis manis ini turut berkawad di luar halaman dewan

Pelapis Unit Amal dari Negeri Pulau Pinang yang diwakili oleh remaja

Sumber : Facebook Pas Ipoh Timur, caption: malaysiaberih