3 Apr 2009

BUKIT GANTANG : UMNO-BN Salah Pilih Calon Lagi?

Ramai ahli-ahli UMNO-BN di Bukit Gantang mengeluh apabila mengetahui UMNO-BN telah tersalah pilih calon lagi.

Ini kerana calon yang diketengahkan untuk Parlimen Bukit Gantang dikatakan mempunyai beberapa masalah personaliti yang kurang meyakinkan penduduk-penduduk Bukit Gantang.

Laporan polis yang dilakukan oleh Tan Sri Muhyiddin semalam ada kitannya dengan penyebaran maklumat mengenai calon UMNO-BN yang disifatkan beliau sebagai fitnah dari pembangkang, namun apa yang jelas ia telah diketahui oleh ramai penduduk Bukit Gantang dan pihak pembangkang lansung tidak mengetahui hal tersebut hanyalh selepas Muhyiddin membuat laporan polis.

"Ia adalah satu kesilapan Timbalan Presiden UMNO tersebut dengan mensensasikan isu tersebut dan menyalahkan pembangkang. Pembangkang kini mempunyai lebih banyak peluru kerana persoalan tersebut tidak akan tersebar luas jika ianya tidak diperbesarkan melalui laporan polis," kata seorang penduduk Bukit Gantang.

Sebuah blog mendakwa Ismail Safian gemar untuk mengunjungi satu kawasan di perbatasan Thailand-Danok (Thailand bagian Selatan) dan hal ini amat meresahkan penduduk-penduduk Bukit Gantang.

Kota Danok dipenuhi tempat hiburan yang selalu menyuguhkan hiburan malam dan bertaburkan para PSK (pekerja seks komersil) muda. dan sebuah pekan koboi yang dianggap ‘surganya’ para lelaki jahat untuk melepaskan syahwatnya.

"Pemimpin UMNO Bukit Gantang tidak dapat berbuat apa-apa kerana calon tersebut telah dipilih oleh Najib Tun Razak, Pengerusi Perhubungan UMNO Perak sekalipun nama Ismail Safian bukanlah calon pilihan utama UMNO Bukit Gantang," kata seorang ahli UMNO Bukit Gantang.

"Lagipun Ismail yang juga bekas Ketua Penerangan UMNO Bahagian Bukit Gantang tewas dalam pertandingan Ketua UMNO Bahagian di tangan Datuk Rosli Husin kerana ada pihak mengaitkan beliau sebagai orang Tengku Razaleigh," tambahnya.


KES NIZAR LAWAN ZAMBRY : Mahkamah Benarkan Permohonan Nizar

Mahkamah Tinggi di sini membenarkan permohonan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bagi memulakan prosiding semakan kehakiman bahawa beliau masih Menteri Besar Perak yang sah.

Hakim Datuk Abdul Aziz dalam keputusannya berkata, permohonan semakan itu bukanlah remeh, mengaibkan atau penyalahgunaan proses mahkamah.

Beliau juga menetapkan Rabu depan untuk sebutan kes bagi menentukan tarikh perbicaraan.

Peguam Kanan Persekutuan, Datuk Kamaluddin Md Said belum menetapkan samada pihak Peguam Negara akan merayu atau pun menjadi pencelah di dalam kes itu nanti.



BATANG AI : Rakyat Bangkit Dari Kemiskinan dan Penindasan BN

Kehadiran pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat untuk membantu calon KeADILan Jawah Gerang N29 Batang Ai telah menaikan peratusan penyokong Pakatan Rakyat di sini.

Persiapan terbesar pengarah Pilihanraya Pakatan Rakyat Dun N29 Batang Ai adalah untuk mengadakan satu ceramah besar-besaran oleh Ketua Umum KeADILan Anwar Ibrahim pada 5 April ini.

Kira-kira 60 peratus penyokong Pakatan Rakyat hadir pada hari penamaan calon di Stadium Sukan Batang Ai untuk bersama-sama Jawah dan peratusan sebanyak 15 peratus lagi dijangka akan memihak kepada beliau apabila Anwar dan Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim turun padang di kawasan ini.

“Saya yakin peratusan akan mendadak naik apabila pemimpin teratas Pakatan Rakyat dapat mendengar permasalahan yang mereka hadapi sekarang ini,” kata pengarahnya Dominique Ng.

Rakyat Batang Ai mahu bangkit dari belenggu kedaifan dan kemiskinan hidup dibawah kekejaman kepimpinan Barisan Nasional selama 51 tahun ini.

“Kini kesedaran telah meningkat di kalangan penduduk di kawasan ini apabila ramai pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat termasuk Khalid yang datang ke kawasan Batang Ai untuk menerangkan bahawa betapa pentingnya pengundi yang seramai 8006 orang ini mengundi Pakatan Rakyat,”kata Dominique.

“Dengan menjadikan Negeri Selangor sebagai kayu pengukur untuk membuktikan kemampuan Pakatan Rakyat mentadbir sesebuah negeri dengan telus dan cekap dengan hanya satu tahun mentadbir negeri itu,”jelas Dominique.

Menurut Dominique, Moto pemimpin BN adalah mahukan rakyat Batang Ai terus mundur dan dibelenggu kehidupan dibawah paras kemiskinan untuk mereka terus menindas dam merompak segala kekayaan bumi Batang Ai dengan ugutan akan mengambil tindakan kejam pada sesiapa yang tidak mahu tunduk kepada pemimpin BN.

“Ini tidak akan mematahkan semangat untuk terus berkempen walaupun keadaan yang serba kekurangan untuk mengendalikan kempen dan ceramah,” beliau berkata.

“Masalah utama yang kami hadapi di sini adalah kemudahan pengankutan yang terhad kerana dikawasan pendalaman memerlukan perjalanan selama enam jam untuk sampai ke pusat mengundi di bandar kecil di Lubok Antu ini,” jelas beliau.

Isu setempat di Batang Ai yang menjadi agenda utama ialah:-

Pertama - rampasan tanah adat pemimpin BN terdahulu termasuk bapa kepada calon BN Malcolm Mussen Lamoh semasa beliau menjadi Penghulu di Batang Ai. Mereka tidak mahu seperti ‘Bapa borek anak rintik’ berulang lagi.

Kedua - kawasan Batang Ai hanya terletak bersebelahan projek Bakun Hidro-letrik yang menjana bekalan letrik keseluruh Negeri Sarawak namun kawasan ini tidak mendapat bekalan letrik yang sempurna. Kebanyakan rumah panjang daripada 128 buah tidak mendapat talian bekalan letrik dan bekalan air bersih.

Ketiga - segala janji-janji manis selama 51 tahun pemerintahan kerajaan BN di sini tidak nampak sebarang perbezaan dengan negara jiran Indonesia iaitu sempadan Kalimantan yang tidak mempunyai sebarang kemudahan jalanraya yang berturap dengan sempurna,” kata Dominique.

“Jalan menuju ke Rumah Panjang Sayat tempat tinggal calon Pakatan Rakyat Jawah juga kena menaiki pacuan emapt roda untuk sampai ke sana,” jelas beliau dengan nada kesal dengan kerajaan BN.

BUKIT SELAMBAU : 2 Ribu Bekas PPP Sertai KeADILan

Seramai 2000 bekas ahli People’s Progressive Party (PPP) cawangan Bukit Selambau akan menyerahkan borang keahlian Kepada KeADILan dan seterusnya menutup sebelas bahagian cawangannya di sini.

Kesemua borang keahlian ini akan diserahkan kepada Ketua Umum KeADILan Anwar Ibrahim dalam majlis ceramah beliau di Dewan Hock Seng, Sungai Lalang, Sungai Petani pada jam 8 malam esok.

Acara meriah ini dijangakan akan menyemarakkan semangat penyokong dan pengundi atas pagar serta menawan kembali 1,600 kertas undi yang rosak pada pilihanraya ke-12 tahun lalu akan berpihak kepada Pakatan Rakyat.

“Mereka harus menyatakan sokongan kepada Pekatan Rakyat jika mahu suara mereka didengar di Dewan Undangan Negeri Kedah ini dan tindakan bijak untuk memihak kepada Pakatan Rakyat kerana negeri ini ditadbir oleh Pakatan Rakyat,” kata Pengarah Pilihanraya Dun N25 Bukit Selambau Saiful Izham Ramli kepada Suara Keadilan.

“Sokongan tidak berbelah bagi oleh pengundi dan keahlian baru KeADILan di Bukit Selambau ini akan meningkat peratusan yang baik dan menggalakan kepada Pakatan Raykat,” kata Saiful lagi.

“Slogan yang dibawa BN ‘Mohon Restu Rakyat’ telah dijadikan bahan tertawa penduduk Bukit Selambau bila isu kes pembunuhan wanita Monggolia dan rasuah politik wang sesama mereka seperti kemenangan Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda Umno dan kekalahan Mukhris Mahathir dalam pemilihan majlis tertinggi Umno akibat politik wang dan ketidaktelusan pemimpin BN dalam menangani rasuah,” jelas Saiful.

“Rakyat Bukit Selambau kini tadak boleh dipermainkan dengan sentimen untuk merestui segala permainan kotor BN yang semata-mata mahukan kemenangan namun tidak akan mendengar kesusahan rakyat di sini,” tambah beliau lagi.

Menurut Saiful, peratusan peyokong Pakatan Rakyat telah meningkat dengan mendadak bila ramaipemimpin tertinggi dalam Pakatan Rakyat iaitu, Anwar Ibrahim, Mursyidul Am Pas Nik Aziz dan Penasihat Dap Lim Kit Siang datang berceramah di kawasan Bukit Selambau.

“Jadual ceramah di adakan pada setiap malam di merata-rata tempat dalam kawasan Bukit Selambau dengan mengundang ahli pimpinan atasan Pakatan Rakyat termasuk Persiden KeADILan Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar,” kata Saiful.

- suarakeadilan

BUKIT GANTANG : Tarian Amoi Seksi BN Tingkatkan Undi Nizar

Bancian yang dijalankan oleh pihak Pakatan Rakyat menunjukkan kenaikan peratusan sokongan pengundi untuk PR di P59 Bukit Gantang naik sebanyak 28 peratus berdasarkan isu-isu rasuah politik, penderhakaan Umno dan isu perlembagaan di negeri Perak.

Keyakinan pengundi di kawasan Bukit Gantang yang berpihak kepada Pakatan Rakyat telah meningkat dengan kepekaan mereka terhadap isu-isu semasa dan ketidakpuasan hati akibat rampasan kuasa di negeri itu.

Isu-isu rasuah pemimpin Umno semasa pemilihan Majlis Tertinggi baru-baru ini serta perderhakaan pemimpin Umno terdahulu terhadap Sultan dan Raja-Raja Melayu telah menyedarkan pengundi di kawasan Bukit Gantang ini untuk bangkit mahu menegakkan semula demokrasi di Negeri Perak.

Sementelah lagi, apabila baru-baru ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri bahagian keagamaan Dr Zahid Hamidi dan calon BN, Ismail Saffian secara terang-terangan menyatakan sokongan kepada apa yang di percayai satu kebudayaan orang Cina dengan menyaksikan persembahan tarian panas oleh gadis-gadis separuh bogel dalam satu acara keramaian tajaan Barisan Nasional di Kampung Baru, Kuala Sepetang, Taiping semalam.

“Sungguh menghairankan, jika itu yang dikatankan kebudayaan orang Cina, yang kami tahu penduduk di Kuala Sepetang selama ini hanya menganjurkan opera yang mana pelakun dan penarinya hanya menampakkan muka yang di makeupkan serta pakaian berwarna-warni yang labuh,” kata Pengarah Pilihanraya Pas P59 Bukit Gantang Asmuni Awi kepada Suara Keadilan.

“Budaya bertaraf Bangsar, Kuala Lumpur yang mahu diperkenalkan kepada pengundi di perkampungan nelayan ini dilihat sebagai satu kejutan budaya yang terdesak oleh Unmo/BN untuk memancing undi di kawasan ini,” jelas beliau.

“Slogan BN ‘Mohon Restu Rakyat’ untuk membawa budaya keterbukaan ala Bangsar, merestui rasuah pemimpin Umno dengan politik wang dan membohongi rakyat dengan rampasan kuasa di negeri Perak ini hanya mengundang padah dan mempercepatkan proses untuk Umno dikuburkan di Bukit Gantang ini,” tambah Asmuni.

Faktor kedua: Isu-isu tempatan yang dijanjikan BN sejak 51 tahun dahulu seperti infrastruktur asas - kemudahan letrik, air dan jalanraya yang selesa, isu tanah adat orang Asal, tanah setinggan, lesen perniagaan masih menjadi tanda tanya oleh pengundi di sini.

“Selepas 51 tahun pentadbiran BN di Bukit Gantang, namun kemudahan asas ini masih dipersoalkan oleh penduduk. Janji yang di taburkan BN hanya akan terlaksana apabila Pakatan Rakyat mengambil alih seperti Negeri Selangor dimana hanya satu tahun memerintah, rakyatnya dapat menikmati segala kemudahan dan kekayaan negeri itu kerana ada ketelusan dalam kepimpinan Pakatan Rakyat,” jelas Asmuni lagi.

Menurut beliau, sokongan padu yagn diterima oleh ahli Pakatan Rakyat di Bukit Gantang amat baik dan dengan kerjasama padu dari KeADILan dan Dap telah sama-sama menaikkan peratusan penyokong kepada calon Pas Mohamad Nizar Jamaluddin.

Kempen pilihanraya amat giat dijalankan dengan ceramah, kunjungan rumah ke rumah dan sebagainya tidak terhenti-henti oleh semua lapisan ahli Pakatan Rakyat yang dilihat begitu gigih berkerjasama dalam memastikan kemenangan Paktan Rakyat di Bukit Gantang.

suarakeadilan

BUKIT GANTANG : Azhan Atan, Nyonya, Pemuda India dan Wanita UMNO

Seorang wanita Cina dengan lantang dan penuh semangat berpantun dalam perhimpunan pada hari penamaaan calon Ahad lepas sebagai sokongan kepada wakil Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin.

Beliau dengan petah dan fasih menghafaz berpantun dalam Bahasa Malaysia yang mendapat tepukan gemuruh dari rakyat yang menyertai perhimpunan di perkarangan Bangunan Majlis Perbandaran Taiping.

Sorong papan tarik papan
Buah keranji dalam perahu
Ekonomi negara dalam kegawatan
Kerajaan Barisan buat tak tahu

Nampak hantu nampak jembalang
Jatuhkan kerajaan Perak siapakah dalang
Nampak hantu terus jatuh pengsan
Pergolakan politik di Perak dalangnya adalah Barisan

Pergi ke pasar di Bandar Pekan
Untuk membeli seutas rambutan
DAP,PAS dan Keadilan
Kita bersatu dalam Pakatan

Pergi ke pasar beli ubi kentang
Untuk masak dengan ikan sardin
Siapakah dia Panglima Bukit Gantang
Jawapannya adalah Ir Nizar Jamaluddin


Bekas Wanita Umno Rayu Kawan-kawan Insaf

Dalam kesempatan berucap, seorang bekas pemimpin Wanita Umno Pulau Pinang tidak dapat menahan perasaannya untuk merayu kawan-kawan seperjuangannya yang masih di dalam Umno segera berubah untuk merasai kenikmatan hidup dan rumah tangga bahagia sperti yang dialami kini. Menurutnya jika beliau masih di dalam Umno dahulu, banyak perkara yang dirasakan tidak kena dan perasaan tidak tenteram namun kini bila telah menyertai PAS hatinya bahagia dan tenang.

"Saya dahulu ketika aktif dalam Umno meskipun suami seorang ahli PAS,memang rasa tidak senang,namun selepas saya keluar Umno yang sudah tidak bermaya ini, saya rasa sangat bahagia dan tenteram," katanya.

Pemuda India Ingin Mengajar Ahli Umno Tentang Islam

Seorang pemuda India yang menjadi ahli Kelab Penyokong PAS (KPP) berkata jika ahli Umno tidak tahu dan takut untuk menyokong perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS mereka sanggup mengajarnya.

"Saya seorang beragama Hindu boleh terima perjuangan Islam yang dibawa PAS tetapi saya hairan kenapa ahli-ahli Umno tidak dapat menerima perjuangan agama Islam sedangkan mereka mengaku beragama Islam.

"Kerana itu saya dan kawan-kawan boleh mengajar mereka dan memberi kuliah tentang Islam secara percuma sahaja," ucapnya yang mendapat sambutan dari khalayak dalam perhimpunan itu.

Juara Akademi Nasyid TV9 Ikut Serta

Himpunan rakyat terus bersemarak dengan lagu jihad Al-Amal dan laungan doa Wahdah yang dikepalai oleh Juara Akademi Nasyid TV 9, Azhan Atan yang datang dari Johor.

Azhan yang juga Ketua Pemuda PAS Tanjung Piai berkata beliau akan berada di Bukit Gantang sehingga tamat pilihan raya kecil untuk membantu memenangkan calon Pakatan Rakyat 7 April depan.


BUKIT SELAMBAU : Satu Kejutan Esok Kata Saifuddin

Pagi ini telah diadakan sidang media bersama calon N25 Bukit Selambau di bolik Gerakan AMK Kedah.

Sidang media tersebut juga di hadiri oleh MP Batu YB Tian Chua dan MP Machang YB Saifuddin Nasuton. Terdapat 3 perkara menarik telah di dedahkan ketika sidang media sebentar tadi, MP Batu itu telah mendedahkan ada satu risalah yang di sebarkan di sekitar Bukit Selambau memburukkan calon N25 Bukit Selambau S.Manikumar.

Risalah tersebut di jumpai di kawasan Taman Ria dan dipercayai telah disebarkan ke seluruh Bukit Selambau. Jelas Tian Chua lagi ini merupakan taktik jahat dan fitnah terhadap calon PKR S. Manikumar.

Antara lain isi kandungan risalah tersebut menyatakan bahawa PKR telah menolak calon HENDRAF untuk di jadikan calon N25 Bukit Selambau. Tian Chua telah menjawab tuduhan tersebut dengan menyatakan tiada cadangan rasmi daripada HENDRAF mengenai calon N25 Vukit Selambau, ia di putuskan oleh Prti Keadilan Rakyat.

Dalam pada itu Tian Chua juga menyentuh mengenai perlantikan Najib sebagai PM Malysia yang ke 6.

Tian Chua telah mendesak Najib supaya membebaskan ke semua tahanan ISA termasuk 5 orang HINDRAF yang di kini di tahan di kem Kamunting ketika ini. Sudah menjadi tradisi apabila PM baru yang di lantik akan membuat tindakan yang drastik bagi membebaskan tahanan, sebagai contoh ketika Tun Mahathir di lantik sebagai PM ke 4 dahulu. Tun Mahathir telah membebaskan tahanan yang di tahan pada era 70an. Kini tugas PM yang ke 6 untuk meneruskan tradisi tersebut.

MP Machang YB Saifuddin turut memberi tahu wartawan bahawa pada malam ESOK ada kejutan yang bakal di lakukan ketika ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ceramah tersebut akan di adakan di Dewan Hock Seng Sungai Lalang.

“Anda (pemberita) boleh tidak hadir dari hari penamaan calon sehingga habis pilihanraya, tetapi jika anda ketinggalan pada program esok, anda pasti akan dimarahi oleh bos-bos anda,” katanya kepada pemberita.

Kenyataan Saifuddin itu menimbulkan tandatanya samada terdapat di kalangan pimpinan Umno atau BN yang bakal menyertai keadilan menjelang tiga pilihanraya kecil tersebut.

Ditanya lebih lanjut, Saifuddin enggan mendedahkan perkara itu dan hanya berkata ‘tunggu sehingga esok’.

Namun beliau tidak menolak kejutan yang dikatakannya merupakan satu reaksi awal, secara langsung atau tidak yang diterima pakatan rakyat sejurus selepas perlantikan Najib Razak sebagai Perdana Menteri yang baru.

“Yang pasti kejutan ini akan memberi ‘nilai tambah’ kepada Pakatan Rakyat dan memberi impak yang besar kepada pilihanraya kecil ini,” katanya.

Sidang media berakhir pada jam 11.50tghr.

KE BUKIT GANTANG : Najib PM ke 6 - Terakhir Bagi BN?

Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keenam menggantikan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang berundur sebelum sempat menghabiskan penggal keduanya.

Najib, 55, mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara.

Kenamaan lain yang turut hadir termasuklah anggota Kabinet, Menteri Besar dan Yang Dipertua Dewan Negara serta Speaker Dewan Rakyat.

Seramai 319 tetamu kehormat hadir pada majlis bersejarah itu termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Dengan perlantikan Najib sebagai Perdana Menteri keenam juga bererti lengkaplah sudah teori RAHMAN yang telah diperkata ramai.

Kemudian apa pula selepas ini?

Ada yang menganggap pada zaman "N" inilah UMNO akan tumbang lalu menghabiskan dinasti UMNO memerintah negara. Jika teori RAHMAN ini sudah berakhir, riwayat UMNO juga mungkin akan berakhir.

Jika didasarkan senario politik semasa yang berlaku di tanahair, ia semacam tidak dapat disangkal. Arus kebangkitan rakyat yang bergelombang sejak pilihanraya ke 12 pada 2008 yang lalu sehingga membawa kepada pilihanray-pilihanra kecil selepasnya menampakkan gelombang itu tidak padam dan sentiasa bergelora menunggu saatnya ia menghempaskan diri ke pantai.

Pilihanraya kecil Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai adalah penanda arasnya samada apa yang diimpikan oleh Pakatan Rakyat untuk ke Putra Jaya bakal menjadi kenyataan. Itu sebab mengapa UMNO-BN kini berhempas pulas dengan cara apa pun ingin memenangi tiga pilihanraya kecil berkenaan.

Kegagalan memenanginya bakal memberikan petanda jelas bahawa sememangnya mereka perlu bersedia untuk menyerahkan kuasa kepada Pakatan Rakyat dan itulah sebenarnya harapan sekalian rakyat. Perubahan - dalah sesuatu yang pasti berlaku. Cuma lambat atau cepat.

Segalanya tersurat di dalam taqdir yang tidak dapat diundur atau dipecepatkan walau sesaat jua.



BUKIT GANTANG : TV3 dan Utusan Malaysia Memang Jahat

Laporan Buletin Utama TV3 semalam (1/4/2009) dan akhbar Utusan Malaysia hari ini (2/4/2009) mengenai keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh menolak permohonan Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak, V Sivakumar untuk membatalkan saman terhadapnya oleh tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bebas tidak menggambarkan keputusan sebenar Mahkamah Tinggi tersebut.

Utusan melaporkan seperti berikut:-

IPOH 1 April - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak, V Sivakumar untuk membatalkan saman terhadapnya oleh tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bebas.

Keputusan ini secara tidak langsung membolehkan ketiga-tiga Adun Bebas iaitu Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Kapt (B) Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang) kekal sebagai wakil rakyat dan kerusi bagi DUN berkenaan tidak kosong.


Laporan di atas khususnya perenggan yang menyatakan "keputusan ini secara tidak langsung membolehkan ketiga-tiga Adun Bebas iaitu Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Kapt (B) Mohd. Osman Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang) kekal sebagai wakil rakyat dan kerusi bagi DUN berkenaan tidak kosong" adalah amat mengelirukan dan boleh dianggap sebagai mala fide (berniat jahat) di atas alasan�alasan berikut:

1. Mahkamah Tinggi Ipoh hanya menolak permohonan Sivakumar bagi membatalkan saman pemula yang difailkan oleh ketiga-tiga Adun tersebut ke atas beliau.

2. Keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonan Sivakumar tidak bermakna mahkamah mengisytiharkan ketiga-tiga Adun Bebas itu kekal sebagai wakil rakyat dan kerusi bagi Dun berkenaan tidak kosong kerana isu tersebut belum didengar dan diputuskan oleh Mahkamah.

3. Apabila Hakim mendengar mana-mana permohonan untuk membatalkan saman (sama ada Writ Saman atau Saman Pemula - dalam kes ini ianya adalah Saman Pemula) yang mana permohonan tersebut dibuat di bawah Aturan 18 Kaedah 19 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 (juga dikenali sebagai permohonan "to strike out pleading"), hakim hanya memutuskan permohonan tersebut sahaja. Ini bermakna di dalam kes di Ipoh, hakim hanya memutuskan sama ada membenarkan permohonan Sivakumar atau menolak permohonan Sivakumar bagi membatalkan Saman Pemula ketiga-tiga Adun tersebut.

4. Di dalam kes ini Mahkamah memerintahkan permohonan Sivakumar bagi membatalkan Saman Pemula ketiga-tiga Adun tersebut ditolak. Itu sahaja perintah yang Mahkamah berikan. Tiada perintah lain diberikan oleh Mahkamah Tinggi Ipoh.

5. Selepas Mahkamah memerintahkan permohonan Sivakumar bagi membatalkan Saman Pemula ketiga-tiga Adun tersebut ditolak, Mahkamah yang sama telah menetapkan untuk meneruskan pendengaran Saman Pemula yang difailkan oleh ketiga-tiga Adun Bebas tersebut dan tarikh pendengaran Saman Pemula telah ditetapkan pada 8 April 2009 ini.

6. Selagi Mahkamah belum mendengar dan memutuskan isu yang dibangkitkan di Saman Pemula yang difailkan oleh ketiga-tiga Adun tersebut, ketiga-tiga mereka belum boleh dikatakan sebagai wakil rakyat yang sah dan kerusi mereka juga tidak boleh dikatakan tidak kosong seperti mana yang dilaporkan oleh TV3 dan Utusan Malaysia.

7. Pasukan Peguam Sivakumar telah memutuskan untuk memfailkan rayuan ke atas keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh tersebut dan terdapat kemungkinan besar keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh tersebut akan diketepikan oleh Mahkamah Rayuan kelak seperti mana Mahkamah Rayuan mengenepikan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh, Dato' Ridzuan yang melarang Sivakumar diwakili oleh peguam.

Saya harap penjelasan di atas dapat sedikit sebanyak membetulkan salah faham para pembaca di atas laporan putar belit TV3 dan Utusan Malaysia di atas.

Mohd Hanipa Maidin

BUKIT GANTANG : Siapa Yang Sebenarnya Tertekan?

Bernama melaporkan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pembangkang mula "bermain kasar" kerana semakin tertekan dengan sokongan terhadap Barisan Nasional dalam kempen pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Bukit Gantang yang kini memasuki fasa kritikal.

Katanya perbuatan pembangkang menabur fitnah kononnya wujud perbalahan dalam Umno, adalah satu pembohongan dan cuba mencemari nama baik calon Barisan Nasional, Ismail Saffian.

"Kita sudah masuk fasa kritikal kempen, saya dukacita parti lawan cuba main kasar tabur fitnah, buat surat layang dan risalah," katanya kepada pemberita selepas mengadakan mesyuarat dua jam dengan jentera pilihan raya BN di sini, Khamis.

Muhyiddin, yang mengetuai jentera itu, berkata tindakan pembangkang itu mungkin disebabkan tekanan kerana BN diterima baik oleh semua kaum.

Katanya BN telah membuat laporan di Balai Polis Changkat Jering
semalam supaya tindakan sewajarnya diambil terhadap pihak yang terbabit.

Ulasan GB

Tidak jelas apa yang dimaksudkan oleh Muhyiddin dengan bermain kasar. Apakah kerana wujudnya surat layang yang menyatakan kononnya wujud perbalahan dalam Umno itu sebagai bermain kasar?

Yang jelas, umum mengetahui yang tertekan kini ialah UMNO-BN. Buktinya:

1) UMNO-BN terpaksa berkempen menggunakan gadis seksi dengan kehadiran Naib Presiden terkanan, Ahmad Zahid Hamidi dan calon UMNO-BN Ismail Saffian. Ahmad Zahid sanggup berdusta menyatakan ia budaya masyarakat Cina. Siapa yang mengajar Zahid tarian separa-bogel di atas pentas oleh gadis-gadis seksi itu sebagai budaya masyarakat Cina? Tak tertekankah namanya itu - dua sekaligus, pertama berkempen menggunakan gadis seksi, kedua berdusta menyatakan ia budaya masyarakat Cina?



2) Perbuatan liar penyokong BN dengan membuat contengan di dinding-dinding untuk mencaci maki parti lawan secara keterlaluan. Tidak tertekankah namanya itu?



3) Para blogger BN menggunakan bahasa mencarut dan makian keterlaluan di dalam blog-blog yang ditulis oleh mereka sewaktu menyerang calon PAS, Datok Seri Nizar Jamaluddin disamping fitnah yang lebih dasyat. Tidak tertekankah namanya itu?



4) Polis dan FRU diperalatkan untuk membantu BN pasang alat kempen. Sampai tahap itu polis dan FRU diperalatkan. Tidak tertekankah namanya itu



5) UMNO mula menerima padah apabila memainkan isu derhaka sultan untuk menyerang PAS di Bukit Gantang. Serangan yang melampau-lampau ini menyebabkan orang ramai terutamanya pengundi melayu di Bukit Gantang mula ingin tahu benarkah Nizar derhaka kepada sultan. Akhirnya terbukti UMNO-BN penderhaka sebenar. Tidak tertekankah namanya itu?



Malah laporan polis oleh Muhyiddin sendiri di saat waktu berkempen sednag berjalan, bukankah itu membuktikan UMNO-BN amat tertekan namanya?

Surat Pimpinan Pakatan Rakyat Kepada DYMM SPB Yang di-Pertuan Agong


28 Mac 2009
1 Rabiul Akhir 1430

Mengadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong

Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud al-Muktafi Billah Shah

Yang bersemayam di atas takhta Kerajaan Malaysia dengan beberapa amat kebesaran dan kemuliaannya.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Ampun Tuanku,

Dengan hormat dan takzimnya patik sekalian merafa’kan sembah dan berdoa kehadrat Allah Subhanahu Wata’ala, mudah-mudahan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sentiasa berada dalam keadaan selamat dan kesejahteraan.

Ampun Tuanku,

MEMOHON PERKENAN UNTUK MENANGGUHKAN LANTIKAN PERDANA MENTERI BARU SEHINGGA NAMA BELIAU DIBERSIHKAN OLEH SURUHANJAYA BEBAS

Patik sekalian mewakili semua 81 Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dengan penuh takzim ingin merafa’ sembah mengenai rancangan YAB Perdana Menteri untuk mengadap Seri Paduka Baginda pada 2 April ini bagi menyatakan hasrat meletakkan jawatan dan menyerahkan jawatan beliau kepada YAB Timbalan Perdana Menteri yang merupakan Presiden UMNO yang baru.

Ampun Tuanku,

Jawatan Perdana Menteri ini merupakan suatu jawatan tertinggi dalam negara yang menjadi maruah sesebuah negara. Jawatan yang sebegitu penting seharusnya diberikan kepada individu terpilih yang bersih dan tidak dipersoalkan integritinya.

Baru-baru ini terdapat banyak skandal yang mengaitkan nama YAB Timbalan Perdana Menteri seperti komisyen pembelian kapal selam Scorpene yang melibatkan negara Peranchis. Yang paling mengejutkan adalah peristiwa pembunuhan seorang wanita Mongolia yang dikatakan turut mengaitkan nama beliau. Perkara di atas telah tersebar ke seluruh dunia dan diulas di banyak akhbar dan majalah seluruh dunia.

Oleh kerana perkara di atas begitu banyak diperkatakan dan memandangkan jawatan Perdana Menteri begitu penting buat negara ini, adalah amat wajar sekiranya Seri Paduka Bagida menangguhkan lantikan Perdana Menteri yang baru ini sehingga segala dakwaan berkenaan disiasat oleh sebuah Suruhanjaya Bebas dan nama beliau dibersihkan demi menjaga maruah negara ini.

Ampun Tuanku,

Patik sekalian akhiri warkah yang tidak sepertinya ini dengan sekalung penghargaan ke atas keprihatinan dan pertimbangan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Mudah-mudahan Allah Subhanahu Wata’ala melanjutkan usia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan seluruh kerabat Tuanku dan semoga sentiasa berada di dalam kesejahteraan dan kebahagiaan yang berkekalan.

Amin Ya Rabbal ‘Alamin

Ampun Tuanku,

Patik sekalian dengan segala hormat takzimnya;

Bagi pihak Ahli Parlimen Pakatan Rakyat

YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
Ketua Pembangkang
merangkap Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR)

YB Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang
Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS)

YB Lim Kit Siang
Ketua Ahli Parlimen Democratic Action Party (DAP)

SENARAI AHLI PARLIMEN PARTI KEADILAN RAKYAT

1. YB Ahmad bin Kassim
2. YB Dato’ Rashid Din
3. YB Dato’ Johari Abdul
4. YB Gobala Krishnan a/l Nagapan
5. YB Zulkifli Nordin
6. YB Tan Tee Beng
7. YB Dato’ Zahrain Mohamed Hashim
8. YB Mohd Yusmadi Mohd Yusoff
9. YB Mohsin Fadzli b Hj Samsuri
10. YB Dr Michael Jeyakumar Devaraj
11. YB Dr Lee Boon Chye
12. YB Abdul Aziz Abdul Kadir
13. YB Amran Abdul Ghani
14. YB Saifuddin Nasution Ismail
15. YB Dato’ Dr Zainal Abidin Ahmad
16. YB William Leong Jee Keen
17. Yb Mohamed Azmin Ali
18. YB Zuraida Kamaruddin
19. YB Gwo-Burne Loh
20. YB Hee Loy Sian
21. YB Sivarasa a/l K Rasiah
22. YB Manikavasagam a/l Sundaram
23. YB Abdullah Sani Abdul Hamid
24. YB Chua Tian Chang
25. YB Wee Choo Keong
26. YB Nurul Izzah Anwar
27. YB Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Ibrahim
28. YB Dato’ Kamarul Bahrin Abbas
29. YB Azan Ismail
30. YB Fuziah Salleh

SENARAI AHLI PARLIMEN PARTI ISLAM SEMALAYSIA

31. YB Ustaz Nasir Zakaria
32. YB Haji Mahfuz Omar
33. YB Dr Mohd Hayati Othman
34. YB Firdaus Jaafar
35. YB Che Uda Che Nik
36. YB Ustaz Haji Taib Azamuddin Md Taib
37. YB Dato’ Haji Kamarudin Jaafar
38. YB Dato’ Haji Abd Halim Ab Rahman
39. YB Dato’ Wan Abdul Rahim Wan Abdullah
40. YB Siti Zailah Mohd Yusuf
41. YB Salahuddin Haji Ayub
42. YB Ustaz Haji Nasharudin Mat Isa
43. YB Muhammad Husin
44. YB Dr. Haji Mohd. Hatta Ramli
45. YB Ustaz Mujahid Haji Yusof Rawa
46. YB Mohd Abdul Wahid Endut
47. YB Dr. Dzulkifli Ahmad
48. YB Dr Che Rosli Che Mat
49. YB Khalid Abd Samad
50. YB Dr. Hajjah Siti Mariah Mahmud
51. YB Dr. Lo’ Lo’ Haji Mohd. Ghazali

SENARAI AHLI PARLIMEN DEMOCRATIC ACTION PARTY

52. YB Lim Guan Eng
53. YB Dr.Tan Seng Giaw
54. YB Chong Eng
55. YB M.Kulasegaran
56. YB Fong Kui Lun
57. YB Tan Kok Wai
58. YB Chow Kon Yeow
59. YB Teresa Kok Suh Sim
60. YB Prof.Dr.P.Ramasamy
61. YB Ngeh Koo Ham
62. YB Nga Kor Ming
63. YB Karpal Singh
64. YB Fong Po Kuan
65. YB Teo Nie Ching
66. YB Gobind Singh Deo
67. YB Chong Chieng Jen
68. YB Loke Siew Fook
69. YB Tony Pua Kiam Wee
70. YB Jeff Ooi Chuan Aun
71. YB Charles Santiago
72. YB M.Manogaran
73. YB Sim Tong Him
74. YB John Fernandez
75. YB Liew Chin Tong
76. YB Dr.Hiew King Cheu
77. YB Lim Lip Eng
78. YB Er Teck Hwa