5 Okt 2009

Era Najib Altntuya : N9 Terbengkalai Di bawah UMNO BN

Negeri Sembilan terdiri daripada tujuh daerah yang meliputi seluruh negeri itu.

Selain kaya dengan hasil bumi dari sektor pertanian, Negeri Sembilan juga terkenal sebagai tempat tumpuan pelancong.

Salah satu daerah yang begitu terkenal dengan pelancongan tentunya Port Dickson. Nama Port Dickson mula dikenali menjelang 1902, kerana menjadi satu-satunya stesen kereta api di Selatan Semenanjung serta kemunculannya sebagai pelabuhan terunggul.

Pada waktu itu, sistem pengangkutan melalui kereta api dan jalan raya mendatangkan faedah kepada syarikat multinasional seperti Shell dan sebagainya. Nama Port Dickson kemudiannya terus unggul sebagai kawasan pelancongan namun sayangnya ia tidak bertahan lama.

Waima kini, Port Dikcson tidak lagi menjadi pilihan utama pelancong untuk bersantai pada cuti hujung minggu. Beberapa faktor menjadi punca utama mengapa Port Dickson seolah-olah 'luput' dari peta pelancongan masyarakat di negara ini.

" Kita boleh lihat, seperti yang pernah dibangkitkan keadaan sekitar pantai tidak begitu bersih dan tidak ada pembangunan pelancongan yang baru. Kita masih lihat gerai-gerai usang yang sepatutnya perkara ini menjadi fokus utama bagi mereka".

"Ini mencerminkan keadaan pantai itu. Saya fikir tidak akan ada perubahan. Selain daripada kalau perubahan. Selain daripada kalau kita ada keinginan Port Dickson ini dimajukan seumpama Melaka, tertarik dengan pembangunan di Melaka" ujar Ahli Parlimen Teluk Kemang, Datuk Kamarul Baharin.

Dari sudut pembangunan, dapat kita lihat dengan jelas beberapa projek terbengkalai menyambut kehadiran tetamu di pintu masuk ke Port Dickson. Keadaan yang seumpama ini bukan hanya menyajikan panorama yang kurang enak pada pandangan mata malah turut merosakkan imej Port Dickson sebagai pusat pelancongan terkemuka di Malaysia.

Menurut penduduk Kampung Bagan Pinang, Jasni Abdul Rahman, projek terbengkalai memberikan banyak kesan sampingan kepada kehidupan penduduk setempat.

" Projek terbengkalai ini pada pandangan saya, kalau kita melalui sepanjang persisiran pantai Port Dikcson, kita dapati kawasan Bagan Pinang sehingga Teluk Kemang banyak terdapatnya projek-projek terbengkalai".

"Jadi saya harap pihak berkuasa tempatan dapatlah menguruskan projek-projek terbengkalai. Ia akan mengundang masalah sosial seperti penggunaan dadah dan sebagainya. Penduduk harap pihak berkuasa tempatan bersihkan kawasan tersebut" ujarnya.

Apa sebenarnya yang berlaku di Port Dickson? PD Marina World misalnya yang terletak di pintu masuk Port Dickson memberi gambaran kawasan pelancongan yang tidak terjaga.

Malah PD Marina ini juga dikatakan terletak di kawasan tanah rezab orang Melayu Kampung Bagan Pinang. Bagaimana pula projek yang diusahakan di atas tanah rezab orang Melayu ini tidak diselenggara dengan baik?

Bangunannya yang kelihatan usang malah dikelilingi oleh semak-samun mencemarkan imej destinasi pelancongan itu.

Kami ajukan persoalan ini kepada penduduk Bagan Pinang sendiri yang melihat dari dekat keadaan di tempat mereka.

Seorang lagi penduduk tempatan yang tidak mahu namanya disebut berkata, projek terbengkalai memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi di Port Dickson.

“Okay, bila menyebut tentang projek terbengkalai ini, Port Dickson ini adalah merupakan pusat pelancongan, kita mempunyai ramai pelawat dari dalam dan luar negeri".

"Yang penting apa pandangan masyarakat apabila melihat kebanyakan bangunan-bangunan terbengkalai.Daripada situ je pun, kalau ada pelabur asing datang melawat ke negara kita, kalau dia tengok banyak projek terbengkalai. Jadi daripada situ je, pelabur asing yang datang ke negara kita, dia akan tengok banyak projek terbengkalai, jadi macam mana situasi sebenar ekonomi negara kita" ujarnya.

“Jadi macam mana situasi negara kita sebenarnya, adakah negara kita ini negara maju atau negara kita ini negara rasuah disebabkan bangunan terbengkalai? Cuba kita tengok, sekiranya seorang pelancong asing yang datang sini, kita tengok, dia dapat data daripada bank dunia yang sudah mengeluarkan data mengatakan negara kita ini adalah negara yang paling banyak rasuah" tambahnya lagi.

"Bila dia tengok rasuah dengan dia tengok pula bangunan tepi pantai ni ini banyak pula terbengkalai, jadi apa pandangan dia. Sekiranya satu-satu projek yang hendak dijalankan tidakkah mereka semak dulu latar belakang syarikat, mampu ke syarikat ini buat projek sampai siap, mampu ke projek ini diberi kepada satu syarikat sedangkan syarikat itu tidak mampu hendak dibuat. Ada tidak kajian dibuat? Terus dia bagi satu syarikat yang tidak mampu disiap dan akhirnya syarikat itu turut terbengkalai begitu sahaja,” katanya. -TVA

Mengapa perkara ini berlaku?

Para pelabur bagaikan takut mahu menaburkan wang mereka di Port Dickson. Kempen Think Tourism yang diwar-warkan nampaknya gagal membuahkan hasil. Adakah ini puncanya mengapa banyak bangunan terbengkalai yang dapat di lihat di sekitar Port Dickson dan Negeri Sembilan?

Era Najib ALtantuya : Tanda UMNO Akan Tersungkur Di Bagan Pinang

Mungkin ni tanda-tanda Umno akan semakin tempang, lepas kalah di semua PRK sebelum-sebelum ni, dengan kalah di Bagan Pinang ni dah tentu-tentu Umno akan makin tempang sebelum dikuburkan.

Guna selogan 1 Malaysia konon, tapi apa yang depa pi kelentong di estet, langsung tak mencerminkan macam depa nak 1 Malaysia. Tak habih-habh nak lagakan antara rakyat Malaysia.

Isu kepala lembu contohnya, aku dapat maklumat yang Umno masuk estet cerita kat pengundi India, bukan orang Umno yang bawak kepala lembu tapi orang PAS.

Kalau sumber maklumat yang bagi kat aku tu betui (dan aku memang yakn sumber tu batui), memang celaka betui orang Umno yang buat kerja tu.

Macamana tak celaka, kalau ada orang sudah berak dalam rumah orang lain tiba-tiba dia pulak bawak cerita aku yang berak kat situ. Yang celakanya depa boleh cerita tanpa rasa malu, walaupun memang jelas ada gambar depa yang tengah berak. Tak ka celaka punya kerja tu.

BTW semalam ada informer bagi maklumat, walaupun nampak macam orang India agak ramai bila kelab penyokong BN buat program tapi dia kata kali ni BN akan kena tipu dengan orang India, bagi makan depa sapu, bagi duit depa kebas tapi undi depa akan bagi kat calon Pakatan Rakyat. Kredit gambar untuk Zaki Jitp - cenangau





Era Najib Altantuya : Muhyiddin Merapu Tuduh Pembangkang Edar Surat Palsu

Dakwaan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Pakatan Rakyat mengedarkan surat palsu sebenarnya adalah perang psikologi Umno-Barisan Nasional.

Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Sembilan Datuk Kamarul Baharin Abbas berkata ianya sengaja dibangkitkan Umno-Barisan Nasional untuk menuduh Pakatan Rakyat.

"Ini mungkin satu perang psikologi dari pihak Barisan Nasional menuduh kita, semua yang kita buat palsu apa hal?

"Kadang-kadang digunakan untuk perang psikologi. Ini cara dia, dia buat dia tuduhnya pembangkang," katanya.

Semalam Muhyiddin mendedahkan taktik kotor pembangkang kononnya menyebarkan surat palsu Umno kini menghadapi konflik ketika pemilihan Tan Sri Isa Samad sebagai calon Barisan Nasional pada Pilihan Raya Kecil Bagan Pinang.

Berita Harian melaporkan Muhyiddin berkata pembangkang cuba mengelirukan pengundi bagi menunjukkan berlakunya perbalahan dalam Majlis Tertinggi Umno berhubung pencalonan Isa.

Muhyiddin berkata taktik berkenaan digunakan pembangkang yang bimbang dengan pencalonan Isa.

Kamarul berkata Umno-Barisan Nasional seharusnya terlebih dahulu membuktikan surat berkenaan adalah palsu sebelum membuat tuduhan.

"Betul ke surat itu palsu bagaimana kita boleh dapat kepala surat itu dia kena siasat betul lah buktikan surat itu palsu.

"Mungkin orang kita tidak buat benda ini, macam mana boleh dapat kepala surat? Kepala Surat bukan boleh buat-buat buktikan surat itu palsu.

"Kalau boleh buktikan sekarang ada DNA buatlah. Carilah siapa yang bertanggungjawab. Dia hendak senang saja apa lagi dia hendak komen,"katanya.

Menurut Kamarul Baharin, sekiranya surat berkenaan surat palsu itu diedarkan pembangkang, bagaimana pula kepala surat dan cop rasmi Umno diperoleh.

Beliau menambah Umno-Barisan Nasional lebih tertekan berbanding Pakatan Rakyat.

"Bagi Pakatan pertandingan ini bukan pertandingan hidup dan mati, kerana kita tidak boleh mengubah kerajaan negeri tetapi kesannya kalau isa kalah itu besar pada Barisan Nasional.

"Yang pertama seorang tokoh bekas menteri besar kalah. Itu kesannya besar. Yang keduanya pengundi tolak Barisan Nasional, jadi kesannya pada Barisan Nasional, tamparannya pada Barisan Nasional kalau kalah lagi teruk dari Pakatan Rakyat," katanya.

Kamarul berkata Pakatan Rakyat berada dalam keadaan fokus untuk merampas kerusi Umno-Barisan Nasional.

"Pakatan Rakyat kalau kalah tidak menjadi apa-apa kerana kerusi berkenaan kerusi Umno. Kita hanya boleh bertanding dengan harapan kita boleh merampas kerusi Umno.

"Yang tertekan Umno kerana kalau dia kehilangan kerusi di Bagan Pinang bermakna sokongan orang Melayu pada Umno makin kurang," katanya. -TVA



Era Najib Altantuya : AMK Desak Ismail Sabri Tarik Balik Tuduhan Atau Hadapi Tindakan Undang-undang

Angkatan Muda Keadilan Malaysia mendesak Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (gambar) memohon maaf di atas perkataan samseng yang digunakan ke atas Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Ketuanya Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata Ismail Sabri diberi tempoh lima hari mengemukakan permohonan maaf dan menarik balik perkataan berkenaan.

Sekiranya Ismail berdegil, pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang.

"Kita desak supaya beliau menarik perkataan samseng tersebut kerana dalam setiap pilihan raya kecil insiden samseng ini bukan merupakan budaya Keadilan.

"Kita desak Ismail Sabri untuk minta maaf kerana membuat gambaran bahawa parti kita parti yang ganas.

"Kita akan saman beliau ini kenyataan yang memalukan, ini parti yang ada undang-undang dan mengikut lunas perlembagaan dan hukum," katanya ketika dihubungi TV Antara sebentar tadi.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai laporan Sinar Harian hari ini. Ismail Sabri dilaporkan berkata Pas telah dipengaruhi oleh budaya samseng yang dibawa PKR.

Dalam laporan berkenaan Ismail berkata sejak Pas bersama-sama PKR mereka sering bertindak diluar batasan dengan mencemuh dan memaki hamun pemimpin.

Ismail berkata demikian merujuk kepada insiden beliau dan Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Azeez Abdul Rahman kononnya diserang oleh penyokong Pas di Bagan Pinang.

Menurut Shamsul insiden samseng sebenarnya dibawa oleh Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin ketika beliau menjadi Timbalan Ketua Pemuda.

"Pada kita ini soal maruah parti dan serangan ini merupakan serangan berbaur provokasi yang mengundang tindakan daripada pihak Keadilan.

"Insiden samseng dan ganas ini mula ditunjukkan oleh Khairy Jamaluddin dahulu ketika beliau menjadi Timbalan Pemuda Umno Barisan Nasional," katanya.

Mengulas mengenai dakwaan dua pemimpin Umno berkenaan bahawa mereka diserang penyokong Pas sewaktu hari penamaan calon Shamsul berkata, beliau mencabar Ismail mengemukakan bukti dan saksi insiden berkenaan.

Katanya, ia merupakan provokasi yang sengaja dilakukan Umno-Barisan Nasional.

"Beliau diserang oleh sekumpulan penyokong yang katanya daripada Pas tetapi sehingga sekarang tiada bukti kukuh yang menunjukkan beliau diserang oleh orang Pas kerana provokasi-provokasi seperti ini adalah identiti Barisan Nasional.

"Mereka biasa dengan keadaan melakukan provokasi kemudian menuduh orang lain melakukan tindakan tersebut," katanya. -TVA

Era Najib Altaantuya : Sudah Lama Musa Seludup Wang Sabah - Jeffrey

Penyeludupan wang haram RM16 juta membabitkan konco Ketua Menteri Sabah, Musa Aman (gambar), bukan sesuatu yang baru. Rakyat Sabah telah lama menjadi pemerhati kepada rentetan penyelewengan kekayaan sumber bumi Sabah.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Dr Jeffrey Gapari Kitingan, berkata terlalu banyak wang ringgit milik rakyat Sabah disedut keluar ke kocek Musa Aman dan kroni, Michael Chia Tien Foh, yang mendalangi pembalakan haram di negeri itu.

"Kalau kita tanya siapa Musa Aman di Sabah ini, siapa sahaja, saya ingat 99 peratus mengatakan dia memang terlibat dengan rasuah. Dan dalam ahli-ahli UMNO sendiri telah menimbulkan rungutan dia sahaja yang menyapu semua. Sebab itu dikenali sebagai "vacum cleaner" ujarnya.

Chia ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada 14 Ogos tahun lalu oleh polis Hong Kong kerana menyeludup wang RM16 juta ringgit hasil pembalakan haram.

Chia ketika disoalsiasat berkata wang tersebut adalah milik Ketua Menteri Musa Aman dan perlu diseludup ke Malaysia untuk memperkasa kempen UMNO-BN dalam PRK Permatang Pauh.

Jeffrey berpendapat penyeludupan wang haram dari akaun-akaun selamat di Hong Kong ke negara ini mungkin bukan kali permata berlaku. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya konco Musa Aman ditangkap.

"Ini mungkin kes pertama yang dapat kita kesan tetapi kita tidak tahu sama ada ini sebenarnya telah berlaku sebelumnya tetapi kita tidak mengetahuinya. Kami juga percaya kes penukaran penggunaan kes hutan simpan juga satu isu pengubahan wang haram tetapi ia dalam bentuk penukaran penggunaan tanah. Dalam erti kata lain, kawasan tanah kayu balak ditukar kepada kawasan pertanian dan dibalak, maka ia sama juga dengan pengubahan wang haram. Apa yang kita panggil pengubahan wang haram secara tidak langsung" katanya.

Jeffrey telah memfailkan pelbagai laporan polis menggesa siasatan dibuat ke atas kes penyelewengan sumber rakyat Sabah. Terbaru, satu laporan polis terhadap Musa Aman difailkan di Balai Polis Penampang berhubung kes pemalsuan geran dan pemberian konsesi secara tidak sah membabitkan Chia.

"Kami di Sabah juga telah membuat laporan terhadap Ketua Menteri Sabah mengenai isu-isu yang lain berkaitan dengan penyalahgunaan kuasa di Sabah yang ada hubung kait dengan orang yang sama juga iaitu Michael Chia".

"Sebab itu kami telah membuat beberapa laporan polis mengenai isu pembalakan dan persekitaran, berkenaan alam sekitar di konsesi Yayasan Sabah di mana konsesi Sabah yang diberikan kepada Penta Wawasan yang sepatutnya ditanam semula kayu tetapi ditukar penggunaannya kepada kelapa sawit".

Beliau berkata rakyat Sabah tidak terlalu mengharap kepantasan dan kecekapan pihak berkuasa, kerana sehingga ke hari ini, pelbagai kes membabitkan pemerintah tidak disiasat, termasuk kes penyeludupan RM16 ini.

"Memang terkejutlah dan mereka mengharapkan memang ada penyiasatan dan ada penyelesaian tetapi sehingga ke hari ini belum lagi ada apa-apa dan rakyat Sabah memang mengharapkan dengan laporan yang dibuat ICAC di Hong Kong ini, tindakan yang diharapkan itu dapat diambil". Minggu lalu, Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Md Akin ke Badan Pencegah Rasuah Hong Kong (ICAC) bagi melaporkan perkara terbabit. -TVA

Era Najib Altantuya : Aksi AMT UMNO Yang Terlampau

Setelah terdedah bahawa beliau melakukan pembohongan dan pendustaan kerana kononnya dipukul dan ditumbuk oleh sembilan orang ahli PAS, Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim tiba-tiba muncul dengan gambarnya memakai pelindung tengkuk dan terlantar di HKL.

Beliau telah menuduh bahawa yang menyerangnya ialah ahli PAS berdasarkan baju PAS yang dipakai oleh "penyerang" berkenaan. Polis sebelum ini tidak dapat mengesahkan kejadian tersebut kerana tiada saksi yang melihat kejadian berkenaan.

Isu berkenaan terus dijadikan modal politik pihak media massa UMNO serta para pemimpin UMNO termasuk Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin yang sgala kebebalannya cuba membebalkan rakyat 1Malaysia kononnya PAS bertindak ganas.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Mursyidul Am PAS telah menolak dakwaan tersebut kerana beliau berkata sesiapa pun boleh menyamar dengan menggunakan baju PAS yang boleh dibeli di mana-mana.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub menyatakan bahawa Azeez nyata pembohong kerana tiada kecederaan yang dialami oleh Azeez. Beliau juga pernah melakukan perkara yang serupa di Kuala Terengganu sewaktu pilihanraya kecil P059 Kuala Terengganu dimana Azeez mendakwa dirinya dipukul oleh Ahli PAS.

Sebaik sahaja beliau dituduh berbohong, tiba-tiba muncul Azeez terlantar di hospital dengan memakai pelindung tengkuk..

Seorang blogger menyifatkan Azeez layak menerima gelaran Pelakon Terbaik Malaysia 2009.


Kelakar dan tidak logik. Itu yg boleh disimpulkan dengan kenyataan ketua putera UMNO yang kononnya dipukul oleh penyokong pakatan rakyat. Ader lagi politik kebudak-budakan dalam Malaysia ini? Ternyata ape yang dilakukan nampak sangat tidak logik. Ini adalah kerana "kecederaan" yang ditunjukkan kpd pengampu media BN hanya kecil ajer. Tidak kot patah dan luka. Hanya lebam sahaja kot. Itu bolehlah diterima akal lg. Tp media pengampu BN hari ini menyiarkan keadaan Ketua Putera UMNO tersebut yg telah memakai pelindung tengkuk. "Kecederaan" yang dialami kecil tak payah berlakon sampai pakai pelindung tengkuk itu. Dalam Buletin Utama TV3 disiarkan Abdul Aziz terbaring di hospital dalam keadaan cukup lemah dan tak bermaya. Ehhh... rupa-rupanya Abdul Azeez mengalami kecederaan serius selepas 24 jam... Mungkin orang yang memukul Abdul Azeez ilmunya hanya mujarab selepas sehari! Hebat betul lakonan! Kalau tak silap saya masa pilihanraya kecil di Terangganu Abdul Azeez turut mengemukakan dakwaan yang sama seperti di Bagan Pinang. Bila keluar berita ni sekali lagi muncul di Bagan Pinang saya nasihatkan agar Abdul Azeez lebih layak bertanding jawatan Ketua Puteri Umno pada pemilihan akan datang. Lagi satu aper kene mengena "kecederaan yang dialami terus datang penyakit darah tinggi. Tak pelik ka......... Kalo pn org nie kene pukul mmg patut pn sebab si bijak sorang nie tunjuk hero di laluan penyokong Pakatan Rakyat yg memang hangin satu badan bile lihat pemimpin UMNO. Walau apa pun lakonan anda sangat berkesan..Congrats

Lawan Tetap Lawan


Kita berpendapat satu hari Azeez akan menerima hukuman yang dasyat, pasti tengkuknya akan dipatahkan Tuhan kerana itu yang diminta oleh Azeez sendiri!


Era Najib Altantuya : Sikap Badrul Semakin Terserlah

Kemunculan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah di rumah Ketua UMNO Bahagian Klang, Datuk Mazlynoor Abd Latif pada Rumah Terbuka UMNO Bahagian Klang menimbulkan pelbagai persoalan di kalangan yang hadir.

Setelah kontroversi sehingga menerima kata dua daripada Kerajaan Negeri berikutan kegagalannya melaksanakan tanggungjawab sebagai wakil rakyat di DUN Pelabuhan Klang dan ‘gagal dikesan’ oleh pucuk pimpinan Pakatan Rakyat, kehadiran Badrul di majlis itu menimbulkan seribu satu persoalan.

Tambahan pula, Sinar Harian sebelum ini dimaklumkan Badrul tidak pernah dilihat hadir pada majlis rumah terbuka membabitkan pemimpin PR negeri dan kunjungannya seorang diri ke rumah Mazlynoor di Kampung Raja Uda boleh dianggap sebagai kemunculan pertama beliau pada majlis awam.

Turut hadir pada majlis itu Timbalan Pengerusi Badan perhubungan UMNO negeri, Datuk Noh Omar dan ADUN Sementa, Datuk Abd Rahman Palil dan penduduk setempat.

Badrul juga dilihat duduk semeja dan berbual mesra bersama Noh dan Abdul Rahman sambil ditemani Mazlynoor.

ADUN berkenaan bagaimanapun pulang selepas menyedari kehadiran pihak media yang selama ini ‘memburu’ beliau bagi mendapatkan maklum balas daripadanya berikutan pelbagai kenyataan yang keluar daripada pemimpin setempat mahu pun negeri sejak setahun yang lalu.

Sebelum ini, Ketua Penerangan UMNO negeri, Abdul Shukur Idrus pernah membuat ‘tawaran terbuka’ kepada ADUN Pelabuhan Klang itu untuk menyertai UMNO kerana beliau percaya Badrul masih boleh dibimbing.

Sementara itu, Mazlynoor berkata, beliau tidak mempunyai masalah dengan kehadiran Badrul kerana sebelum ini wakil rakyat itu juga pernah hadir pada rumah terbuka UMNO Bahagian tahun lalu.

“Majlis yang kita adakan ini adalah platform terbaik untuk kita mengeratkan lagi perhubungan silaturahim tidak kira ideologi parti yang menjadi pegangan masing-masing.

“Kehadiran beliau (Badrul) kita sambut dengan tangan terbuka dan sebagai pemimpin, kita perlu menghormatinya” katanya. -Sinar Harian

Era Najib Altantuya : Larangan SPR Mengelirukan

Larangan memasang bahan kempen yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP sepanjang tempoh berkempen di pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang tidak wajar dan mengelirukan banyak pihak.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, SPR tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana ia tidak jelas dan tidak termaktub dalam undang-undang pilihan raya.

“Setahu saya, tiada undang-undang yang melarang parti yang tidak bertanding untuk turun padang memberi sokongan kepada parti komponen yang bertanding. Tiba-tiba sahaja dalam pilihan raya DUN Bagan Pinang tidak boleh kempen,” katanya selepas Majlis JasaMu Dikenang sempena sambutan Aidilfitri anjuran bekas-bekas Penuntut Maktab Mahmud, kelmarin.

Azizan berkata, kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar itu mengelirukan kerana tidak dikaitkan dengan peraturan tertentu yang melarang parti yang tidak bertanding untuk berkempen.

Menurutnya, walaupun larangan itu dikeluarkan, namun rakan-rakan Pakatan Rakyat dari seluruh negeri tetap akan membantu jentera pilihan raya Negeri Sembilan sepanjang tempoh berkempen.

Sebelum ini, SPR berkata, hanya parti bertanding pada pilihan raya DUN Bagan Pinang sahaja dibenarkan memasang bahan kempen, dan SPR hanya mengiktiraf Pas dan Barisan Nasional (BN) serta Bebas, dan bukannya gabungan Pakatan Rakyat kerana tidak didaftarkan.

Dalam perkembangan lain, Azizan berkata, majlis perasmian projek penapisan minyak Hub Hidrokarbon Sungai Limau (SULIHH) oleh Tuanku Sultan Kedah ditangguhkan pada tahun depan.

“Setelah berbincang Merapoh Resources Corporations dan syarikat berpangkalan di Korea, SK Engineering & Construction yang mengendalikan kerja-kerja kejuruteraan, pembangunan dan kepakaran loji penapisan minyak, mereka memohon diberi tempoh beberapa bulan lagi,” katanya.

Nizar : Soroti sejarah 'kuih bulan', tolak kezaliman BN

Pengundi di Bagan Pinang diharap dapat memilih calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar bagi menentang kerajaan zalim BN, ujar Dato'Seri Mohd Nizar Jamaluddin dalam majlis sambutan pesta tanglung di Teluk Kemang, dekat sini.

Berucap dalam majlis tersebut, beliau yang fasih bertutur pelbagai bahasa termasuk Mandarin, Hokkien dan Kantonis itu menyifatkan kerajaan BN lebih teruk dari pemerintah Dinasti Mongol Yuan di China.

Sambutan itu katanya sama seperti rakyat Malaysia sedang 'menumbangkan satu rejim yang kejam'.

Menurut Nizar, sejarah 'kuih bulan' digunakan kaum Han sebagai mesej menentang Dinasti Yuan ketika itu. Sejarah abad ke -14 lalu menceritakan bagaimana rakyat sedang berusaha untuk menjatuhkan kezaliman kerajaan China yang memerintah pada masa itu.

Menteri Besar Perak Pakatan Rakyat itu turut menyeru pengundi Cina di Bagan Pinang mencontohi sejarah nenek moyang mereka dengan menolak calon BN nanti.

Nizar turut berkongsi cerita kejayaan Pakatan Rakyat dalam meningkatkan taraf kehidupan rakyat di Perak dan perbezaannya selepas pemerintahan kerajaan BN sebelum berlaku rampasan kuasa tidak sah.

Mengakhiri majlis tersebut, Nizar sempat menyanyikan lagu Cina yang berkaitan dengan bulan,

Suasana majlis bertambah meriahkan lagi, apabila Nizar menyanyikan lagu Cina yang berkaitan dengan bulan yang diikuti sama khalayak yang hadir pada malam tersebut.

Majlis yang berlangsung di pusat penyelarasan DAP itu turut dihadiri ramai dari lapisan masyarakat China dan Melayu serta penyokong-penyokong DAP. Turut kelihatan dalam majlis tersebut veteran PAS, Subki Latif.

Era Najib Altantuya : Undi Pos Dari 5 Hari Jadi 2 Hari?

PAS melahirkan kebimbangan terhadap proses pengundian pos yang dijalankan pada 8 dan 9 Oktober lebih-lebih lagi selepas pengundian selesai kerana baki kertas-kertas undi yang tidak digunakan oleh pengundi tidak turun mengundi boleh dimanipulasikan pihak yang tidak bertanggungjawab.

Pengerusi Jawatankuasa Khas Pengundian Pos PAS Pusat bagi Pilihan Raya Kecil Dun Bagan Pinang, Suhaizan Kaiat berkata pada kebiasaan pengundian
pos yang dijalankan sebelum ini lebihan kertas-kertas undi yang tidak diguna akan dihantar semula kepada ketua-ketua kem tentera berkenaan.

"Kebimbangan kita adalah bila pengundi yang tidak keluar mengundi, kertas undi mereka akan diserahkan kepada ketua-ketua kem masing-masing dan ia boleh dimanipulasi pihak yang tidak bertanggungjawab," katanya ketika ditemui Harakah semasa hari penamaan calon di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson baru-baru ini.

Ujarnya, Ketua kem tentera sepatutnya berhubung dengan pengundi yang tidak turun mengundi dengan memposkan kertas-kertas undi yang tidak digunakan.

Bagaimanapun, beliau membangkitkan kebimbangan terdapat risiko semasa proses menghantar kertas-kertas undi pos disebabkan tiada pantauan daripada agen-agen calon.

Suhaizan berkata hal demikian telah dibangkitkan ketika pertemuan yang dibuat bersama Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR), Tan Sri Abdul Aziz
Mohd Yusof baru-baru ini.

Beliau turut mengetengahkan mengenai isu tempoh pengundian yang dipendekkan kepada dua hari sahaja berbanding lima hari pada pilihan raya umum ke-12, Mac 2008 lalu.

"Semasa PRU 12 lalu kira-kira lima hari diperuntukkan untuk proses pembuangan undi pos dijalankan tetapi kenapa kali ini hanya dua hari sahaja?

"Ia menjadi tanda tanya dan menimbulkan keraguan kepada kita, Pakatan Rakyat apatah lagi tempoh yang singkat boleh menyebabkan ramai yang tidak
sempat mengundi sekaligus memberi peluang kepada insiden yang tidak diingini berlaku," tegasnya.

Sementara itu, beliau turut menjawab mengenai kewajipan mengundi yang dikenakan ke atas kesemua anggota tentera.

"Saya hairan kenapa tentera tidak boleh mengeluarkan arahan atau semboyan bagi mewajibkan kesemua tentera keluar mengundi.

"Walau bagaimanapun saya berasakan adalah tidak sewajarnya pihak penjawat awam yakni tentera mengarahkan anggota bawahan untuk menyokong mana-mana pihak termasuk menggunakan teknik ugutan yang boleh menyebabkan pengundi berasa takut dan berasa tidak bebas untuk memilih" demikian ujarnya.

Berdasarkan analisis daftar pemilih yang dibuat di Bagan Pinang terdapat sekurang-kurangnya 15 pusat berdaftar pengundi pos. Berikut adalah realiti
jumlah pengundi pos yang berjaya dikesan mengikut pusatnya:

PUSAT PEMILIH POS BERDAFTAR & JUMLAH

1. BALAI POLIS TELOK KEMANG =28

2. IJED KEM KG SAWAH =847

3. IJED KEM SI RUSA =55

4. ILMI PORT DICKSON =103

5. IPDA PORT DICKSON =407

6. KAD KEM SUNGGALA* =1,130

7. KOMPENI KPD KEM SI RUSA =265

8. MARKAS STAF GARISON =1

9. MARKAS STAF STESEN PORT DICKSON =98

10. PLATUN SERBA BHG. 1 KOMPENI ANGKUT =2

11. PONDOK POLIS BATU =2

12. PUSASDA KEM SI RUSA* =1,903

13. SEK. PENG. TENTERA DARAT PORT DICKSON=57

14. SEKOLAH PERTUKANGAN PERINTIS =105

15. WORKSHOP BRIGED KEM KG SAWAH =165

JUMLAH PEMILIH POS BERDAFTAR DI PUSAT =5,168

(bertanda bintang* pula terdapat kira-kira 500 tentera keturunan Sabah dan

Sarawak)