20 Ogo 2009

Era Najib Altantuya : Blogger UMNO Nak Samakan Calon PAS Dengan Kebobrokan Pemimpin Mereka

Setelah terbongkar isu calon BN, Rohaizat Othman yang pecah amanah, kini terdapat pihak tertentu dipercayai blogger picisan UMNO ingin menyamakan perangai bobrok pemimpin UMNO mereka yang rasuah dengan akhlak pemimpin PAS.

Dengan melakukan tuduhan kononnya calon PAS untuk pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir yang didakwanya telah menggelapkan wang parti sebanyak RM600,000 jelas merupakan satu pembohongan paling besar kerana PAS tidak pernah mempunyai wang tabungan sebegitu besar apatah lagi dikaitkan dengan pemimpin PAS yang masyarakat umum telah kenal tidak pernah menyamai walau seinci kebobrokan pemimpin-pemimpin UMNO yang sentiasa terpalit dengan rasuah.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Mujahid Yusof hari ini menafikan sekeras-kerasnya beliau pernah mendakwa calon PAS Permatang Pasir, Ustaz Salleh Man menggelapkan wang tabung pilihan raya PAS negeri.

"Saya cabar pihak-pihak yang mendakwa saya ini supaya memberikan bukti terhadap dakwaan ini dan jadilah anak jantan jangan pakai baling batu sembunyi tangan sahaja," kata Mujahid kepada Harakahdaily.

Mujahid menjawab laporan yang mendakwa beliau dan Zulkifli Mat Lazim, bekas Ketua Penerangan PAS Pulau Pinang mendakwa Salleh menggelapkan wang parti.

Dakwaan itu dibuat dalam dua laman web iaitu yang pro Umno dan laman web milik editor sebuah akhbar harian berbahasa Inggeris. Kebiasaannya, selepas keluar dalam blognya, ia akan keluar dalam akhbar harian itu pula.

Menurut Mujahid, pribadi Ustaz Salleh adalah terpuji dan tidak akan membuat kerja-kerja sedemikian.

"Kalau mahu membuat dakwaan pun biarlah beradab dan penuh akhlak. Biarlah ada hujjah bukan pakai hentam sahaja," katanya.

Editor berkenaan menulis, ketika isu calon BN yang digantung oleh Majlis Peguam sukar untuk mati, kini timbul pula cerita tentang calon PAS menggelapkan wang RM600,000.

Ia dilaporkan oleh satu blog yang dimiliki oleh penyokong Umno, Zakhir Mohamad, tulisnya.

Di blog Zakhir pula, laporan mengenainya dibuat. Zakhir menulis tentang kehilangan wang RM600,000 itu dan dakwaan ini, tulisnya, dibuat oleh Mujahid dan Zulkifli Mat Lazim.

Era Najib Altantuya : Yusri Berang Dikambinghitamkan

Kontroversi kes pecah amanah wang Koperasi Pekebun Kecil Getah Pulau Pinang Berhad yang membabitkan calon Umno-BN Rohaizat Othman semakin jelas dengan pendedahan bekas rakan kongsinya.

Individu terbabit, Yusri Isahak, dalam satu sidang akhbar hari ini berkata Rohaizat terbabit sepenuhnya dalam kes penyelewengan wang milik para pekebun getah itu.

“Saya amat berani kerana kejadian yang berlaku sekarang dan saya amat menghormati diri saya. Saya tidak takut dengan mana-mana pihak sama ada berdebat atau berbincang secara terbuka atau tertutup tiada masalah.

“Saya berharap dengan penjelasan ini saya dapat membersihkan diri saya dari di kambing hitamkan dalam kes kecuaian Rohaizat yang membawa kepada pembatalan pendaftaran beliau sebagai peguam bela dan peguam cara,” katanya.

Rohaizat dicalonkan Umno-BN untuk merampas kerusi Dun N11 Permatang Pasir dari Pakatan Rakyat. Umno berhadapan dalam pertandingan satu-lawan-satu dengan calon Pas Mohd Salleh Man Mat Aji.

Rohaizat disenarai hitam lembaga disiplin Majlis Peguam Malaysia tahun lepas selepas beliau didapati menggunakan wang milik pekebun-pekebun kecil untuk kepentingan kawan-kawan.

Majlis Peguam berkata ia membabitkan lebih RM161,000 wang pekebun getah.

Rohaizat seterusnya mencabar keputusan Majlis Peguam di mahkamah, namun Mahkamah Tinggi mengekalkan hukuman tersebut, lima hari sebelum Umno mencalonkan beliau sebagai calon parti perkauman itu dalam Pilihanraya Kecil N11 Permatang Pasir.

Umno menepis persoalan orang-ramai dan beralasan penyenaraian hitam kerana menyeleweng wang milik pekebun-pekebun kecil bukanlah satu kes jenayah.

Umno juga mendakwa Rohaizat telah membayar semula wang pekebun-pekebun kecil, serta mendakwa Rohaizat di hukum Majlis Peguam untuk kesalahan yang dilakukan oleh rakan kongsi, iaitu Yusri Ishak.

Majlis Peguam dan Yusri Isahak menafikan semua dakwaan Umno ini.

“Sebarang urusan pembelian tanah tersebut dan pengunaan wang koperasi dibuat dengan pengetahauan dan penglibatan Rohaizat. Mana mungkin pengaliran keluar masuk wang dalam syarikat tidak diketahui kerana rohaizat yang juga penandatangan yang sah untuk akaun-akaun tersebut.

“Para peguam saya sedang memulakan tindakan undang-undang saman fitnah terhadap beberapa individu yang dengan jelas, terang serta nyata menyatakan bahawa saya lah yang telah mengelapkan duit atau menyalahgunakan wang syarikat.

"Saya tidak menafikan sebarang penyelewengan berlaku, saya ingin menyatakan di sini bahawa segala perjalanan pentadbiran ofis dan pengeluaran cek-cek kemasukan fail-fail semua dilakukan melalui perbincangan dengan rakan kongs. Ertinya apa yang dilakukan oleh rakan kongsi saya dan saya sepatutnya ditanggung oleh kedua-dua belah pihak bukan satu pihak sahaja," katanya.

Rohaizat dan Yusri adalah rakan kongsi di firma Saif Ariff and Rohaizat yang beribu pejabat di Butterworth, Pulau Pinang.

Koperasi Pekebun Getah Kecil Pulau Pinang Berhad adalah klien Rohaizat. Menurut Yusri, sebelum penyelewengan berlaku, sebuah bank telah meluluskan pinjaman RM320,000 kepada koperasi terbabit.

Menurutnya, wang yang akan digunakan untuk membeli sebuah tanah bagi pihak koperasi itu telah di depositkan ke akaun klien di firma guaman Rohaizat.

Yusri mendedahkan calon Umno ini menggunakan wang milik pekebun-pekebun kecil itu bernilai RM100,00 untuk membantu seorang kawan membiayai pembelian tanah bernilai RM130,000.

Menurut Yusri, kawan kepada calon Umno ini sepatutnya membayar semula wang milik koperasi ini kepada Rohaizat namun gagal berbuat demikian.

Menurutnya, Rohaizat kemudiannya membeli tanah tersebut dengan tujuan untuk menjual tanah itu dan membayar balik wang milik koperasi, namun gagal.


“Setelah gagal membayar balik pinjaman Rohaizat telah berbincang dan bersetuju untuk mengambil alih milik tanah berkenaan dan melupuskan pinjaman tersebut. Malangnya firma gagal menjual sebahagian tanah tersebut dan gagal bayar semula wang koperasi yang digunakan,”katanya.

Yusri juga mendedahkan Rohaizat sekali lagi menggunakan wang milik pekebun-pekebun kecil untuk membantu seorang lagi kawannya, yang merupakan pengarah di sebuah syarikat pemaju perumahan.

Selain itu, Yusri berkata Rohaizat turut dikatakan menggunakan wang milik pekebun-pekebun kecil ini untuk menguruskan cawangan Saif Ariff and Rohaizat di Ipoh. -TVA


Era Najib Altantuya : SPRM Sengaja Cari Pasal

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sengaja mencari pasal dengan pembantu-pembantu Exco, kata Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu.

Beliau berkata, tujuan sebenar SPRM adalah untuk membabitkan beliau dalam penyiasatan kes peruntukan DUN, namun menggunakan pembantu khas sebagai mangsa terlebih dahulu.

“Saya rasa dia cari pasal dengan Wong kerana Wong pembantu khas saya, target SPRM adalah saya, tapi saya tak paham mereka pergi kepada wong, mengapa tidak terus kepada saya, saya boleh jawab,” katanya.


Katanya, Wong Chuan How, Pembantu Khasnya di DUN Sungai Pelek hari ini dipanggil memberi keterangan sebagai orang yang disyaki menyeleweng, bermula jam 8 pagi tadi di Pejabat SPRM di Putrajaya.

Beliau ditemani peguam yang dilantik Kerajaan Negeri, Imran Hadzalie Abdul Hamid mengikut Pekeliling Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Bilangan 4 Tahun 2009.

Mengenai siasatan yang mungkin membabitkan beliau, Ronnie berkata, tiada apa yang ingin ditakuti dengan penyiasatan terhadap peruntukan DUN tersebut kerana semuanya dilakukan secara berhemah.

“Kita tahu apa yang kita buat, semua prosidur kita ikut, prosidur ditetapkan kerajaan yang terdahulu,

“kalau mereka rasa mekanisma yang digunakan selama 50 tahun takda masalah takan kita rasa tiada masalah, kita guna mekansma selama setahun, yang ada problem adalah barisan nasional, mereka ada record menghabiskan peruntukan sebanyak 500 ribu atau 600 ribu,” katanya.

Mengenai siasatan yang dijalankan di luar bangunan SUK, seperti yang diputuskan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam mesyuarat Exco 22 Julai lalu, Ronnie berkata ia akan tetap diteruskan.

“Peraturan yang dihantar oleh menteri besar bagi pihak exco masih lagi dikekalkan walaupun AG(Peguam Negara) yang mengatakan mereka akan mencabar, kita akan menunggu cabaran itu, sebelum itu berlaku secular itu dikekalkan jadi mana pegawai kerajaan apabila siasatan diperlukan mereka ada hak untuk mengunakan peguam dan semua kos ditanggung oleh kerajaan negeri sendiri,” katanya. -TVS

Era Najib Altantuya : ISA Tetap Zalim Walau Dipinda

Selagi unsur tahan tanpa bicara masih dikekalkan, selagi itulah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akan dikenali sebagai akta zalim yang menidakkan hak asasi manusia.

Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA, Syed Ibrahim syed Noh menasihati rakyat Malaysia agar tidak terkeliru dalam isu kezaliman akta penjajah ini. Beliau berkata demikian merujuk kepada pengumuman Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussien bahawa tempoh siasatan tersebut akan dipendekkan dari tempoh sebelum ini iaitu selama 60 hari.

Menurut beliau, GMI tetap dengan pendirian bagi mewakili suara rakyat di negara ini yang mahukan akta kontroversi itu dimansuhkan sama-sekali dan bukannya hanya dipinda.

"Sebagimana yang kita katakan dulu, tak main la pinda-pinda ni. Kita kena mansuh terus. sekiranya ada aspek tahan tanpa bicara undang-undang itu sama seperti apa yang ada sekarang. Cuma dia nak pendekkan masa, dia nak tubuhkan satu badan menyiasatlah, tapi apabila ada lagi elemen tanpa bicara, ISA itu tetap ISA" kata Syed Ibrahim.

Katanya lagi apa yang cuba dilakukan oleh Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussien hanyalah sebagai langkah pengubahsuaian tetapi perkara pokok dalam akta tersebut tidak disentuh langsung.

Setiap warganegara, kata Syed Ibrahim, berhak diadili di mahkamah. Beliau percaya mereka yang berkepentingan dalam akta berkenaan seboleh-bolehnya tidak akan membenarkan akta tersebut dimansuhkan.

"Kita jangan terpedaya dengan apa saranan untuk meminda ini, selagi ada elemen tanpa bicara, pindaan tidak membuat pindaan yang menyeluruh dan dimansuhkan dan kalau pun ada undang-undang lain, boleh tetapi ianya mestilah ada elemen-elemen perbicaraan dan membenarkan proses perbicaraan serta mahkamah".

Menurut beliau, kementerian yang berkenaan perlu lebih prihatin terhadap pemansuhan ISA kerana usul tersebut datangnya dari suara majoriti di negara ini.

Pada 1 Ogos lalu, kira-kira 30 ribu rakyat Malaysia berkumpul di hadapan Kompleks membeli-belah Sogo, Masjid Jamek dan Masjid Negara sebagai membantah akta zalim tersebut.

"Mereka rasa mereka tidak perlu merasa tekanan untuk membuat perubahan, sebenarnya mereka memang tertekan kerana majoriti bukan sahaja orang Melayu tetapi orang Cina dan India memang setuju supaya undang-undang ini dimansuhkan. Jadi tekanan itu wujud tetapi untuk membuat pindaan dan sebagainya, mereka takut mereka nampak seperti rakyat tekan dan mereka terpaksa ubah".



Era Najib Altantuya : SPRM dan Polis Jadikan Malaysia Spt Afrika (updated)

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan pemerintah menggunakan agensi kerajaan menutup gejala rasuah di kalangan pemimpin Umno-BN menyebabkan Malaysia tidak ubah seperti negara dunia keempat benua Afrika.

Beliau mepersoalkan tindakan SPRM dan polis yang terang-terangan menutup sebelah mata terhadap jenayah rasuah yang dilakukan pimpinan kerajaan adalah amat menghampakan.

Menurutnya lagi, pelbagai kes yang dilakukan Umno-BN antaranya komisen RM400juta pembelian kapal selam Scorpene dan isu istana kraton jutaan ringgit milik mantan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamad Khir Toyo langsung tidak disiasat.
“Apa yang penting dan perlu diingat mengapa Malaysia di tahun 2009 jadi macam Afrika hulu? Mahu tangkap suka-suka, mahu tendang suka-suka, mereka ingat negeri ini negeri bapa mereka, ini negeri kita bukan negeri bapa mereka.

“Apa ini? Ia menjadi bahan ketawa polis berperangai seperti ini, SPRM seperti ini, ia jadi bahan ketawa. Berbilion ringgit dicuri tapi semuanya ditutup dan tidak perlu disiasat,” katanya pada Majlis Penerangan Rakyat di Permatang Pasir semalam.

Anwar berkata rahsia kepada pembentukan sebuah negara bersatu, harmoni dan berwibawa adalah urustadbir yang baik, mesra rakyat dan dipercayai mampu berubah dan bekerja dengan lebih baik.

Umno-BN sebalik berubah ganas dan menggunakan kekerasan bagi menghadapi kritikan. Menurut pemimpin reformasi itu lagi, Umno-BN menggelarnya pengkhianat Melayu kerana ia ketandusan alasan untuk mengalih perhatian rakyat dari kematian Setiausaha Politik Exco Kerajaan Negeri Selangor, Teoh Beng Hock.

“Saya berjuang untuk Melayu, Cina, India dan seluruh rakyat Malaysia. Cara Umno sangat kotor buat poster saya anti Melayu supaya saya jadi seorang Melayu sebenar. Saya tidak perlu buktikan kepada Umno biar orang Melayu yang tentukan,” katanya.

Dalam perkembangan lain beliau berkata, Kerajaan Negeri Pulau Pinang kini jauh lebih baik berbanding kerajaan terdahulu kerana berjaya membantu golongan miskin tegar di Kepala Batas yang dahulunya merupakan kawasan mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Anwar berkata kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang dapat dijayakan sebagai kerajaan rakyat hanya sekiranya pengundi memilih wakil-wakil rakyat yang berwibawa, berani untuk tampil ke hadapan dan berhujah, serta yang terutama sekali berintegriti tinggi.



Era Najib Altantuya : Wang Palsu RM300 Untuk Undi BN

Seorang penduduk di kawasan Permatang Pasir hari ini menemui tiga keping kertas cetakan menyerupai wang RM100 bersama nota memintanya mengundi calon BN pada pilihan raya keci, 25 Ogos ini, lapor Bernama.

Salim Abdul Hamid, 60-an, dari Kampung Petani, berkata beliau menemui sampul surat yang diselitkan di bawah pintu rumahnya ketika terjaga dari tidur pada 2 pagi tadi.

"Pada mulanya saya ingat duit betul tetapi bila pegang kertas berkenaan ia rasa lain dan nombor siri pada semua wang palsu itu juga adalah sama," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata bersama "wang" berkenaan terdapat sekeping nota berbunyi "tolong undi calon BN".

"Saya tidak pasti siapa yang letak sampul itu, tetapi ada beberapa jiran turut dapat sampul berisi wang berkenaan," katanya.

Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mahfuz Omar berharap pihak terlibat menghentikan perbuatan berkenaan kerana ia akan mengelirukan pengundi di situ.

"Saya tidak tuduh sesiapa, tetapi pihak yang terlibat atau mempunyai kaitan dengan perkara berkenaan, tolong hentikan peekara ini," katanya.

Pilihan raya kecil bagi kerusi DUN Pulau Pinang kawasan Permatang Pasir melibatkan calon BN Rohaizat Othman dan calon PAS Mohd Salleh Man.

Kerusi itu kosong akibat kematian penyandangnya Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman pada 31 Julai lepas akibat serangan jantung.

Era Najib Altantuya : Siapa Pegawai Kanan SPRM Itu?

Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo tiba-tiba telah menafikan tuduhan yang terkandung di dalam surat misteri yang dipercayai ditulis oleh orang dalam SPRM yang mengaitkan beliau di dalam kosnpirasi bersama dengan pegawai siasatan SPRM untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor.

“Tuduhan itu tidak benar,” kata mantan mentri besar Selangor tersebut dari Mekah, Saudi Arabia, apabila diberitahu mengenai surat tersebutw. “Saya tidak tahu siapa pegawai SPRM ini.”

Beliau menambah beliau tidak menyedari tentang surat tersebut dan mengugut untuk mengambil tindakan undang-undang kepada mana-mana lamanweb yang menyiarkannya.

Surat itu diserahkan dua hari lalu kepada Gobind Singh Deo, peguam untuk keluarga mendiang Teoh Beng Hock, dan dihantar oleh orang yang tidak dikenali yang mendakwa “pegawai SPRM” yang meminta pihak berkenaan menyiasat pegawai kanan SPRM kerana rasuah dan penglibatannya di dalam kematian Teoh.

Surat itu yang ditulis di dalam Bahasa Melayu itu juga menamakan pegawai kanan itu sebagai orang yang terlibat secara peribadi menyoal Teoh di saat-saat terakhir sebelum beliau mati.

Surat itu juga menceritakan apa yang didakwanya berlaku ketika Teoh disoalsiasat.

Tetapi surat itu tidak menceritakan bagaimana Teoh mati di mana punca kematian beliau masih lagi dalam siasatan inkues yang ditubuhkan untuk menyiasat kematiannya.

Surat itu juga mendakwa pegawai kanan tersebut bertindak mengikut arahan Dr Mohd Khir dari masa ke semasa dari ketika beliau seorang menteri besar Selangor untuk memulakan siasatan terhadap kemungkinan wujudnya rasuah melibatkan kerajaan Pakatan Rakyat.

Di dalam surat itu, beberapa siasatan yang dipercayai melibatkan pertadbiran Dr Mohd Khir disenaraikan, dan pegawai kanan tersebut dikatakan telah melindungi beberapa kes.

Semalam, majistret Azmil Muntapha Abas, yang bertindak sebabagai koroner di dalam inkues kematian Teoh, mengarahkan pegawai polis penyiasat, ASP Ahmad Nazri Zainal, untuk menyiasat kandungan surat berkenaan dan dakwaan yang terkandung di dalamnya serta merta.

Azmil juga memberitahu para peguam yang terlibat untuk tidak mendedahkan kandungan surat berkenaan kepada sesiapa tetapi tidak mengeluarkan (arahan tegas) “gag order” seperti yang diminta oleh Tan Hock Chuan, peguam yang mengetuai kumpulan pendakwa raya dan yang memabtunya di dalam inkues berkenaan.

Tan meminta untuk dikeluarkan “gag” bagi menghalang polis yang membuat siasatan susulan berada di dalam risiko, kerana beberapa orang penting dikatakan telah dinamakan di dalam surat kontroversi berkenaan.

Tetapi Gobind, yang mewakili keluarga Teoh, menyatakan "gag" tidak semestinya akan menghalang kandungan surat tersbut dari dibocorkan.

Gobin menyatakan surat berkenaan telah diserahkan kepadanya petang Selalsa, sebaik saja beliau ingin meninggalkan mahkamahthe court here.

Sampul surat tersebut tidak dialamatkan kepadanya, tambahnya. Beliau menolak untuk menjawab kepada siapa sebenarnya surat itu ditujukan.

Era Najib Altantuya : SPRM Dan Polis Jadikan Malaysia Spt Afrika

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan pemerintah menggunakan agensi kerajaan menutup gejala rasuah di kalangan pemimpin Umno-BN menyebabkan Malaysia tidak ubah seperti negara dunia keempat benua Afrika.

Beliau mepersoalkan tindakan SPRM dan polis yang terang-terangan menutup sebelah mata terhadap jenayah rasuah yang dilakukan pimpinan kerajaan adalah amat menghampakan.

Menurutnya lagi, pelbagai kes yang dilakukan Umno-BN antaranya komisen RM400juta pembelian kapal selam Scorpene dan isu istana kraton jutaan ringgit milik mantan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamad Khir Toyo langsung tidak disiasat.
“Apa yang penting dan perlu diingat mengapa Malaysia di tahun 2009 jadi macam Afrika hulu? Mahu tangkap suka-suka, mahu tendang suka-suka, mereka ingat negeri ini negeri bapa mereka, ini negeri kita bukan negeri bapa mereka.

“Apa ini? Ia menjadi bahan ketawa polis berperangai seperti ini, SPRM seperti ini, ia jadi bahan ketawa. Berbilion ringgit dicuri tapi semuanya ditutup dan tidak perlu disiasat,” katanya pada Majlis Penerangan Rakyat di Permatang Pasir semalam.

Anwar berkata rahsia kepada pembentukan sebuah negara bersatu, harmoni dan berwibawa adalah urustadbir yang baik, mesra rakyat dan dipercayai mampu berubah dan bekerja dengan lebih baik.

Umno-BN sebalik berubah ganas dan menggunakan kekerasan bagi menghadapi kritikan. Menurut pemimpin reformasi itu lagi, Umno-BN menggelarnya pengkhianat Melayu kerana ia ketandusan alasan untuk mengalih perhatian rakyat dari kematian Setiausaha Politik Exco Kerajaan Negeri Selangor, Teoh Beng Hock.

“Saya berjuang untuk Melayu, Cina, India dan seluruh rakyat Malaysia. Cara Umno sangat kotor buat poster saya anti Melayu supaya saya jadi seorang Melayu sebenar. Saya tidak perlu buktikan kepada Umno biar orang Melayu yang tentukan,” katanya.

Dalam perkembangan lain beliau berkata, Kerajaan Negeri Pulau Pinang kini jauh lebih baik berbanding kerajaan terdahulu kerana berjaya membantu golongan miskin tegar di Kepala Batas yang dahulunya merupakan kawasan mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Anwar berkata kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang dapat dijayakan sebagai kerajaan rakyat hanya sekiranya pengundi memilih wakil-wakil rakyat yang berwibawa, berani untuk tampil ke hadapan dan berhujah, serta yang terutama sekali berintegriti tinggi.

Era Najib Altantuya : PR Bangga Calonnya Bersih - Guan Eng

Setiausaha Agong DAP Lim Guan Eng berbangga apabila Pakatan Rakyat dapat mengemukakan seorang calon yang bersih dari sebarang masalah integriti dan moral.
Menurutnya, keputusan Pas untuk mencalonkan Salleh Man bertepatan dengan usaha kerajaan negeri yang mahu mencipta sejarah menjadi negeri berjiwa rakyat.

“Calon kita mesti yang bersih jujur dan sedia khidmat pada rakyat, kita tidak mahu wakil rakyat yang tidak boleh dipercayai dan makan duit orang. Tidak mahu wakil rakyat yang dipecat badan profesional kerana tidak jujur,” katanya pada Majlis Penerangan Rakyat.

Menurutnya, pembentukan kerajaan berjiwa rakyat memerlukan usaha bersama dan perkongsian prinsip yang satu bagi memastikan tradisi kepimpinan BN yang mengamalkan kerajaan kroni dapat dibasmi.

Guan Eng berkata beliau yakin masyarakat di Permatang Pasir sedia maklum mengenai usaha penubuhan kerajaan berjiwa rakyat tanpa mengira kaum agama dan latar belakang.

“Saya percaya calon kita Salleh Othman memenuhi semua kriteria ini bersih, beramanah, cekap dan bertakwa kepada Tuhan. Ada pertikaian terhadap integritinya (Rohaizat) dan kita amat berbangga calon kita memenuhi syarat asas khususnya intregriti,”katanya.

Guan berkata pihaknya mewakili Kerajaan Negeri Pulau Pinang menyerahkan sepenuhnya kepada rakyat Permatang Pasir untuk menentukan pemimpin jenis apa yang mahu mereka hantar mewakili warga Permatang Pasir ke Dewan Undangan Negeri.

“Kita tidak akan bersikap angkuh, kita akan yakin tetapi terus bekerja bagi memastikan kemenangan,” katanya. -TVA

Era Najib ALtantuya : Yusri Nafi Tuduhan Rohaizat Dan UMNO

Kontroversi yang melanda calon Barisan Nasional, penarikan lesen guaman sivil Rohaizat Othman hari ini menjadi hangat semula apabila rakankongsinya, yang pihak Umno tuduh mengambil wang anak-guamannya, muncul menafikan tuduhan tersebut.

Yusri Ishak mendakwa wang tersebut digunakan Rohaizat untuk membuka cawangan firma di Ipoh dan menyatakan politikus UMNO itu tidak boleh menafikan penglibatannya di dalam kes itu.

Rohaizat, 38, pada 12 Ogos lalu gagal di dalam rayuannya di mahkamah terhadap tindakan Majlis Perguam yang menarik balik lesen guaman sivilnya selepas beliau menuduh rakankongsinya untuk perkara yang Majlis Peguam dakwa melibatkan RM161,000 wang kepunyaan anak guammannya.

Rohaizat kini berhadapan dengan calon PAS Mohd Salleh Man Mat Aji di dalam pertandingan satu lawan satu untuk kerusi Permatang Pasir pada 25 Ogos ini, pilihanraya kecil ke lapan selepas pilihanraya umum 2008.

Umno telah menafikan isu itu, menyatakan Rohaizat telah membayar wang tersebut dan bukan satu kes jenayah, disamping menuduh pembangkan sengaja memainkan isu berkenaan.

Rohaizat telah ditarik balik lesen guamannya pada tahu lepas selepas di dapati bersalah oleh Lembaga Disiplin Majlis Peguam kerana salahlaku kegagalan mengembalikan wang milik Koperasi Pekebun Kecil Getah Pulau Pinang.

Rohaizat telah menuduh rakankongsinya kerana perbuatan salahlaku itu.

Majlis Peguam telah menjelaskan Rohaizat didapati bersalah di atas kapisiti dirinya dan telah gagal di dalam rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Rabu lepas, lima hari sebelum Umno mencalonkan beliau untuk pilihanraya kecil itu.

Kenyataan Majlis Peguam itu bertentangan dengan versi Rohaizat terhadap kejadian tersebut. Rohaizat menuduh rakankongsi firma guamannya yang melakukan kesalahan tersebut.

Pencalonannya telah mendatangkan satu keaiban besar kepada UMNO kerana ia menimbulkan persoalan kecekapan proses penapisan.

Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang ditugaskan mengepalai kempen Umno/BN didalam pilihanraya kecil itu, turut menerima tempias keaiban itu.

Sewaktu ditanya mengenai laporan Rohaizat yang dijadikan bahan tohmahan dan bagaimana beliau telah disaman dua kali oleh Majlis Peguam, Muhyiddin menyamakan saman tersebut seperti tiket parking.

Beliau berkata Umno sedang menimbangkan deklarasi bersumpah untuk menghadpi keleut yang melanda calon BN tersebut.


Rakan Kongsi Berang Di Kambing Hitam

Bekas rakan kongsi Rohaizat Othman, Yusri Isahak, akan mengambil tindakan saman terhadap mana-mana individu yang mencemar namanya dengan salahlaku yang dibuat oleh calon BN itu.

Yusri berkata demikian dalam satu sidang akhbar di Penanti, Pulau Pinang hari ini.
"Saya bersama hampa dan marah. Saya mahu bersihkan nama saya dan maruah keluarga," kata Yusri.

"Saya bersedia untuk bersemuka dan berdebat dengan Rohaizat untuk membersihkan nama saya dan keluarga," tegas beliau.

Rohaizat, bekas pengamal undang-undang sivil, menerjah ke muka hadapan akhbar selepas didapati disenarai-hitam oleh Majlis Peguam Malaysia.

Calon BN ini didakwa terbabit dalam kes pecah amanah membabitkan wang milik Koperasi Pekebun Getah Kecil di Pulau Pinang.

Namun ada pihak tertentu berkata Rohaizat disenarai-hitam atas kesalahan yang pihak tersebut dakwa dilakukan oleh Yusri Isahak.

Majlis Peguam berkata badan itu tidak akan sekali-kali menghukum mana-mana ahlinya untuk kesalahan yang dilakukan individu lain.

Yusri berkata dakwaan pihak tertentu bahawa Rohaizat telah melangsaikan wang pecah amanah itu kepada koperasi juga adalah tidak benar sama-sekali.

"Dakwaan Rohaizat telah buat bayaran penuh kepada koperasi adalah tidak benar kerana bayaran masih belum selesai. Saya pelik dengan kenyataan tersebut kerana Rohaizat lebih maklum akan urusan kewangan syarikat, lebih-lebih lagi beliau sendiri yang menandatangani cek melululsan wang syarikat untuk diberi pinjam pada kenalannya," kata Yusri. -TVA


Era Najib Altantuya : UMNO Dah Takda Calon Lain Ke? - Ku Li

Calon yang dipilih untuk bertanding dalam pilihanraya mesti mempunyai rekod yang bersih kerana "kita meminta rakyat meletak kepercayaan kepadanya sebagai ketua mereka", kata bekas naib presiden Umno, Tengku Razaleigh Hamzah, lapor malaysiakini.

"Kita juga berkata calon tersebut mewakili kita. Saya rasa sedih kerana terpaksa menyebut perkara yang sudah nyata itu," tulis Tengku Razaleigh yang juga ahli parlimen Gua Musang dalam blognya.

Beliau merujuk kepada pemilihan Rohaizat Othman - yang telah dibatalkan lesen guamannya - sebagai calon BN dalam pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir.

Majlis Peguam telah membatalkan lesen guamannya pada 7 Mac 2008 ekoran dikaitkan dengan kes pecah amanah wang anak guam. Rayuan Rohaizat ke Mahkamah Tinggi juga ditolak pada 12 Ogos lalu.

Menurut Tengku Razaleigh perkara seumpama itu tidak akan melayakkannya menjadi calon bagi jawatan awam dalam mana-mana parti politik.

Sehubungan itu, beliau mempersoalkan apakah Umno kekurangan calon sehingga terpaksa memilih Rohaizat bertanding di Permatang Pasir.

"Apakah salahlaku kewangan seumpama itu sudah menjadi perkara biasa sehingga tidak lagi menjadi faktor dalam memilih calon yang sesuai.

"Pemimpin parti yang memilih dan menyaring calon-calon mesti sudah tahu kecacatan itu tetapi menganggap salahlaku kewngan itu sebagai satu perkara yang remeh," tambahnya.


Menurut Tengku Razaleigh lagi, kejujuran merupakan syarat minimum untuk memegang jawatan awam.

"Apa jua pun kebaikan-kebaiakan yang lain yang dimilik calon berkenaan, beliau tidak boleh dipertimbangkan sekiranya beliau gagal ujian ini.

"Calon yang hendak kita pilih bertanding dalam pilihanraya mesti mempunyai rekod yan bersih kerana kita meminta rakyat meletakkan keyakinan mereka kepadanya sebagai pemimpin mereka.

"Dan kerajaan yang demokratik akan runtuh tanpa mendapat keyakinan rakyat," tambahnya.

Oleh itu, Tengku Razaleigh berkata, dengan meletak seorang yang telah dilucut kelayakannya menjadi peguam, maka Umno menonjolkan imej bahawa ia mengamalkan kod moral yang berbeza dengan yang diamalkan oleh rakyat Malaysia.

"Satu set peraturan untuk Umno dan yang lain pula untuk orang lain," katanya.

Era Najib Altantuya : SPRM Melakukan Kesalahan Semasa Menahan Wong

Setiausaha DAP Selangor mengatakan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melanggar hak asasi manusia semasa menyiasat pembantu khas Ahli Exco Kerajaan Negeri, Wong Chuan How.

Lau Weng San berkata, DAP tidak pernah mengganggu penyiasatan SPRM, walau bagaimanapun SPRM perlu telus, adil, profesional dan bebas apabila menjalankan siasatannya terhadap pemimpin DAP dan Pakatan Rakyat (PR) yang lain.

“SPRM telah melanggari hak asasi manusia semasa menyiasat kes Chuan How dengan menggunakan peruntukan yang salah. Mereka harus menggunakan Seksyen 49 Akta SPRM 2009 bagi menahan mana-mana individu, dan bukannya Seksyen 53 Akta berkenaan.

“Seksyen 53 (Kebolehterimaan pernyataan orang tertuduh) yang terletak di bawah bahagian keenam akta ini hanya mengenai keterangan sahaja dan langsung tidak menyentuh mengenai penangkapan mana-mana individu,” katanya dalam kenyataan media, semalam.

Menurutnya, SPRM juga mungkir janji kerana sebelum datang ke pejabat Chuan How, SPRM telah berjanji melalui telefon bahawa mereka akan datang ke pejabat beliau untuk merekodkan keterangan.

Weng San berkata, tanpa disedari Chuan How, SPRM telah datang ke pejabatnya pada pagi 14 Ogos 2009 dan mengeluarkan notis di bawah Seksyen 53 Akta SPRM 2009, bahawa Chuan Wong telah ditahan dan beliau perlu datang ke Ibu Pejabat SPRM.

“Namun, SPRM tidak mengeluarkan dokumen pengenalan diri semasa menahan Chuan How. Pegawai tersebut tidak memakai tanda nama dan mereka juga enggan memperkenalkan diri semasa penangkapan dibuat.

“Apabila Chuan How membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Pelek, pegawai SPRM tersebut tidak memberi kerjasama apabila diminta untuk memberi nama mereka. Tindakan ini seakan-akan sama dengan Polis Rahsia Nazi Jerman, Gestapo semasa perang dunia kedua,” katanya.

Beliau berkata, SPRM juga harus memahami realiti bahawa mereka bukan dikecam dan dikritik oleh DAP, malahan oleh seluruh rakyat negara ini yang cintakan pentadbiran serta undang-undang.

“Penyelewengan yang dilakukan menyebabkan kreadibiliti SPRM terjejas, sekali gus mengakibatkan orang ramai mengecam SPRM,” katanya.

Sementara itu, Exco Selangor, Wong Chuan How, 50, tiba di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, jam 8.50 pagi ini dipercayai bagi memberi keterangan.

Beliau tiba bersama seorang peguamnya berhubung dakwaan pembabitkan Exco Selangor dalam penyelewengan membabitkan peruntukan kerajaan negeri.

Jumaat lalu, akhbar melaporkan cubaan sepasukan pegawai SPRM menahan Wong di pejabat perkhidmatan wakil rakyat DAP di Sungai Pelek, Sepang, bertukar menjadi kecoh apabila lelaki itu didakwa enggan memberi kerjasama untuk dibawa ke pejabat agensi itu.

Wong pula mendakwa cedera di kaki akibat ditolak pegawai SPRM dan terpaksa mendapatkan rawatan di Hospital Serdang


Era Najib Altantuya : Noh Omar Penipu - Khalid Samad

Kenyataan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Noh Omar yang berjanji akan membantu penduduk Seksyen 23, Shah Alam untuk mendapatkan perintah injuksi daripada mahkamah dilihat sebagai menipu rakyat.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, tindakan Noh itu dilihat sebagai tidak sensitif terhadap keperluan orang bukan beragama Islam dan orang Islam itu sendiri.

Menurutnya, Kerajaan Barisan Nasional (BN) sendiri terlebih dahulu membuat perkara yang sama apabila Masjid Jami’ Raja Tun Uda di Seksyen 16 dibina bersebelahan kuil dengan jarak 300 meter, malah berada lebih kurang 50 meter dari rumah pangsa di situ.

“Jika diperhatikan, turut berada di antara kuil, masjid itu adalah sebuah sekolah agama yang menjadi sebahagian dari masjid sedangkan Seksyen 16 berada dalam kawasan majoriti orang Islam.

“Apa yang ingin diperjuangkan jelas menunjukkan semangat perkauman dan ini tidak wajar berlaku. Apa yang berlaku, penyokong Pas sendiri tidak membangkang pembinaan kuil ini kerana faham hak yang dijamin oleh Kerajaan Negeri dan Islam,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata, apabila Pakatan Rakyat (PR) memerintah, isu tersebut sengaja dipolitikkan untuk menaikkan semangat perkauman.

“Apa yang membezakan pemerintahan PR dan kami lebih bertanggungjawab untuk memenuhi keperluan semua kaum tanpa mengira agama.

“Penduduk perlu menilai sesuatu perkara dengan wajar dan bersikap terbuka. Ruang untuk berbincang masih terbuka untuk kita sama-sama berusaha menyelesaikan kemelut ini,” katanya.

Ketika ditanya media bilakah perbincangan tersebut akan dilakukan, Khalid berkata, sebaik selesai Pilihan raya Kecil Permatang Pasir, beliau dan Exco Kerajaan Negeri, Rodziah Ismail akan mengadakan perbinca-ngan sebelum bertemu dengan penduduk.

“Saya berharap, perte-muan ini nanti kedua-dua belah pihak akan dapat meluahkan pendapat masing-masing demi kebaikan bersama,” katanya.

Sementara itu, Abdul Khalid menjelaskan, kawasan Shah Alam satu ketika dahulu adalah kawasan ladang getah di mana pekerjanya terdiri daripada India.

“Sebab itulah kuil tersebut dibina di Seksyen 19. kuil itu dibina sebelum pembinaan kawasan perumahan yang ada sekarang.

“Semuanya berlaku sewaktu zaman pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional (BN) lagi, di mana apabila pembangunan tidak dirancang seperti yang sepatutnya menyebabkan keadaan kuil dan kediaman terletak begitu hampir,” katanya. -SH

Era Najib Altantuya : UMNO Berlindung Di Sebalik Kuasa Polis

Setelah berjaya menundukkan istitusi penting negara ini badan eksekutif di bawah Barisan Nasional kini dilihat melaksanakan agenda politik menggunakan kuasa yang pada hakikatnya tidak ada padanya.

Ini termasuk memperkudakan institusi polis bagi menyempurnakan pengukuhan dan kesinambungan kuasa politik beberapa kerat pemimpin Umno dan BN.

Sejarawan negara, Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim berkata Umno dan BN mampu berbuat demikian kerana rakyat secara amnya tidak faham tanggungjawab mereka memantau setiap gerak langkah kerajaan terutamanya sekiranya ia menjurus kepada penyelewengan dan salahguna kuasa.

"Badan eksekutif sekarang menggunakan kuasa yang tidak ada pada mereka. Saya rasa masyarakat keseluruhannya tidak faham mengenai isu ini.

Mereka ingat polis ada kuasa untuk melakukan apa saja pada hal polis sebagai eksekutif mesti juga patuh kepada undang-undang," kata beliau dengan merujuk kepada tindakan keras anggota polis ke atas lebih 30,000 rakyat yang berarak mendesak dimansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1 Ogos lalu.

Tambah Prof Khoo kebanyakan pemimpin sekarang yang memegang tampuk kuasa lebih mengutamakan kepentingan peribadi termasuk keluarga dan kroni sehingga menyebabkan institusi awam menjadi mangsa kerakusan mereka.

Beliau melihat trend kemerosotan peranan dan kewibawaan institusi awam mula menunjukkan tanda-tanda kelemahan sejak tahun 60an lagi.

"Contohnya seperti sukan, bagaimana pasukan bola sepak kita pada masa dulu mengalahkan Korea Selatan dua kali untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik. Tapi sekarang sukan bola sepak kita sudah jatuh di "ranking" yang bawah daripada Sri Lanka dan Laos. Ini menunjukkan memang ada sesuatu yang tidak betul," jelas beliau lagi.

Tegas beliau penggunaan pengaruh politik bukan sahaja setakat badan kehakiman dan kepolisian malah telah menjalar ke sistem pendidikan menyebabkan keadaan porak peranda dan kucar kacir.

"Saya berpendapat sistem dahulu jauh lebih berkesan dan bermakna. Sekarang saya tidak nampak apa yang sedang dilakukan di sekolah. Dulu guru hampir setiap hari cuba menanam nilai-nilai murni dikalangan murid.

Mereka bukan hanya mengajar berasaskan buku teks malah banyak memberi penjelasan tentang nilai. Ini membolehkan murid sentiasa berfikir dan faham apa itu tanggungjawab, bukan macam sekarang," kata Prof Khoo. -SK

Era Najib Altantuya : Rais Buta Internet

Apakah Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim tahu apa itu e-mail? Nampak soalan ini lucu untuk ditujukan kepada seorang yang dilantik sebagai menteri yang menjaga hal ehwal komunikasi negara tetapi ini bukan lawak, lapor harakahdaily.

Ada pihak, termasuk dalam kerajaan dan Umno sendiri yang ragu-ragu apakah Rais tahu apa itu email dan lain-lain gadget komunikasi terkini.

Perkara ini berbangkit, apabila Rais dilaporkan bercadang untuk menapis internet di negara ini.

"While we're on the green dam, do you think Rais knows what email is? Forget FB (facebook), Twit (twitter), etc. Is he even 1.0? I think he kolot."

("Ketika kita semua berada di zaman empangan hijau, awak fikir Rais tahu ke apa itu email? Lupakan Facebook, twitter, dll. Adakah dia 1.0? Saya fikir dia kolot").

Siapakah yang membuat kenyataan di atas. Dia tidak lain dan tidak bukan dari Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin Abu Bakar melalui twitter yang dihantarnya kepada seorang wartawan.

Mesej melalui Twitter ini dihantar Khairy pada jam 11.43 pagi 14 Ogos lepas kepada wartawan itu. Sesiapa yang mengikuti (following) kedua-dua pihak ini (Khairy dan wartawan berkenaan) melalui Twitter akan menerima mesej Khairy ini.

Rais dianggap terkebelakang apabila cuba menapis internet. Hatta bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir sendiri berfikir begitu.

Pentadbiran Dr Mahathir telah memperkenalkan Akta Multimedia melalui Multimedia Super Koridor (MSC) yang menjadi internet tidak akan ditapis.

Cadangan Rais dilihat cuba berselindung di sebalik usaha untuk menyekat pornografi. Matlamat sebenarnya adalah untuk menyekat pengaruh internet yang sudah berada di luar kawalan lesen kerajaan.

Ini kerana, ketika lesen akhbar di kawal oleh Kementerian Dalam Negeri, kementerian Rais mengawal lesen untuk stesen tv dan radio. Namun, internet bebas bergerak tanpa sebarang kawalan perlesenan dari kerajaan.

Ekoran cadangan ini, Rais dilihat cuba mengawal internet khasnya bloger dan laman web, sebagaimana akhbar dan tv dikawal.

Internet khasnya blogger dan laman web dianggap masalah utama komunikasi Barisan Nasional (BN) selepas kekalahan teruk mereka dalam pilihan raya umum 2008 lalu.

Untuk menghadapinya, ramai beranggap, BN perlu menyekat pengaruh ini dengan mengawalnya sebagaimana mereka mengawal akhbar dan tv.

Tetapi, Rais bukan sahaja akan berdepan dengan Pakatan Rakyat bahkan dalam Umno sendiri termasuk generasi seperti Khairy yang kini memimpin Pemuda Umno ini.

Era Najib Altantuya : Berita Harian Diarah Bayar RM150K Kepada Mahfuz

Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan syarikat The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad melalui akhbar Berita Harian membayar gantirugi sebanyak RM150 ribu kepada Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berikutan laporan mereka sebelum ini berkaitan dakwaan Mahfuz mengajak seorang menteri bertumbuk dalam parlimen.

Pada sidang media di pejabat Harakah semalam, Mahfuz memberitahu keputusan tersebut telah membersihkan dirinya dari fitnah ekoran laporan akhbar itu.

"Saya bersyukur kes ini memihak kepada saya, namun bukan soal jumlah dan nilai wang itu, tetapi yang lebih penting bagi saya adalah nama saya dapat dibersihkan daripada tanggapan negatif yang terkesan dari laporan Berita harian ini," ujarnya pada sidang media tersebut.

Turut hadir sama peguam mewakilinya, Mohamed Hanipa Maidin yang juga Pengerusi Lajnah Undang-undang dan Guaman PAS.

Kes itu mula didengar di Mahkamah Tinggi Sivil, Jalan Duta selepas Pilihanraya umum Mac tahun lalu dan mendapat keputusannya hari ini yang dibuat di Mahkamah Tinggi Shah Alam pagi tadi oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Tuan Mohd Yazid Mustafa

Mahfuz menamakan Dato' Ahmad Rejal Arbee dan NSTP Press Berhad sebagai defendan yang diwakili peguam Nad Segaram.

Gambar: Hanipa menunjukkan saman yang disahkan oleh Mahkamah Tinggi hari ini.

Saman fitnah Mahfuz itu dibuat ekoran laporan muka hadapan akhbar Berita Harian, 9 November 2000 bertajuk "Mahfuz ajak wakil BN bertumbuk".

Insiden itu berlaku ketika Mahfuz yang pada ketika itu Ahli Parlimen Pokok Sena sedang membentangkan usul tergempar di Dewan Rakyat berhubung keganasan polis dalam menyuraikan himpunan rakyat di Lebuh Raya Kesas berhampiran Jalan Kebun, Klang.

"Berita Harian melaporkan Mahfuz mengajak Ahli Parlimen Tampin, Dato' Shaziman Abu Mansor untuk bertumbuk di luar Dewan sedangkan beliau sebenarnya hanya menjawab cabaran Shaziman."

"Insiden itu direkodkan di dalam handsard Parlimen dan bukti menunjukkan Shaziman yang memulakan cabaran sehingga menuding jari sebagai mengajak Mahfuz keluar dewan namun ditenangkan oleh seorang penyokong kerajaan," jelas Hanipa.

Najib juga perlu bersih diri

Mahfuz pada sidang media sama menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar mengambil tindakan sama dengan mengemukakan saman kepada media yang telah mengaitkannya dengan kes pembunuhan wanita Monggolia, Altantuya Sharibuu dan juga kes rasuah pembelian kapal selam.

Ianya penting bagi membersihkan imej bukan sahaja diri Najib, malah rakyat dan negara secara keseluruhannya.

"saya kira Datuk Najib perlu mengambil tindakan undang-undang khususnya terhadap media luar negara bagi membersihkan nama baik dia dan lebih besar daripada itu adalah membersihkan nama baik rakyat dan Negara Malaysia. Sehingga hari ini saya tidak lihat Datuk Najib mengambil tindakan undang undang," tegasnya lagi.

Sebelum ini media antarabangsa antaranya akhbar Perancis, Liberation mendedahkan kaitan Najib dengan Altantuya. Bagaimanapun tiada sebarang penafian dibuat.

Isu itu juga telah menyebabkan nama Altantuya diharamkan dalam ceramah-ceramah kempen pilihanraya khususnya pada Pilihanraya Kecil Bukit Gantang.

Siar rakaman sebenar kenyataan Tok Guru

Berhubung hal sama, Mahfuz pada sidang media tadi juga turut menggesa media elektronik, khususnya Radio Televisyen Malaysia dan Media Prima menyiarkan rakaman video atau audio sebenar kenyataan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung isu "Ahli Umno tak masuk syurga."

Ini kerana katanya tiada sebarang rakaman sebenar disiarkan dalam berita stesyen tersebut dan hanya sekadar menunjukkan gambar Nik Aziz dan kenyataan yang ditafsir sendiri oleh wartawan mereka.

"Saya mintak RTM ataupun TV3 siarkan pertuturan, percakapan Tok Guru yang mengatakan ahli umno tak masuk syurga. Kalau betul ada, kita tengok tepat ke tak, kalau tidak mereka perlu bersedia berdepan tindakan mahkamah, kecuali mereka memohon maaf secara terbuka dan diulang-ulang dalam televisyen," ujarnya.

Utusan Malaysia sebelum ini pernah memohon maaf di atas kesilapan memutar belit kenyataan Nik Aziz berhubung cadangan kerajaan perpaduan yang pada waktu itu sedang hangat diperdebatkan yang disiarkan mereka pada 15 Jun 2009.

Kenyataan Nik Aziz dipetik sebagai "nasihat saya mesti didengar"sedangkan kenyataan sebenar adalah "nasihat saya tidak semestinya didengar". -harakahdaily


Era Najib Altantuya : Dedahkan Klip Ahli UMNO Tak Masuk Syurga, Media UMNO Dicabar.

Media arus perdana kendalian Umno-BN dicabar mengemukakan klip penuh ucapan Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyatakan ahli Umno tidak akan masuk syurga.

Naib Presiden Pas, Sallehuddin Ayub berkata, Nik Aziz akan mengemukakan saman terhadap media yang gagal mengemukakan bukti berkenaan.

“Kami mencabar media-media khususnya pro Umno supaya mendedahkan sepenuhnya klip video yang menyatakan ahli Umno tidak akan masuk syurga. Lain lah jika pihak terbabit dan pemimpin BN mahu jadikan Umno sebagai ikon kebencian,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata tindakan Umno mengangkat Rohaizat Othman sebagai hero amat mendukacitakan, meskipun calon itu didapati pecah amanah wang milik Koperasi Pekebun Kecil Getah.

Katanya lagi, Rohaizat sendiri tidak pernah mengemukakan sebarang kenyataan kepada umum menafikan penglibatan beliau dalam isu berkenaan.

“Masalah beliau bayar semula setalah diajukan dengan desakan yang serius. Dia tidak pernah membuat satu kenyataan yang dia tidak pernah terlibat dalam isu ini,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menggelarkan calon Umno sebagai ‘padi basah’ kerana tindakan pimpinan parti berkenaan ibarat menggunakan pendekatan tangkap muat memilih calon. -TVA



Era Najib Altantuya : MB Selangor Pertikai Cuma Cara SPRM Bertindak

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak menghalang sekiranya peguam negara, Abdul Gani Patail mahu mengambil tindakan mahkamah berhubung pekelilingnya menegah kakitangan kerajaan negeri beri keterangan di luar waktu pejabat dan bangunan SUK.

Tan Sri Khalid menyifatkan itu sebagai kuasa mereka dan tidak mempertikaikan kuasa SPRM, tetapi mempertikaikan cara pengendalian mereka dalam siasatan kes.

“Walaupun kita memberi kebebasan penuh kepada SPRM menjalankan tugas mereka. Akan tetapi, proses mendapatkan maklumat itu oleh agensi itu mestilah dilakukan secara munasabah dan bertamadun selain tidak menafikan hak individu seperti yang termaktub dalam perlembagaan,” katanya.

Tan Sri Khalid berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Perhimpunan Bulanan Jabatan Kerajaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang di Dewan Jubli Perak, di sini pagi tadi.

Katanya, pekeliling itu dikeluarkan bagi menjamin keselamatan pegawai-pegawai kerajaan negeri berkaitan dengan kematian Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock selepas memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 16 Julai lalu.

Dalam pada itu, Abdul Khalid turut meminta SPRM meneliti dan belajar daripada pengalaman daripada negara-negara maju yang mempunyai kadar rasuah yang rendah seperti di New Zealand dan Findland.

Katanya, tindakan itu dilihat akan memberikan manfaat kepada SPRM menjalankan tugas mereka termasuklah dari segi prosedur penguatkuasaan serta siasatan.

Kerajaan negeri Selangor telah mengeluarkan Pekeliling Bilangan 4 Tahun 2009 melarang pegawainya memberi keterangan kepada SPRM selepas waktu pejabat atau diluar pejabat untuk menjamin keselamatan mereka dan tidak mahu kejadian yang menimpa Beng Hock, berulang. TVA/TVS



Era Najib Altantuya : Kes Gadai Tanah Muhyiddin Ke SPRM

Angkatan Muda Keadilan menggesa Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin menjelaskan isu penggadaian tanah seluas 51,170 hektar kepada Singapura pada tahun 1980 ketika beliau menjadi Menteri Besar Johor dahulu.

Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mohd Akin, mendakwa pengkhianat sebenar adalah Muhyiddin sendiri kerana telah menyalahgunakan harta kerajaan untuk kepentingan parti.

“Terdapat bagaimana Muhyiddin ketika menjadi Menteri Besar Johor telah menggadaikan 51,170 hektar tanah kepada kerajaan Singapura dengan pulangan wang sebanyak RM350 juta ringgit. Perkara ini telah didedahkan oleh bekas setiausaha UMNO, saudara Osman dan perkara ini telah disebut dan diumumkan dalam ceramah Ibrahim Ali bahkan perkara ini menjadi rahsia dan tidak diketahui oleh rakyat Johor ketika itu,” kata Shamsul.

Pendedahan Datuk Ibrahim Ali dalam satu ceramah di Kuala Nerus, Terengganu sekitar pada tahun 2006 itu telah menjadi tanda tanya kepada semua rakyat Malaysia ekoran penyalahgunaan kuasa tersebut sekali gus membayangkan kepada rakyat bahawa pengkhianat sebenar ialah Muhyiddin dan pimpinan UMNO Barisan Nasional.

Shamsul berkata pengakuan ini secara terang-terangan telah membuktikan penyalahgunaan kuasa yang dilakukan dan ekoran itu AMK menggesa SPRM menyiasat kes tersebut dengan segera.

“Hal ini dilakukan bagi menjawap persoalan-persoalan yang dilaporkan bahawa beliau tidak amanah dan melakukan tindakan-tindakan menggugat negara ini, menyeleweng dan menyalahgunakan wang rakyat. Kali ini kita bukakan bukti-bukti dan kita membuat laporan secara rasmi untuk tujuan itu,” kata Shamsul.



Era Najib Altantuya : Rohaizat Jerut Leher Sendiri

Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusuf menasihati calon BN di Permatang Pasir, Rohaizat Othman yang juga rakan karibnya sewaktu kecil supaya menarik diri pada pilihanraya kecil yang akan diadakan pada 25 Ogos ini.

Katanya Rohaizad tidak perlu mencalarkan kredibilitinya kerana janji UMNO-BN yang sering mengatakan penyelewengan atau pecah amanah di kalangan mereka sebagai soal peribadi.

"Saya sebenarnya mencadangkan kepada rakan baik saya itu tarik diri secara terhormat" katanya kepada TV Antara.

Rohaizad dikatakan terbabit dalam kes pecah amanah dan kini heboh diperkatakan dalam pilihan raya kecil Permatang Pasir.

Yusmadi menyifatkan, tindakan Umno meletakkan Rohaizad dalam pilihanraya ini akan menjerut leher bekas peguam sivil itu.

Yusmadi juga berkata, UMNO-BN selalu beranggapan politik wang di kalangan mereka sebagai hal persendirian sedangkan pada rakyat ia isu yang sensitif. -TVA



Era Najib Altantuya : UMNO Kekurangan Calon Berwibawa


Mengapa Umno kemukakan calon yang tidak bersih? Begitu persoalan yang bermain-main dalam minda jentera Pakatan Rakyat dan orang-ramai di Permatang Pasir.

Calon BN Rohaizat Othman, dikaitkan dengan kes salahlaku penyalahgunaan wang RM140,000 milik sebuah koperasi milik pekebun kecil getah, yang membawa kepada namanya sebagai seorang peguam sivil disenarai-hitam oleh Majlis Peguam Malaysia.

Rohaizat juga adalah Ketua Pemuda Qariah Kampung Mengkuang, namun beliau juga dikatakan tidak turun padang untuk bersolat bersama kariah.

Mantan Setiausaha Pas Permatang Pauh Abdul Razak Abdullah berkata pemilihan Rohaizat justeru mengundang persoalan apakah Umno tidak lagi mempunyai calon-calon yang berwibawa atau bersih.

“Selama saya duduk dikampung berkenaan, saya tidak pernah nampak beliau sembahyang Jumaat atau sembahyang waktu di masjid. Jadi AJK masjid tidak pernah berkhidmat untuk jawankuasa masjid inikan pula berkhidmat untuk masyarakat Permatang Pasir,” katanya.

Menurutnya lagi, Rohaizat sering gagal menghadirkan diri ke mesyuarat jawatankuasa, sehingga menyebabkan status Rohaizat sebagai Ketua Pemuda Qariah dipersoalkan dalam satu mesyuarat Qariah pada tahun 2001.

Malahan penduduk di kampong berkenaan juga tidak mengenali Rohaizat. Apa yang mengejutkan kelibat Rohaizat tidak pernah kelihatan di masjid di kampong berkenaan.

“Kami anak qariah, pemuda qariah hendak tengok siapa Rohaizat di mana dia tinggal yang mengatakan anak Kampung Mengkuang dan AJK masjid tetapi tidak pernah menghadiri mesyuarat jawatankuasa masjid,” katanya. -TVA



Era Najib Altantuya : Ronnie Minta Polis Serahkan Semula Buku Pelawat

Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu hari ini meminta pihak polis memulangkan semula buku pelawat asal yang diambil dari pejabatnya, semalam.

Menurutnya, tindakan pegawai itu tidak wajar kerana kerajaan negeri dalam satu kenyataannya minggu lalu, telah mengeluarkan arahan supaya dokumen asal tidak dipindahkan dari pejabat masing-masing.

Ronnie hari ini mengulas tindakan polis, berhubung perkara itu di Bilik Mesyuarat Melor, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, pagi tadi.

“Saya nak beritahu semua la, MACC ke polis ke, mana-mana pihak apabila buat siasatan mereka tak boleh ambil dokumen original daripada kerajaan negeri. Kerajaan negeri, Exco telah buat satu kenyataan minggu yang lalu, mana-mana pihak kalau mahu buat siasatan tidak boleh ambil dokumen yang original kerana apa, kerana yang original hak milik kita punya, harta kita punya,”katanya.

Jelas Ronnie, tindakan itu bagi memastikan tiada pemalsuan dalam buku pelawat berkenaan.

Semalam, dua anggota Polis Bukit Aman menyerbu dua pejabat Exco Selangor berhubung satu laporan polis, kononnya pejabat mereka digunakan oleh anggota kongsi gelap untuk berbincang aktiviti-aktiviti haram.

Dua pejabat itu ialah pejabat Ronnie dan Pejabat Exco Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram, Ean Yong Hian Wah.

Dalam serbuan itu, pegawai polis berkenaan turut mengambil buku pelawat asal daripada pejabat Ronnie.

Dalam pada itu, Ronnie turut menolak dakwaan SPRM bahawa pembantu khasnya, Wong Chuan How cuba melarikan diri daripada ditahan dan disoal siasat SPRM di Sungai Pelek, Jumaat lalu. -TVS



Era Najib Altantuya : Himpunan Kesas Angkara Polis

Perjalanan mereka dihalang dan terhalang pada 5 November 2001 lalu untuk menuju ke destinasi masing-masing.

Mereka tidak mempunyai niat untuk mengadakan sebarang perhimpunan di Lebuhraya Kesas seperti yang dilaporkan sebaliknya mereka dihalang dengan tembakan gas pemedih mata diikuti dengan pancutan air berkimia.

Malah ada di antara mereka yang cedera dikasari oleh anggota Simpanan Unit Persekutuan (FRU).

Dua orang saksi pada hari ini dipanggil ke Mahkamah Sesyen 1 Ampang untuk memberikan keterangan.

Mereka yang dipanggil pada hari ini ialah Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz omar dan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail untuk memberikan keterangan.

Setelah 8 tahun berlalu, namun keadilan kepada Orang Kena Tahan (OKT) yang terlibat dalam 'demonstrasi Kesas' masih belum menemui titik noktahnya.

Saksi pertama, Datuk Mahfuz dalam keterangannya memberitahu mahkamah, beliau tidak bertujuan untuk berada di sana tetapi beliau tidak dapat meneruskan perjalanan beliau.

"Bukan tujuan saya berada di situ tapi perjalanan saya terhalang dan dihalang" kata Mahfuz.

Mahfuz berkata, beliau dalam perjalanan ke Jalan Kebun untuk menghadiri satu ceramah yang dianjurkan oleh Parti Keadilan Nasional yang kini dikenali sebagai Parti Keadilan Rakyat.

Sementara itu, Datuk seri Dr. Wan Azizah pula berkata, kenderaan yang beliau naiki terperangkap dalam kesesakan lalu lintas di Lebuhraya Kesas ketika dalam perjalan ke satu ceramah di Jalan Kebun.

Katanya, tidak semena-mena tanpa sebarang arahan pihak FRU telah menembak gas pemedih mata secara bertubi-tubi kepada mereka yang terperangkap dalam kesesakan lau lintas tersebut.

Malah katanya, beliau sendiri yang ketika itu berkerusi roda menyedari salah satu tembakan gas pemedih mata itu ditujukan ke arah beliau.

"Pada kekecohan yang berlaku, saya sedar gas pemedih mata ditembak ke tempat saya" katanya kepada mahkamah.

Menyedari keadaan itu, salah seorang pengawal bertindak mengangkat beliau melintasi penghadang jalan lalu memasukkannya ke dalam sebuah kereta.

Apabila kenderaan bergerak, beliau yang menoleh ke belakang melihat sesuatu mengenai kepala pengawal tadi dan beliau terjatuh.

Kata beliau lagi, pada mulanya keadaan masih terkawal tetapi apabila gas pemedih mata ditembak, semua orang lari bertempiaran.

Kejadian Lebuhraya Kesas itu telah dilaporkan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) oleh Mahfuz dan Wan Azizah kerana didakwa berlaku pelanggaran hak asasi manusia pada hari tersebut namun sayangnya sehingga kini, tiada titik noktah kepada kes ini. -TVA