6 Mac 2013

Gelombang Biru Johor Dirasmikan Muhyiddin Jadi Gelombang Haru Biru!


ANAK-ANAK MUDA JOHOR SUDAH MULA TOLAK UMNO!!!!!!

Rakaman gambar sebagai bukti berbicara bukan cerita pakai air liur basi punya.

Utusan dok kelentong satu dunia kata melebehi 5,000 anak muda hadir hakikatnya... sekitar 500 orang saja walau pun siap ada kugiran dan konsert lagi...Baju T percuma dengan disediakan makanan nasi bungkus dan minuman air mineral.


Parlimen Pasir Gudang Ins'ya Allah bakal tumbang ketangan Pakatan rakyat... Ini disebabkan janji MB Johor pasal nak beri geran tanah dah 25 tahun masih tergantung tidak bertali.

Ini kali rakyat Johor akan ajar para pemimpin UMNO yang kurang ajar kepada rakyat Johor. Layan rakyat Johor macam warga bangsat.

Jangan UMNO ingat dan berangan-angan Johor sebagai kubu kuat UMNO dan deposit tetap pada PRU 13 akan datang.

Rakyat sudah bijak menilai... UMNO bakal berlayar jauh dari Johor. -omakkau

[BERGAMBAR] Neneknya Maut Dilanggar Pacuan 4 Roda Milik UMNO


Satu cerita yang sangat menyayat hati yang perlu anda semua baca!!!!

Petikan dari tulisan oleh Joanne Li ditranslate ke bahasa Malaysia yang telah menceritakan bagaimana beliau kehilangan neneknya akibat dirempuh oleh 4WD BN hingga mati oleh 4WD milik UMNO di wall FaceBooknya…

Antara rentetan peristiwa berlaku yang ditulis:

Pada 3 March 2013, Ahad lalu, kedua-dua Datuk dan juga Nenekku dalam perjalanan pulang ke rumah dari ladang getah dengan menunggang motorsikal secara berasingan.

Datukku mengekori motorsikal yang ditunggang oleh nenekku dalam jarak 20 kaki, tiba-tiba sebuah kenderaan pacuan 4 roda jenis Toyota Hilux yang dipenuhi dengan logo UMNO dan BN memotongnya dengan sangat laju dan merempuh belakang motorsikal nenekku.

Nenekku tercampak dan terjatuh dan kepalanya telah terhantuk kejalan tar. Setelah melihat keadaan nenekku yang terbaring berlumuran darah pemandunya terus melarikan diri.

Pada masa yang sama dua orang penumpang dalam kenderaan tersebut telah turun dan mengoyak bendera 1Malaysia dan turut melarikan diri.

Datukku yang menyaksikan seluruh kejadian telah berlari mendapatkan nenekku tetapi malang beliau tidak dapat melakukan apa-apa untuk membantu kerana nenekku kehilangan banyak darah.

Nenekku telah meninggal dunia di tempat kejadian…

Menurutnya lagi tiada bantuan yang dihulurkan oleh macai-macai UMNO/BN yang berada di dalam kenderaan tersebut..

Apa yang mereka cuba lakukan hanyalah menanggalkan bendera 1Malaysia yang dipasang pada kenderaan tersebut dan melarikan diri.. seolah-olah imej 1Malaysia lebih berharga dari nyawa seorang insan..

Oleh itu bendera 1Malaysia perlu diselamatkan bukannya insan yang telah dilanggar mereka











Lahad Datu: Musuh Menyusup Melalui Projek IC – Brig Jen (B) Hadi


Kejayaan serangan ketenteraan terhadap penceroboh Sulu di Lahad Datu bukan penyelesaian penuh berikutan musuh negara sudahpun menyusup masuk ke negara ini melalui Projek IC Sabah.

Brig Jen (B) Datuk Abdul Hadi Abdul Khatab, berkata ‘musuh sebenar’ sudah diberi IC oleh bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad secara leluasa.

“Sekarang mereka hendak buat apa? Kita hantar jet pejuang, pasukan tentera bom mereka. Tak semudah itu kerana orang-orang yang jadi musuh dibawa oleh Mahathir, diberi IC.

“Yang inilah yang jadi musuh sebenar, bukan mudah hendak kenal pasti mereka sekarang,” katanya ketika berucap pada Jelajah Merdeka Rakyat di Ampang Malam tadi.

Pengerusi Majlis Perundingan Keselamatan Tentera KEADILAN itu juga mempertikai penghantaran tentera ke Sabah dengan menaiki pesawat komersil, Air Asia.

“Pergerakan tentera pun naik Air Asia. Hendak bagi Tony Fernandez dapat duit? Komisyen? Mana pergi pesawat TUDM? Mana pesawat tentera?

“Atau spare part (alat ganti) tak ada? Enjin jet dijual? Sebenarnya, percayalah – terlalu banyak penyelewengan dan penipuan berlaku,” katanya, sinis.

Beliau juga mengulangi kekecewaannya berikutan pertahanan negara mudah bolos dan menyalahkan kegagalan risikan tentera yang mengikut telunjuk orang politik.

Hadi juga kesal kerana pimpinan negara lambat membuat keputusan hingga menyebabkan ramai anggota pasukan keselamatan terkorban.

“Perdana Menteri kelabu, (Datuk Seri) Zahid Hamidi kelabu, (Datuk Seri) Hishamuddin (Hussein) tak tau hendak buat apa.

“Saya malas sentuh Panglima Angkatan Tentera Malaysia, IGP (Ketua Polis Negara). Saya pun dalam sistem yang sama dulu. Tapi, terlalu ramai yang lembap, tak tau buat keputusan,” katanya.

Ahmad Maslan Pernah Kata UMNO 2 Kali Bodoh Jika Cuba Aibkan Anwar Untuk Hadapi PRU


Langkah UMNO untuk mengaitkan Anwar dengan pencerobohan tentera kesultanan Sulu di Sabah adalah lambang kebodohan UMNO yang tiada taranya.

Ia disahkan sendiri oleh kenyataan Ketua Penerangan UMNO melalui kenyataannya sebelum ini seperti paparan di atas.


Anwar: TV3, Utusan melampaui batas


Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau memfailkan saman terhadap akhbar milik Umno Utusan Malaysia dan juga stesen TV3 kerana mengaitkan beliau dengan pencerobohan tentera kesultanan Sulu di Sabah.

"Mereka bertindak melampaui batas-batas sivil dalam hal ehwal politik.

"Saya tahu Umno terus berbuat begini dengan membayar orang untuk memburukkan nama orang lain," katanya.

Menurutnya, saman itu difailkan kerana kedua-dua pertubuhan berita itu kerana menyiarkan dakwaan berkenaan tanpa mendapatkan ulasannya mahu pun memberikannya ruang untuk membuat ulasan balas bagi membela dirinya.

Menurut Anwar, tindakan "tidak bertanggungjawab" itu berbeza sama sekali dengan media bebas Filipina seperti Philippine Inquirer yang dipetik kedua-dua pertubuhan berita itu.

Menurutnya Philippine Inquirer hanya memetik sumber risikan Filipina yang mendakwa beliau ada bertemu dengan pemimpin Sulu namun mereka tidak menuduhnya terlibat mendalangi pencerobohan di Lahad Datu.

Menurutnya lagi, akhbar Filipina itu juga menghubungi beliau bagi mengatur sesi wawancara selepas mendengar penafiannya.

"Jika saya nak saman mereka pun, saya perlu melakukannya di Manila," kata Anwar.

Utusan Malaysia dalam laporannya yang dipersoalkan Anwar itu pada 2 Mac lalu memetik laporan Philippine Daily Inquirer bertajuk “Philippine govt intel eyes 3 groups abetting Sulu sultan’s claim”.

TV3 dalam laporan Buletin Utama juga memetik laporan yang sama.
-mk


Ulasan GB

Jika diteliti kata-kata Ahmad Maslan yang pernah diucapkan sebelum ini, ternyata sangatlah betapa "bodohnya" media massa pencacai yang bernama Utusan dan TV3 serta sekalian blogger pencacai UMNO, dan ada kemungkinan juga Presiden UMNO yang juga PM Malaysia yang bernama Mohd Najib itu kerana sebelum ini Najib meminta siasatan dilakukan ke atas pembangkang yang dituduhnya disyaki terlibat dengan insiden Lahad Datu.

Tepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri, dan sememangnya UMNO itu bodoh, dulu, kini dan selamanya............

Yasin Diugut Bunuh Oleh Macai UMNO Gara-gara Video 'Reformasi'


Gara-gara sebuah video nyanyian bertajuk “Reformasi” yang dimuat naik ke laman YouTube, penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman, 39, diugut dengan ancaman bunuh oleh dua individu melalui laman berkenaan.

Komen yang berbunyi, “Yassin ni patut dibunuh jer... “ dan “Aku kalau jumpa si Yassin ni kat luar comfirm aku pijak-pijak kepala dia sampai lumat” didapati dibuat pada awal malam semalam selepas kira-kira dua minggu video itu dimuat naik.

Yasin berkata, ugutan bunuh yang diterima melalui video lagunya itu membuktikan ada pihak tidak bertanggungjawab dan menyalahgunakan medium sosial tersebut.

“Perselisihan pendapat adalah perkara biasa dan sebelum ini saya pernah menerima pelbagai pandangan negatif. Namun ugutan bunuh adalah perkara serius.

“Saya tidak pasti sejauh mana seriusnya ugutan yang dibuat itu, namun saya tidak akan berdiam diri jika ia berterusan selepas ini,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di pejabatnya di Kota Damansara, semalam.

Justeru itu, Yasin memberi amaran kepada pengunjung laman sosial agar tidak sewenang-wenangnya meninggalkan komen berunsur ugutan dan fitnah terhadapnya sebelum dia mengambil tindakan undang-undang.

“Sekiranya saya silap dalam penulisan, kita boleh dialog, boleh mengkritik dengan platform yang betul. Bukan dengan ugut-mengugut begini.

“Saya harap individu terbabit berhentilah daripada melakukan perkara begini kepada sesiapa pun. Kebebasan bersuara perlu digunakan untuk kebaikan bukan untuk mengugut dan mencaci orang lain,” katanya kesal dengan perkara itu. -SH



Lajim Ukin: Insiden Lahad Datu - Sandiwara Yang Makan Tuan


SSabak Bernam: Selepas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua mendakwa insiden pencerobohan bersenjata di Lahad Datu, Sabah sebagai 'sandiwara', malam tadi seorang lagi pemimpin pembangkang tampil dengan mengatakan krisis yang telah mengorbankan wira negara itu adalah ‘wayang’ yang dimainkan oleh Umno-Barisan Nasional (BN).

Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin dalam ucapannya pada ceramah Pakatan Rakyat (PR) di Dataran Sungai Air Tawar, di sini malam tadi, dengan lantang menyatakan bahawa insiden tersebut merupakan ‘wayang’ yang Umno-BN bagi tujuan untuk menakut-nakutkan rakyat di Sabah yang mana katanya akan menjadi ‘senjata makan tuan’ kepada parti pemerintah itu.

“Sekarang ini Lahad Datu sudah hancur...yang mana ini adalah merupakan tanggungjawab kerajaan pusat untuk menjaga keselamatan.

“Tapi oleh kerana ada wayang yang dimainkan oleh BN untuk menakut-nakutkan rakyat Sabah, tapi apa yang mereka lakukan ini akan balik makan kepada Umno dan BN,” ujar beliau di dalam ceramahnya.

Katanya lagi, perkara itu tidak akan sama seperti pada tahun 2008 dimana rakyat di Sabah kini sudah mula sedar dan bersedia untuk menolak Umno-BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.

Justeru katanya, ‘wayang’ yang dimainkan kerajaan di Lahad Datu itu tidak akan berjaya di dalam merubah hasrat rakyat di ‘negeri di bawah bayu’ itu untuk melihat perubahan.

“Rakyat Sabah sudah bangkit. Kita pada tahun 2008 kita ketinggalan sedikit dengan rakan-rakan di Semenanjung Malaysia. Sebab Semenanjung Malaysia, Umno sudah kalah... BN sudah hampir kalah... hanya mempunyai kerusi 86.

“Tetapi kalau bukan kerana Sabah dan Sarawak yang menyumbang 54 kerusi, sebenarnya Umno dan BN sudah ‘habis’ tahun 2008.

“Apa pun berlaku, apa pun mereka (BN) buat, apa pun wayang yang mereka buat di Sabah, wayang tak laku lagi. Wayang tak orang nak tengok lagi. Orang nak tengok perubahan yang akan berlaku dalam PRU ke 13 ini,” tegas bekas Timbalan Menteri Kabinet itu.

Dalam pertempuran Jumaat lepas 12 orang daripada kumpulan penceroboh itu terbunuh manakala dua anggota komando VAT 69 terkorban dan tiga lagi cedera.

Di Semporna, enam anggota polis gugur sebagai wira negara setelah diserang hendap sekumpulan bersenjata manakala tujuh anggota kumpulan itu terbunuh Sabtu lepas. -antarapos

Ulasan GB

GB tertarik dengan satu ulasan di fb:

Bekas Tim Menteri Umno - Insiden Lahad Datu Sandiwara Umno.
Kalau Tian Chua yang bersuara, maka gegak gempita riuh rendah 1Malaysia mengelatat kepanasan...
Ha ha ,, bila orang Sabah bekas Timbalan sendiri yang bersuara dengan nada yang sama Tian Chua... ha ha apa macam?