1 Mac 2011

Saman Ekor: Tukar Segera Kerajaan Dari BN Kepada PR

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mahu rakyat sedar bahawa kesusahan rakyat akibat saman ekor hanya dapat diselesaikan dengan menukar parti pemerintah kepada Pakatan Rakyat.

Katanya, dalam isu ini kerajaan Umno BN telah memperlihatkan sifat mereka yang tidak mahu memahami keperitan rakyat dengan tidak memberikan peluang untuk dibicarakan di mahkamah malah terus menghukum dengan menyenarai hitam tanpa dibuktikan bersalah.

"Sebab itulah, kita melihat bahawa rakyat tidak ada pilihan melainkan menukar pemerintahan BN kepada PAS dan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya yang akan datang bagi melihat usaha murni kami ini dapat direalisasikan.

"PAS berjanji akan menghapuskan saman ekor sekiranya diberi peluang memerintah negara dalam pilihanraya akan datang bersama Pakatan Rakyat," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

Beliau turut memuji usaha murni NGO Kempen Anti Saman Ekor (KASE) yang berusaha memberi penerangan kepada rakyat dan menuntut kerajaan menghapuskan saman ekor.

Bagaimanapun beliau kecewa dengan layanan kerajaan yang mengenepikan tuntutan Kase itu malah mengetatkan lagi akta berkaitan JPJ dan “menswastakan” urusan beberapa aspek saman ini,.

"Kita akan bersama rakan-rakan Pakatan Rakyat membincangkan kaedah paling baik bagi menyelesaikan masalah tersebut dan kita percaya PKR dan DAP akan bersetuju dengan tawaran tersebut.

"PAS ingin menegaskan bahawa pelaksanaan saman ekor bukanlah kaedah terbaik untuk mendidik rakyat supaya berhemah dalam memandu di jalanraya," katanya.

Dalam pada itu, tinjauan di beberapa kaunter bayaran saman JPJ mendapati tempoh promosi bagi bayaran saman tertunggak yang berakhir semalam dilanjutkan sehingga jam 12 tengahari ini.

Hari ini pula telah berkuatkuasa kadar kompaun baru di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 yang dikeluarkan JPJ, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Perubahan kadar itu membabitkan empat kategori kesalahan lalu lintas, iaitu mengikut kelas kenderaan, tahap keseriusan dan jenis kesalahan, nilai kompaun bertambah mengikut tempoh pembayaran kompaun dan kompaun berganda akan dikenakan terhadap pemandu yang melakukan kesalahan berulang.

Mengikut penyelarasan baru itu, pengguna jalan raya yang gagal menjelaskan kadar kompaun dalam tempoh 15 hari akan dinaikkan daripada RM150 kepada RM200, seterusnya dinaikkan kepada RM300 sekiranya tidak dijelaskan dalam tempoh 30 hari.

Sementara pemandu yang gagal membayar saman dalam tempoh 60 hari pula akan diheret ke mahkamah.

Bagi pemandu yang menyumbang kepada kemalangan, kesesakan lalu lintas dan kesalahan berkaitan perkhidmatan teksi, kadar kompaun maksimum sebanyak RM300 akan dikenakan dan ia tidak akan dikurangkan walaupun dijelaskan lebih awal. -HD


Kase ulangi desak kerajaan hapuskan saman ekor

KUALA LUMPUR, 1 Mac: Kerajaan BN didesak menghapuskan saman ekor kerana ia merupakan sesuatu yang amat tidak praktikal untuk dilaksanakan, di samping bertentangan dengan undang-undang.

Selain itu, Kerajaan BN turut didesak menarik balik semua senarai hitam ke atas pemandu dan menghapuskan saman ekor yang lama kerana dua perkara itu juga turut bertentang dengan undang-undang, di samping jelas menindas rakyat.

Pengerusi Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase), Datuk Mahfuz Omar dalam desakannya berkata, setiap saman sepatutnya dikeluarkan secara terus kepada individu terbabit sejurus selepas kesalahan dilakukan, tetapi saman ekor tidak pula sedemikian.

Menurut beliau, sebaliknya, saman ekor atau istilah rasminya, Notis Pol. 170A merupakan notis yang dikeluarkan oleh PDRM kepada pemilik kenderaan untuk memberi maklumat butiran pemandu kenderaan di bawah Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang melakukan kesalahan memandu melebihi had laju.

Katanya, saman ekor dihantar secara pos berdaftar kepada pemilik kenderaan, manakala saman lain dikeluarkan secara terus kepada pemandu kenderaan sejurus selepas kesalahan dilakukan (kendiri).

"Pindaan yang dilakukan oleh Kerajaan Malaysia terhadap Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memasukkan takrif imej yang dirakam ke dalam Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan 2010), dengan pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), jelas amat menindas rakyat dan menguntungkan syarikat swasta terbabit iaitu Beta Tegap Sdn Bhd dan Commercial Circle (M) Sdn Bhd," katanya.

Menjelaskan perkara itu dalam sidang akhbarnya yang diadakan ketika pertemuannya dengan pemilik-pemilik kenderaan yang mempunyai saman ekor di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wangsa Maju, di sini, hari ini, beliau berkata, pelaksanaan AES akan membolehkan dua syarikat swasta terbabit mengaut keuntungan sekurang-kurangnya RM3.8 bilion setahun.

Dalam pertemuan yang diadakan sekitar jam 11 pagi itu, beliau turut ditemani barisan peguam Kase dan beberapa orang kepimpinan Kase lain yang begitu prihatin dengan nasib para pemandu yang semakin tertindas berada di bawah pemerintahan BN sejak dulu.

Penindasan tersebut pasti lebih dirasai rakyat apabila kadar kompaun baru di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 yang dikeluarkan JPJ, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan dikuatkuasakan hari ini.

Ini berikutan penyusunan semula kesalahan lalu lintas yang dibuat oleh kabinet daripada tiga kategori kepada empat kategori, iaitu mengikut kelas kenderaan, tahap keseriusan dan jenis kesalahan, nilai kompaun bertambah mengikut tempoh pembayaran kompaun dan kompaun berganda akan dikenakan terhadap pemandu yang melakukan kesalahan berulang.

Mengikut penyelarasan baru itu, pengguna jalan raya yang gagal menjelaskan kadar kompaun dalam tempoh 15 hari akan dinaikkan daripada RM150 kepada RM200, seterusnya dinaikkan kepada RM300 sekiranya tidak dijelaskan dalam tempoh 30 hari, sementara pemandu yang gagal membayar saman dalam tempoh 60 hari pula akan diheret ke mahkamah.

Bagi pemandu yang menyumbang kepada kemalangan, kesesakan lalu lintas dan kesalahan berkaitan perkhidmatan teksi, kadar kompaun maksimum sebanyak RM300 akan dikenakan dan ia tidak akan dikurangkan walaupun dijelaskan lebih awal.

Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS berkata, kesemua itu akan menjadi lebih mudah untuk dilaksanakan oleh Kerajaan BN apabila ia turut dikaitkan dengan pelaksanaan AES.

"Sistem tersebut diwujudkan bukan untuk mendidik pemandu supaya menjadi pemandu berhemah, tetapi untuk mengaut keuntungan hasil dari penindasan terhadap rakyat, pemandu atau orang ramai," katanya.

Justeru itu, pihaknya tidak akan membiarkan Kerajaan BN terus menindas rakyat berhubung perkara itu dan beliau berjanji akan turut mendedahkannya secara terperinci dalam persidangan Dewan Rakyat nanti.

"Demikian juga dengan tindakan menyenarai hitamkan pemandu yang tidak menjelaskan saman ekor dalam masa segera dan sehingga tertunggak, ia bukan berada di bawah bidang kuasa polis, tetapi JPJ.

"Itu pun tidak boleh dilaksanakan dengan mudah oleh JPJ kerana ia hanya boleh dilaksanakan setelah dibawa kemahkamah dan diputus oleh mahkamah,"
katanya.

Namun kini, katanya, perkara itu menjadi di sebaliknya pula apabila tindakan tersebut dilakukan oleh pihak polis, menjadikan semua itu bertentangan dengan undang-undang.

"Tentangan kami ke atas saman ekor bukanlah untuk menggalakkan orang ramai memandu laju melebihi had laju yang dibenarkan, tetapi kepada pihak polis, untuk mendidik orang ramai supaya menjadi pemandu berhemah, polis sendiri perlu berhemah dengan mematuhi peraturan-peraturan itu terlebih dahulu sebelum mengeluarkan saman ekor kepada orang ramai," katanya.

Pada pertemuan itu, beliau turut mengedarkan contoh surat yang dibuat oleh pihaknya kepada orang ramai untuk dikemukakan kepada Pengarah JPJ yang berupa tindakan pemandu untuk membawa kes itu ke mahkamah sekiranya disenaraihitamkan. -HD


P.Pinang & Selangor Tarik Pelabur Paling Ramai

Georgetown - Pulau Pinang merupakan negeri yang paling ramai pelabur di Malaysia diikuti Selangor dan ini buktikan Kerajaan Pakatan Rakyat boleh membawa Malaysia ke arah kemakmuran, sejahtera dan bertrampilan.

Demikian kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam satu majlis dekat sini.

Ujarnya, apa yang diperlekehkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kononya jika Pakatan Rakyat menguasai negara ini rakyat semakin mundur kebelakang sebab kejatuhan ekonomi tidak benar sama sekali.

Katanya lagi, kedatangan pelabur paling ramai itu sekaligus menafikan kenyataan Najib yang mempertikaikan buku jingga yang memaparkan 100 Pakatan Rakyat memerintah berbagai barangan akan diturun atau dikaji semula.

"Tengok apa yang dah kita amalkan menjadi tarikan pelabur yang ramai ke Pulau Pinang. Selangor pula kedua semua itu bukti Pakatan Rakyat tahu memerintah, " tegasnya ketika menyampaikan watikah perlantikan 291 orang Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKKK) seluruh Pulau Pinang di tingkat 5, Komtar semalam.

Baru-baru ini Najib mengatakan pertumbuhan ekononi Malaysia mengembang kembali tanpa menyebut nama negeri berkenaan kerana mungkin memberi kesan pada pemerintahanya terutama dalam suasana pilihanraya kecil di Dewan Undangan (Dun) Merlimau, Melaka dan Kerdau, Pahang.

Najib patut sedar kewibawaan negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat kerana dapat menambahbaik kelemahan yang ketara ketika Barisan Nasional (BN) memerintah seperti rasuah, penyelewengan dan mementingkan kroni.

Di Pulau Pinang hasil penjimatan yang BN tidak pernah lakukan ialah Kerajaan Pakatan Rakyat dapat memberikan kembali wang RM100 kepada warga emas yang berusia 60 tahun ke atas dan atasi kemiskinan tegar,

Mulai tahun ini ujar Lim, kerajaan memperluaskan lagi bantuan kepada golongan ibu tunggal serta Orang Kurang Upaya (OKU) dan menaikan elaun JKKK dan setiausahanya.

Bukan itu sahaja elaun guru Kelas Fardhu Ain (KAFA), Tok Imam, Huffaz dan bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) juga diberikan.

"Dulu masa Umno dan BN perintah mereka menindas tidak membantu. Kini rakyat lega kerana kerajaan lebih berhati rakyat, " tambahnya yang juga Adun Air Putih, Balik Pulau.

Dasar Cekap, Akautabiliti dan Telus (C.A.T) katanya, memang berjaya dan berharap semua JKKK mainkan peranan menerangkan kepada keseluruhan rakyat agar mereka memahami hasil tindakan pembaharuan Kerajaan Pakatan yang memerintah.

CAT tambahnya, bukan sahaja menambah ekonomi dan menjimatkan wang rakyat malahan boleh menyakinkan rakyat jika maklumat dicambahkan kepada mereka.

"Saya mahu semua rakyat didedahkan hasil amalkan dalam pemerintahan. Peranan JKKK kena dilipat gandakan, " jelasnya. -HD

Sogokan Mee Segera: Mengapa SPR Membisu?

Sebelum pergi kepada isu yang akan saya sentuh, mari kita imbas antara bajet yang diperuntukkan kerajaan Malaysia untuk pembangunan ekonomi negara meliputi perindustrian, pertanian dan infrastruktur sepanjang tempoh lebih separuh dekad ini.

Bajet 2005 antara lain menyebutkan sebanyak 49.1% peruntukan untuk pembangunan. Ini bererti sejumlah RM13.9 bilion telah disediakan bagi sektor ekonomi dalam menampung keperluan infrastruktur, pertanian dan perindustrian.

Dalam Bajet 2007 pula, kerajaan di bawah pimpinan Abdullah Ahmad Badawi telah memperuntukkan sebanyak RM3.4 billion untuk pembangunan luar Bandar antaranya melibatkan projek pembinaan jalan, bekalan air dan elektrik. Ia turut melibatkan perkembangan pendidikan pra-sekolah di bawah KEMAS, kegiatan masyarakat dan latihan kemahiran. Jumlah keseluruhan bajet 2007 yang diperuntukkan kepada sektor ekonomi melibatkan sektor pertanian, perindustrian dan infrastruktur ialah RM20.8 billion manakala bajet pada tahun 2008 pula adalah sebanyak RM20.6 billion diperuntukkan untuk sektor-sektor tersebut.

Manakala Bajet 2009 telah memperlihatkan peningkatan lebih RM7 billion. Secara keseluruhannya, bajet ini memperuntukkan RM27.8 billion untuk pembangunan sektor ekonomi yang merangkumi sektor pertanian, perindustrian dan infrastruktur.

Kerajaan dilihat terus memberi penekanan serius dalam mempertingkatkan pembangunan negara. Bajet 2010 telah memperlihatkan sejumlah RM25.4 billion diperuntukkan walaupun mencatatkan pengurangan lebih RM2 billion. Peruntukan-peruntukan kepada pembangunan ekonomi melibatkan infrastruktur dalam bajet yang dibentangkan memperlihatkan usaha kerajaan dalam memperbaiki taraf hidup dan ekonomi rakyat.

SPRM: Penubuhan yang sia-sia

Isu pada kali ini kita akan memberi fokus kepada beberapa perkara penting yang mungkin telah kita terlepas pandang dan lupakan. Isu ini adalah antara isu yang sangat penting dalam pembentukan sebuah negara yang berintegriti dan telus. Berintegriti dan telus boleh diertikan dengan keberkesanan urus tadbir dan bebas rasuah. Apa pula kaitan bajet-bajet berkenaan dengan isu integriti dan rasuah?

SPRM telah ditubuhkan sejak zaman Abdullah Ahmad Badawi untuk memerangi gejala rasuah secara lebih meluas dan bebas dalam mewujudkan urus tadbir yang telus dan berkesan. Apakah rakyat boleh katakan bahawa objektif SPRM tercapai sejak penubuhannya?

Melihat kepada siri-siri berita jam 8 di RTM1, semestinya kerajaan pimpinan Najib diperlihat sangat cakna terhadap masalah rakyat, berintegriti dan telus dalam menjalankan tanggungjawab termasuk memerangi rasuah. Soalan pertama saya; sejauh mana rakyat yakin kepada ketelusan dan integriti pentadbiran Najib? Teluskah pentadbiran Najib apabila indeks CPI Malaysia berada pada skor 4.4 di tangga ke-56 pada tahun 2010 berbanding tahun 2009 berada pada skor 4.5? Apakah ertinya semua ini?

Terus terang saya katakan bahawa usaha kerajaan dalam memerangi rasuah tidak akan mencapai matlamat yang diingini walaupun kerajaan dilihat bersungguh menaik-taraf BPR kepada sebuah suruhanjaya, SPRM. Usaha memerangi rasuah digambarkan sebagai menyeluruh tetapi hasilnya ala-kadar, bersifat kosmetik dan berpilih-pilih. Saya percaya, anda juga akan bersetuju dengan saya. Rakyat dipertontonkan malah muak dengan siri-siri penangkapan "ikan bilis" manakala "jerung-jerung" besar masih bebas dan mengganas. Rakyat juga tidak terkejut dengan timbunan fail-fail berprofil tinggi yang masih "dalam siasatan" dan ada pula yang sudah mulai "mereput"- malah, sejak sekian lama, ia telah pun menjadi rahsia umum.


Isu rasuah bukan cuma melibatkan pemberian kontrak kepada kroni-kroni, sampul bawah meja di pejabat-pejabat maupun di kopitiam-kopitiam, antara pesalah trafik dan pihak berkuasa, hadiah melancong ke Batam seumpamanya ataupun hamper dan seperti yang kita sedia maklumi. Isu rasuah juga boleh menjadi sebuah "cara hidup"-gaya hidup yang boleh menjamin kemewahan. Seperti sumpah-sumpah, rasuah mampu mencorak dirinya mengikut tempat dan keadaan!

Integriti dan jalan kampung yang tak pernah sempurna?

Seperti kebiasaan, rasuah juga berlaku secara berleluasa semasa pilihan raya. Saya sangat tertarik dengan isu rasuah semasa pilihanraya memandangkan tahun 2010 dan 2011 telah menyaksikan banyak pilihan raya kecil diadakan. Sehingga saat ini Kerdau dan Merlimau sedang menyaksikan persaingan sengit siapa yang akan merangkul juara sebagai YB nanti. Banyak projek kononnya untuk "memperkasa ekonomi rakyat" dilancarkan, banyak jalan-jalan kampung yang diturap. Malah jalan yang masih elok tetap juga diturap. Buldozer dan lori pasir mula masuk kampung. Episod-episod drama sedang bermula, inilah medan untuk berlumba-lumba membuat kebajikan.

Mari kita imbas kembali ketika berlangsungnya proses kempen di Pilihanraya Kecil di Galas. Selain dituduh merasuah syurga kepada para pengundi (isu evergreen), sosok kerdil Nik Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan ini juga dituduh merasuah beberapa warga orang asal dengan wang sebanyak RM300 walaupun ia merupakan wang zakat. Relevan atau tidak pemberian wang zakat semasa pilihan raya kecil di Galas bukan isu yang ingin saya bawakan.

Mengulas isu "rasuah zakat" ini, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Wan Ahmad Wan Omar berkata, mengikut tafsiran undang-undang, pemberian wang kepada pengundi yang boleh mendorong mereka mengundi adalah rasuah. Ia juga boleh ditafsir sebagai membeli undi yang mana perkara ini jelas diletakkan di bawah tajuk sogokan di bawah Akta Kesalahan Pilihanraya 1954, Bahagian III.


Mari kita lihat salah satu kandungan akta tersebut di bawah tajuk "Penyogokan":

Orang-orang yang berikut hendaklah disifatkan sebagai bersalah atas kesalahan menyogok:

(a) tiap-tiap orang yang, sebelum, semasa atau selepas sesuatu pilihan raya, secara langsung atau tidak langsung, dengan sendiri atau melalui mana-mana orang lain bagi pihaknya, memberi, meminjamkan atau bersetuju untuk memberi atau meminjamkan, atau menawarkan, menjanjikan, atau berjanji akan mendapatkan atau akan berusaha untuk mendapatkan, apa- apa wang atau balasan bernilai kepada atau untuk mana-mana pemilih atau pengundi, atau kepada atau untuk mana-mana orang bagi pihak mana-mana pemilih atau pengundi atau kepada atau untuk mana-mana orang lain.

Persoalan penting yang harus diselesaikan

Persoalan demi persoalan timbul. Sekiranya Menteri Besar Kelantan dituduh "menyogok", apa pula istilah yang sesuai untuk Najib yang baru beberapa hari lepas meluluskan RM10 juta bagi pembangunan Kerdau. Dan apa pula istilah untuk peruntukan RM500,000 untuk pembinaan dewan serbaguna di tokong Yong Hock Kiong di Labis semasa pilihanraya Tenang baru-baru ini. Ini cuma sebahagian kecil fakta yang diketahui. Banyak lagi "peruntukan-peruntukan khas" telahpun diumumkan sepanjang berlangsungnya pilihanraya-pilihanraya kecil ini. Ya. Secara terang-terangan. Rakyat semakin musykil; dari manakah pula peruntukan untuk projek mee segera ini datang?

Selain itu, saya ingin mengajak anda untuk berfikir. Bagaimana pula dengan sejumlah peruntukan besar dalam bajet-bajet Malaysia semenjak tahun 2005 sehingga 2010 yang memberi tumpuan utama kepada pembangunan infrastruktur luar bandar seperti yang telah saya senaraikan di atas.

Apakah bajet-bajet tersebut dilihat tidak berjaya membangunkan kawasan luar bandar sehingga menyebabkan kerajaan menjanjikan pelbagai projek mee segera semasa pilihanraya kecil? Maka, apakah pula rasional projek mee segera ini ketika pilihanraya kecil? Atau kita boleh labelkan sahaja sebagai "sogokan" yang bertujuan memancing undi. Kalau begitu, ternyata Najib telah melakukan rasuah pilihan raya bukan? Mana dia suara-suara meminta SPRM untuk menyiasat Najib? Sejauh mana integriti rakyat Malaysia dalam berhadapan dengan isu rasuah pilihanraya ini?

Saya tidak mahu mengulas mengenai isu "projek mee segera" ini. Ia telahpun diulas banyak pihak. Isunya ialah kenapa SPR mendiamkan diri? Kenapa Wan Ahmad membisu? Perkara ini jelas menunjukkan SPR berat sebelah. Dalam ertikata lain; SPR telah diperalatkan pihak-pihak tertentu untuk kepentingan politik mereka. Inilah yang dipanggil sebagai double standard. Isu-isu yang melibatkan pilihanraya seringkali mencerminkan sikap SPR yang diragui dan hilang integritinya.

Kebangkitan Gelombang Kuning

Sejak sekian lamanya, kelemahan SPR inilah yang memberi inspirasi kepada Penubuhan gabungan BERSIH yang berjuang mendesak SPR untuk memenuhi tuntutan agar pilihanraya dijalankan secara bersih dan adil sehingga tercetusnya kebangkitan "gelombang kuning 100,000 rakyat" pada 10 November 2007 yang lepas. Gelombang ini telah memberikan impak besar kepada lanskap politik negara.

Keadaan perjalanan pilihanraya kecil yang semakin dicemari kekotoran dan manipulasi sejak akhir-akhir ini membawa erti sistem pilihanraya perlu diubah dan BERSIH sekali lagi memainkan peranan mereka dalam mendesak SPR agar bersikap adil dan professional. SPR harus bebas dari tekanan mana-mana pihak. Sistem demokrasi harus diberi keutamaan. Saya berpendapat, selagi SPR tidak mereformasikan sistem pilihanraya yang ada dan sanggup menjadi boneka BN, selagi itu mungkin ada kewarasan untuk BERSIH mengulangi sejarah yang pernah dicipta. -MR

*Hafiz Zainuddin ialah penulis bebas.

Ibu Anak Dua Ditangkap Khalwat

Kulim - Seorang ibu beranak dua berusia 23 tahun ditangkap khalwat bersama kekasihnya di sini, kira-kira jam 9 malam.

Ketua Unit Penguat kuasa Pejabat Agama Islam Daerah Kulim Kedah (PADK) Azmi Rejab berkata, suami pasangan perempuan berusia 25 tahun, telah beberapa kali memberi amaran kepada teman lelaki isterinya supaya tidak menjalinkan hubungan kerana mereka sudah mempunyai anak berusia enam bulan dan satu tahun setengah.

Menurutnya, pada hari kejadian, dia (suami) menerima panggilan telefon daripada penduduk memaklumkan seorang lelaki telah pun masuk ke rumahnya.

Dia yang ketika itu sedang bekerja balik ke rumah bersama seorang rakan.

Sebaik sahaja sampai di rumah, dia mendapati pintu rumahnya berkunci. Apabila pintu dibuka oleh isterinya, dia melihat teman lelaki isterinya sedang berbaring di atas sofa. Dia kemudiannya memaklumkan kejadian itu kepada PADK untuk tindakan seterusnya.

“PADK pergi ke tempat kejadian bersama tiga penguat kuasa. Apabila sampai di rumah pasangan itu, PADK mendapati berlaku pergelutan di antara suami dengan teman lelaki isterinya.

“Kami dimaklumkan oleh si suami bahawa dia pernah terserempak isteri dan kekasihnya keluar bersama-sama beberapa kali, ” katanya.

Azmi berkata, keadaan lebih tegang apabila pasangan perempuan mengamuk dengan memecahkan beberapa barangan di dalam rumahnya.

Untuk memastikan tidak berlaku sebarang kejadian tidak diingini, orang ramai yang ada terpaksa mengikat tangannya.

Pasangan itu akan disiasat di bawah seksyen 9(1)(2) Enekman Jenayah Syariah Negeri Kedah 1988. Jika sabit kesalahan mereka boleh dikenakan hukuman penjara setahun atau denda RM2,000 setiap seorang atau kedua-duanya sekali.

Pasangan itu kemudiannya dibawa ke Balai Polis Kulim untuk membuat laporan tangkapan terhadap diri mereka.

“Saya sudah berbincang dengan mahkamah dan akan melaksanakan pertuduhan yang lebih berat terhadap mana-mana pasangan yang terlibat dalam kesalahan berkhalwat.

“Dari bulan Januari hingga Februari tahun ini, 20 kes tangkapan mengikut seksyen 9 sudah dibuat dan ia melibatkan hampir 40 individu.

“Mereka yang terlibat terdiri dari kalangan pelajar, warga asing, kakitangan awam dan pegawai kanan pertubuhan beruniform serta sukarelawan,” katanya kepada Sinar Harian. -SH

PRK Merlimau: Pengundi Bukan Melayu Semakin Buka Mata Tindakan Khianat Pihak Tertentu

Lagi perbuatan khianat, cermin kereta dipecah

Kempen pilihan raya kecil dewang undangan negeri Merlimau terus dicemari perbuatan khianat.

Jika semalam, sebuah pentas berdekatan bilik operasi DAP yang didirikan oleh parti itu untuk satu majlis anjurannya yang dijadualkan pada 4 Mac ini dibakar, hari ini cermin belakang kereta seorang penduduk pula dipecahkan.

Kereta itu diletak di hadapan bilik operasi DAP di pekan Merlimau.

ADUN Ayer Keroh dari DAP Khoo Poay Tiong berkata beliau percaya kejadian berlaku sekitar jam 1 pagi hingga 5 pagi ini.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan penduduk berkenaan yang bukan ahli DAP membuat laporan polis.

Dalam kejadian semalam, permaidani pentas DAP musnah tetapi bahagian lain pentas tetap utuh kerana ia diperbuat daripda keluli. Sebuah botol kosong dengan kesan petrol juga ditemui pada tempat kejadian. -mk




Pentas DAP dibakar, dipercayai angkara khianat



Sebuah pentas berdekatan bilik operasi DAP di Merlimau yang didirikan oleh parti itu untuk satu majlis anjurannya yang dijadualkan pada 4 Mac ini dibakar pagi ini.

Menurut pengerusi DAP Merlimau, Shelley Fook, pemilik tanah lapang itu di mana pentas berkenaan didirikan mendapati kepulan asap pada sekitar jam 6 pagi.

"Dia pergi periksa dan mendapati pentas itu dibakar. Dia juga menjumpai sebuah botol kosong dengan kesan petrol,” katanya kepada Malaysiakini.

Namun, hanya permaidani di pentas itu yang musnah kerana bahagian lain diperbuat daripada keluli.

Fook berkata partinya tidak akan membuat laporan polis kerana percaya pihak polis tidak akan bertindak ke atas dalang tersebut.

Pentas itu didirikan bagi majlis ceramah dan juga makan malam bagi merancakkan kempen pilihan raya kecil Merlimau. Antara pemimpin yang dijangka hadir dan berucap adalah setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng yang juga ketua menteri Pulau Pinang. -mk


[Bergambar] Tanah Runtuh Di Bolivia, 400 Kediaman Musnah

Hujan lebat meruntuhkan suatu puncak bukit di ibukota Bolivia, La Paz, akhir minggu lalu. Bencana itu menghancurkan sekurang-kurangnya 400 unit rumah di suatu kawasan miskin di La Paz.

Menurut pejabat berita Associated Press, tanah runtuh itu tidak menimbulkan korban jiwa. Namun, banyak warga kehilangan harta benda, yang hancur ditelan lumpur dan puing-puing.

Menurut Jurucakap Balai Kota La Paz, Edwin Herrera, bencana itu merupakan yang terburuk dialami penduduk La Paz. "Sejauh ini, sekitar 5,000 orang terkena kesannya," kata Herrera.

Penduduk mulai mengosongkan kediaman pada Sabtu malam waktu tempatan. Ketika itu permukaan tanah di Bukit Callapa mulai berguncang setelah dilanda hujan selama beberapa hari. Jalanan bertar banyak yang retak dan sebahagian permukaan tanah tenggelam.

Menteri Pertahanan, Ruben Saavedra, memerintahkan tentara untuk membantu pemindahan dan pemulihan wilayah bencana. Dalam beberapa minggu terakhir, Bolivia dilanda hujan lebat sehingga menewaskan 44 orang.










PRK Merlimau: UMNO Ketandusan Isu Tuduh PAS Kuda Tunggangan DAP

Tindakan PAS bekerjasama dengan DAP dan berada dalam Pakatan Rakyat bukan ‘perbincangan kedai kopi’ sebaliknya mendapat sokongan daripada gerakan Islam di seluruh dunia, lapor harakahdaily.

Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa berkata, keputusan untuk menubuhkan Pakatan Rakyat (dahulu dikenali sebagai Barisan Alternatif) dan bekerjasama dengan parti bukan Islam dicapai hasil perbincangan panjang dengan pemimpin-pemimpin gerakan Islam yang dipengerusikan oleh Pengerusi Kesatuan Ulama Sedunia, Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi.

Menurutnya, Presiden PAS ketika itu Datuk Fadzil Mohd Noor mengarahkan beliau yang ketika itu memegang lajnah antarabangsa PAS Pusat mengatur pertemuan dengan pemimpin-pemimpin gerakan Islam dunia untuk berbincang mengenai pendekatan politik yang harus dilaksanakan di Malaysia.

Ini berikutan pergolakan politik melibatkan pemecatan jawatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri dan dakwaan beliau terlibat dalam kes liwat.

"Kita tubuhkan Pakatan Rakyat pada tahun 1998 bukan kita bincang di kedai kopi tapi dicapai selepas pertemuan 13 orang pimpinan terkanan PAS yang diketuai Allahyarham Ustaz Fadzil (Noor), Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi (Awang), Datuk Harun Taib dan pimpinan lain dengan 13 orang pemimpin gerakan Islam Antarabangsa.

"Majlis itu dipengerusikan Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi di England. Tiga hari tiga malam kita bincang akhirnya keputusan dicapai, dibaca sendiri oleh Dr. Yusuf Qardhawi," katanya dalam ceramah di Kampung Chin Chin, dekat sini, malam tadi.

Nasharudin berkata, menurut Dr Yusuf Al-Qardhawi, dalam konteks Malaysia, gerakan Islam harus berkerjasama dengan parti bukan Islam yang menyokong prinsip keadilan dan ingin melawan kezaliman Umno BN.


"Untuk kita bawa risalah keadilan dan untuk rakyat rasa keadilan, menjadi satu dasar kepada pergerakan kerja kita ini, kita kena berganding bahu dengan mana-mana parti politik yang walaupun nama dan dasarnya tidak Islam asalkan mereka itu bersedia menerima prinsip yang diperjuangkan PAS.

"kita kena berkawan dengan dia dan lawan kezaliman yang dilakukan Umno BN," katanya di hadapan kira-kira 200 penyokong yang hadir.

Justeru ujar ahli Parlimen Bachok itu, dakwaan Umno BN bahawa PAS menjadi kuda tunggangan DAP adalah tidak berasas dan menggambarkan parti itu ketandusan isu.

"Umno kata PAS ini kuda tunggangan DAP. Ini perkara yang dimainkan sebab (Umno BN) dah tak ada isu," katanya.

Ahad lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berucap di Majlis Mesra Bersama Warga Felda Jengka 23 berkata, PAS sepatutnya bekerjasama dengan Umno untuk memperjuangkan isu-isu berkaitan umat Islam di negara ini dan bukannya memilih DAP untuk bersahabat.

Petang sebelum ke Chinchin, Ustaz Nasharuddin telah menyampaikan bantuan kepada seorang pesakit di Taman Merlimau Utara di dalam program Muswah anjuran UPU Merlimau Utara. Beliau turut diiringi oleh Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, Ustaz Khamis Saat, Timb Pesuruhjaya PAS Melaka dan Cikgu Azrin Abdul Majid Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan PASTI Malaysia.

Sejurus selepasnya, satu program hi-tea bersama dengan calon PAS, Tn Hj Yuhaizad Abdullah bersama penduduk tempatan diadakan di Merlimau Corner, di taman berkenaan.


2 Pelajar Kolej Berasmara Dicekup Di Paka

Paka - Dua pelajar kolej swasta yang dilamun cinta sanggup menjadikan khemah yang dibina untuk aktiviti barbeku sebagai lokasi memadu asmara bersama kekasih mereka.

Perbuatan tidak bermoral itu berjaya dibongkar sepasukan Pegawai Penguat kuasa Syariah setelah menerima maklumat daripada orang ramai, sebelum melakukan serbuan berhampiran lokasi peranginan dekat sini, kira-kira jam 4 pagi semalam.

Bagaimanapun, mereka yang dicekup ketika berada dalam khemah dipercayai berselindung di sebalik aktiviti barbeku itu cuba mempertahankan perbuatan salah mereka.

Namun kegagalan menunjukkan sebarang dokumen untuk membuktikan pertalian muhrim serta keadaan yang boleh menimbulkan syak itu membolehkan kesemua pasangan terbabit diambil tindakan atas kesalahan khalwat.

Hasil soal siasat, salah seorang daripada gadis terbabit dikatakan menumpang di rumah sewa milik seorang rakannya yang ditahan itu dan mereka berkunjung ke pantai berkenaan untuk melakukan acara santai.

Dua gadis yang menuntut di kolej swasta serta dua remaja lelaki itu bakal menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 31 (a) dan (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Negeri Terengganu kerana berkhalwat.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dijatuhkan hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun.

Sinar Harian difahamkan, hasil ujian saringan air kencing yang dilakukan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Dungun ke atas pasangan lelaki terbabit turut mendapati keduanya positif dadah jenis Methapethamine dan ditahan untuk siasatan lanjut. -SH

Keangkuhan Ali Rustam Bakal Tumbangkan BN Di Melaka

DUN Merlimau: Presiden PAS minta Ali Rustam jangan angkuh

JASIN, 1 Mac — PAS mengingatkan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam agar tidak terlalu angkuh dengan kuasa sekiranya tidak mahu tewas dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau yang sedang berlangsung sekarang.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan parti Islam itu tidak bermimpi untuk merampas Merlimau daripada Barisan Nasional (BN).

Sebaliknya, tegas beliau PAS benar-benar berhasrat untuk “menawan” Merlimau yang selama ini menjadi kubu kuat BN.

“PAS tidak sekadar bermimpi, tetapi kita memang secara sedar benar-benar hendak menawan bukan sekadar Merlimau, bahkan negeri Melaka dan juga Malaysia.

“Ini telah kita nyatakan berulang kali atas nama Pakatan Rakyat sedia ke Putrajaya bagi memperbetulkan kerosakan negara yang dilakukan oleh BN,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Hadi berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Mohd Ali yang menasihatkan PAS agar tidak bermimpi yang ia boleh merampas kerusi DUN Merlimau.

Ini kerana, jelas Mohd Ali, PAS tidak mempunyai jasa besar di Melaka, sebaliknya hanya tahu melemparkan pelbagai tuduhan berunsur fitnah terhadap kerajaan negeri pimpinan beliau.

Pilihan raya kecil DUN Merlimau menyaksikan pertarungan satu lawan satu antara calon BN Roslan Ahmad, ahli jawatankuasa Umno Jasin dan calon PAS Yuhaizat Abdullah, Timbalan Ketua Pemuda PAS Melaka dan Timbalan Yang Dipertua PAS Jasin.

Ini pilihan raya kecil ke-15 sejak 8 Mac 2008 dan yang pertama di Melaka.

Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang juga mengingatkan pemimpin Umno termasuk Mohd Ali agar tidak terlalu angkuh dengan kuasa yang ada.

“Keduanya, kita hendak ingatkan seluruh pemimpin Umno termasuk Ketua Menteri Melaka supaya tidak angkuh dengan kuasa yang ada.

“Parti Hosni Mubarak memenangi pilihan raya lebih 90 peratus, tetapi tumbang dengan kebangkitan rakyat.

“Begitu juga dengan kerajaan Firaun, Rom, Parsi yang pernah menjadi kuasa besar dunia juga runtuh dan Umno juga ada masa hayatnya akan berakhir,”
katanya.

Pilihan raya kecil DUN Merlimau diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan.

Pada pilihan raya umum 2008, Mohamad Hidhir menewaskan calon PAS Jasme Tompang dengan majoriti undi 2,154. -TMI

Kempen UMNO Burukkan Yuhaizad Terkena Muka Calon Sendiri

Kempen buruk pihak UMNO BN yang menyebarkan risalah kononnya Yuhaizad tidak mempunyai diploma dan hanya pemegang sijil SPM di beberapa rumah Kg Ayer Tawar, Kg Chin Chin, dan Merlimau Pasir nampaknya memakan diri sendiri apabila ternyata calon UMNO BN, Roslan Ahmad yang hanya memiliki kelayakan SPM.

Ini terbukti apabila di dalam biodata Roslan yang dikeluarkan sebelum ini menyatakan Roslan menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) di Maktab Adabi Muar, sebuah sekolah swasta yang menempatkan pelajar-pelajar tercicir yang gagal untuk memasuki sekolah-sekolah kerajaan di tahun-tahun 90an.

Selepas itu Roslan sekali lagi tidak berjaya untuk memasuki di mana-mana IPTA tempatan apabila terpaksa melanjutkan pelajarannya di Insitut Tekonologi Tun Abdul Razak (ITTAR), sebuah koleh swasta untuk menempatkan pelajar tercicir yang tidak dapat memasuki IPTA.

Roslan kini hanya terpaksa bertenggek di atas nama-nama pemimpin seperti Muhyiddin Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri dan Ketua Menteri Melaka, Mohd Ali Rustam.

Ini disahkan oleh sebuah portal, freemalaysiatoday.com.

Pitching together federal and state resources, they’ve given BN candidate Roslan Ahmad, 44, a guaranteed ride to the top.

What is in fact clear is that Roslan is comfortably riding on the shoulders of Muhyiddin and Rustam.


Malah dilaporkan, di satu majlis di Kampung Chin Chin semalam, kedua-dua pemimpin pusat dan negeri tersebut tidak lansung menghiraukan untuk memperkenalkan Roslan sebagai calon mereka.

At a ceremony in Kampung Chin Chin yesterday, both the federal and state leaders did not even bother to introduce Roslan as the candidate.

Calon PAS Cabar Muhyiddin Buktikan Kuarters Sekolah Milik UMNO

Yuhaizad: Buktikan kuarters sekolah milik Umno

Calon PAS bagi DUN Merlimau, Yuhaizad Abdullah mencabar Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya membuktikan bahawa kuarters sekolah yang didiaminya bersama isterinya yang merupakan seorang guru, adalah milik Umno.

Yuhaizad membuat cabaran tersebut sebagai menjawab kenyataan Muhyiddin yang menyifatkan calon PAS itu sebagai tidak mengenang budi kerana tinggal di kuarters sekolah bersama isterinya itu, tetapi bertanding sebagai calon PAs.

"Saya mencabar Umno dan beliau (Muhyiddin) untuk buktikan kompleks (kuarters itu) dibina oleh Umno," katanya dalam satu sidang akhbar bersama di pusat operasi pilihan raya DAP, dekat pekan Merlimau.

Katanya, jika Umno dan Muhyiddin dapat membuktikan sedemikian, beliau akan berpindah malam ini.

Jika tidak, kata Yuhaizad berkata, beliau akan terus tinggal di situ bersama isterinya.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas kenyataan Muhyiddin bahawa kerajaan akan mengambil tindakan terhadap keluarganya.

Semalam, Muhyiddin menyuarakan rasa kecewanya terhadap Yuhaizad dan keluarganya yang tinggal di kuarters sekolah tetapi bertanding sebagai calon PAS dalam pilihan raya kecil Merlimau. -mk

Yuhaizad Lebih Disenangi Pengundi

Merlimau: Calon PAS dekati pengundi dengan sekuntum bunga

Bak kata bijak bestari – hati manusia sukar diramal tetapi dengan sekuntum bunga dan senyuman ikhlas, anda mampu mendapat perhatian seseorang kaum hawa khususnya bagi tujuan tertentu.

Bagi calon PAS yang bertanding pada pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Melaka kawasan Merlimau, Yuhaizat Abdullah, taktik itulah yang digunakannya bagi menarik perhatian orang ramai di perhentian bas dan teksi Merlimau di sini hari ini.

Yuhaizat, 38, menghadiahkan sekuntum bunga kepada setiap wanita yang ditemuinya dalam sesi selama lebih setengah jam itu.

Diiringi Mohd Nasir Mustafa, Anggota Dewan Undangan Negeri Kedah kawasan Bukit Rotan, dan beberapa pembantunya, gelagat mereka menghadiahkan bunga menarik perhatian orang ramai di kawasan yang sentiasa sibuk dengan pelbagai pengunjung menikmati selera di beberapa gerai di situ.

“Saya suka sikap peramahnya dan orangnya tampak mesra,” kata seorang pengunjung ketika ditanya mengenai Yuhaizat yang merupakan Timbalan Ketua Pemuda PAS Melaka.

Yuhaizat berdepan calon Barisan Nasional, Roslan Ahmad, 44, dalam pilihan raya kecil itu pada 6 Mac ini, yang diadakan berikutan kematian Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan.

“Insya-Allah, masuk hari ketiga berkempen ini, semua pengundi yang saya temui memberi respons yang baik dan kita akan terus menemui seberapa ramai pengundi di Merlimau ini,” kata Yuhaizat kepada Bernama.

Isteri beliau, Shakila Mohamad, adalah seorang guru dan pasangan itu mempunyai empat cahaya mata.

Ditanya rutinnya sepanjang tempoh berkempen bermula Sabtu lepas, Yuhaizat berkata dari Subuh sehingga lewat malam ia diisi dengan sesi pertemuan dengan orang ramai yang disusun oleh jentera parti.

Beliau adalah pengurus projek penyelengaraan di sebuah universiti di Bandar Melaka dan antara jawatannya sebelum ini ialah menjadi juruteknik di kilang Seimens SemiConduktor di Batu Berendam dari 1994 hingga 1996.

“Saya tahu pembangunan di Merlimau ini memang disediakan oleh BN tetapi masih ada masalah jalan raya, longkang dan parit yang perlu diketengahkan oleh pengundi,” katanya yang menawarkan diri bertanding kerana ingin memberikan khidmat terbaik kepada masyarakat di Merlimau.

Beliau bersalaman dengan semua pengunjung di gerai-gerai makan di situ dan juga memasuki premis perniagaan di Bandar Merlimau yang dikenali juga sebagai Merlimau Lama.

Seorang pembantunya, dalam menarik perhatian pengundi, menggunakan taktik masakan yang sinonim dengan penduduk Melaka – asam pedas – ketika cuba meraih undi daripada seorang pemilik kedai di situ.

“Takkan hari-hari nak masak asam pedas kakak, kita tukarlah masakan lain, cuba dulu,” katanya yang merujuk penguasaan BN di Merlimau sejak sekian lama.

Namun, cubaan itu dibalas oleh wanita pemilik kedai berkenaan yang berkata: “Lauk memang boleh tukar encik, tapi kalau kerajaan, biarlah yang ada ini (BN).”

Calon PAS itu kemudian meminta diri dan beredar meninggalkan kawasan itu untuk menghadiri satu program lain di Permatang Serai.

Dalam pada itu, tohmahan pembangkang kononnya Barisan Nasional (BN) mengabaikan pembangunan di kawasan yang dikuasai pembangkang tidak melunturkan semangat Roslan untuk menemui pengundi.

Roslan, yang sentiasa diiringi isterinya, Zalifah Omar untuk bertemu pengundi di 15 kampung di DUN itu berkata pihak pembangkang akan menggunakan pelbagai cara dan taktik untuk menarik sokongan pengundi.

“Isu pembangunan dijadikan modal (pembangkang) untuk pancing undi... padahal pembangunan berjalan terus... tanpa pilihan raya kecil ianya tetap dilaksanakan,” katanya kepada pemberita selepas majis mesra rakyat bersama Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) yang dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Kampung Chinchin di sini, hari ini.

Katanya, jika dirinya dipilih menjadi wakil rakyat pada pilihan raya kecil DUN Merlimau pada Ahad ini, beliau mahu meningkatkan tahap perkhidmatan dan kualiti penyelenggaraan insfrastruktur di kawasan itu.

Roslan turut terharu dengan kehadiran Muhyiddin dan isterinya Puan Sri Norainee Abdul Rahman ke DUN Merlimau hari ini bagi membantu kempennya.

“Program bersama Timbalan Perdana Menteri dan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam amat menggembirakan dan dapat menambah suntikan semangat berjumpa pengundi,” katanya. – Bernama

BN Merlimau Kecemasan: Muhyiddin Terpaksa Turun Sekali Lagi

UMNO BN dilihat berada di dalam zon tidak selamat di dalam pilihanraya kecil Merlimau apabila talian hayat terpaksa digunakan dengan menurunkan semula Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin dengan pelbagai gula-gula pilihanraya dan janji.

Semalam, 86 guru besar dan 2,800 guru serta kakitangan sokongan sekolah terpilih menerima ganjaran yang diperkenalkan menerusi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) hasil kecemerlangan meningkatkan pencapaian sekolah untuk melepasi sasaran yang ditetapkan.

Di bawah Tawaran Baru itu, guru besar menerima RM7,500, manakala lima peratus daripada keseluruhan guru sekolah terbabit menerima RM1,800 dan bakinya mendapat RM900.

Guru besar terbabit antara 925 atau 12.10 peratus bilangan sekolah yang layak menerima ganjaran di bawah Tawaran Baru oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) di seluruh negara pada tahun lalu.

Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid melihat Kerajaan Barisan Nasional (BN) kini sudah ketandusan idea sehingga terpaksa mencuri dasar Buku Jingga Pakatan Rakyat untuk dijadikan sebagai "gula-gula" kepada rakyat dalam menghadapi Pilihanraya Umum ke-13.

"Mengapa harus ambil item yang telah dibuat dalam buku jingga untuk dijadikan sebagai panduan? Ini menunjukkan bahawa sekarang ini tahap mereka sebagai pencuri dan tidak tahu membuat kerja, meniru orang dan mengambil dasar orang untuk dijadikan dasar mereka," kata Abdullah.

Menurut beliau, tindakan Umno-Bn itu sekaligus membuktikan bahawa dasar yang direncanakan Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga itu dapat dilaksanakan jika menawan Putrajaya kelak.

"Ini saya lihat sebagai mencuri dan meniru buku jingga dan kita yakin buku jingga ini merupakan satu transformasi dan dasar yang jelas kepada rakyat untuk mengangkat wacana martabat rakyat," jelasnya.

Perkara ini sekaligus menyangkal dakwaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mendakwa negara akan bangkrap jika Pakatan Rakyat menaikkan gaji mahupun insentif kepada pendidik di negara ini.

"Kerajaan Barisan Nasional telah berada dalam kegelapan, ketakutan yang jelas menunjukkan bahawa mereka sekarang berada di hujung tanduk kehancuran mereka sendiri,"katanya.


PRK Merlimau: Projek Jalanraya Hanya Pada Musim Pilihanraya

Penduduk di kawasan Dun Merlimau kini amat hairan dengan tindakan para pemimpin Umno dan kerajaan Melaka yang begitu bersungguh-sungguh untuk membantu penduduk di kawasan itu, sedangkan sebelum ini tidak pula sedemikian.

Jika sebelum ini mereka diabaikan dari segala aspek, kini mereka bukan sekadar disogokkan dengan wang, tetapi juga diberikan jalan tar hingga ke hadapan rumah dan diperbaiki longkang-longkang yang rosak.

Beberapa orang penduduk di kawasan Merlimau ketika ditemui berkata, dengan itu ternyata, mereka bukan ikhlas hendak menolong, tetapi hanyalah untuk memancing undi bagi mendapat kemenangan dalam pilihanraya.

Seorang penduduk yang ditemui, Ismail Abdul Rahman, 77, (gambar) berkata, menjelang PRK Dun Merlimau 6 Mac ini, beliau juga turut didatangi para pemimpin Umno dan turut diberikan jalan tar hingga ke hadapan rumahnya.

Menurut beliau, bantuan seperti itu turut diberikan kepada beberapa orang jirannya yang lain, sehingga menyebabkan mereka menjadi hairan dengan apa yang diberikan itu.

Katanya, pada hal, beliau dan jiran-jirannya tidak pernah memohon bantuan sedemikian dan mereka sendiri dapat mengagak berapa banyak wang rakyat yang disalahgunakan oleh para pemimpin Umno atau BN untuk kepentingan mereka.

"Sebenarnya, dah 45 tahun saya tak dibantu apa pun oleh kerajaan. Kalau ada pun bantuan seperti ini kepada orang ramai yang juga pernah saya kecapi hanyalah zaman Tun Razak dulu.

"Jalan tar di hadapan rumah itu pula bukanlah penting sangat. Tak diberikan jalan tar pun kami boleh gunakan jalan sedia ada dengan selesa untuk berulang alik ke rumah. Tapi diberikan jalan tar kami ambil. Diberikan apa saja pun kami ambil," katanya.

Beliau yang juga salah seorang pengundi di kawasan itu memberitahu, para pemimpin Umno kini amat terdesak sehingga sanggup memberikan apa sahaja kepada para pengundi terutama di kawasan-kawasan peti undi yang tidak memihak kepadanya.

"Dengan itu, ternyata, kita tidak perlu takut untuk menyokong PAS atau pembangkang. Jika dekat pilihanraya, mereka pasti cari kita dan berikan bantuan (yang sebenarnya sogokan) kepada kita.

"Kepada para penyokong Umno sendiri pula, yang dapat tu dapatlah, yang tak dapat pun cukup banyak, tetapi kepada para penyokong PAS, kami hanyalah mengharapkan bantuan Allah," katanya.

Manakala rakannya, Rusnan Wahab, 52, pula mempersoalkan bantuan wang yang diberikan oleh para pemimpin Umno dan kerajaan Melaya kepada sesetengah nelayan di kawasan itu yang berjumlah antara RM200 hingga RM300 seorang.

"Bantuan itu memang cukup kita faham. Ia adalah sogokan untuk pilihanraya. Tetapi apa maknanya diberikan wang? Kalau betul ikhlas nak bantu nelayan bukan wang sebanyak itu yang diperlukan. Wang sebanyak itu apalah sangat dan berapa hari boleh tahan?

"Kalau benar-benar nak bantu, berilah bantuan dalam bentuk lain yang diperlukan nelayan di kawasan itu seperti enjin, jaring dan seumpamnya kerana itu semua mahal dan lebih diperlukan nelayan. Tetapi enjin dan jaring tak pula diberikan," katanya.

Sementara seorang lagi penduduk yang ditemui, Muhammad Rashid, 32, berkata, longkang di hadapan rumahnya sebenarnya masih elok lagi.

"Tetapi yang peliknya, longkang itu pun turut diperbaharui menjelang PRK Dun Merlimau 6 Mac ini kononnya untuk keselesaan orang ramai, walaupun ia sebenarnya tak perlu diperbaiki sekarang, tetapi bila benar-benar perlu diperbaiki nanti," katanya sambil ketawa sinis. -harakahdaily

40 Buah Myvi & Viva Hangus Dalam Kebakaran

Puchong – Beberapa kakitangan sebuah stor milik Perodua yang menyimpan 40 buah kereta jenis Myvi dan Viva bertindak melarikan diri selepas premis tersebut terbakar dekat Plaza Perabot Puchong 1, Jalan Layang-layang 3, Puchong Jaya di sini semalam.

Kejadian pukul 1 petang itu mengakibatkan kesemua kereta tersebut hangus. Difahamkan, kerugian dianggarkan bernilai lebih RM500,000.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Penyelamat dan Bomba Selangor, Penguasa Kanan Bomba II, Anuar Harun berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pada pukul 1.25 petang.

Katanya, api dapat dikawal kira-kira 20 minit selepas itu dan tiada kemalangan jiwa dalam kejadian tersebut.

“Beberapa petugas yang berada di premis itu bergegas menyelamatkan diri sebaik menyedari kebakaran tersebut. Salah seorang mereka kemudian menghubungi pihak berkuasa untuk memaklumkan mengenai kejadian tersebut,” katanya ketika dihubungi semalam. -kosmo

Pakej Pelancongan Tukar Suami Isteri

Johor Bahru: Pakej pelancongan sambil bertukar-tukar suami dan isteri. Begitu aktiviti seks bebas hujung minggu dikenali sebagai ‘swinger’ anjuran segelintir pelancong dari negara jiran yang kini cuba menjerat pasangan di bandar raya ini untuk menyertainya.

Pelancong terbabit yang dinaungi lebih 10 kelab maksiat di negara itu serta kelab antarabangsa cuba mempengaruhi pasangan suami isteri berpendapatan sederhana di bandar raya ini dengan apa yang dianggap gaya hidup moden itu, kononnya boleh meningkatkan keseronokan masing-masing. Malah, pelancong terbabit sanggup mengumpan ganjaran tertentu termasuk membiayai percutian selain menyediakan kemewahan jika pasangan suami isteri tempatan sanggup memenuhi permintaan mereka.

Kegiatan tidak bermoral itu didedahkan seorang ejen insurans di Taman Indahpura, dekat Kulaijaya, Arshad Mohd Ali, 27, yang mendakwa hampir terjebak selepas dipelawa sepasang suami isteri golongan profesional dari negara jiran berusia 30-an.

Arshad berkata, dia mengenali pasangan terbabit ketika membeli-belah bersama isterinya yang sebaya di sebuah pasar raya di bandar raya ini, akhir Oktober tahun lalu selepas tertarik sikap mesra mereka sebelum bertukar nombor telefon.

Katanya, dia tidak sangka hasrat murninya menjalin persahabatan dengan pasangan terbabit mendatangkan masalah apabila pasangan itu sendiri mendedahkan niat buruk mereka.

“Pasangan suami isteri dikenali sebagai Nin dan Sue yang masing-masing bekerja sebagai jurutera itu beria-ia berkunjung ke rumah kami pada pertengahan November tahun lalu hampir setiap hujung minggu selain tidak ketinggalan menghubungi dan mengajak kami beriadah.

“Mulanya, tindakan itu menyebabkan hubungan kami suami isteri dengan pasangan terbabit semakin akrab dan bagi menghargai persahabatan, kami memenuhi permintaan mereka dengan berkunjung ke rumah mereka di negara itu,” katanya.

Arshad berkata, tembelang pasangan yang belum mempunyai anak itu mula terdedah selepas mereka menghantar SMS menghasut yang memintanya dan isteri mencuba aktiviti songsang itu.

Menurutnya, lebih mengejutkan, pasangan itu tanpa segan-silu mendedahkan identiti sebenar mereka yang turut menjadi ahli sebuah kelab seks di negara asal yang mahu menarik keanggotaan baru dalam kalangan penduduk negeri ini.

“Saya terkejut apabila menerima SMS daripada Nin dan pasangannya yang memberitahu mahu mengajak saya dan isteri ke Melaka untuk berseronok bersama-sama pada 6 Disember lalu.

“Mereka memberitahu mahu membiayai kos penginapan kami di hotel selain makan minum sepanjang percutian itu.

“Mereka yang mendakwa sudah bosan melayan nafsu pasangan masing-masing juga meminta kami mendaftar sebagai ahli kelab maksiat di negara mereka secepat mungkin bagi memulakan kehidupan baru yang konon menjanjikan keseronokan,” katanya ketika ditemui Harian Metro.

Arshad berkata, Nin memberitahunya pakej pelancongan yang mempromosi seks bebas itu bergerak melalui kelab maksiat konon bertujuan menyemarakkan semula hubungan seks yang suram dalam kalangan pasangan suami isteri dan setiap peserta akan bertukar pasangan masing-masing suka sama suka.

Katanya, ketika dia menghubungi lelaki itu bagi mendapatkan penjelasan mengenai SMS berkenaan, jurutera itu cuba meracuni pemikirannya dengan menyatakan amalan itu sudah menjadi trend masyarakat moden seluruh dunia.

“Saya dan isteri bimbang dengan perlakuan sumbang pasangan itu dan dan lebih rela memutuskan persahabatan songsang yang terjalin daripada terus hanyut dalam dunia maksiat.

“Kami berharap dengan pendedahan ini pasangan suami isteri lain lebih berhati-hati dengan taktik pasangan warga asing itu kerana boleh menghancurkan kebahagiaan rumah tangga selain merosakkan akidah,” katanya. -hm

Mahfuz Gesa JPJ Supaya Patuhi Keputusan Mahkamah

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menggesa rakyat supaya usah takut dengan ugutan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia yang menyatakan semua pemandu dan pemilik kenderaan yang dikatakan memiliki saman tertunggak akan disenarai hitam dan dihalang daripada memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu bermula 1/3/2011.

Ini adalah kerana sebagai seorang penjawat awam, Ketua Pengarah JPJ tersebut, Datuk Solah Mat Hassan tidak sepatutnya mengugut rakyat yang belum didapati bersalah melakukan kesalahan supaya membayar denda kepada pihak berkuasa.

Di dalam ceramahnya di Merlimau Utara amalam tadi, Mahfuz meminta Pengarah JPJ dan Kementerian Pengangkutan merujuk kepada kes Leonard Lim Yaw Chiang lwn Director of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak & Anor [2009] 6 CLJ 280 yang telah memutuskan bahawa tindakan JPJ menghalang pemilik kenderaan memperbaharui cukai jalan di bawah Seksyen 17(1)(d) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (APJ 1987) tanpa siasatan dan alasan yang wajar adalah salah di sisi undang-undang dan bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan Malaysia.

Beliau sedia maklum alasan JPJ tidak mematuhi keputusan kes Mahkamah Tinggi Kuching tersebut tetapi berpendapat bahawa alasan JPJ tidak mematuhi keputusan kes tersebut adalah salah dan menghina Mahkamah. JPJ beranggapan bahawa kes Mahkamah Tinggi Kuching tersebut hanya terpakai kepada pemohon di dalam kes tersebut adalah salah.

Alasan JPJ bahawa kes tersebut diputuskan sebegitu kerana isu saman di dalam kes tersebut mempunyai keraguan juga adalah tidak tepat.

Sebelum daripada ini, Mahfuz, yang juga Jawatankuasa kempen Anti Saman Ekor (KASE) telah membuat kenyataan untuk memperbetulkan anggapan JPJ dan seterusnya memaklumkan rakyat Malaysia keseluruhannya bahawa keputusan kes Leonard Lim Yaw Chiang tersebut adalah berdasarkan pemakaian Seksyen 17(1)(d) APJ 1987 yang digunakan oleh JPJ ke atas semua pemilik kenderaan untuk menyekat urusniaga dalam memperbaharui cukai jalan. Yang Arif Abdul Aziz Rahim memutuskan seperti berikut:-

The language in s. 17(1)(d) of the RTA should be given a strict and narrow interpretation to avoid injustice done to motorists in that the expression “outstanding matter or case with the RTD or the police relating to any contravention of or offence against the RTA or the CVLBA” should be confined only to a matter or case that has gone to court and in which the applicant had failed to appear to answer the charge on the offence or contravention for which the summons was issued, and also to a matter or case under investigation by the RTD or the police and pending the outcome of such investigation. In this case, there was no evidence that the 2nd respondent had satisfied himself that the applicant had been charged in a court of law for the offence stated in exh. L2 or whether the offence alleged had been proven in a court of law against the applicant.

“Perkara yang belum selesai” hendaklah ditakrifkan sebagai sesuatu perkara yang telah dibawa ke mahkamah dan yang dituduh tidak hadir membela diri. Ini takrifan yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi Kuching. Justeru apa alasan JPJ dan Kementerian Pengangkutan menyenarai hitam pemilik kenderaan yang mempunyai Saman Ekor yang tidak pernah dihadapkan ke Mahkamah? Tindakan menyenarai hitam pemilik kenderaan hanyalah semata-mata untuk memaksa mereka mengakui kesalahan dan seterusnya membayar kompaun. Ini jelas bertentangan dengan prinsip keadialan segajat di mana seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah. Tindakan ini juga disebut di dalam kes Leonard Lim Yaw Chiang tersebut.

The blacklisting of the applicant was tantamount to compelling the applicant to admit to the alleged offence and pay the compound. This conclusion seemed to have the support of the Federal Counsel when she told the court that the purpose of s. 17(1)(d) of the RTA is to ensure that a person issued with a traffic summons pays the summons. Clearly, therefore, such purpose of the statutory provision would be an affront to the basic principle of criminal law that a person is presumed innocent until proven guilty.

Ini juga diakui sendiri oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, Yang Berhormat Datuk Abdul Rahim Bakri di dalam jawapan lisannya di Dewan Rakyat pada 30/6/2010.

Langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan, khususnya JPJ ialah melalui inisiatif NKRA yang sedang dilaksanakan sekarang ialah kita sedang mengambil tindakan untuk mengutip saman-saman ini, misalnya melalui tindakan menyekat urus niaga seperti pembaharuan-pembaharuan road tax dan juga lesen memandu untuk membolehkan pemandu-pemandu ataupun pengguna atau pemilik-pemilik kenderaan membayar saman iaitu berasaskan kepada peruntukan seksyen 115, Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi pemandu yang tidak dapat dikesan.

Keputusan Mahkamah Tinggi Kuching dan jawapan Timbalan Menteri ini dengan jelas membuktikan bahawa tindakan menyenarai hitam dan menghalang pembaharuan cukai jalan dan lesen memandu ini semata-mata bertujuan memaksa pengguna dan rakyat mengakui kesalahan dan membayar kompaun. Ini suatu bentuk paksaan dan penindasan terhadap rakyat yang semakin hari semakin dihimpit dengan peningkatan harga barang, harga minyak dan pendapatan yang tidak seberapa.

Justeru KASE mendesak Kementerian Pengangkutan dan JPJ untuk menghormati keputusan Mahkamah seterusnya menarikbalik tindakan menyenarai hitam dan menghalang pengguna memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu.

Kepada rakyat Malaysia amnya dan pengguna-pengguna yang dinafikan hak memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu, KASE ingin menjelaskan bahawa anda semua dijamin hak oleh Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan menggunakan harta benda termasuk kenderaan. Tindakan JPJ menghalang anda memperbaharui cukai jalan adalah bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan.


Jika anda dinafikan hak memperbaharui cukai jalan atau lesen memandu, JPJ perlu memberikan alasan bertulis kepada anda di atas penafian itu. JPJ tiada hak menafikan rakyat menggunakan harta mereka. Sebarang perlaksanaan undang-undang perlulah mengikut undang-undang bukan dengan sewenang-wenangnya. Bagi rakyat yang dinafikan hak mereka untuk memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu, mereka boleh menuntut gantirugi di Mahkamah terhadap JPJ di atas kehilangan penggunaan kenderaan mereka yang dijamin oleh Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan. KASE sentiasa bersedia untuk membantu golongan tertindas ini samada melalui khidmat nasihat atau tindakan undang-undang terhadap JPJ.

Akhirnya KASE ingin menegaskan bahawa pendirian KASE menentang tindakan senarai hitam dan Saman Ekor ini bukan bermaksud KASE menggalakkan pemandu kenderaan tidak mematuhi undang-undang. Undang-undang dan peraturan jalanraya hendaklah dipatuhi semua pihak termasuk pihak berkuasa yang menguatkuasakannya. Apa yang ditentang oleh KASE adalah penguatkuasaan yang tidak mengikut peraturan dan undang-undang sedia ada. Justeru kepada pengguna-pengguna jalanraya yang teraniaya, Mahfuz meminta sama-samalah kita teruskan bantahan agar saman ekor yang lama dihapuskan. Bantah terus bantah sehingga kerajaan dan JPJ menghapuskannya.

Selain Mahfuz, penceramah lain yang turut berceramah di Merlimau Utara termasuklah Exco Kerajaan Selangor, YB Yaakob Safari, Cik Aiman Athira Al Jundi, AJK Dwn m'limat PAS Pusat, YB Goh Leong San, ADUN Kesidang dan Dr Mohd Hatta Ramli, Ahli Parlimen Kuala Krai.



PM Itali Didakwa Penyebar Penyakit AIDS/HIV

Rom - Skandal seks yang mendera Perdana Menteri (PM) Italia Silvio Berlusconi kian memanas. Kali ini Berlusconi didakwa telah menularkan penyakit HIV/Aids pada setiap perempuan yang telah ia tiduri.

Dakwaan itu didasarkan atas pesan SMS antara para perempuan yang pernah ikut pesta "bunga bunga" di vila milik Berlusconi di Milan. Namun Berlusconi mengaku pesta tersebut tidak dipenuhi seks, tetapi hanya makan malam.

Berdasarkan bukti yang diperoleh jaksa penuntut umum (JPU) Milan mengenai SMS ini, makin menyebarkan pengakuan Berlusconi bila pesta tersebut bersih dari seks.

Beberapa perempuan yang saling tukar SMS merasa lega setelah melakukan ujian HIV/AIDS. Ujian itu menunjukan bahwa tidak ada penyakit menular seksual yang disebarkan Berlusconi.

"Semuanya baik-baik saja? Kami sudah lakukan ujian (AIDS) itu," tanya seorang perempuan dalam mesej SMS seperti dikutip Telegraph, Senin (28/2/2011).

"Semuanya baik. Sel darah putihnya pun ok, tidak ada AIDS," balas perempuan kedua. "Apa kamu ragu," tanya perempuan pertama yang mengirim SMS.

"Ketika seorang lelaki tidur dengan 80 perempuan, apapun boleh terjadi," jawab perempuan kedua.

Beberapa perempuan lain juga mengeluhkan hadiah-hadiah yang didapat mereka saat mengikuti pesta Berlusconi. Maklumat ini didapat dari mesej SMS lain yang didapat oleh JPU. Model Barbara Guerra mengeluh kepada temannya mengenai kereta yang didapatnya dari PM Itali tersebut.

"Saya kesal. Kelmarin gadis itu datang dengan kereta Mini Cooper yang dibelikannya (Berluconi) pada Julai lalu. Sementara saya hanya dibelikannya sebuah kereta kecil, sekarang saya akan minta kereta baru padanya (Berlusconi)," isi dari SMS tersebut.

Perempuan-perempuan yang ikut dalam pesta Berlusconi mengeluhkan stamina perdana menteri berusia 74 tahun yang tahan lama hingga semalaman.

"Saat kami di sana, dia mampu tidak tidur hingga pukul 04.00 pagi. Dia tidak tidur semalaman supaya dapat berpindah dari satu perempuan ke perempuan lain," menurut seorang perempuan yang ikut dalam pesta Berlusconi.