UiTM tak nafi projek untungkan kroni Umno'
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata penjelasan Universiti Teknologi MARA (UiTM) semalam tidak menafikan secara khusus dakwaannya bahawa projek penswastaan kampus cawangan universiti tersebut menguntungkan ahli politik Umno.
"Pengurusan UiTM tidak sedikit pun menyangkal pendedahan saya mengenai siapa kroni Umno yang berada di belakang syarikat konsesi ini.
"Pengurusan UiTM juga tidak menyangkal kos sewa tahunan yang terpaksa ditanggung bagi setiap kampus seperti yang saya dedahkan.
"Ini bermakna pengurusan UiTM membantu mengesahkan bahawa kesemua fakta yang saya kemukakan selama ini mengenai (identiti) kroni di belakang setiap syarikat konsesi," katanya dalam satu kenyataa.
Hanya jawab keuntungan UiTM
Rafizi menambah, kenyataan UiTM semalam hanya menjawab mengenai keuntungan yang diperolehi oleh UiTM melalui langkah tersebut.
"Pertambahan kos lima kali ganda yang akan membebankan UiTM itu adalah benar dan tepat belaka.
"Akhirnya, pengurusan UiTM hanya mampu menjawab bahawa pendekatan menswastakan kampus cawangan UiTM kepada syarikat konsesi ini menguntungkan UiTM kerana wang didahulukan oleh syarikat konsesi melalui kaedah “private finance initiatives” (PFI)," katanya.
Rafizi sebelum ini mendakwa kampus UiTM Pasir Gudang, Jasin, Seremban 3, Puncak Alam, Tapah dan Kota Samarahan dibina dan disewakan oleh syarikat yang ada kaitan dengan Umno kepada UiTM.
Dakwanya, pemberian projek secara runding itu meningkatkan kos daripada RM1.8 bilion kepada RM8.6 bilion.
Beliau mendakwa syarikat berkenaan memegang konsesi untuk menyewakan kampus itu kepada UiTM selama 23 tahun.
Isu tender terbuka
Katanya, beliau tidak mempersoalkan kaedah untuk menjalankan projek berkenaan melalui pembiayaan swasta (PFI), namun menegaskan ia perlu dijalankan secara telus dan terbuka.
"Negara-negara lain turut mengamalkan kaedah PFI dalam beberapa projek tetapi tender dibuka kepada semua. Akhirnya, syarikat yang menawarkan harga dan nilai terbaik kepada kerajaan yang akan terpilih.
"Dalam kes konsesi penswastaan kampus cawangan UiTM, konsesi dianugerahkan kepada syarikat kroni secara rundingan terus," katanya.
Katanya, beliau juga mempersoalkan kewibawaan syarikat yang dianugerahkan konsesi itu, yang didakwanya tiada pengalaman menguruskan projek demikian kerana ia ditubuhkan untuk menerima konsesi semata-mata.
"Akhirnya, pelaksanaan projek mengalami banyak masalah termasuklah kemudahan yang tidak mengikut spesifikasi, khidmat penyenggaraan yang tidak baik kelak dan lain-lain," katanya. ~mk
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI