25 Apr 2014

Respon Mufti Perak Mengenai Kubur Ibu Tunggal Yang Bercahaya


Ipoh: “Kalau betul kubur berkenaan bercahaya, ia membawa tanda yang cukup baik kepada jenazah berkenaan, namun setiap penyebaran berita itu mestilah dilakukan dengan bukti yang sahih,” kata Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.

Harussani berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penyebaran berita dan gambar liang lahad wanita berusia 35 tahun dari Bukit Gantang, Taiping, dekat sini yang dikatakan bercahaya ketika arwah mahu dikebumikan Ahad lalu.


Penyebaran gambar serta maklumat kejadian itu tersebar di media sosial dengan memberitahu jenazah berkenaan ketika hidupnya adalah seorang yang kuat berzikir.

Menurut Harussani, kemungkinan besar sekiranya perkara sedemikian terjadi kepada kubur mangsa, ia membawa petanda baik kepada jenazah berkenaan.

Katanya, kejadian kubur bercahaya seperti itu tidak pernah tertulis dalam al-Quran mahupun hadis dan disebabkan itu penyebaran kejadian seperti itu mestilah dengan bukti sahih.

“Dulu-dulu pernah ada kes seperti ini, namun ia tidak pernah tertulis di dalam al-Quran mahu pun hadis. Kalau penyebaran perkara membawa kebaikan kepada jenazah tidak apa kerana dalam Islam, kita tidak dibenarkan memburukkan jenazah,” katanya. ketika dihubungi Harian Metro.

Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) Datuk Mohd Yusop Husin ketika dihubungi berkata, pihaknya setakat ini tidak menerima sebarang laporan mengenai kejadian itu.

Liang lahad bersinar

Taiping: “Sepanjang dia sakit sehingga menghembuskan nafas terakhir, mulutnya tidak henti-henti berzikir. Jadi, bukan mustahil jika Allah berikannya keistimewaan dengan menampakkan kepada kita kubur arwah bercahaya.”

Demikian kata Salahuddin Sulaiman, 91, datuk kepada Allahyarham Haslinatul Adzlin Abdullah Halimi yang gambar liang lahadnya dikatakan bercahaya ketika kerja pengebumian, tersebar luas di Internet, semalam.

Allahyarham yang meninggal dunia pada usia 35 tahun dikebumikan di Tanah Perkuburan Batu 8 Cangkat Jering di sini, Ahad lalu selepas solat Asar. petang Ahad lalu.

Bagaimanapun, Salahuddin berkata, dia tidak melihat liang lahad dikatakan bercahaya itu kerana dia berada sedikit terkebelakang dan agak jauh daripada liang lahad.

“Masa di tanah perkuburan saya tidak melihat cahaya berkenaan, namun sangat terkejut apabila dimaklumkan cucu (abang arwah) yang ada cahaya di dalam kubur cucu saya itu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam. Sumber: HM

Laporan sebelum ini
klik untuk baca





IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI


[BERGAMBAR] IKTIBAR - Jenazah Haslianatul Azlin Tersenyum & Kuburnya Bercahaya


Subhanallah... Satu keajaiban telah berlaku di Tanah Perkuburan Changkat Jering apabila seorang Jenazah Wanita yang hendak dikebumikan dikatakan bercahaya.

Jenazah Wanita bernama Haslinatul Adzlin itu berasal dari Taman Seri Dermawan, Ipoh Perak meninggal dunia pada 20 April 2014 lalu berpunca daripada kanser payudara.

Merupakan ibu tunggal kepada 2 orang anaknya iaitu Aina Sofiya dan Amsyar Zarif yang masih kecil.

Sepanjang hayatnya, arwah sangat tabah menghadapi segala dugaan yang dihadapi dan sewaktu sakaratul maut, beliau berzikir LAAILLAHAILLALLAH selama hampir 4 jam tanpa henti sebelum subuh sehinggalah ke akhir nafasnya yang berhenti perlahan-lahan.

Malah gambar wajah Allahyarham Haslinatul kelihatan tenang, berseri-seri dan seakan senyum selepas dimandi dan dikafankan.

Mungkin ada hikmah disebalik kejadian ini. Mungkin juga ia adalah ganjaran yang diterima untuk apa yang beliau lakukan ketika hidupnya.

Sebagai umat Islam, semoga kita mendapat sedikit iktibar daripada gambar-gambar ini dan kita doakan Allahyarhamah ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman. -Al-Fatihah.





IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI


Belum Selesai MH370 & Penculikan Di Sabah, Kapal Jepun Pula Disamun

Bekas ketua TLDM kesal Malaysia gagal kesan isyarat kecemasan kapal Jepun yang dirompak

Kegagalan penguatkuasa maritim Malaysia mengesan isyarat kecemasan dari kapal Jepun yang disamun dekat Pulau Ketam awal pagi Selasa lalu dikesali oleh Ahli Parlimen Lumut, Laksamana Pertama (B) Imran Abdul Hamid.

Bekas ketua staf Logistik Markas Armada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) itu mempersoalkan apakah pengawasan agensi penguatkuasaan maritim negara begitu longgar sehingga tidak peka terhadap kapal bermasalah di perairan Selat Melaka.

“Kapal Jepun ada alat kecemasan, kenapa Malaysia tidak kesan?

“Takkan mereka tidak boleh kesan. Sebab kapal Jepun itu ada radio signal untuk kecemasan, kapal-kapal lain boleh kesan. Takkan APMM tidak boleh,” kata Imran sebagaimana dilaporkan oleh Keadilandaily, lidah rasmi PKR.

Dalam kejadian awal pagi Selasa, 18 kru termasuk kapten kapal berhadapan detik cemas apabila kapal yang membawa 5 juta liter diesel dilaporkan disamun kira-kira 16 batu nautika dari Pulau Ketam berhampiran Klang.

Lima lelaki dengan dua bersenjatakan pistol dan parang mengikat kapten dan anak kapal menyamun kapal Jepun yang tidak dinamakan itu dengan memindahkan 2 juta liter minyak diesel ke dalam dua buah kapal tanker.

Bernama melaporkan tiga kru dipercayai diculik ketika kapal tersebut yang dalam perjalanan ke Myanmar selepas berlepas dari Singapura 21 April lalu.

Menurut Imran, kata Keadilandaily, proses pemindahan diesel dari kapal tersebut mengambil masa antara tujuh hingga lapan jam dan selepas itu semua suspek meninggalkan kapal berkenaan.

Kawasan perairan dan pantai di Malaysia dikawal empat agensi maritim iaitu Agensi Penguakuasaan Maritim Malaysia (APMM), TLDM, Polis Marin dan Pasukan Gerakan Marin (PGM).

“Kita persoalkan di mana mereka sewaktu kejadian ini berlaku. Kalau mereka buat rondaan dan lakukan kerja, pasti kapal tersebut boleh dikesan,” kata Imran kepada Keadilandaily.

Tambah Imran, kerajaan bertanggungjawab terhadap insiden tersebut.

“Belum selesai isu penculikan di Sabah, kapal Jepun pula disamun.

“Ini membuktikan kerajaan tidak mampu menyelesaikan banyak masalah yang melibatkan negara termasuk isu kehilangan pesawat MH370,” k
ata Imran. -TMI

Polis Percaya 'Orang Dalam' Terlibat Kes Rompakan Kapal Diesel

PELABUHAN KLANG: Polis tidak menolak kemungkinan kes rompakan diesel berjumlah RM8.2 juta di kapal tangki Naniwa Maru yang didaftarkan di Singapura adalah perbuatan 'orang dalam'.

Rompakan pada pukul 1 pagi itu melibatkan tiga juta liter diesel dan telah dilakukan oleh lapan lelaki dipercayai warga Indonesia, yang bersenjatakan pistol dan parang.

Pada masa kejadian, kapal tangki dengan 18 anak kapal lelaki itu berada kira-kira 16 batu nautika dari Pulau Ketam.

Timbalan Komandan Operasi/Risik Polis Marin Bukit Aman ACP Abdul Rahim Abdullah berkata polis mengesyaki kes ini mungkin melibatkan orang dalam berdasarkan kepada beberapa petunjuk yang diperolehi semasa siasatan dijalankan.

Beliau berkata, selepas memindahkan diesel ke dua kapal tangki lain dengan cara 'sedutan' suspek melarikan tiga kru kapal yang penting, iaitu kapten, ketua kru kapal dan ketua jurutera.

“Suspek mengambil masa lapan jam untuk membuat pemunggahan diesel dari kapal tangki itu ke kedua-dua kapal tangki yang telah merapati kapal tersebut dan sejumlah tiga juta liter isipadu minyak diesel bernilai RM 8 juta berjaya diisi dan dilarikan,” katanya.

Kru kapal yang dilarikan oleh perompak tersebut dikenali sebagai Farizal, Mohamad Alfan dan Ariyandi Alhafsyah.

Kes tersebut disiasat dibawah Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan dengan senjata dan Seksyen 4 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1960.
-mstar






IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI