9 Jul 2011

Kezaliman Polis Dan KPN Yang Pendusta!

Nik Aziz: Polis tindas, rakyat akan tambah benci Umno

KUALA LUMPUR, 9 Julai – Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata tindakan keras pihak berkuasa ke atas penyokong gerakan Bersih 2.0, termasuk menahan pemimpin-pemimpin politik Pakatan Rakyat, hanya akan menambah kebencian rakyat terhadap Umno.

“Saya tegas untuk menyatakan bahawa tindakan yang dilakukan ini hanya akan menambah kebencian rakyat terhadap Umno,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan dari Mekah petang ini.

Beliau berkata sekalipun yang bertindak ialah polis, tetapi semua pihak mengetahui bahawa alat kawalan jauhnya dipegang oleh Perdana Menteri yang mengetuai kerajaan yang juga merupakan Presiden Umno.

“Padahal, apa masalahnya dengan berhimpun?” kata beliau.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan menyoal “bukankah Presiden Umno baru saja mengumpulkan sejuta belia beberapa minggu yang lalu tanpa ada sedikitpun halangan?”

“Sejuta belia yang dikhabarkan hadir dengan penuh layanan mesra oleh pihak berkuasa tiba-tiba hari ini hanya untuk mengumpulkan 300,000 orang dibalas dengan gari dan semburan gas?

“Bukankah orang yang sama juga pernah menjanjikan bahawa himpunan akan dibenarkan jika dibuat dalam stadium bahkan diberikan keizinan untuk ‘melalak sampai pagi’?” kata beliau lagi.

Justeru kata Nik Aziz, beliau yakin apa yang berlaku pada hari ini hanya akan menaikkan kemarahan rakyat kepada Umno.

“Buatlah setakat mana yang boleh dibuat, sesungguhnya kezaliman yang boleh dilakukan ini hanya setakat kehidupan di dunia sahaja.

“Di akhirat, setiap tangan yang digari, tubuh yang disakiti dan maruah yang dicalari akan dituntut bayar di hadapan Allah s.w.t.,” katanya.

Nik Aziz menambah, “kepada mereka yang dizalimi hari ini, jangan lupa menuntut balasannya di hadapan Allah s.w.t. nanti.

“Umno barangkali tidak tahu bahawa orang yang dizalimi mempunyai senjata yang ampuh iaitu doa,”
kata Nik Aziz lagi.

Dalam kenyataannya, Nik Aziz juga berkata hatinya cukup remuk apabila mendengar pemimpin-pemimpin tertinggi PAS dan Pakatan Rakyat ditangkap oleh polis kerana menyertai Bersih 2.0.

“Hati saya cukup remuk mendengar nasib yang sedang dihadapi oleh sahabat-sahabat pimpinan pada saat ini.

“Saya menuntut agar dibebaskan segera pimpinan-pimpinan yang ditangkap oleh polis. Jangan menyangka gari dan peluru boleh menakutkan semua orang,” katanya.

Empat pemimpin tertinggi PAS ditahan sejak tengah hari tadi.

Mereka ialah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, timbalannya Mohamad Sabu dan dua naib presiden iaitu Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar. -TMI


IGP: Tak benar Anwar cedera

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar menafikan dakwaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tercedera dalam perhimpunan BERSIH hari ini.

"Dia tak ada di Pudu. Di situ saja ada gas pemedih mata. Itu tidak benar," katanya ketika ditanya sama ada Anwar tercedera.

Ismail juga menjelaskan Anwar tidak ditahan polis.

Ismail mengesahkan sebanyak 1,401 orang ditahan, termasuk beberapa "ketua kumpulan".

Mereka antaranya Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, timbalannya Mohamad Sabu, dua naib presiden Datuk Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub.

Turut ditahan pengerusi BERSIH Datuk S Ambiga, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaludin dan anggota parlimen Subang Sivarasa Rasiah.

Dalam sidang media di Bukit Aman petang ini, Ismail mengambil kesempatan menafikan segala laporan negatif terhadap polis, termasuk apa yang dirujuknya sebagai "berita angin".

Beliau menafikan polis melepaskan gas pemedih mata di kawasan Hospital Tung Sin di Jalan Pudu.

"Itu tidak benar. Itu di luar SOP (prosedur standard) kita. Jangan dengar berita angin ini. Tidak tepat," katanya yang diasak soalan bertubi-tubi dari pemberita.

Ismail juga berkata pihak polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata dan pancutan air memandangkan terdapat peserta perhimpunan BERSIH 2.0 yang cuba merempuh halangan polis.

"Kumpulan di Puduraya cuba bergerak ke Dataran Merdeka dan enggan bersurai. Mereka cuba merempuh.

"Polis tiada pilihan dengan menyuraikan dengan gas pemedih mata dan pancuran air," katanya sambil mendakwa melepas tembakan "minimum" sahaja.

Ismail berkata, perhimpunan sebenarnya hanya berlaku di dua tempat sahaja iaitu di Jalan Pudu dan di luar Stadium Merdeka di Jalan Loke Yew.

"Kumpulan di Pudu bergerak ke KLCC dan Menara Maybank. Mereka cuba digambarkan serata Kuala Lumpur ada perhimpunan. Sebenarnya di dua tempat sahaja," katanya.

Ditanya tentang dakwaan polis memukul peserta perhimpunan BERSIH hari ini, Ismail berkata beliau perlu melihat laporan penuh terlebih dahulu.

Beliau juga mendakwa terdapat pihak yang melakukan provokasi kepada pihak polis.

"Kalau ada (polis guna kekerasan) you buat repotlah," katanya kepada pemberita ketika ditanya sama ada beliau akan mengambil tindakan tegas terhadap anggota polis yang bersalah. -mk


Ulasan GB

KPN dan Timbalannya boleh menafikan kezaliman polis.

Tetapi dunia menyaksikan, malah Tuhan juga Maha Melihat apa sebenarnya yang berlaku.

Polis terlupa fakta bahawa:

Selepas BERSIH 1 pada 2007 yang dihadiri oleh 40,000 peserta (akhbar kata 4,000), Barisan Nasional hilang 5 negeri pada PRU12.

Kini BERSIH 2 yang dihadiri oleh 50,000 peserta (esok akhbar kata 5,000), Barisan Nasional akan kehilangan lebih dari 5 negeri pada PRU13!


Ia angkara Polis full stop

Mungkin Tan Sri tidak serik "pengsan" sewaktu bertugas dan perlu diajar oleh Tuhan beberapa kali lagi baru hendak sedar diri?

[Bergambar & Video] Kezaliman Polis Petanda UMNO BN Diambang Keruntuhan

Bersih 2.0 menganggap perarakan hari ini sebagai satu kemenangan kepada pergerakan itu dan rakyat Malaysia, dengan mendakwa sehingga 50,000 orang telah menyertainya, bagi menyokong tuntutannya untuk pilihan raya bersih dan adil.

Ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0, Subramaniam Pillay berkata pihaknya menganggap ia satu kejayaan besar kerana menurutnya, perjuangan untuk pilihan raya yang bersih dan adil, bukanlah boleh dilakukan dalam perarakan satu hari sahaja.

Beliau memberitahu demikian dalam satu sidang akhbar selepas perhimpunan tersebut.

Sasterawan Negara Datuk A Samad Said - seorang lagi ahli jawatankuasa tersebut - berkata jumlah kehadiran yang besar sangat penting kerana ia berlaku walaupun banyak halangan dari pihak berkuasa.

Beliau menyifatkannya sebagai sangat berjaya kerana walaupun dua minggu berdepan dengan halangan, "saya terkejut melihat ribuan orang (menyertainya)".

"Dari perspektif ini, rakyat sesungguhnya telah berjaya," kata sasterawan berusia tujuh tahun, yang memakai baju-T BERSIH 2.0 di luar baju lengan panjangnya.

BERSIH 2.0 berkata oleh kerana polis dihalang mereka menyerahkan petisyen kepada Yang di-Pertuan Agong, maka gabungan itu akan mengemukakan permohonan untuk buat demikian.

"Kami akan buat temujanji berasingan untuk menyerahkannya, bila pihak polis kembali tenang," kata seorang lagi anggota jawatankuasa tersebut, Arumugam sambil menambah tidak perlu untuk satu lagi perhimpunan.

Ditanya sama ada BERSIH 2.0 akan mengadakan satu lagi perhimpunan jika tuntutan pembaharuan pilihan raya itu tidak dipenuhi, Subramaniam berkata, jawatankuasanya akan membincangkan perkara itu apabila tiba masanya. -mk


Mat Sabu dakwa ditahan selepas dilanggar kereta polis

KUALA LUMPUR, 9 Julai – Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mendakwa telah dilanggar kereta polis sebelum beliau ditahan dekat kawasan Masjid Negara tengah hari tadi, kata peguam R Sivarasa hari ini.

Dalam e-mel yang diperoleh The Malaysian Insider petang ini, Sivarasa menulis bahawa ketika kejadian Mohamad (gambar) sedang membonceng motosikal di kawasan Masjid Negara di sini untuk menyertai perhimpunan Bersih 2.0.

Mohamad merupakan salah seorang daripada 91 individu dilarang memasuki kawasan ibu negara hari ini.

Sivarasa, Ahli Parlimen Subang, merupakan antara pemimpin Bersih 2.0 dan Pakatan Rakyat yang ditahan hari ini.

“Saya dimaklumkan oleh Mat Sabu (Mohamad) mengenai cara mengejutkan beliau ditahan. Beliau membonceng motosikal ketika menuju ke Masjid Negara kira-kira 12.30 tengah hari apabila sebuah kereta polis mengesan beliau dan dengan sengaja melanggar motosikal untuk menahan beliau.

“Motosikal itu jatuh. Lutut kanan beliau cedera teruk. Meskipun tidak patah, tetapi tidak boleh berjalan. (Malah) tidak boleh berdiri tanpa sokongan,”
katanya dalam e-mel yang dihantar kepada rakan-rakannya di PKR petang ini.

Sivarasa juga berkata beliau merasakan Mohamad perlu dibawa ke hospital, bukannya diletakkan di lokap.

“Beliau pada awalnya dibawa ke sana (hospital), tetapi telah dibawa semula ke (balai polis) Jinjang,”
katanya lagi.

Selain Sivarasa dan Mohamad, The Malaysian Insider difahamkan turut ditahan ialah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Naib Presiden PKR Tian Chua dan ahli jawatankuasa eksektutif DAP Ngeh Koon Ham.

Sivarasa menambah, “hampir pasti (semua yang ditahan) akan bermalam (di lokap). Kemungkinan reman susulan esok.” -TMI




Agong perkenan terima memo tetapi dihalang polis

Sasterawan Negara Datuk A Samad Said mendakwa Yang di-Pertuan Agong telah memberi perkenan untuk menerima memorandum daripada perwakilan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) hari ini tetapi dihalang oleh polis.

Katanya ketika menghdap Seri Paduka pada minggu lalu, Seri Paduka bersetuju membenarkan gabungan 62 NGO itu menyerahkan memorandum mereka bagi menuntut pembaharuan pilihan raya hari ini.

"Baginda bertitah boleh. Sebab itu saya sertai (perwakilan itu) bagi menyerahkan memorandum,” katanya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

"Saya memutuskan untuk menangguhkan penyerahan memorandum kepada Seri Paduka. Kesediaan baginda untuk menerima memorandum itu tidak ditangani dengan baik oleh polis... Bukan salah saya tetapi salah polis,” jelas sasterawan Negara itu.

Beliau juga membidas keganasan yang digunakan polis pada perhimpunan hari ini sambil menyifatkan ia keganasan yang paling teruk pernah disaksikannya. -mk


Ulasan GB

Bukankah derhaka dan biadab namanya apabila Agong telah bersetuju untuk menerima memo tetapi polis tiba-tiba menghalang delegasi BERSIH menyerahkan kepada Agong?

Bukankah binatang namanya apabila polis bertindak semacam merekalah Agong di depan istana Yang Dipertuan Agong?

GB sudah memberikan pandangan GB sebelum ini. Petikan:

GB yakin kesan daripada tindakan polis ini akan mendapat tentangan hebat daripada majoriti rakyat. Ianya akan dimanifestasikan melalui kertas undi di dalam pilihanraya nanti.

Sepertimana yang bekas Tun Dr Mahathir Mahathir yang cuba lepas tangan begitu sahaja tanggungjawab politiknya dalam "Operasi Lalang" pada tahun 1987, dalam satu wawancaranya yang dibukukan dalam Doctor M: Operation Malaysia - Conversations with Mahathir Mohamad, oleh Tom Plate.

Mahathir mendakwa penangkapan pada 26 Oktober 1987 adalah keputusan polis, dan beliau hanya menerima keputusan itu. Malah, TDM mendakwa konon dirinya pernah berjumpa dan menjamin kepada pembangkang sebelum "Operasi Lalang", bahawa mereka tidak akan ditangkap.

Apa yang berlaku selepas Operasi Lalang?

Keputusan pilihanraya umum ke 8 pada tahun 1990 Barisan Nasional kalah teruk dimana undi popular BN adalah yang terrendah selepas PRU 1969 iaitu hanya memperolehi 53.4% dan jumlah kerusi parlimen yang dimenangi BN pada ketika itu merosot dengan teruk buat kali pertama sehingga ke paras hanya 70%.

Hal yang sama berulang dimana tangkapan dilakukan terhadap peserta BERSIH 1.0 pada 2007. Pada 9 Disember 2007, Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu telah ditahan oleh polis Perak diketuai oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, SAC II Ismail Yatim.

Kereta Naza Ria Mohamad Sabu ditahan berhampiran Pasar Raya Tesco di Kepala Batas, Seberang Perai, Pulau Pinang. Beliau dalam perjalanan pulang dari majlis perkahwinan anak perempuannya di Sunway City, Tambun, Perak. Mohamad Sabu dipercayai terlibat dalam perhimpunan Bersih pada 10 November 2007. Rumah Mohamad Sabu terletak di Guar Petai, Tasek Gelugor, Pulau Pinang.

Tian Chua yang merupakan Ketua Penerangan KeADILan turut ditahan di bawah Akta Polis, Seksyen 27(5)(a), di Johor Bahru, jam 5.15 petang pada 9 Disember 2007 kerana menjadi penggerak perhimpunan Bersih.

Apa yang berlaku pada PRU 2008?

Pertama kali di dalam sejarah BN gagal menguasai majoriti 2/3 parlimen sehingga begitu ramai menteri kabinet kecundang dan terkangkang untuk mempertahankan parlimen masing-masing!

Tian Chua diangkat menjadi ahli parlimen Malaysia. Polis tak tahu malukah?


Justeru itu, nampaknya polis ingin melihat BN kalah teruk di dalam PRU13 nanti, terus mengasari, menzalimi dan menangkap rakyat yang SUHAKAM sendiri sudah menyatakan bahawa perhimpunan tersebut adalah SAH di sisi Perlembagaan.

Tindakan polis hari ini adalah petanda kejatuhan dan keruntuhan UMNO BN. Terima kasih PDRM!




















[Video] Sambutan BERS✔H 2.0 Di Australia & New Zealand

Perhimpunan Bersih 2.0 turut diadakan serentak di seluruh dunia hari ini dengan kewujudan BERSIH 2.0 Global.

Diantaranya ialah di Melbourne, Australia dan Auckland New Zealand.

Apa yang menariknya, sekalipun pihak Kerajaan Malaysia telah menyelar kumpulan BERSIH sebagai kumpulan yang dikatakan sebagai anti-keamanan, anti-negara dan seumpamanya, namun peserta-peserta BERSIH ini membuktikan sebaliknya.

Mereka telah berhimpun dan menyanyikan lagu NEGARAKU beramai-samai sebagai bukti kecintaan mereka kepada negara.

"Di mana pun berada, kita hendaklah memakai baju-T kuning serta membawa sepanduk, belon dan plakad kuning bersama slogan menyokong pilihanraya yang bersih dan adil di Malaysia," kata wakil gerakan global itu.

"Kami bersuara kerana kita hidup di negara demokrasi yang terbuka di mana kebebasan bersuara dan berhimpun secara aman dan hak untuk mengadakan demonstrasi adalah satu norma dan bukannya pengecualian.

"Seperti kes perhimpunan di Kuala Lumpur, kami berhasrat untuk berhimpun secara aman dan bermaruah, serta kita akan berbuat demikian tanpa takut dengan meriam air, gas pemedih mata, intimidasi polis, atau tangkapan sewenang-wenangnya kerana berpakaian kuning."

Rangkaian Perpaduan Global BERSIH 2.9 menegaskan bahawa kini menjadi tanggungjawab Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk "memenuhi tugas dan tanggungjawabnya" dengan mengakui "kehendak rakyat" dan untuk membenarkan perhimpunan tersebut diteruskan secara aman.


Himpunan Bersih 2.0 Sudah Bermula Di Melbourne

Sementara pasukan keselamatan mempertingkatkan kawalan di ibu negara bagi menghalang perhimpunan Bersih 2.0 petang ini, rakyat Malaysia di negara-negara luar sudah memulakan kempen mereka menuntut pilihan raya yang bebas dan adil.

Maklumat yang diterima dari Melbourne, Australia menunjukkan sekitar 750 penunjuk perasaan membawa kain rentang dan plakad dengan lambang Bersih 2.0 berhimpun di Federation Square, menuntut pembaharuan pilihan raya di Malaysia.

Di Wellington, New Zealand, kira-kira 10 orang dilaporkan berkumpul manakala kereta-kereta yang lalu lalang memberikan sokongan dengan hon kenderaan masing-masing.

Berdasarkan maklumat laman sosial Facebook Bersih 2.0 New Zealand, perhimpunan mini itu diadakan di University of Canterbury.

Beberapa jam lalu, penyokong memuat naik butiran mengenai perhimpunan di New Zealand, sambil meminta para peserta bertemu di tempat letak kereta Church Corner, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington, Morgan Street, Newmarket di Auckland dan Royal Oat Mall, juga di Auckland pada waktu yang berbeza.

Bersih 2.0, yang terdiri daripada 62 pertubuhan bukan kerajaan, juga merancang untuk mengadakan perhimpunan di Jepun, Korea Selatan, Taiwan, Hong Kong, Switzerland, Sweden, Perancis, England, Scotland, Ireland, Kanada dan Amerika Syarikat. -tvsnews










Bebaskan Hadi Segera Sebelum 1 juta Ahli PAS Ke Bukit Aman

PAS menuntut supaya Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dibebaskan segera sebelum satu juta ahlinya turun berkampung ke Bukit Aman.

Penolong Setiausaha Agung PAS, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dalam sidang medianya menuntut Abdul Hadi dibebaskan dalam masa 24 jam sebelum ahli-ahli PAS dari seluruh pelusuk negara datang berhimpun di Bukit Aman.

Abdul Hadi ditahan polis di KL Sentral bersama setiausaha politiknya, Dr Shamsuri Mokhtar dan dibawa naik ke trak polis.

Beliau kemudiannya di bawa ke Balai Polis Jinjang.

Dari sana, Abdul Hadi dimaklumkan dibawa ke IPK Kuala Lumpur oleh sebuah kereta polis.

Selain Abdul Hadi, turut ditangkap adalah lebih 500 peserta perhimpunan termasuk pemimpin kanan Bersih dan Pakatan Rakyat di samping Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin.

Mohamad Sabu, Datuk S Ambiga, Azmin Ali, Salahudin Ayub, Datuk Mahfuz Omar, Tian Chua dan lain-lain turut ditangkap.

(Abdul Hadi bersama Dr Samsuri dalam trak polis)

Datuk Seri Anwar Ibrahim cedera dalam pergelutan dengan pihak berkuasa yang mahu menangkapnya dan dihantar ke Hospital Pantai.

Pengawal keselamatannya turut cedera dalam pergelutan ini.

Anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad turut cedera apabila terkena botol gas pemedih mata yang ditambak pasukan keselamatan. -hd


[Bergambar & Video] SUHAKAM Kecam Polis Kerana Lepaskan Gas Ke Kawasan Hospital

Sekalipun di sebalik sekatan dan halangan di samping meredah hujan sekitar pukul 2 petang tadi, Sasterawan Negara Datuk A Samad Said telah tiba di kawasan Stadium Merdeka untuk turut bersama di dalam perhimpunan Bersih 2.0.

Beliau mengetuai Delegasi BERSIH 2.0 kira-kira 20 orang untuk ke Istana Negara, tetapi telah dihalang oleh polis kira-kira 200 meter dari pintu pagar istana.


Laporan malaysiakini

4.50pm: Fadiah Nadwa Fikri dari Lawyers for Liberty berkata polis menggunakan Seksyen 28A (8) - yang menafikan hak akses kepada peguam ke atas mereka yang ditahan itu.

Katanya, tidak kurang 1,000 orang ditahan hari ini dan ada yang ditempatkan di Pulapol.

Menurut Fadiah tindakan kerajaan itu jelas mencabuli Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan.

4:40pm: Pudu - Pesuruhjaya Suhakam, Muhammad Sha'ani B Abdullah mengecam tindakan keras pihak berkuasa ketika berdepan dengan peserta BERSIH.

Pasukan polis bukan sahaja tidak menghormati hak rakyat untuk berhimpun tetapi juga menjejaskan keselamatan dan kesihatan awam dengan melepaskan tembakan gas pemedih mata ke dalam kawasan hospital Tung Shin.

Ditanya apakah sepatutnya respons rakyat terhadap tindakan tersebut, beliau berkata, rakyat Malaysia perlu memilih wakil yang boleh melindungi hak mereka.

4.50pm: Hotel Hilton - Beberapa pemimpin Pakatan seperti Datuk Kamaruddin Jaafar, Nurul Izzah mula meninggalkan hotel.

4.21pm: Jawatankuasa BERSIH akan mengadakan sidang akhbar di Hotel Midah pada jam 4.45 petang ini.

4.10pm: Stesen LRT yang masih ditutup, menurut RapidKL - Pasar Seni, KL Sentral, Masjid Jamek dan Dang Wangi.

4.01pm: Facebook PDRM - Antara pemimpin teratas yang ditahan ialah:

Mahfuz Omar - KL Sentral
Salahuddin Ayub - KL Sentral
Mohamad Sabu - Jalan Mahameru
Fauziah Salleh - KL Sentral
Tian Chua - KL Sentral
S Ambiga - KL Sentral
Hadi Awang - KL Sentral
Azeez Rahim - Jalan Bukit Bintang

4.00pm: Istana Negara - Delegasi BERSIH 2.0 seramai kira-kira 20 orang yang diketuai oleh A Samad Said dihalang oleh polis kira-kira 200 meter dari pintu pagar istana.

Rundingan dengan pihak polis gagal dan kumpulan itu bersetuju untuk bersurai. Bagaimanapun, Samad berkata beliau perlu berehat dan kumpulan itu meninggalkan beliau di situ.

3.50pm: KL Hilton - Dalam satu sidang akhbar, naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar, N Surendran dan timbalan setiausaha agung PAS, Syed Azman mengutuk kekejaman polis yang didakwa mereka menyebabkan kecederaan terhadap beberapa pemimpin Pakatan.

Mereka berkata, ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang telah dihantar ke Hospital Pantai, ahli parlimen PAS Shah Alam Khalid Samad dan pemimpin BERSIH 2.0 Maria Chin Abdullah dan A Samad Said juga mengalami kecederaan.

3.50pm: Istana Negara - Sekumpulan ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 menuju ke arah istana dari Hotel Midah Hotel. Mereka sedang menunggu kelulusan pihak istana untuk menyerahkan petisyen BERSIH 2.0.

3.50pm: Pasar Seni - Pemimpin BERSIH, Wong Chin Huat, selepas membaca lapan tuntutan BERSIH 2.0, meminta orang ramai bersurai.


Bersih 2.0 akses Istana Negara, dipercayai telah serah memorandum

KUALA LUMPUR, 9 Julai – Penyokong Bersih 2.0 dengan diketuai oleh Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said dan Naib Presiden PAS Datuk Paduka Husam Musa tiba di pekarangan Istana Negara sebentar tadi dan dipercayai telah menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

Memorandum itu mengandungi lapan perkara menuntut pembaharuan pilihan raya. -TMI



Bersih rally a success

The police have been out-manoeuvred by people's power, says DAP's Senator S Ramakrishnan.

KUALA LUMPUR: DAP leader Senator S Ramakrishnan has proclaimed the Bersih 2.0 rally a success.

The senator, who was among those present at Menara Maybank, where the police fire tear gas and their water cannons, said the large turnout despite the odds, spoke for itself.

“The police have been out-manoeuvred by people’s power. The PM should realise this,” he added.

Meanwhile, Bersih 2.0 chairperson S Ambiga said she and several opposition leaders, including Anwar Ibrahim, are planning to march to Stadium Merdeka.

“We plan to march, if we can get through the front door,” she told reporters at the Hilton hotel in KL Sentral, where there is a strong police presence.

“You (the government) cannot quell our voices, you tried to use the might of the state against the rakyat, but right will prevail,” she said.

Ambiga added that a 10-member delegation will submit a memorandum on electoral reforms to the King.

She also reiterated the call for a Royal Commission of Inquiry to look into electoral reforms to ensure free and fair elections. -FMT





























[Bergambar & Video] Anwar Cedera, Ust Hadi, Ambiga, Mat Sabu, Khairy Ditahan [updated]

Polis FRU dilaporkan semakin mengganas mengejar dan menahan perserta perhimpunan.

Harakahdaily melaporkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ditangkap di stesen KL Sentral kira-kira jam 2.30 petang tadi.

Beliau dibawa dengan trak polis ke Balai Polis Jinjang.

Turut ditangkap ialah setiausaha politiknya, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Sebelum itu timbalannya Mohammad Sabu dan Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga turut ditangkap.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub
juga ditangkap di KL Sentral pada jam 12.24 tengah hari dan dibawa ke Balai Polis Jinjang.

Selain mereka, lebih 400 sudah ditangkap dan Pasukan Peguam PAS telah mengenalpasti lebih 133 orang dari mereka.

Kesemua mereka dibawa ke Balai Polis Jinjang atau Pusat Latihan Polis (Pulapol), Jalan Semarak.

Dalam pada itu, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dilaporkan telah ditahan oleh polis. Sementara Datuk Seri Anwar Ibrahim mengalami kecederaan dan dua anak perempuannya - Nurul Izzah dan Nurul Hana - juga telah ditahan.

Laporan harakahdaily

2.47 pm: Seorang wartawan TV Selangor, Radzi Razak dikasari pihak polis. Beliau didakwa dipijak beberapa anggota polis.

Polis bagaimanapun melepaskannya selepas menyedari kad media yang dipakainya.

Laporan Malaysiakini

3.50pm: Istana Negara - Sekumpulan ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 menuju ke arah istana dari Hotel Midah Hotel. Mereka sedang menunggu kelulusan pihak istana untuk menyerahkan petisyen BERSIH 2.0.

3.50pm: Pasar Seni - Pemimpin BERSIH, Wong Chin Huat, selepas membaca lapan tuntutan BERSIH 2.0, meminta orang ramai bersurai.

Orang ramai mula bersurai secara aman tetapi ada yang masih melaungkan 'Reformasi' dan 'Bersih' di bawah stesen LRT Pasar Seni.

Polis bertindak dengan menembak gas pemedih mata ke arah mereka.

3.38pm: Pudu - 2,000 orang kini di Pudu selepas dinafikan laluan selamat yang didakwa dijanjikan sebelum ini menuju ke Jalan Sultan. Polis anti rusuhan terus melepaskan meraim air dan gas pemedih mata kepada mereka yang cuba mendapatkan perlindungan di Hospital Tung Shin.

Mereka kini terperangkap di tengah-tengah antara dua sekatan FRU.

Polis melepaskan tembakan gas pemedih mata selepas rundingan dengan MP Pakatan R Sivarasa dan Ngeh Khoo Ham gagal berhubung apa yang sepatutnya dilakukan oleh mereka yang berarak itu.

Adalah dipercayai orang ramai yang menggunakan separuh daripada jalan itu tetapi pihak polis mahu mereka bersurai dalam kumpulan kecil sebelum dibenarkan berarak.

Adalah dipercayau Sivarasa juga telah ditahan tetapi tempat beliau dibawa belum dapat disahkan.

3.37pm: Pasar Seni - kumpulan BERSIH berarak melalui Jalan Sultan ke arah Pasar Seni, tetapi mereka ditembak gas pemedih mata berhampiran Stesen LRT Pasar Seni. Ia memaksa mereka berundur ke Jalan Sultan.

3.22pm: Bukit Bintang - 300 penyokong Pemuda Umno di Jalan Bukit Bintang di depan Hotel Federal mula bersurai selepas mengadakan rundingan dengan pihak polis.

Sambil mendakwa telah mencapai kemenangan moral - walaupun hanya mampu bergerak 200 meter sepanjang Jalan Bukit Bintang - masih jauh dari destinasi mereka di Stadium Merdeka - Exco Pemuda Umno, Megat Omardin berkata mesej mereka sudah disampaikan.

Katanya mereka telah datang dan telah mencapai tujuan mereka, diikuti dengan pembacaan doa.

Kemudian, Ketua Pemuda Umno Petaling Jaya Utara, Arman Azha memberitahu Malaysiakini bahawa exco Pemuda, Lokman Noor Adam serta 20 lagi ahli mereka telah ditangkap.

3:20pm: Pudu - Orang ramai mula berarak dari Pudu ke arah Jalan Sultan, sambil mengucapkan terima kasih kepada pihak polis kerana memberi mereka laluan selamat. Kumpulan seramai 2,000 orang itu, juga menyanyi Negaraku ketika berjalan.

3.15pm: Pudu - Polis bersetuju memberi laluan selamat kepada ribuan peserta yang berkumpul di Pudu sehingga Jalan Sultan dengan syarat mereka hanya menggunakan separuh jalan dan berarak secara aman.

Persetujuan dicapai selepas ahli parlimen Pakatan Rakyat, R Sivarasa dan Ngeh Khoo Ham berunding dengan pihak polis.


3.10pm: Facebook PDRM Facebook - Jumlah yang ditangkap setakat jam 2.30 petang tadi adalah 672 orang.

3.00pm: TV Selangor melaporkan laman webnya digodam. Bagaimanapun ia masih bersiaran menerusi alamat www.itv.com/tv_channels/p5577 dan alamat pintas www.itv.com.

Video perarakan perhimpunan BERSIH 2.0 ke Stadium Merdeka yang sedang berlaku boleh ditonton menerusi www.intisari tvsnews.blogspot.com

2.57pm: Bukit Bintang - Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin ditangkap ketika sedang membersihkan matanya ketika gas pemedih mata dilepaskan, di sebuah pondok yang terletak kira-kira 100 meter dari benteng FRU.

Meriam air dan gas pemedih mata juga ditembak ke arah baki penyokong Pemuda Umno, menyebabkan mereka berundur 50m dari tempat asal mereka.

Kumpulan itu tinggal kira-kira 200 orang.

2.55pm: Bukit Bintang - Kira-kira tiga orang ditangkap apabila penyokong Pemuda Umno cuba melepasi benteng anggota FRU, menyebabkan berlaku pergelutan dan gas pemedih mata dilepaskan.

2:50: KL Sentral - Naib presiden PKR, N Surendran memberitahu Malaysiakini, Datuk Seri Anwar Ibrahim berdarah di kepala dan mencederakan di lutut.

2:45pm: KL Sentral - Datuk Seri Anwar Ibrahim tweet bahawa dia mengalami kecederaan dan dua anak perempuannya - Nurul Izzah dan Nurul Hana - juga telah ditahan.

Pengerusi BERSIH 2.0, Ambiga mengesahkan beliau telah ditangkap. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut ditangkap.

2.43pm: KL Sentral - Huru hara berlaku di sini apabila polis melepaskan gas pemedih mata di kawasan tertutup. Penyokong BERSIH cuba melarikan diri dari stesen itu melalui Brickfields.

Tembakan gas pemedih mata itu memaksa orang ramai bertempiaran ke dalam stesen. Wartawan di luar KL Sentral juga dilarang memasuki kawasan itu dan menyukarkan tugas mereka bagi mengesahkan keadaan sebenar situasi.

Beberapa pemimpin Pakatan termasuk MP Batu Tian Chua, MP Pantai Dalam MP Nurul Izzah Anwar, MP Kuala Selangor Dzukefly Ahmad, dan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga disahkan telah ditangkap.

2:41pm: Facebook PDRM: Sehingga jam 2 petang, 644 ditahan - 597 lelaki dan 47 wanita.

2:40pm: Puduraya - Orang ramai berpecah kepada kumpulan yang lebih kecil. Mereka percaya akan mengambil laluan yang berasingan menuju ke Stadium Merdeka.

2:35pm: Bukit Bintang - kumpulan Pemuda Umno berhenti di hadapan Hotel Royale Bintang di mana mereka berjalan menuju ke arah satu lagi kumpulan BERSIH di persimpangan Jalan Pudu-Bukit Bintang.

2.30pm: Puduraya - Orang ramai yang berjumlah tidak kurang 10,000 itu kini mula berkumpul semula dan dipimpin oleh oleh pemimpin PAS Dr Hatta Ramli dan pemimpin PKR Badrul Hisham Shaharin. Mereka juga sedang menuju ke pusat bandar.

Polis dilaporkan terus melepaskan gas pemedih mata bagi memaksa orang ramai supaya bersurai.
































SILA KE SINI UNTUK LAPORAN SELANJUTNYA