19 Dis 2014

Fara Fauzana Hantar Mesej Mengejutkan Kepada Dr.Masyitah!

Apabila seseorang itu telah berhijrah dan memenuhi imej yang sepatutnya dalam hidup beragama tak perlu lagi dia nak menjawab soalan mengapa dan kenapa perubahan itu berlaku. “Pada saya hanya ucapan tahniah harus diberikan, untuk memastikan orang itu akan terus kekal dalam penghijrahannya. “Saya berhijab kerana Allah SWT,” jelas Fara atau dikenali juga sebagai ‘Fafau’ ketika ditemui The Rakyat Post. 

Fara yang juga pengacara rancangan televisyen NONA berkata, sejak berhijab dia sering memohon doa agar dirinya bertemu guru mursyid yang membawanya ke jalan yang benar mengikut tuntutan syarak. “Saya suka mendengar ceramah ceramah agama. Dalam doa saya selalu minta perlindungan Allah SWT agar ilmu yang saya cari itu tidak membawa ke jalan yang menyesatkan, mudah-mudahan membawa saya ke jalan yang benar,” katanya. Fara berkata, kalangan pendakwah tempatan sebenarnya telah berjaya menyampaikan dakwah di kalangan artis dan selebriti di negara ini dengan baik. 

Sambil menjelaskan perubahan beliau juga tiada kaitan dengan sebarang parti politik atau pertubuhan, Fara berkata memakai hijab tidak bermakna dia akan mengehadkan hubungan yang sudah lama terjalin dengan semua pihak yang membantu perkembangan kariernya. “Saya (hanya) akan menghadkan diri saya untuk bercakap soal agama kerana saya bukan individu yang layak untuk membuat sebarang komen mengenai isu-isu tertentu,” ujarnya yang bimbang ada pihak tertentu mengaitkan selebriti dan artis sepertinya dengan pertubuhan tertentu. 

Ditanya mengenai penampilan selepas berhijab, beliau mengakui perlu lebih teliti memilih pakaian yang ditaja. “Saya bergabung dengan FF By Maganda buat pada masa ini untuk menyediakan fesyen yang bersesuaian dengan imej hijab yang akan digayakan dalam majlis. “Saya cuba elak berpakaian ketat menampakkan bentuk tubuh,” kata Fara. -ekeleh

Sang Menantu Terlupakah Mertuanya Pernah Berkata DAP Berhak Tolak Hudud?


PAS cabar Guan Eng dialog, jelaskan sebab tolak hudud

Ahli Majlis Syura Ulama PAS Zaharudin Muhammad hari ini mencabar Lim Guan Eng berdialog dengannya berhubung isu hudud, merujuk kenyataan yang dibuat setiausaha agung DAP itu meminta Pakatan Rakyat (PR) memberi jaminan hudud tidak akan dilaksanakan sekiranya ia mengambil alih pemerintahan negara.

Zaharudin yang juga menantu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, dialog itu bagi memberi peluang kepada Lim menerangkan kenapa beliau menolak hudud dan kepada PAS menjelaskan keadilan sistem Islam kepada rakyat.

"PAS membawa politik Islam, politik damai dan politik dialog. Maka dengan sebab itu saya menyeru YAB (Yang Amat Berhormat) berdialog di depan masyarakat khususnya bukan Islam.

"Saya tidak kisah jika dalam dialog nanti YAB dengan jelas dan lantang menyatakan tidak bersetuju dengan alternatif yang PAS bawa, tetapi yang saya dan rakyat perlukan ialah fakta di sebalik penolakan lantang YAB," katanya dalam satu surat terbuka kepada Lim hari ini.

Surat itu, bertajuk “Cabaran dialog dengan Lim Guan Eng” diletakkan di status Facebooknya petang semalam.

Berucap pada Persidangan Nasional DAP 2014 di Subang Jaya pada Ahad, Lim berkata, dalam usaha menunjukkan pembangkang mempunyai suara sama, pendirian tidak melaksanakan hudud perlu jelas dinyatakan.

"Pakatan perlu buktikan kita boleh mentadbir lebih baik, ini dapat dilakukan dengan dasar yang jelas.

"Perlu ada pendirian tegas, kerajaan PR di Putrajaya tidak akan melaksanakan undang-undang hudud. Itu mesti jelas sama sekali," kata ahli Parlimen Bagan itu.

Zaharudin berkata beliau menulis surat itu atas kapasiti peribadi sebagai seorang Islam dan rakyat Malaysia yang faham dan yakin tentang keselamatan rakyat semakin terhimpit, jenayah menjadi-jadi serta kewujudan unsur rasuah dalam pengurusan ekonomi negara.

Katanya, PAS menegakkan Islam melalui kerangka demokrasi dan menawarkan sistem Islam yang adil sebagai alternatif kepada sistem sedia ada sekarang.

"Dengan kata lain, PAS berusaha menjelaskan keadilan sistem Islam kepada rakyat, kemudian terpulang kepada mereka untuk memilih atau menolak dasar PAS.

"Bila rakyat sokong dengan memberikan undi dan kemenangan kepada PAS sebagaimana berlaku di Kelantan, bermakna PAS berhak melaksanakan apa yang termampu sebagaimana yang dijanjikan kepada rakyat.

"Dengan kerangka demokrasi, sepatutnya semua parti dalam PR bebas bercakap tentang dasar perjuangan masing-masing dan ini juga dipersetujui dalam deklarasi ringkas pada 5 Mei 2013," katanya.

Beliau berkata, DAP tidak sepatutnya meminta PAS membuat pengisytiharan untuk tidak melaksanakan Islam sekiranya PR memenangi pilihan raya umum akan datang, sebagaimana PAS juga tidak boleh memaksa DAP untuk mengisytiharkan menerima pelaksanaan Islam.

"Apa yang penting ialah kita bersatu menentang BN (Barisan Nasional). Selepas menang kita melihat siapa yang majoriti sewaktu kemengangan.

"Jika PAS majoriti, maka Islam akan dilaksanakan demi kebaikan semua. Jika DAP majoriti, maka terpulang kepada DAP. Itu namanya demokrasi,” katanya.

Zaharudin berkata, keadaan itu sudah pun berlaku secara tidak langsung di Pulau Pinang di mana urusan pentadbiran diserahkan sepenuhnya kepada DAP dan di Kelantan, mengikut cara PAS.

Beliau menasihati orang bukan Islam supaya mengamalkan keterbukaan dan memahami hudud yang akan diperkenalkan oleh PAS, termasuk "hak dan keistimewaan yang mereka akan perolehi" di sebalik dasar itu, sebelum membuat keputusan menerima atau menolaknya.

"Apa yang rakyat tidak perolehi daripada Barisan Nasional (BN) ialah kebebasan mendengar dasar parti yang wujud di dalam Malaysia secara lebih jelas.

"Suara PAS disekat, dasar PAS tidak dapat difahamkan kepada masyarakat. Lebih teruk, media Umno putar belit hakikat dasar PAS. Akhirnya sokongan rakyat kepada sesuatu parti ialah berdasarkan sentimen.

"Saya menyeru YAB supaya sentimen ini dihancurkan bersama. Biar rakyat mendengar dan menilai. Itu yang saya dan rakyat Malaysia mahukan," katanya sambil mendakwa BN menerangkan dasar PAS dan memutar belitnya melalui sekatan media.

"1% betul, 99% putar belit. Akhirnya rakyat keliru. Saya harap ini tidak diikuti oleh DAP," katanya.

Zaharudin dengan yakin menegaskan beliau boleh menyatakan fakta yang hak orang bukan Islam sedang didiskriminasikan dalam sistem perundangan konvensional sekarang yang mempunyai banyak kelemahan. -TMI

ULASAN GB

Nampaknya semenjak Majlis Syura dianggotai oleh orang yang bukan ahlinya, maka PAS menjadi berantakan.

Salah seorangnya ialah menantu Presiden yang bernama Zaharuddin Muhammad yang seolah-olah bertindak lebih sudu dari kuah apabila mencabar Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kononnya untuk berdialog mengenai hudud.

Sedangkan kenyataan mertuanya iaitu Haji Abdul Hadi Awang sendiri menyatakan bahawa:

DAP berhak menyatakan pendirian termasuk tidak bersetuju dengan pelaksanaan hukum hudud.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, penolakan DAP terhadap undang-undang Islam terutama oleh Pengerusinya, Karpal Singh bukan sesuatu yang menghairankan kerana Karpal dan majoriti ahli serta pemimpin DAP bukan beragama Islam. -SH (12/8/2012)

Malah Hj. Hadi sebelumnya pernah menyatakan bahawa hudud bukan sesuatu yang menjadi keutamaan walaupun ia akan dilaksanakan sekiranya Pakatan Pembangkang mengambil alih tampuk pemerintahan negara.


Hadi: Hudud hanya dilaksana jika cukup syarat

HULU TERENGGANU - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata hukum hudud bukan sesuatu yang menjadi keutamaan walaupun ia akan dilaksanakan sekiranya Pakatan Pembangkang mengambil alih tampuk pemerintahan negara.

Menurutnya, hudud akan dilaksanakan terlebih dahulu kepada umat Islam sementara bukan Islam diberi pilihan (untuk menerimanya atau tidak).

"Bagaimanapun, ia mesti dilaksanakan mengikut proses demokrasi. Kita dahulukan yang mana dahulu, kita selesaikan masalah, atasi kemiskinan dahulu.

"Hukum hudud tidak boleh dilaksanakan, hukum mencuri tidak boleh dijatuhkan sekiranya gaji minimum tidak dilaksanakan.

"Sebagai contoh, gaji minimum kena ada, kalau dia mencuri sebab gaji tak cukup, ia (hudud) tak boleh dilaksanakan sebab tak cukup syarat nak laksana hukum ini, itu kena faham.

"Masalah pengangguran diselesaikan dulu baru (hudud) dilaksanakan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan ceramah Pra-Bubar Parlimen di Kuala Berang, di sini, semalam.
-Bernama (9/5/2012)

Tak tahulah GB jika Presiden PAS sendiri sudah membuat "U-Turn" mengenainya untuk menyokong pandangan menantunya sepertimana di dalam beberapa kes seperti kes Menteri Besar Selangor, kes pil kuda & komunis dalam PRU13 dan lain-lain.