26 Apr 2013

UMCEDEL: 'Lebih Ramai Setuju Anwar Jadi PM Berbanding Najib'


Kajiselidik Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) menunjukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim mendahului Datuk Seri Najib Razak sebagai calon perdana menteri Malaysia yang baru.

Tinjauan pada awal April itu, melibatkan 1,407 responden yang menetap di Semenanjung Malaysia menunjukkan sebanyak 43 peratus responden percaya Anwar layak menjadi perdana menteri manakala 24 peratus lagi berpendapat sebaliknya, dan selebihnya tidak pasti.

Untuk Najib pula, 39 peratus responden berkenaan berpendapat beliau layak menjadi perdana menteri manakala 31 lagi tidak bersetuju. Seramai 30 peratus lagi tidak pasti.

Apa yang menarik, seramai 54 peratus responden Melayu berpendapat Anwar layak menjadi perdana menteri dan hanya 28 peratus yang mahu Najib menjadi perdana menteri.


Di kalangan pengundi kali pertama pula, 48 peratus responden percaya Anwar layak menjadi perdana menteri manaka 25 peratus lagi berpendapat demikian untuk Najib.

Berbanding dengan hasil kajiselidik Umcedel pada bulan Januari, rating Najib merosot empat mata manakala Anwar meningkat satu mata.

Dari segi responden Melayu, Kedudukan Najib merosot 18 mata manakala Kedudukan Anwar pula meningkat sembilan mata.

Najib dan Anwar dilihat bersaing rapat dalam bidang-bidang yang lain.

Najib mempunyai sedikit kelebihan dari segi pemimpin yang rapat dan mesra rakyat, berbanding dengan Anwar.

Lima puluh empat peratus responden percaya Najib lebih "mesra rakyat" berbanding dengan 46 peratus untuk Anwar.

Pengarah Umcedel, Prof Datuk Mohd Redzuan Othman memberitahu satu sidang media hari ini bahawa ini kerana Najib muncul di TV hampir setiap hari, berbanding dengan Anwar yang hanya muncul apabila ada sesuatu yang tidak baik mengenainya.

Najib juga dilihat sedikit lebih mampu dalam pentadbiran berbanding dengan Anwar, manakala Anwar mempunyai kelebihan sedikit dari segi ketelusan dan wawasan untuk memajukan negara.

Bagaimanapun, Anwar mempunyai kelebihan yang jelas dari segi pemimpin yang memiliki ciri-ciri kepimpinan Islam, dengan 43 peratus daripada responden menyatakan beliau memiliki ciri-ciri tersebut, berbanding dengan 37 peratus untuk Najib.

Sementara itu, kajiselidik itu juga mendapati 62 peratus responden berkata mereka tidak dipengaruhi oleh video seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin Pakatan Rakyat yang beredar di Internet.

Tiga puluh sembilan peratus responden berkata mereka yakin video seks itu sebagai "propaganda Umno" untuk membuat serangan peribadi, manakala 39 peratus berkata mereka tidak pasti.

Dua puluh dua peratus responden tidak bersetuju bahawa klip itu "propaganda Umno".

Redzuan berkata, nampaknya kempen memburuk-burukkan Anwar (dalam media arus perdana) tidak benar-benar memberi kesan buruk terhadapnya.

Sementara itu, 63 peratus responden berkata mereka mahu melihat debat antara Najib dan Anwar manakala 19 peratus tidak bersetuju dengan idea tersebut. -mk


Manifesto PR lebih penuhi harapan rakyat - UMCEDEL


Kajian yang dijalankan oleh Pusat Kajian Pilihan Raya dan Demokrasi Universiti Malaysia (UMCEDEL) mendapati, rata-rata pengundi bersetuju bahawa manifesto Pakatan Rakyat lebih memenuhi harapan rakyat berbanding manifesto BN.

Dalam kajian terhadap 1,407 responden pengundi berdaftar yang dibuat pusat kajian itu, 42 peratus dari mereka bersetuju terhadap manifesto Pakatan Rakyat dan hanya 36 peratus bersetuju dengan manifesto BN, manakala 22 peratus memilih tidak pasti.

"Ini dalam keadaan manifesto BN dibentang secara langsung dua jam dalam televisyen, dan media memainkannya hampir setiap hari selepas daripada itu," kata pengarahnya Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Universiti Malaya semalam selepas membentangkan hasil kajian bertajuk Pilihan Pengundi Menjelang Hari Mengundi dalam PRU13.

Kajian tersebut dijalankan bermula pada 3 April iaitu hari pembubaran parlimen, sehingga ke hari penamaan calon pada 20 April lalu.

Antara tawaran paling memberi kesan kepada pengundi adalah tawaran penurunan harga minyak yang dijanjikan Pakatan Rakyat jika berjaya menguasai pentadbiran negara.

Tawaran lain yang turut disokong pengundi termasuklah, menghapuskan tol, menurunkan harga kereta, penurunan caj elektrik dan harga air lebih rendah, penghapusan PTPTN, pemberian permit teksi individu serta gaji minima.

Dari segi pecahan kaum, masyarakat Cina adalah paling tinggi bersetuju bahawa manifesto Pakatan Rakyat lebih memenuhi hasrat rakyat dengan 61 peratus, Melayu 37 peratus manakala India 21 peratus.

Bagi BN pula, majoriti yang mengatakan manifesto BN lebih memenuhi hasrat rakyat adalah kaum India dengan 53 peratus, Melayu 38 peratus manakala Cina 25 peratus.

"Kita bertanyakan kepada mereka, dan kebanyakan mereka ini menyatakan memperolehi maklumat manifesto Pakatan Rakyat ini daripada internet dan media alternatif," kata Dr Ridhuan.
-mk

[VIDEO & BERGAMBAR] TG Nik Aziz & Husam Musa Diserbu Selepas Solat Jumaat Di Putrajaya


Sebaik saja selesai solat Jumaat di Masjid Besi, Putrajaya hari ini 26hb April 2013 hampir semua jemaah bila mendapat tahu akan kehadiran Mursyidul Am PAS TGNA dan calon PAS/PR Dato' Hj Husam Musa berada sama dalam masjid berkenaan, terus menyerbu kearah kedua pemimpin ini untuk bersalaman.

Satu suasana yang cukup menyentuh kalbu dan mengharukan sekali.

Sayugia diingat, majoriti jemaah adalah kakaitangan kerajaan yang bertugas di Putrajaya.

Apakah reaksi spontan jujur lagi ikhlas para warga Putrajaya terhadap TGNA dan Husam Musa menandakan tidak mustahil calon PAS/PR Parlimen P100 Putrajaya, Dato' Hj Husam Musa, akan memenangi parlimen ini?

Jawapannya ialah....Ins'y Allah, harapan cukup cerah sekali. -omakkau











BN Cukup Terdesak, Peralat Murid Sekolah Berkempen, SPR Berdiam Diri!


Memperalat murid sekolah sebagai budak suruhan bagi kempen Barisan Nasional (BN) adalah pelanggaran etika pilihan raya, kata Pengerusi Biro Pendidikan KEADILAN, Abbas Awang.

Beliau mengulas gambar di laman sosial yang memaparkan murid Sekolah Kebangsaan Long Jeeh Baram, Sarawak mengibarkan bendera BN ketika mahu menyambut dan memberi sokongan kepada calon BN Baram yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Alfred Jabu.

“Ini jelas melanggar undang-undang demi kepentingan politik BN. Parti itu seolah-olah makin terdesak sehingga sanggup menggunakan murid untuk kempen politik.

“Perkara ini tidak sepatutnya berlaku, mereka masih kecil. Jangan heret kanak-kanak dalam kancah politik,” katanya ketika dihubungi.

Tegas beliau, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak boleh mengambil mudah perkara tersebut dan perlu segera menyiasat kerana ia bertentangan etika kempen pilihan raya.

“SPR sepatutnya ambil tindakan segera untuk mengelakkan pemimpin BN menggunakan murid bagi kempen mereka. Penglibatan guru yang merupakan kakitangan awam dalam kes sebegini merupakan salah guna kuasa.

“Saya hairan mengapa Pengarah Pelajaran Negeri atau Daerah sanggup dipergunakan pemimpin BN, dan kemudian memperalat murid sekolah untuk kempen mereka,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu modus operandi sama turut digunakan pemimpin BN di Kuala Lipis, Pahang apabila guru diarah mendengar ‘taklimat’ tohmahan ke atas pemimpin Pakatan Rakyat.

“Semalam, semua guru dikumpul supaya mendengar taklimat memfitnah pemimpin Pakatan di Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Lipis. “Antara yang saya dapat maklumat, kononnya kawan Anwar (Ibrahim), Sidek Baba turut diundang memberikan ‘taklimat’ kepada guru,” kata Abbas.

[BERGAMBAR] Bangla Sudah Mari Untuk Mengundi?


Bangla sudah mari. Dikesan di KLIA. Siapa boleh jelaskan bangla bangla ni datang untuk apa? Apakah berbaju hijau seolah olah uniform kerja kilang ni hanya untuk "mengaburi" mata oarang ramai?

Kemungkinan untuk mereka ini menjadi penghuni hantu adalah tinggi. Sewa khas terhadap kapalterbang MAS seperti dalam gambar dibawah amat meragukan. Kilang apa yang perlukan begitu ramai pekerja?





Blogger UMNO, Novandri Kemalangan, Tangan Kirinya Hancur


Barangkali sudah suratan dan takdir Tuhan, apa saja perbuatan kita di dunia ini sesetengahnya 'dibayar secara tunai' semasa kita masih hidup.

Ia juga merupakan peringatan dan amaran dari Allah SWT supaya menghentikan kerja-kerja fitnah dan mengadu domba sesama manusia.

Ketua perang siber Umno Pulau Pinang, Novandri Hassan Basri atau lebih dikenali dengan nama Dr MiM (Minda Intelek Melayu) disahkan telah hancur sebahagian dari tangan kirinya akibat kemalangan yang berlaku di kilometer 381.2 arah selatan Lebuhraya PLUS dekat Slim River, Perak, awal pagi semalam.


Novandri dikejarkan ke Hospital Slim River dengan bantuan ambulans dan dirawat sebagai pesakit luar.

Bagaimanapun ekoran kecederaan serius yang dialami Novandri akibat impak dari kemalangan tersebut, dia ditahan di wad kecemasan dan doktor yang merawatnya mengesahkan sebahagian tangan kirinya hancur teruk.

Kemalangan yang berlaku membabitkan Novandri yang juga naib ketua Umno bahagian Bukit Gelugor dan seorang rakannya berpunca dari masalah kegagalan mengawal kenderaan hingga menyebabkan kereta yang dinaiki terbabas.

Pemilik Blog Minda Intelek Melayu (MiM) sebelum ini telah disaman oleh Khalid Samad kerana fitnah.

Novandri melalui blognya, novandri.blogspot.com pada 15 Januari 2010 lalu menulis satu tulisan berbentuk fitnah dalam blognya bertajuk 'Penjarakan Khalid Bishop Samad'.

Ekoran itu, Khalid melalui peguamnya, Mohamad Hanipa Maidin menuntut supaya Novandri menarik balik tulisan dan gambar yang menunjukkan Khalid memakai tanjak Kristian dan salib dari blognya serta memohon maaf.

Novandri bersetuju untuk menyelesaikan kes ini di luar mahkamah dengan memohon maaf secara terbuka kepada Khalid ekoran dakwaan beliau kepada AJK PAS Pusat itu.

Selain itu dia juga bersetuju membayar sejumlah wang ganti rugi yang tidak disebutkan.

Penyelesaian luar mahkamah ini dinyatakan di depan hakim mahkamah tinggi di Pulau Pinang 7 Januari 2013 lalu.

Bagaimanapun, beberapa blogger Umno kesal dengan laporan Utusan Malaysia kerana tidak menjelaskan bagaimana Novandri boleh mengalami kemalangan dahsyat itu.


Sesetengahnya mendakwa kereta yang dinaiki Novandri telah tercabut tayarnya disyaki angkara perbuatan khianat.

Nampaknya blogger Umno ini sudah pandai mereka-reka cerita sebagaimana tulisan mereka yang cukup jijik dengan fitnah dan video lucah.


Jika mereka tidak berpuas hati dan mengesyaki ada unsur-unsur khianat, mengapa tidak laporkan terus kepada polis dan jangan salahkan Utusan sebab barangkali media rejim Umno tersebut pun sudah tidak percaya dengan fitnah yang dilemparkan, asyik terkantoi saja.

Sudahlah jualan akhbar Umno itu merudum, laman versi internet juga mencatatkan bilangan pembaca unik (unique readers) sedikit mendahului pesaingnya, Berita Harian dan jauh sekali jika dibandingkan dengan portal berita berpengaruh, Malaysiakini di seluruh dunia.

Malaysiakini - Kedudukan 2,545 (Malaysia tempat ke 13)
Berita Harian - Kedudukan 7,987 (Malaysia tempat ke 42)
Utusan Malaysia - Kedudukan 5,526 (Malaysia tempat ke 25)
Harian Metro - Kedudukan 8,492 (Malaysia tempat ke 47)

(Sumber : www.alexa.com - 26 April 2013)

Insiden membabitkan Novandri jelas memberi peringatan kepada semua blogger Umno agar jangan memfitnah dan menyebarkan video lucah kerana apa yang dialami Novandri cuma sekelumit dari balasan yang sewajarnya diterima di sana nanti!

Papa Gomo, Jas Salleh malah Bro Jinggo, apakah kamu semua masih tidak sedar dan terus sebarkan berita palsu dan video lucah sesudah melihat gambar Novandri terlantar? -jalanpulang1978

Ulasan GB

Setiap perbuatan jahat akan menerima balasannya sepertimana setiap perbuatan baik juga akan menerima balasannya.

Itu hukum kebenaran dan keadilan dan ianya tercatat indah di dalam Al-Quran:

فَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ وَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُ

Maksudnya : "Barangsiapa mengerjakan kebaikan walau sebesar zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan) nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan walau sebesar zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan) nya pula.” ( Surah Az-Zalzalah ayat 7-8 )

Tetapi malangnya blogger-blogger dan para wartawan UMNO ini tak ramai yang suka membaca Al-Quran lantaran itu tak jumpa panduan-panduan hidup yang berguna untuk mereka.

GB sudah ulas sebelum ini di SINI. Petikan:

Satu demi satu blogger pencacai UMNO terkedu lantaran fitnah-fitnah yang direka dan ditaburkan. Sebelum ini Novandri (Dr.Mim) memohon maaf secara terbuka kepada anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad ekoran dakwaan AJK PAS Pusat itu seorang bishop.

Kes Papagomo disaman Datuk Husam masih berjalan di mahkamah dan yang menjelekkan, papagomo enggan mengaku blog itu miliknya.

Parpukari telah dikenali sebagai penyebar gambar palsu mengenai muslimat PAS yang kononnya diraba semasa HKR 112.

Sementara blogger-blogger pencacai UMNO yang lain sedang berbaris menunggu "ganjaran" masing-masing. GB sudah ulas sebelum ini. Petikan:

papagomo dan sekalian blogger pencacai pasti BINASA. Itu hukum kebenaran dan keadilan. Allah tidak akan mengizinkan kebatilan mengatasi kebenaran.


Pemfitnah, wartawan akhbar dan blogger pencacai akan tetap terhukum akhirnya. Kita sama-sama tunggu dan lihat.




Apa yang GB tulis sudah pun menjadi kenyataan!

Semuga Novandri bertaubat dan semuga Allah mengurniakan kesembuhan dan taufiq hidayah kepadanya serta menjadi iktibar kepada blogger, wartawan akhbar dan sekalian pencacai UMNO yang lainnya!

SPR Sudah Rancang Untuk Memenangkan BN


Seorang penjawat awam PGA dari kem PGA Galing Kuantan telah upload gambar sesi staf staf PGA sedang mengundi POS di Kem Galing Kuantan, Pahang.

Menurut tinjauan gua ke wall FB dia.. beliau ni pro BN.. lihat jer lah aktiviti berbasikal di sekitar Putrajaya...maka SAH lah info ni benar.

Semalam pengerusi SPR menafikan Undi POS atau undi awal telah dilakukan.. tetapi BUKTI menunjukkan sebaliknya.

Kegilaan apakah ini meskipun difahamkan tarikh pengundian awal sepatutnya ialah pada 30 April 2013 (lima hari sebelum tarikh undi awam).Berikut mesej yang dihantar oleh beliau:

Salam admin, minta jasa baik admin ambil berat apa yang saya ingin sampaikan ni.. Hari ni telah bermula undi pos bagi anggota PGA,di sini saya nak bagitau beberapa perkara

1) Undi pos sepatutnya bermula 3 hari awal dari undi awam tapi skrg ni baru berapa hari bulan?

2) Undi tanpa ada pemerhati dari SPR,hanya kantung undi sahaja yang ada

3) Kertas undi ada no siri

4) Sebelum pangkah undi, terdapat borang yang sudah tertera nama pengundi beserta no ic dan no siri yang sama dengan kertas undi

5) Borang tersebut dimasukkan bersama kertas undi ke dalam sampul sebelum digam dan dimasukkan ke kantung undi

6) Undi tak rahsia langsung, siap ada no siri, kawan-kawan ada kiri kanan, bersepah2 undi.. Suasana macam funfair!!
Jika begini lah caranya. SPR telah melangar SOP iaitu..

Tidak menjemput wakil calon BN,PR dan juga wakil calon bebas yang sepatutnya menghantar pemerhati.

Nampaknya SPR sedang merancang memastikan BN menang,, bagaimanalah rakyat dan negara ingin berubah menjadi negara yang lebih baik..aksyik mempertahankan perompak berleluasa... sedih.. -kingofgoblok