27 Mac 2012

MB Selangor: Kos Ubahsuai Pejabat Hasan Ali Paling Tinggi & Tak Ikut Prosidur Yang Betul

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini berkata bekas exco kerajaan negeri, Datuk Dr Hasan Ali membelanjakan lebih mahal daripada rakan-rakannya untuk mengubahsuai pejabatnya, demikian lapor malaysiakini.

Perkara tersebut didedahkan di sidang DUN Selangor hari ini. Khalid berkata perbelanjaan Hasan mendahului senarai, iaitu RM329,000 diikuti Ean Yong Hian Wah (RM146,000) dan Rodziah Ismail (RM119,000).

Exco lain yang disenaraikan termasuk Xavier Jeyakumar (RM70,000), Ronnie Liu (RM53,000), Yaakob Sapari (RM32,000), Teresa Kok dan Elizabeth Wong (di bawah RM25,000) dan Iskandar Abdul Samad (RM21,000).

Pendedahan tersebut merupakan satu tamparan terhadap Hasan yang semalam mendakwa Xavier dan Halimah membelanjakan lebih banyak daripadanya untuk mengubahsuai pejabat mereka.

Pada hari yang sama Jeyakumar menafikan dakwaan tersebut manakala Halimah menjelaskan bahawa pejabatnya tidak pernah diubahsuai.

Sebelum ini, ADUN Bukit Antarabangsa, Azmin Ali mendakwa Hasan - ketika menjadi exco hal ehwal Islam, adat Melayu, infrastruktur dan kemudahan awam - boros membelanjakan RM300,000 untuk pengubahsuaian pejabat.

FreeMalaysiaToday melaporkan MB Selangor, Abdul Khalid mendakwa Hasan Ali tidak menjalankan tatakelola kerja yang ditetapkan terutama membabitkan pelbagai kontrak prasarana dibawah tanggungjawab exco yang dipegang beliau.

Katanya, Hasan Ali didakwa campurtangan dalam pemilihan kontraktor bagi projek prasarana di Selangor.

“Kita terima laporan audit dan menunjukkan
Hasan Ali campur tangan dengan cuba cadang dan tentukan siapa kontraktor yang sepatutnya dapat projek. Biasanya tiada konflik kepentingan peribadi dalam pemilihan nama kontraktor.

“Saya baru dapat satu beban…dengan beban ini saya dapat buktikan Hasan Ali tidak mengikut tatakelola yang ditetapkan,”
jelas beliau.

Dalam pada itu di dalam perkembangan berasingan, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali enggan melayan cabaran bekas Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali agar menjelaskan butiran sumber kewangannya untuk membeli saham bernilai jutaan ringgit ketika menjadi pegawai kerajaan pada 1992 hingga 1994.

Sebaliknya Ahli Parlimen Gombak itu menyifatkan dakwaan Hasan sebagai fitnah bagi mengalih perhatian orang ramai mengenai persoalan yang dibangkitkannya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor baru-baru ini.

"Ini adalah fitnah yang berulang sejak bertahun lalu. Jadi saya memilih untuk tidak menjawab tuduhan itu.


"Kenyataan saya berdasarkan audit, fakta dan angka, saya tak suruh beliau respon dalam keadaan sebegitu malah beliau cuba alihkan perhatian orang ramai serta tidak respon kepada soalan saya...tetapi beliau pilih untuk menyerang peribadi saya," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini, Selasa.

Beliau mengulas mengenai cabaran Hasan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia berhubung kemampuan Mohamed Azmin sebagai pegawai kerajaan biasa memiliki banyak wang bagi membeli sahambernilai berjuta-juta ringgit.

Dalam pada itu Azmin yang juga Adun Bukit Antarabangsa turut melahirkan rasa terkejut dengan cabaran Hasan kerana mengambil pendirian menyerang peribadinya berdasarkan fakta-fakta fitnah.

"Saya terkejut sebab sebagai pemegang PhD beliau selalu mendakwa dirinya bijak dan berpengalaman luas...tapi saya terkejut sebab pemikirannya terlalu lemah dalam respon kepda perbahasan saya dalam DUN.

"Beliau mengambil pendirian yang mengecewakan. Apakah ini nilai Islam dan Melayu yang hendak diperjuangakan Hasan Ali? Beliau tak jawab soalan pokok tapi kutip fitnah beberapa individu dan menyuburkan fitnah itu,"
katanya.

Pada persidangan DUN Selangor minggu lalu, Mohamed Azmin membangkitkan mengenai perbelanjaan berjumlah RM300,000 bagi mengubahsuai pejabat Hasan ketika menjadi exco Selangor dua tahun lalu.

Hasan Ali rendahkan martabatnya

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PKR Azmin Ali terkejut dan tidak menyangka Pengasas Jalur Tiga (Jati) Datuk Dr Hasan Ali sanggup mengeluarkan kenyataan fitnah menyerang peribadinya.

Enggan menjawab dakwaan Hasan, Azmin sebaliknya menganggap Hasan telah merendahkan martabat dirinya sendiri apabila gagal menjelaskan perkara sebenar mengenai dakwaan pengubahsuaian pejabat sehingga mencecah RM300,000.

Malah, Hasan bertindak menyuburkan budaya fitnah apabila mencabar Azmin menjelaskan butiran sumber kewangannya untuk membeli saham bernilai jutaan ringgit ketika menjadi pegawai kerajaan pada 1992 hingga 1994 sedangkan gajinya ketika itu hanya RM2,000 saja.

“Sebagai pemegang PhD dia selalu kata dirinya bijak, berpengalaman luas tetapi saya terkejut sebab dia sanggup merendahkan martabatnya apabila menunjukkan respon negatif terhadap persoalan yang saya bangkitkan minggu lalu,” katanya kepada pemberita di luar Dewan Rakyat di sini hari ini.

Hasan semalam mendakwa Azmin serta isteri termasuk iparnya memiliki saham mencecah RM8.5 juta pada awal 1990-an, memetik kenyataan Pengerusi Yayasan Pembangunan India Malaysia, S A Vickneswaran sebelum ini .

Namun Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak berkata, dakwaannya itu berdasarkan fakta dan angka daripada laporan audit.

Sedangkan katanya Hasan tidak menjawab soalan beliau, malah tidak menafikannya dan turut mengheret beberapa Adun lain mendakwa mereka juga melakukan perkara yang sama.

“Apakah ini nilai Islam dan Melayu yang hendak diperjuangkan Hasan Ali?

“Dia tak jawab soalan pokok tapi kutip fitnah beberapa individu dan menyuburkan
fitnah itu,” katanya yang menganggap isu saham itu satu fitnah lama yang timbul sejak dulu lagi.

Ubah suai pejabat

Katanya, isu ubah suai pejabat itu sudah lama dibangkitkannya sejak dua tahun lalu namun apabila beliau memaklumkan kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, beliau dihalang kerana Abdul Khalid memutuskan untuk menyiasat dakwaan ini melalui pemeriksaan audit.

“Menteri Besar kata tak perlu bangkit dalam Dewan dan dia nak maklumat tu diaudit dan siasat dakwaan ini, jadi audit ambil masa untuk siasat dan kemudiannya membawa isu ini untuk perhatian exco.

“Tetapi bila Menteri Besar nak bentangkan laporan audit, Hasan Ali keluar dan tidak pertahankan kenyataannya,” katanya.

Ditanya mengenai tindakan yang wajar diambil terhadap Hasan kerana mengubah suai pejabat, Azmin berkata perkara itu diluar bidang kuasanya dan menyerahkan kepada Abdul Khalid dan Exco Selangor lain putuskan.


Laporan sebelum ini
klik untuk baca





Setelah Di"boo", Nak Tutup Malu, Timbalan Menteri Cuba Menipu

Wee tak diserang, kata polis & penganjur

Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah dan penganjur perhimpunan berhubung isu pendidikan Cina menafikan terdapat pihak yang diserang, bertentangan sama sekali dengan dakwaan Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Wee Ka Siong.

Tun Hisan berkata, menurut laporan beberapa orangnya yang ditempat dalam perhimpunan itu, Wee tidak diserang langsung dalam perhimpunan itu, lapor beberapa harian berbahasa Cina.

"Tidak, beliau tidak diserang...," beliau dipetik sebagai berkata kepada China Press sambil menambah polis tidak akan menyiasat kes itu sekiranya tiada laporan dibuat
.

Ketibaan luar jangka Wee dalam perhimpunan membantah kekurangan guru pendidikan Cina di Kajang yang dianjurkan oleh kumpulan pendidikan Cina Dong Zon sebelum ini mengundang kekecohan.

Wee dalam sidang media selepas beredar dari situ mendakwa lelaki pertengahan tahun yang memakai kemeja-T cuba menumbuknya. -mk


Wee Ka Siong dakwa nyaris ditumbuk

Di samping itu, Wee Ka Siong yang hadir selaku Timbalan Menteri Pelajaran dan pemimpin MCA, disambut dengan sorakan "boo" dari peserta perhimpunan sepanjang perjalanannya ke pentas. Ramai yang menjerit mendesak beliau "undur", malah pertembungan fizikal hampir berlaku. Wee Ka Siong mendakwa dirinya nyaris ditumbuk, mujur ditangkis oleh polis yang melindunginya.

Dalam satu sidang media selepas perhimpunan, Wee Ka Siong berkata, kehadiran dirinya direstui oleh Perdana Menteri Najib Razak, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Muhyiddin Yassin dan Presiden MCA Chua Soi Lek. Menurut laporan Sin Chew Daily, Chua Soi Lek sebelum ini menegaskan bahawa MCA tidak akan menyertai perhimpunan ini, kerana "menganggap demonstrasi tidak mampu menyelesaikan masalah".

Wee Ka Siong mendakwa dirinya tampil untuk mendengar suara pejuang pendidikan bahasa Cina. Beliau mengakui dirinya sekadar tersenyum pahit berdepan dengan layanan yang "tidak mesra" dari peserta. Beliau bersedia berdepan dengan sikap yang tidak mesra ini, bagaimanapun berasa "sakit hati" kerana hampir dikasari secara fizikal.
- petikan MR



Hasil Pasir Selangor Naik Dari RM12.5 juta Kepada RM32.5 juta Semasa PR Memerintah

Gagal diurus dengan baik sewaktu era Umno-BN, kini hampir semua berjaya ditangani dengan baik oleh Syarikat Kumpulan Semesta Sdn. Bhd (KSSB) sehingga keuntungan perlombongan pasir meningkat sejak di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat(Pakatan).

Bukti ketelusan itu, royalti yang diterima kerajaan negeri meningkat kepada RM32.5 juta untuk tempoh tiga tahun dari 2009 hingga 2011 berbanding hanya RM12.51 juta dari tahun 2005 – 2007 dibawah Umno-BN.

Perkara ini dinyatakan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika berucap Dewan Plenary, Shah Alam Convention Centre (SACC) hari ini bagi majlis menandatangani kontrak di antara KSSB dan kontraktor-kontraktor yang terpilih bagi melombong pasir di Selangor.

“Dulu pengurusan pasir tidak diurus dengan baik kerana pegawai kerajaan tidak mempunyai kepakaran dalam melombong pasir.

“Semasa Umno-BN memerintah, ramai yang melombong pasir tetapi tidak ikut peraturan, ada lesen atau tidak ada lesen tiada beza kerana mereka sesuka hati melombong pasir tanpa had,” ujar Menteri Besar .

Tambahnya, Pejabat Daerah tiada pemantauan yang rapi tentang pengeluaran pasir yang dilakukan sebelum ini.

Peningkatan hasil pasir secara mendadak ini adalah disebabkan oleh urus tadbir perlombongan pasir dilakukan dengan adil dan berhemah serta sentiasa mendapat pemantauan dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Selain itu, KSSB dengan usahasama Transparency International (TI-Malaysia) sedang melaksanakan Sistem Integrity Pact (IP) ataupun dikenali sebagai Pakatan Integriti (IP) yang akan berkuatkuasa pada 1 April 2012.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif KSSB, Wan Halim Wan Ismail berkata, kontraktor-kontraktor yang dilantik mestilah mematuhi segala syarat – syarat yang ditetapkan oleh KSSB seperti tidak boleh meminta dan menerima rasuah, menyalahguna jawatan atau kedudukan dan lain-lain lagi.

Majlis ini turut dihadiri oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Mohammed Khusrin Munawi, Presiden Transparency International Malaysia, Datuk Paul Low Seng Kuan dan Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) Selangor, Datuk Jaafar Maahad. -selangorku

Pelaburan FELDA Global Ventures Di Luarnegara Rugi

Kuala Lumpur, 26 Mac: PAS hari ini mengemukakan bukti berhubung dakwaan bahawa pelaburan Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH) di luar negara mengalami kerugian.

Bukti tersebut diperoleh daripada laporan audit FGVNA sehingga 31 Disember 2010.

Pakar ekonomi PAS, Dr Rosli Yaakop berkata, syarikat pegangan pelaburan, Felda Global Ventures North America Sdn. Bhd. (FGVNA) mencatat kerugian sebanyak RM27,576,023 pada 31 Disember 2010 berbanding keuntungan sebanyak RM44,832,558 pada 31 Disember 2009.

Katanya, kerugian itu akibat anak-anak syarikat miliknya di Amerika Utara gagal membayar balik pinjaman yang diberikan sebanyak RM48,173,488.

"Felda telah melabur dana melebihi RM1,000,000,000 di dalam Twin Rivers Technologies Holdings Inc (TRTH) dan anak-anak syarikatnya di Amerika dan Kanada sejak Oktober 2007.

"Berdasarkan dua pengukur prestasi iaitu syarikat rugi dan pinjaman yang diberikan kepada anak-anak syarikat gagal dibayar balik mengikut terma yang dipersetujui dan ini membayangkan prestasi syarikat bermasalah," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Rosli juga mempersoal tujuan FGVNA membeli saham TRTH pada harga RM1,567.50 sesaham.

"Kenapa Felda memilih untuk membeli 97 peratus milikan dalam TRTH walhal ia adalah pemain baru dalam bidang oleochemicals yang ditubuhkan pada 1994 dan TRTH bukannya market leader dalam bidang ini?" soalnya yang juga ahli jawatankuasa Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak).

Selain itu katanya, pelaburan yang dibuat FGVNA di Amerika Utara iaitu Amerika syarikat dan Kanada amat besar iaitu berjumlah RM1,255,263,942.

"Apakah pulangan tahun yang diharapkan daripada pelaburan ini? Apakah manfaat kepada peneroka-peneroka Felda daripada pelaburan ini?" soalnya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub terus meminta Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan memberi penjelasan berhubung kemerosotan tunai Felda daripada 4.5 bilion pada 2001 kepada 1.2 bilion pada 2005.

"Felda telah ada ibu pejabat tapi beli lagi pejabat di KLCC berharga RM600 juta lebih.

"RM235 milion dibayar sebelum pembinaanya. Adakah ia dirujuk kepada ahli lembaga pengarah Felda dan adakah pejabat ini yang diperlukan peneroka?

"Datuk Ahmad Maslan kata semuanya untung, tak ada rugi," katanya. -HD



Kadir Tak Tolak Kemungkinan Sertai PR: Kalau Depa "Tabuh Kuat Sangat..."

SU Agung Umno minta saya keluar parti - Kadir

SERI KEMBANGAN, 26 Mac: Bekas Anggota Majlis Tertinggi Umno, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir berkata antara faktor beliau keluar Umno kerana beliau menjadi sasaran terancang media arus perdana selepas menegur sikap Umno.

Ia ditambah lagi dengan kenyataan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor minggu lalu yang mencabarnya keluar dari Umno selepas tidak selesa dengan kritikannya.

"Saya telah menjadi sasaran kritik yang begitu hebat oleh media massa arus perdana kepunyaan parti saya sendiri ketika itu. Jelas ia dibuat secara terancang dari pihak berkuasa.

"Ini diikuti pula oleh Setiausaha Agung Umno sendiri meminta saya keluar parti...hanya kerana itu. Maka saya keluarlah sebagai ahli Umno yang telah saya abdikan segala jiwa dan raga saya selama 56 tahun," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini hari ini.

Alasan tersebut sebagai penjelasan kenapa beliau bertindak isytihar keluar Umno pada 19 Mac lalu.

Antara kritikannya kepada Umno sebelum ini, beliau mendakwa parti itu telah terpesong dari perjuangan asal berbanding sewaktu penubuhannya.

Veteran Umno itu juga mendakwa rasuah, pembaziran dan penyalahgunaan kuasa termasuk 'kronisma mega' secara berleluasa sedang berlaku dalam parti itu sehingga kekayaan negara hanya berlegar disekitar kelompok tertentu dan tidak sampai kepada rakyat.

Tambahnya, ada juga yang perlu membayar wang kepada rakan-rakan seperjuangan sendiri untuk mendapatkan tempat dalam parti termasuk jawatan tertinggi.

Abdul Kadir juga sebelum ini mendedahkan Umno menabur wang di kampung-kampung untuk beli undi pilihan raya dan menuntut tindakan 'hodoh dan jijik' itu dihentikan segera.

Bagaimanapun kritikan-kritikannya itu disifatkan oleh pemimpin Umno sebagai menghentam parti dan beliau kemudian menjadi mangsa serangan media arus perdana sehingga ada desakan agar beliau keluar Umno.

Aktif politik semula

Dalam pada itu beliau yang juga bekas menteri penerangan dan komunikasi, hari ini tetap mempertahankan segala dakwaannya terhadap Umno malah berkata ianya baik untuk dikaji.

Beliau juga menegaskan akan kembali semula untuk aktif dalam politik selepas lama bersara untuk menumpukan kepada perniagaannya sebelum ini.

"Dengan ini saya isytiharkan berhenti daripada bersara dan akan membawa perjuangan Umno (yang lama) di tempat yang lebih sesuai," katanya.

Ditanya sama ada akan menyertai mana-mana parti politik, Abdul Kadir berkata beliau setakat ini hanya mahu menumpukan kepada Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) yang beliau kini sebagai timbalan presiden.

Namun katanya, ia bergantung kepada keadaan selepas ini.

"Ramai pemimpin Pakatan Rakyat kebetulan kawan-kawan saya pujuk saya, tapi saya buat keputusan sendiri.

"Buat masa ini dengan NGO (Amanah), perkara lain belum terfikir, tengok keadaan la. Kalau depa tabuh (serang) kuat sangat, kita terjun la",
katanya sambil tersenyum. -HD



Ulasan GB

Benarlah seperti tajuk entri GB terdahulu, Kadir menyatakan beliau keluar UMNO kerana menyahut cabaran oleh Setiausaha Agung UMNO sendiri.

Dan jika berpegang kepada prinsipnya yang "mendakwa rasuah, pembaziran dan penyalahgunaan kuasa termasuk 'kronisma mega' secara berleluasa sedang berlaku dalam parti itu sehingga kekayaan negara hanya berlegar disekitar kelompok tertentu dan tidak sampai kepada rakyat", maka sewajarnya Kadir menyertai Pakatan Rakyat kerana itulah perjuangan PR selama ini - membenteras gejala rasuah, pembaziran dan penyalahgunaan kuasa oleh UMNO BN.

Laporan sebelum ini
klik untuk baca





Perlis Pula Dihentam Ribut Taufan, 117 Rumah Rosak

Rasa bagai hendak kiamat'

ARAU - Sepasang suami isteri hanya mampu berpelukan sesama sendiri sambil membacakan dua kalimah syahadah setelah merasakan ‘dunia bagai hendak kiamat’ sewaktu kejadian ribut taufan yang merosakkan sebahagian besar rumah mereka di Kampung Titi Long Boh, Tambun Tulang di sini lewat petang kelmarin.

Peniaga, Che Haton Rejab, 58, berkata, dia yang tinggal berdua bersama suami, Mat Udin Shafie, 60, ketika kejadian berlaku pada mulanya bertindak keluar dari rumah setelah menyedari beberapa keping bumbung rumah diterbangkan angin ribut sehingga menyebabkan hujan membasahi keseluruhan ruang tamu rumah.

Bagaimanapun, keadaan menjadi semakin buruk apabila beberapa batang pokok di rumah bersebelahan tumbang sehingga menyebabkan mereka suami isteri kembali memasuki rumah untuk mencari tempat berteduh.

“Saya masih tidak lupa angin bergulung umpama puting beliung yang amat menakutkan menerbangkan keseluruhan bumbung rumah kami selain merosakkan bahagian tandas rumah.

“Ketika itu, kami rasa dunia hampir kiamat dan hanya berpelukan di bucu rumah sambil mengucap dua kalimah syahadah hingga kejadian berakhir kira-kira sejam kemudian,” katanya di rumahnya, di Kampung Titi Long Boh, Tambun Tulang semalam.

Beliau menceritakan pengalaman ngerinya itu ketika dikunjungi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Simpang Empat, Rus’sele Eizan pagi semalam.

Che Haton berkata, hampir semua kelengkapan rumahnya termasuk peralatan elektronik, perabot dan kelengkapan berniaga rosak terkena air hujan manakala hampir 90 peratus bumbung rumahnya sudah tercabut.

Menurutnya, pihaknya kini berada dalam dilema disebabkan tidak tahu di mana hendak mencari tempat berlindung memandangkan anak mereka tinggal jauh.

“Saya tidak tahu hendak minta tolong dengan siapa sebab kos untuk membaiki semula rumah saya amat tinggi disebabkan hampir keseluruhan bahagian rumah termasuk bahagian tandas rosak teruk akibat dilanda ribut.

“Kejadian ini sudah kali kedua berlaku di rumah kami dalam setahun dan saya mohon jasa baik Kerajaan Negeri, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan wakil rakyat untuk membantu meringankan beban kami,” katanya.

Sementara itu, Rus’sele ketika ditemui menjelaskan Pas Perlis akan menyediakan bantuan kelengkapan membaiki bumbung rumah itu dengan segera bagi meringankan penderitaan dialami Che Haton sekeluarga.

“Saya juga mohon JKM segera menyalurkan bantuan kecemasan kepada keluarga Che Haton bagi membolehkan mereka mempunyai tempat berteduh sementara selain mempercepatkan proses membaiki rumah,” katanya. -SH


117 rumah rosak dilanda ribut dalam 10 minit

KANGAR - Sebanyak 117 buah rumah di lima kawasan di negeri ini mengalami kerosakan dalam kejadian ribut yang berlaku selama 10 minit bermula pukul 4.15 petang semalam.

Timbalan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis Ku Chik Ku Mat Esa berkata kejadian membabitkan kawasan Indera Kayangan, Sena, Kayang, Tambun Tulang dan Guar Sanji.

Jumlah kerugian masih disiasat oleh kira-kira 40 warga kerja JKM Perlis dan bantuan akan diberi sebaik sahaja bancian selesai, katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

Beliau berkata kawasan paling teruk terjejas ialah Indera Kayangan yang menyaksikan 28 rumah masing-masing di Kampung Bakau dan Taman Hijrah rosak teruk terutama pada bahagian bumbung.

Turut mengalami kerosakan ialah gerai dan premis perniagaan terutama sekitar bandar Kangar serta bumbung beberapa premis kerajaan di Jalan Penjara di sini, selain pokok besar yang tumbang, katanya.
- Bernama


[Bergambar] 11 Murid Cedera, Bas Sekolah Tembung Bas Persiaran

Jitra - Seramai 11 orang murid dan seorang guru Sekolah Rendah Al-Azhar di Gelong di sini cedera setelah bas yang mereka naiki bertembung dengan sebuah bas persiaran di Km 16.8 Lebuhraya Utara-Selatan menghala ke Alor Setar petang tadi.

Ketika kejadian pukul 4 petang itu, bas yang membawa 40 orang murid sedang dalam perjalanan untuk menghantar mereka pulang selepas sesi persekolahan tamat kira-kira 3 petang.

Mohammad Aisar Hamzah, 11, berkata ketika kejadian, pemandu bas yang juga guru sekolah mereka sedang membelok masuk ke lebuh raya berkenaan dari simpang Kampung Wang Perah.

"Selepas berlanggar saya terkedu bila nampak ada orang tercampak keluar dari bas dan saya nampak kepala dia berdarah," katanya di tempat kejadian.

Antara mangsa yang cedera ialah Zihni Ilman Zairi, 9, yang patah kaki kiri dan murid Tahun Satu, Afif Shahmi Abdul Salam, 7, yang cedera di kepala dan badan akibat tercampak keluar dari bas.

Murid yang cedera termasuk guru berkenaan dikejarkan ke Hospital Jitra untuk mendapatkan rawatan, manakala 44 penumpang bas persiaran tersebut termasuk pemandunya tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jitra, Hasbullah Mat Isa berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 4.06 petang dan sampai ke tempat kejadian pada pukul 4.17 petang bersama sembilan anggota.

"Ketika bomba sampai, tujuh pelajar yang cedera telah dibawa ke hospital, manakala penumpang dan pemandu bas persiaran tidak dilaporkan mengalami kecederaan," katanya. – Bernama

foto ehsan NST






Anak Guna Porsche: Patutlah Nazri Takut Isytihar Harta Sebelum Ini

Nazri diminta dedah sumber dana beli Porsche

Menteri di Perdana Menteri Jabatan Nazri Abdul Aziz digesa mendedahkan sumber dana untuk pembelian sebuah kereta Porsche dan sebuah kenderaan MPV mewah yang digunakan oleh anaknya dan pegawal peribadi anaknya semasa didakwa berlaku insiden seorang pegawal keselamatan dipukul malam Selasa lalu.

Dalam hal ini, Naib Presiden PKR, N Surendran berkata ia juga menjadi tanggungjawab Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengotakan janjinya untuk pembaharuan dan kerajaan yang bersih.

"Ini boleh dilakukan dengan mengarahkan Nazri membuat pengisytiharan penuh asetnya," tambah Surendran dalam satu kenyataan hari ini.

Surendran berkata tindakan tergesa-gesa polis untuk membersihkan anak Nazri - Mohamad Nedim - daripada sebarang salah laku - seperti yang dilaporkan beberapa akhbar Sabtu lalu - hanya menimbulkan lebih banyak kecurigaan dan keraguan mengenai apa yang sebenarnya berlaku di kondominium mewah itu pada malam 20 Mac.

"Adakah polis cuba melindungi reputasi Umno dan kerajaan?" soalnya sambil menambah bahawa rakyat berhak meminta satu siasatan menyeluruh dan saksama dijalankan terhadap kejadian tersebut.

Katanya, kenyataan OCPD Brickfields Wan Abdul Bari Wan Abdul "Wan Abdul Bari's statement is Khalid tidak konsisten dengan laporan-laporan awal bahawa anak Nazri dan pengawal peribadinya yang memukul pengawal keselamatan tersebut.

"Juga telah dilaporkan bahawa terdapat rakaman CCTV keseluruhan kejadian tersebut. Apakah yang didedahkan dalam pita CCTV tersebut?" soalnya.

Surendran juga mendakwa ia telah menjadi amalan standard bagi pihak polis tergesa-gesa mempertahankan pemimpin BN atau saudara mara mereka yang disyaki melakukan jenayah. -mk

Bukan Wajib Bagi Menteri Kabinet, Ahli Keluarga Isytihar Aset Kepada SPRM - Nazri

PUTRAJAYA: Menteri-menteri Kabinet dan ahli-ahli keluarga mereka tidak seharusnya tertakluk kepada syarat-syarat ketat seperti mengisytiharkan aset kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kata Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

“Anggota-anggota Kabinet dan isteri-isteri mereka tidak wajib untuk mengisytiharkan aset mereka kepada SPRM. Kita hanya perlu melakukannya (pengisytiharan) kepada Pedana Menteri,” katanya di sini, Khamis.

“Tugas SPRM hanya melakukan siasatan sekiranya terdapat sebarang penyelewengan… itu sahaja,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagaimanapun menerima baik cadangan SPRM itu.

“Kami tidak mempunyai masalah terhadap perkara itu. Semua anggota Kabinet perlu mengisytiharkan aset mereka kepada Perdana Menteri dan kami menyokong sepenuhnya cadangan daripada SPRM,” katanya kepada pemberita pada mesyuarat bulanan kementerian itu, Khamis.

SPRM pada Rabu berkata, salinan fail pengisytiharan aset anggota Kabinet dan isteri-isteri mereka serta ahli keluarga yang lain perlu diserahkan kepada Perdana Menteri.

Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah, Puan Sri Zaitun Zawiyah Puteh berkata, suruhanjaya itu mengemukakan cadangan tersebut kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dalam mesyuarat pada 12 Disember lalu dan dilihat menerima idea berkenaan.

“Kami mencadangkan supaya satu salinan pengisytiharan aset semua anggota pentadbiran persekutuan perlu diberikan kepada suruhanjaya. Kami (seterusnya) mencadangkan isteri-isteri mereka dan ahli keluarga yang lain dikehendaki untuk memaklumkan aset mereka melalui akuan berkanun dan rekod disimpan oleh SPRM,” tambahnya lagi
. -mstar (19/01/12)


Laporan sebelum ini
klik untuk baca




2 Exco Tolak Fitnah Hassan Ali

Kos pejabat: 2 Exco nafi dakwaan Hasan

SHAH ALAM - Dua Exco Kerajaan Negeri petang ini menafikan dakwaan bahawa jumlah kos ubahsuai pejabat mereka lebih tinggi berbanding kos pengubahsuaian pejabat bekas Exco Hal Ehwal Agama Islam, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, yang didakwa bernilai RM300,000.

Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali berkata, sejak Mac 2008 beliau tidak pernah melakukan sebarang ubahsuai terhadap pejabatnya.

“Saya sejak Mac 2008 masih lagi duduk di pejabat bersebelahan pejabat pegawai kewangan, dari dahulu sehingga sekarang saya tidak pernah membuat sebarang ubahsuai,” kata beliau ketika ditemui media, di lobi Dewan Undangan Negeri (Dun), hari ini.

Dalam pada itu, Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar pula menyifatkan dakwaan tersebut sebagai tuduhan jahat untuk memburukkan imej beliau.

Menurutnya, tindakan Hasan itu dilihat sebagai usaha melepaskan diri setelah terlibat dalam dakwaan yang ditimbulkan oleh Adun Bukti Antarabangsa, Azmin Ali, Jumaat lalu.

“Saya sudi membawa wartawan untuk melihat sendiri pejabat saya, kerana setakat ini saya hanya menukar karpet serta membuat dua pejabat kecil.

“Jumlah ubahsuai tersebut juga tidak melebihi RM100,000, kita sememangnya teliti jumlah ubahsuai yang dilakukan,” katanya. -SH

‘Kos pejabat Xavier, Halimah lebih besar’

PETALING JAYA – Bekas Exco Kerajaan Negeri, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali mendakwa keseluruhan kerja-kerja pengubahsuaian pejabatnya adalah lebih rendah kosnya jika dibandingkan dengan kos pengubahsuaian pejabat Exco lain seperti Dr. Xavier Jayakumar dan Dr. Halimah Ali.

Hasan menjelaskan perkara itu yang merupakan salah satu daripada tiga dakwaan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa, Azmin Ali yang mendedahkan Hasan terlibat menyalahgunakan dana dan kedudukan ketika membahaskan titah Sultan Selangor pada sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor Jumaat lalu.

Hasan berkata, kerja-kerja pengubahsuaian dijalankan itu amat sederhana daripada segi kualiti bahan dan mutu kerja dilaksanakan.

Beliau menegaskan kerja-kerja pengubahsuaian itu bukan hanya melibatkan ruang pejabatnya tetapi juga termasuk bagi 19 orang termasuk semua pegawai dan kakitangan Skim Mikro Kredit Selangor (Skimsel).

“Saya ingin jemput Yang Berhormat Bukit Antarabangsa membuat sedikit penyiasatan untuk membuat perbandingan antara pengubahsuaian pejabat saya dengan kerja-kerja pengubahsuaian mana-mana Jabatan Kerajaan Negeri termasuk anak syarikat dan badan berkanun dalam tempoh yang sama.

“Mengikut maklumat saya perolehi, kerja-kerja pengubahsuaian pejabat saya adalah lebih rendah kosnya jika dibandingkan dengan kos pengubahsuaian pejabat Exco lain seperti Xaxier dan Halimah,” katanya pada sidang media di rumahnya di sini.

Menurutnya, beliau boleh memaafkan kealpaan Azmin kerana menimbulkan semula isu tersebut tetapi sukar baginya untuk memaafkan Azmin kerana didakwa mempunyai niat buruk tersembunyi menimbulkannya semula.

Katanya, tindakan Azmin mempersoalkan kredibilitinya di sidang Dun itu dilihat sebagai secara langsung mempertikaikan kredibiliti kerajaan Pakatan Rakyat (PR).
-petikan SH


Hasan says other excos spent more

KUALA LUMPUR: Former Selangor executive council member Hasan Ali claimed today that other executive councillors spent more than he did in response to accusation that his office’s renovation cost was exorbitant.

The sacked PAS leader said the RM850,000 spent on his office was still lower than the refurbishment costs of Dr Xavier Jeyakumar and Dr Halimah Ali’s respective offices and questioned the motive behind the scrutiny on him.

Last Friday, PKR deputy president Azmin Ali accused Hasan of spending RM300,000 to renovate his office, and RM550,000 for a Selangor Malay Customs and Heritage Corp (Padat) conference when the latter was chairman of the state body.

Azmin, the Bukit Antarabangsa assemblyman, also claimed Hasan did not conduct open tenders for road maintenance contracts when he was the Infrastructure and Public Amenities executive council chairman.

Hasan said Azmin, who also had been accused of financial misappropriation in the past, had no right to question his credibility.

“The cost to renovate my office, which was to fit 19 staff, was still low compared to Xavier and Halimah,” the former Selangor PAS chief told a press conference at his house here.

“Azmin has no locus standi to question my credibility as he has yet to explain all the accusation of financial irregularities thrown against him.”

Hasan was sacked from the party on Jan 8 and subsequently removed from his executive council post for his belligerence and continuous attacks on the Pakatan Rakyat state administration.

He claimed the state policies were betraying Islam, the Malays and the royalty and put the blame on Pakatan chief and Selangor economic adviser, Anwar Ibrahim, saying his liberal policies were influencing the Selangor government’s directions.

PAS had him removed after he went against party instructions and called for supporters to avoid a rally held on the day Anwar’s sodomy trial verdict was handed down.

Plot to oust Khalid

Hasan has since gone on a nationwide campaign “in the name of Islam and Malay unity” through his NGO, Jati, which has become his platform to criticise the Selangor government’s supposed “anti-Islam” policies.

Azmin’s attack on him was believed to be in response to Hasan’s campaign but the latter said the criticism was only hurting Khalid Ibrahim’s credibility as the Menteri Besar.

“What he is doing is only attacking the credibility of the Pakatan government,” Hasan said, pointing out that renovation cost of his office was approved by the state government.

He accused Azmin of attempting to “kill two birds with one stone” when questioning the cost, saying the criticism was not only meant for him but was an attack on Khalid as well.

“It is understood that he [Azmin] had long tried to oust Khalid,” he said. Azmin had denied the allegation although it is widely known that he and Khalid have had conflicts in the past.

Hasan urged Khalid to probe into the expenses of all executive councillors and other state companies, naming state financial officer Arif Abdul Rahman as an example of the lack of transparency in Khalid’s governance.

Arif was said to have been given RM250,000 annually by state-owned firms like Kumpulan Darul Ehsan, Worldwide Holdings and PKNS since 2008 for overseas holidays and receives a monthly salary of up to RM100,000 for “being a silent director” on these companies.

Bad faith

In an immediate reaction, Jeyakumar said Hasan’s allegation was done in bad faith.

“I can take all of you (reporters) to my room. The only renovation I did was to change the carpet and build two smaller meeting rooms. I will reveal the figure tomorrow. Hasan’s allegation is a lie.”

“I think the actual cost (of renovation to his office) was less than RM100,000. I remember because we are very particular about costs…we also want to keep the costs low,”
he told reporters at the Selangor state assembly.

He said the renovation works were done soon after Pakatan Rakyat took over the administration of the state following the 2008 general election.

Meanwhile Halimah also refuted Hasan’s allegation, saying that she had never shifted office since 2008.

“My office is just by the side of the state finance officer’s office. From then to now, I have not done any renovation to my office,”
she added. -FMT


Ulasan GB

Apa jenis punya manusia ni sehingga terpaksa memfitnah orang.

Benar pemerhatian yang GB katakan dulu, dia akan semakin hanyut dan semakin sesat ...

Laporan sebelum ini
klik untuk baca