15 Feb 2013

[EDISI "COVER LINE"] Siapa Yang Nak Bunuh Najib & Psy?


Hahahaha....Nyawa PM dan Psy diancam? PULAU PINANG: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hari ini menuntut bukti daripada pengerusi BN Pulau Pinang Teng Chang Yeow yang mendakwa ada ancaman nyawa terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan terhadap penyanyi Korea Selatan, Psy ketika sambutan Tahun Baru Cina di negeri tersebut Isnin lalu.

“Keselamatan Perdana Menteri adalah sangat penting. Siapa yang mengancam beliau? Sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, saya tidak dimaklumkan mengenai perkara tersebut,” kata Lim yang dipetik Malaysiakini.

“Bahkan ketua polis Pulau Pinang Abdul Rahim Hanafi juga tidak memaklumkan perkara ini pada saya.

Jelasnya, Teng cakap tak berakal, dan tidak berkata benar semasa berkata nyawa pemimpin BN dalam bahaya,” tambahnya lagi.

Dalam menghadapi dua malu besar terhadap Najib ketika sambutan Tahun Baru Cina di Pulau Pinang iaitu peristiwa ‘No’ dan dibiarkan menunggu Psy yang tidak muncul-muncul untuk menggaul ‘Yee Sang’, semalam Teng menggemparkan semua pihak apabila mendakwa terdapat ancaman nyawa terhadap Psy.

“Terdapat ancaman terhadap nyawa Psy, jadi polis terpaksa bertindak untuk memastikan kawasan tersebut selamat kerana khemahnya jauh sedikit daripada pentas, itu sebabnya kita suruh Perdana Menteri untuk turun dari pentas,” kata Teng yang dipetik The Malaysian Insider.

Teng menjelaskan demikian selepas kemunculan klip video yang menunjukkan Najib dan para pembesar BN dibiarkan tunggu untuk kemunculan Psy untuk menggaul Yee Sang walaupun dijemput berkali-kali oleh pengacara majlis.

Namun, Psy tidak muncul menyebabkan semua yang ada di pentas terkial-kial.

Selepas itu, Najib pula menjadi pengacara majlis untuk menjemput Psy untuk melakukan persembahannya.

Ketika itulah, Najib dimalukan sekali lagi apabila rakyat Pulau Pinang berkata ‘No’ kepada soalannya ‘Are you ready for BN?’ yang ditanya tiga kali berturut-turut.

Jika betul ada ancaman nyawa terhadap Najib dan Psy, mengapa Teng tidak menjelaskan mengapa Psy dibenarkan untuk mempersembahkan dua kali lagu popularnya Oppa Gangnam Style selepas ancaman di terima dan Najib pula dibiarkan menjadi pengacara majlis selepas acara menggaul yee sang.

Manakala jawapan polis pula berterabur.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah SAC Mazlan Kesah semalam berkata beliau tidak mendapat maklumat mengenai ancaman terhadap Psy atau sesiapa, manakala Ketua Polis Pulau Pinang Abdul Rahim mengesahkan ada ancaman terhadap Psy.

Bagaimanapun, tiada yang menjelaskan bagaimana Psy boleh pergi makan malam di sebuah restoran Korea di Tanjung Bungah sebelum meninggalkan negara pada 2 pagi hari Selasa.

“Dalam klip video tersebut, semua – termasuk Perdana Menteri tidak kelihatan seperti diancam. Juga tiada polis kelihatan sekitar pentas. Psy dibenarkan buat persembahan dan kemudian makan malam. Ini berita besar, nyawa Perdana Menteri dan Psy diancam.Mengapa tidak disebut sehingga sekarang?” tanya Lim Guan Eng. -HD

Ulasan GB

Disangkanya rakyat begitu bodoh untuk mempercayai ada cubaan untuk membunuh Najib dan Psy.

Sau penipuan tahap gila babi semata-mata untuk menutup malu apabila Najib dan BN diaibkan semasa kehadiran Psy di Penang.

Anehnya polis tumpang semangkok dengan mengesahkan kononnya ada cubaan untuk membunuh Najib dan Psy. Jika benar, seperti kata Guan Eng, buktikan segera dakwaan itu. Jika tidak, maka tunggulah hukum kebenaran dan keadilan yang universal itu mengambil tempatnya... MCA dan pihak polis pasti menerima hukuman ilmu pasti itu kerana menipu rakyat.

[BERGAMBAR] Ramai Dicekup Di Ops Hari kekasih


Datuk kena cekup separuh bogel

KUALA LUMPUR - “Jangan ambil wang itu, takut hilang. Saya sudah kumpul lama untuk beli rumah,” kata seorang lelaki selepas pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menemui wang RM15,000 ketika pemeriksaan dilakukan di bilik sebuah hotel, di sini, semalam.

Lelaki berusia 20 tahun itu ditahan bersama pasangannya, seorang remaja berusia 16 tahun antara 10 pasangan yang ditahan sempena pada malam sambutan Hari Kekasih.

Ketika disoal penguat kuasa, lelaki dari Kuala Lumpur itu berkali-kali memberitahu wang itu adalah untuk membayar pendahuluan pembelian rumah yang disimpan hasil perniagaan yang diusahakan.

Sementara itu, sepasang pelajar berusia 17 tahun yang cuba menipu pihak berkuasa kononnya mereka adik-beradik, ditahan kerana disyaki berkhalwat, di bilik sebuah hotel.

Apabila diberitahu pegawai penguat kuasa bahawa kes mereka akan dimaklumkan kepada ibu bapa mereka, mereka menangis dan minta dilepaskan.

Datuk dicekup dengan janda

Dalam operasi sama juga, seorang ahli perniagaan berpangkat datuk ditahan bersama seorang janda di sebuah bilik di hotel bajet di Jalan Tiong Nam, awal pagi semalam.

Datuk yang berumur 60 tahun berada dalam bilik bersama wanita berusia 29 tahun apabila pihak penguat kuasa mengetuk pintu bilik.

Setelah pintu dibuka selepas diketuk kira-kira 15 minit, datuk itu didapati dalam keadaan separuh bogel, sementara wanita itu berkemban.

Janda itu difahamkan memberitahu pihak penguat kuasa bahawa dia susah dan sedar apa yang dilakukan adalah satu kesalahan.

Datuk itu pula mengaku tiada pertalian sah dengan wanita berkenaan.

Pihak penguat kuasa juga menahan seorang wanita hamil lapan bulan dan seorang lelaki yang disyaki berkhalwat.

Jawi menyifatkan jumlah tangkapan khalwat yang rendah pada malam sambutan Hari Kekasih semalam membuktikan umat Islam di negara mempunyai kesedaran untuk tidak terlibat dalam gejala kemaksiatan.

Pegawai Penguat Kuasa Kanan Perhubungan Awam Jawi, Tuan Asmawi Tuan Umar berkata, operasi di lapan hotel murah sekitar Kuala Lumpur dan Tasik Titiwangsa mencatatkan penahanan paling sedikit, iaitu sebanyak 10 pasangan.

“Tangkapan ini adalah melalui operasi pihak kami secara berterusan di kawasan Kuala Lumpur.

“Ini tangkapan paling kecil bilangannya dan ia menunjukkan penurunan daripada tangkapan pada tahun sebelumnya,” katanya di pejabat Jawi, semalam.

Menurutnya, pasangan yang ditahan berusia 13 hingga 50 tahun itu turut menerima tiga surat perintah hadir di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah 1997 yang membawa hukuman denda dan penjara jika sabit kesalahan.

Penguat kuasa Jawi memeriksa dokumen mereka yang ditahan ketika serbuan di sebuah hotel di Jalan Tiong Nam, semalam.

Antara pasangan yang ditangkap khalwat di hotel bajet di Jalan Tiong Nam, awal pagi semalam.

Wanita hamil lapan bulan antara yang ditahan.

Wang RM 15,000 yang ditemui dalam beg milik seorang pemuda.



Bermadu kasih bersama teman lelaki, ibu sanggup tinggal anak



JOHOR BAHRU - Seorang ibu tunggal sanggup meninggalkan dua anaknya berusia enam dan 14 tahun semata-mata untuk meraikan Hari Kekasih bersama teman lelakinya di sebuah hotel murah di Taman Ungku Tun Aminah, di sini.

Lebih memeranjatkan, wanita berusia 40an dan lelaki berusia 33 tahun itu yang tinggal dalam kampung sama di Pontian mengaku datang ke hotel terbabit untuk memadu kasih bersama kekasihnya yang mempunyai tiga anak dan sudah beristeri.

Pasangan itu antara 36 individu yang ditahan dalam Ops Mawar Merah yang dijalankan Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Johor (Jaij).

Timbalan Pengarah Operasi Jaij, Ramly Jusoh berkata, operasi bermula jam 9 malam hingga 3 pagi itu membabitkan hotel sekitar Danga Bay, Taman Perling, Bukit Indah, Nusa Bestari, Taman Tan Sri Yaakob dan Taman Ungku Tun Aminah.

Menurutnya, operasi yang membabitkan sepasukan 13 pegawai dan anggota Jaij itu memeriksa kira-kira 19 hotel murah bagi mengekang umat Islam di negeri ini menyambut sambutan Hari Kekasih.

“Daripada 36 yang ditahan, tiga daripadanya bukan beragama Islam dan berasal daripada Singapura dan Filipina.

Mereka yang ditahan berumur 18 hingga 45 tahun.

“Pemeriksaan hari ini pada sebelah pagi menahan 14 orang. Kita akan meneruskan operasi ini hingga malam ini bagi mengesan pasangan bukan muhrim yang meraikan sambutan ini,” katanya di sini, semalam.

Ramly berkata, pasangan yang ditahan dibawa ke Jaij untuk diambil keterangan dan kesemuanya disiasat mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 yang memperuntukkan hukuman denda RM3,000 atau penjara dua tahun jika sabit kesalahan
-SH


Ops Jejak Kekasih berjaya tahan 10 pasangan sambut Hari Valentine


Pasangan yang ditahan di sekitar negeri ini pagi semalam dibawa ke pejabat Jaipp di Butterworth

BUTTERWORTH - Seorang ibu tunggal beranak satu merupakan seorang daripada 40 yang ditahan dalam Ops Jejak Kekasih pada sambutan Hari Valentine, pagi semalam.

Dalam operasi cegah maksiat yang dijalankan Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) itu, wanita yang bekerja sebagai penyanyi kelab malam itu ditahan di sebuah ‘service apartment’ bersama pasangannya di Gelugor.

Ketua Unit Operasi Penguatkuasaan JAIPP, Khairul Azman Azizan berkata, kesemuanya ditahan di bawah Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Pulau Pinang 1996.

Menurutnya, jika sabit kesalahan mereka boleh didenda RM3,000 atau penjara dua tahun ataupun kedua-duanya.

Kesemuanya yang berusia lingkungan 19 sehingga 52 tahun itu ditahan dalam operasi yang bermula pukul 11.30 malam sehingga 6 pagi di sekitar Jalan Lingkaran Luar Butterworth (BORR), pantai Queensbay dan motel murah sekitar Tanjung Bungah serta Gelugor.

“Kebanyakan pasangan menggunakan alasan yang sama iaitu mereka tidak buat apa-apa manakala ada yang telah bertunang dan bakal menikah tidak lama lagi.

“Ada juga yang menangis walaupun kami masih belum menangkap mereka dan hanya menjalankan soal siasat untuk mengenal pasti identiti mereka yang ditahan.

“Kesemuanya dibawa ke pejabat agama di sini untuk disoal siasat dan dibebaskan dengan jaminan oleh ahli keluarga masing-masing serta akan didakwa di Mahkamah Syariah,” katanya.

Dalam pada itu, seorang lelaki tempatan berusia 52 tahun turut ditahan bersama pasangannya yang bukan Muslim.

“Hasil pemeriksaan mendapati, lelaki tersebut seorang ahli perniagaan dan merupakan orang tempatan manakala anak isterinya bermastautin di Kuala Lumpur.

Beliau berkata, serbuan telah dijalankan di lima buah lokasi dengan 15 pegawai penguat kuasa dan dibantu Unit Cawangan Khas Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Kebanyakan yang ditahan merupakan orang tempatan dan ada juga yang berasal dari Kedah, Selangor dan Kelantan, malah kami menyasarkan kawasan serbuan merangkumi hotel bajet dan motel.

“Tahun ini, jumlah tangkapan berkurangan dan kami tidak menolak kemungkinan yang mereka memilih tempat lain untuk bermalam.

“Saluran maklumat daripada orang ramai diperlukan bagi membantu mencegah maksiat secara efektif,” katanya
-SH

[VIDEO] Anwar: Tahniah Rakyat P.Pinang Kerana Pandai & Berani Jawab NO Kepada Najib


Najib Razak tidak cerdik mengulangi tiga kali ‘Are you ready for BN?’ setelah dijawab ‘No’ ketika soalan itu ditanya kali pertama kepada rakyat Pulau Pinang, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Najib patut malu dengan respon negatif oleh rakyat. Beliau sepatutnya berundur dari pentas.

“Tapi tidak, dia terus bertanya soalan sama tiga kali, punyalah tak cerdik,” kata Anwar disambut gelak lebih 1,000 penduduk tempatan pada Ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Kampung Gapis, Padang Rengas, Perak, malam Rabu lalu.

Beliau menyindir Najib yang tanpa segan silu ditolak rakyat terang-terangan pada sambutan Tahun Baru Cina anjuran BN Pulau Pinang di Kolej Han Chiang, George Town, Isnin lalu.

Dalam insiden memalukan itu, Najib yang berperanan sebagai pengacara pentas, bertanya hadirin berhubung penerimaan mereka terhadap BN dengan mempertaruh populariti Psy yang dibawa dengan kos RM2 juta untuk lapan minit.

Sebaliknya, penonton ketika menjawab soalan Najib sebanyak tiga kali itu, mahu penampilan Psy tetapi terang-terangan menolak BN.

Najib: ‘Are you ready For Psy? (Adakah anda sedia untuk Psy)

Penonton: Yes (Ya)

Najib: ‘Are you ready for BN’ (Adakah anda sedia untuk BN?)

Penonton: ‘No’ (Tidak)

Perdana Menteri itu kemudian mengubah topik dengan menyatakan Psy sudah tiba di Malaysia sejak jam 6 pagi dan membuat pengumuman bahawa penyanyi sudah bersedia untuk beraksi di pentas.

Malah, ramai di kalangan penonton memakai baju kuning, hijau dan merah seperti saranan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebelum ini.

Ada antara mereka turut makai baju ‘Bersih’ pada majlis itu.

Selepas konsert Psy, Najib sekali lagi dimalukan dan terpaksa meninggalkan pentas selepas Psy tidak keluar apabila dijemput untuk menyertai ‘Yee Sang’ dengan pemimpin BN.

Semalam, BN mereka cerita kononnya Psy tidak turut serta naik ke pentas ketika upacara ‘Yee Sang’ kerana penyanyi Korea itu menerima ancaman nyawa.

Sebelum itu, pemimpin BN terpaksa menyelamatkan maruah Perdana Menteri dengan menuduh penolakan rakyat di majlis itu berpunca dari sabotaj Pakatan Rakyat.

[EDISI Bangang] Apakah Standard PM Di bawah Artis Korea?


Tindakan membiarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terpinga-pinga di pentas semasa acara ‘makan besar’ di Pulau Pinang Isnin lalu dianggap memalukan.

Pengarah Propaganda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Edy Noor Reduan berkata, Najib tidak sepatutnya membiarkan dirinya dimalukan sehingga menjadi bahan ketawa apabila mendapat liputan meluas media antarabangsa.

“Apakah peristiwa ini memberi gambaran betapa ‘standard’ Perdana Menteri Malaysia hanya berada di bawah seorang artis Korea,” soalnya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, SAMM berpendapat sudah sampai masanya Najib berundur secara terhormat kerana telah memalukan negara selepas beberapa kali berdepan dengan peristiwa memalukan.

“Bagi SAMM, malu ini bukanlah percuma. Mengikut resam kebiasaan, orang membayar satu jumlah untuk mengelak dari mendapat malu tetapi apa yang berlaku terhadap Najib, Umno dan BN adalah sebaliknya.

“Inilah satu-satunya kes malu yang ‘dibayar’ dengan harga yang tinggi, difahamkan dari laporan media melebihi RM2 juta,”
katanya.

Kredibiliti Najib dilihat tercalar apabila penyanyi antarabangsa, Psy dikatakan enggan naik ke pentas menggaul Loh Sang walaupun dipanggil berkali-kali oleh pengacara majlis.

Najib serta beberapa pemimpin BN termasuk isterinya Datin Seri Rosmah Mansur dibiarkan berdiri tercegat sambil menanti kehadiran Psy kira-kira lima minit sehingga membantutkan acara tersebut. -FMT

[VIDEO] Pengampu Najib Sunting Video Gangnam Style Untuk Tutup Malu


PPengampu Datuk Seri Najib Razak dipercayai menyunting rakaman video yang memapar adegan Perdana Menteri berkomunikasi dengan penonton konsert Gangnam Style bagi menangkis penolakan secara terbuka rakyat negeri itu terhadap BN.

Rakaman itu dikesan dimuat naik dua hari menjadi kejadian itu menjadi hangat dan jenaka segenap lapisan rakyat, malah menjadi muka depan Suara Keadilan edisi 104, sebelum video yang disunting itu disebar melalui facebook khususnya fan page Sayangi Selangor yang didalangi Umno BN.

Suntingan itu melibatkan adegan Najib bertanya ‘Are You ready For BN?’ dan penonton menjawab ‘Yes’ sedangkan rakaman asli menunjukkan rakyat menyebut ‘No’ sebanyak tiga kali.

Paparan gambar ketika sebutan ‘Yes’ juga beralih-alih akibat suntingan berkenaan, menyebabkan ramai pengguna internet tidak menyakini kesahihannya sedangkan kedudukan kamera rakaman asli, statik dan tidak berubah-ubah.

Mengulas perbuatan itu, Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Lee Khai Loon, berkata suntingan itu sama sekali tidak akan mengembalikan maruah Najib yang dimalukan rakyat.

“Ia hanya menambahkan malu Najib. Tiada gunanya lagi. Semua sudah berlaku, semua rakyat sudah tahu apa yang berlaku.

“Video asal jelas menunjukkan betapa beraninya rakyat menolak BN. Untuk apa ada video yang diedit. Banyak media sosial sudah memuat naik rakaman dan ramai orang sudah menyaksikan rakaman asal,” katanya kepada Keadilan Daily.

Beliau menyifatkan, perbuatan itu menunjukkan Umno BN yang takut dan terdesak untuk meraih undi anak muda menyebabkan mereka terpaksa melakukan perkara tidak masuk akal.

“Yang edit video ini tak ubah macam perangai TV3 dan media kawalan Umno suka putar belit fakta. Kesudahannya buat malu diri sendiri kerana rakyat tahu permainan mereka,” katanya.

INI VIDEO YAN DIEDIT:



INI VIDEO SEBENAR
,br>

[BOM MELETUP] Deepak Bongkar SD 3 Pengakuan ‘Individu’ Diarah Bunuh Altantuya


Ahli perniagaan, Deepak Jaikishan membongkar akuan bersumpah (SD) ketiga berhubung pengakuan individu yang menerima arahan daripada orang atasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya Altantuya Shaariibuu dibunuh.

Bercakap kepada Keadilan Daily, Deepak berkata, individu yang tidak dinamakan itu menyediakan satu SD, dijelaskan Deepak sebagai SD ketiga (SD 3) menyatakan individu tersebut diarah membunuh warga Mongolia itu.

Beliau bagaimanapun enggan memberi butiran lanjut mengenai individu berkenaan dan SD 3 tersebut tetapi sedia membongkar secara berperingkat pada masa akan datang.

“Ada arahan kepada seseorang oleh orang atas Najib yang mahu supaya beliau membunuh Altantuya.

Dan orang itu mengaku dia menerima arahan tersebut dalam akuan bersumpahnya.

“SD 3 ini adalah pendedahan terbaru yang belum dilapor,” kata Deepak.

Deepak secara bertulis kepada Malaysia Chronicle kelmarin berkata, ‘seseorang’ menyedia satu SD menyatakan, dia diarah membunuh Altantuya oleh orang atasan Najib.

Dalam artikel bertajuk ‘Order for Altantuya murder came from Najib, Baginda was sexually impotent – Deepak claims’ itu, Deepak tanpa menjelaskan SD yang dimaksudkan itu adalah SD 3.

Menurut artikel tersebut, Deepak mengulangi penglibatan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dalam proses membuat SD kedua yang dilakukan penyiasat persendirian, P Balasubramaniam (PI Bala).

Dedah Deepak, beliau diarah mengeluarkan ‘fakta tertentu dan butiran panas’ urusan antara Najib dan Altantuya.

Ekoran itu, Ahli Biro Politik KEADILAN, Sivarasa Rasiah mendesak Pejabat Peguam Negara dan polis membuka semula siasatan pembunuhan Altantuya dan merakam kenyataan Deepak.

“Tiada tindakan bermakna meneruskan konspirasi menyembunyikan kebenaran,” kata Sivarasa dalam kenyataan.

Deepak turut mendedahkan, dia membuat pembayaran kepada Najib dan Rosmah daripada ‘hasil Glomac Tower kepada sebuah anak syarikat Kuwait Finance House’.

“Bukti ini direkodkan oleh Datul Jamidan, Pengarah Kanan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) pada 2011.

“SPRM perlu jelaskan segera kepada rakyat Malaysia sama ada dakwaan pembayaran kepada Najib dan Rosmah adalah benar,” kata Sivarasa yang juga Ahli Parlimen Subang.

“Kami juga menunggu respon SPRM mengenai dakwaan Deepak disokong dokumen bahawa dia memberi hadiah mahal dalam bentuk berlian dan barang kemas untuk Rosmah.

“Akhirnya, untuk kali pertama Deepak menyatakan dengan bertulis berita yang melingkari negara sejak pembunuhan yang berlaku pada Oktober 2006 berhubung penglibatan Najib dan isteri dalam pembunuhan Altantuya,” kata Sivarasa.

Akuan bersumpah pertama & kedua Dalam surat permohonan untuk mendapat imuniti sebagai saksi kepada Peguam Negara semalam, Deepak berkata, beliau langsung tidak terlibat di dalam perbuatan kedua-dua SD bertarikh 1 Julai 2008 dan 3 Julai 2008.

Kata Deepak, penglibatannya hanya bermula selepas SD1 muncul apabila beliau dihubungi Rosmah bagi membantu membersihkan nama Perdana Menteri apabila Najib dilibatkan secara langsung dalam SD1.

Menurut Deepak lagi, beliau juga tidak kenal rapat dengan Bala.

Deepak sebelum ini mendakwa, beliau terlibat dalam pembikinan SD 2 selepas diminta oleh Rosmah.

Beliau diminta oleh Rosmah yang dianggap sebagai ‘kakak’ berbuat demikian selepas Bala membuat sidang media mendedahkan pengakuan bersumpahnya yang pertama.

Dalam akuan itu, Bala mendakwa Najib terlibat dalam kematian Altantuya yang dibunuh secara kejam di hutan simpan dekat Puncak Alam pada 2006.

Melalui SD 2 yang dibuatnya, Bala menarik balik segala pengakuan beliau dalam SD 1.

Deepak berkata, beliau membawa Bala menemui adik Najib, Nazim Razak di sebuah pusat membeli belah di Mutiara Damansara.

Dalam pertemuan itu, Deepak berkata, pelbagai janji dibuat oleh Nazim bagi pihak Najib kepada Bala.

Ekoran itu, Bala membuat SD 2 yang bercanggah sama sekali dengan SD 1.

Ketika SD 1 dan 2 tanpa sebarang siasatan, kini muncul pula SD 3 sebagaimana didedah Deepak.