9 Okt 2009

Era Najib Altantuya : Masa Untuk Tolak Politik UMNO Yang Kotor

Masa untuk rakyat menolak politik Umno yang kotor

Oleh HASHIM ABDULLAH

Ramai yang mula menganggap PRK Bagan Pinang adalah pilihanraya yang terkotor dalam sejarah walau pun tempoh berkempennya belum tamat. Berbagai insiden ganas yang dikatakan dilakukan pemuda Umno semalam termasuk insiden menetak dengan parang kepala pemuda PAS sesuka hati.

Peliknya kejadian samseng pemuda Umno itu, ia seolah-olah dirancang secara rap. Malahan ianya nampak halal kerana dibiarkan berlaku begiu rupa.

Mengapa polis tak mampu cegah keganasan?

Anehnya pada setiap PRK pihak keselamatan terutama polis berhimpun pada sekala yang besar. Ini tidak terkecuali di Bagan Pinang. Kebanjiran pihak keselamatan disetiap PRK selalu dibantah oleh pemimpin politik pembangkang dari Pakatan Rakyat atas alasan rakyat tidak selesa atas kehadiran begitu ramai Polis.

Namun, apa yang selalu di dengar, pihak polis memberi alasan bahawa kehadiran mereka yang ramai untuk menjaga keamanan dan keselamatan.

Tetapi dengan peristiwa pemuda Umno memarang pemuda PAS sesuka hati dan dikatakan berlaku tidak jauh dari balai polis di Bagan Pinang maka timbul pula persoalan adakah pihak polis telah menjaga keamanan dan keselamatan?. Ini yang peliknya.

PRK Bagan Pinang terkotor

Ya betul, PRK Bagan Pinang adalah yang terkotor, dikatakan juga sekotor calon perasuah kebanggaan Umno. Anehnya kekotoran dalam setiap PRK akan berlaku pada setiap kali kalau ianya melibatkan penyertaan Umno.

Kalau bukan Umno barangkali, hatta kalau dari parti kompenan BN lain pun mungkin lain sedikit, tidak sekotor dengan penglibatan Umno.

Di PRK Bagan Pinang ini ia melibatkan Umno. Maka mahu tidak mahu ia terpaksa jadi kotor. Penyerapan budaya Umno dalam pilihanraya seperti rasuah dan keganasan terpaksa diterima rakyat. Sebagaimana kotornya setiap kali berlaku pemilihan dalaman Umno maka PRK yang melibatkan Umno juga terpaksa turut kotor.

Bagan Pinang seperti Lubok Merbau?

Kalau dalam pemilihan Umno, pemimpin merasuah ahlinya maka dalam setiap pilihanraya rakyat pula dirasuah. Kalau dalam pemilihan Umno ada adegan baling kerusi maka dalam pilihanraya kecil rakyat pula ditetak. Demikianlah apabila ianya melibatkan Umno.

Ini bukan isu baru, ahli PAS dan rakyat keseluruhan masih ingat peristiwa Lubok Merbau dan banyak peristiwa lain.

Rakyat mampu bersihkan kekotoran Umno

Negara kita sedang menghadapi krisis kekotoran yang sukar untuk dibersihkan. Kekotoran kuasa, kekotoran minda yang akhirnya melahirkan kekotoran sikap pemimpin negara yang menyaluti pemimpin Umno yang berkuasa . Sukar untuk dibersihkan tetapi boleh dibersihkan jika rakyat bersatu hati mahu membersihkannya.

Kalau kita teliti dengan cermat kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan pemimpin Umno mengenai calonnya yang rasuah, maka kita akan dapat simpulkan bagaimana mereka masih belum mampu keluar dari sikap yang pengotor itu. Rakyat sepatutanya bimbang dengan keadaan ini. Negara dalam bahaya jika dibiarkan pemimpin yang kotor dengan rasuah ini terus berkuasa.

Nasihat Mahathir tidak ada harga

Keadaan ini diakui sendiri olen Mantan Perdana Menteri yang juga Mantan Presiden Umno, Tun Mahathir Mohamad. Keengganan Umno untuk membersihkan tubuh mereka dari elemen rasuah menyebabkan Tun Mahathir terpaksa memulaukan kempennya untuk Umno di Bagan Pinang.

Mahathir cuba bersikap tegas dalam isu rasuah. Tetapi apa yang ada pada nasihat Mahathir lagi. Dia tidak punya kuasa apa-apa. Malahan tak ada siapa pun yang mahu percaya Umno mahu menerima nasihat Mahathir itu. Mahathir tidak akan mampu menghalang budaya kotor dalam Umno. Pencalonan Isa Samad itulah buktinya. Nasihat Mahathir tidak ada harga lagi.

Pemimpin Umno halalkan cara

Bagi menghalalkan cara, pemimpin Umno yang berkuasa mengeluarkan kenyataan yang mahu rakyat menerima sebagaimana yang diucapkan Timbalan Presiden Umno, Mahyiddin Yassin dalam kenyataannya selepas pengistiharan Isa Samat sebagai calon Umno, di Bagan Pinang..

Kata Mahyiddin, oleh kerana ini adalah pilihanraya kecil, apa yang penting ialah rakyat didahulukan, rakyat di Bagan Pinang mesti didahulukan, mana rakyat hendakkan, itu yang kita akan beri.

Kenyataan pemimpin Umno tidak berprinsip

Menyokong kenyataan Timbalan Presiden Umno itu ialah kenyataan Naib Presidennya Dato’ Seri Hishammuddin Hussein yang turut mempunyai maksud yang sama. Kata Hishammuddin dalam memperkatakan pencalonan Isa Samad,

“Beliau adalah calon yang sangat tepat untuk BN. Ini adalah pilihan rakyat dan dan kita perlu menghormati kehendak rakyat. Rakyat didahulukan”. Kenyataan kedua pemimpin Umno tertinggi ini disiarkan media secara terbuka dan telah dibaca secara meluas diseluruh Negara.

Dalam dunia yang serba moden dan pintar sekarang ini sukar untuk kita percaya kenyataan sebegini boleh keluar dari pemimpin tertinggi Umno. Tetapi itulah yang berlaku. Mereka mengeluarkan kenyataan yang sangat tidak berprinsip disaat rakyat dan negara sangat memerlukan kepimpinan yang berprinsip dan bertanggung jawab.

Isa Samad telah dihukum Umno kerana rasuah,.ini bererti Isa Samad memang pernah melakukan rasuah.Pencalonan beliau sudah tentu memberikan implikasi buruk keatas imej kepimpinan negara.

Sebab itu rakyat mestilah ada kebimbangan jika mereka memilih Isa Samad maka ini bererti mereka turut menyumbang kepada berlakunya kadar peningkatan indeks rasuah dalam negara.

Umno kelirukan Konsep Rakyat Didahulukan

Sedangkan diperingkat antarabangsa negara kita telah tercemar dengan teruk atas isu rasuah. Ini memalukan, Atas isu rasuah bagi Umno ianya seolah-olah tidak mengapa asalkan mereka boleh mengekalkan kuasa.

Kalau dilihat akan implikasi dari kenyataan pemimpin Umno itu ialah kalau rakyat hendakkan pemimpin rasuah mereka boleh berikan perasuah. Kalau rakyat hendakkan pemimpin mereka perompak Umno boleh berikan perompak, itulah yang difaham dari pemikiran mereka. Mereka guna alasan ‘Rakyat Didahulukan’. Mereka mengelirukan rakyat atas konsep tersebut.

Inilah mentaliti pemimpin Umno, itulah budaya mereka. Sebab itu sukar bagi Negara membentuk budaya bersih, telus dan berintergriti sebagaimana dibimbangi Tun Mahathir.

Tidak ada pemimpin bersih dalam Umno

Untuk membentuk budaya bersih dalam pemerintahan maka pemimpinnya perlu lebih terdahulu bersih. Tetapi dalam Umno seolah-olah tidak ada yang bersih, itu masalahnya.

Sebab itu, Presiden Umno, Dato’ Seri Najib Tun Razak apabila diasak mengenai ketidakpuasan hati rakyat terhadap pencalonan Isa Samad sebagai calon Umno di Bagan Pinang terpaksa melakukan pembelaan tidak waras.

Kata Najib, dari segi kesalahan, hukuman (yang dijalaninya) sudah berat, oleh itu Isa perlu diberi peluang. Dia tidak pernah menentang parti walaupun (ketika itu setelah diambil tindakan) tidak lagi berada dalam parti. Insya-Allah, Isa ada peluang yang baik (untuk menang).

Kenyataan Najib ini jauh terpesong dari ajaran Islam, malahan juga dari system pendidikan kovensional. Memanglah, manusia ini kecuali para Nabi tidak sunyi dari melakukan salah dan silap,.itu kita akui, kita memang bukan maksum kerana kita bukan nabi.

Walau bagaimana pun ada cara dan ada system yang diajar bagaimana untuk kita membetulkan salah dan silap yang telah kita lakukan untuk kembali menjadi manusia bersih. Ada cara membetulkan kesalahan dan kesilapan.

Isa Samad belum bertaubat?

Proses membetulkan kesalahan dan kesilapan samada yang kecil apa lagi yang besar macam kesalahan rasuah Isa Samad itu memerlukan dua proses penting iaitu taubat dan hukuman.

Mengikut cara Najib, Isa Samad telah melalui proses hukuman yang dilaksanakan Umno. Kena atau pun tak kena dengan undang-undang, itu lain kira bagi dia. Tetapi Umno dah kenakan hukuman. Cara itu hanya diterima oleh Umno. Kalau Isa nak bertanding dalam Umno mungkin ada lojiknya cara itu kerana itu budaya Umno.

Tetapi apabila bercakap dalam menentukan kepimnpinan negara maka cara hukuman Umno itu sangat tidak releven. Cara hukuman Umno keatas Isa itu tidak diterima rakyat secara keseluruhan, apa lagi kalau dihubungkaitkan dengan perundangan.

Untuk memilih pemimpin, Islam menuntut pemimpin yang ingin dipilih itu mestilah terdiri dari yang bersih. Oleh yang demikian itu Isa perlu membersihkan dirinya. Persoalannya adakah Isa sudah membersihkan dirinya?, apakah Isa sudah bertaubat?.

Taubat dalam Islam memerlukan Isa melakukan tiga perkara iaitu menghentikan amalan rasuah, menyesal kerana telah melakukan rasuah dan berikrar tidak akan melakukan rasuah. Apakah ini telah dilakukan Isa Samad?. Rakyat tidak mendengar pengakuannya.

Tidak mungkin Isa dan Umno boleh meningalkan rasuah jika mereka tidak berazam untuk meninggalkan rasuah. Rasuah sudah menjadi budaya mereka.Lihat saja cara mereka berkempen dalam menghadapi pilihanraya. Rasuah digunakan sebagai senjata Justeru bagaimana untuk kita percaya mereka boleh meninggalkan rasuah.

Sebab itu kalau negara ini mahu dibersihkan dari rasuah maka yang boleh membersihkan negara ini dari amalan rasuah bukan Umno atau Isa Samad, tetapi rakyat. Umno dan Isa tidak boleh kerana mereka telah berada dalam najis rasuah.

Kalau mahu melihat amalan rasuah itu kesalahan dan dosa maka yang melihat rasuah itu kesalahan dan dosa bukan Umno tetapi rakyat. Barangkali sebab itulah Mahathir desak rakyat tolak pemimpin Umno yang rasuah.

Rakyat Bagan Pinang mampu tolak calon rasuah

Tidak cukup dengan cara penolakan Mahathir rakyat di Bagan Pinang perlu bertindak lebih jauh dari itu.. Rakyat di Bagan Pinang mestilah tahu bukan hanya calon Umno yang rasuah yang mesti ditolak tetapi Umno itu sendiri sebagai parti rasuah.yang juga perlu ditolak.

Jika rakyat bersetuju amalan rasuah itu kesalahan dan dosa, maka rakyat jugalah yang perlu berani dan tegas menolak parti rasuah dan calonnya yang rasuah. Hanya itulah cara untuk menjaga kesejahteraan rakyat dan negara. -sidangonlinr

Era Najib Altantuya : UMNO Yang Gagal, Bukan PAS

Jika ingin melihat contoh parti yang gagal melaksanakan tanggungjawab pada rakyat serta bercelaru di Negara ini, ianya adalah parti Umno dan rakan rakan dalam Barisan Nasional (BN)".

Itu antara reaksi Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, membalas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang mendakwa Kelantan sebagai contoh kegagalan PAS.

"Jika dia (Muhyiddin) kata rujuk Kelantan sebagai contoh kegagalan PAS, saya pula nak kata Umno dan BN contoh parti yang bercelaru serta membawa banyak masaalah," ujarnya kepada media di pejabatnya semalam.

Muhyiddin dalam kempen pilihan raya kecil Bagan Pinang menyeru rakyat mengambil Kelantan sebagai contoh kegagalan PAS membangunkan negeri itu sejak 20 tahun lalu dan sebaliknya menilai rekod kejayaan Barisan Nasional (BN).

Tuan Guru bagaimanapun menafikan kenyataan Muhyiddin itu sambil menyifatkan orang nombor dua pemimpin Negara itu sebagai sengaja ingin membutakan mata bagi menutup kemajuan serta pembangunan pesat Kelantan.

Sambungnya, beliau hanya ingin memberikan jawapan yang sama sebagaimana menjawab tuduhan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamed yang turut mendakwa perkara yang sama.

Tambahnya, sekiranya Kelantan mundur serta kuasa membeli rakyat rendah, pelabur tentunya tidak akan melabur lagi di negeri itu.

"Kenapa nak cari nahas kerugian kalau Kelantan mundur," soalnya.

Menurutnya lagi, kerana Kelantan semakin maju antaranya boleh dilihat pada pasaraya besar sebagaimana yang terdapat di negeri lain seperti Tesco, Giant, Parkson, juga turut terdapat disini disamping pasaraya lain seperti The Store, Pasiffic, Billion, Pantai Timur Hypermarket dan lain lain lagi.

Sambungnya, beliau juga dijangka akan merasmikan sebuah pasaraya baru Nirwana minggu hadapan.

Beliau juga turut menambah, kerana kemajuan juga bank yang berteraskan Islam di negeri itu semakin bertambah ekoran kesungguhan kerajaan negeri yang mengutamakan dasar Islam pada pentadbirannya.

"Jika sebelum ini hanya ada Bank Islam, namun kini bank bank lain juga turut menggunakan kaedah Islam dalam usaha memberi peluang pada masyarakat menggunakannya tanpa riba,"ujarnya lagi.

Era Najib Altantuya : Jangan Bersokongkol Dengan Parti Rasuah

Hari demi hari, ada sahaja pendedahan yang berkait dengan calon BN, Tan Sri Isa Samad didedahkan. Jika di media kerajaan pastinya semua laporan pendedahan ini tidak dibenarkan. Ketelusan laporan ini hanya diperolehi oleh rakyat sama ada di media alternatif dan ceramah Pakatan Rakyat sahaja.

"Umno yang bersalah atau Isa Samad yang bersalah? Adakah semua ini keluar dalam surat khabar dan televisyen BN?" soal Ustaz Hamid Derami dalam satu majlis di Expo Kenali Kelantan semalam, dekat sini.

Beliau yang merupakan bekas penceramah popular Umno satu ketika dulu
turut mengulas sejarah hitam Isa Samad yang digantung keahliannya selama tiga tahun; didakwa menggunakan politik wang semasa pemilihan pucuk pimpinan tetinggi UMNO.

"Jika Isa Samad tidak bersalah, menjadi kesalahan besar bagi Umno memecat orang yang tidak bersalah,

"Tetapi jika sememangnya Isa Samad memang bersalah, Umno memang sah tidak bertanggungjawab meletakkan perasuah sebagai calon untuk menjadi wakil rakyat,"
tegasnya dihadapan ribuan pendengar yang hadir malam tadi.

Sehubungan itu beliau yang kini ahli PAS seumur hidup mengingatkan pengundi di Bagan Pinang untuk tidak bersekongkol dengan 'parti rasuah'.

Expo Kenali Kelantan sebelum itu turut di ceriakan dengan puisi, sajak dari seniman terkenal, Saudara Dinsman. Ribuan pengunjung yang datang dari segenap pelusuk negeri tidak berganjak dari tempat duduk kerana menanti ketibaan yang ditunggu-tunggu iaitu kehadiran Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ketika menemuramah beberapa orang pengundi Bagan Pinang itu, mereka berkata, "Kami mahu melihat lebih dekat lagi wajah Tuan Guru dan mendengar sendiri ceramah daripada beliau sebagai pelengkap "Little Kelantan",

"Kami nak dengar penjelasan Menteri Besar itu sendiri berkenaan dakwaan BN yang mengatakan Kelantan tidak maju bawah PAS, kami tahu cakap-cakap Muhyiddin tu bohong belaka," ujarnya yang teruja untuk bertemu mata dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Era Najib Altantuya : Kini Masanya Untuk Bagan Pinang Menangkan PAS

Jika hendak dikira, barangkali jasa selama 22 tahun Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan, hampir menyamai jasa-jasa Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Sebagai PM, Mahathir merupakan orang yang bertanggungjawab membangun serta mengharumkan nama negara, sehingga terkenal di mata dunia.

Jasa-jasa Mahathir kepada negara cukup besar untuk dikenang dan direkodkan dalam buku-buku sejarah. Manakala sebagai MB, Isa turut punyai tanggungjawab yang sama.

Harus diingat bahawa tugas kedua-dua Mahathir dan Isa sama sahaja. Mereka adalah orang yang diberi tanggungjawab untuk menjalankan amanah rakyat, memimpin dan membangunkan negara.

Sesebuah negara menjadi maju atau membangun, bukan kerana keberkesanan atau kekuatan ideologi yang menjadi dasar pemerintahan.

Sama ada Negeri Sembilan, mahu pun Malaysia, membangun bukan kerana dasar-dasar nasionalisme Umno, MCA dan MIC dalam Barisan Nasional.

Komunis di negara China juga buat pembangunan. Malah dengan dasar komunis itulah hari ini China sudah menjadi antara kuasa ekonomi dunia yang disegani.

Walau apapun dasar sesebuah parti yang memerintah sesebuah negara, pembangunan tetap menjadi tanggungjawab utama kerajaan.

Oleh itu rakyat tidak harus termakan dengan dakyah Umno-BN yang mengatakan negara maju kerana pemerintahan mereka. Kerana jika tidak wujud BN pun negara tetap akan membangun, jika tiada Isa Samad pun, Negeri Sembilan tetap akan membangun juga.

Jasa-jasa ini tidak perlu diungkit. Jasa-jasa Mahathir selama 22 tahun bukan jaminan untuk beliau terus dihormati atau diterima sebagai pemimpin. Begitu juga dengan Isa Samad.

Cuba pembaca imbas kembali apa yang terjadi kepada Mahathir. Bayangkan betapa hebatnya beliau sebelum meletakkan jawatan pada tahun 2003. Apa yang terjadi?

Fakta membuktikan, belumpun dua minggu Mahathir digantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi, sebahagian besar pemimpin Umno-BN sudah lari meninggalkan beliau.

Malah ketika Mahathir membuat teguran kepada Abdullah, Mahathir dimaki hamun, dihina, ditindas, dikalahkan dalam pemilihan. Siapa punya kerja semua ini? Tidak lain dan tidak bukan, semuanya ini dilakukan oleh pemimpin Umno-BN sendiri.

Mereka ini, hampir semuanya menjadi pemimpin, dilantik jawatan penting dalam kerajaan, menikmati kemudahan dan kesenangan dalam hidup, semuanya kerana jasa Mahathir.

Tetapi kerana kepentingan peribadi, perangai mereka menjadi buruk. Mereka lupa daratan dan menjadi seperti 'anjing yang menggigit tangan tuan yang memberinya makan.'

Rakyat harus berfikir, mengapa Mahathir yang banyak berjasa kepada orang-orang Umno-BN, suatu ketika disanjung dan dicium tanggannya, dilayan 'macam hampas' oleh mereka?

Sikap mereka ini hanya menunjukkan bahawa perjuangan nasionalisme dalam diri mereka sudah terhakis dan mati. Nasionalisme Umno, MCA dan MIC mati kerana pemimpin mereka sudah begitu tamak dan menganut fahaman materialistik.

Justeru, jika orang Umno-BN sendiri yang tidak tahu mengenang jasa ketua mereka yang begitu hebat seperti Mahathir, mengapa rakyat Bagan Pinang harus terpedaya untuk mengenang jasa Isa?

Mahathir sudah tidak relevan, Isa juga sudah tidak relevan dan mengenang jasa Isa juga sudah tidak relevan sama sekali.

Semuanya menjadi tidak relevan kerana dasar nasionalisme yang diamalkan Umno, MCA dan MIC, sudah lapuk dan semakin ditolak rakyat.

Usaha mempertaruhkan Isa hanya kerana populariti beliau di Bagan Pinang, hanya menunjukkan bahawa Umno-BN sudah tidak semakin yakin dengan dasar perjuangan mereka sendiri.

Bagi mereka kepentingan bangsa, agama dan negara tidak menjadi keutamaan lagi. Tidak kisah letak siapa, penyamun ke, perompak ke, penjenayah ke, perasuah ke, asalkan yang penting Umno-BN menang.

Meletakkan Isa sebagai calon BN selepas dijatuh dan dipalitkan dengan tuduhan jenayah rasuah, adalah seumpama 'mengkitar tong najis, kemudiannya dimasukkan nasi di dalamnya' buat jamuan kepada rakyat.

Oleh itu, kita mengharapkan rakyat Bagan Pinang, supaya tidak terpedaya dengan kepalsuan yang dihidangkan di hadapan mereka oleh Umno-BN.

Mereka harus bertindak bijak mengikuti jejak langkah rakan-rakan pengundi di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Selambau, Bukit Gantang, Penanti, Manek Urai dan terakhir di Permatang Pasir.

Inilah masa terbaik untuk rakyat meninggalkan Umno-BN dan mengundi calon Pakatan Rakyat daripada PAS. Selamat mengundi! -Mohd Rashidi Hassan

Era Najib Altantuya : Bagan Pinang Benar-benar Berperang

Subuh semalam Ust Dr Md Ali Jamil, Timbalan Pesuruhjaya PAS Wilayah menghubungi saya dan beberapa sahabat lain diseluruh negara dengan esakan tangisan rayuan menceritakan suasana pilihanraya kecil di Bagan Pinang yang kini seakan sudah menjadi tragedi di Lubuk Merbau suatu ketika dahulu.

UmnoBN kini bergitu terdesak untuk menang kerana mengikut laporan polis cawangan khas peluang PAS dan BN untuk menang kini sudah 50-50.

Apa yang dibimbangkan kini benar-benar terjadi, peristiwa petugas-petugas PAS diserang, ditampar,dikejar,dihalau, ditumbuk dan ditetak dengan parang berhampiran balai polis Telok Kemang menyaksikan pihak polis seolah buta sebelah mata dalam menjaga keselamatan rakyat Malaysia dan sepertinya bersekongkol untuk memenangkan calon BN di Bagan Pinang.

Ust Md Ali juga merayu dan meminta sahabat-sahabat untuk segera turun membantu jentera calon PAS demi keselamatan semua dalam pilihanraya kecil N31 Bagan Pinang.

Pagi itu juga tersebar sms :-

Sebarkan, 5 orang pemuda gombak dipukul dan masuk hospital,markas pas dikepung, kita kurang petugas, umno tunjuk samseng, bantuan petugas diperlukan. Sila hadir segera. Bendera pas dibakar ditiang, Bgn Pinang kecoh seketika kerana kita x ramai? Kereta pemuda kelantan dihalau keluar dari pd dan kita simpan dirumah selangor. Kamarul s/u pandan

Penghuni rmh johor juga kena malam tadi. Doakan keselamatan kami disini. PRK paling panas.

Sejarah ganas pilihanraya kini berulang kembali, peristiwa pembunuhan Ketua Pemuda PAS yang juga ahli Parlimen, Abdul Samad Gul, pembunuhan Pesuruhjaya PAS Perlis, YB Haji Tahrim Ali dan serangan 200 pemuda Umno di Felda Lubuk Merbau hingga mengorbankan Saudara Osman Talib hingga kini belum ada jawapan dari pihak Polis.

Sehingga malam tadi juga samseng-samseng masih bermaharaja lela di Bagan Pinang dengan provokasi melampau dalam keadaan mabuk arak dan bersenjatakan parang dan pisau menakut-nakutkan orang ramai yang lalu lalang dan berani datang kemarkas PAS.

Inilah budaya bacul orang terdesak untuk menang yang diajar oleh pemimpin-pemimpin Umno kepada pengikut-pengikut mereka sehinggakan mereka tidak sedar kejahilan mereka sendiri yang tidak kenal dosa pahala.

Apakah kita semua sanggup untuk berjihad memenangkan Islam dan PAS dan melawan syaitan taghut bernama UmnoBN.... -pasjohorbahru

PKFZ : Kerajaan Cuba Alih Perhatian

Usaha kerajaan menubuhkan satu pasukan petugas khas bagi mengenal pasti kelemahan tadbir urus dan pengurusan pelaksanaan projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) dilihat bertujuan mengalih pandangan isu sebenar penyelewengan projek itu.:

Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua berkata, tiada keperluan satu lagi jawatankuasa khas yang baru ditubuhkan bagi menjalankan tugas yang sama sebagaimana yang dilakukan oleh Lembaga Pelabuhan Klang (LPK).

“LPK telah diberi tanggungjawab dalam hal ini malah kelemahan PKFZ telah dikenal pasti iaitu terdapat penyelewengan dan rasuah. Laporan kepada pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga telah dilakukan.

“Usaha kerajaan menubuhkan satu pasukan khas itu seolah-olah untuk mengalihkan pandangan mengenai isu sebenar penyelewengan PKFZ,” katanya ketika dihubungi :Sinar Harian: di sini, semalam.:

Menurutnya, kerajaan seharusnya berusaha tegas untuk menyelesaikan skandal rasuah dan penyelewengan yang berlaku dalam pelaksanaan projek berkenaan.

Kelmarin, kerajaan mengumumkan penubuhan satu pasukan petugas khas yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan untuk mengenal pasti kelemahan tadbir urus dan pengurusan pelaksanaan projek PKFZ serta langkah penambahbaikan yang perlu diambil.

Pasukan khas yang dianggotai 10 ahli daripada agensi kerajaan dan swasta itu turut berperanan mengenal pasti langkah yang perlu diambil bagi menjadikan PKFZ lebih berdaya maju.:

Antara yang terlibat dalam pasukan ini ialah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam; Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Zakaria Bahari; Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail dan lain-lain.

Dalam pada itu, Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Tony Pua turut mempertikaikan penglibatan pegawai atasan kerajaan dalam pasukan khas itu.

“Sepatutnya ahli jawatankuasa petugas khas dalam melakukan sesuatu siasatan mestilah dianggotai oleh badan bebas bukanlah daripada pegawai kerajaan.

“Kita khuatir dengan penglibatan kakitangan daripada pihak kerajaan yang etrdiri daripada Ketua Setiausaha Kementerian disebabkan mempunyai agenda tersembunyi untuk kepen:tingan tertentu,” katanya.

Era Najib Altantuya : Polis Biarkan UMNO Lakukan Keganasan

Dalam keadaan mabuk, kumpulan pemuda samseng Umno ini melakukan sekatan jalan raya di Batu 4 dekat sini dan menahan beberapa buah kereta yang dilihat mempunyai lambang-lambang atau logo PAS sekaligus membelasah pemandu-pemandu terbabit sehingga cedera.

Lebih teruk, sebilangan mereka menceroboh masuk ke beberapa buah rumah kampung khususnya di Bagan Pinang dan melakukan tindakan yang sama ke atas penghuni rumah yang dipercayai penyokong PAS dan Pakatan Rakyat.

Ada kawasan tertentu yang tercetusnya kes yang sama, seorang tua diselamatkan oleh sekumpulan anggota tentera daripada terus menjadi sasaran samseng tidak berhati perut ini.

Dan lebih dasyat, kejadian sekumpulan samseng Umno membelasah dan menetak dengan parang seorang petugas PAS berlaku betul-betul di depan 'biji mata' dan 'batang hidung' Balai Polis Telok Kemang namun tidak diendahkan pasukan polis.

Demikian rentetan peristiwa yang menyaksikan seolah-olah wujud kerjasama dan modus operandi ini dibantu oleh pihak polis, kata Ahli Majlis Tertinggi KeADILan, Badrul Hisham Shaharin.

Beliau menyifatkan kelakuan samseng pemuda Umno pada 7 Oktober lalu memukul dan menyerang petugas Pakatan Rakyat hanya menjadikan Bagan Pinang kini bagai 'zon perang'.

"Saya hairan bagaimana ada kejadian yang berlaku di hadapan Balai Polis Telok Kemang tidak diendahkan pihak berkuasa polis.

"Ketika 'ketegangan' memuncak sekitar jam 3.00 pagi hingga 5,00 pagi, saya sendiri beberapa panggilan dibuat kepada pihak polis, namun setiap panggilan tidak berjawab," katanya kepada Harakahdaily di Markas Utama PAS Bagan Pinang.

Badrul juga turut menahan sebuah kereta peronda polis untuk meminta bantuan seorang anggota berpangkat kostabel namun polis terbabit memohon maaf kerana tidak dapat berbuat apa-apa dan meninggalkan beliau begitu sahaja.

Ada anggota polis yang menjawab panggilan kecemasan yang dibuat beliau tetapi memberitahu bahawa mereka merupkan anggota dan pasukan polis luar yang tidak tahu selok belok jalan dan kawasan untuk menangani kes terbabit, kata Badrul.

Beliau mendakwa, ada kemungkinan tindakan ini 'sengaja' dirancang hanya untuk memberi tekanan kepada petugas Pakatan Rakyat.

"Mereka yang diganggu termasuk petugas Pakatan Rakyat yang berusia.

"Saya tahu pemuda Umno ini mabuk dan mereka ini keluar dari Umno Command Centre, mereka buat 'road block' sendiri di Batu 4, mereka tahan siapa sahaja yang lalu yang pakai logo PAS," ujarnya.

Beliau turut mendakwa, salah seorang anak pemimpin tinggi Umno di Negeri Sembilan terbabit dengan keganasan ini.

Beliau menamakan anak pimpinan Umno yang terbabit itu sebagai 'Bob' yang dibayangkan seorang yang bertubuh besar dan berkulit cerah.

Tindakan samseng jentera Umno itu sebenarnya hanya menjadikan suasana pilihan raya kecil Dun Bagan Pinang yang pada awalnya tentera, kini seperti 'zon perang'.

Justeru beliau menggesa pihak berkuasa segera mengambil tindakan tegas kepada mereka yang membuat 'onar' iaitu Pemuda Umno.

"Jangan sampai mengasak atau meberi tekanan kepada Pemuda Pakatan Rakyat sampai ke dinding. Kesabaran kami ada hadnya," jelasnya tegas dan tidak menolak kemungkinan insiden ini akan berlaku dalam dua tiga hari lagi.

Sehingga kini, difahamkan terdapat 9 laporan polis telah dibuat berhubung tindakan ganas samseng Umno ini dan gambar-gambar mangsa belasah parang dan pedang samurai itu telah tersebar di papan-papan poster markas, internet, rakaman telefon dan diedarkan sebagai risalah.

Malah ada sms yang meminta Pemuda Pakatan Rakyat dan PAS untuk tingkatkan keselamatan dan siap siaga bagi mendepani sebarang kemungkinan yang tidak diingini beberapa hari menjelang hari pengundian Ahad ini. -harakahdaily

Era Najib Altantuya : Hormati Rakyat Atau Terima Hukuman

Jika SPR masih tidak endah dan Umno masih 'bermaharajalela' memanipulasi dan mengganasi, PAS tidak menolak kemungkinan rakyat akan bangkit menyatakan bantahan besar-besaran sekali lagi seperti ditunjukkan dalam Himpunan Bersih 100,000 dua tahun lalu.

Ini bagi memberi pengajaran perit kepada kerajaan Barisan Nasional agar menghormati hak rakyat dan tidak menzalimi mereka seperti insiden belasah dan pukul di Bagan Pinang sekaligus menghukum parti itu dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Demikian kata AJK PAS Pusat yang juga Ahli Parlimen Tumpat, Dato' Kamarudin Jaffar ketika ditemui Harakahdaily di Markas Operasi Utama PAS bagi pilihan raya kecil Bagan Pinang dekat sini semalam.

Kata Kamaruddin pelbagai pelanggaran akta pilihan raya dan tindakan ganas samseng Umno ke atas petugas dan penyokong Pakatan Rakyat hanya menjadikan pilihan raya kecil kali ini antara terkotor dalam sejarah selepas pilihan raya 2008.

Sambil menyatakan rasa terkejut dengan insiden pukul petugas PAS oleh penyokong Umno yang cukup kerap berlaku sejak 7 Oktober, Kamarudin menyatakan hal ini berkaku walaupun dengan kehadiran polis yang ramai.

"Tindakan ini menunjukkan Umno sangat tertekan dan berusaha dengan apa cara sekalipun termasuk mengganas demi untuk memastikan calon terpalit rasuah mereka menang

"Asakan-asakan ini menunjukkan mereka sudah mendapat 'feedback' bahawa rakyat sudah menolak mereka dan imej Umno makin jatuh," katanya.

Dalam pada itu, beliau kesal dengan pihak berkuasa yang gagal menangani masalah provokasi dan pergaduhan yang berlaku, menampakkan kelemahan pihak polis sekaligus memburuk imej institusi itu yang dilihat dipergunakan oleh Umno.

Jika sebelum ini pihak Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan sering memberi jaminan bahawa keselamatan petugas, orang awam dan petugas lain diberi keutamaan semasa kempen pilihan raya kecil mahupun umum, tetapi kali ini suara KPN tidak kedengaran, katanya.

"Kali ini polis gagal dan Umno perlihatkan kegelisahan dan ketakutan mereka itu berdepan dengan Pakatan Rakyat dan melakukan tindakan yang sangat tidak demokratik.

"Peristiwa ini sebagai satu pengajaran kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa usaha Pakatan Rakyat mewujudkan suasana demokrasi masih dihalang Umno.

"Dan parti yang menyalahguna kuasa ini mesti ditolak oleh rakyat khususnya di Bagan Pinang,"katanya. -harakahdaily

Era Najib Altantuya : Najib Sendiri Tidak Yakin Boleh Menang

Kenyataan baru Perdana 1Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak menunjukkan beliau seolah-olah sudah mencium bahawa kemungkinan BN akan kalah pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang nanti.

Ketua Penerangan PAS Perak, Drs. Khalil Idham Lim dalam kenyataannya hari ini menyifatkan kenyataan terbaru Najib itu pastinya dibuat selepas beliau melihat kemenangan di Bagan Pinang bukanlah sesuatu yang mudah untuk BN.

"Dari sini saya melihat seolah Najib sudah mencium bahawa kemenangan di Bagan Pinang bukan sesuatu yang mudah dan pada saya dia sudah melihat kemungkinan akan kalah disana," ujarnya.

Najib yang dipetik berkata, "Memperoleh kemenangan adalah lebih penting bagi Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri kawasan Bagan Pinang, Negeri Sembilan, daripada saiz majoriti kemenangan,

"Usah kata menang besar atau kecil, asalkan menang. Yang penting menang," kata Najib kepada wartawan yang membuat liputan lawatan rasmi empat harinya ke Perancis yang berakhir pada Rabu lalu.

Manakala kenyataan terdahulu Najib, beliau yang yakin bahawa BN akan menang dengan majoriti besar akhirnya terpaksa berkata bahawa kemenangan BN penting walaupun dengan saiz majoriti yang kecil.

Menurutnya Khalil, PAS sebelum ini diperlekeh semasa menang di Manik Urai dengan 65 Undi majoriti. Namun PAS tetap menang walau pun proses demokrasi yang sangat sebelah.

Dalam kenyataan itu juga, Khalil yang juga Adun Titi Serong turut mempersoalkan kenyataan dan keyakinan Najib yang berubah-ubah itu.

"Bukankah Najib ada 1 Malaysia dan disokong kuat oleh seluruh jentera kerajaan termasuklah SPR dan PDRM?"

"Kenapakah Najib tidak bercakap sebagai seorang yang betul-betul yakin akan menang besar seperti yang diperkatakan sebelum dari ini?" soalnya.

Era Najib Altantuya : BN Umpama Suratkhabar Lama

Gelombang rakyat politik baru yang diketengahkan Pakatan Rakyat membuatkan rakyat kini melihat Barisan Nasional( (BN) merupakan surat khabar lama yang perlu ditolak.

Pengalaman sembilan pilihanraya kecil yang lalu, Pakatan Rakyat menang dengan jayanya 8-0 bermula di Permatang Pauh dan akhirnya di Permatang Pasir.

Naib Presiden PKR, Mustaffa Kamil Ayub mengesa supaya penduduk di Bagan Pinang menolak UMNO dengan isyarat jelas kepada mereka bahawa parti itu sudah tidak releven lagi.

"Hari ini, orang Bagan Pinang perlu bagi isyarat yang jelas kepada Isa dan Umno bahawa mereka bukan lagi parti yang releven di Malaysia mahu pun persekutuan."

"Saya yakin orang Bagan Pinang makin bijak membuat keputusan. Pada Mac 2008 dalam pilihan raya umum yang lalu, kebanyakan orang cina dan India telah memilih Pakatan Rakyat dan telah berani membuat perubahan. Tetapi kali ini dilihat orang Melayu juga mahukan perubahan," ujarnya dalam satu majlis ceramah malam tadi.

Mustafa turut mengingatkan bahawa Allah s.w.t akan menempelak orang yang mempermainkan hukum Allah dan tidak melaksanakan apa yang diperkatakan.

"Najib kata, Isa Samad tidak rasuah tetapi hanya mengalami masalah teknikal. Walhal semua orang tahu bahawa Isa Samad terlibat dengan rasuah dan digantung keahliannya dalam Umno,

"Di permatang pasir, Umno-BN letakkan Rohaizad sebagai calon. Tetapi calon anak muda yang terlibat dengan rasuah yang telah menggelapkan duit koperasi hinggakan keahliannya peguam dilucutkan.

Di Bagan Pinang ini, Umno masih tidak berubah dan masih mencalonkan orang yang dahulunya turut terlibat dengan rasuah.

Yakin dengan rakyat Bagan Pinang yang sudah mahukan perubahan, beliau berharap rakyat menolak Umno-BN dan memilih calon PAS yang bersih lagi berkaliber dan boleh membawa suara rakyat di Dewan Undangan Negeri nanti.

Era Najib ltantuya : Petanda Buruk Untuk Kerajaan BN

KD Seri Inderapura, kapal pendarat terbesar Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terbakar semasa berlabuh di jeti Pangkalan TLDM di Lumut.

Kejadian dilaporkan kira-kira 6 pagi ini dan sehingga kini usaha memadamkan kebakaran masih berjalan.

Ketua Polis Daerah Manjung ACP Mohd Jamil Osman berkata laporan awal menyatakan kebakaran membabitkan bahagian pejabat dan bahagian muatan barang.

Tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

"Polis juga belum menerima laporan daripada TLDM Lumut," katanya ketika dihubungi.