Ahmad: Najib mohon maaf, saya begitu jua
Bekas menteri besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said menarik balik surat keluar Umno selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memohon maaf kepadanya.
Malah Ahmad yang juga ADUN Kijal turut sama berbuat demikian kepada Najib.
"Beliau minta maaf kepada saya atas salah faham itu dan saya minta maaf atas kelakuan saya," katanya dalam sidang media di kediamannya di Kemaman petang ini.
Secara khususnya, Ahmad berkata bahawa beliau memaafkan Najib ekoran salah faham berkaitan dengan majlis perkahwinan anak perempuannya itu.
"Najib fikir perkahwinan itu berakhir pada 10 Mei, tetapi sebenarnya ada satu lagi majlis pada 17 Mei dan satu lagi pada 31 Mei di Kuala Lumpur," katanya.
Menurut Ahmad, perkahwinan anak perempuannya merupakan maruahnya dan beliau meletak jawatan dari Umno kerana keengganan Najib menghormati permintaannya.
"Kami saling minta maaf jadi saya pun buat keputusan tarik balik peletakan jawatan sebagai ADUN Kijal umno. Begitu juga Ghazali Taib.
"Jadi kes ini selesai dan kami juga kekal sebagai ADUN Umno, semuanya selesai. Ini sahaja," katanya. -mk
ULASAN GB
Berakhirnya episod Terengganu... dimana Najib "terpaksa" mengalah dan meminta maaf kepada Ahmad Said.
Segala usaha dikerahkan untuk pastikan tidak berlaku pilihanraya di negeri itu.
Semenjak 1999, iaitu kewujudan kerjasama parti-parti PAS, DAP dan PKR, UMNO BN cukup takut dengan pilihanraya. Tahun 2014 lagilah teruk dimana di Bukit Gelugor, BN lansung tidak meletakkan calonnya - sesuatu yang amat jarang berlaku dimana parti kerajaan telah mengangkat bendera putih. Itu petanda memang UMNO penakut dan pengecut untuk berhadapan dengan rakyat, sekarang dan selama-lamanya.
Jika Bukit Gelugor pun BN dah kecut, inikan pula satu negeri. Negeri Terengganu yang umum mengetahui bahawa UMNO BN hanya menang tipis di situ di dalam pilihanraya yang lalu - dengan kelebihan hanya tiga kerusi.
Itu sebab mengapa UMNO sedaya upaya cuba mengelakkan DUN dibubarkan dan mengelakkan pilihanraya diadakan sehingga Presiden UMNO "terpaksa" dan "dipaksa" untuk merendah diri dan memohon maaf kepada Ahmad Said - sesuatu yang pelik untuk Najib lakukan tetapi, demi Terengganu, ia mesti dilakukan.
Terengganu sebuah negeri yang unik dimana hasil royalti minyak yang diperolehi dari petronas dikuasai oleh Menteri Besarnya. Itu sebab mengapa sesiapa juga jadi MB Terengganu, ia akan menjadi super kaya-raya... siap boleh pergi dan taja orang lain pergi ke Antartika dan beli dan bela anak singa. Sungguh aneh wang royalti beratus juta ringgit ini diterima semenjak UMNO BN perintah negeri Terengganu tidak pernah diaudit!
Mujurlah PAS dan Pakatan tidak gopoh dan tidak melatah sepanjang episod Terengganu ini berlaku. Tidak seperti UMNO di dalam episod Perak dahulu. Bak kata Dr Azman Ibrahim di harakahdaily "PAS tidak menangguk di air keruh tetapi ‘cerdiknya’ Mat Said and The Gang, keruhkan air kemudian tangguk sendiri."
Apa hyang jelas ialah episod Terengganu adalah sekilas cahaya di dalam gelap yang menunjukkan bahawa ada terdapat tanda-tanda UMNO BN bakal runtuh di negeri it. InsyaAllah.
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI