28 Nov 2010

Senarai 10 Jalan Paling Berbahaya Di Dunia

Berikut ini adalah daftar 10 jalan paling berbahaya yang pernah ada di muka bumi ini, dari yang berada di pegunungan sampai dengan keadaan jalan yang sangat sulit membuat para pengendara harus berhati-hati melewati jalan yang satu ini.

Jika anda yang kebetulan saja nanti berada di daerah-daerah ini, berhati-hatilah!!!

1. The Death Road (Bolivia)
Jalan Yungas Utara,atau diketahui sebagai "Jalan Maut",jalan sepanjang 61-69 KM ini menghubungkan La Paz to Coroico ( Ibukota Bolivia) dan wilayah hutan Amazon di Yungas Bolivia. Menurut suatu perhitungan, jalan ini memakan korban 200-300 mangsa setiap tahun




2. Guoliang Tunnel Road (China)
Berlokasi di pegunungan Taihang, provinsi Hunan China. Jalan di gunung Taihang ini dibangun oleh penduduk lokal setempat,diperlukan waktu 5 tahun untuk membangun terowongan sepanjang 1200 m dengan tinggi 5 meter serta lebar 4 meter ini. Beberapa penduduk lokal meninggal dalam pelaksanaan pembangunanya,namun hal tersebut tidak menggugatkan tekad mereka. Dan akhirnya pada tanggal 1 Mei 1977 terowongan ini dibuka untuk lalulintas umum.



3. Ruta 5: Arica to Iquique Road (Chile)
Jalan yang menghubungkan antara Arica dan Iquique ini termasyhur karena bahayanya. Jalan ini terletak tepat diatas dasar lembah yang tinggi, didasarnya akan banyak terlihat bangkai - bangkai kenderaan. Panas di daerah ini juga berbahaya kerana menyebabkan halusinasi fatamorgana.



4. Siberian Road to Yakutsk (Russia)
Jalan Umum Russia ni terletak di Yakutsk, daerah dengan suhu dingin yang ekstrim. Yang membuat jalan ini berbahaya adalah cuaca dan keadaan jalan yang tidak beraspal. Saat salju turun akan sangat licin dan pandangan yang terbatas. dan pada saat musim hujan maka akan menyebabkan kendaraaan terjebak dalam lumpur. Nah pada saat banyak kenderaan terjebak lumpur, banyak tindakan kriminal terjadi disini.



5. Sichuan-Tibet Highway (China)
Di China, angka kematian yang disebabkan oleh kecelakaan lalulintas meningkat dua kali lipat sejak 20 tahun terakhir ini. Jalan sepanjang 2,412 km yang menghubungkan sichuan dengan Lhasa tibet ini sering terjadi longsoran batu dan tanah, dan hal ini adalah umum terjadi disana.



6. James Dalton Highway (Alaska)
Jalan gravel (kerikil) sepanjang 414 mil ini menyeberangi Tundra arktik yang terkenal akan alam liar serta jarang penduduknya. Jangan harap bisa melewati jalur ini tanpa bahan bakar alternatif, persediaan makanan, radio CB, roda tambahan serta kenderaan pacuan 4 roda(4WD)



7. Patiopoulo-Perdikaki Road (Greece)
Jalan kerikil dan sempit antara Patiopoulo dan Perdikaki ini banyak terdapat tanjakan dan turunan yang curam serta banyak lobang di jalurnya. Banyak pengendara tewas disini setiap tahun, dan lebih berbahaya pada malam hari.



8. Trollstigen (Norway)
Troolstigen yang bererti (tangga trool). Jalan ini meskipun berbahaya, sempit dan banyak tikungan tajam adalah tempat tujuan pelancong. Dipuncak bukit terdapat tempat parkir kenderaaan yang luas.



9. The A682 Road (England)
Jalan A682 antara junction 13 dan M65 Long Preston adalah jalan terburuk di England. Sudah mencatat 100 insiden fatal dalam 10 tahun ini dan 22 kecelakaan serius dalam tiga tahun ini dan dua diantaranya fatal. Para ahli menyatakan bahwa per 10 mil jalan ini rata-rata 0,5 angka kematianya. Daerah ini adalah favorit bagi para Biker, terutama pada Isnin pagi.



10. Stelvio Pass Road Trollstigen(Italy)
Jalan beraspal tertinggi di pegunungan Aspen timur,dan tertinggi kedua di Alps setelah Col de l'Iseran (2770 m). Stelvio Pass Road menghubungkan Valtellina dengan lembah atasnya (Adige valley dan Merano). Jalan ini berlokasi di Italian Alps, dekat Bormio dan Sulden, 75 km dari Bolzano, dekat dengan perbatasan Swiss.



Pemilihan DAP Selangor: Berkecuali Dpt Undi Terbanyak, Unity Dpt Kerusi Terbanyak

Pemilihan DAP S'gor: Ronnie Liu tewas

Keputusan pemilihan jawatankuasa DAP Selangor menunjukkan Pasukan Perpaduan pimpinan exco kerajaan Selangor, Teresa Kok menguasai tujuh daripada 15 kerusi.

Manakala Pasukan Pelangi pimpinan Speaker DUN Selangor, Teng Chang Khim pula memenangi lima kerusi, manakala bagi tiga kerusi lagi dimenangi oleh calon Bebas.

Teresa dan Teng masing-masing berjaya terpilih. Teng mendapat 504 undi di tangga keempat, manakala Teresa mendapat 437 undi ditangga ke-11.

Seorang lagi exco kerajaan Selangor, Ronnie Liu gagal untuk menganggotai jawatankuasa DAP Selangor.

Ronnie menduduki tempat ke-21 dengan mendapat 369 undi.
Dua lagi ADUN yang tewas ialah Philip Tan Choon Swee (Teluk Datuk) dan Edward Lee (Bukit Gasing).

Berikut adalah keputusan rasmi pemilihan jawatankuasa DAP Selangor:

1) Jenice Lee (B) 703
2) Hannah Yeoh (B) 644
3) Charles Santiago (B) 596
4) Teng Chang Khim (Rainbow) 504
5) Ng Suee Lim (Rainbow) 498
6) Ean Yong Hian Wah (Unity) 478
7) Gobind Singh (Unity) 478
8) Tony Pua (Unity) 463
9) Lau Weng San (Unity) 459
10) Teo Nie Ching (Unity) 452
11) Teresa kok (Unity) 437
12) Tiew Way Keng(Unity) 428
13) Ramakrishnan (Rainbow) 405
14) Lim Soo Hong (Rainbow) 403
15) Kannan (Rainbow) 402

Proses pengiraan undi bermula kira-kira jam 1.30 tengahari selepas sekurang-kurangnya 812 daripada 1,016 perwakilan yang layak, selesai mengundi dalam pemilihan pucuk pimpinan DAP Selangor di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sunway hari ini.

Sewaktu perwakilan memasuki dewan konvensyen untuk mengundi bagi memilih barisan kepimpinan DAP negeri untuk tempoh dua tahun akan datang, para calon termasuk Teng Chang Kim (kanan) dan Yong Hian wah kelihatan sibuk bersalaman dengan mereka.

Suasana kelihatan tenang dan mesra, manakala calon-calon kelihatan menjalankan kempen saat akhir untuk mendapatkan sokongan para perwakilan.

Paling jelas ialah Ronnie Liu (kiri), di mana penyokongnya sejak awal pagi lagi mengedarkan risalah dalam bahasa Inggeris dan Cina, yang memaparkan latar belakang dan manifesto ahli exco kerajaan Selangor itu.

Risalah itu berbunyi: 'Satu undi untuk YB Ronnie Liu adalah satu undi bagi kemajuan DAP khususnya dan rakyat umumnya'.

Beberapa perwakilan juga menerima SMS, konon dihantar oleh penyokong pasukan Pasukan Perpaduan yang diketuai oleh exco kerajaan Selangor, Teresa Kok, meminta mereka memilih kombinasi calon pasukan tersebut.

Perwakilan dari 145 cawangan DAP mula mengundi pada kira-kira jam 12.15 tengahari, selepas majlis perasmian dan ucapan oleh pengerusi DAP Selangor DAP Ean Yong Hian Wah dan penasihat DAP Lim Kit Siang.

Seramai 50 calon bertanding merebut 15 kerusi dalam jawatankuasa DAP Selangor.

Isteri Dicederakan : Suami Terlihat Gambarnya Bersama Lelaki Lain Di Ruang Sembang

Melaka: Luluh hati seorang isteri apabila suami yang diharapkan menjadi pelindungnya tergamak memukul dan mengugut membunuhnya akibat cemburu buta, awal bulan ini.

Dalam kejadian jam 11.35 malam pada 4 November lalu, Siti, 29, mendakwa suaminya yang berusia 35 tahun menamparnya sejurus mengejutkannya daripada tidur di ruang tamu rumah mereka di Tanjung Keling, dekat sini.

“Suami menampar pipi kiri dan kanan serta memukul kepala saya bertalu-talu sambil bertanya mengapa saya curang. Saya terpinga-pinga dan tidak dapat berbuat apa-apa kerana takut. Saya hanya mampu mengalirkan air mata menahan kesakitan.

“Kemudian dia ke dapur sebelum menghampiri saya semula dengan tangan kirinya memegang pisau. Dia mengacukan pisau ke leher saya dan tangan kanannya menarik rambut saya,” katanya ketika ditemui Metro Ahad.

Difahamkan, kejadian sama pernah berlaku pada Ogos 2009 iaitu selepas enam bulan pasangan terbabit bernikah, namun ketika itu mangsa tidak membuat laporan polis.

Siti yang bertubuh kecil molek berkata, suaminya menekan pisau berkenaan agak kuat hingga lehernya luka.

“Dia mengugut membunuh saya jika meneruskan niat untuk bercerai. Dia juga mengugut mencederakan anak saya iaitu anak tirinya berusia tujuh dan lima tahun. Ini kali kedua suami memukul saya sejak berkahwin dua tahun lalu,” katanya.

Dia membuat laporan di Balai Polis Tanjung Keling pada 18 November lalu dan laporan kedua di Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah (IPD) keesokannya.

Menurut Siti, mulanya dia menyangka perkahwinan keduanya akan bahagia biarpun menjadi isteri kedua.

Ini kerana madunya datang meminang selepas perkenalan singkat dengan suami, sekali gus menguatkan keyakinan itu walaupun ahli keluarganya tidak bersetuju.

“Hanya enam bulan saya bahagia. Kami tidak pernah bergaduh dan suami melayan saya dan anak dengan baik, namun keadaan bertukar apabila isteri pertama tiba-tiba berubah sikap dan memberi bermacam tekanan hingga akhirnya saya diharamkan berkunjung ke rumah mentua.

“Sebelum itu hubungan kami baik dan saling kunjung mengunjung, malah saya sering membawa empat anaknya bermalam di rumah.

“Hubungan saya dengan suami mulai keruh apabila saya mengadu hal itu (berkenaan madu) kepadanya. Saya jadi takut kerana suami mula menunjukkan sikap sebenarnya yang panas baran dan kerap memarahi saya,” katanya.

Siti tidak pasti punca sebenarnya dia dipukul dan mengesyaki ia mungkin disebabkan suaminya terlihat gambarnya dengan seorang lelaki lain yang kebetulan dihantar oleh rakan menerusi ruangan sembang.

“Malam kejadian, selepas balik daripada makan malam di Ayer Molek, kami sekeluarga duduk di ruang tamu. Saya dan anak menonton televisyen hingga terlena manakala suami pula sebelum itu menggunakan komputer riba.

“Saya syak mungkin sebab itu dia marah apabila terlihat gambar saya bersama seorang kenalan lelaki ketika menghadiri satu kursus setahun lalu. Saya tidak pernah memuat turun gambar itu dan menyimpannya di dalam komputer,” katanya.

Disebabkan pelbagai masalah itu, mereka pernah berbincang dan dia meminta cerai, namun suami enggan dan memarahinya.

Dia berkata, mereka juga pernah menghadiri dua sesi kaunseling di Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim).

“Oleh kerana tiada penyelesaian, kami kini menumpang di rumah keluarga kerana saya bimbang keselamatan diri dan anak,” katanya.

Sementara itu, Ketua Penyelia Pembela BN, Amir Hamzah berkata, pihaknya bersama peguam pembela akan mengambil tindakan berhubung permohonan proses perceraian selain bekerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi memberi perlindungan sementara kepada wanita terbabit.

“Isu keganasan rumah tangga banyak dilaporkan akhir-akhir ini dan pihak kami ada beberapa kes seumpamanya. Peguam kami yang mengendalikan dan kes seperti ini dapat diselesaikan dengan cara baik.

“Mengenai kes Siti, kami syorkan dia diberi perlindungan di tempat sesuai di rumah ibunya. Daripada segi perundangan, peguam akan uruskan secepat mungkin,” katanya. -hm

[Bergambar & Video] Rumah Termahal Di Dunia

Bilionair India perkenal rumah termahal

Mukesh Ambani bersama rumah barunya 27 tingkat di Mumbai, India.

MUMBAI - Bilionair India, Mukesh Ambani mengadakan parti mewah bagi memperkenalkan rumah barunya di atas sebuah bukit di sini yang dibina dengan kos AS$2 bilion (RM6.3 bilion) sekali gus kediaman persendirian termahal di dunia.

Akhbar Times of India melaporkan sekitar 80 individu berpengaruh dan selebriti Bollywood termasuk Preity Zinta dan Aamir Khan menghadiri parti tersebut pada malam kelmarin di kediaman 27 tingkat itu yang dinamakan Antilia.

Digelar Taj Mahal kurun ke-21, Antilia adalah setinggi 174 meter dengan ruang dalaman seluas 37,161 meter persegi dan dilengkapi ruang parkir enam tingkat, beberapa kolam renang dan sebuah panggung wayang.

“Satu kelegaan dapat menghirup udara segar di tempat tinggi dan meninggalkan pencemaran bandar Mumbai di bawah sana,” kata seorang tetamu parti itu.

Menurut akhbar berkenaan, Ambani memerlukan kira-kira 600 kakitangan bagi menyelenggara kediaman barunya itu

Ambani, 53, merupakan lelaki terkaya di India dengan anggaran kekayaan mencecah AS$27 bilion (RM85.1 bilion). – AFP












Lim Kit Siang Beri Amaran: Selangor Bakal Tumbang

Petaling Jaya: Tokoh DAP Lim Kit Siang memberi amaran bahawa Pakatan Rakyat mungkin hilang Selangor jika pemimpinnya terlalu bangga dan tidak mengambilkira dengan sebarang kemungkinan.

Berucap di majlis konvenyen DAP Selangor di sini hari ini, beliau berkata, seharusnya mengambilkira amaran itu dan belajar dari sejarah.

PAS, katanya tidak menjangka merampas Terengganu 1999 dengan kemenangan 28-4 kerusi dewan undangan negeri. Bagaimanapun, pada 2004, PAS kalah dengan angka sama dan mereka tidak menjangkanya.

"Apa yang berlaku di Terengganu boleh terjadi di Selangor, iaitu tidak menjangka menang sebelum pilihanraya umum 2008 dan kalah dalam pilihanraya berikutnya walaupun mereka tidak menjangkanya?

"Siapa kata ini tidak akan berlaku," katanya.

Menurut Lim, konvensyen DAP Selangor penting untuk DAP Pakatan Rakyat supaya tidak mengulangi apa yang berlaku di Terengganu pada 2004.

"Konvensyen ini boleh membantu mengakhiri krisis keyakinan terhadap Pakatan Rakyat.

Pengerusi DAP Selangor chairman Ean Yong Hian Wah berkata beliau kesal ada yang berkata, rombakan perlu terhadap wakil rakyat sekarang.

Katanya beliau sangat kesal kerana ia boleh memecahkan pasukan sedia ada.

"Adakah kamu mahu memusnahkan diri kamu dalam proses ini. Jangan gunakan parti untuk kepentingan peribadi tetapi untuk umum dan negara," tambahnya.

Ketika berita ini ditulis, 812 dari 1,016 perwakilan tiba untuk mengundi bagi 15 jawatankuasa negeri.

Terdahulu dalam pengumuman awal tujuh dari 50 calon telah menarik diri - Gan Eu Eng, Gan Siah Tong, Lee Sek Wun, Ong Kian Chye, R Rajiv, S Selvadurai dan Sow Kim Tar @ Sow Kim Ling. -FMT

Ulasan GB

Sepertimana GB pernah mengagakkan PR kalah di Galas dan Batu Sapi, GB juga merasakan ada macam yang tak kena di Selangor, sama seperti yang dibimbangi oleh Penasihat DAP itu.

Gang Of Four - Pemimpin Yang Merasa Dirinya Dewa

Petaling Jaya, 28 Nov — Jika sejak dua hari lalu hangat diperkatakan mengenai “Third Force”, hari ini seorang perwakilan PKR mendakwa wujudnya kumpulan baru — dikenali sebagai “Geng Berempat” — yang sekiranya tidak ditangani dengan segera akan merosakkan parti komponen Pakatan Rakyat itu.

“Saya hanya melahirkan kebimbangan sekiranya wujud kumpulan ini dalam parti ia akan membawa kerosakan kepada parti.

“Kita tidak tahu sama ada benar-benar wujud ataupun tidak, tapi kebimbangan itu ada dan ia dibuat berdasarkan perkembangan selepas pemilihan parti.

“Jadi kebimbangan itu ada, kalau benar-benar wujud ia akan merosakkan parti,” kata perwakilan dari Pahang Ahmad Nizam Abdul Hamid ketika membahaskan usul pemberdayaan demokrasi pada Kongres Nasional PKR di sini.

Ketua PKR Temerloh itu berkata demikian dengan merujuk kepada sejarah politik China yang mengatakan gelaran “Geng Berempat” itu ialah panggilan yang diberi kepada sebuah paksi politik haluan kiri yang terdiri daripada empat orang pegawai Parti Komunis China.

Keempat-empat individu itu adalah Jiang Qing, isteri terakhir Mao Zedong yang kelihatan memimpin kumpulan ini, dan sekutu-sekutu terdekat Zhang Chunqiao, Yao Wenyuan, dan Wang Hongwen.

“Geng Berempat” ini berjaya menguasai alat-alat kuasa Parti Komunis China pada tahap-tahap terakhir Revolusi Kebudayaan, tetapi tidak pasti keputusan besar mana yang dilakukan atas arahan Mao Zedong dan dilaksanakan oleh kumpulan ini, dan yang mana adalah hasil rancangan kumpulan itu sendiri.

“Kita hanya melahirkan kebimbangan itu sahaja. Sama ada wujud atau tidak saya tidak tahu tapi ini adalah topik yang hangat diperkatakan sekarang.

“Jadi saya minta supaya pemimpin yang menang harus melakukan tugas sebagai seorang pemimpin,” kata Ahmad Nizam ketika ditemui selepas itu.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan individu-individu yang terlibat.

Mengenai pembersihan dalam PKR, Ahmad Nizam berkata ia adalah keputusan yang dibuat berdasarkan emosi bukan intelektual.

“Keputusan nak buat pembersihan parti bukan intelektual tetapi adalah emosi, ia lebih kepada emosi.

“Pemimpin yang merasa diri menjadi dewa tiada tempat di dalam parti, parti dibina atas konsep merdeka,” katanya. -TMI

Ariel Peterporn Berdepan Hukuman Penjara

Kamar bicara Ariel

ARIEL berhadapan hukuman penjara maksimum 12 tahun jika mahkamah mendapatinya bersalah menurut undang-undang antipornografi Indonesia.

TAMPIL kemas berkemeja kelabu dan berseluar hitam, Ariel Peterpan kelihatan tenang duduk di bangku ruangan menunggu sambil menghisap lima batang rokok dalam jangka masa yang pendek. Vokalis grup Peterpan itu kemudiannya ditemani peguam bela yang muncul memberi penerangan kepadanya tentang perjalanan perbicaraan kes video seks miliknya.

Perbicaraan penyebaran klip video seks Nazriel Irham yang lebih popular dikenali sebagai Ariel itu berlangsung di Bandung pada Isnin lalu. Buah hatinya yang juga merupakan saksi kepada kes tersebut, Luna Maya, turut hadir bagi menunjukkan sokongannya kepada Ariel.

Air mata Luna dilihat berguguran dan sebagai tanda kasihnya kepada Ariel, Luna mengucup kedua pipi Ariel sebelum kekasihnya itu dibawa masuk ke dalam mahkamah. Itu babak-babak yang berlaku sebelum sesi perbicaraan berlangsung

Perjalanan kes itu mendapat liputan meluas media Indonesia, malah lebih daripada enam buah kenderaan stesen televisyen memenuhi kawasan mahkamah.

Walaupun dijalankan secara tertutup, sekumpulan wartawan sabar menunggu di ruang legar mahkamah bagi mendapatkan perkembangan kes.

KELIHATAN sekumpulan aktivis Islam Indonesia berkumpul untuk mendesak Ariel dijatuhkan hukuman berat.

Ariel sempat meluangkan waktu seketika dan membenarkan dirinya ditemu ramah dalam kawalan ketat polis sejurus dibawa keluar daripada kenderaan pihak berkuasa itu.

Sahabat Peterpan VS aktivis Islam

Kelab peminat Peterpan, Sahabat Peterpan hadir membawa kain rentang menunjukkan sokongan terhadap pemuzik kesayangan mereka. Kumpulan itu turut bersama-sama menyanyikan lagu-lagu hit daripada Peterpan sambil melaung-laungkan kalimat 'Bebaskan Ariel.'

Di sudut yang lain, sekumpulan aktivis Islam Indonesia kelihatan berkumpul untuk mendesak Ariel dijatuhkan hukuman berat atas dosa besar yang dilakukannya sebagai seorang Muslim.

"Ariel dan Luna Maya seharusnya direjam sampai mati kerana itu merupakan hukuman buat pelaku zina," tegas seorang aktivis yang turut menyertai protes tersebut.

Protes warga Malaysia

Di sebalik bantahan itu, seorang warga Malaysia yang dikenali sebagai Mal Putrajaya sanggup ke Indonesia semata-mata mahu menyertai protes terhadap tindakan penyanyi tersebut yang melakukan hubungan seks luar nikah.

Bapa kepada empat cahaya mata itu hadir merentang sepanduk di Penjara Kebon Waru yang menjadi lokasi Ariel ditahan.

Ketika ditanya wartawan, Mal mengatakan dia tidak mahu kes Ariel diadili dengan sambil lewa.

KES Ariel mendapat liputan meluas dan dia terpaksa dikawal ketat.

"Saya mahu Ariel dikenakan hukuman yang setimpal di atas dosa yang dilakukannya," luahnya menyalahkan Ariel berikutan malapetaka tidak henti-henti di Indonesia termasuk letusan Gunung Merapi dan Banjir Wasior.

Redjoy VS Ariel

Tertuduh pertama yang didakwa menjadi dalang penyebaran klip video seks itu, Reza Rizaldy, tetap mempertahankan dirinya tidak terlibat dengan penyebaran video tersebut.

Penyunting muzik yang dikenali sebagai Redjoy itu mendakwa dia langsung tidak mengetahui akan kewujudan video tersebut di dalam cakera keras mudah alih milik Ariel yang dipinjamkan kepadanya.

Perbicaraan hari pertama juga melihatkan kumpulan pembelaan Ariel menyatakan mustahil untuk Ariel menyebarkan sendiri video tersebut yang ternyata akan menjerat dirinya sendiri.

Tuduhan terhadap Ariel dikatakan tidak masuk akal dan peguam belanya meletakkan Ariel sebagai mangsa keadaan oleh individu yang tidak bertanggungjawab. -kosmo

Warga Emas Maut Dirempuh Van

Maut tak sempat beli makanan

NGERI... anggota polis mengangkat mayat mangsa selepas terbabit nahas ketika melintas jalan.

KUALA TERENGGANU: Hasrat seorang wanita warga emas untuk membeli makanan ringan di sebuah stesen minyak tidak kesampaian apabila dia maut selepas dirempuh sebuah van ketika melintas jalan berhampiran Jambatan Sultan Mahmud, di sini, pagi semalam.

Kelsom Chik, 68, dari Kampung Padang Hiliran meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah. Mayatnya kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, untuk bedah siasat.

Anak saudara mangsa yang hanya dikenali sebagai Jefri, 35, berkata Kelsom keluar dari rumah seorang diri melalui jalan kampung dan ketika melintas dia dilanggar sebuah van yang datang arah jambatan Sultan Mahmud.

“Saya yang mendapat tahu mengenai kejadian itu daripada seorang rakan terus ke lokasi kemalangan, tetapi apabila tiba, saya dapati ibu saudara saya sudah meninggal dunia,” katanya ketika ditemui di HSNZ, di sini, semalam.

Jefri berkata, arwah ibu tunggal yang tinggal dengan seorang saudaranya di kampung itu tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap sebelum kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

“Kemalangan berlaku jam 8.40 pagi di depan sebuah stesen minyak berhampiran Jambatan Sultan Mahmud dan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Sementara itu, dalam kejadian berasingan di Kampung Atas Tol, di sini, seorang pemuda terbunuh apabila motosikal ditunggangnya bertembung dengan motosikal lain kira-kira jam 10 malam kelmarin.

Zamri berkata, Mohd Saiful Azhar Wahab, 28, yang bekerja sebagai buruh dalam perjalanan dari Kampung Pengkalan Setar untuk pulang ke rumahnya apabila bertembung dengan sebuah motosikal lain yang melintas jalan.

Katanya, mangsa yang cedera parah meninggal dunia di tempat kejadian. -hm

Obama Terima 12 Jahitan Di Bibir Kerana Disiku Main Bola Keranjang

Washington: Rumah Putih melaporkan bahawa Presiden Barack Obama menerima 12 jahitan pada bibirnya selepas mengalami kecederaan ketika menyertai satu permainan bola keranjang.

Setiausaha akhbar Rumah Putih, Robert Gibbs, berkata Presiden Amerika Syarikat itu secara tidak sengaja kena siku seorang pemain dalam kejadian semalam.

Presiden Amerika itu menerima jahitan daripada doktor di tingkat bawah kediaman rasmi beliau.

Obama dilaporkan bersama sekumpulan ahli keluarga dan rakan ke Fort McNair awal pagi untuk menyertai perlawanan itu.

Obama adalah seorang peminat sukan terutama meminati pasukan dari tempat asalnya Chicago dan kadang kala turut bermain golf selain permainan bola keranjang.

Rumah Putih tidak mendedahkan siapa yang menyiku Obama. Tetapi, tidak lama selepas itu, pemain bertanggungjawab membuat kenyataan.

Dia ialah Rey Decerega, pengarah program bagi Institut Kongres Caucus Hispanik.
“Saya tahu pada hari ini (semalam) bahawa presiden adalah seorang pesaing yang bersemangat tinggi dan ada semangat kesukanan.

“Saya gembira dapat bermain dengannya. Saya yakin beliau akan cuba kembali semula tidak lama lagi,” katanya. – Agensi



Penumpang Diraba Kerana Pelapik Seluar Dalam

Penumpang diraba kerana pelapik seluar dalam

SEORANG wanita menjalani pemeriksaan badan di sebuah lapangan terbang di AS.

NEW YORK – Seorang penumpang wanita mendakwa dia trauma selepas tangan-tangan kasar beberapa pegawai Pentadbiran Keselamatan Pengangkutan (TSA) meraba bahagian sulitnya ketika menjalani pemeriksaan badan di sebuah lapangan terbang di Amerika Syarikat (AS), lapor sebuah akhbar semalam.

Peraturan di AS yang dikuatkuasakan oleh TSA mewajibkan setiap penumpang menjalani pemeriksaan mesin imbasan sinar-X yang ‘membogelkan’ mereka bagi mengesan senjata dan bahan letupan tersembunyi sebelum dibenarkan menaiki pesawat.

Wanita itu yang enggan identitinya didedahkan memberitahu, dia diarah menjalani pemeriksaan badan setelah mesin pengimbas sinar-X di lapangan terbang berkenaan mengesan pelapik seluar dalam yang dipakainya sebagai mencurigakan baru-baru ini.

“Saya menangis selepas itu kerana ia mengembalikan memori tragis serangan seks yang berlaku ke atas diri saya beberapa tahun lalu,” katan wanita itu. – Agensi




Kongres PKR: 80% Kerusi Kosong - Mana Pergi 400,000?

Kongres Nasional PKR hambar?

PETALING JAYA: Sesi perbahasan Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendapat sambutan diawal pembukaan namun semakin lama semakin hambar apabila perwakilan dan pemerhati kongres dilihat mula meninggalkan dewan.

Perwakilan dan pemerhati kongres dilihat mula meninggalkan dewan selepas sesi perbahasan menyokong ucapan dasar Presiden PKR bersambung selepas waktu rehat tengahari dan berlegar di perkarangan Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Suasana dilihat bertambah jelas apabila kerusi dilihat kosong mula kosong sekitar kira-kira pukul 4petang semalam walaupun ucapan pembahas daripada wakil setiap negeri, sayap wanita dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) masih belum selesai.

"Cukuplah untuk hari ini, saya mahu pulang berehat dihotel sebab penat selepas menempuh perjalanan yang jauh…saya datang dari Pahang," kata seorang perwakilan kepada FMT.

Pemerhatian FMT juga mendapati masih ada perwakilan dan pemerhati kongres yang berlegar-legar diluar dewan dan mengambil keputusan untuk mengikuti kongres di luar dewan melalui layar skrin putih.

"Duduk diluar lebih santai, kami boleh berbual dan makan sambil mengikuti perjalanan kongres…tidak elok pula kalau kami terlalu kerap keluar masuk dewan," kata seorang perwakilan daripada Johor.

Malangnya, suasana dalam dewan yang menempatkan pemerhati kongres didapati lebih mengecewakan apabila hampir 80 peratus daripada kerusi dalam dewan itu kosong.

Perbasahan usul ucapan dasar Presiden menjadi fokus utama kongres pada hari ini, manakala usul pemberdayaan demokrasi, usul pendidikan, usul ekonomi, serta usul memartabatkan maruah bangsa dan ketuanan rakyat akan dibahaskan oleh perwakilan kongres hari ini.

Hari ini juga bakal menjadi acara kemuncak Kongres apabila keputusan barisan Ahli Majlis Pimpinan Pusat Penggal 2010-2013 akan diumumkan hari ini. -FMT

Bagi PKR, Mustaffa Juga Kuda Trojan Atau Melukut?

Mustaffa: Kenapa JPP bebankan saya kembali?

Calon timbalan presiden Mustaffa Kamil Ayub masih berharap aduannya terhadap Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) berhubung pemilihan parti terus disiasat dan beban itu tidak dikembalikan kepada pengadu.

Katanya, beliau berharap JPP lebih produktif dalam menyiasat dan menyelesaikan aduan yang diterimanya daripada pelbagai pihak, termasuk dirinya sendiri.

"JPP menerima (aduan) masalah, jangan ambil mudah dan jangan letakkan beban pembuktian kepada pengadu.

"Ia tanggungjawab bersama untuk menyiasat dengan serius dengan dakwaan yang dilakukan," katanya ketika ditemui Malaysiakini di Kongres PKR di Petaling Jaya hari ini.

Sambil memberi contoh tentang rumah yang dimasuki pencuri, Mustaffa Kamil berkata, bukan sahaja pengadu, malah polis juga bertanggung untuk menyiasat mengenai kejadian tersebut.

"Jadi apa kerja polis (kalau pengadu sendiri siasat)?" soalnya yang tewas dengan majoriti besar kepada pesaingnya Azmin Ali dalam perebutan kerusi nombor dua parti itu.

Mustaffa Kamil sebelum ini menghantar memorandum membantah perjalanan pemilihan PKR yang didakwanya berlaku salah tadbir dan salah urus.

Beliau juga berkata akan mengambil tindakan tegas sekiranya tidak dilayan dalam tempoh 48 jam.

Bagaimanapun, selepas tamat masa itu, beliau meneruskan bertanding setelah diberikan beberapa jaminan oleh Pengerusi JPP Dr Molly Cheah.

Setakat ini, Mustaffa Kamil yang sedang menghabiskan hari-hari terakhir sebagai naib presiden PKR itu berkata beliau masih tidak pasti tentang status siasatan ke atas kesnya.

Menurut Mustaffa Kamil, beliau tidak bercadang untuk memberikan kenyataan kepada terbuka di hadapan lebih 1,000 perwakilan dalam kongres hari ini kerana "ia tidak menguntungkan parti".

"Saya fikir ia kurang sesuai dan orang lain (yang) akan mendesak parti untuk menghilangkan keresahan dan rintihan dalam parti....

"Walaupun keputusannya demikian, tetapi ia sentiasa boleh disemak dan mengambil iktibar daripada perjalanan pemilihan PKR ini," katanya.

Ditanya sama ada beliau akan menerima jawatan naib presiden untuk kuota lantikan sekiranya ditawarkan, Mustaffa Kamil yang juga ketua PKR Perak hanya berkata "akan mempertimbangkannya".

Bekas pemimpin belia itu juga tidak kecewa dengan kekalahannya merebut jawatan nombor dua parti itu, tetapi mengakui "ada elemen sedih dengan apa yang berlaku" dengan pemilihan.

Bagaimanapun, beliau mengulangi akan terus komited dalam PKR walaupun ada percubaan menariknya menyertai parti baru yang akan ditubuhkan Datuk Zaid Ibrahim - bekas pesaing jawatan sama yang kini bertindak keluar parti.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi, Mustaffa Kamil ketinggalan lebih 11,000 di belakang Azmin.

Keputusan rasmi akan diumumkan esok oleh pengerusi persidangan.

Ulasan GB

Nasib engkaulah Labu, kalau kau tak tersenarai di dalam set yang disukai oleh pimpinan kanan parti, itu tandanya samada engkau adalah kuda trojan atau melukut di tepi gantang.



Deret Fibonacci, Misteri Angka Ilahi Yang Sangat Menakjubkan

Angka Tuhan, Sebenarnya itu hanya istilah yang dicipta untuk menyebut suatu “angka misteri” yang banyak ditemukan pada kejadian-kejadian di alam ini. Angka ini sejatinya telah banyak diteliti oleh peneliti luar negeri, mereka umumnya menyebut angka ini adalah “golden ratio” atau “golden number”. Angka ini ada kaitannya dengan deret Fibonacci atau Fibonacci sequence.

Fibonacci adalah seorang ahli matematik Italia yang dikenal sebagai penemu bilangan Fibonacci dan peranannya dalam mengenalkan sistem penulisan dan perhitungan bilangan Arab ke dunia Eropa (algorisma) setelah mendalami ilmunya dari guru-guru Muslim di Aljazair. Ia juga belajar aritmatika dan matematika Al-Kawarizmi dan sekembalinya dari sana ia menulis buku Liber Abaci pada 1202.

Golden Ratio (Nisbah Emas)

Jujukan Fibonacci diperolehi apabila masing-masing angka dalam deret tersebut merupakan hasil penjumlahan dari dua angka sebelumnya.


Deret Fibbonacci yaitu: 1, 1, 2, 3, 5, 8, 13, 21, 34, 55, 89, 144, 233, 377, 610, 987 …

Pola deret di atas terbentuk dari susunan bilangan berurutan (dari kecil makin besar) iaitu merupakan penjumlahan dua bilangan sebelumnya. Angka 3, urutan keempat, adalah hasil penjumlahan 1 (urutan 2) + 2 (urutan 3); angka 5 urutan kelima, adalah hasil penjumlahan 2 (urutan 3) + 3 (urutan 4); angka 8 urutan keenam, adalah hasil penjumlahan 3 (urutan 4) + 5 (urutan 5) dan seterusnya.

Kaitan dengan nisbah emas
Nisbah emas sudah dikenal sejak zaman Pythagoras. Disebutkan bahwa alam tampaknya diatur oleh nisbah emas. “Kesaktian” nisbah ini mendasari senibina bangunan zaman dahulu, khususnya di Yunani. Bentangan pilar dan tinggi Panthenon merupakan perbandingan hasil nisbah emas.

Perhatikan hasil pembagian bilangan-bilangan pada deret Fibonacci di bawah ini.
1/1; 2/1; 3/2; 5/3; 8/5; 13/8; 21/13; 34/21; 55/34; 89/55; 144/89…

Pola apa yang terjadi? Bilangan hasil pembagian menunjukkan sesuatu yang istimewa sehingga disebut dengan bahagian emas (golden section). Nama ini mirip dengan nisbah emas. Memang ada hubungan erat antara seksi emas dan nisbah emas seperti dapat dilihat pada tabel dan gambar di bawah ini.

Deret 1 2 3 5 8 13 21 34 55 89 144
Pembagi 1 1 2 3 5 8 13 21 34 55 89
Hasil 1 2 1,5 1,66 1,6 1,625 1,615 1,619 1,617 1,618 1,618

Barangkali kenyataan ini mampu menjawab pertanyaan mengapa deret Fibonacci mendekati nisbah emas.

Ambil contoh dua bilangan: a, b, a+b (deret Fibonacci) dan b/a (nisbah emas) kemudian diperbandingkan

b/a ≈ (a+b)/b
b/a (nisbah emas) ≈ a/b + 1 (bahagian emas)

Substitusikan nisbah emas dengan notasi Φ (phi) untuk persamaan di atas.

Φ = 1/Φ + 1 (kalikan ruas kiri dan kanan dengan F) hasil:
Φ² – Φ – 1 = 0
Φ = (1+ √5)/2 ≈ 1,618

Jika sebuah bentuk yang sesuai atau sangat seimbang didapatkan melalui unsur penerapan atau fungsi, maka kita dapat mencari fungsi Angka Emas padanya… Angka Emas bukanlah hasil dari imajinasi matematik, akan tetapi merupakan kaidah alam yang terkait dengan hukum keseimbangan.

NISBAH EMAS PADA TUBUH MANUSIA

Hubungan kesesuaian “ideal” yang dikemukakan ada pada berbagai bagian tubuh manusia rata-rata dan yang mendekati nilai nisbah emas dapat dijelaskan dalam sebuah bahagian umum sebagaimana berikut:

Nilai perbandingan M/m pada diagram berikut selalu setara dengan rasio emas. M/m = 1.618j



Contoh pertama dari nisbah emas pada tubuh manusia rata-rata adalah jika antara pusar dan telapak kaki dianggap berjarak 1 unit, maka tinggi seorang manusia setara dengan 1.618 unit. Beberapa nisbah emas lain pada tubuh manusia rata-rata adalah:

Jarak antara ujung jari dan siku / jarak antara pergelangan tangan dan siku,
Jarak antara garis bahu dan unjung atas kepala / panjang kepala,
Jarak antara pusar dan ujung atas kepala / jarak antara garis bahu dan ujung atas kepala,
Jarak antara pusar dan lutut / jarak antara lutut dan telapak kaki.

BUNGA MATAHARI




Dalam hal ini, "kepala" sesuatu bunga datangnya dari benih dikembang dari bahagian tengahnya, kemudian berserak disekeliling . Setiap satu akan menjajar pada sudut yang tertentu berhubungkait dengan pengembangan biji yang pertama tadi.

Sekarang kita tengok
Jari Manusia



Angkatlah tangan dari mouse komputer dan lihatlah bentuk jari telunjuk. Dalam segala kemungkinan akan kita saksikan rasio emas padanya.

Jari-jemari kita memiliki tiga ruas. Perbandingan ukuran panjang dari dua ruas pertama terhadap ukuran panjang keseluruhan jari tersebut menghasilkan angka rasio emas (kecuali ibu jari). Kita juga dapat melihat bahwa perbandingan ukuran panjang jari tengah terhadap jari kelingking merupakan rasio emas pula.

Kita memiliki dua (2) tangan, dan jari-jemari yang ada padanya terdiri dari tiga (3) ruas. Terdapat lima (5) jari pada setiap tangan, dan hanya lapan 8 dari keseluruhan sepuluh jari ini tersambung menurut rasio emas: 2, 3, 5, dan 8 bersesuaian dengan angka-angka pada deret Fibonacci tadi.

Rasio Emas Pada Lengan



Nisbah jarak di antara siku ke pergelangan tangan dengan pergelangan tangan ke ke hujung jari hantu adalah 1.618

Rasio Emas pada Paru-Paru



Dalam sebuah penelitian yang dilakukan antara tahun 1985 dan 1987, fisikawan Amerika B. J. West dan Dr. A. L. Goldberger menemukan keberadaan rasio emas pada struktur paru-paru. Salah satu ciri jaringan bronkia yang menyusun paru-paru adalah susunannya yang asimetris. Misalnya, pipa saluran udara yang bercabang membentuk dua bronkia utama, satu panjang (bronkia kiri) dan yang kedua pendek (bronkia kanan). Percabangan asimetris ini terus berlanjut ke percabangan-percabangan bronkia selanjutnya. Telah dipastikan bahwa pada seluruh percabangan ini perbandingan antara bronkia pendek terhadap bronkia panjang selalu bernilai 1/1,618

Tinjauan lanjut mengenai phi

Lukis satu garislurus dan bahagikan supaya nisbahnya yang panjang (B) terhadap keseluruhan (A) adalah sama dengan nisbah yang pendek (C) kepada yang panjang (B):



Jadi A adalah 161.8% dari B dan B adalah 161.8% dari C.

CONTOH-CONTOH NISBAH EMAS
PADA MAKHLUQ ALLAH








NISBAH EMAS juga kini diaplikasikan di dalam Pasaran Kewangan Dan Saham.



Pada gambar di atas terlihat bahwa di titik 1, 2, dan 3 memberikan indikasi adanya level support dan resistance ketika harga sedang bergerak naik dan turun.
Interpretasi dari arc melibatkan antisipasi terhadap level support dan resistance ketika harga mendekati arc. Teknik umum yang digunakan adalah menggunakan kombinasi dari Fibonacci Arc dan garis Fibonacci Fan dan mendapatkan support dan resistance dari titik pertemuan kedua garis tersebut.

Namun titik pertemuan yang representatif dan signifikan untuk dijadikan dasar analisa antara Fibonacci Arc dengan Fibonacci Fan tidak akan terlalu sering dapat ditemukan. Hal ini dapat disebabkan oleh skala grafik yang ada. Support dan resistance yang dihasilkan dari titik pertemuan antara Fibonacci Arc dengan Fibonacci fan merupakan sebuah support dan resistance yang kuat.

NISBAH EMAS juga boleh diaplikasikan di dalam melihat dan mengkaji tren keputusan pilihanraya negara. InsyaAllah GB akan cuba huraikan di entri akan datang

Firmanullah

إِنَّ اللَّهَ بَالِغُ أَمْرِهِ قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْراً

Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu

FirmanNya lagi

الَّذِي خَلَقَ سَبْعَ سَمَاوَاتٍ طِبَاقاً مَّا تَرَى فِي خَلْقِ الرَّحْمَنِ مِن تَفَاوُتٍ فَارْجِعِ الْبَصَرَ هَلْ تَرَى مِن فُطُورٍ
ثُمَّ ارْجِعِ الْبَصَرَ كَرَّتَيْنِ يَنقَلِبْ إِلَيْكَ الْبَصَرُ خَاسِأً وَهُوَ حَسِيرٌ

Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Tuhan Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang. Maka lihatlah berulang-ulang, adakah kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang? Kemudian pandanglah sekali lagi niscaya penglihatanmu akan kembali kepadamu dengan tidak menemukan sesuatu cacat dan penglihatanmu itupun dalam keadaan payah.

Al-Mulk : 3-4