Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka. Hud: 113
10 Mac 2008
Memalukan: Jadi PM Sekalipun Tahu Rakyat Telah Menolaknya.
Adalah sesuatu yang amat menjengkelkan. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengangkat sumpah jawatan dan sumpah sebagai Perdana Menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dua hari selepas Barisan Nasional kembali berkuasa setelah memenangi pilihan raya umum Sabtu lepas.
Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di dalam ulasannya berkata penggantinya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah "memusnahkan" BN selepas keputusan teruk dalam pilihanraya umum yang lalu.
Beliau mencadangkan Abdullah meletakkan jawatan, dan menambah beliau telah tersilap melantik presiden Umno itu sebagai perdana menteri."Saya fikir beliau harus menerima tanggungjawab atas (kekalahan) ini. Beliau mesti menerima tanggungjawab 100 peratus," katanya."Saya minta maaf tetapi saya memang telah membuat pilihan yang salah (melantik Abdullah)."
"Saya fikir orang ramai mesti rasa sangat-sangat marah, semua kaum, Cina, Melayu dan India," tambah Mahathir.
"Masalahnya kita (kerajaan) telah menjadi terlalu bongkak. Kita tindas sebarang pendapat yang kita tidak suka dan mereka mula percaya pada laporan sendiri yang tidak selalunya tekal dengan apa yang sebenarnya sedang terjadi dalam negara ini."
Rata-rata rakyat memberi reaksi spontannya: memang dasar mukanya tak tahu malu!
Pilihanraya Umum ke 12 yang lepas menyaksikan rakyat telah pun memberikan signalnya yang jelas iaitu UMNO-MCA-MIC-Gerakan (BN) sudah tidak relevan lagi. Hanya menunggu masa untuk digantikan sengan satu barisan baru - Barisan Alternatif atau Barisan Rakyat - sebutlah apa namanya namun yang pasti bukan lagi Barisan Nasional.
Barisan Nasional adalah seumpama sebuah kapal titanic usang yang telah bocor, tidak akan mampu untuk dipulihkan dan hanya menunggu masa untuk karam dan tenggelam ke dasar lautan.
Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di dalam ulasannya berkata penggantinya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah "memusnahkan" BN selepas keputusan teruk dalam pilihanraya umum yang lalu.
Beliau mencadangkan Abdullah meletakkan jawatan, dan menambah beliau telah tersilap melantik presiden Umno itu sebagai perdana menteri."Saya fikir beliau harus menerima tanggungjawab atas (kekalahan) ini. Beliau mesti menerima tanggungjawab 100 peratus," katanya."Saya minta maaf tetapi saya memang telah membuat pilihan yang salah (melantik Abdullah)."
"Saya fikir orang ramai mesti rasa sangat-sangat marah, semua kaum, Cina, Melayu dan India," tambah Mahathir.
"Masalahnya kita (kerajaan) telah menjadi terlalu bongkak. Kita tindas sebarang pendapat yang kita tidak suka dan mereka mula percaya pada laporan sendiri yang tidak selalunya tekal dengan apa yang sebenarnya sedang terjadi dalam negara ini."
Tetapi, seperti lazimnya Pak Lah tidak akan dan tidak mahu mendengar sebarang kritikan dan pandangan terhadapnya. Apatah lagi nilai jawatan PM terlalu mahal baginya untuk dilepaskan begitu sahaja.
Diperburukkan lagi apabila media arus perdana dan media eletronik dengan ketuanya BERNAMA mengambil pandangan-pandangan pemimpin-pemimpin UMNO yang kaki ampu dan kaki bodek (dan umum mengetahui Pak Lah memang seorang yang berimuniti rendah apabila diampu dan dibodek) kononnya tetap berdiri teguh di belakang Pak Lah.
Mereka melakukan demikian untuk pastikan kerusi menteri kabinet mereka terjamin.
Dan Pak Lah berkata tidak timbul soal beliau meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri kerana beliau masih mendapat sokongan padu terutama daripada pemimpin Umno.
Hanya seorang sahaja pemimpin UMNO, kalau ada, yang amat terkilan dengan keengagnan Pak Lah melepaskan jawatannya iaitu timbalannya Datuk Seri Mohd. Najib.
Semasa pilihanraya 1969 apabila kerajaan Perikatan tewas di banyak kawasan, Tunku Abdul Rahman telah mengundur diri dan memberi laluan kepada timbalannya, Tun Abdul Razak menjadi PM.
Dan Najib menyangkakan begitu. Tetapi sayangnya ia tidak berlaku.
Mungkin meleleh airmatanya tatkala mendakap Datin Seri Rosmah sambil memaki-maki Pak Lah... memandangkan usianya yang semakin meningkat dan silap haribulan dia yang terpaksa pergi dulu dari Pak Lah dan terlalu kempunan untuk menjawat jawatan sebagai PM untuk melaksanakan agendanya yang telah lama terpendam.

Pak Lah masih ada agenda yang belum dilaksanakan - menantunya baru sahaja tiba ke kancah politik negara. Wasiatnya belum lagi disiapkan dengan bermohorkan Perdana Menteri dan Presiden UMNO supaya ianya dipatuhi oleh semua, iaitu mempastikan menantunya ini juga diberikan jaminan dimasa muka untuk tiba juga ke kerusi PM itu...
Ini bacaan politik rakyat. UMNO dan BN adalah politik anak-beranak, politik nepotisma dan kronisma. Najib anak kepada Tun Razak jika menaiki takhta PM akan melantik Hishamudin, anak Tun Hussin Onn sebagai timbalannya... dan diikuti pula bila sampai giliran Hishamuddin untuk melantik Khairy Jamaluddin sebagai timbalannya bila di puncak kekuasaan. Begitulah putaran ganas nepotisma di dalam UMNO.
Namun perencanaan manusia tidak selalunya mendatangkan kejayaan sepertimana jawapan Allah di dalam pilihanraya yang lalu. Apabila BN menjangkakan ia menang besar dan dapat menawan Kelantan, siapa menduga BN dihantar ke lembah kekecewaan dan kehinaan.
Begitulah apabila Pak Lah enggan turun, beliau terlupa di sana ada kuasa yang tidak akan mampu ditolaknya.
Setelah dinasihatkan untuk turun secara terhormat tetapi enggan, maka nantikan saat dimana Yang Maha Berkuasa akan menurunkannya dengan cara yang paling dasyat dan hina.
Itulah Hukum Karma yang universal sifatnya itu yang akan mengambil tempatnya dan itulah dinamakan juga sunnatullah yang tidak akan berubah sepanjang zaman.

Buktinya: baru sebentar tadi sebaik sahaja Pak Lah balik dari mengankat sumpah sebagai PM semula, indeks BSKL (IKKL) merudum hampir 100 mata!
Langgan:
Catatan (Atom)