31 Ogo 2009

Era Najib Altantuya : Tolak Provokasi - Seruan Anwar Kepada 1Maalaysia

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas tindakan sekumpulan orang yang mengadakan tunjuk perasaan dengan berarak membawa dan memijak kepala lembu Jumaat lalu.

Datuk Seri Anwar berkata tindakan melampau kumpulan terbabit dengan sengaja menghina simbol suci penganut Hindu ini di khuatiri boleh menjejaskan hubungan antara kaum.

Beliau menegaskan setiap rakyat Malaysia perlu menghormati sensitiviti anutan agama setiap individu di negara ini seperti yang termaktub dalam Perlembagaan demi menjamin kesejahteraan semua pihak.

"Saya ingin tegaskan prinsip kita menghormati agama Persekutuan dan agama rasmi di negeri Selangor. Kita tetap memartabatkan, menghormati dan mengangkat martabat Islam, tetapi perlu hormati juga penganut agama lain," kata Anwar.

Dalam kejadian itu, sekumpulan 50 orang berhimpun di luar bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di Shah Alam sebagai membantah pemindahan sebuah kuil dari Seksyen 19 ke Seksyen 23 Shah Alam.

Mereka mengheret kepala seekor lembu ke pintu masuk bangunan SUK Selangor selepas solat Jumaat.

Pimpinan Pakatan Rakyat berkata Umno mendalangi tunjuk perasaan tersebut, yang bertujuan menghasut orang Melayu untuk membantah pemindahan kuil itu dari Seksyen 19 ke seksyen 23.

Tapak baru itu adalah kira-kira 200 meter jauh dari kawasan perumahan. Tapak lama kuil itu di seksyen 19 adalah hanya 20 meter dari kawasan perumahan.

Sambil melaung-laungkan kata-kata berbentuk ugutan dan hasutan, penunjuk perasaan terbabit memijak dan meludah kepala lembu berkenaan. Unit Simpanan Persekutuan yang dikerah ke sini tidak mengambil sebarang tindakan.

Menyuarakan kehampaan beliau, Anwar menyifatkan tunjuk perasaan ini tidak bertamadun dan condong kepada provokasi.

Ketua Pembangkang itu juga melahirkan rasa kesalnya apabila UMNO Barisan Nasional tidak henti- hanti melancarkan siri merampas Selangor, menggunakan cara kotor.

"Matlamat merampas Selangor dibuat dengan pelbagai cara. Sebelum ini mereka menggunakan institusi kerajaan, polis dan suruhanjaya pencegahan rasuah malaysia. Kononnya untuk bebaskan negeri dari rasuah. Rasuah besar boleh ditutup walaupun boleh dihidu, tetapi hal-hal membabitkan wakil rakyat Pakatan Rakyat diperbesarkan," kata Anwar.

Sehubungan itu, beliau berharap rakyat negeri Selangor bersikap rasional dan menilai dengan cara yang matang.

Anwar merayu rakyat Selangor untuk menolak politik yang mengapi-apikan sentimen keagamaan dan perkauman.



Era Najib Altantuya : Harga Minya Naik - Hadiah Sempena Merdeka (updated)

Kerajaan telah mengumumkan kenaikan harga minyak sebentar tadi.

RON95 naik dari RM1.75 ke RM1.80 manakala RON97 naik dari RM1.80 ke RM2.05. kenaikan ini berkuatkuasa tengah malam ini.

Kerajaan sebelum ini telah menyatakan bahawa harga petrol akan dinaikan pada 1 September.

Mei lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata harga petrol gred premium RON97 akan naik 20 sen kepada RM2 seliter, manakala petrol gred rendah RON95 akan dijual pada harga RM1.75 seliter.

Bagaimanapun, kerajaan telah menambah lima sen lagi bagi harga kedua-dua gred tersebut.

Hari ini, Ismail yang melancarkan petrol RON95 berkata, harga RON95 terpaksa dinaikkan lima sen berbanding RM1.75 seliter seperti yang diumumkan Mei lalu kerana harga pasaran minyak dunia yang berubah kini.

"Bagaimanapun harga ini adalah sama dengan harga minyak yang biasa dipakai pengguna sekarang iaitu RON97 (RM1.80 seliter).

"Sepatutnya harga RON95 jika mengikut pasaran dunia ialah RM1.89 seliter, tetapi kerajaan tak mahu rakyat rasa ada kenaikan jadi ditetapkan kepada RM1.80 sahaja," katanya, lapor Bernama.

Ismail Sabri berkata kerajaan menganggar akan dapat mengurangkan tanggungan subsidi sebanyak RM420 juta setahun dengan pelaksanaan RON95 memandangkan harga subsidinya lebih rendah iaitu 38.81 sen seliter berbanding subsidi RON97 sebelum ini iaitu 42.72 sen seliter.

Menurutnya lagi, petrol RON97 pula masih dikekalkan dalam pasaran sebagai produk premium memandangkan ada kenderaan yang memerlukannya terutama kenderaan berkuasa tinggi.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub telah terlebih awal mengecam sebarang kenaikan harga minyak tersebut.

"Ketika ekonomi rakyat meleset dan bakal berhadapan dengan hari raya Aidil Fitri, inilah hadiah kerajaan BN kepada kita," ujarnya.

PAS bersama dengan rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat serta NGO prihatin telah beberapa kali membantah kenaikan minyak sehingga ramai antara mereka terpaksa bermalam dalam lokap.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan debat khas dengan Menteri Penerangan sebelum ini, Datuk Ahmad Shabery Cheek bagi membincangkan isu kenaikan harga minyak ini.

Dipercayai, kenaikan kali ini akan membuatkan kemarahan rakyat kembali semula dan bakal menjana protes sekali lagi.

Ini kerana, barangan keperluan harian sebagaimana biasa akan naik menjelang hari perayaan nanti.

"Kenaikan harga minyak akan menambahkan lagi beban rakyat," kata Salahudin.

Sementara itu banyak pihak menyatakan kenaikan harga minyak oleh kerajaan Barisan Nasional adalah kerana pemborosan kerajaan BN di dalam mengurus dana negara sehingga tidak mampu untuk menampung kenaikan harga minyak pasaran sekalipun ia bersifat sementara sepertimana yang berlaku di era Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai PM.

"Namun ia juga petanda kejatuhan kerajaan UMNO BN dengan lebih cepat," Razman, 51, dipetik sebagai berkata.



Era Najib Altantuya : Demo Desak ADUN Lunas Letak Jawatan

Warga Lunas hari ini mengadakan perhimpunan aman mendesak Adun Mohammad Radzhi Salleh meletak jawatan.

Ahli Parlimen Padang Serai N Gobalakrishnan bersama-sama 300 orang penduduk berhimpun di luar ibupejabat Pakatan Rakyat di Kulim.

Gobalakrishnan berkata warga Lunas berhak kepada Adun yang baru.

"Radzhi gagal menjalankan amanah sebagai wakil rakyat dengan baik, maka warga Lunas berhak kepada Adun yang baru," kata Gobalakrishnan.

Pada 24 Ogos lalu, ketika pilihanraya kecil Permatang Pasir berlangsung, Radzhi bertindak keluar dari Parti Keadilan Rakyat.

Beliau mengumumkan dirinya wakil rakyat bebas, dan menyokong kepimpinan Perdana Menteri Najib Abdul Razak.

Radzhi sebelum itu disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada 4 Jun lalu atas tuduhan penyelewengan membabitkan RM148,000.

Beliau meraih 10,000 majoriti undi dalam PRU12 yang lalu. Penduduk yang ditemui berkata mereka kesal Radzhi telah membelakangi mereka.

Polis dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU), diketuai Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Ghuzlan Salleh, memantau perhimpunan tersebut.

"Tak sangka lah dia akan buat macam ni," kata Siti Faridah. "Saya tidak akan undi dia lagi." -TVA


Era Najib Altantuya : Harga Minyak Naik Sebagai Hadiah Merdeka

Kerajaan telah mengumumkan kenaikan harga minyak sebentar tadi.

RON95 naik dari RM1.75 ke RM1.80 manakala RON97 naik dari RM1.80 ke RM2.05. kenaikan ini berkuatkuasa tengah malam ini.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub telah terlebih awal mengecam sebarang kenaikan harga minyak tersebut.

"Ketika ekonomi rakyat meleset dan bakal berhadapan dengan hari raya Aidil Fitri, inilah hadiah kerajaan BN kepada kita," ujarnya.

PAS bersama dengan rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat serta NGO prihatin telah beberapa kali membantah kenaikan minyak sehingga ramai antara mereka terpaksa bermalam dalam lokap.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan debat khas dengan Menteri Penerangan sebelum ini, Datuk Ahmad Shabery Cheek bagi membincangkan isu kenaikan harga minyak ini.

Dipercayai, kenaikan kali ini akan membuatkan kemarahan rakyat kembali semula dan bakal menjana protes sekali lagi.

Ini kerana, barangan keperluan harian sebagaimana biasa akan naik menjelang hari perayaan nanti.

"Kenaikan harga minyak akan menambahkan lagi beban rakyat," kata Salahudin.

Sementara itu banyak pihak menyatakan kenaikan harga minyak oleh kerajaan Barisan Nasional adalah kerana pemborosan kerajaan BN di dalam mengurus dana negara sehingga tidak mampu untuk menampung kenaikan harga minyak pasaran sekalipun ia bersifat sementara sepertimana yang berlaku di era Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai PM.

"Namun ia juga petanda kejatuhan kerajaan UMNO BN dengan lebih cepat," Razman, 51, dipetik sebagai berkata.

Era Najib Altantuya : Nakhaei Dikecam Kerana Salahkan PR Selangor

Beberapa pemimpin Pakatan Rakyat hari ini mengecam kenyataan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Datuk Nakhaie Ahmad yang cuba mempamirkan kononnya kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang menyebabkan berlakunya ketidak seimbangan jumlah pembinaan rumah ibadat dengan penduduk.

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) dikatakan telah menjalankan kajian berkaitan jumlah pembinaan rumah ibadat yang didapati melebihi jumlah penduduk dan keperluan bukan Islam berbanding masjid dan surau.

Nakhaie berkata, berdasarkan kajian itu jumlah pembinaan kuil bagi masyarakat beragama Hindu tidak seimbang jumlah penganutnya di Malaysia.

Menurutnya, masyarakat negara ini masih mampu bertoleransi dengan mereka, walaupun ternyata pembinaan masjid dan surau masih tidak seimbang dengan jumlah penduduk Islam yang ramai.

"Sebelum ini orang Melayu sudah banyak bertoleransi dan mendiamkan diri dengan masyarakat lain.

“Ini adalah satu cara mereka memprotes kepada Kerajaan Negeri apabila kawasan mereka diceroboh,” katanya.

"Mungkin Nakhaei terlupa bahawa Pakatan Rakyat baru memerintah Selangor pada Mac tahun lalu. Jika ada berlaku ketidak seimbangan rumah ibadat dengan jumplah penduduk ia harus di tanya kepada kerajaan UMNO BN yang memerintah Selangor sebelum ini," ujar seorang pemimpin PKR yang enggan mendedahkan identitinya.

"Beliau cuba untuk meletakkan kesalahan ke bahu kerajaan PR Selangor terhadap masalah yang dibawa oleh UMNO sebelum ini," tambahnya lagi.

Jumaat lalu, segelintir penduduk Seksyen 23, Shah Alam, berarak dengan membawa kepala lembu sebagai tindakan membantah pembinaan kuil Hindu di kawasan penempatan mereka.


Era Najib Altantuya : Guan Eng Cabar Koh Tsu Koon Debat

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mencabar Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon bersemuka dan berdebat dengannya bagi membincangkan pelbagai isu berkaitan negeri ini.

Lim berkata Koh yang merupakan bekas ketua menteri tidak perlu menghantar pemimpin atau anggota partinya bagi merealisasikan cabaran debat berkenaan.

"Kalau dia (Koh) berani berdepanlah dengan saya, jangan hanya menghantar proksi untuk berdebat.

"Saya mengalu-alukan sekiranya beliau mahu berdebat dan memberi jawapan ke atas segala persoalan yang dibangkitkan sejak pakatan pembangkang mengambil alih Pulau Pinang Mac tahun lepas," katanya kepada pemberita selepas hadir pada perarakan Hari Kebangsaan peringkat negeri di sini pada Isnin.

Turut hadir menyaksikan perarakan berkenaan ialah Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas dan Exco kerajaan negeri.

Koh, yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, dilaporkan berkata Gerakan bersedia berdebat dengan kerajaan Pulau Pinang berhubung pelbagai isu berikutan tindakan kepimpinan negeri itu yang sering menyalahkan kerajaan terdahulu apabila timbul sesuatu masalah.

Koh berkata pihaknya akan menghantar pemimpin dan anggota parti terutama di peringkat Pemuda Gerakan yang sentiasa bersedia untuk berdebat dan memberikan fakta jelas.

Lim, yang juga Setiausaha Agung DAP, turut menetapkan syarat supaya debat yang dicadangkan Koh itu disiarkan secara langsung di televisyen bagi mengelak ia diputar belit media.

"Saya bersedia hadir sekiranya debat berkenaan disiarkan secara langsung. Kalau tiada, tidak guna kerana akan ada media memutar belit kenyataan serta fakta diberi," katanya.

Era Najib Altantuya : MCA Di Persimpangan, Panggil EGM

Di dalam satu perkembangan yang meengejutkan Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat mengarahkan supaya diadakan mesyuarat agung luarbiasa (EGM) parti, seminggu selepas parti itu memecat timbalan presiden Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Ong mengeluarkan arahan itu kepada Setiausaha Agung parti Datuk Wong Foon Ming pada pagi Isnin, kata setiausaha politik Ong, Simon Lim.

Wong, semasa dihubungi mengesahkan yang beliau telah menerima arahan daripada Ong supaya diadakan EGM dalam tempoh 30 hari dan beliau sedang dalam proses menetapkan tarikh itu.

"Kami sedang dalam proses menetapkan tarikh, masa dan venue bagi EGM. Saya berharap kami dapat menetapkan semua itu pada hari ini juga dan notis boleh dikeluarkan esok," katanya.

Kelab GB sebelum ini telah menyatakan bahawa ramai pemerhati politik berpendapat tindakan pemecatan Chua Soi Lek akan menyaksikan beberapa orang ahli Parlimen dan ADUN Johor akan bertindak keluar dari MCA.

Yang pasti ialah anak Chua Soi Lek sendiri iaitu YB Chua Tee Yong (Labis) dimana penduduk Labis dikatakan berdiri teguh dengan pendirian Chua Soi Lek dan menentang keputusan Lembaga Disiplin Parti MCA yang dilihat mengenakan tindakan ke atas Soi Lek kerana agenda politik Ong Tee Kita yang merasa kedudukannya terancam selaku Presiden MCA.

Jika hal ini berlaku, akan bertambah kerusi Pakatan Rakyat di Parlimen dan ini akan merupakan tamparan kuat kepada Najib dan Barisan Nasional.

Agenda EGM masih belum ditetapkan lagi tetapi difahamkan antara yang utama ialah usaha mendapatkan sokongan perwakilan terhadap keputusan Majlis Presiden memecat Dr Chua dan undi percaya terhadap kepimpinan Ong, lapor Bernama.

Keputusan Ong untuk mengadakan EGM itu dibuat ekoran bantahan oleh penyokong Dr Chua yang telah melancarkan kempen mengumpulkan tandatangan di kalangan perwakilan parti supaya diadakan EGM.

Mengikut perlembagaan parti, EGM boleh diadakan melalui tiga kaedah -- persetujuan satu pertiga perwakilan, arahan daripada presiden parti, atau persetujuan satu pertiga anggota jawatankuasa pusat parti.

Era Najib Altantuya : Isu Kepala Lembu, Ketua Polis Selangor Dibidas

Banyak pihak membidas polis hari ini kerana lambat menyelesaikan siasatan mereka keatas tunjuk perasaan "kepala lembu".

Ketua Polis Selangor, Khalid Abu Bakar menyatakan polis dijangka menyelesaikan siasatan mereka keatas tunjuk perasaan tersebut esok

Beliau berkata penganjur dan beberapa individu terbabit dalam tunjuk perasaan itu telah dipanggil untuk disoal-siasat dan diambil keterangan.

Sebuah kumpulan khas diwujudkan untuk menyiasat perkara ini bagi mempercepatkan siasatan polis. Khalid menambah kes ini disiasat dibawah Akta Hasutan.

Pihak polis dikritik kerana lambat mengambil tindakan keatas penunjuk perasaan tempoh hari. Khalid berkata polis harus mengikuti lunas undang-undang.

"Kita harus rujuk pendakwaraya terlebih dahulu dan kumpul bukti. Kita tidak boleh semena-mena tahan orang dan dakwa mereka dibawah Akta Hasutan," kata Khalid.

Namun banyak pihak mempertikaikan kenyataan Khalid itu dimana sebelum ini, jika sesuatu perhimpunan tersebut adalah dari Pakatan Rakyat, pihak polis akan menahan dan menangkap pesertanya serta-merta tanpa perlu merujuk pendakwaraya dan mengumpul bukti.

Justeru itu mereka mendesak Khalid meletakkan jawatannya atau dipecat segera kerana didapati tidak kompeten dan tidak bersikap adil di dalam menjalankan tugas dan tanggungjawabnya sebagai Ketua Polis Selangor.

"Kita akan melihat akan lebih ramai pemimpin dan ahli UMNO yang berkurang ajar selepas ini, yang akan memainkan sentimen perkauman yang lansung tidak akan diambil tindakan oleh pihak polis," tegus seorang pemimpin Pakatan Rakyat.



Era Najib Altantuya : Pelabuhan Kelang Berkocak Semula

Ahli Dewan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah (gambar) dilaporkan telah diberi surat tunjuk sebab oleh Pejabat Menteri Besar berhubung tindakannya yang gagal memberikan komitmen selaku wakil rakyat di situ.

Setiausaha Politik Menteri Besar, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, Badrul Hisham diberi tempoh selama 14 hari dan surat itu disahkan diterima oleh isterinya di rumah wakil rakyat itu di Kampung Raja Uda, di sini.

Katanya, wakil rakyat itu sehingga kini belum memberi maklum balas terhadap surat berkenaan dan beliau sendiri (Nik Nazmi) belum berjumpa dengan Badrul berhubung pelbagai isu yang hangat diperkatakan terutama peranannya selaku wakil rakyat di sini.

“Kali terakhir saya berjumpa dengan Badrul Hisham tiga bulan yang lepas selepas mengadakan perbincangan berhubung bantahan penduduk dan akar umbi yang tidak berpuas hati dengan sikapnya yang sukar dihubungi dan jarang turun padang.

“Namun, saya meminta Badrul Hisham berbincang agar dapat kita bersama-sama mencari jalan penyelesaian terbaik mengatasi kemelut yang berlaku” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Majlis Bayaran Faedah Skim Mesra Usia Emas (SMUE) Fasa Kedua Daerah Klang.

Turut hadir Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali dan ADUN Pandamaran, Ronnie Liu.

Pada majlis itu, seramai 50 waris menerima skim berkenaan termasuk dari DUN Pandamaran dan Selat Klang.

Nik Nazmi berkata, beliau menolak dakwaan Badrul Hisham yang didakwa kecewa dengan tindakan Kerajaan Negeri yang melantik pegawai DUN bagi menggalas tanggungjawab wakil rakyat di kawasannya berikutan kegagalan ADUN berkenaan menjalankan tugasan sejak dipilih Mac tahun lalu.

“Masalah itu tidak timbul kerana matlamat kita adalah memberikan perkhidmatan untuk rakyat dan jika Badrul ingin bekerjasama dengan pihak yang dilantik, kita amat mengalu-alukannya,” katanya.

Sementara itu banyak pihak menggesa ADUN Pelabuhan Kelang itu menyatakan pendiriannya secara gentleman dan berterus terang samada beliau ingin melompat atau terus kekal dengan PKR.

Berita mengenai sikap Badrul yang meragukan tersebar awal tahun ini namun beliau telah menafikan desas-desus untuk meninggalkan PKR menyertai UMNO.

Kerus Pelabuhan kelang telah dimenangi oleh Badrul Hisham di atas tiket PKR dengan majoriti 4,407 undi mengalahkan Roselinda Abdul Jamil dari BN.

Era Najib Altantuya : SPRM Berbelit-belit, Kejap Saksi, Kejap Suspek

Keluarga Setiausaha Politik kepada Exco Selangor yang ditemui mati di bawah pengawasan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Teoh Beng Hock, berdukacita dengan tuduhan rasuah yang dilemparkan suruhanjaya itu terhadap mangsa di inkues minggu lalu.

Adik kepada mangsa, Teoh Lee Lan, berkata SPRM bermuka-muka kerana sebelum ini mengesahkan Beng Hock dipanggil sebagai saksi, dan bukannya suspek dalam siasatan keatas kerajaan Selangor.

"SPRM menegaskan sebelum ini bahawa Beng Hock adalah saksi dalam penyiasatan. Sekarang Mohd Anuar (pegawai penyiasat) tuduh abang saya terima sogokan," kata Yee Lan.

Mohd Anuar Ismail, seorang pegawai penyiasat SPRM, ketika dipanggil ke kandang saksi pada 26 Ogos lalu mendakwa Beng Hock menerima wang dari sebuah syarikat swasta sebanyak RM112.

"Mengapa Mohd Anuar fitnah Beng Hock?" soal Lee Lan.

Beng Hock ditemui mati dipercayai terjatuh dari tingkat 14 ibupejabat SPRM Selangor, Plaza Masalam. SPRM sebelum ini mendakwa Beng Hock dipanggil sebagai saksi dalam operasi besar-besaran agensi itu terhadap kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. Mangsa maut selepas disoalsiasat selama 10 jam tanpa henti.

Koroner, Azmin Muntapha Abas, atas permintaan peguam Gobind Singh Deo, mengarahkan supaya dakwaan Mohd Anuar itu ditarik-balik dari rekod inkues.

Lee Lan bagaimanapun berkata fitnah itu sudah terpalit ke muka mangsa. Beliau menuntut SPRM menunjukkan bukti rasuah itu segera, atau memohon maaf kepada keluarganya.

"Bukti diperlukan untuk menzahirkan kebenaran dan keadilan untuk terlaksana," kata Lee Lan.

"Membuat tuduhan terhadap seseorang yang tidak lagi boleh mempertahankan dirinya adalah perbuatan keji dan tidak boleh diterima sama-sekali," tambahnya. -TVA

Era Najib Altantuya : YB Rodziah Selar Akhbar Putarbelit Kenyataannya

Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Tiga yang juga exco kerajaan Negeri Selangor, YB Rodziah Ismail hari ini menyelar sebuah akhbar harian yang disifatkan mengeluarkan laporan dan berita yang mengelirukan dan memutarbelitkan kenyataannya.

Akhbar Sinar Harian di dalam pada hari semalam telah menyiarkan berita bertajuk ”ISA kepada yang terlibat: Exco” di mukasurat pertama dan Rodziah menyatakan bahawa tajuk berita yang disiarkan adalah mengelirukan atau misleading kerana beliau tidak pernah menyarankan agar Akta Keselamatan Dalam Negeri(ISA) digunakan ke atas mereka yang menyertai perhimpunan itu.

Rodziah menjelaskan ketika ditemui wartawan, beliau mempersoalkan double standard yang diamalkan oleh pihak pemerintah kerana kelihatan hanya menggunakan ISA ke atas pemimpin Pakatan Rakyat yang didakwa menimbulkan isu perkauman sepertimana dilalui oleh Exco Kerajaan Negeri Teresa Kok tahun lepas, tetapi tiada tindakan dikenakan ke atas pimpinan atau penyokong Barisan Nasional yang menjurus kepada ketegangan perakuman sepertimana disaksikan dalam perarakan kepala lembu di depan Bangunan SUK pada Jumaat lalu.

Katanya, adalah jelas bahawa ISA digunakan oleh pihak pemerintah hanya untuk memburukkan imej pimpinan Pakatan Rakyat. Untuk menghalalkan penggunaan ISA, pimpinan Pakatan Rakyat dikaitkan pula dengan isu ketegangan perkauman.

Justeru itu, beliau menekankan bahawa beliau tetap berpegang kepada pendirian bahawa ISA harus dimansuhkan kerana ISA telah memberi kuasa yang terlalu besar kepada Menteri Dalam Negeri sehingga bertindak secara selektif serta menafikan hak perbicaraan dan hak untuk membela diri seseorang.

Beliau berharap pelaporan berita ke atas isu pemindahan kuil dari Seksyen 19 ke Sekysen 23 ini tidak teralih dari masalah pokoknya, iaitu isu perancangan komuniti yang bakal diselesaikan dalam pertemuan dengan penduduk Seksyen 23 pada 5 September nanti.

Di dalam satu perkembangan lain, akhbar Sinar Harian telah sekali lagi cuba mengellirukan pembacanya dengan menggunakan laporan beritanya yang salah itu untuk mendapatkan pandangan dari Setiausaha Agong UMNO, Ahmad Maslan.

Menurut laporan Sinar Harian hari ini, Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri mempersoalkan desakan pemimpin PR yang mahukan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) digunakan terhadap kumpulan penunjuk perasaan sedangkan mereka sebelum ini menolak penggunaan akta tersebut.

“Itu adalah suatu yang pelik kerana pembangkang sanggup berdemonstrasi besar-besaran mahukan ISA dihapuskan tetapi sekarang mahukan akta tersebut digunakan pula.

“BN sudah lama dahulu mengetahui bahawa dalam kes-kes tertentu ISA patut digunakan kerana kita memahami akta terbabit tidak akan disalah gunakan untuk kepentingan sendiri,” katanya.

Penafian Rodziah menunjukkan Ahmad Maslan tidak lansung menyemak fakta kebenaran persoalan yang dikemukakan oleh wartawan akhbar picisan, Sinar Harian tersebut tetapi lebih selesa untuk mengulas mengikut kehendak nafsunya sekalipun berasaskan kepada laporan berita yang salah.


Era Najib Altantuya : ADUN Lunas Tidak Bermaruah, Didesak letak Jawatan

Tekanan semakin hebat ke atas Adun Lunas, Mohd Radzhi Salleh agar beliau melepaskan jawatan Adunnya selepas keluar dari PKR menjadi Adun bebas, harakahdaily dipetik.

Ini kerana, mereka mengundi Radzhi kerana dia bertanding atas tiket PKR bukannya bebas apatah lagi menjadi alat kepada Barisan Nasional (BN) pula.

Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan mendesak Radzhi supaya melepaskan jawatan beliau sebagai Adun Lunas kerana ianya tidak bertepatan dengan kehendak penduduk dan pengundi kawasan tersebut.

Menurut beliau pada pilihan raya umum yang lalu pengundi kawasan tersebut mengundi calon daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Justeru itu sebagai menghormati para pengundi dan penduduk kawasan yang dimenangi oleh Radzhi atas tiket PKR itu maka beliau harus mengosongkan kerusi tersebut supaya ia dipulangkan kepada pengundi dan penduduk kawasan tersebut untuk membuat pemilihan.

"Beliau telah mengkhianati kepercayaan yang telah diberikan oleh pengundi kepadanya.

"Jika beliau memang seorang yang berpendirian maka beliau akan melepaskan jawatan sebagai Adun Lunas dan memulangkan kepada pengundi dan penduduk untuk membuat keputusan samada mahu menerimanya atas tiket bebas atau sebaliknya," kata Gobala.

Lunas adalah salah Dun di bawah Parlimen Padang Serai yang diwakili Gobala.

Sementara itu Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar pula menyatakan bahawa Radzhi harus sedar dengan perkenan Tuanku Sultan Kedah untuk menggugurkan beliau sebagai Exco sudah jelas membuktikan kemurkaan Tuanku dengan perbuatan beliau.

"Saya yakin keputusan yang telah diambil oleh Tuanku Sultan untuk menggugurkan Radzhi daripada jawatan Exco adalah untuk menjaga nama baik istana. Radzhi sepatutnya faham mesej yang ingin disampaikan oleh Tuanku kepada beliau.

"Pada waktu yang sama selepas beliau dilucutkan daripada jawatan Exco maka pada ketika itu juga Radzhi sepatutnya melepaskan jawatan sebagai Adun Lunas.

"Saya juga yakin majoriti daripada pengundi dan penduduk yang diwakili beliau itu mahukan kerusi Lunas dikosongkan selepas kemenangan beliau dalam pilihan raya umum yang lalu adalah atas tiket PKR dan bukannya Bebas."

Radzhi sebelum ini mengambil keputusan keluar dari PKR setelah mendakwa hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti dan menjadi Adun Bebas.

Rentetan daripada itu beliau kemudian telah dilucutkan jawatan sebagai Exco Pelancongan, Pembangunan Masyarakat dan Sumber Tenaga Manusia oleh Tuanku Sultan Kedah.

Era Najib Altantuya : BN Semakin Rapuh, Krisis MCA Parah

Kemelut yang berlaku dalam MCA memberi gambaran jelas bahawa Barisan Nasional (BN) kini semakin rapuh, demikian kata Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Fariz Musa.

Menurut Fariz, MCA adalah parti komponen terbesar BN selepas UMNO dan segala masalah berlaku terhadapnya akan memberi kesan buruk yang besar kepada BN terutama dari segi kepercayaan serta sokongan rakyat.

"Keadaan itu memberi kelebihan kepada pakatan pembangkang dan AMK mengalu-alukan keputusan bekas Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek sama ada ingin menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau DAP.

“Beliau (Soi Lek) kini individu yang tidak mempunyai parti, biarlah beliau membuat keputusan terbaik ,” katanya.

Sementara itu ramai pemerhati politik berpendapat tindakan pemecatan Chua Soi Lek akan menyaksikan beberapa orang ahli Parlimen dan ADUN Johor akan bertindak keluar dari MCA.

Yang pasti ialah anak Chua Soi Lek sendiri iaitu YB Chua Tee Yong (Labis) dimana penduduk Labis dikatakan berdiri teguh dengan pendirian Chua Soi Lek dan menentang keputusan Lembaga Disiplin Parti MCA yang dilihat mengenakan tindakan ke atas Soi Lek kerana agenda politik Ong Tee Kita yang merasa kedudukannya terancam selaku Presiden MCA.

Jika hal ini berlaku, akan bertambah kerusi Pakatan Rakyat di Parlimen dan ini akan merupakan tamparan kuat kepada Najib dan Barisan Nasional.


Era Najib Altantuya : Mood Rakyat Tolak BN

Pas tidak menganggap faktor utama yang menyebabkan parti itu mencapai kemenangan besar pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir disebabkan kelemahan calon Barisan Nasional (BN), Rohaizat Othman.

Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman berkata, pada pilihan raya kecil faktor calon tidak memainkan peranan utama dalam memenangkan parti yang bertanding.

“Kita akui calon BN lemah kerana mempunyai banyak isu berbangkit, tetapi dalam pilihan raya kecil, faktor calon hanya memainkan enam hingga 10 peratus sahaja dalam mempengaruhi pengundi.

“Apa yang berlaku di Permatang Pasir adalah sama seperti pilihan raya kecil terdahulu iaitu ‘mood’ rakyat masih menolak apa yang diperjuangkan oleh Barisan Nasional (BN), itu yang memenangkan Pas” katanya semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan penganalisis politik serta pimpinan Pakatan Rakyat (PR) yang mendedahkan faktor calon BN yang mempunyai banyak masalah penyebab utama Pas dapat mengekal kerusi tersebut dengan majoriti yang tinggi.

Rohaizat menimbulkan kontroversi apabila dikaitkan isu pembatalan lesen guamannya dan pendedahan daripada Pemuda Pas yang mendakwa beliau mempunyai dua isteri.

Abdul Halim berkata, UMNO akhirnya tetap ditolak rakyat Permatang Pasir sekalipun calon mereka dikenali bermoral dan amanah, kerana parti itu sendiri dikenali khalayak sebagai parti tiada sahsiah.

Sementara itu, Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua sependapat dengan Halim dan menggagap UMNO mengatur strategi salah di Permatang Pasir.

Menurutnya, isu yang dibawa UMNO pada pilihan raya kecil itu tidak melambangkan mereka mengamalkan 1Malaysia seperti dilaungkan Perdana Menteri.

Namun begitu, Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan menafikan bahawa BN kalah dalam lima pilihan raya kecil yang diadakan, sebaliknya menjelaskan parti itu hanya tewas di Kuala Terengganu.

Menurutnya, kepimpinan Pakatan Rakyat harus menyedari kerusi yang dipegang BN sebelum berlaku pilihan raya kecil hanya melibatkan Batang Ai dan Kuala Terengganu. -SH

Era Najib Altantuya : MERDEKA - Tolak Politik Perkauman

Setelah 52 tahun Merdeka adalah amat penting untuk generasi muda Malaysia kembali melihat dan memahami semangat kemerdekaan itu sendiri. Intipati kemerdekaan terkandung dengan jelas di dalam Pemasyhuran Kemerdekaan yang menekankan aspek keadilan dan kebebasan untuk rakyat negara tercinta.

Namun setelah 5 dasawarsa, terdapat rakyat yang tidak mampu menghayati erti kemerdekaan dan menganggap merdeka membolehkan mereka untuk hidup tanpa memikirkan mengenai masa depan negara dan kepentingan bersama. Golongan ini mengambil mudah kemerdekaan yang diperolehi dengan membayar harga yang mahal oleh generasi pengasas negara ini yang mengorbankan harta benda, kebebasan dan darah.

Lebih malang apabila pemerintah sendiri lupa dan khianat kepada teras kemerdekaan yakni menjamin keadilan dan kebebasan untuk rakyat berbilang keturunan dan agama. Pemerintah hari ini bertindak sewenang-wenangnya merebut kekayaan negara untuk kepentingan diri sendiri dan kroni. Pada masa yang sama sentimen perkauman dipai-apikan sehingga menimbulkan syak wasangka, salah faham dan permusuhan antara kaum.

Pemerintah BN hari ini melabelkan sesiapa yang cuba mempertahankan hak sah semua kaum dan memupuk perpaduan sebagai pengkhianat. Walhal mereka yang khianat dengan menjual tanah dan kepentingan strategik negara kepada orang asing. Mereka juga khianat dengan mengajak rakyat untuk bermusuhan. Mereka mahu Melayu menaruh prasangka dan membenci kaum lain. Pada masa yang sama mereka mahu orang Cina, India dan Bumiputra merasa terancam dan membenci orang Melayu. Lagak mereka ini tidak ubah seperti penjajah yang mengamalkan dasar pecah dan perintah (divide and rule).

Semua ini mereka lakukan dengan tujuan yang sama seperti penjajah, iaitu untuk mengekalkan hegemoni dan penguasaan mereka. Tatkala rakyat disibukkan dengan permusuhan dan kebencian, pemerintah akan bebas merompak kekayaan negara ini. Mereka mengalihkan perhatian rakyat untuk mengekalkan penguasaan mereka dan memudahkan mereka merompak di siang hari.

Kerana itu saya menyeru rakyat Malaysia, khususnya anak muda, untuk memainkan peranan utama mempertahankan kemerdekaan negara dengan menentang sikap perkauman. Pada masa yang sama kita perlu memberi perhatian khusus kepada korupsi dan berjuang menentang amalan rasuah dan pengelewengan. Kita mesti berani untuk mengatakan tidak kepada tindakan-tindakan korup pemerintah.

Anak muda mempunyai tanggungjawab besar untuk bergerak aktif memperjuangkan semangat kemerdekaan melalui parti politik, gerakan masyarakat dan pelbagai wadah lain termasuk menyampaikan mesej melalui seni budaya dan sebagainya. Peranan paling asas yang perlu dilaksanakan ialah dengan mendaftarkan diri sebagai pengundi dan keluar mengundi dalam setiap pilihanraya.

Sebagaimana anak-anak muda negara ini bersama dalam perjuangan menuntut kemerdekaan, anak muda sekarang perlu memastikan suara, harapan dan buah fikiran mereka juga turut sama dalam membentuk halatuju dan masa depan negara ini. Ini tanggungjawab anak merdeka.

Kerana kita mahukan masa depan yang lebih baik, negara yang adil, bebas dan harmoni; kita perlu berusaha mendapatkannya. Sebagaimana para pejuang kemerdekaan menghadapi penjajah dengan berani, anak muda juga perlu menghadapi pemerintah hari ini dengan berani.

Bersama kita lakukannya !

Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua
Angkatan Muda Keadilan Malaysia

Era Najib Altantuya : Permatang Pasir - Satu Tinjauan Semula

Pas kalau menang pun atas ehsan undi Cina (25%). Ini terbukti di Bukit Gantang, undi Melayu memihak kepada Umno dan Pas menang undi Cina khususnya dari Kuala Sepetang. Janji tanah 900 tahun beb!” Sekali lagi penghantar bergelar Nasi Siru yang saya tak kenali, yang sering menggambarkan kegelisahan jiwanya melihat kebangkitan rakyat menolak Umno sekarang.

Saya meneliti keputusan Pilihanraya N 11 25. 8.2009 ini melalui cartanya:
Jumlah keluar mengundi 72.78% atau 14,768 (SPR kena kaji semula tentang % ini)

Jumlah undi Pas 9618
Jumlah undi BN 5067
Rosak 83.

Undi dari Kg. Cross Street yang keseluruhannya orang Cina:
Saluran 1 Pas 125 BN 66
Saluran 2 Pas 278 BN 66
Saluran 3 Pas 270 BN 75
Saluran 4 Pas 265 BN 95

Kalau ini menjadi hujjah dan anggapan dengki - benci tak ketahuan hala penghantar e mail ini, memang betul. Tetapi bagaimana kedudukan di bawah, di sembilan daerah mengundi di N.11 yang pengundinya Melayu? Lihat keputusannya:

Sama Gagah, ada lima saluran, tak satu pun BN menang.
Permatang Ara, lima saluran, hanya satu saluran yang Pas kalah 24 undi. (Saluran 1 ialah saluran orang tua, yang dulu,kini dan selamanya)
Permatang Pauh empat saluran tak satu pun BN memang.
Bukit Indera Muda ada lima saluran, hanya saluran satu saja yang kalah 24 undi.
Kampung Pelet ada 4 saluran. Satu pun BN tak menang.
Kubang Semang ada 3 saluran, tak satu pun BN menang.
Begitu juga Tanah Liat Mukim 8, Permatang Tengah yang semunya pengundi Melayu, tak pula ada BN yang menang.

Kesimpulannya, dakwaan kalau pengundi Melayu, BN pasti menang ternyata meleset. Malah pengundi Melayu sudah bijak memilih dasar sesebuah parti dengan pelaksanaan dasar sesebuah parti yang sekian lama membohongi rakyat.

Bayangkan jika lebih 20,000 pengundi dihabuankan dengan seorang RM300, telekong, sejadah, pelekat, titi segera, rumah segera, upah pegang bendera, upah panjat tiang, segala macam logistik dan sagu hati orang tengah, poster dan lain-lain sogokan, berapa banyak yang dibelanjakan oleh BN?

Allaaaa, sakit hati dibuatnya.

Komen Datuk Sri Najib, Presiden Umno/BN akan mengkaji semula, rasanya tak perlu menghabiskan wang dan masa. Apa yang berlaku sebenarnya rakyat sudah tidak mahu terima lagi dasar Umno/BN yang selama 50 tahun, hanya mengenyangkan tembolok sebahagian orang. Banyak kesilapan yang tidak dapat dibetuli, menjadi rakyat perlu kepada perubahan atau kebanyakannya mengambil sikap ‘protes’. Laungan perlu kepada pembangunan dan kekalahan BN menunjukan rakyat tidak mahu pembangunan, satu dakwaan lemah. Pembangunan bukan hanya Umno/BN tetapi ia menjadi tanggung jawab sesebuah kerajaan.

Umno hanya tunjuk projek mega, tapi tidak sedar cukai tanah.
Umno hanya tunjuk indek dan saham, tapi tidak sedar saham Bumiputera yang lesap.
Umno hanya melaung Tekun dan Subsidi tapi tidak melihat tanah tergadai.
Umno hanya melihat 1Malaysia tetapi tidak melihat rakyat seluruh Malaysia.
Umno asyik mengubah imej Islam,termasuk Hadari tetapi tidak ‘kaffah’ Islamnya.
Umno menyumbang RM10 ringgit, tetapi menarik RM1,000.

Umno/BN perlu ubah pendekatan berkempen. Kalau sekadar telekong, sejadah, titi parit tepi sawah dan sagu hati dalam sampul surat, Pak Kasa di Kubang Semang pun tergelak. Menggunakan polis mengawal keselamatan, tidak memberi kesan kepada pengundi memangkah BN kalau institusi ini diperkuda. Misalnya di satu tempat mengundi, polis muda menjerkah orang Pas supaya melondeh baju yang ada lambang bulan, tetapi dalam masa yang sama buat dono kepada Putri Umno yang mengibar lambang dacing.

Ahhh, macam-macam lagi perkara yang menuntut Umno/BN perlu mengubahnya, terutama dasar parti itu. Rakyat sekarang melihat, apa yang dilakukan bukan hanya galak menerima sumbangan bermusim.

Manakala Pas, apa yang perlu di post mortem ialah kebijaksanaan menggunakan masa, menjadualkan masa dan tidak membazir masa. Hal ini sangat lemah bagi Pas.

Mungkinkah akan ada lagi di Padang Serai atau di Kota Siputeh? Rasa-rasanya Umno/BN pening lagi. -Azizi Abdullah

30 Ogo 2009

Era Najib Altantuya : Kredibiliti Musa Hassan Dipersoal Untuk Disambung Perkhidmatannya Selaku KPN

Sikap Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan yang enggan mengulas tuduhan bahawa beliau mengizinkan penjenayah menguasai pasukan polis menimbulkan persoalan besar terhadap kredibilitinya, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, lapor harakahdaily.

Malah, katanya lagi, ia juga menyebabkan kredibiliti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein lebih dipertikaikan.

"Mengapa selepas mengambil alih kerajaan April lalu, Najib dan Hishammuddin terus mengekalkan seorang KPN yang telah begitu lama dipertikaikan kredibilitinya?

"Sama seperti kita mahukan seorang Perdana Menteri yang bersih dan dilihat bersih sejak dari mula Najib menyandang jawatan itu, kita juga mahukan seorang KPN yang bukan sahaja bersih tetapi dilihat bersih.

"Amat mengecewakan apabila hendak melantik KPN yang bersih dan dilihat bersih pun tidak mampu dilakukan oleh kerajaan Najib," kata Salahuddin.

Mengulas lanjut keengganan Musa mengulas pelbagai tuduhan terhadapnya itu, beliau berkata, "itu bukan sifat seorang KPN".

Sepatutnya, kata Salahuddin, Musa berdiri tegak untuk menangkis pelbagai tuduhan terhadapnya.

"Umno tidak henti-henti memperlekehkan kenyataan-kenyataan bersumpah yang disiarkan oleh Raja Petra (Kamarudin) sebagai tidak ada nilai, bohong dan sebagainya.

"Kenapa Musa tidak matikan sama sekali pendedahan Raja Petra kalau pendedahannya tidak ada nilai dan bohong?

"Bukankah orang kita terkenal dengan pepatah berani kerana benar?" kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu.

Dalam laman web kelolaannya, Malaysia Today, Raja Petra semalam menyiarkan kenyataan bersumpah yang mengandungi pelbagai tuduhan terhadap Musa.

Malaysiakini melaporkan, Musa enggan mengulas tuduhan-tuduhan itu.

Walaupun dipadamkan identiti dan beberapa maklumat lain dalam kenyataan bersumpah itu, Raja Petra berjanji akan menyiarkan kesemuanya jika perkhidmatan Musa sebagai KPN disambung semula.

Dalam kenyataan bersumpah yang dikatakan dibuat oleh seorang pegawai polis yang pernah menjadi pembantu peribadinya (aide-de-camp atau ADC), Musa dituduh menyebabkan pasukan polis dikuasai penjenayah berikutan hubungannya dengan kumpulan itu.

Pegawai polis itu menuduh Musa membiarkan kepala-kepala penjenayah memanipulasi kenaikan pangkat anggota polis dan penentuan jawatan mereka.

Sebagai ADC kepada Musa, kata pegawai polis itu, beliau diarahkan untuk "menyelaraskan arahan mengenai pangkat dan jawatan para pegawai polis berdasarkan draf dan cadangan yang dibuat oleh BK Tan".

Laporan sebelum ini mendakwa Tan adalah kepala sindiket jenayah terancang yang menguasai dadah, persundalan, ceti haram dan rangkaian perjudian haram di seluruh Malaysia. Beliau juga didakwa menguasai sistem maklumat berkomputer polis.

Pegaawai polis itu juga mendakwa bahawa sesetengah arahan pertukaran dibuat dengan tujuan untuk memerangkap pegawai yang diarahkan berpindah itu.

Sesetengah arahan pertukaran pula dibuat untuk memperlihatkan seolah-olah Musa melakukannya dengan tujuan menghapuskan rasuah.

Musa juga dituduh mengarahkan supaya diwujudkan blog tanpa nama pemiliknya untuk menuduh Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd Johari Baharum menerima rasuah RM5.5 juta dari tiga kepala penjenayah.

Johari pada masa itu ialah Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan dikatakan tidak mempunyai hubungan baik dengan Musa.

Kenyataan bersumpah pegawai polis yang mendakwa pernah menjadi ADC kepada Musa itu juga mengulangi tuduhan bahawa Musa berada di sebalik pakatan jahat ke atas bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Datuk Ramli Yusof dan lain-lain pegawai yang terlibat menyiasat beberapa kepala penjenayah.

Ramli dan pegawai-pegawai tersebut sebelum ini menghadapi tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang ketika itu dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Pegawai polis tersebut juga menyatakan beliau pernah memaklum dan mengadukan perkara itu kepada begitu ramai pembesar termasuk Johari sendiri dan bekas Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Datuk Sri Mohd Radzi Sheikh Ahmad.

"Bagaimanapun, tidak banyak yang dapat dilakukan bila perkhidmatan Musa (sebagai KPN) dilanjutkan dua tahun lagi pada Julai 2007 lalu oleh Perdana Menteri sebelum ini, (Tun) Abdullah Ahmad Badawi yang juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri ketika itu.

"Ia menjadi pengesahan yang sangat kuat bahawa kerajaan berada di belakang Musa sepenuhnya," kata pegawai polis itu dalam kenyataan bersumpahnya.

Menurut Raja Petra, terdapat tanda-tanda bahawa kerajaan mahu menyambung lagi perkhidmatan Musa untuk kali ketiga apabila tempoh perkhidmatannya kini tamat pada 14 September akan datang.

"Ini bermakna kumpulan kongsi gelap Cina akan terus menguasai pasukan polis dan menentukan siapa yang ditukarkan, dinaikkan pangkat, diturunkan pangkat dan dicampak ke dalam penjara.

"Ya, mereka bertindak sehingga ke peringkat mencampakkan pegawai-pegawai polis yang enggan 'berkerjasama' ke dalam penjara. Dan, hari ini, kami mengemukakan bukti mengenainya," kata Raja Petra

Era Najib Altantuya : Arak Kepala Lembu Boleh Timbulkan Tindakbalas Anarki

Adalah amat pelik dan mendukacitakan apabila melihat tindakan sekumpulan 50 penduduk mengarak kepala seekor lembu, melaungkan kata-kata provokatif dan bertakbir tidak pada tempatnya. Ia dilakukan pada hari (Jumaat) dan di bulan (Ramadan) yang cukup mulia bagi umat Islam.

Seharusnya, bulan Ramadan ini dapat melatih kita untuk menundukkan nafsu amarah yang merajalela dalam diri. Tindakan kumpulan ini adalah terasing dan bukan mewakili kehendak Islam.

Agama mengajar kita agar menangani isu-isu seperti yang dihadapi dengan penuh kesabaran, bijaksana dan berhikmah. Kebebasan bersuara dan memberikan pandangan adalah suatu perlu diizinkan.

Inilah iklim yang kita mahu demi membina masyarakat madani dan masa depan negara yang lebih gemilang. Namun, apabila kita lupa kepada adab dan susila yang sewajibnya, ia jadi memalukan diri sendiri, menjatuhkan imej agama dan mencalar maruah umat.

Malah, lebih parah ia boleh menimbulkan tindakbalas anarki yang mungkin tidak mampu kita kendalikan lagi. Garis panduan mengenai hal ini telahpun digariskan Allah di dalam Al Quran yang bermaksud:

“Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan.”(Al-An'am: 108).

Jelasnya, tindakan provokatif ke atas agama lain seperti ini boleh mencetuskan reaksi dan ketegangan yang tidak perlu sama sekali dalam masyarakat Malaysia yang majmuk dan harmoni ini.

Bukankah Islam itu merupakan agama pelindung dan rahmat untuk sekalian alam?

Melihat kepada ironisnya peristiwa yang terjadi, kita mengesyaki bagaikan ada pihak tertentu yang mengambil kesempatan untuk memenuhi agenda politik tersirat yang telah dirancang lebih awal. Maka itu, semua pihak perlu berhati-hati dan berwaspada.

Dengan kejadian ini, kita menuntut agar tindakan segera hendaklah dilakukan oleh semua pihak berwajib — polis, Kerajaan Negeri dan pihak berkuasa agama sendiri.

Siasatan perlu perlu dibuat, siapa sebenarnya mereka (khususnya kewujudan individu yang tidak dikenali bersama kepala lembunya), siapa di belakang mereka dan apakah matlamat mereka sebenarnya. Kita juga memohon kesabaran dan ketenangan semua pihak.

Suasana dialog dan mesyuarah dalam menyelesai segala kemelut yang berlaku hendaklah disuburkan. Ini sudah pasti dapat meningkatkan persefahaman dan saling menghormati di antara satu sama lain.

Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakatnya.

Bukankah Islam itu agama yang membawa kesejahteraan? -Dr.Muhammad Nur Manuty


Era Najib Altantuya : Rakyat Nilai SPRM Selasa Ini

Rakyat 1Malaysia akan menilai keadilan dan ketelusan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) di dalam mengendalikan dan menetapkan samada SPR mengikut undang-undang atau mengikut kepentingan parti kerajaan UMNO BN apabila SPR membuat keputusannya di dalam menentukan kedudukan kerusi DUN Seputeh, Kedah.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, pihaknya akan meneliti semua aspek dengan tumpuan kepada soal perundangan sama ada kerusi itu perlu dianggap kosong, sekali gus mengadakan pilihan raya kecil.

SPR mempunyai kuasa muktamad untuk mengisytiharkan kekosongan mana-mana kerusi dan diadakan pilihan raya kecil.

"Kita akan bincang semua aspek secara menyeluruh, mempertimbangkan dari segi perundangan dan dari segi moral tetapi lebih kepada soal undang-undang," katanya lagi.

Jika diputuskan wujud kekosongan sudah pasti pilihan raya kecil akan diadakan, kata beliau.

Pilihan raya kecil itu menjadi sebutan banyak pihak ekoran kemungkinan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Seputeh, Datuk Abu Hassan Sarif - dari Umno-BN - digugurkan daripada jawatannya kerana gagal hadir dua kali sidang DUNtanpa kebenaran Speaker.

Oleh itu, SPR telah meminta pandangan penasihat undang-undangnya dan juga Jabatan Peguam Negara mengenai isu berkenaan.

Pada 18 Ogos lalu, Speaker DUN, Datuk Dr. Abdul Isa Ismail berkata, beliau sudah menghantar surat kepada SPR memaklumkan mengenai kegagalan Abu Hassan hadir sidang DUN pada 19 April dan 16 Ogos lalu.

Mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah, mana-mana ahli dewan yang tidak hadir pada sidang DUN selama dua kali berturut-turut tanpa kebenaran Speaker, tempatnya hendaklah dikosongkan.

Kerusi itu dimenangi Abu Hasan dengan majorti 495 undi. Lawannnya, Ismail Wan Teh dari PAS menerima 7,665 undi.

Sejak Pilihanraya Umum yang lalu, negara telah mengharungi lapan kali pilihanraya kecil dan daripadanya, tujuh telah dimenangi oleh Pakatan Rakyat. BN hanya memenangai satu iaitu di Batang Ai sarawak.

UMNO BN telah lama mengelak untuk berpilihanraya kerana mengetahui arus kebangkitan rakyat semenjak pilihanraya umum ke 12 tahun lalu tidak memihak kepadanya, apa tah lagi parti-parti komponen BN terutama MCA, MIC dan PPP kini sedang menghadapi kemelut dan krisis yang parah yang memungkinkan kekalahan teruk BN di dalam mana-mana pilihanraya kecil ketika ini.

Era Najib Altantuya : Arak Kepala Lembu, Islam UMNO Tak Bawa Ke Syurga, Benar Kata TGNA

Melayu Mudah Lupa

Benar sekali ungkapan bekas Presiden sebuah parti tua di Malaysia, bernama UMNO, iaitu Melayu Mudah Lupa, sedikit masa dulu, iaitu saat sebelum kejatuhannya.

Adakah ‘penyokong – penyokong’ UMNO ini, yang mengarak kepala lembu dan memijak – mijak nya, dengan tujuan menghina agama kaum lain, mampu membawa mereka ini ke Syurga? Bukan kah kata – kata keramat itu lahir dari pemimpin agung parti mereka sendiri?

Islam Yang Dibawa UMNO Tidak Membawa Penyokongnya Ke Syurga

Lebih benar lagi kata – kata yang disebut oleh TGNA beberapa hari lalu.

Peristiwa mengarak kepala lembu dan memijak – mijaknya sebagai tanda protes bagi pembinaan sebuah kuil di Shah Alam , oleh sekumpulan ‘penyokong – penyokong’ UMNO, adakah melambangkan benar sekali kata – kata TGNA ?

Boleh kah orang – orang sebegini mampu mendapat keredhaan Allah untuk ditempatkan di dalam Syurga milikNya ?

Bukan kah dalam islam itu ada toleransi beragama. Islam yang diturunkan tidak memusuhi sebarang bentuk ajaran dan agama lain.

Jadi adakah islam yang dibawa dan dipegang oleh ‘penyokong – penyokong’ UMNO ini serupa dengan islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw ? -prof

Era Najib Altantuya : Sidang Bawah Pokok Episod Kedua?

Kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN Pakatan Rakyat Perak akan hadir ke Sidang Dun Rabu depan seperti notis panggilan yang telah dikeluarkan speaker V.Sivakumar kepada mereka.

DS Nizar memaklumkan bahawa persiapan Dun Perak kali ini telah dibuat lebih rapi, sejak enam bulan yang lalu.

Pihak Polis dan FRU tidak boleh lagi menghalang sidang Dun tersebut dari terus berlangsung, sebagaimana yang pernah mereka lakukan dalam peristiwa 'Perak Yang Gelita' (1Black Perak), 7 Mei lalu.

"Saya berasa ia (Perak Yang Gelita) tidak akan berlaku kerana Tuan Speaker (Sivakumar) telah membuat suatu persiapan yang lebih serius sejak enam bulan lalu. Sivakumar telah memohon daripada Mahkamah Tinggi Ipoh supaya ianya (sidang dun) tidak akan dihalang Polis dan FRU."

"Kami (Pakatan) merasakan kalaulah kemasukan kami (ke Dun) itu dihalang kerana mahkamah tidak memberikan pengisytiharan, maka ia sesuatu yang bertentangan dengan peraturan Panel Kod 124 Kanun Keseksaan. Polis dan FRU tidak boleh menghalang atau mengkasari kami. Sebab itu, kami (Pakatan Rakyat) meminta perintah Mahkamah supaya manghalang Ketua Polis Daerah dan FRU mengkasari kami dari menghadiri sidang dun depan," ujarnya lagi.

Ditanya tentang sidang dun Rabu depan sudah mendapat perkenanan Tuanku Sultan atau tidak, Nizar menjelaskan bahawa bidang kuasa Tuanku Sultan untuk memanggil sidang Dun sebenarnya pada permulaan penggal kerajaan memerintah sahaja.

"Artikel 36 (1) Undang-undang Tubuh Negeri Perak hanya digunapakai untuk permulaan sesuatu sesi Dewan ataupun apabila Dewan bermula selepas sesi itu tamat. Artikel ini tidak boleh diguna pakai dalam keadaan setelah Dewan ditangguhkan dan dipanggil semula untuk bermesyuarat dalam sesi yang sama." tambahnya.

Semalam, sebuah akhbar arus perdana melaporkan, Ganesan mengarahkan semua Adun Perak tidak menghadiri sidang Dun Rabu depan. Beliau mendakwa Sivakumar cuba menyamar sebagai Speaker Perak dan seolah-olah cuba merampas kerajaan negeri dari genggaman Umno Barisan Nasional.

Mei lalu, Sivakumar mengeluarkan Notis Panggilan Sidang Dun Tergempar 11 hari lebih awal sebagaimana sah di diperuntukkan undang-undang, Perintah Tetap Dewan Negeri (PT)8(1).

Bagaimana pun, ianya dihalang dan terpaksa mengadakan sidang di bawah pokok.Selepas kejayaan BN menghalang sidang Dun tergempar lalu, khalayak percaya Pakatan Rakyat akan berdepan cabaran yang lebih genting Rabu depan. -loveperak

Era Najib Altantuya : Laporan Polis Terhadap Bekas ADUN BN

Adun Kampung Tunku, Lau Weng San hari ini membuat satu laporan polis berhubung salah guna peruntukan bekas Adun Barisan Nasional serta penyelewengan kakitangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Lau yang juga Setiausaha DAP Selangor berkata, laporan itu dibuat setelah mendapati wujud salah guna peruntukan di kawasan pembangunan DUN Kampung Tunku dan DUN lain, di Selangor.

Katanya, beliau mempunyai bukti untuk mengesahkan laporan yang dibuat.

“Dokumen yang saya perolehi daripada Pejabat Tanah dan Daerah Petaling telah menunjukkan setiap satu butiran kegunaan peruntukan ini dan persoalan-persoalan serius timbul, bagaimana bekas Adun ini dapat membelanjakan wang rakyat ini dengan begitu boros dalam masa kurang daripada tiga bulan, lebih-lebih lagi apabila Pilihan Raya Umum pada 8 Mac 2008.

“Dan persoalan timbul sama ada Adun-Adun BN ini sengaja berbuat demikian supaya wang ini dapat dikeluarkan untuk membiayai perbelanjaan kempen pilihanraya BN,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau juga mendakwa, Adun BN telah membelanjakan 90.6 peratus atau RM26.6 juta daripada peruntukan kawasan masing-masing dalam tempoh dua bulan pertama, tahun 2008.

“Jumlah keseluruhan peruntukan tersebut ialah RM26,634,844.33 dan baki yang tinggal ialah RM2,907,155.76. Sebahagian besar Adun BN masing-masing membelanjakan RM492,800, mala Speaker DUN yang bukan Adun, turut membelanjakan RM600,000,” katanya.

Lau berkata, beliau juga telah membuat laporan kepada SPRM pada 16 Julai lalu, tetapi tiada sebarang tindakan diambil oleh SPRM untuk menyiasat salah guna peruntukan DUN berkenaan.

“Saya mengesyaki, terdapat unsur-unsur jenayah dalam kes ini. Saya juga meminta PDRM menjalankan siasatan terhadap pegawai-pegawai SPRM yang terlibat dalam kes ini kerana saya mengesyaki mungkin terdapat unsur-unsur jenayah seperti penyelewengan mungkin sengaja ditutup oleh pihak berkuasa yang sepatutnya menjalankan siasatan”, katanya.

Era Najib Altantuya : Bodoh Jika Lompat Ke UMNO BN

Hanya ahli politik yang tidak memahami perjuangan parti sahaja yang akan melompat parti.

Yang Dipertua Pas Shah Alam, Khalid Abdul Samad menafikan khabar angin terbaru yang menyatakan beberapa Exco dan Ahli Dewan Negeri (ADUN) Selangor akan menyertai UMNO tidak lama lagi.

Menurut Khalid, beliau melihat berdasarkan keputusan pilihan raya yang terbaru jelas bahawa rakyat bersama Pakatan Rakyat (PR).

“Bagi saya tidak mungkin mereka akan lompat parti, kalau ada orang hendak lompat biar dia tenggelam dengan kapal yang hendak karam itu (UMNO). Saya rasa tidak ada orang yang terlibat di dalam politik sebodoh itu, harapan mereka bahawa lompat itu akan menyebabkan rakyat berpaling dari PR jelas terbukti meleset.

“Sokongan yang dicapai di Permatang Pasir seperti mana di tahun 2008, kita telah mendapat 65 peratus daripada jumlah undi yang dibuang. Walaupun BN turun dengan segala kekuatan mereka, saya rasa jelas terbukti bahawa kerajaan PR ‘in waiting’. Rakyat sedang menunggu untuk hendak bersama kita (PR),” katanya.

Khalid berkata, UMNO perlu faham, rakyat sudah menolak politik UMNO/BN dan sekiranya ada Exco yang hendak lompat mereka hanya akan menjadi ADUN kerana kerajaan PR masih terus memerintah Selangor.

Beliau berkata, kalau ahli politik yang melihat trend dalam masyarakat dia tidak akan lompat masuk BN kerana PR telah mengalahkan BN 7-0 dalam tujuh pilihan raya kecil.

“Kalau ada ahli politik hendak sertai parti yang dapat 0, betul-betul bodoh la. Katakanlah kalau ada sembilan yng lompat, dia boleh tubuh kerajaan sampai bila... pilihan raya umum dua tahun lagi. Dia hendak pegang untuk dua tahun bolehlah tetapi akhirnya pilihan raya umum, kita akan menang lagi.


“Kalau ada pun itu hanyalah propaganda UMNO dari dulu, mereka beri gambaran PR tidak stabil, PR hendak berpecah tetapi rakyat tidak percaya dan terbukti di Permatang Pasir walaupun Radhzi keluar,” katanya.

Beliau turut menasihati BN jika ingin berperanan dalam arena politik pada masa depan, mereka perlu berubah dan tidak menggunakan propaganda politik

Khalid berkata, BN perlu menerima hakikat bahawa UMNO yang menyebabkan Melayu berpecah belah.

Melayu dan Islam hanya akan bersatu sekiranya semua ahli UMNO sertai Pas dan PKR, katanya. -SH

Era Najib Altantuya : Selamat Jalan Chua.. Belum lagi

Apabila Majlis Presiden MCA memecat Timbalan Presiden Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, Khamis lalu, umum tidak sangat melihat tindakan itu daripada sudut moral. Isunya bukan VCD berstatus ‘aduhai-aduhai’ yang tersebar kira-kira dua tahun lalu.

Lebih ramai yang bersetuju bahawa usaha membuang bekas Menteri Kesihatan itu adalah masalah dengan Presiden Datuk Seri Ong Tee Keat sendiri. Bukanlah satu rahsia bahawa sejak Chua terpilih sebagai orang No 2 parti dalam pemilihan lalu, rasa tidak sebulu antara No1 dan No2 memang wujud.

Chua yang mengaku bersalah atas perlakuan seks itu sudah pun meletakkan semua jawatannya dalam parti juga dalam kerajaan. Dalam keadaan ‘terhina’ itu pun beliau masih popular dan menerima simpati apabila perwakilan memilihnya sebagai orang kedua penting dalam parti.

Chua yang terkenal dengan watak lemah lembut (tetapi tegas dan berani) tidak banyak cakap, mengetahui disenangi oleh sebilangan besar anggota parti peringkat akar umbi. Tentu sekali ini tidak menyenangkan Ong.

Ong beruntung sebab Chua ada kes yang boleh dihangatkan semula. Maka isu VCD seks yang dirakam rompak dan disebarkan itu adalah cara terbaik untuk orang tua itu dinyahkan dari parti. Selamat jalan, Dr Chua!

*BETULKAH selamat jalan? Belum pasti! Benar, di atas kertas orang tua itu sudah tidak ada kena mengena dengan parti terbesar kaum Cina itu. Sepatah kata Chua sendiri, dalam nada sayu: “Berikan saya peluang untuk menjadi orang tanpa parti”

Dengan status ‘orang tanpa parti itu’, ternyata belum membuatkan Ong boleh tidur lena. Masih ada kebimbangan dalam senyuman manis si No 1 Mungkin lebih bimbang dari sebelumnya.

Kebimbangan itu bukan tidak bersebab. Hakikatnya ialah hanya beberapa jam setelah Majlis Presiden menjatuhkan hukuman ‘pancung’, semangat atau ‘hantu’ orang tua itu mula meresap di segenap tempat.


Bukan semua anggota MCA suka tindakan Majlis Presiden. Suara-suara menentang sudah kedengaran. Ada gerakan memungut tanda tangan satu pertiga daripada 2,500 perwakilan untuk mendesak diadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) parti.

Menurut Datuk Theng Book yang mengetuai Jawatankuasa ‘Selamatkan MCA’, EGM itu perlu diadakan untuk mengembalikan semula keanggotaan Chua, dan meluluskan usul undi tidak percaya terhadap Ong.

Sekiranya seminggu dua ini Theng Book berjaya dalam kempen memungut tanda tangan yang mencukupi, EGM itu akan diadakan. Ketika itu keadaan mungkin berubah: Kata-kata ‘selamat jalan!’ bukan lagi kepada Chua, tetapi kepada Ong!

* THENG Book hanyalah anggota biasa MCA Bahagian Puchong. Sekiranya usaha orang kecil itu sudah menggetar jantung No 1, ada lagi reaksi lebih membimbangkan, kali ini bukan dari anggota biasa.

Mula-mula enam bahagian MCA di negeri Johor meminta Biro Disiplin parti melucutkan sementara kuasa Presiden yang kini disandang oleh Ong.

Bahagian-bahagian Pontian, Tanjung Piai, Tebrau, Gelang Patah, Kota Tinggi dan Pulai berpendapat tindakan memecat Chua tidak adil. Timbalan Presiden itu dipilih oleh 1,115 perwakilan, tentulah tidak wajar sekiranya pemecatan itu dilakukan oleh hanya beberapa anggota dalam biro berkenaan.

Tidak sahaja mahu kuasa Presiden ditarik sementara, mereka juga mahu diadakan siasatan berhubung tuduhan kononnya MCA menerima derma RM10 juta, juga mengenai pengumpulan dana RM100 juta.

Ong sudah mengemukakan saman RM500 juta berhubung isu derma RM10 juta. Tetapi isu ini tetap akan digunakan oleh pihak lain dalam parti untuk mencederakan Ong. Sama seperti VCD, isu derma juga melibatkan soal maruah. Soalnya ialah maruah siapa yang mesti dipertahankan? Ini ada kena mengenai dengan MCA secara keseluruhan.

Selain enam bahagian di Johor, sepuluh bahagian parti itu di Kedah menyatakan rasa tidak puas hati terhadap pemecatan Chua. Mereka mendesak EGM diadakan.

Mungkin sehari dua ini akan ada lagi bahagian-bahagian MCA seluruh negara menyuarakan tentangan yang sama. Tentu sekali suara-suara menentang seperti itu akan membuatkan tidur si No 1 diganggu mimpi-mimpi ‘hantu’.

*BELUM dapat dipastikan bagaimana penghujung drama separuh seram ‘hantu’ MCA. Bagaimanapun kemelut dalam kelambu yang melanda parti itu sudah memberi kesan di luar kelambu.

Sebagai teman sekatil asal dan paling lama dengan Barisan Nasional, krisis dalaman MCA tentu sekali menjejaskan BN. Memang yang terjadi adalah pergaduhan dalam kelambu MCA, tetapi sekiranya dibiarkan, ia akan mengoyak-rabakkan kelambu BN sendiri.

Pada ketika nyamuk tiruk dan nyamuk aedes membiak dan menyebarkan berbagai-bagai penyakit sekarang, semua orang kena menjaga kelambu supaya jangan koyak atau bocor. Sedikit sahaja kelambu bocor, aedes boleh masuk, dan semua yang di dalam kelambu mungkin terkena demam denggi berdarah yang boleh membawa maut.

Sebelum ini kita sering mendengar andaian dan tuduhan kononnya Pakatan Rakyat (PR) sedang dilanda krisis yang mungkin membawa kehancuran pakatan pembangkang itu. Kocak-kocak air yang terjadi dalam PKR, PAS dan DAP dianggap sebagai bunga-bunga perpecahan PR.

Sebenarnya apa yang terjadi dalam komponen BN pun tidak kurang kocaknya. Sebelum krisis dalam MCA, beberapa komponen lain BN pun dua kali lima juga. MIC bergaduh sama sendiri. PPP gaduh juga. Gerakan sudah hilang punca.

Tidak kira kelambu PR atau kelambu BN semua sudah koyak rabak. Bukan sahaja nyamuk tiruk dan nyamuk aedes boleh masuk, babi tonyok pun boleh meredah dalam kelambu. Kalau babi sudah masuk dalam kelambu maka bahayanya bukan setakat aedes malah H1N1. Percayalah kelambu bukan untuk H1N1, tetapi untuk B1N1.

Dengan kelambu-kelambu yang koyak rabak ini, ke mana sebenarnya Malaysia hendak dibawa?

* RABAK atau tidak, kita akan menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke-52 esok. Sebagai anak Malaysia jati, Tok berasa amat bangga kita sudah merdeka lebih setengah abad ini. Tok sayangkan negara ini, sumpah!

Sudah lebih 50 tahun menyedut udara merdeka, kita masih tidak habis-habis bercakap mengenai perpaduan, jati diri, nilai budi, patriotisma, dan lain-lain. Kita dikatakan masih gagal dalam benda-benda ini. Betulkah kita gagal?

Tok tidak fikir kita gagal dalam hal perpaduan. Sejak Tok kecil dulu tidak ada langsung masalah perpaduan kaum. Tok berkawan dengan Cina, India, Jawa, Minang, Punjabi dan lain-lain keturunan.

Bila Tok masuk universiti, pelajar Cina, India dan lain-lain kaum semua baik-baik. Kita makan sama di kantin, mentelaah sama di perpustakaan, bersukan sama. Malah ada kawan Tok bercinta dengan pasangan berlainan kaum. Tidak ada masalah.

Bila sudah kerja dan jadi orang tua, Tok tidak nampak ada perpecahan antara kaum. Kita boleh hidup dan bekerjasama dalam kebanyakan hal, saling hormat-menghormati.

Bila ada pilihan raya, kita pangkah calon yang kita suka, tanpa mengira dia Melayu, Cina, India, Kadazan, Bidayun dan lain-lain. Tidak ada masalah langsung. Tanpa kempen-kempen dan hubaya-hubaya pun kita memang sudah ‘ngam’ dan ‘kamceng’.

Ada pun yang kata bangsa kita hancur, bangsa kita berpecah, kaum-kaum tidak bersatu padu, bukan kita tetapi orang-orang politik sendiri. Orang-orang politik yang sibuk kata kita tidak bersatu padu. Jadi, jangan dengar sangat cakap orang politik. Kita teruskan hidup kita macam dulu-dulu. Beres!

* TOK hairan orang jadikan bendera untuk mengukur semangat patriotik. Sehingga ada andaian bahawa siapa yang tidak memasang Jalur Gemilang di rumah atau di kenderaan akan dianggap tidak patriotik.

Dangkal sangatlah kita sekiranya bendera dijadikan ukuran semangat cintakan negara. Tok tidak pernah pasang bendera di rumah. Pada kereta pun Tok tidak pasang bendera, ganggu pandangan hilang tumpuan masa memandu. Tetapi Tok tetap sayang negara ini.

Jangan bendera sahaja jadi ukuran semangat patriotik. Banyak lagi benda-benda dan nilai-nilai lain yang terserap dalam jiwa (tanpa orang paksa) dan menjadikan kita sayangkan negara bertuah ini.

Baru-baru ini Tok berpeluang masuk ke masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, masjid kedua dan terindah di Putrajaya. Hebat bukan main reka bentuknya. Tetapi, ada satu benda yang Tok kurang berkenan. Kompleks itu terbahagi kepada dua zon utama. Satu dinamakan kompleks masjid, satu zon lagi dinamakan ‘Kiblat Walk’.

Kenapa ‘Kiblat Walk’? Kenapa mesti guna perkataan Inggeris? Apakah tidak ada perkataan Melayu? Apakah salah sekiranya digunakan ‘Laluan Kiblat’, ‘Dataran Kiblat’ dan sebagainya? Kenapa mesti ‘walk’? Apakah hendak samakan dengan ‘Bintang Walk’?

Cukuplah istilah ‘presint’ dan lain-lain istilah asing digunakan di Putrajaya. Dalam masjid pilihlah istilah kita. Tukar ‘Kiblat Walk’. Ini pun ada kena mengena dengan semangat patriotik! - Tok Perak, SH

Era Najib Altantuya : Angin Apa Landa Permatang Pasir

Timbalan Presiden UMNO, mengepalai kempen BN di Permatang Pasir mengisytiharkan angin perubahan sedang melanda kawasan itu. Beliau menjangka calon BN boleh memenangi pilihan raya kecil Selasa kelmarin berdasarkan adanya bertiupnya angin itu.

Pengundi Permatang Pasir sendiri dalam tempoh setahun lebih ini telah keluar mengundi berkali-kali. Kali pertama pada Mac 2008 di mana terpilihnya Wan Azizah Wan Ismail sebagai Ahli Parlimen. Kali kedua apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim menawar diri sebagai calon mengganti isterinya.

Kali ketiga ialah awal minggu ini apabila satu pilihan raya kecil (PRK) diadakan bagi menggantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mohd Hamdan Abdul Rahman yang meninggal dunia. Sebelum itu, April lalu, jirannya, Penanti juga melihat berlakunya satu PRK. Permatang Pasir terletak dalam Parlimen Permatang Pauh.

Barisan Nasional (BN) memangnya terpukul teruk di Permatang Pauh. Wan Azizah dan Anwar menang besar. Di Penanti pula, BN mengangkat bendera putih, enggan bertanding. Menentang calon-calon bebas, calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) menang mudah di situ. Permatang Pasir menjanjikan sesuatu yang lain. Semua tukang kempen BN mencanangkan BN mempunyai peluang besar merampas kawasan itu dari Pas.

Angin perubahan yang mula melanda Manek Urai dijangka sekali lagi akan bertiup kencang di Permatang Pasir. Muhyiddin mendakwa melihat sekali lagi pangkal angin itu semasa proses pengundian sedang berlangsung. Ramai terpengaruh dengan telahan dibuat bahawa sukar bagi Pas untuk mempertahankan majoriti. Pemerhati politik, rata-rata menganggarkan majoriti Pas kali ini tidak akan melebihi 2,000 undi.

Namun, keputusan yang dibuat oleh para pengundi pada Selasa lepas mengejutkan. Pas hampir mempertahankan majoriti yang dimenangi. Benar Pas kehilangan 900 undi tetapi calon BN kehilangan 500 undi, secara relatifnya, kehilangan dirasai Pas adalah sedikit lebih kecil dalam bentuk peratusan berbanding BN.

Jika dilihat dari jumlah undi dimenangi oleh calon BN, nyata kriteria pemilihan calon BN tidak menjejas peluang parti itu untuk menang. Imej calon tidak penting. Integriti calon tidak penting. Pernah terjadi calon yang dikenakan hukuman oleh mahkamah kerana menyahgunakan duit koperasi masih berupaya memenangi pilihan raya.

Juga terdapat beberapa orang yang terlibat dalam rasuah di mana kertas pertuduhan sudah pun disediakan oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR), sekarang dikenali sebagai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), tetapi dikekalkan sebagai calon parlimen oleh BN, masih berjaya menangi pilihan raya dengan jumlah majoriti yang besar. Pokoknya, mereka mestilah bertanding di atas tiket BN. Tetapi itu cerita pra 2008, Mac.

Maka, saya tidak menganggap ‘tragedi’ yang menimpa calon BN di Permatang Pauh ini telah menjejaskan bilangan undinya. Kalangan penyokong ‘hardcore’ tetap menyokong calon pilihan parti mereka. Bagaimanapun, saya kira sikap yang diambil oleh rakan kongsi calon berkenaan itulah yang menjejaskan teruk bilangan undi diraih calon BN. Rakan itu, suatu hari muncul meminta calon turut sama memikul beban dan malah berkempen di atas pentas Pas berkaitan soal itu.

Tiba-tiba, pada suatu hari lain dia muncul dengan versi lain menyalahkan Pas mengambil kesempatan dari musibah dihadapi oleh mantan rakan kongsinya. Dia membela BN pula. Sikap ‘turnover’ inilah yang menjadikan undi BN hilang kerana integriti perayu, calon BN dan BN terpalit kotor. Sekonyong-konyong ingatan segera mengimbasi Detektif P Balasubramaniam. Kemudian Bala hilang sampai hari ini. 'Turnover'?


Entah mengapa, orang BN dikaitkan dengan kehilangan Bala ini dan taktik ‘turnover’ ini dikaitkan disangkut dengan BN. Orang menuduh Yusri ‘diturnover’. Simpati beralih kepada calon Pas. Terbaik dilakukan oleh BN sebaik sahaja menyedari bahawa ia telah membuat kesilapan dalam pemilihan calon ialah mengundur diri dan mengakui bahawa calon itu bermasalah. Masa ‘cooling off’ yang diperuntukkan oleh SPR bagi membolehkan calon mengundur diri sepatutnya digunakan sebaik oleh BN.

Kalaulah BN lakukan itu, imej BN selepas ini, iaitu selepas penarikan diri itu akan melonjak naik dan ramai orang akan ‘salute’ sikap terbaharu BN sesuai dengan resolusi Najib. Najib pasti disangka serius dengan kata-katanya bersikap lebih telus.

Sebaliknya, kita lihat para pemimpin BN bertindak lain. Mereka bertindak menegak ‘benang basah’ sedangkan pihak berkaitan, Bar Council telah menghuraikan keadaan sebenarnya. Maka, jika ada pegawai tinggi UMNO menganggap calon pilihan mereka sebagai ‘hero’, itu adalah satu perbuatan memperbodohkan orang cerdik.

Terpengaruh dengan keyakinan bahawa orang Melayu mula kembali menyokong UMNO, pemimpinnya bertindak lebih ghairah memujuk Melayu lain kembali bersama mereka. Keyakinan ini diperoleh selepas UMNO hampir berjaya merampas kembali Manek Urai.

Akhbar-akhbar milik UMNO menjalan tugas menanam jarum menghasut Melayu membenci Anwar. Anwar lantang dituduh sebagai pengkhianat Melayu. Dengan berbuat demikian, para pemimpin UMNO mengimpikan ribuan Melayu meninggalkan PKR dan Pas kembali menyokong UMNO.

Hujah diutarakan bahawa Pas hanyalah budak suruhan DAP sebuah parti didominasi oleh kaum Cina yang anti-Islam. Kegagalan Pas mendapat peruntukan kerusi Exco dalam kerajaan Pulau Pinang digambarkan sebagai bukti DAP tidak mempedulik kehadiran Pas.

BN menyanyikan lagu yang berbeza di kawasan bermajoriti Cina. Pas tidak digambarkan sebagai budak suruhan DAP tetapi DAP pula dituduh sebagai ‘terbeliak mata’ tanpa kuasa melihat kerakusan Pas yang dikata sebagai parti ekstremis Islam. Contoh perobohan kandang babi di Alor Star dan pengharaman jualan arak di Selangor sebagai bukti.

Gambaran yang bercanggah ini lebih membuka mata para pengundi. Tuduhan terhadap Anwar, seorang jagoan kelahiran tempatan tentunya dipandang sinis. Tuduhan terhadap Pas dan DAP dikatakan melucukan. Tuduhan mirip ini dulu pernah dikenakan kepada seorang tokoh UMNO sendiri. Dia dituduh komunis dan pada masa yang sama dikatakan kapitalis. Tuduhan-tuduhan BN dianggap tidak berpihak kepada kenyataan.

Akhirnya, taktik kempen BN tidak mengena. Pas menang di semua kawasan bermajoriti Cina dengan majoriti besar. Di Sama Gagah, di mana BN terutamanya Gerakan dan MCA memberi tumpuan, Pas mendapat 1,397 undi berbanding BN hanya 594 dan di Permatang Pauh, Pas memperolehi 875 undi mengatasi undi BN, 354 sahaja.

Kempen berbentuk perkauman ini tidak membawa calon BN ke mana-mana. Mereka kalah dengan teruk di kawasan Cina dan tidak juga berjaya menambat hati sebilangan besar Melayu. Akhirnya, Pas menang semua peti undi, bermajoriti Melayu dan bukan Melayu, iaitu Sama Gagah, Permatang Pauh, Permatang Ara, Bukit Indera Muda, Kampung Pelet, Kubang Semang, Tanah Liat, Kampung Cross Street dan Permatang Tengah.

Lebih manis bagi Pas dan PR ialah hakikat bahawa kecuali tiga saluran warga emas dan pesara dan undi pos, Mohd Salleh calon Pas menang kesemua baki 36 saluran mengundi di semua peti undi. Trend ini sudah terpamer dalam tujuh PRK dalam masa setahun ini, di mana golongan muda dan bukan Melayu kekal tidak memilih BN dan undi Melayu berpecah di antara BN dan PR dan berulang kali ini.

Polar pengundian Melayu kali ini kekal di mana BN berjaya mendapat tambahan undi di beberapa kawasan Melayu miskin atau di mana ‘habuan’ lebih ketara dan Pas menambah undi Melayu di mana integriti calon BN dianggap tidak sesuai sebagai wakil rakyat.

Perubahan-perubahan ini tidak ketara sehingga untuk kita merumuskan bahawa terjadinya peralihan sokongan. Ia adalah jauh dari sebuah angin perubahan yang didakwa terjadi oleh Timbalan presiden UMNO itu.

Keputusan yang dibuat oleh pengundi Permatang Pasir ini sepatutnya dikaji dengan mendalam oleh pihak berkuasa dalam BN dan UMNO. Ia tidak boleh mengatakan itu terjadi kerana kesilapan memilih calon atau terdapatnya krisis dalaman dalam parti. Krisis dalaman dan pertikaian memilih calon adalah cerita lapuk.

Sesungguhnya, di kalangan orang Melayu, ironisnya integriti tidak diutamakannya. Taat setia kepada parti itu adalah lebih penting. Apa pun pendapat orang tentang Mahathir, Abdullah atau Najib, Nik Aziz, Haji Hadi atau Anwar, sokongan kepada mereka tetap diberikan selagi mereka memimpin UMNO atau Pas atau PKR. Sebutlah apa skandal sekalipun, ini tidak menjejas. Keluar sahaja UMNO atau Pas, terimalah nasibnya.

Namun, masa berubah, seperti ditunjukkan di Permatang Pasir, saluran-saluran satu yang terdiri dari warga emas dan pesara di kawasan Melayu, sokongan kepada UMNO tetap padu tetapi di kesemua saluran yang lain, di kawasan Melayu dan bukan Melayu, BN kalah. Trend ini pastinya mencemaskan UMNO.

Sikap UMNO bermain dengan isu perkauman dalam usaha mewujudkan suasana takut dan bimbang membuka cabaran yang lebih besar bagi UMNO. UMNO bertindak menentang arus dengan konsep yang diketengahkan oleh pemimpinnya sendiri, iaitu satu Malaysia. Ia dianggap talam dua muka oleh generasi baru.


Sesetengah daripada logik yang diutarakan oleh UMNO dan mesin propagandanya, membingungkan seperti mengkritik SPRM dianggap sebagai mencabar kekuasaan Melayu sedangkan badan itu mahu melihat ia bertindak sebagai sebuah Suruhanjaya dibentuk Agong untuk rakyat Malaysia. Mereka melihat ini logik songsang.

Maka, tidak salahlah kalau lebih ramai pengundi bukan Melayu di Permatang Pauh kali ini memilih Pas hanya semata-mata kerana berlakunya kematian ke atas Teoh Beng Hock, seorang berketurunan Cina dan mereka sanggup lupa kandang babi dirobohkan Pas.

Kegembiraan yang disambut selepas berjaya merapatkan jurang di antara undi di Manek Urai, sangkaan angin perubahan sama akan melanda Permatang Pasir nyata meleset. Manek Urai tidak boleh dijadikan ukuran kerana kemenangan BN di sana tidak menjejaskan kerajaan Pas dan masyarakat yang berdikari dan canggih seperti rakyat Kelantan mampu melakukan sesuatu yang di luar jangkaan sebagai strategi politik mereka. Ia tidak kena mengena dengan angin perubahan.

Angin perubahan di Permatang Pasir nyata tidak berlaku tetapi angin apakah yang bertiup membawa isyarat buruk kepada BN itu? Pastinya angin itu tidak berbau harum. -SH

Era Najib Altantuya : Pelakon Amatur Gagalkan Demo Kepala Lembu

Sejak DS Najib Tun Razak menjadi PM, kita menyaksikan pelbagai drama yang ‘diterbitkan’ oleh beliau hasil lakonan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan dalam kes DS Nizar Jamaludin, SPRM dan surat misterinya yang melibatkan Khir Toyo dalam kes Teoh Bend Hock, Polis dalam terlalu banyak kes menyerang rakyat yang menunjuk rasa di jalanan, SPR dalam kes dakwaan 2000 pengundi hantu oleh Khairy Jamaluddin di Permatang Pasir pada 23 Ogos lalu, dan terkini ialah lakonan beberapa orang pencacai UMNO (melayu) yang mendapat upah beberapa puluh atau ratusan ringgit dengan mengarak kepala lembu ke Pejabat MB Selangor.

Bacalah sedutan berita di bawah ini dan manusia yang waras akan dapat menyimpulkan bahawa ia adalah skrip mudah yang digubah oleh UMNO untuk mencari glamour mereka yang sudah hilang.


“Sekumpulan penduduk Seksyen 23 Shah Alam dengan beberapa NGO Melayu mengarakkan kepala lembu ke bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor sebagai membantah cadangan pemindahan kuil Hindu ke kawasan mereka. Kira-kira 50 orang yang membentuk jawatankuasa bertindak penduduk seksyen itu berkumpul di masjid negeri, beberapa ratus meter dari bangunan tersebut di Shah Alam, selepas solat Jumaat tadi. Mereka juga mensasarkan kemarahan mereka kepada ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad. Kira-kira 10 anggota polis hanya memerhati dan mengawal keadaan sekitar kawasan tersebut.” (28/08/09 - Malaysiakini)




“I challenge YB Khalid, YB Rodziah and Xavier Jeyakumar to go on with the temple construction. I guarantee bloodshed and racial tension will happen if this goes on, and the state will be held responsible,” shouted Ibrahim Haji Sabri amid strong chants of “Allahu Akbar!” (Malaysian Insider)



Pemuda Umno, BN kutuk perarakan kepala lembu

"Pemuda Umno dan BN mengutuk sekeras-kerasnya perarakan kepala lembu ke bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor, dalam demonstrasi membantah cadangan pembinaan kuil Hindu dekat Seksyen 23, Shah Alam, petang tadi."


Apa yang ganjilnya dalam laporan ini? Kenapa kita boleh agak UMNO adalah dalang yang menaja semua kerja kotor ini? Sebab dan rasionalnya mudah sahaja. Jika kita lihat dalam gambar, kita dapat menyatakan bahawa:

1. UMNO lupa untuk mengarahkan pelakonnya supaya tidak memakai songkok, mencukur misai dan menyimpan janggut (atau pakai janggut palsu).

2. Polis sebagaimana biasa menjadi penonton sahaja malah mungkin bertindak bagi memastikan perarakan itu tidak diganggu dan berjalan lancar. Jika ia dilakukan oleh PAS, sudah pasti polis akan menyepak atau menginjak-injak para demonstran tersebut.

3. Contengan kata-kata kesat ke atas Khalid Samad (MP Shah Alam) amat jelas menunjukkan perkataan-perkataan kesat UMNO yang tipikal kepada PAS.

4. Polis buat tak tahu sahaja kepada kata-kata provokasi yang boleh menjerumuskan seseorang ditahan di bawah ISA atau Akta Hasutan seperti yang dilaungkan oleh makhluk yang bernama Ibrahim Hj Sabri yang mengugut untuk melakukan suatu peristiwa pertumpahan darah????...

5. Sepertimana biasa juga, Khairy Jamaluddin terus mengeluarkan kenyataan sepantas kilat mengutuk perarakan tersebut. Sungguh cepat beliau tahu perkara itu. Macamana beliau boleh tahu begitu pantas ya??!!...

6. Kenapa UMNO sibuk membela dan memperjuangkan masjid? Bukankah mereka yang pakar dalam merobohkan masjid dan membataskan aktiviti masjid seperti aktiviti gereja Kristian?

Sepatutnya UMNO perlu meminta nasihat dari pengarah-pengarah drama yang veteran seperti Yusuf Haslam, Prof Madya Maidin atau dari Steven Spielberg sendiri. Kalau tidak, lakonan drama mereka akan kaku, tidak realistic, canggung, banyak kelemahan dan cacat. Cuma penonton yang kolot minda, terencat akal, dungu dan baru keluar dari hutan sahaja yang akan percaya dan terpengaruh kepada drama pandir arahan UMNO Selangor ini. -umnopenipu