12 Dis 2010

Mayat Terakhir Tragedi Chendering Ditemui

Mayat Terakhir Tragedi Di Pantai Pandak Ditemui

ANGGOTA Bomba dan Penyelamat mengangkat mayat mangsa lemas, A Vijaykumar, 18, yang dijumpai di berhampiran Pulau Kapas dan di bawa ke jeti LIKM, Chedering, Kuala Terengganu di sini, hari ini. - Foto Aswadi Alias

KUALA TERENGGANU: Mayat terakhir tragedi lemas di Pantai Pandak, Cendering, di sini petang Jumaat lepas, ditemui kira-kira 10 batu nautika dari lokasi kejadian, pagi Ahad.

Mayat A.Vijaya Kumar, 18, ditemui terapung berhampiran Pulau Kapas kira-kira pukul 10.33 pagi oleh Pasukan Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu selepas dikesan oleh pesawat ringan milik Polis Di Raja Malaysia yang turut terlibat dalam operasi mencari.

Penolong Pegawai Penguasa Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu Khairul Anuar Ahmad berkata ia merupakan mayat terakhir tragedi Jumaat lepas, menjadikan jumlah semua yang lemas dalam kejadian itu ialah lima orang, manakala seorang lagi masih menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

"Kami mengalami sedikit kesukaran untuk membawa mayat yang ditemui hari ini kerana keadaannya yang mulai reput, menyebabkan kami terpaksa berhati-hati," katanya kepada pemberita di sini, Ahad.

Beliau berkata dengan penemuan mayat terakhir itu, operasi mencari dihentikan pada pukul 12 tengah hari ini, 33 jam selepas ia dilancarkan pada hari Jumaat lepas.

Kejadian pada hari Jumaat lepas berlaku pada kira-kira pukul 2 petang semasa enam bersaudara yang berasal dari Kampung Jawa, Klang, Selangor itu sedang berkelah di pantai berkenaan.

Yang maut dalam kejadian itu ialah tiga beradik S.Kumatha, 28, adiknya S.Reymond, 26, dan adik perempuannya S.Roshini, 16, manakala dua lagi ialah S.Mohan, 21, dan A.Vijaya Kumar, 18.

Seorang lagi yang terlibat dalam kejadian, G.Mathevii, 19, masih dirawat di Unit Rawatan Rapi HSNZ, dan keadaannya masih kritikal.-BERNAMA


Musim tragedi


MALANG... penyelamat membawa naik mayat Raymond, tengah hari semalam.


KUALA TERENGGANU: Kejadian lemas membabitkan enam individu termasuk tiga beradik di Pantai Pakdak, Chendering, dekat sini, kelmarin, disifatkan sebagai tragedi paling besar membabitkan mangsa lemas di Terengganu setakat ini.

Sambil memberikan nasihat kepada orang ramai supaya menghindari aktiviti di kawasan berisiko lemas seperti pantai dan air terjun pada musim tengkujuh, Timbalan Ketua Polis Terengganu, Datuk Hamzah Md Jamil berkata, pasukan penyelamat masih menggiatkan usaha mencari tiga lagi yang dilaporkan hilang di laut.

Menurutnya, pasukan penyelamat membabitkan 18 anggota polis, bomba (24), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (12) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (14) akan mencari sehingga mangsa ditemui dan setakat ini pencarian tertumpu di lokasi mangsa dilaporkan hilang.

“Operasi mencari akan bergerak mengikut arus dan ia akan dikembangkan beberapa batu nautika jika tiada perkembangan positif atau tanda mangsa ditemui,” katanya ketika melawat tempat kejadian di sini, semalam.

Dalam lawatan sama, beliau turut melahirkan rasa simpati dan takziah kepada keluarga mangsa yang setia menunggu di lokasi kejadian dan mengingatkan mereka supaya bersabar sementara pihak berkuasa menjalankan gerakan mencari.

Harian Metro semalam melaporkan, keseronokan enam sekawan bermain ombak di Pantai Peranginan Chendering, di sini, berakhir tragedi apabila dua daripada mereka lemas manakala tiga lagi masih hilang dalam kejadian kira-kira jam 2 petang, semalam.

Sebelum kejadian, tiga daripada mereka yang juga adik-beradik, Kumuda Shanmugan, 28, Raymond, 26, dan Roshini, 16, dari Kampung Jawa, Klang, Selangor serta tiga rakan mereka dikenali sebagai Mogan, 21, Mathavi, 20, dan Vijaykumar, 18, pergi ke pantai berkenaan untuk mandi.

Bagaimanapun, sebaik tiba di pantai itu Mathavi terjerumus ke dalam pasir sebelum ditarik ombak besar ketika bermain di gigi air di kawasan berbatu di pantai berkenaan.

Panik dengan kejadian itu, tiga beradik terbabit bersama dua lagi rakan terjun ke laut untuk menyelamatkan mangsa yang ketika itu hampir lemas.

Bagaimanapun, mereka turut lemas akibat dipukul ombak sebelum disedari orang ramai yang menghubungi pihak berkuasa.

Sepasukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat dari Balai Kuala Terengganu dan Chendering yang tiba beberapa minit kemudian menyelamatkan seorang daripada mereka, manakala dua lagi ditemui lemas dan satu lagi masih hilang.

Mereka yang lemas ialah Roshini dan Kumuda, manakala yang masih hilang ialah Vijaykumar.

Mayat Raymond ditemui jam 12.30 tengah hari semalam sementara mayat Mogan ditemui jam 4.30 petang semalam, manakala Mathavi yang diselamatkan lima individu terbabit kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini. -hm


Artis Perlu Contohi Prinsip Ricky - Jauhi Perkara Yang Dilarang Tuhan

Ricky reda kekasih tiada dara

MENYAKSIKAN senario pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan terutama membabitkan remaja membuatkan aktor popular, Ricky Harun, 23, meluah rasa syukurnya kerana dia masih dilindungi daripada gejala sosial.

"Lihat saja sekarang para pelajar perempuan berpakaian menjolok mata. Mereka bergaul tanpa batasan dengan lelaki. Situasi ini membimbangkan. Jika tidak dibendung, ia boleh melarat," jelasnya yang lahir pada 12 Januari 1987.

Enggan berselindung, pelakon utama filem Kawin Kontrak itu mengaku ada rakannya mengamalkan gaya hidup bebas termasuk remaja beragama Islam.

Malah, tanpa segan silu mereka memperlihatkan budaya tidak bermoral di depan orang lain.

"Namun, saya tidak pernah terikut dengan stail hidup mereka yang kebaratan. Meskipun berkelakuan nakal sebelum ini, saya sebaliknya masih berpegang pada prinsip menjauhi perkara dilarang Tuhan," luah Ricky yang membawa nama lengkap Ricky Chilnady Pratama Harun.

Pada waktu sama, anak sulung daripada dua beradik itu tidak berdepan masalah jika teman wanitanya kelak tidak punya dara lagi.

Jika itu ditakdirkan jodohnya, Ricky menerima keadaan tersebut dengan perasaan terbuka.

"Harus bagaimana lagi kalau saya mengalami situasi ini. Mahu atau tidak, saya kena terima si dia seadanya disebabkan sudah terlalu sayang dan mencintainya.

"Soal kekasih masih perawan atau sebaliknya, saya enggan membuat penilaian terhadap wanita ini," ucapnya santai

Ibu Cut Tari Menggigil Dengar Nama Ariel

Jakarta: Selebriti, Cut Tari Aminah Anasya (gambar) berkata ibunya fobia mendengar nama Muhammad Nazriel Irham atau Ariel ‘Peterpan.’

“Ibu sudah sembuh, tetapi jika terdengar atau melihat gambar Ariel, dia akan menggigil.

“Saya simpati dengannya sehingga terpaksa melarang ibu menonton televisyen,” kata Cut Tari ketika ditemui di pejabat peguamnya, Hotman Paris Hutapea di Jakarta, semalam.

Menurut selebriti itu yang terkait dengan video lucah bersama penyanyi berkenaan, walaupun dia sudah melakukan kesalahan besar hingga memburukkan nama keluarga, ibunya tetap memaafkannya.

“Saya bernasib baik kerana ketika dilanda masalah sebesar ini, saya masih mempunyai ibu.



“Dia tidak pernah berhenti berdoa, kadang kala hingga jam 3 pagi. Saya kesal dengan perbuatan saya tetapi dia tetap memaafkan saya,” kata Cut Tari.

Dalam pada itu, dia juga berkata sudah bersiap sedia untuk bersemuka dengan Ariel Peterpan apabila menghadiri perbicaraan penyanyi berkenaan di Bandung, hari ini.

“Ia, saya suda bersedia. Tetapi ini bukan kali pertama saya menemuinya selepas kes video lucah kami terbongkar,” katanya.

Hotman pula berkata, anak guamnya itu perlu bersedia dari segi mental bagi menjadi saksi dalam perbicaraan itu, lebih-lebih lagi video dia melakukan seks dengan Ariel mungkin ditayangkan dalam perbicaraan itu.

Ariel menghadapi tuduhan menyebarkan video seksnya dengan Cut Tari dan teman wanitanya, Luna Maya. - Agensi

DAP Pulau Pinang Pula Hadapi Krisis. Ada Keranda Diusung Ke Kovensyen

Drama 'keranda kecil' di Konvensyen DAP Pulau Pinang

BEKAS Ketua DAP Nibong Tebal, Teh Hock Yong membawa keranda kecil untuk diserahkan kepada Timbalan Setiausaha Agung DAP, Chong Eng kerana tidak berpuas hati dengan tuduhan bahawa beliau adalah penggerak utama untuk menjatuhkan kepimpinan DAP negeri pada Konvensyen Pulau Pinang di sini, hari ini. - Foto NSTP

GEORGE TOWN: Perwakilan yang menghadiri Konvensyen DAP Pulau Pinang hari ini terkejut apabila bekas Ketua Bahagian DAP Nibong Tebal, Teh Hock Yong, membawa sebuah keranda kecil untuk Timbalan Setiausaha DAP, Chong Eng.

Teh, yang lebih mesra dengan panggilan Sakura Teh, tiba di pintu masuk tempat persidangan di Dome, Komtar, pada kira-kira 1.30 tengah hari tetapi dihalang oleh pegawai keselamatan yang bertugas di situ.

Bagaimanapun, Teh kemudian memberitahu pemberita bahawa beliau kecewa dengan Chong, yang juga Ahli Parlimen Bukit Mertajam, kerana menuduhnya sebagai dalang di sebalik usaha menjatuhkan kepimpinan parti.

"Saya telah keluar dari parti awal tahun ini dan kenapa dia (Chong) masih mengaitkan saya dengan parti dan sebagai dalang untuk menjatuhkan kepimpinan parti," katanya.

Menurutnya, beliau tidak lagi menjadi ahli parti selepas menjadi muflis.

"Saya kini sebagai pekerja biasa di pasar. Sebalik membantu saya, pemimpin DAP masih menuduh saya sebagai orang yang mahu menghancurkan parti," katanya.

Di atas kerandan kecil itu, Teh menulis perkataan: "Hope that everything that you've done will success" (Harap apa yang anda lakukan akan berjaya).

Selepas gagal menyerahkan keranda kecil itu, katanya, beliau akan cuba menghantarnya ke rumah Chong pada malam ini.

"Saya akan pastikan bahawa keranda kecil ini berada di hadapan rumah Chong esok," katanya.

Semalam, sebuah laporan berita portal (Free Malaysia Today) memetik Chong sebagai berkata, bahawa Teh adalah dalang di sebalik komplot menjatuhkan kepimpinan parti itu. - BERNAMA

Isu Teater Musikal TDM: Lagi Pelakon Tarik Diri Sebab Bayaran Rendah

Giliran Erra tarik diri

KUALA LUMPUR: Selepas pelakon Zizan Nin menyuarakan ketidakpuasan hatinya dalam sidang media tergempar Jumaat lalu berkaitan teater muzikal Tun Mahathir (TMTM) yang kembali dipentaskan Januari depan, timbul pula desas-desus seorang lagi pelakon utamanya, Erra Fazira menarik diri gara-gara bayaran yang dikatakan terlalu sedikit dan kurang senang dengan persembahan keseluruhan teater itu.

Malah, ada juga yang mengatakan Erra Fazira dan Zizan Nin mula ‘demand’ mengenai soal bayaran.

Bagaimanapun, segala apa yang digembar-gemburkan hanya spekulasi yang masih samar daripada kesahihan.

Erra ketika dihubungi sebaliknya menegaskan dia tidak peduli dengan dakwaan seumpama itu.

Alasan utamanya tidak lagi terikat dengan jadual teater muzikal itu berikutan masalah kesuntukan masa dan tawaran yang datang pada saat akhir hingga dia tidak mampu mengelak pertindihan jadual.

“Memang rasa ralat kerana terpaksa meninggalkan watak dan keseluruhan produksi TMTM, namun jujurnya saya tidak mampu berbuat apa-apa kerana masalah pertindihan jadual menyebabkan segala perancangan terpaksa diubah.

“Bayangkan, saya hanya mengetahui mengenai penyambungan teater ini pada pertengahan November lalu sedangkan semua jadual bagi Disember dan Januari depan sudah diatur. Mana mungkin saya menganjakkan semua jadual sedangkan ia dipersetujui lebih awal.

“Saya dihubungi penerbit, Kak Roy (Siti Rohayah Atan) mengenai perkara itu dan selepas meneliti semua aspek dan jadual kerja, saya terpaksa menolak tawaran itu meskipun sedih dan kecewa.

“Saya tidak mampu mengikut jadual TMTM, termasuk sesi latihan sepanjang Disember dan pementasannya sekitar Januari.

“Justeru, saya tekankan yang penarikan saya daripada TMTM bukan kerana soal bayaran atau andaian lain, sebaliknya terikat dengan jadual lain terlebih dulu.

“Saya akan terbabit dengan program realiti Mentor serta bersetuju membintangi beberapa telefilem tayangan Astro. Itu juga kerja dan mustahil saya menolaknya,” katanya yang menghubungi Kak Roy bagi menyatakan kegagalannya membintangi TMTM.

Ketika ditanya mengenai keputusan Zizan yang juga menarik diri dan meluahkan rasa kecewanya berhubung dakwaan dilemparkan oleh ‘orang kuat’ produksi TMTM, bintang popular itu menyifatkan ia bukan membabitkan dirinya dan tidak perlu mengulas lanjut kerana hujung pangkal ceritanya tidak pernah diketahui lagi.

“Soal Zizan, saya memang tidak tahu. Seperti saya jelaskan, bukan kerana bayaran atau sentuhan naskhah itu yang membuatkan saya menarik diri, sebaliknya hanya berlaku pertindihan jadual serta komitmen lain.

“Saya juga tidak sempat berbincang mengenai soal bayaran kerana sibuk memantau jadual bagi menyelitkan masa membintangi TMTM dan soal persembahan pula, itu hak pengarah dan garapan kreativiti individu yang tidak perlu dipertikai oleh pelakon.

“Jujurnya, saya memang kesal kerana tidak dapat terus menyandang watak Tun Hasmah,” katanya.

Erra optimis dan merasakan keputusannya adalah paling bijak serta relevan.

Setidak-tidaknya, dia membuka peluang kepada pelakon lain pula bagi merasai pengalaman sama, beraksi di pentas teater dan melontarkan skrip naskhah hebat seperti itu.

Dia turut mencadangkan pelakon, Elly Mazlein bagi menggantikan wataknya kepada pihak produksi. -hm

Kes Pemandu Teksi Terkena Tembakan: Tindakan Ke Atas Polis Yang Cuai

Siasatan Lanjut Berhubung Kes Pemandu Teksi Terkena Tembakan Polis

KUALA LUMPUR: Siasatan polis akan menjurus kepada prosedur yang ditetapkan termasuk cara tembakan dilepaskan berhubung kes seorang pemandu teksi cedera akibat peluru sesat berdekatan Pejabat Pos Jalan Pudu, September lepas, kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zulkifli Abdullah.

"Kita (polis) akan jalankan siasatan lanjut tentang bagaimana tembakan itu dilepaskan, sama ada ikut Prosedur Operasi Standard (SOP) atau tidak. Kita dah jumpa dia (mangsa) pun sebelum ini, dan kita akan jumpa dia lagi. Bukan bermakna polis tak kisah, polis dari mula lagi dah jumpa dia, sejak dia terkena tembakan itu lagi," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis dialog Ketua Polis Kuala Lumpur bersama persatuan penduduk Perumahan Awam Seri Perak di sini, Ahad.

Beliau berkata sekiranya hasil siasatan itu mendapati terdapat kecuaian daripada pihak polis, pihaknya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang sedia ada terhadap anggota polis terbabit.

Jumaat lepas, pemandu teksi, Yeow Leong Kang, 42, membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah Cheras di sini, selepas mendakwa tidak mendapat pembelaan sewajarnya selepas terkena tembakan sesat yang mengenai kedua-dua belah kakinya.

Ketika kejadian, Yeow mendakwa sedang berehat di dalam teksinya sebelum terkena tembakan itu dari arah bawah pintu teksinya dan terus menembusi betis kanannya dan kaki kirinya menyebabkan beliau terpaksa terlantar di rumah selama dua bulan akibat tidak mampu bergerak.

Yeow mendakwa seorang anggota polis yang mengaku tidak sengaja menembaknya, datang meminta maaf dan membantunya membuat rawatan di klinik berdekatan.

Sehubungan itu, beliau meminta pembelaan sepenuhnya dan menuntut pampasan setimpal dengan kecederaannya kerana terpaksa menggunakan wang simpanan untuk belanja dan rawatan harian.

Beliau turut berharap polis akan menyiasat kes itu dengan kadar segera dan mengambil tindakan tegas terhadap anggota polis yang cuai semasa bertugas. - BERNAMA


Terkena peluru sesat, pemandu tuntut pampasan

Seorang pemandu teksi yang mendakwa terkena tembakan peluru sesat daripada seorang anggota polis menuntut pampasan berhubung keperitan yang dialaminya.

Yeow Leong Kang, 41, berkata kejadian berlaku pada 23 September lalu ketika beliau berehat di dalam teksinya di Jalan Pudu.

Beberapa saat sebelum terlena, katanya, beliau dikejutkan oleh bunyi letupan yang kuat seperti bunyi mercun. Tiba-tiba dakwanya beliau terasa sejuk dan kebas dan menyedari darah memancut dari kakinya.

Peluru dikatakan telah menembusi pintu kereta bahagian pemandu dan mengenai kaki kanannya manakala serpihan peluru mencederakan khaki kirinya.

Dalam laporan polis, Yeow berkata seorang anggota polis kemudian menghampirinya dan mengarahkannya supaya tidak bergerak dan memaklum kepadanya bahawa ambulan dalam perjalanan.

Di hospital kemudian, seorang lagi anggota polis menghampiriya dan mengakui bahawa dia adalah penembak itu dan memohon maaf berulang-kali.

Anggota polis itu kemudian menjelaskan kepadanya bahawa mereka sedang mengejar kenderaan lain dan Yeow terkena peluru sesat.

Yeow dibenarkan keluar dari hospital dua hari selepas itu tetapi terpaksa terlantar di rumah pangsanya di Cheras. Sepanjang dua minggu berkenaan, anggota polis yang menembaknya menghantar makanan ke rumah pangsanya.

“Tetapi saya tak boleh kerja untuk dua bulan. Saya tak boleh berjalan. Saya terpaksa ambil 10 minit untuk bergerak dari bilik ke tandas di rumah saya,” kata Yeow kepada pemberita selepas membuat laporan polis hari ini.

Beliau diiringi tiga ahli parlimen Pakatan Rakyat hari ini dan berkata dia hanya membuat laporan polis hari ini selepas kejadian dua bulan berlalu kerana hanya mampu berjalan semula dengan betul jumaat lalu, apabila dia kembali bekerja. -mk


Wikileaks: Anwar Terperangkap Dengan Perbuatan Yang Dikenakan Tuduhan Itu

WikiLeaks dedah Anwar ‘masuk’ perangkap kes liwat

KUALA LUMPUR, 12 Dis — Tuduhan liwat kedua ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang sedang didengar sekarang, didakwa sebagaii hasil kerja “perangkap” membabitkan ahli-ahli politik yang memusuhinya, demikian menurut laporan eksklusif sebuah akhbar harian Austarlia yang membawa pendedahan WikiLeaks.

Menurut laporan Sun-Herald semalam, pendedahan kabel Jabatan Negara Amerika Syarikat menunujukkan pegawai-pegawai risikan Singapura memberitahu rakan sejawatan mereka dari Australia bahawa Anwar terlibat dalam perbuatan yang dikenakan tuduhan itu — tindakan yang beliau menafikan sama sekali.

“Jabatan Risikan Kebangsaan Australia juga mengatakan bahawa kelakuan itu adalah akibat perangkap oleh musuh-musuh Dr Anwar,” lapor akhbar itu, yang merupakan sebahagian daripada produk kumpulan Sydney Morning Herald.

Laman web WikiLeaks telah menyiarkan sekitar 250,000 kabel diplomatik dari Amerika Syarikat, pendedahan mengenai pandangan dan ulasan yang amat mengejutkan, melibatkan pelbagai negara dan banyak pemimpin dan ketua kerajaan. Sekitar 1,000 kabel pula berkaitan dengan Malaysia termasuk sebahagiannya mengenai keengganan Putrajaya bekerjasama dengan beberapa pihak utama dunia.

WikiLeaks diasaskan oleh wartawan Australia Julian Assange, yang sekarang ditahan Scotland Yard berhubung dakwaan kes seksual yang dibawa oleh Sweden.

Semalam, Presiden Amerika Syarikat Barack Obama menyifatkan tindakan WikiLeaks sebagai sesuatu yang “amat dikesali” ketika beliau berbual dengan rakan-rakan sejawatannya menerusi telefon, yang turut bersetuju pendedahan itu tidak harus menjejaskan hubungan dengan Washington.

Diplomat Amerika Syarikat di Kuala Lumpur juga melahirkan sentimen yang sama kepada Wisma Putra meskipun mereka memandang berat tuduhan liwat kedua yang dikenakan ke atas Anwar.

Anwar, 63, dituduh meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 25, di Unit 11-5-1 Desa Damansara Condominium di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Kes itu sedang didengar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan akan disambung bulan depan.

Tuduhan kali pertama dikenakan sedekad yang lalu, selepas beliau dipecat sebagai timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno.

Anwar, yang mengetuai Pakatan Rakyat (PR) belum lagi mengulas pendedahan terbaru oleh akhbar Australia ini.

Menurut akhbar itu, kabel melibatkan kedudukan Anwar merupakan salah satu daripada beberapa kandungan yang mendedahkan pandangan mengejutkan pegawai-pegawai kanan Singapura termasuk dakwaan bahawa “Malaysia berada dalam keadaan terkeliru dan bahasa ekoran ahli-ahli politik yang tidak kompeten.”

Singapura dan Malaysia berpisah pada 1965, hanya dua tahun selepas membentuk Malaysia. Kini mempunyai hubungan kuat tetapi tidak membenarkan akhbar masing-masing diedarkan di negara mereka.

Kabel mengenai kes liwat Anwar ini bertarikh November 2008 iaitu lima bulan selepas kes liwatnya terdedah dan disiasat polis.

Ia menyebut, “Australia mengatakan bahawa perkhidmatan risikan Singapura dan (pemimpin kanan Singapura) Lee Kuan Yew memberitahu ONA dalam pertukaran pandangan bahawa pemimpin pembangkang Anwar sememangnya melakukan perbuatan itu, yang beliau didakwa sekarang.”

ONA merujuk kepada Pejabat Risikan Kebangsaan Australia.

Dokumen itu juga mengatakan bahawa Singapura memberitahu ONA yang mereka membuat penilaian itu berasaskan risikan teknikal, yang mana kemungkinan dikaitkan dengan komunikasi yang dipintas, kata akhbar itu.

“ONA membuat penilaian, dan rakan-rakan sejawatan mereka dari Singapura bersetuju, ia adalah (satu) kerja (dia) diperangkap dan kemungkinan dia tahu mengenainya, tetapi bagaimanapun dia terlibat,” kata kabel itu.

Minggu lalu, Anwar mengundang Ahli Parlimen Bebas Australia Selatan, Senator Nick Xenophon untuk memantau perbicaraan itu dan mengadakan sidang media di lobi Parlimen.

Anwar, ketika memperkenalkan tetamunya itu berkata, kehadiran Xenophon ke Kuala Lumpur adalah untuk memerhati perbicaraan kes liwatnya serta bermesyuarat bersama-sama anggota Parlimen pembangkang serta mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin masyarakat.

“... oleh kerana perbicaraan itu telah ditangguhkan ekoran permohonan kita untuk Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah menarik diri daripada terus mendengar perbicaraan kes liwatnya, beliau memutuskan untuk berada di Parlimen bagi memerhatikan prosiding dan perbincangan,” katanya.

Xenophon yang turut mendakwa dirinya seorang peguam berkata, tuduhan liwat terhadap Anwar yang juga Ketua Pembangkang itu harus dikendalikan secara adil kerana perjalanan kes itu turut diperhati masyarakat dunia.

Beliau adalah antara 50 Ahli Parlimen Australia yang memprotes supaya tuduhan terhadap Anwar digugurkan pada Februari lalu kononnya bagi mencerminkan pemerintahan berkredibiliti kerajaan Malaysia.

Pada Disember 2009, sebulan selepas penilaian ringkas ONA mengenai kesnya, Anwar mengecam Perdana Menteri Australia Kevin Rudd kerana tidak menemuinya ketika melawat negara itu.

Beliau menuduh Rudd “memuaskan” pemimpin-pemimpin berasuah Malaysia dengan tidak mengendahkan beliau. -TMI


Anwar ‘tolak’ pendedahan WikiLeaks, mesej Twitter salahkan SB PDRM

KUALA LUMPUR, 12 Dis — Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan Twitter pagi ini untuk mengetepikan pendedahan WikiLeaks bahawa perisikan Australia percaya beliau terlibat dalam kes liwat keduanya, dengan mengatakan sumbernya sudah pasti Cawangan Khas (SB) Polis Diraja Malaysia.

Ketua Pembangkang ini tidak membalas panggilan telefon The Malaysian Insider untuk mengulas laporan akhbar Australia, The Sun-Herald tetapi memberikan respons menerusi akaun Twitter apabila ditanya oleh beberapa pengikutnya.

“Sumber? Polis SB Malaysia. Bukti tak ada,” kata Anwar.

Dalam respons terdahulu, bekas timbalan perdana menteri itu berkata, “sumber? SB Malaysia ha ha.”

Pendedahan WikiLeaks mendominasi aliran mesej Twitter di Malaysia hari ini dengan ahli-ahli politik dari Barisan Nasional (BN) dan pengikutnya memberikan respons ke atas pendedahan terbaru ini.

“Ia satu perangkap, ia seolah-olah (perangkap) tetapi sasaran pula tidak dapat mengelak umpan...,” kata ahli jawatankuasa pusat MCA Datuk Ti Lian Ker dalam mesej Twitternya.

Terdahulu, The Malaysia Insider melaporkan, tuduhan liwat kedua ke atas Anwar, yang sedang didengar sekarang, didakwa sebagai hasil kerja “perangkap” membabitkan ahli-ahli politik yang memusuhinya.

Menurut laporan The Sun-Herald semalam, pendedahan kabel Jabatan Negara Amerika Syarikat menunujukkan pegawai-pegawai risikan Singapura memberitahu rakan sejawatan mereka dari Australia bahawa Anwar terlibat dalam perbuatan yang dikenakan tuduhan itu — tindakan yang beliau menafikan sama sekali.

“Jabatan Risikan Kebangsaan Australia juga mengatakan bahawa kelakuan itu adalah akibat perangkap oleh musuh-musuh Encik Anwar,” lapor akhbar itu, yang merupakan sebahagian daripada produk kumpulan Sydney Morning Herald.

Laman web WikiLeaks berjanji akan menyiarkan sekitar 250,000 kabel diplomatik dari Amerika Syarikat, pendedahan mengenai pandangan dan ulasan yang amat mengejutkan, melibatkan pelbagai negara dan banyak pemimpin dan ketua kerajaan. Sekitar 1,000 kabel pula berkaitan dengan Malaysia termasuk sebahagiannya mengenai keengganan Putrajaya bekerjasama dengan beberapa pihak utama dunia.

Wikileaks diasaskan oleh wartawan Australia Julian Assange, yang sekarang ditahan Scotland Yard berhubung dakwaan kes seksual yang dibawa oleh Sweden.

Anwar, 63, dituduh meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 25, di Unit 11-5-1 Desa Damansara Condominium di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Kes itu sedang didengar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan akan disambung bulan depan.

Tuduhan kali pertama dikenakan sedekad yang lalu, selepas beliau dipecat sebagai timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno.

Anwar, yang mengetuai Pakatan Rakyat (PR) belum lagi mengulas pendedahan terbaru oleh akhbar Australia ini.

Menurut akhbar itu, kabel melibatkan kedudukan Anwar merupakan salah satu daripada beberapa kandungan yang mendedahkan pandangan mengejutkan pegawai-pegawai kanan Singapura termasuk dakwaan bahawa “Malaysia berada dalam keadaan terkeliru dan bahasa ekoran ahli-ahli politik yang tidak kompeten.”

Kabel mengenai kes liwat Anwar ini bertarikh November 2008 iaitu lima bulan selepas kes liwatnya terdedah dan disiasat polis.

Ia menyebut, “Australia mengatakan bahawa perkhidmatan risikan Singapura dan (pemimpin kanan Singapura) Lee Kuan Yew memberitahu ONA dalam pertukaran pandangan bahawa pemimpin pembangkang Anwar sememangnya melakukan perbuatan itu, yang beliau didakwa sekarang.”

Dokumen itu juga mengatakan bahawa Singapura memberitahu ONA yang mereka membuat penilaian itu berasaskan risikan teknikal, yang mana kemungkinan dikaitkan dengan komunikasi yang dipintas, kata akhbar itu.

“ONA membuat penilaian, dan rakan-rakan sejawatan mereka dari Singapura bersetuju, ia adalah (satu) kerja (dia) diperangkap dan kemungkinan dia tahu mengenainya, tetapi bagaimanapun dia terlibat,” kata kabel itu. -TMI


Kontroversi Kahwin Muda: "Saya Izinkan Mereka Berkahwin" - Kata Ibu Pengantin



Saya yang izinkan mereka berkahwin”

PETALING JAYA: “Saya yang izinkan mereka berkahwin...” - itulah kata-kata pertama yang keluar dari mulut Siti Hawa Kassim, ibu kepada pengantin perempuan yang mencetuskan kontroversi kerana berkahwin pada usia 14 tahun minggu lalu.

Siti Hawa, 40, menjelaskan, dia dan suaminya memberi keizinan kepada Siti Maryam Mahmod yang lebih mesra dengan panggilan Maya itu untuk berkahwin kerana yakin, pendidikan agama yang telah diberikan dapat membimbing anaknya itu menjadi seorang isteri yang matang untuk menempuhi alam rumahtangga yang serba mencabar.

Keputusan itu juga dibuat setelah suami kepada anaknya itu berjanji dan bersetuju untuk memastikan Siti Maryam menamatkan pengajian menengahnya di sebuah sekolah menengah agama dekat sini.

“Anak saya sudah akil baligh dan diberikan pendidikan agama. Saya percaya suaminya juga boleh membimbingnya ke arah yang lebih baik. Malah keputusan ini juga mengambil kira janji suaminya untuk memastikan dia belajar sehingga tamat pengajiannya,” kata ibu yang bertugas di sebuah syarikat multinasional di ibu kota ini dalam temuramah eksklusif dengan Mingguan mStar semalam.

Siti Hawa yang tidak mahu gambarnya disiarkan demi untuk menjaga privasinya menambah, suami Maya (Abdul Manan Othman) adalah seorang guru dan seorang lelaki yang baik dan yakin Manan boleh melakukannya (membimbing Siti Maryam) memandangkan dia juga diberikan pendidikan agama yang tinggi.

Siti Hawa berkata, sebelum memberi keizinan Abdul Manan dan Siti Maryam atau lebih dikenali sebagai Maya untuk berkahwin, dia sudah membuat solat istikarah bagi memohon petunjuk daripada tuhan.

Detik perkenalan pasangan suami isteri muda itu bermula apabila Abdul Manan yang merupakan guru agama mengajar dua orang adik Maya.

Hubungan baik dan sikap ramah Abdul Manan telah mendorong Siti Hawa untuk mengambil dia sebagai anak angkat dan menjadi sebahagian daripada keluarga itu.

Isu perkahwinan Maya pada usia muda telah mencetuskan kontroversi dan perdebatan banyak pihak termasuk mendapat reaksi daripada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Sharizat Jalil yang menyatakan keputusan mahkamah untuk membenarkan Maya berkahwin bukanlah merupakan satu polisi yang direstui oleh Kerajaan Pusat.

Pelbagai pertubuhan wanita dan hak asasi wanita turut tidak bersetuju dengan keputusan tersebut.

Bagaimanapun dalam menjawab semua persoalan itu, Siti Hawa tidak dinafikan pada peringkat awalnya dia berasa terkilan apabila segelintir pihak tidak menghormati keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Syariah.

Menurutnya, sebagai rakyat 1Malaysia, masyarakat sepatutnya menghormati antara satu sama lain, tidak kira bangsa atau agama.

“Bagaimanapun akhirnya saya sedar itu adalah hak individu untuk bersuara. Lain orang lain pendapatnya. Apa yang penting adalah tindakan saya mengizinkan Maya berkahwin pada usia muda itu tidak bercanggah daripada hukum syarak dan agama.

Namun sebagai seorang ibu, Siti Hawa yang enggan gambarnya disiarkan berharap agar masyarakat berfikiran terbuka dan rasional mengenai perkara tersebut.

“Masing-masing mempunyai pandangan tetapi janganlah menafikan hak kami sekeluarga dan keputusan Maya dan Manan untuk berkahwin dibuat selepas mendapat restu daripada pihak kami serta kebenaran daripada mahkamah.

Dalam pada itu, Siti Hawa juga menegaskan, dia sentiasa memantau anaknya dan Abdul Manan Othman dari segala aspek meskipun kedua-duanya sudah menjadi suami isteri yang sah.

“Sebagai ibu, saya tidak akan membiarkan anak-anak saya sendirian menghadapi risiko berkahwin pada usia muda ini.

“Sebelum mereka berkahwin lagi sudah diperjelaskan tentang apa itu perkahwinan. Setiap kejadian itu ditentukan oleh Allah, ada hikmah di sebalik sebarang kejadian,” katanya.

Siti Hawa juga berpendapat perkahwinan anaknya pada usia 14 tahun bukanlah satu isu yang besar kerana baginya kematangan bukan lah terletak pada umur seseorang tetapi sebaliknya terletak pada pendekatan dan pendidikan yang diterimanya.

“Konsep perkahwinan awal ini sebenarnya boleh membendung perkara yang tidak diingini daripada berlaku. Kita semua sedia maklum tentang permasalahan masyarakat yang berlaku di negara ini sedangkan perkahwinan anak saya adalah satu perkahwinan yang sah,” ujarnya lagi.

Menurut Siti Hawa, perkahwinan itu juga tidaklah bermakna perhubungan di antara ibu dan anak terputus kerana masing-masing mempunyai tanggungjawab terhadap diri dan keluarga masing-masing.

“Walaupun Maya sudah bergelar isteri orang, namun saya masih bertanggungjawab memberikan nasihat dan memastikan anak saya itu meneruskan pembelajarannya di sekolah sehingga tamat,” katanya.

“Saya berharap masyarakat berdoa semoga perkahwinan mereka diberkati dan saya berterima kasih kepada mereka yang telah membantu dan memberikan sokongan kepada kami sekeluarga,” katanya. -mstar


Perkahwinan kanak-kanak mula diterima masyarakat

PETALING JAYA: Seorang gadis sunti beragama Islam berusia 14 tahun membuat kejutan kerana mengambil bahagian dalam majlisperkahwinan beramai-ramai di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur Sabtu lalu.

Namun Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyifatkan perkara ini mula dapat diterima oleh masyarakat.

Menurut Ketua Pengarahnya, Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, perkahwinan kanak-kanak tidak harus menimbulkan apa-apa masalah jika perkahwinan itu di dasari perasaan cinta di antara kedua-dua pasangan itu.

"Isu penting di sini ialah sama ada perkahwinan ini melanggar undang-undang Islam dan undang-undang konvensional di Malaysia.

"Tapi jika terdapat unsur paksaan dalam perkahwinan itu maka kami akan menjalankan siasatan menurut kes," katanya melalui mesej teks kepada FMT semalam.

Beliau berkata memandangkan buat masa ini masalah di kalangan orang-orang Islam semakin parah maka perkahwinan seperti ini harus digalakkan.

"Kami harus menggalakkan perkahwinan seperti ini dan bukan menakut-nakutkan orang yang beria-ia hendak berkahwin," kata Wan Mohammad.

Kursus pra perkahwinan

Tambahan pula, beliau yakin kursus pra perkahwinan yang diperkenalkan oleh Jakim sejak 1992 membantu ramai pasangan untuk meneruskan kehidupan berumah tangga termasuk budak sekolah yang mengikat tali perkahwinan dengan lelaki dua kali ganda usianya.

"Orang ramai menentang objektif ini pada peringkat awal, tapi sekarang, perkahwinan kanak-kanak sudah mula dapat diterima sebagai langkah wajar," katanya.

Fenomena sebegini bukannya baru di Malaysia, di mana kumpulan hak asasi manusia terus menerus mendesak supaya dibuat pembaharuan.

"Sekatan oleh mahkamah syariah yang diberi kuasa untuk meluluskan perkahwinan di bawah umur, dianggap sebagai "tidak dapat diterima," jelas beliau.

Menurut laporan berita, kanak-kanak sekolah itu Siti Maryam Mahmod berkahwin dengan seorang guru Abdul Manan Othman berusia 23 tahun pada 4 Disember lalu di Masjid Wilayah Persekutuan setelah mendapat kelulusan dari mahkamah syariah.

Naikkan usia minima perkahwinan

Kumpulan aktivis, Sisters-in-Islam (SIS) sebaliknya, mengutuk perkahwinan kanak-kanak, dan mencadangkan supaya kerajaan menetapkan usia minima 18 tahun untuk berkahwin bagi semua rakyat Malaysia.

Jurucakap SIS Yasmin Masidi dalam kenyataannya semalam berkata, akhir baligh tidak boleh dijadikan ukuran kematangan yang cukup untuk memasuki gerbang perkahwinan.

"Walaupun al-Quran tidak menyebut secara khusus umur perkahwinan tetapi mereka boleh diuji mengenai kemampuan berfikir dan berkebolehan menjaga harta seperti firman Allah dalam Surah an-Nisa Ayat 6, yang bermaksud,

"Dan ujilah anak-anak yatim itu (sebelum baligh) sehingga mereka cukup umur (dewasa). Kemudian jika kamu nampak dari keadaan mereka (tanda-tanda yang menunjukkan bahawa mereka) telah cerdik dan berkebolehan menjaga hartanya maka serahkanlah kepada mereka hartanya………….."

Beliau berkata usia perkahwinan harus dikaitkan dengan kematangan dan kemampuan menilai dengan baik di mana seorang kanak-kanak di bawah usia 18 tahun tidak mempunyai pengalaman hidup yang secukupnya untuk menanggung tanggungjawab berumah tangga.

"Tidak ada sebab yang kukuh kenapa keluarganya dan bakal suami tidak boleh menunggu sehingga gadis itu mencapai usia matang sebelum meminta izinnya untuk berkahwin," katanya.

Masalah perkahwinan kanak-kanak

Yasmin menambah, Malaysia sebagai model negara Islam, harus mengikut jejak langkah negara-negara majoriti umat Islam lain yang mula mengambil langkah untuk menangani masalah perkahwinan kanak-kanak.

"Seorang lelaki di Indonesia dipenjara kerana melakukan deraan seksual terhadap gadis bawah umur, ketika berkahwin dengan seorang gadis berusia 12 tahun dan malahan pihak berkuasa Arab Saudi sedang menimbang untuk mengharamkan perkahwinan seumpama ini.

"Kita harus mengikut contoh negara-negara Islam yang lain walaupun ditentang oleh golongan konservatif. Kajian terhadap perkahwinan kanak-kanak mendapati kanak-kanak itu, terutama gadis-gadis sunti mengalami derita akibat kehilangan zaman kanak-kanak dan remaja.

"Ini termasuk penafian kebebasan dan kemajuan diri individu, kesukaran mendapat pendidikan, masalah kesihatan kerana mengandung pada usia muda dan deraan," tambahnya.

Perkahwinan kanak-kanak berusia 14 tahun itu bagaimanapun, hanya merupakan satu masalah terasing kerana banyak lagi kes perkahwinan kanak-kanak yang tidak dilaporkan.

Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Heng Seai Kie pada Oktober lalu, seramai 16,000 gadis berusia di bawah 15 tahun mendirikan rumah tangga. -FMT

Oren Shanghai Yang Diimpot Disyaki Guna Lilin Beracun

Kementerian siasat buah oren Shanghai

Disyaki diwarna guna lilin beracun

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan sedang menjalankan siasatan bagi memastikan oren dari Shanghai, China yang dipercayai diwarnakan dengan bahan lilin beracun supaya kelihatan lebih segar, tidak diimport atau berada di pasaran negara.

Kementerian dalam kenyataannya berkata, tindakan itu diambil berikutan pihak berkuasa Shanghai mengeluarkan arahan kepada peniaga buah-buahan menghentikan penjualan oren itu selepas menerima aduan pengguna yang mendapati kulitnya menjadi merah selepas disentuh.

Berdasarkan Peraturan 21 di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985, pewarna yang dibenarkan dalam makanan adalah yang tersenarai di dalam Jadual Tujuh (Pewarna Yang Dibenarkan) dan penggunaan bahan pewarna selain dari yang tersenarai itu dilarang.

Kata kenyataan itu, Peraturan 225(2) dan (3) di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985 memperuntukkan buah-buahan mentah dan segar boleh mengandungi bahan pewarna yang dibenarkan bagi tujuan penggredan.

“Lilin bergred makanan boleh digunakan bagi membersihkan dan menyediakan buah-buahan mentah untuk jualan,” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu turut menasihatkan orang ramai yang mengesyaki buah oren dijual di pasaran tempatan mempunyai bahan pewarna itu agar segera melaporkannya kepada Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri untuk tindakan lanjut.

Selain itu, orang ramai boleh mendapatkan maklumat mengenai kegiatan kawalan keselamatan dan kualiti makanan dijalankan kementerian menerusi laman web http:/fsq-.moh.gov.my.


Shanghai halts sale of suspected 'dyed' oranges

SHANGHAI: Shanghai authorities have ordered fruit vendors to stop selling oranges that have allegedly been dyed with a toxic wax, Chinese media said Friday, in the country's latest food safety scare.

The Shanghai government has ordered tests on the oranges after consumers complained their skin was turning red after coming in contact with oranges sold in local markets, the Oriental Morning Post reported.

Industrial dyes can damage people's memory, immune systems and cause
respiratory problems, the newspaper said.

"Tissue (paper) turns red when you wipe them and if you hold the oranges in your palm, it will turn red," a consumer surnamed Hu told the newspaper.

An unnamed seller at a wholesale agricultural products market told the newspaper that some oranges had been dyed with a toxic industrial wax so "they look fresher and sell at higher prices".

Shanghai authorities have ordered sellers to pull the oranges off their shelves and are conducting tests, the report said.

It was unclear whether the oranges were dyed by sellers in the city or producers in Jiangxi province in eastern China, the report said.

The Chinese government has come under increasing pressure from its citizens as well as countries such as the United States and Japan to improve the standard of its food and medicines.

In a scandal in 2008, at least six children died and around 300,000 fell sick after consuming milk powder laced with the industrial chemical melamine, which was added to make products appear higher in protein.-AFP/wk


INDOLEAKS Muncul Dedahkan 50,000 Dokumen Sulit

Indoleaks dedah 50,000 dokumen sulit

Pihak berkuasa Indonesia tidak bimbang kemunculan laman web kontroversi serupa WikiLeaks

JAKARTA: Satu blog yang mengikuti jejak langkah laman kontroversi WikiLeaks, Indoleaks.org, muncul kelmarin dengan apa yang didakwa sebagai salinan dokumen sulit.

Boleh dicapai sekejap-sekejap, laman web itu dilaporkan mendedahkan 50,000 muat turun dokumen yang diterbitkan daripada siasatan ke atas pembunuhan aktivis Munir Said Thalib sehinggalah banjir lumpur dahsyat Sidoarjo dan satu transkripsi perbualan antara bekas presiden Suharto dan Richard Nixon. Bagaimanapun, kerajaan tidak bimbang dengan laman web terbabit.

“Pendirian kami jelas. Kami hanya memantau laman ini untuk mencari jenis maklumat yang didedahkan,” kata jurucakap kementerian penerangan, Gatot S Dewa Brata.

Berhubung Munir, satu dokumen dilabel laporan rasmi bertarikh 23 Jun 2005, mencadangkan bahawa siasatan lanjut dilakukan ke atas peranan Ketua Bekas Agensi Perisikan Negara (BIN), AM Hendropriyono dan bekas pegawai BIN, Muchdi Purwoprandjono, dalam pembunuhan aktivis terbabit.

Muchdi dibicarakan dan akhirnya dibebaskan, namun Hendropriyono tidak pernah dibicarakan.
Dokumen berkaitan banjir lumpur Lapindo bertajuk: “Laporan awal berhubung faktor dan punca dalam kehilangan air mata air Banjar Panji-1 untuk Pengarah Medco Energi International.”

Satu carian Google bagaimanapun menunjukkan dokumen sama sudah dimuat naik dalam Aljazeera.net pada 2009.

Satu lagi dokumen dimuat naik adalah perbualan bertarikh 26 Mei 1970 di Rumah Putih, Washington DC antara bekas Presiden Amerika Syarikat, Richard Nixon, bekas Setiausaha Negara, Henry Kissinger dan bekas Presiden Indonesia, Suharto.

Nixon bertanya Suharto berhubung kekuatan kumpulan revolusi komunis di mana dijawab Suharto: “Puluhan ribu komunis ditahan dan diletakkan dalam tahanan.”

Gatot berkata kelmarin tidak mustahil pengendali tapak itu didakwa mengikut Akta Urus Niaga Maklumat dan Elektronik 2008 (ITE).
– Agensi

Rangka Gladiator Zaman Rom Kuno DItemui

Jumpa rangka gladiator Rom kuno

MORRISON bersama rangka gladiator yang ditemui 30 sentimeter di bawah lantai Muzium Yorkshire, England.

YORK - Rangka seorang gladiator zaman Rom Kuno setinggi 1.77 meter berjaya ditemui oleh seorang ketua kurator, Andrew Morrison sewaktu kerja-kerja membaik pulih Muzium Yorkshire, England dilakukan baru-baru ini.

Bagi seorang lelaki Rom, rangka itu cukup tinggi dan memiliki tubuh yang tegap. Purata ketinggian manusia yang hidup pada waktu itu ialah 1.6 meter.

Gladiator merupakan lelaki yang dilatih untuk bertarung menggunakan senjata dalam pertunjukan di gelanggang seperti yang digambarkan dalam filem Gladiator lakonan Russell Crowe.

Rangka itu ditemui hanya 30 sentimeter di bawah lantai muzium. Analisis yang dibuat membuktikan rangka itu milik seorang lelaki yang kuat tetapi mati ditikam secara bertubi-tubi, termasuk satu kesan tikaman pedang di bahagian belakang kepalanya.

"Bukti fizikal menunjukkan gladiator ini tidak dikebumikan sebagaimana sepatutnya.

"Memang mustahil untuk disahkan, tetapi dia mungkin seorang gladiator yang dibunuh secara kejam dan dibiarkan mati begitu sahaja," kata Morrison.

Pakar dari Osteo Arkeleologi York merumuskan bahawa lelaki itu berusia antara 36 hingga 45 tahun. Menurut pengarahnya, Malin Holst, jangkaan umurnya diperoleh menerusi analisis kemerosotan bahagian sendi dan keadaan giginya.

Berikutan penemuan itu, pakar arkelogi semakin yakin mengenai kewujudan gelanggang sukan berbahaya itu di bandar tersebut. Pada 1,600 tahun lalu, York yang kini sebuah bandar di England merupakan ibu negara Rom untuk wilayah utara.

Bahagian bawah tanah Muzium Yorkshire juga sudah lama dijangka menjadi salah satu lokasi utama perlawanan itu.

Rangka itu kini dipamerkan untuk tatapan umum di muzium yang sama.

Bas Bawa Pelajar IKM Terbabas Di Gua Tempurung - 3 Parah

Tiga Parah Bas Terbabas Di Gua Tempurung

IPOH: Tiga pelajar Institut Kemahiran Mara (IKM) Jasin, Melaka parah apabila bas yang mereka naiki terbabas dan terbalik di kilometer 304.5 Lebuhraya Utara Selatan, dekat Gopeng, Sabtu.

Ketiga-tiga pelajar berusia antara 19 dan 23 tahun itu kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun, di sini.

Kejadian pada pukul 6 petang itu membabitkan bas yang dalam perjalanan pulang ke Melaka selepas menghadiri majlis makan tengah hari Jawatankuasa Perwakilan Pejalar (JPP) di Cameron Highlands.

Bas terbabit membawa 41 penumpang terdiri daripada pelajar, pensyarah dan anggota keluarga mereka serta lima pemandu.

Kesemua mereka hanya mengalami luka ringan, kata Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh Mohd Aminuddin Abdul Rahim ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata bas itu dipercayai terbabas ketika mengelak sebuah bas lain ketika menuruni kawasan Gua Tempurung dalam keadaan hujan lebat.

"Kemungkinan brek yang tidak berfungsi dengan baik menyebabkan pemandu bas gagal mengawal kenderaan itu menyebabkannya terbabas ke dalam longkang dan terbalik," katanya. - BERNAMA

Online Forex: Satu Kesalahan - Bank Negara

Bank Negara: Online Forex Satu Kesalahan

Bank Negara Malaysia mengingatkan orang ramai agar tidak terlibat dengan mana-mana pelaburan atau program latihan urus niaga mata wang asing secara haram.

MANA-mana individu di negara ini yang melakukan urus niaga melibatkan pertukaran mata wang asing merupakan satu kesalahan di bawah Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953.

Demikian menurut Bank Negara Malaysia (BNM) kepada Mingguan mStar berhubung aktiviti pertukaran asing secara dalam talian atau Online Forex. “Hanya peniaga dan institusi kewangan yang dibenarkan oleh Pengawal Pertukaran Wang Asing boleh berurusan dalam pertukaran mata wang asing.

“Online Forex berisiko kerana pelabur akan diperdaya dan wang pelaburan hasil simpanan atau pinjaman bank dilesapkan oleh penganjur,” kata BNM.

Sehubungan itu, BNM mengingatkan orang ramai agar tidak menyertai mana-mana pelaburan atau program latihan urus niaga mata wang asing secara haram yang ditawarkan oleh individu atau syarikat dalam dan luar negara.

Kebiasaan modus operandi program berkenaan menawarkan latihan, seminar atau bengkel percuma untuk mengumpan pelabur sebelum mempelawa mereka untuk membuka akaun urus niaga mata wang asing dalam talian dengan syarikat induk.

“Syarikat terbabit kononnya mempunyai lesen yang sah untuk menjalankan urus niaga mata wang asing di luar negara.

“Mereka juga menyediakan akses mudah kepada laman web dan kemudahan lain bagi memudahkan pelabur menjalankan urus niaga Online Forex,” kata BNM.

BNM berkata, ini termasuk situasi di mana pelabur dikehendaki menyimpan sejumlah wang dalam akaun bank bagi urus niaga dan kemudiannya menambah pelaburan permulaan atau panggilan margin bagi mengelakkan kehilangan modal.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Online Forex mencurigakan perlu melaporkan perkara terbabit kepada BNM,” jelas BNM.

Saluran aduan kepada BNM boleh menghubungi 1-300-88-5465 atau faks ke 03-21741515 atau menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) ke 15888: BNM TANYA (laporan/pertanyaan) atau emelkan ke bnmtelelink@bnm.gov.my.

Di bawah Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953, adalah satu kesalahan untuk individu di Malaysia membeli atau menjual mata wang asing atau melakukan apa-apa tindakan yang melibatkan, berhubung dengan, atau persediaan, membeli atau menjual mata wang asing dengan mana-mana orang selain daripada peniaga berdaftar.

Di bawah Akta itu turut menjadi kesalahan sekiranya seseorang itu membantu atau bersubahat dengan orang lain untuk membeli atau menjual mata wang asing dengan mana-mana orang, kecuali orang tersebut ialah peniaga yang dibenarkan.

Senarai peniaga dan institusi kewangan yang dibenarkan oleh Pengawal Pertukaran Wang Asing untuk membeli atau menjual mata wang asing boleh didapati di laman web BNM iaitu http://www.bnm.gov.my.

Bapa Korek Tanah Selamatkan Anak Tertimbus Dalam Kejadian Tanah Runtuh

BBapa pertaruh nyawa

Henky sedang mengorek tanah yang tertimbus di dalam kejadian tanah runtuh

KIULU: “Ketika itu, saya tidak fikir apa-apa kecuali mengorek tanah lebih sejam untuk menyelamatkan anak saya daripada tertimbus selepas kakinya terhimpit pada sebatang kayu.” kata Henky Pinllan, 30, bapa kepada Tressa Tun Aleasah yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Logkou Kiulu awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi, rumah yang didiami lima sekeluarga ranap akibat runtuhan tanah disebabkan hujan lebat sejak kelmarin, menyebabkan kanak-kanak berusia empat tahun itu patah kaki kiri.

Rumah didiami keluarga Henky yang terletak di pinggir bukit menggelungsur kira-kira lima meter pada kedudukan asal selepas dirempuh tanah runtuh.

Menceritakan detik mencemaskan itu, Henky berkata, ketika kejadian, dia bersama isterinya Sulpa Pinllan, 30, serta Tressa, Reski Sapputera, 5, dan Safirah, 1, sedang tidur.

“Ketika kejadian, saya terdengar bunyi yang kuat daripada luar dan tiba-tiba atap rumah kami runtuh dan saya menyelamatkan anak dan isteri saya.

“Dalam keadaan kelam kabut, saya hanya menemui isteri, Reski dan Safirah manakala Tressa tidak diketahui. Bagaimanapun, ketika hendak melangkah keluar, saya terdengar jeritan Tressa meminta tolong.

“Selepas itu, saya mendapati hampir sebahagian badannya sudah tertimbus dan kakinya tersepit pada sebatang kayu menyebabkan saya sukar untuk menariknya keluar,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Dia berkata, ketika berusaha menyelamatkan ahli keluarga, nyawanya hampir melayang apabila satu daripada kayu menghempap kepalanya.

Henky tidak terfikir keadaan itu kerana dalam fikirannya, nyawa anak begitu penting.

“Saya sedih apabila Tressa menjerit supaya menyelamatkannya sambil meminta supaya tidak meninggalkannya bersendirian. Sudah beberapa kali saya cuba menariknya tapi gagal. Saya sempat menyuruhnya jangan bergerak kerana mahu mendapatkan bantuan orang ramai.

“Saya memanggil jiran untuk mendapat pertolongan bagi mengeluarkan Tressa yang tersepit dan tertimbus itu,” katanya.

Katanya, beberapa rakan turut membantu, namun gagal hinggalah seorang daripada mereka mengambil alat pemotong kayu untuk memotong kayu yang menghempap kaki anaknya itu.

“Selepas itu, barulah anak saya akhirnya berjaya dikeluarkan dan kemudian dibawa ke klinik Kiulu sebelum doktor menyuruh saya supaya merujuk ke Hospital Tuaran.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Suhaimi Wiro berkata, semua mangsa terselamat kecuali seorang kanak-kanak mengalami patah kaki berhampiran buku lalinya dan kini menerima rawatan lanjut di Hospital Tuaran.

Menurutnya, keluarga Henky bernasib baik kerana mendapat bantuan penduduk kampung lalu menghubungi polis sebelum mangsa dikeluarkan.

5 Petua Untuk Dapatkan Anak Soleh

5 Petua Lahir Anak Soleh

Allah SWT berfirman dalam surah ar-Rum ayat 30 yang bermaksud: “(Tetaplah atas) fitrah Allah yang menciptakan manusia menurut fitrah itu. (Hukum-hukum) ciptaan Allah tidak dapat diubah. Itulah agama yang benar. Tapi sebahagian besar manusia tidak mengetahui.”

Dalam sebuah hadis riwayat al-Bukhari daripada Abu Hurairah : “Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud, “setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (tidak mempersekutukan Allah) tetapi orang tuanya yang menjadikannya seorang Yahudi atau Nasrani atau Majusi.”

Sebenarnya, setiap manusia yang lahir ke dunia dalam keadaan suci bersih dan yang membentuknya menjadi baik atau buruk adalah kedua ibu bapanya sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Namun, sebelum mahu membentuk anak menjadi salih, ibu atau bapa hendaklah berusaha menjadi ibu yang salihah dan bapa yang salih.

Justeru, pertama, perlu kita mempertingkatkan ketakwaan kepada Allah SWT agar anak meniru sikap yang kita paparkan. Jangan sekali-kali meninggalkan sembahyang atau apa-apa disyariatkan kita lakukan.

Kedua, banyakkan memohon kepada Allah SWT dengan menggunakan doa yang ma’thur iaitu doa daripada al-Quran atau Hadis.

Antaranya doa terbaik yang dipetik daripada al-Quran iaitu ayat 38 surah ali-Imran : “Rabbi Hab li Min Ladunka Zurriyatan Toiyibatan, innaka sami’ud du’a.” Maksudnya: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik, sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.”

Begitu juga surah Ibrahim ayat 40: “Rabbij’alni muqiimas solati wamin zurriyati rabbana wa taqabbal du’a.” Maksudnya: “Wahai Tuhanku Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankan doa permohonan ku.

Ketiga, suami isteri perlu hindarkan diri daripada sering bertengkar. Ini disebabkan, pertengkaran itu boleh menyebabkan wujud suasana tidak harmoni dalam hubungan suami isteri dan dibimbangi mempengaruhi anak.

Keempat, jauhi daripada melakukan perkara fasik atau maksiat. Apabila ibu atau ayah sukakan perkara maksiat boleh membawa kerosakan besar dalam hubungan suami isteri, begitu juga anak. Berusahalah mewujudkan suasana baik sebagai mana firman-Nya dalam surah ar-Rum ayat 21 yang bermaksud: “Dan antara tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati (Sakinah) dan hidup mesra dengannya dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang (mawaddah) dan belas kasihan (rahmah)…”

Kelima, banyakkan membaca al-Quran ketika mengandung. Tidak semestinya membaca ayat pilihan seperti surah Yusuf dan surah Maryam. Sebaik-baiknya, baca sehingga khatam kemudian diulang. Begitu juga apabila anda ingin membesarkan anak, dengarkan anak dengan bacaan al-Quran kerana ia boleh mempengaruhi jiwanya. -feryco