12 Jun 2012

"Lembu-lembu" Nak Tunjuk Punggung Kepada Ahmad Zahid Hamidi Pula

Menteri didakwa tak tunai janji, veteran tentera akan demo

Persatuan Veteran Tentera Malaysia (PVTM) akan mengadakan satu lagi demonstrasi - kali ini dengan mensasarkan Kementerian Pertahanan dan menterinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Presiden persatuan itu, Mohd Ali Baharom berkata, demonstrasi pada 29 Jun itu akan dibuat kerana PVTM kecewa dengan menteri yang antara lainnya didakwa tidak menunaikan janjinya sebelum ini.

“Veteran kecewa kerana tidak dihargai sebagai contoh tentang isu kebajikan dan layanan menteri kepada persatuan bekas tentera.

“Sebelum ini juga Datuk Zahid ada berjanji seperti nak beri pencen kepada bekas tentera. Tetapi tak beri.

"Kemudian beliau juga berjanji nak memberi saguhati kepada bekas tentera yang tak pencen," katanya ketika menghubungi Malaysiakini semalami.

Beliau menjangkakan seramai 2,000 orang bekas tentera akan menyertai demonstrasi pada 11.30 pagi di hadapan bangunan Kementerian Pertahanan di Kuala Lumpur.

PVTM yang diketuai Mohd Ali sebelum ini meraih populariti melalui demonstrasi "senaman punggung" ke atas pengerusi bersama BERSIH 2.0 pada 15 Mei.

Susulan perhimpunan pada 15 Mei, PVTM menerima kecaman pelbagai kecaman daripada pelbagai pihak, termasuk oleh ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.

PVTM yang berang dengan kritikan tersebut kemudiannya mengancam untuk mengadakan satu lagi demonstrasi ke atas Khairy.

Bagaimanapun, cadangan untuk ke mengadakan demonstrasi di hadapan rumah MP Rembau itu dibatalkan kerana Mohd Ali mengatakan, ketua pemuda itu telah memohon maaf kepadanya.

Ulasan GB

Ini kes tak dapat duit kopi yang dijanji ler ni.

Hati panas. Dah puas menonggeng alih-alih UMNO tak bayar. UMNO tak bayar sebab senaman tersebut telah menyebabkan "saham" UMNO merudum teruk ketika itu yang UMNO sendiri tak menjangkanya.

Sekarang Ahmad Zahid Hamidi, apa lagi... tunggu depan MINDEF nanti.

"Ada Masalah Keluarga, Bukan Nak Bunuh Diri," Kata Bapa Chong Wei

Bapa Chong Wei nafi mahu bunuh diri

Ah Chai berharap orang ramai tidak salah faham dengan tindakan yang dilakukannya.
GEORGETOWN - Bapa pemain badminton nombor satu dunia, Lee Ah Chai, 59, menafikan laporan media yang mengaitkannya cuba membunuh diri di atas Jambatan Pulau Pinang di sini, awal pagi kelmarin.

Beliau yang dihubungi Exco Belia dan Sukan, Pembangunan Wanita dan Komuniti, Ong Kok Fooi kelmarin mengakui ada memberhentikan kenderaan di atas jambatan, namun bukan berniat untuk membunuh diri.

“Ketika itu, saya dalam perjalanan dari pantai Queensbay dan mahu pulang ke rumah. Ketika melalui Jambatan Pulau Pinang saya berasa tidak selesa lalu menghentikan kenderaan di tepi jalan untuk mengambil angin dan tenangkan fikiran.

“Namun orang lain telah salah sangka dan menganggap saya ingin bunuh diri...ini tidak betul," katanya.

Sementara itu, Kok Fooi ketika dihubungi Sinar Harian semalam berharap orang ramai tidak salah faham dengan kejadian ini.

Beliau berkata, media juga tidak perlu menghebahkan lagi perkara ini kerana ia adalah masalah keluarga dan boleh diselesaikan oleh keluarga Ah Chai sendiri.

“Saya difahamkan, Ah Chai telah ke Kuala Lumpur untuk bertemu dengan anaknya, Datuk Lee Chong Wei.

“Kita harap semua masalah yang dihadapi akan dapat diselesaikan dengan baik,” katanya. -SH

[MENDIDIH] Bakal Menantu Najib Seorang Penipu & Penyangak Rupanya

Bakal menantu PM didakwa tipu AS$20 juta

Dokumen mahkamah Amerika Syarikat mendakwa warganegara Kazakhtan Daniyar Nazarbayev, yang bertunang dengan anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, terlibat dalam penipuan.


Dokumen mahkamah yang difailkan di Mahkamah Agung Manhattan mendakwa, dia menipu bapa tirinya seunit kondominium bernilai AS$20 (RM62 juta) dan memasuki Universiti Columbia menggunakan dokumen palsu.

Menurut The New York Post hari ini, dokumen mahkamah itu menyebut, Daniyar memalsukan dokumen untuk memberikan gambaran bahawa dia berkelulusan daripada sekolah tinggi di Kazakhstan.

Bagaimanapun, sumber akhbar itu berkata, dia sebenarnya bersekolah di Switzerland dan tidak menamatkan pelajaran.

Rekod Columbia masih menunjukkan Daniyar masih dalam senarai bekas pelajar dan bergraduasi pada 2010.

The New York Post melaporkan jurucakap Columbia sudah dihubungi tetapi enggan mengulasnya. -mk

Ulasan GB

Di dalam satu carian google yang lain, iaitu di Dailymail U.K menyiarkan gambar Daniyar - Najwa dengan caption yang menanyakan integriti Daniyar sebagai conman (penyangak).



Bak kata Abdul Wahub dalam Tiga Abdul.... dah kena le tu.. penyamun bertemu penyangak...

Bukankah GB dah kata sebelum ini, akan lebih banyak "haramjadah" menimpa Najib lagi selepas ini.... tunggu dan lihat. Apa yang GB kata sudah jadi kenyataan.

Najib berbelanja besar untuk menggilap imejnya dan isterinya, Rosmah di dalam dan laurnegara. Tetapi hukum kebenaran dan keadilan tetap berjalan. Hukum berkenaan tidak boleh dijual beli.

Blog GB juga pernah menerbitkan satu tulisan mengenainya sempena lawatan Presiden Kazakhtan ke Malaysia baru-baru ini, sila baca:



Apa Mau Jadi Ni? Dicekup Ketika Sedang Berpelukan

Dungun – Seorang pelajar perempuan sebuah institusi pengajian tinggi awam berdekatan, dicekup pihak berkuasa dalam keadaan berpelukan bersama teman lelakinya atas katil bertingkat di dalam sebuah stor pusat cuci kereta, dekat sini, pagi kelmarin.

Gambar: Keadaan pelajar kejuruteraan awam IPTA berdekatan yang dicekup dalam keadaan berpelukan bersama teman lelakinya di sebuah stor cuci kereta di Balai Besar.

Pelajar perempuan terbabit dipercayai bertandang ke tempat mencuci kereta yang bakal dibuka itu, sebaik menamatkan kuliahnya untuk memadu asmara bersama teman lelakinya yang difahamkan seorang penganggur.

Namun pelajar IPTA yang berasal dari kampung Cacar, Paka yang sama sekali tidak menyangka bahawa teman lelakinya itu penagih bagaimanapun terkedu seketika, apabila menerima kehadiran sepasukan anggota polis narkotik yang melakukan serbuan di tempat berkenaan.

Susulan penangkapan tersebut, remaja perempuan yang merupakan seorang pelajar kejuruteraan awam dan anak seorang pesara syarikat swasta di Paka itu, terpaksa diserahkan kepada pihak Jabatan Agama untuk tindakan lanjut kerana disyaki berkhalwat.

Sementara itu, teman lelakinya yang berasal Kampung Durian Mas itu juga didapati positif dadah jenis methapethamine setelah menjalani unian saringan air kencing dan disiasat mengikut seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Kedua-dua pasangan terbabit bakal menghadapi pendakwaan di Mahkamah Rendah Syariah pada 9 Julai 2012 nanti atas kesalahan berkhalwat mengikut seksyen 31(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001.

Jika sabit kesalahan hukuman denda maksima RM3,000 atau tidak melebehi dua tahun penjara boleh dikenakan ke atasnya.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor mengesahkan tangkapan terbabit. -SH

Ulasan GB

Ini bukan soal politik, betul, TETAPI apabila hukum Islam tidak dilaksana, malah dihina, apatah lagi oleh pemimpin negara, maka terimalah bala bencana.



Sekarang semua tahu apa jawapannya. Keadaan huru-hara dan maksiat bermaharajalela kerana undang-undang Islam dilaksanakan atau telah dihinakan sedemikian rupa oleh pemimpin tertinggi negara?

"Apabila maksiat sudah merajalela di kalangan umatku, Allah akan menurunkan siksa dari sisi-Nya kepada mereka secara merata…” -HR. Ahmad dll

Apabila Allah s.w.t. dicabar, ia adalah permulaan kepada satu sistem pemerintahan yang baru. Kelak, Allah s.w.t. akan menggantikan mereka itu dengan satu kepimpinan yang lebih baik.

Khabarkan kepada JAKIM & Majlis Fatwa Kebangsaan supaya menasihati pemimpin negara usah hina dan persendakan hukum Allah.

Nak Membunuh Namanya: 967 Gas Pemedih Mata Dilepaskan Pada Bersih 3.0

Kuala Lupur: Sebanyak 967 butir gas pemedih mata telah dilepaskan dalam perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu.

Jumlah itu lebih tiga kali ganda berbanding dalam perhimpunan Bersih 2.0, iaitu sebanyak 262 butir.

Tembakan yang dilepaskan dalam Bersih 3.0 itu termasuk 909 butir 'shell tear smoke' dan 58 butir 'grenade tear smoke'.

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussin dalam jawapan bertulis kepada soalan Ahli Parlimen Batu Gajah Fong Po Kuan.

Dalam jawapan itu, Hishammuddin turut memberitahu kerajaan telah menanggung kos keseluruhan sebanyak RM1.8 juta akibat daripada penganjuran perhimpunan itu.

Fong Po Kuan dalam soalan lisannya meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan jumlah tembakan gas pemedih mata yang dilepaskan oleh anggota yang bertugas, perbelanjaan pada hari tersebut.

Sementara itu, Hishammuddin memandang serius sebarang pelanggaran Peraturan sedia ada (SOP) yang telah ditetapkan dan dua anggota polis telahpun didakwa di mahkamah.

"Sekiranya terdapat mana-mana anggota keselamatan terbukti bersalah melanggar SOP yang telah disediakan, tindakan undang-undnag akan tetap diambil terhadap anggota berkenaan," katanya. -HD

Ulasan GB

Hampir seribu kanister gas pemedih mata dilepas... Bukankah nak membunuh namanya itu?

Kita tiada pilihan lain selain berdoa ke hadhrat Ilahi...

Ya Allah Ya Tuhan kami, kami berikanlah pengajaranMu yang keras terhadap pihak yang menghuru-harakan dan yang menimbulkan provokasi (jika ada) pada perhimpunan aman BERSIH yang berlansung sedikit masa lalu.

Ya Allah Ya Tuhan kami, Kau gagalkanlah setiap rancangan dan rencana jahat pihak yang cuba melakukan tipu daya terhadap sistem pilihanraya di dalam negara kami. Kamu balikkanlah tipudaya dan rencana jahat mereka kepada mereka semula.

Ya Allah ya Tuhan kami, Kau tunjukkanlah yang kebenaran itu sebagai kebenaran, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yangg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).

Amin Ya Allah Amin Ya Rabbail 'alamin.


Isu WWW15: Putar Sana Putar Sini, Akhirnya Liow Surrender

Liow akhirnya lepaskan WWW15

Setelah dikritik hebat, Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai akhirnya membuat keputusan melepaskan nombor pendaftaran 'cantik' WWW15 yang hampir menjadi miliknya.

Liow juga menegaskan tidak pernah membida mendapatkannya tetapi hanya memohon nombor pendaftaran untuk kenderaan rasmi kementerian daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

"Pejabat saya telah menerima surat rasmi daripada Jabatan Pengangkutan Jalan pada 6 Jun 2012, mengesahkan kelayakan pemberian nombor pendaftaran percuma tersebut.

"Setelah mendapat makluman bahawa nombor pendaftaran tersebut telah dibuka untuk bidaan, saya wajar melakukan yang terbaik dengan tidak menggunakan kelayakan saya.

"Sewajarnya nombor tersebut diberikan kepada pembida tertinggi," katanya dalam kenyataan satu perenggan hari ini.




Ulasan GB

Akhirnya "surrender" setelah berputar-putar lidah untuk mempertahankan kebatilan.

Gb sudah mengulas sebelum ini:

Itu sebab GB sudah menyatakan bahawa ianya perlu disiasat. "Surat berkenaan" muncul dan tak mustahil ia dilakukan selepas isu ini meletup dan surat itu telah di back-datedkan.

Rakyat mengesyaki wujud kong kalikong di dalam urusan tender ini dan hukum kebenaran dan keadilan menetapkan, pengarah JPJ dan Menteri Pengangkutan termasuk Liow Tiong Lai akan jatuh tergolek akibat perbuatan "menipu" rakyat. Semuga ia menjadi kenyataan.


Tahu pula mereka takut dengan hukum kebenaran dan keadilan.

Laporan sebelum ini
klik untuk baca





[VIDEO] Siapa Menteri Umno Ugut Raja Melayu Diseret Di Jalan Raya, Campak Ke Kawah? -updated

Seorang Kerabat Diraja Negeri Sembilan, mendedahkan Almarhum Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Ja’afar Tuanku Abdul Rahman pernah menerima panggilan ugutan dari seorang menteri kanan Umno pada tahun 1993.

Tunku Harny Tunku Hanan, anak saudara kepada Almarhum Tuanku Ja’afar, berkata panggilan tersebut dibuat ketika isu pemindaan Perlembagaan terhadap kuasa Raja-raja Melayu pada tahun itu.

Tunku Harmy Tunku Hanan berkata beliau mengetahuinya setelah diberitahu oleh Almarhum Tuanku Ja’afar sendiri melalui satu panggilan telefon.

“Jadi tuan-tuan, ada suatu malam kira-kira jam 11.00 malam, saya mendapat satu panggilan telefon daripada Almarhum Tuanku Jaafar masa tu dia adalah Timbalan Yang Dipertuan Agung.

“Dia tanya, Harmy buat apa tu? Tak tidur ke? Belum Tuanku.

“Ni esey ni dapat panggilan telefonlah. Telefon apa Tuanku?

“Tadi ada senior minister baru telefon sekejap tadi, dia kata, Tuanku … kalau Tuanku tak hendak sain isu (pindaan) perlembagaan ini, saya akan tiupkan seruling pemberontakan di seluruh negara.

“Raja-raja Melayu akan saya seret ke jalan raya dan akan kami campakkan ke dalam kawah,”
ujar Tunku Harmy yang enggan mendedahkan indentiti menteri kanan itu.

Tunku Harmy berkata demikian ketika berucap dalam program “Diskusi Isu Terkini Lembah Pantai” semalam.

Menurut Tunku Harmy, tindakan menteri kanan tersebut membuktikan sikap sebenar pemimpin Umno-BN yang tidak menghormati Raja-raja Melayu.

Tambah beliau, ketika itu pemimpin Umno-BN mengadakan kempen menjatuhkan maruah Raja-raja Melayu di seluruh negara.

Tunku Harmy turut menggesa masyarakat memikirkan perkara yang sanggup dilakukan pemimpin Umno-BN terhadap rakyat sekiranya mereka terus berkuasa.

“Itu Raja, yang tuan-tuan hormat dia nak masukkan ke dalam kawah. Yang tuan-tuan ni disiang-siangnya, disalai-salai, dibuang, diberi makan anjing,
” kata beliau.

Tunku Harmy yang merupakan sepupu kepada baginda Dipertuan Besar Negeri Sembilan hari ini, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir. -selangorku




BIAR KERATAN-KERATAN AKHBAR BERBICARA... BIARPUN KISAH LAMA PURBA, TAPI DEMI DEMI PENCERAHAN MINDA.... SIAPA SEBENARNYA MENGHINA RAJA-RAJA MELAYU...


Melayu mudah lupa.. Melayu mudah lupa.. Melayu mudah lupa....Itulah antara ungkapan yang dipopularkan oleh Tun Dr Mahathir semasa berucap di Perhimpunan Agung UMNO di PWTC sebagai Presiden UMNO.

Dizaman beliaulah UMNO tanpa rasa segan silu malahan cukup bangga dan megah menerjah Institusi Raja-Raja Melayu sehingga tercalar amat parah lagi teruk... Ketika itu UMNO cukup kuat...Datanglah ribut taufan melanda tidak akan goyah tumbang jauh sekali.

Kini bila UMNO dah nak rebah sembah bumi, cuba memainkan isu Raja- Raja dengan harapan dapat kembali sokongan orang-orang Melayu terutamanya dikalangan anak-anak muda, yang kini sudah kelihatan lebih mau mendakap perjuangan yang dibawa oleh Pakatan Rakyat.

Cuba menjadi jaguh yang sanggup pertahankan Raja-Raja Melayu tanpa terfikir dibenak kepalanya yang rakyat sudah tahu sepak terajang politik dan niat sebenar UMNO.

Sekarang informasi dihujung jari...kisah lama yang cuba dikuburkan mampu digali.

UMNO SUDAH TAK MAMPU MENUNDING JARI SAMBIL MENYURUKKAN DIRI... -omakkau



Ulasan GB

Daripada kedua-dua tulisan di atas terdedah kini pekung UMNO yang sebenarnya. Berlagak seolah-olah merekalah jaguh pembela institusi raja sedangkan hakikatnya UMNOlah petualang sebenar yang biadab terhadap raja-raja Melayu.

Seperti selalu yang GB ungkapkan, hukum kebenaran dan keadilan tidak boleh ditipu.

Marilah kita sama-sama berdoa agar Allah menurunkan pengajaranNya yang sekeras-kerasnya kepada UMNO serta sekalian pihak yang bersekongkol untuk mempertahankan kuasanya, Amin Ya Allah Amin Ya Rabbil 'Alamin.


p/s Kita berharap juga ada pihak pencacai UMNO yang berani membuat laporan polis terhadap kenyataan YM Tunku Harmy Tunku Hanan di atas supaya mudah beliau dedahkan siapa menteri kanan yang membuat ugutan berkenaan.

[DEDAH] Kes Bukit Kepong: Perbicaraan Baru Bermula, Mat Sabu Dah Menang Dulu

Pengadu mohon maaf, minta Mat Sabu dibebas

Saksi pertama kes perbicaraan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu (Mat Sabu) mengenai isu komunis Bukit Kepong, hari ini mengaku di Mahkamah Sesyen di Butterworth bahawa beliau membuat dakwaan terhadap Mohamad hanya bersandarkan laporan akhbar bahasa Melayu.

Pesara polis Visva Nathan, 75 dari Raub, mengaku beliau telah menfitnah Mat Sabu dan meminta maaf kerana membuat aduan polis terhadapnya dengan hanya merujuk kepada laporan akhbar tersebut, lapor Bernama.

Nathan juga mengaku telah membuat aduan polis pada 27 Ogos selepas membaca laporan akhbar tersebut di mana dakwaan itu hanya berdasarkan pada sangkaan dan andaian.

"Saya minta maaf dan tidak mahu pihak polis mengambil tindakan," beliau dipetik sebagai berkata di hadapan Hakim Ikmal Hisham Ahmad Tajuddin di Mahkamah Sesyen di Butterworth hari ini.

Nathan mengaku telah membuat fitnah itu selepas diberikan dua laporan iaitu keratan akhbar berkenaan dan teks ceramah Mat Sabu yang tidak mengandungi perkataan komunis.

Mat Sabu, 57, didakwa membuat tohmahan memburukkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka di Bukit Kepong dalam satu ceramah di Tasek Gelugor Ogos tahun lepas.

Mahkamah menetapkan 13, 16 dan 17 Julai untuk sambungan perbicaraan.

Sementara itu, dalam laporan Harakahdaily pula, Visva menjawab 'ya saya bersetuju' apabila disoalbalas oleh peguam bahawa bukan Mat Sabu yang memfitnah polis tetapi beliau (Visva) yang sebenarnya memfitnah Mat Sabu dalam laporan polisnya.

Berikut adalah petikan soal balas peguam Mat Sabu - Mohamed Hanipa Maidin - seperti diterbitkan di akhbar web PAS Harakahdaily:

Soalan: Kamu setuju kamu sendiri tak dengar ceramah Mat Sabu?

Jawapan: Ya, setuju.

Kamu setuju apabila kamu tak dengar apa yang Mat Sabu kata, kamu sebenarnya tak tahu apa yang Mat Sabu kata?

Ya. Setuju.

Cuba kamu lihat laporan laporan akhbar Utusan dan petikan ucapan Mat Sabu, setuju tak apa yang ditulis oleh Utusan adalah tidak sama dengan apa yang Mat Sabu kata?

Ya, setuju.

Mat Sabu tak ada kata perkataan komunis langsung dalam ucapan beliau tapi Utusan ada kata, betul tak?

Betul.

Kamu setuju atau tidak apa yang kamu tulis dalam laporan polis kamu yang katakan Mat Sabu menfitnah polis dan menyokong komunis adalah tidak betul?

Ya, setuju.

Jadi laporan polis kamu tidak betul dan saya katakan bukan Mat Sabu yang memfitnah polis tetapi kamu yang sebenarnya memfitnah Mat Sabu dalam laporan polis kamu?

Ya, saya setuju. Saya mahu minta apology (maaf) kepada beliau (sambil tunjukkan tangan minta maaf pada Mat Sabu yang ada di kandang orang kena tuduh).

Dalam laporan polis kamu ada sebut minta polis ambil tindakan undang-undang Mat Sabu, kamu masih mahu stick kepada apa yang kamu katakan?

Tidak, saya mahu minta maaf pada Mat Sabu dan he is now my brother. Saya mahu Mat Sabu dibebaskan.

Kamu kata Mat Sabu derhaka pada Yang Dipertuan Agong, saya ingin tanya pada kamu macam mana kamu boleh kata dia derhaka kepada Agong, sedangkan pada masa peristiwa Bukit Kepong Malaysia belum wujud dan Yang Di Pertuan Agong pun belum ada. Macam mana Mat Sabu boleh derhaka pada benda yang belum ada?

Saya tidak boleh jawab soalan itu.

Jadi kamu setuju kamu tidak cakap benda betul dalam laporan polis kamu?

Setuju.

Harakahdaily juga melaporkan saksi mengakui tidak tahu di mana Bukit Kepong dan apabila ditanya oleh Hanipa beliau menyatakan Bukit Kepong terletak di Selangor dan Hanipa lantas menyampuk: "Itu Kepong bukan Bukit Kepong!"

Saksi tersebut yang mengidap diabetik beberapa kali terpaksa berhenti memberi keterangan kerana dikhuatiri akan pengsan kerana berdiri terlalu lama, lapor lidah rasmi PAS itu lagi.

Selepas selesai memberikan keterangan saksi tersebut juga dilapor berjalan menuju ke kandang Mat Sabu dan terus bersalam dengan beliau dan meminta maaf sekali lagi. -mk



Ulasan GB

Demikianlah. Episod yang mendedahkan kebenaran.

Hukum kebenaran dan keadilan nampaknya semakin hari semakin terserlah. Semakin ramai yang hati-hatinya kini sudah pun akur dengan hukum kebenaran dan keadilan dan akhirnya terbongkar segala rahsia dan segala fitnah yang nyata.

Berulangkali GB meminta rakyat bermohon kepada Allah agar kebenaran dan keadilan tertegak dan akhirnya Allah swt memperkenankan doa kita.

Tunggu hari pembongkaran dan pendedahan segala penyelewengan dan penipuan yang akan dilakukan oleh Allah swt sendiri. Allah akan tetap bersama mereka yang memperjuangan kebenaran dan keadilan.

Nak lawan, pergilah lawan denganNya, bukan dengan kami.

Kami akan tetap berdoa agar kebenaran dan keadilan itu didedahkan.


اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه


Allahumma arinal haqqa, haqqan, warzuqnattiba’ah,
wa arinal bathila bathilan, warzuqnajtinabah


Ya Allah, tunjukkanlah yang kebenaran itu sebagai kebenaran, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yangg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).

Demikianlah juga dengan segala penipuan-penipuan UMNO/ BN, SPR, PDRM, JPN dan lain-lain.

Marilah kita sama-sama berdoa agar Allah menurunkan pengajaranNya yang sekeras-kerasnya kepada UMNO serta sekalian pihak yang bersekongkol dengannya semata-mata untuk mempertahankan kuasanya, Amin Ya Allah Amin Ya Rabbil 'Alamin.