8 Ogo 2009

Era Najib Altantuya : Hentikan Penglipur Lara 7 Wasiat Raja Melayu

Hentikan penglipurlara mengenai tujuh wasiat raja-raja Melayu selagi tidak ada keberanian menuntut institusi-institusi Melayu dibebaskan dari kekuasaan Perdana Menteri.

"Membangkitkan perkara itu hanya menjadi bahan gelak ketawa sahaja jika tidak berani bersuara sepatah pun supaya institusi-institusi Melayu dibebaskan dari kekuasaan Perdana Menteri.

"Kalau benar mahu menghentikan rasa tidak puas hati orang-orang Melayu, tuntut supaya peneraju-peneraju institusi-institusi yang dilihat sebagai institusi orang-orang Melayu seperti Mara, Tabung Haji dan Amanah Saham Bumiputera dilantik sendiri oleh Yang di-Pertuan Agong dan bertanggungjawab secara langsung kepada Jawatankuasa Parlimen,"

Pihak yang membangkitkan penglipurlara tersebut hakikatnya melakukan kerja sia-sia kerana setelah 52 tahun Umno menerajui pemerintahan negara ini.

"Hanya Rejimen Askar Melayu sahaja yang boleh dianggap masih berbaki ciri-ciri asal,"

"Siapa boleh melupakan kenyataan (Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) terhadap Islam?"

Pada 20 April 1983, Najib memberitahu wartawan bahawa "negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan".

Pada 20 April 1992, Najib sekali lagi memberitahu wartawan bahawa "kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawabkan jika berlaku huru-hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.

"Rakyat harus menyoal perlaksanaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan, pertentangan dan ketidakstabilan politik.

"Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu".

Kalau ajaran Islam yang paling tinggi di hati orang-orang Melayu pun dihina, tidak perlu ada sebarang percubaan untuk membuai orang-orang Melayu dengan isu-isu tanah rezab Melayu, Bahasa Melayu dan kedudukan istimewa orang Melayu.

"Tidak sedarkah pihak berkenaan bahawa di bawah pemerintahan Umno selama 52 tahun hampir 44 peratus tanah rezab Melayu telah pupus di mana tiga juta hektar tanah rezab Melayu pada tahun 1957 mengecil menjadi 1.7 juta hektar pada tahun 1995?
"Itu belum lagi kita bangkitkan hartanah orang-orang Melayu yang pupus teruk terutama di kawasan bandar,"

Tindakan membangkitkan perkara itu tidak lebih dari sekadar mengulang-ulang harapan palsu kepada orang-orang Melayu. "Lebih baik bercakap tentang gerakan bersama untuk menuntut usaha intensif bagi mewujudkan pusat-pusat pengajian termasuk pusat-pusat tinggi kepada orang-orang Melayu," - YB Datuk Mahfuz Omar

Era Najib Altantuya : SPRM Memang Double Standard

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) begitu cekap dan bertindak pantas memantau dakwaan kes salah guna peruntukan Adun kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Exco Permodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Yaakob Sapari bagaimanapun mempersoalkan mengapa SPRM tidak bertindak demikian ke atas ADUN Barisan Nasional yang telah dilaporkan menyeleweng..

Katanya, beberapa isu telah dibangkitkan berkaitan Adun Barisan Nasional yang membelanjakan peruntukan dalam masa dua bulan pada pilihanraya umum lepas, tetapi sehingga kini SPRM tidak mengambil sebarang tindakan.

“Kita mempertikaikan ketelusan SPRM mengambil tindakan untuk menyemak perbelanjaan-perbelanjaan pejabat adun Selangor, mengapa dalam isu ini. Nampak SPRM begitu cekap dan cepat bertindak, sedangkan kita pernah komplen dulu bagaimana adun-adun BN membelanjakan peruntukan 500 ribu tak sampai dua bulan sedangkan itu peruntukan setahun,” katanya.

Yaakob mengulas tindakan SPRM menyiasat dakwaan salah guna peruntukan Dewan Undangan Negeri Sementa, iaitu DUN angkat Exco Selangor, Rodziah Ismail.

Semalam lima pegawai SPRM dari Putrajaya mengunjungi Pejabat Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains Teknologi dan Inovasi itu di bangunan SUK Shah Alam dan kemudian membawa bersama seorang pegawai khas Rodziah ke Pejabat Tanah dan Daerah Klang untuk mendapatkan beberapa baucer pembayaran yang dilakukan.

Katanya, SPRM sepatutnya perlu adil dan telus dalam tindakan mereka dan bukan menunjukkan kecekapan mereka kepada sebelah pihak sahaja.

“Ada adun yang tidak bertanding seperti Ketua Pemuda Umno sekarang, tak bertanding tetapi habis peruntukkannya, kenapa isu ini tak diambil tindakan dengan begitu cekap oleh SPRM, tapi dalam isu kerajaan negeri Selangor nampaknya dia ambil tindakan begitu cepat sekali, jadi ini yang kita persoalkan,” katanya.

Menurut Yaakob, perbelanjaan peruntukan DUN kerajaan negeri Selangor dilakukan dengan berhemah dan segala urusan keluar masuk duit dipantau oleh pegawai khas yang ditugaskan.

Beliau menyifatkan SPRM telah dipergunakan oleh pihak tertentu sebagai strategi untuk merampas semula Selangor daripada Pakatan Rakyat. mengarahkan mereka. -TVS

Era Najib Altantuya : Penduduk Kg Buah Pala Digesa Terima Tawaran Kerajaan Negeri

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menegaskan penduduk Kampung Buah Pala akur dengan keputusan Kerajaan Negeri menerima pampasan yang ditawarkan kerana itu satu-satunya jalan terbaik bagi menyelesaikan isu hak milikan tanah tegas

Lim ketika ditemui berkata, beliau telah menggunakan kuasanya sebagai Ketua Menteri, namun tidak pasti tindakan yang benar-benar dapat memuaskan hati semua pihak.

“Mengulas tentang 3.5 juta yang dituntut oleh penduduk kampung sebagai pampasan, beliau berkata ada sesetengah pihak yang sengaja mengambil kesempatan atas permintaan tersebut.

“Pihak kerajaan negeri tidak dapat menunaikan tuntutan pampasan tersebut dan meminta supaya penduduk perlu menerima keputusan yang telah bincangkan kerana Kerajaan Negeri telah sedaya upaya membantu.

“Pihak pemaju juga telah memberi tempoh bagi membuat persediaan namun bantahan demi bantahan telah membuatkan perjalanan kisah Kampung Buah Pala ini direkodkan telalu panjang.

Lim juga mengingatkan penduduk, jika mereka tekad tidak mahu menerima sebarang cadangan dan tawaran pemaju, mereka akan kehilangan segala-galanya yang merangkumi tanah kampung itu dan tanah yang ditawarkan. -TVA



Era Najib Altantuya : Polis Tidak Serah Kad Pengenalan Peserta Anti-ISA

Tidak cukup dengan keganasan yang dilakukan terhadap orang awam pada perhimpunan aman anti ISA 1 Ogos lalu, polis sekali lagi menyalahguna kuasa dalam cubaan mengekang hak demokrasi rakyat untuk bersuara.

Terbaru, Dewan Pemuda PAS mendedahkan tindakan polis enggan menyerahkan semula kad pengenalan sebilangan besar peserta perarakan itu yang ditangkap walaupun mereka dibebaskan kemudiannya.

Sebaliknya polis mengarahkan mereka membuat laporan kononnya kad pengenalan berkenaan hilang.

Tidak ada alasan diberikan mengapa polis bertindak sedemikian, walaupun ia jelas melanggar undang-undang, kata Timbalan Ketua Pemuda PAS Azman Shapawi.

“Kami mendapat maklumat bahawa tahanan pada 1 Ogos berkenaan sebahagian besar daripada mereka, walaupun telah dibebaskan tetapi kad pengenalan mereka tidak diberikan semula oleh polis kepada mereka yang dibebaskan.

“Malah polis menasihati mereka supaya membuat laporan kad pengenalan berkenaan hilang. Pada hal Polis tidak meyerahkan kad pengenalan kepada mereka. Kita minta polis segera berbuat demikian tanpa mengenakan apa-apa syarat,” kata Azman.

Pemuda PAS Pusat sendiri mengesan sekurang-kurangnya tujuh orang dari Johor yang yang ditahan polis semasa himpunan berkenaan belum mendapatkan kembali kad pengenalan setelah dibebaskan.

Menurutnya, Pemuda PAS juga kesal dengan tindakan ganas polis terhadap orang awam pada 1 Ogos ternyata tidak profesional malah mengakibatkan peniaga mengalami kerugian besar.

Pada 1 Ogos lalu polis menahan secara rawak 589 orang termasuk ahli politik, wanita dan kanak-kanak yang dikatakan meyertai perhimpunan berkenaan. Ribuan rakyat disembur dengan air bercampur kimia dan ditembak dengan gas pemedih mata kerana mendesak pemansuhan undang-undang zalim ISA.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata pihaknya kesal dengan tindakan tidak bertanggungjawab pihak-pihak tertentu yang menyebarkan surat palsu kononnya peniaga-peniaga di sekitar Masjid India boleh membuat tuntutan pampasan akibat perhimpunan itu kepada PAS.

“Surat ini kononnya ditandatangani oleh Nasaruddin Hassan Tantawi, Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat. Ini palsu kerana beliau bukan timbalan sebaliknya Ketua Pemuda," katanya. -TVA



Era Najib Altantuya : Noordin Md Top Dilaporkan Terbunuh

Suspek pengganas rakyat Malaysia, Noordin Mohammed Top terbunuh apabila polis anti-keganasan Indonesia menyerbu tempat persembunyiannya di Indonesia hari ini, lapor sebuah stesen TV tempatan di republik itu hari ini.

Stesen itu tidak mendedahkan sumber-sumbernya dan polis juga belum mengesahkan laporan tersebut, yang dibuat ketika ambulans tiba di tempat persembunyian tersebut selepas di kepung selama 17 jam oleh pasukan polis anti-keganasan Indonesia.

Menurut seorang saksi, dua beg mayat dibawa keluar dari rumah tersebut.

Pasukan tersebut menyerbu masuk ke rumah tersebut di Jawa Tengah selepas mengepungnya berkaitan siasatan terhadap insiden pengeboman di dua buah hotel di Jakarta sebelum ini.

Polis meletup dan melepaskan tembakan ke rumah berkenaan selepas mengepungnya sejak jam 4 petang semalam.

Sebelum ini, jurucakap polis berkata, empat atau lima orang dipercayai bersembunyi dalam rumah tersebut, tetapi beliau tidak dapat mengesahkan sama ada mereka termasuk Noordin.

Dalam satu lagi operasi polis yang berkaitan dengan operasi di Jawa Tengah itu, dua orang bakal pengebom berani mati yang dipercaya merancang melakukan pengeboman kereta dua minggu lagi, ditembak mati dalam satu serbuan polis dekat Jakarta.

Ketua Polis Indonesia Bambang Hendarso Danuri dilaporkan berkata, dua suspek pengganas tersebut dikenali sebagai Air Setiawan dan Eko Gepeng

Katanya, kedua-dua pengebom berani mati itu ditembak ketika mereka hendak membaling bom tangan ke arah anggota polis yang membuat serbuan tersebut.


Era Najib Altantuya : Ronnie Liu Dipelawa Ke Kelantan

Kerajaan Pas Kelantan sedia membantu Selangor jika kerajaan negeri itu berminat mempelajari kaedah pengurusan dan penjualan arak kepada penduduknya yang bukan beragama Islam.

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, sistem penjualan arak di negeri ini berkesan dan mampu memberikan keselesaan kepada pengguna dan peniaga bukan Islam mengikut kaedah yang dituntut Islam.

“Kalau Ronnie Liu (Exco Selangor) nak mari, sebagai tuan rumah kita kena sambut tetamu yang mahu datang atau berkunjung ke rumah kita untuk belajar cara-cara kita mengendalikan sistem penjualan dan pengurusan kedai minuman arak kepada bukan Islam negeri ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan durian bersama masyarakat Cina di sini, semalam.

Nik Abdul Aziz berkata, kerajaan Kelantan mula melaksanakan sistem pengurusan penjualan arak di negeri ini selepas Pas mula mengambil alih teraju pentadbiran negeri ini pada 1990.

“Kalau boleh saya tak mahu campur urusan negeri Selangor itu kerana saya sendiri tidak tahu secara jelas apa punca kejadian itu, selain dari surat khabar dan media,” katanya.

Sementara itu di SHAH ALAM, Ronnie menyambut baik pelawaan Nik Aziz menjemput beliau ke Kelantan untuk melihat bagaimana Kerajaan Kelantan melaksanakan penguatkuasaan mengenai minuman keras.

“Saya difahamkan, negeri-negeri di Pantai Timur tidak mengharamkan penjualan minuman keras dan tiada halangan untuk berbuat demikian, Cuma penjualannya perlu mempunyai lesen.

“Kaedah permohonan lesen adalah sama dengan negeri-negeri lain iaitu sebarang permohonan perlulah mendapat kelulusan daripada Pegawai Daerah masing-masing,” katanya, semalam.

Mengulas desakan Datuk Dr Hasan Mohammed Ali, Ronnie berkata: “Beliau seorang pemimpin yang baik, malah hubungan beliau dengan saya sama ada dari segi peribadi dan urusan kerja tidak mempunyai sebarang masalah, berbeza pendapat adalah biasa."

Era Najib Altantuya : 2 Bukti Baru Ditemui Di Lokasi Mayat Teoh

Inkues kematian setiausaha politik Selangor, Teoh Beng Hock pada hari keempat pagi tadi, diteruskan dengan meninjau lokasi Teoh ditemui mati di Plaza Masalam, Shah Alam, selama kira-kira sejam.

Lawatan itu diketuai koroner Azmil Muntapha Abas yang tiba di tingkat 14 bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), pada jam 9.50 pagi.

10 minit kemudian, dilihat koroner dan peguam menjenguk keluar dari tingkap di tingkat 14, bangunan berkenaan tempat Teoh didakwa jatuh.

Tinjauan itu disertai peguam Tan Hock Chuan, yang mewakili peguam Negara, wakil dari majlis peguam, peguam kerajaan negeri dan peguam keluarga Teoh.

Tumpuan inkues ialah di tingkat 14, 15 dan tingkat 5, di mana mayat Teoh ditemui dan merangkumi bilik Teoh disoal siasat, serta sofa yang dikatakan Teoh berehat serta tingkap di tingkat 14, tempat mendiang dikatakan jatuh.

Bagaimanapun, pada akhir tinjauan itu, peguam mewakili keluarga Teoh, Gobind Singh Deo tidak berpuas hati dengan siasatan pihak polis berhubung kematian Teoh yang dikatakan berpunca daripada kemalangan.

Gobind yang ditemui di perkarangan Plaza Masalam berkata, sekurang-kurangnya dua bukti baru ditemui semasa lawatan hari ini dan memohon pihak polis untuk melakukan siasatan lanjut, yang mungkin boleh membantu menentukan punca kematian Teoh.

“Kami melihat secara teliti di tingkat 14 dan 15 yang dipercayai ada sebahagian pejabat SPRM, dan lawatan ke tempat mayat dijumpai, dalam masa itu telah memohon kepada pihak polis agar menyiasat 2 perkara baru yang dilihat dan saya rasa pihak polis, akan beri bantuan dan kerjasama,” katanya.


Dalam pada itu, Gobind juga menjelaskan, siasatan polis setakat ini dihadkan atau berkisar kepada dua teori iaitu Teoh terjatuh atau membunuh diri.

Katanya, siasatan polis tidak mencakupi teori kemungkinan Teoh dibunuh atau ditolak.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut mengenai perkara baru yang ditemui itu.

Lawatan hari ini bagi membolehkan pasukan inkues mendapatkan gambaran jelas mengenai perkara-perkara yang disebut dalam prosiding inkues selama tiga hari di Mahkamah Majistret Shah Alam.

Teoh ditemui mati di tingkat lima, sehari selepas dia dipanggil ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di tingkat 14, bangunan ini untuk memberi keterangan mengenai dakwaan salah guna peruntukan ADUN Selangor.

Prosiding inkues akan diteruskan Isnin depan dan menurut Gobind, kemungkinan pasukan forensik akan dipanggil pada hari rabu sebagai saksi berikutnya.

“Inkues akan diteruskan pada Isnin depan dan mungkin pada rabu, saya rasa pakar forensik akan dipanggil dan mereka akan memberi keterangan lanjutan dan mendalam mengenai apa yang kita lihat di pejabat SPRM di tingkat 5, Plaza Masalam di mahkamah,” katanya. -TVSelangor



Era Najib Altantuya : Pejabat Rodziah Diserbu SPRM Lagi

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mula menjalankan siasatan ke atas dakwaan salah guna peruntukan Dewan Undangan Negeri Sementa, iaitu DUN angkat Exco Selangor, Rodziah Ismail.

Lima pegawai SPRM dari Putrajaya mengunjungi Pejabat Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains Teknologi dan Inovasi itu di bangunan SUK Shah Alam dan membawa bersama seorang pegawai khas Rodziah ke Pejabat Tanah dan Daerah Klang.

Mereka tiba di pejabat Rodziah kira-kira jam 3 petang dan mengambil masa kira-kira 2 jam sebelum beredar ke Pejabat Tanah Klang.

Pegawai Khas Rodziah, Mohd Saadon Mohar bagaimanapun dilepaskan di pejabat tanah berkenaan dan pegawai terbabit meneruskan tugas mendapatkan beberapa dokumen, termasuk baucer pembayaran yang diperlukan sehingga jam 7 malam tadi.

Rabu lalu, lima pegawai terbabit cuba memasuki pejabat Rodziah, tetapi meninggalkan pejabat berkenaan selepas berunding dengan peguam kerajaan negeri.

Ketika kedatangan pegawai SPRM ke pejabat Rodziah, wakil rakyat itu tidak berada di situ kerana menghadiri satu program berkaitan portfolionya.

Difahamkan, Mohd Saadon akan dihubungi semula pegawai SPRM terbabit untuk mendapatkan keterangan tambahan dan akan disoal siasat jika diperlukan.



Era Najib Altantuya : Percubaan Larangan Arak Sebulan Di Shah Alam

KKerajaan negeri Selangor akan mengadakan tempoh percubaan selama sebulan bagi melarang penjualan arak di 17 pasaraya dan kedai serbaneka sekitar Shah Alam.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, semua pasaraya dan kedai serbaneka yang berada di kawasan majoriti penduduknya Islam, akan diberikan keutamaan terhadap larangan tersebut.

Menurutnya, pihak kerajaan negeri telahpun mendapat kerjasama daripada pemilik-pemilik kedai bagi melaksanakan larangan ini dan setiap pengedar arak di negeri ini perlu melaksanakan sistem kawalan sendiri untuk menjual arak.

“kerajaan negeri berpendapat lebih baik kita gunakan konsep self regulation, penjual faham kehendak pengguna di Shah Alam ini supaya tidak ada penjualan minuman keras kepada mereka yang tidak sepatutnya membeli, kita memberi masa sebulan kepada 7-11,KK, dan kedai serbanika lain mengamalkan self regulation,” katanya.

Tan Sri Khalid berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor di Shah Alam, pagi tadi.

Menurut beliau, Selangor tidak akan mengharamkan terus penjualan arak kerana mekanisme tersebut hanya akan dilaksanakan di kawasan majoriti penduduk beragama Islam.

“jika kita membuat satu kita mengambil kira beberapa pihak, satu pihak membeli, pihak menjual, masyarakat penjualnya, state of Selangor is bisnes friendly state very concern the sosial problem of the state so we have to balencing, lebih cepat dia menyelesaikan masalah,” jelasnya

Sementara itu, Datuk Bandar Shah Alam, Mazalan Md Noor yang ditemui berkata, sebanyak 17 pasaraya dan kedai serbaneka yang terletak di Seksyen Satu hingga Seksyen 24, Shah Alam akan terlibat dalam larangan tempoh percubaan itu.

“Kita akan mengikut apa saja keputusan MB, kita akan tengok sebulan macam mana dan akan bekerjasama dengan pengusaha tersebut untuk menyelesaikan perkara ini dalam masa penumpuan kita di peringkat awal kita laksanakan sebulan sekyen 1-24 dahulu,” katanya.

Isu penjualan minuman keras di Selangor ditimbulkan Selasa oleh Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali yang menggesa kerajaan melarang jualan alkohol di semua kawasan majoriti Islam.

Gesaan itu dibuat dalam satu sidang media, selepas tindakan pegawai penguatkuasa MBSA merampas minuman keras di sebuah kedai di Seksyen 8, Shah Alam, 20 Julai lalu, dibantah individu tertentu.

Dr Hassan menegaskan, PAS bertanggungjawab menangani isu ini sebagai melaksanakan amanah rakyat, khususnya penduduk beragama islam selepas pakatan rakyat mentadbir negeri Selangor, Mac tahun lalu. -TVA/TVS



Era Najib Altantuya : Perjuangan GMI Betul, Majoriti Rakyat Mahu ISA Dihapuskan

Majoriti rakyat Malaysia mahu ISA dimansuhkan. Dan hasrat itu disuarakan terus kepada Kementerian Dalam Negeri melalui laman web kementerian itu sendiri.

Berikutan protes anti ISA besar besaran tempoh hari, Kementerian Dalam Negeri atau KDN mengadakan tinjauan atas talian menyukat pandangan orang-ramai terhadapa Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Pemerhatian TV Antara mendapati setakat jam 6 petang tadi, 8502 orang memberi maklum balas dan daripada jumlah itu , 7689 atau 93 peratus responden mahu ISA dimansuhkan.

Penyelaras Suara Rakyat Malaysia SUARAM, Nalini Elumalai berpendapat maklum balas terhadap soalselidik KDN itu jelas menunjukkan rakyat kini sedar dan menolak akta zalim itu daripada terus digunakan dalam sistem perundangan negara ini.

"Bila saya tengok laman web KDN saya terus undi dan saya kagum sebenarnya. Saya selalu pergi laman web PDRM dan semuanya lebih pada PDRM. Bila saya tengok jumlah undian itu saya terkejut. Hebatnya orang undi. 90% kata ISA sudah tidak relevan dan perlu di mansuhkan dan yang paling penting mereka kata ISA adalah zalim. ISA bukanlah untuk keselamatan negara sebenarnya. Kewujudan ISA sebenarnya buatkan kita rasa tidak selamat. Saya rasa tidak selamat sebab ISA. Bukan ISA yang buat saya rasa selamat," ujar Nalini.

Nalini juga berpendapat, langkah KDN membuat tinjauan kaji selidik ini sebenarnya memakan diri sendiri apabila hasil undian yang didapati tidak seperti yang mereka harapkan dan ia sesuatu yang memalukan pihak kerajaan yang terus berdegil mempertahankan akta itu .

"It's like a shame to govement and we proud. Kita bangga. Kerajaan malu sebab dia punya laman web orang datang tengok. It's a shame to Najib, it's a shame for hishamuddin," katanya lagi.

1 Ogos lalu, Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dengan kerjasama lebih 83 NGO mengajurkan satu perhimpunan besar- besaran bagi menggesa kerajaan memansuhkan akta ini.

Perhimpunan yang pada mulanya aman tanpa sebarang insiden kemudiannya berakhir dengan suasana kecoh apabila pihak polis menggunakan kekerasan bagi memaksa orang ramai bersurai.

"Pada 1 Ogos kita nampak 40 ribu orang turun menyatakan penolakan mereka pada ISA. Mungkin ramai lagi yang sokong kita tapi tidak berkesempatan bersama- sama dengan kita pada hari itu. Kalau kita pergi ke setiap tempat dan jelaskan pada mereka, mereka akan bertanya mengapa perlu ada satu akta yang zalim, undang- undang zaman jahiliah. Orang kampung pun akan kata ia sesuatu yang zalim," tegas Nalini.

Nalini turut menyatakan kebanggaannya apabila saluran televisyen Al Jazeera menyiarkan perhimpunan besar- besaran yang menuntut kerajaan memansuhkan akta ini.

"Bagi saya, saya bangga sebab rakyat sudah bercakap. Sebelum ini, isu ISA adalah isu yang paling takut rakyat cakapkan. Tapi kini rakyat berani cakap. Ini kejayaan kerana orang turun. Kita tidak perlu malu tapi kita perlu bangga. Bagaimana satu suara rakyat bersuara menuntut penghapusan undang- undang zalim. Kerajaan sudah sekat banyak benda," katanya.

Perdana Menteri Najib Razak sebelum ini lantang melaungkan slogan IMalaysia, Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan. Namun Najib sekali lagi dimalukan apabila pelbagai pihak bertanya mengapa suara rakyat yang menuntut pemansuhan akta yang tidak lagi relevan ini langsung tidak dipedulikannya ?

"Tapi kalau dia tidak mahu dengar, bermakna slogan yang dia laungkan itu bohong. What you mean IMalaysia ? Yang berkumpul hari itu 1Malaysia. Melayu, Cina India, semua ada. Dia tidak dahulukan rakyat. Dia dahulukan kepentingnnya. Semua perdana menteri tidak dahulukan rakyat. Jika tidak mengapa mereka tidak mansuhkan akta zalim ini?" Soalnya.

Dan seperkara lagi yang menghairankan ialah hujah pihak yang menyokong ISA mengatakan kononnya Amerika Syarikat dan United Kingdom merujuk kepada ISA dalam merumuskan akta pencegahan keganasan lantas kata kumpulan pro ISA, Malaysia tidak perlu bertolak-ansur dalam mengekalkan ISA.

"Bagi saya, isu ISA zalim. Zalim tetap zalim. You celup dari Malaysia, Singgapura atau mana- mana negara. Zalim tetap zalim. Mungkin di United Kingdom akan lebih pro hak asasi manusia. Di US dan UK, mereka kena lebih berhati- hati. Sebab kesedaran hak asasi rakyat mereka tinggi. Di Malaysia kita tidak dididik begitu. Kita hanya dididik untuk tunduk pada orang," komen Nalini.

"Saya rasa di UK atau mana- mana negara yang guna akta ini tidak perlu kita banggakan tapi memalukan sebab kita cipta sesuatu akta yang salah dan tidak patut dilakukan," kata Penyelaras SUARAM itu.

Walau apa pun, objektif KDN menjalankan kaji selidik ISA di laman webnya ialah untuk mendapat maklumbalas rakyat.Dalam erti kata lin mereka mahu tahu apa kata rakyat.

Kini rakyat sudah bersuara. Rakyat menolak ISA dan ini telah disampaikan kepada KDN. Persoalannya ialah adakah KDN , dan khususnya kerajaan pimpinan Najib Razak mahu dengar gesaan rakyat ?