7 Feb 2011

PRK Merlimau: PAS Melaka Sudah Bersedia Terima Petugas

Setiausaha Jabatan Pilihan raya PAS Negeri (JPN) Melaka, Bahiki Ismail berkata, pihaknya sudah bersiap sedia untuk menerima kontinjen dari seluruh negara yang akan berkampung di Merlimau bagi membantu gerak kerja pilihan raya kecil (PRK) Dun Merlimau.

"Pihak kami telahpun menyediakan penginapan dan kelengkapan logistik untuk semua kontinjen negeri-negeri di mana semua negeri telah diberikan tugas berdasarkan kepakaran dan kekuatan masing-masing.

"Semuanya sudah siap sedia dan pihak kami hanya menunggu kedatangan tetamu untuk membantu kami," ujarnya yang juga Setiausaha PAS Kawasan Alor Gajah.

Ditanya tentang persiapan jentera, Bahiki (gambar) berkata bahawa JPN memang sudah lama bersedia dan tidak ada masalah yang dihadapi oleh pihaknya bagi menggerakkan jentera di Dun Merlimau.

"Program Jom Turun Padang Mesra Rakyat telah dimulakan sejak awal 2010 lagi di mana ianya telah memberikan kesan yang amat baik kepada petugas-petugas di mana mereka telah mendapat latihan yang sistematik dan cukup untuk berhadapan dengan kerja-kerja pilihanraya.

"Negeri-negeri akan digabungkan dengan jentera tempatan dan gabungan ini sudah tentu akan bertambah mantap dengan kepakaran yang ada pada jentera masing-masing," tambahnya.

Menurutnya, JPN telah mengenalpasti beberapa strategi yang sedang dan akan dimainkan oleh Umno BN untuk mengelirukan rakyat di Merlimau di mana sebahagian besarnya adalah isu lama yang sudah muak dan tidak diterima oleh rakyat.

PAS, kata Bahiki yakin bahawa pengundi Merlimau bijak untuk membuat pilihan, di mana Dewan Undangan Negeri Melaka memerlukan pembangkang dari PAS bagi menegur dan menasihati kerajaan negeri dalam isu-isu berkaitan agama, sosial dan korupsi.

Bahiki juga mengharapkan pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), polis dan pihak berkuasa tempatan (PBT) dapat berlaku adil kepada semua parti yang bertanding demi kepentingan rakyat dan kedaulatan negara.

"Tidak ada guna kita adakan pilihan raya jika padang permainan tidak rata yang akhirnya menyebabkan imej negara tercalar kerana sistem pilihanraya yang tidak adil dan tidak telus," ujar Bahiki ketika ditemui di Bilik Operasi PAS di Merlimau pagi ini.

SPR menetapkan 26 Februari ini hari penamaan calon PRK Merlimau dan jika ada pertandingan, hari mengundi pada 6 Mac. -harakahdaily

RUJUKAN

Terdapat 7 peti Undi di dalam Dun Merlimau diantaranya ialah:

1. 139/27/01 – AYER MERBAU
2. 139/27/02 – CHINCIN
3. 139/27/03 – JASIN LALANG
4. 139/27/04 – MERLIMAU UTARA
5. 139/27/05 – MERLIMAU PASIR
6. 139/27/06 – PERMATANG SERAI
7. 139/27/07 – PENGKALAN SAMAK




[Video] GEMPAR: 6 Terbunuh, Penduduk Serang Pengikut Ahmadiah

Jakarta: Sekurang-kurangnya enam terbunuh dan berpuluh yang lain cedera apabila kira-kira 1,000 penduduk Islam bertempur dengan sekumpulan pengikut ajaran Ahmadiah di Jawa Barat, semalam.

Agensi berita Antara melaporkan, penduduk Islam sebelum itu mengepung sebuah rumah di daerah Pandeglang di Jawa Barat bagi menghalang pengikut Ahmadiah daripada bersembahyang di situ.

Antara berkata, enam orang terbunuh dalam pertempuran yang tercetus apabila pengikut Ahmadiah menikam seorang penduduk tempatan. Polis bagaimanapun hanya dapat mengesahkan tiga kematian.

“Setakat ini kami dapat mengesahkan tiga kematian dan mereka adalah pengikut Ahmadiah dari Jakarta.

“Kami masih perlu mengesahkan identiti mereka, manakala empat orang lagi cedera parah. Pengikut ajaran Ahmadiah bersenjatakan parang dan lembing dalam pertempuran itu,” kata ketua polis daerah, Alex Fauzi Rasyad kepada stesen televisyen tempatan MetroTV.

Satu perintah kerajaan yang dikuatkuasakan pada 2008 selepas menerima tekanan pemimpin Islam, melarang kumpulan Ahmadiah daripada menyebarkan ajaran mereka di Indonesia yang antaranya mempercayai Mirza Ghulam Ahmad adalah rasul terakhir.

Ajaran Islam sebenar menyatakan bahawa Nabi Muhammad adalah rasul terakhir manakala kepercayaan Ahmadiah dianggap sesat dan mencemarkan kesucian Islam. Mengikut undang-undang 1965, mereka yang terbabit boleh dihukum hingga lima tahun penjara.

Kumpulan Ahmadiah mendakwa mempunyai 500,000 pengikut di Indonesia, manakala pertubuhan Islam terbesar, Nahdlatul Ulama 30 juta ahli. – AFP







Lim Guan Eng Bidas Bernama Buat Laporan Bohong

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menafikan laporan akhbar yang memetik Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa beliau agar membenarkan orang Melayu untuk berniaga di negeri itu.

Lim berkata untuk berlaku adil kepada Timbalan Perdana Menteri, beliau tidak menamakan mana-mana kaum dalam ucapannya ketika menghadiri Majlis Rumah Terbuka BN di Pulau Pinang seperti yang dilaporkan oleh Bernama.

Lim berkata ia menunjukkan seolah-olah ada pihak yang cuba menghasut dan memainkan sentimen perkauman sedangkan Muhyiddin tidak meminggir mana-mana kaum pada ucapannya.

"Beliau tidak namakan mana-mana satu kau... malah kenyataan timbalan perdana menteri juga boleh diputar belit... ini amat bahaya,” kata Lim pada sidang akhbar hari ini.

"Saya di sana... kita tidak boleh tangkis apa yang tiada di sana... jangan letak kata-kata ke mulutnya (Muhyiddin)," katanya memberi amaran.

Lim kemudiannya meminta beberapa wartawan yang menghadiri sidang akhbar semalam untuk mengesahkan sama ada apa yang dikatakan oleh Muhyiddin adalah seperti yang dilaporkan dan semua yang hadir setuju Muhyiddin tidak berkata demikian.

Main politik

Bernama memetik Muhyiddin sebagai berkata: “(Jika) Melayu berniaga, dia susah, bagilah dia peluang berniaga termasuk sesiapa juga yang mahu mencari nafkah sendiri dan mencari makan".

Sehubungan itu, menurut Lim jika pihak-pihak tertentu ingin main politik mereka harus berpegang kepada prinsip dan bukannya dengan cara yang tidak bermaruah. -mk

BERITA BERNAMA SEMALAM


TPM Mahu Lim Guan Eng Berlaku Adil Kepada Rakyat Pulau Pinang

GEORGE TOWN, 6 Feb (Bernama) -- Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng supaya berlaku adil kepada rakyat negeri ini, tanpa mengira kaum, dengan memberi peluang kepada mereka menjalankan perniagaan, demi pembangunan ekonomi penduduk negeri ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata ini kerana rakyat semua kaum di negeri ini berhak mendapat peluang untuk menjalankan perniagaan di negeri ini.

"Layanlah rakyat Pulau Pinang, Melayu atau Cina atau India. (Jika) Melayu berniaga, dia susah, bagilah dia peluang berniaga termasuk sesiapa juga yang mahu mencari nafkah sendiri dan mencari makan," katanya ketika berucap pada majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, di sini, Ahad.

Katanya kerajaan negeri sepatutnya memberi peluang dan galakan kepada peniaga untuk mencari nafkah dan bukannya menghalang mereka.

"Saya tahu Pulau Pinang di bawah pakatan pembangkang, tapi tidak apa. Yang penting pakatan pembangkang ada komitmen untuk membantu (rakyat) sama seperti BN yang ada komitmen untuk bangunkan rakyat tanpa sebarang perbezaan," katanya.

Muhyiddin berkata sikap adil itu akan membuatkan rakyat berasa lebih selesa dan berpuas hati dan ia akan membantu usaha untuk memajukan negara.

Beliau juga menafikan dakwaan Lim bahawa Pulau Pinang tidak mendapat faedah daripada program pembangunan yang dirancang oleh kerajaan pusat.

"Pulau Pinang dapat faedah dari dulu lagi. Kerajaan pusat buat untuk semua negeri dan tidak terkecuali juga negeri Pulau Pinang.

"BN membangunkan Pulau Pinang bukan kerana Lim jadi Ketua Menteri tetapi untuk rakyat negeri ini," katanya.

Muhyiddin berkata kerjasama antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat penting untuk pembangunan ekonomi negeri.

"Saya tahu Ketua Menteri juga tahu tenteng perkara ini (kerjasama)," katanya.

Muhyiddin berkata rakyat Pulau Pinang tidak mahu mendengar janji kosong kerajaan negeri sebaliknya mahu melihat kesan daripada apa yang dilaksanakan.

Turut hadir pada majlis yang dihadiri kira-kira 5,000 orang itu ialah Pengerusi BN Pulau Pinang Tan Sri Dr Koh Tsu Koon serta pemimpin BN negeri.

Lim dan beberapa exco kerajaan negeri juga hadir pada majlis itu.-- BERNAMA


SAH: Calon PAS Bertanding Di Merlimau

Calon PAS tanding DUN Merlimau: Anwar

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat sebulat suara meletakkan calon daripada parti PAS bagi menghadapi pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Melaka yang akan diadakan pada 6 Mac depan.

Keputusan itu diumumkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu pejabat parti DAP di sini, sebentar tadi.

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sebelum ini mengumumkan tarikh penaman calon adalah 26 Februari ini.

Sementara itu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata PAS akan bermesyuarat pada 13 Februari ini bagi membincangkan calon yang akan diketengahkan Pakatan Rakyat bagi DUN Merlimau. -BH

Ulasan GB

GB sudah ulas lebih awal di SINI

SAH Safee Sali Sertai Kelab Indonesia

Jakarta — Penyerang gempal yang memperkuat pasukan nasional Malaysia semasa kejayaan merangkul gelaran juara dalam pertandingan bolasepak AFF 2010, Mohd Safee Bin Mohd Sali, dengan rasmi menyertai kelab Pelita Jaya, Karawang Indonesia, demikian lapor kompas.com.

Safee yang juga merupakan penjaring gol terbanyak pada AFF 2010 tersebut telah mengikat kontrak dengan Pelita selama satu tahun. "Safee rasmi tanggal 2 Februari lalu. Namun, dia belum dapat bergabung kerana masih perlu bermain untuk kelabnya, Selangor FC, pada 12 nanti. Dua hari kemudian, dia baru ke Jakarta," ujar Pengarah Kelab Teknik Pelita Rahim Soekasah ketika dihubungi wartawan, Isnin (7/2/2011).

Rahim mengungkapkan, Safee dibeli guna meningkatkan prestasi pasukannya. "Pemain Pelita muda-muda. Yang berusia 25 tahun cuma dua orang. Selain itu, kami juga memerlukan penyerang. Kami sudah main bagus, tetapi tidak ada yang boleh menjaringkan gol," kata Rahim.

Rahim (gambar) enggan memdedahkan nilai nominal pembelian penyerang kelahiran Selangor, 29 Januari 1984, itu. "Kami sudah sepakat tidak mendedahkan harga Safee. Kalau terlalu murah harganya, Safee boleh dilarang ke Jakarta. Kalau terlalu tinggi, dia dibilang mata duitan pula," tuturnya.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek sebelum ini mengingatkan pemain bola sepak negara yang kini 'dipinang' kelab luar negara, agar hanya menimbang tawaran yang dapat meningkatkan kecemerlangan mereka.

Peminat bola sepak tempatan, Riduan Said, 35, pula berkata, dia akan berasa kecewa jika pemain kebangsaan sanggup meninggalkan pasukan sendiri semata-mata ingin mencari duit lebih, lapor Bernama sebelum ini.

"Saya harap pemain kita tidak akan kecewakan rakyat Malaysia kerana kejayaan di Piala Suzuki bukan milik individu, sebaliknya ia merupakan milik seluruh rakyat di negara ini," katanya

PAS Tak Bertanding Di Merlimau? Karut!

PAS dipercayai tidak mahu bersaing di DUN Merlimau

KUALA LUMPUR, 7 Feb — Barisan Nasional (BN) yang menyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau dilihat kemungkinan boleh mengekalkannya tanpa cabaran jika Pakatan Rakyat khususnya PAS memutuskan untuk tidak meletakkan calon mereka kali ini.

Pilihan raya kecil kerusi DUN Merlimau akan berlangsung 6 Mac ini.

The Malaysian Insider difahamkan beberapa pemimpin kanan PAS sedang melobi untuk tidak menurunkan calon mereka di kubu kuat BN itu.

“Kita perlu memilih pertarungan, kita tidak boleh bertanding hanya kerana adanya kekosongan. Kosnya tinggi dan ini masa untuk kita memfokus pada pilihan raya umum,” kata seorang anggota biro politik PAS yang tidak mahu namanya didedahkan.

Daripada 14 pilihan raya kecil sejak 2008, PAS bertanding tujuh kali dan menang empat.

Kali terakhir PAS memutuskan untuk tidak bertanding pada pilihan raya kecil ialah Januari 2007, yang diadakan ekoran kekosongan kerusi DUN Batu Talam di Pahang.

PAS menggariskan kelemahan proses pilihan raya sebagai alasan memulau pilihan raya kecil ketika itu.

“Kecuali beberapa pemimpin yang ghairah mahu mengadakan bilik gerakan di Merlimau, kebanyakan kami di peringkat nasional tidak cenderung untuk bertanding,” kata sumber itu.

Pemimpin jawatankuasa kerja PAS pusat itu berkata halangan dihadapi hanyalah hasrat kepimpimpinan parti peringkat negeri dan kawasan Jasin.

Perkara itu dijangka dibincangkan pada mesyuarat Pakatan Rakyat petang ini.

Biro politik PAS akan mengadakan mesyuarat mereka malam ini.

The Malaysian Insider isu tersebut akan disentuh dalam kedua-dua mesyuarat itu.

Dipercayai Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang dilantik sebagai pengarah pilihan raya kecil Merlimau menyokong idea itu.

Seorang lagi pemimpin PAS berkata parti itu perlu membuat keputusan itu sebelum memujuk rakan-rakan mereka dalam Pakatan Rakyat mengambil langkah yang sama.

“Masalahnya ialah PKR dan ketua Angkatan Mudanya Shamsul Iskandar Akin yang berminat mahu bertanding, akan ada kesan dalaman lebih buruk jika PKR bertanding,” katanya dengan merujuk kepada persefahaman ketika pilihan raya umum 2008 di mana Shamsul tidak bertanding di Jasin tetapi memilih kerusi Dungun di Terengganu.

Bahagian Parlimen Jasin mempunyai lima DUN di mana BN menang kesemuanya pada 8 Mac 2008.

PKR juga menunjukkan minat ke atas Merlimau agar boleh ditandingi oleh Shamsul. -TMI


Petikan dari:

Melawat medan tempur politik di Merlimau
Oleh Zulkifli Sulong

Ekoran dari diskusi inilah, ada tiga pilihan untuk PAS dan Pakatan Rakyat pertimbangkan menjelang pilihan raya ini. Pertama, sebagaimana status qou 2008, PAS bertanding di sini.

Ia nampaknya pilihan yang sangat dikehendaki oleh PAS Melaka. Mereka mahu berusaha untuk memecahkan telor kerusi mereka dalam Dun Melaka. Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman adalah pihak yang paling mahu ianya dilakukan. "Malu aku bila bercakap dengan lain-lain pimpinan PAS, bila kita kosong begini," Ustaz Ghani didengar selalu berkata begitu.

Pilihan kedua adalah memberikan kerusi ini ditandingi calon PKR, Syamsul Iskandar Mat Akin yang juga Pengerusi PKR Melaka. Beliau memang pun sangat beriya-iya mahu bertanding di sini. Namun bagi PAS, pilihan ini terlalu negatif bagi mereka. Lihatlah dari perpektif manapun, ia akan membuatkan PAS Melaka marah.

Pilihan ketiga adalah memberikan peluang kepada calon BN menang percuma dalam pilihanraya ini. PR buat persiapan untuk PRU 13 yang sudah tidak berapa lama itu. Pimpinan PAS yang selalu menjaja idea ini adalah naib presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Bagi beliau pilihan raya kecil adalah pembaziran wang rakyat. Langkah sebegini pernah dibuat oleh PAS di Batu Talam, Pahang.

Katiga-tiga pilihan ini ada buruk dan baiknya. Pucuk pimpinan ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat perlu mempertimbangkannya. -petikan dari harakahdaily


Ulasan GB

Jika benar seperti dilaporkan ada pemimpin kanan PAS sedang melobi untuk tidak menurunkan calon mereka di Merlimau, ia adalah sesuatu yang karut.

Pertama, tugas PAS selain dari untuk bertanding di dalam pilihanraya, ada tugas yang lebih penting dari itu iaitu menyampaikan mesej dakwah.

Kedua, Merlimau kubu kuat BN? Tidak ada pun di Malaysia ini yang boleh menjadi kubu kuat BN yang tidak boleh ditembusi oleh parti lain. Johor satu ketika dianggapkan kubu kuat UMNO BN sehingga ridak ada satu parti lain selain UMNO BN yang boleh memenanginya. Tetapi senario kini sudah menamatkan khurafat itu.

Ketiga, perbelanjaan besar untuk pilihanraya? Ia bukan ditanggung oleh pimpinan semata-mata tetapi oleh ahli-ahli akar umbi PAS yang selama ini menegakkan parti melalui sumbangan-sumbangan dan derma-derma. Bukan datang dari kocek pimpinan kanan seperti Tuan Ibrahim Tuan Man, tetapi PAS adalah milik jemaah.

Keempat, hanya yang bermentaliti lemah seperti Zulkifli Sulong, Ketua Editor Harakahdaily yang meletakkan "tidak bertanding" sebagai satu alternatif yang ada bagi PAS. Bagi yang berjiwa besar, sekalipun penuh onak dan ranjau, katakan kepada mereka "PAS BOLEH"!

Kelima, tidak ada umat Islam di zaman Rasulullah menyatakan tidak mahu ke medan perang apabila diseru berbuat demikian. Berjuang atau mati syahid. Anihnya seorang ketua media PAS sendiri tergamak mengutarakan alternatif-alternatif yang tidak berpaksi kepada kebenaran dan roh Islami.

Keenam, Bukit Talam? Keadaannya berbeza kerana kita itu, Pakatan Rakyat belum terbentuk. Barisan Alternatif ketika itu belum mantap untuk berdepan dengan jentera BN.

Banyak lagi hujjah yang boleh GB kemukakan. Tetapi GB yakin tulisan yang keluar di dalam TheMalaysian Insider di atas hanya rekaan penulisnya dan bukan zahir dari mulut pemimpin kanan parti seperti yang didakwa.

Biar sekalipun PAS tewas, dakwah MESTI dilaksanakan dan PAS perlu bertanding DEMI Islam. Berjuang dan berusaha dengan sehabis-habisnya, kalah menang di tangan Tuhan! Itu semboyan kita.



Calon-calon Wanita Berentap Di PRK Merlimau?

Pergerakan Wanita UMNO, minggu lepas telah meminta agar BN meletakkan calon wanita di Merlimau dan daripada tujuh nama untuk dipertimbangkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak, sebagai calon BN pada PRK itu ialah Ketua Wanita UMNO Bhgn Jasin, Zaleha Bujang. Beliau ialah seorang ahli lembaga pengarah Yayasan Melaka.

Gambar: Hajjah Zaleha Bujang - UMNO (kiri) dan Hajjah Kintan Osman - PAS (kanan)

Berita Harian pula melaporkan PAS mungkin pertaruhkan calon wanita di Merlimau jika keputusan mesyuarat majlis tertinggi pakatan pembangkang hari ini memihak kepada PAS, parti itu tidak menolak kemungkinan meletakkan calon wanita untuk bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, 6 Mac depan.

Dewan Muslimat PAS sepastinya sudah bersedia jika calon muslimat terpilih lagi untuk pilihanraya kecil sekalipun calon muslimat di Tenang, Normala Sudirman tewas di tangan BN di dalam pilihanraya kecil yang lepas.

Jika benar PAS menurunkan calon muslimat di Merlimau, diantara nama muslimat yang popular di kawasan Merlimau ialah Hajjah Kintan Osman, Setiausaha Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka dan juga AJK Dewan Muslimat PAS Pusat. Beliau ialah bekas pelajar Sekolah Tinggi Melaka dan mendapat pendidikan dari UPM dalam bidang Sains Pendidikan.

Hajah Kintan adalah seorang yang mempunyai ramai saudara-mara dan sahabat di Merlimau kerana beliau dahulu bmendapat pendidikan meengahnya di Sek Men Dang Anum Merlimau dan merupakan Ketua Pengawas Perempuan di sekolah tersebut.

Beliau juga pernah aktif di dalam Persatuan anak-anak Melayu University Queensland Australia.

Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasruddin Hassan, dilaporkan berkata tidak menjadi masalah kepada parti itu untuk meletakkan calon wanita kerana keputusan mengenainya tidak ditentukan faktor jantina, sebaliknya kelayakan dan kepemimpinan calon pada peringkat kawasan ditandingi.

Parti juga katanya, tidak pernah menetapkan sebarang kuota untuk calon lelaki dan wanita, sebaliknya keputusan terbaik adalah selepas mengambil kira pandangan kepemimpinan parti peringkat negeri yang memilih berdasarkan potensi calon untuk menang dan persetujuan Majlis Syura Ulama.

Beliau berkata, PAS tidak pernah serik untuk meletakkan calon wanita walaupun pilihan raya kecil DUN Tenang tidak memihak kepada parti itu apabila calon mereka, Normala Sudirman tewas kepada calon BN, Mohd Azahar Ibrahim dengan majoriti 3,707.

UMNO Berusaha Untuk Gugurkan Status ADUN Sri Muda?

ADUN Sri Muda Shuhaimi Shafiei hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas tuduhan menyiarkan artikel berbentuk hasutan dalam blog peribadinya.

Beliau didakwa mempersoalkan kuasa Sultan Selangor dalam blog pada 30 Disember tahun lalu melalui artikel berjudul "Pandangan saya berasaskan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959". Shuhaimi tiba di mahkamah kira-kira jam 9.30 pagi membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan kepadanya oleh jurubahasa mahkamah.

Beliau dituduh mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan kerana didakwa menulis pendapatnya mengenai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor yang baru pada 31 Disember lalu. Jika sabit kesalahan ia membawa hukuman denda tidak melebihi RM5,000, atau penjara sehingga tiga tahun bagi kesalahan pertama.

Hakim Latifah Mohd Tahar membenarkan beliau diikatjamin sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin.

Shuhaimi diwakili tujuh peguam, diketuai peguam hak asasi manusia terkenal Edmund Bon. Peguam lain, termasuk Lateefa Koya, Yusmaidi Yusoff, N Surendran, Amer Hamzah, Fahri Azzat dan Nizam Bashir.

Manakala pihak pendakwaan pula dikendalikan oleh timbalan pendakwa raya Mohamad Hanafiah Zakaria dan Ishak Mohd Yusof.

Mahkamah menetapkan kes itu akan disebut pada 28 Mac ini. Turut hadir pada prosiding di hadapan Hakim Latifah Mohd Tahar ialah wakil rakyat Pakatan Rakyat, termasuk Azmin Ali, Nurul Izzah Anwar dan Yaakob Sapari.

Ulasan GB

Jika dilihat hari ini, apa yang nyata ialah UMNO sedang berusaha untuk mempastikan kerusi Sri Muda dikosongkan.

Tindakan mengheret ADUN Sri Muda, YB Shuhaimi Shafiei dengan tuduhan "menerbitkan kenyataan menghasut dalam laman blognya" tidak mempunyai asas kekuatan untuk sebarang hukuman dikenakan.

Tetapi hakim mahkamah hari ini menetapkan Shuhaimi diikat jamim RM8,000 dan seorang penjamin. Satu jumlah yang agak besar, lebih besar dari hukuman denda tidak melebihi RM5,000 jika sekalipun disabitkan kesalahan nanti.

Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan menyebut bahawa seseorang anggota Dewan Rakyat boleh hilang kerusi dimenanginya jika dihukum penjara tidak kurang daripada satu tahun atau denda tidak kurang RM2,000 dan ia tidak mendapat pengampunan.

Ramai pemerhati berpendapat bahawa BN ingin menguji sokongan rakyat Selangor terhadapnya dengan menggunakan mahkamah bagi mengosongkan kerusi dimana PKR adalah wakilnya supaya BN dapat merebut kerusi tersebut di dalam usaha untuk merampas DUN Selangor.

Kita tunggu 28 Mac nanti dimana kes akan disebutkan.

[Bergambar] 1Dunia Sokong Demo Di Mesir, Di Malaysia Najib Resah Apa Pasal?

Usah kaitkan suasana negara lain

Datuk Seri Najib Razak memberi amaran kepada pihak tertentu di negara ini supaya tidak cuba mengaitkan keadaan huru-hara yang berlaku di negara lain, sebagai sesuatu yang patut dilakukan di negara ini.

Perdana Menteri berkata, ini kerana masyarakat pelbagai kaum di negara ini adalah satu keluarga besar yang cintakan keamanan dan berpaut kepada gagasan 1Malaysia.

“Mengapa rakyat pilih kita dalam keadaan berlaku tunjuk perasaan serta usaha mengguling kerajaan di negara lain? Alhamdulillah dalam pilihan raya kecil (Tenang) baru-baru ini, majoriti Barisan Nasional (BN) terus bertambah.

“Apakah maksudnya ini? Ia bermaksud jangan ada percubaan oleh mana-mana pihak nak kaitkan apa yang berlaku di negara lain itu sebagai seolah-olah sesuatu yang patut dilakukan di bumi bertuah ini.

“Kita menolak sebarang usaha seolah-olah kita perlu lakukan perkara itu di Malaysia atau di Sarawak. Sebenarnya kita tak perlu membuat perkara seperti itu sebab kita berpegang kepada semangat satu keluarga, yang kita pupuk selama ini, ” katanya ketika berucap di Majlis Rumah Terbuka Malaysia Tahun Baru Cina 2011 di Dataran Kipas di sini, malam tadi.

Yang Dipertua Negeri, Tun Abang Muhammad Salahuddin dan isteri, Toh Puan Norkiah, menjadi tetamu kehormat pada majlis berkenaan.

Hadir sama isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; dua Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Dr George Chan Hong Nam dan Tan Sri Alfred Jabu Numpang; Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Najib berkata, sambutan perayaan Rumah Terbuka Malaysia seperti itu adalah bukti kebersamaan semua kaum di negara ini dalam menyambut perayaan mana-mana kaum.

Sehubungan itu, katanya, kepelbagaian kaum di negara ini harus dilihat sebagai satu kekuatan dan aset yang tidak terdapat di negara lain, dengan perayaan seperti itu disambut oleh semua kaum, apa lagi ia dianjurkan di Miri yang didiami 27 suku etnik.

“Saya pernah sebut, walaupun gagasan 1Malaysia belum menjadi falsafah dan gagasan peringkat nasional, sebenarnya Miri khususnya dan Sarawak pada keseluruhannya, sudah mencermin konsep 1Malaysia selama ini, ” katanya.

Beliau berkata, apa yang rakyat Malaysia kecapi pada hari ini adalah sesuatu yang besar nilainya, yang harus dipertahankan menerusi usaha kebersamaan dalam satu keluarga, 1Malaysia.

Sementara itu, sebelum ke Dataran Kipas, Perdana Menteri dan isteri sempat mengadakan tinjauan di Seaworld Seafood Restoran, kedai kasut Bata dan Restoran Muara, yang ketiga-tiganya terletak di Jalan Yu Seng Utara di sini.

Ulasan GB

Kerajaan Malaysia bi bawah pimpinan DS Najib pernah menganugerahkan Tokoh Maal Hijrah kepada Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Syeikh Yusuf al-Qaradhawi.

Al- Qaradhawi menyatakan: Peserta Demonstrasi Yang Terbunuh Mati Syahid!

Mungkin DS Najib akan tarik balik gelaran Tokoh Maal Hijrah yang diberikan kepada tokoh ulamak itu?

Untuk makluman PM, rakyat seluruh dunia menyokong demonstrasi menjatuhkan Presiden Mubarak itu, bukan sekadar di Malaysia. Hanya UMNO yang menjadikan APCO perundingnya yang tidak menyokong. Buktinya rakyat seluruh dunia menyokong perjuangan rakyat Mesir:

Kanada:




Amerika Syarikat




Brazil




Venuezela




Indonesia



Pembantu Am Rendah Berlagak Pensyarah Bedal Isteri Orang

Rupa-rupanya berita yang tersiar di Harian metro yang GB siarkan di blog ini pagi ini ada kaitannya dengan laporan blog-blog yang tersiar satu-hari lalu.

Seorang lelaki yang bekerja sebagai pembantu am rendah di sebuah Universiti Malaya mengaku dirinya pensyarah adalah seorang Pengerusi Rukun Tetangga dan Ketua UMNO, Puchong Perdana ditangkap ketika sedang melakukan adegan seks gila bersama isteri orang. Lebih mengejutkan beliau sering mendakwa mempunyai hubungan baik dengan pihak berkuasa dan polis, meluru lebih awal pergi ke Balai Polis Bukit puchong untuk membuat "laporan".

Menurut berita yang tersiar di sebuah blog (rubbertapperz), lelaki itu bernama Rosli Bin Alias, berumur 49 tahun, mempunyai 2 orang anak.

Menjelekkan lagi, beberapa minit kemudian masyarakat yang menangkapnya juga membuat laporan di balai polis yang sama. Ketika di Balai Polis beliau sengaja berpeluk cium didepan khalayak ramai untuk membangkitkan kemarahan orang ramai dan menunjukkan keberaniannya yang "luar biasa" di hadapan suami wanita berkenaan.

Sementara pasangan yang ditangkap ialah Salina Bt Abd Malik berumur 39 tahun, mempunyai 5 orang anak, berumur dari 19 tahun hingga 9 tahun adalah setiausaha Rukun Tetangga yang Rosli adalah ketuanya.

Salina bekerja sebagai pembantu Hotel Habiscus Bunga Raya, Jalan Pudu.

Suami Salina membuat laporan kepada pihak berkenaan di universiti di mana Rosli bekerja agar pihak tersebut mengambil tindakan terhadap Rosli kerana tindakannya yang memalukan. Beliau juga sering memberitahu orang, bahawa beliau adalah kakitangan pensyarah. Sokongan masyarakat terhadap terhadap UMNO di sini, diambil kesempatan oleh Pengerusi Rukun Tetangga ini untuk melempiaskan nafsu luar biasanya kepada isteri orang.


Berikut ialah surat suami Salina kepada pihak berkenaan di universiti

Assalamualaikum wr wb,

Nor Aishah Binti Samah,

Saya ingin memaklumkan bahawa seorang Pembantu Am Rendah di organisasi pihak Puan telah melakukan perbuatan sumbang dan memalukan masyarakat. Nama beliau ialah Rosli Bin Alias dari Centre For Foundation Studies In Science.

Pada pukul 2.am malam tadi 2 Februari 2011, pasangan Rosli Alias yang merupakan Pengerusi Rukun Tetangga dan Ketua UMNO, Puchong Perdana, telah ditangkap oleh masyarakat disini. Ketika ditangkap bersama pasanganya yang juga merupakan isteri saya, beliau sedang bersetubuh dalam keadaan posisi dari belakang. Beliau, Rosli juga mengugut untuk membunuh saya disaksi oleh anak perempuan saya yang berumur 18 tahun.

Bagaimana pun beliau sering mendakwa mempunyai hubungan baik dengan pihak berkuasa dan polis, meluru pergi ke Balai Polis Bukit puchong untuk membuat "laporan".

Beberapa minit kemudian masyarakat yang menangkapnya juga membuat laporan di balai polis yang sama. Ketika di Balai Polis beliau sengaja berpeluk cium didepan khalayak ramai untuk membangkitkan kemarahan orang ramai dan menunjukkan keberaniannya yang "luar biasa"

Saya membuat laporan ini agar pihak Universiti Melaya mengambil tindakan terhadap beliau kerana memalukan. Beliau juga sering memberitahu orang, bahawa beliau adalah kakitangan pensyarah. Sokongan masyarakat terhadap terhadap UMNO di sini, diambil kesempatan oleh Tuan Pengerusi Rukun Tetangga ini untuk melempiaskan nafsu luar biasanya kepada isteri orang.

Saya sempat mengambil gambar dan akan menunjukkan kepada Puan jika diperlukan. Kes ini juga menyebabkan image UMNO tercalar di mata masyarakat. Saya juga ahli UMNO sebelum ini.

Saya boleh membawa anak perempuan saya dan masyarakat sebagai saksi. Jika inginkan maklumat lanjut boleh terus menghubungi saya Alangzizsham 019 3501242.

Berita kehilangan isteri saya sebelum ini terjawab. Kehilangannya rupanya dipangkuan Rosli

Yang Benar

Alangazizsham
- alangazizsham@yahoo.com

Ulasan GB

Perangai orang UMNO ni suka letak pangkat tinggi-tinggi. Pembantu Am Rendah berlagak pensyarah. Mentaliti zero pulak tu.

Semalam GB tertanya-tanya Mohd Nor Deris tu Professorkah? Sebab GB pertikaikan ialah perwatakannya tidak melambangkan status seorang professor.

Di dalam ulasan itu GB katakan juga:

Serupalah Ketua Pembangkang kat Selangor, Wak Satim Diman, tiba-tiba ada PhD. jadi Dr. Satim.

Kes menantu Rosmah yang bernama Fazley pun pakai PhD. Kantoi juga.




[Bergambar] Kesudahan Protes Mesir. Islam Dan Kristian Bersatu Desak Mubarak Turun

Walaupun Yaumal Raahil (hari pemergian) berakhir Jumaat lalu dan Hosni Mubarak masih berada di atas takhta, penunjuk perasaan di dataran Tahrir di sini tidak hampa, malah lebih yakin perjuangan mereka akan berjaya.

Minggu yang baru berlepas menyaksikan mereka berjaya menepis serangan balas penyokong presiden Mubarak, selain melihat keseluruhan anggota majlis tertinggi parti pemerintah dipimpin Mubarak, meletak jawatan termasuk anaknya Gamal yang sebelum ini bercita-cita menggantikan bapanya.

Washington yang menjadi sekutu rapat Mubarak kini pula dilihat lebih cenderung mahu naib presiden Omar Suleiman mengetuai proses peralihan kerajaan di negara itu.

Kumpulan pembangkang terbesar Mesir pula, Ikhwanul Muslimin selepas diharamkan sekian lama semalam terbabit dalam dialog politik dengan Omar, bersama-sama kumpulan pembangkang dan penunjuk perasaan yang lain bagi mengakhiri bantahan yang sudah berlarutan dua minggu itu.

Mubarak yang memerintah Mesir sejak hampir 30 tahun lalu selama ini tidak pernah bertolak ansur dengan Ikhwan, malah secara keras menentang kumpulan yang mempunyai banyak pengaruh itu.

Berikutan itu keputusan mempelawa Ikhwan terbabit sama dalam rundingan dilihat rejim Mubarak semakin terdesak.
Sementara itu, suasana di ibu negara dengan 18 juta penduduk ini yang ditutup sejak tunjuk perasaan bermula 25 Januari lalu, semakin pulih.

Semalam, menyaksikan bank membuka pintunya untuk tiga jam, pertama kali dalam seminggu.

Beberapa restoran termasuk francais asing seperti Kentucky Fried Chicken turut membuka semula perniagaan masing-masing.

Keadaan lalu-lintas juga kembali seperti biasa dan kedai termasuk di jalan yang menuju ke Dataran Tahrir juga dibuka semula.

Kumpulan penunjuk perasaan yang masih berhimpun di dataran yang sudah menjadi medan utama bantahan menghadiahkan bunga kepada pekedai sebagai ‘pampasan’ terhadap kerugian yang dialami mereka.

Kira-kira 5,000 penunjuk perasaan masih berada di dataran itu bagi meneruskan bantahan mereka.

“Kami bertekad untuk mengadakan bantahan ini sehingga tuntutan nombor satu kami dicapai,” kata Khaled Abdul-Hameed, seorang wakil penunjuk perasaan itu. – AP/Agensi

















Isteri Curang Dicekup JAWI, Suami Dan Anak

Seorang isteri berusia 38 tahun terkedu apabila dicekup suami sendiri ketika asyik memadu asmara bersama teman lelakinya di sebuah rumah di Puchong Perdana, dekat sini.

Lebih mengaibkan perbuatan terkutuk wanita itu turut disaksikan anak perempuannya berusia 18 tahun yang mengikuti serbuan bersama beberapa pegawai sebuah masjid di kawasan itu.

Suami wanita terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Razif, 47, berkata ketika serbuan kira-kira jam 2 pagi pada 2 Februari lalu, isterinya yang bekerja di sebuah hotel di ibu negara, berdua-duaan dengan teman lelakinya berusia 49 tahun.

Menurutnya, kereta lelaki terbabit yang diletak di luar rumah turut ditutup nombor pendaftarannya supaya ia tidak dicam jiran sekeliling, sekali gus melindungi perbuatan maksiat mereka.

“Hanya Tuhan yang tahu bagaimana perasaan saya apabila melihat isteri berasmara dengan lelaki itu. Lebih menyakitkan hati, lelaki terbabit turut berlagak samseng apabila mengeluarkan kata-kata kesat kepada saya di hadapan anak perempuan saya,” katanya.

Menurutnya, selepas dicekup isteri dan kekasihnya itu yang juga seorang kakitangan sebuah universiti terkemuka di ibu negara dibawa ke Balai Polis Bukit Puchong untuk tindakan lanjut termasuk merekodkan laporan mengenai tindakan khalwat mereka.

“Sebaik sampai di balai (polis) tanpa rasa malu atau kesal, lelaki itu bertindak berani apabila meluru masuk untuk membuat laporan kononnya dia tidak bersalah dan rumahnya diceroboh.

“Lebih teruk, dia juga sengaja memeluk serta bermesra dengan isteri di depan kami semua bertujuan untuk menaikkan kemarahan saya,” katanya.

Razif berkata, isterinya dipercayai sudah menjalinkan hubungan dengan lelaki itu sejak empat bulan lalu dan dia sebelum ini sudah mengesyaki perkara itu, namun tiada bukti sehingga kedua-duanya tertangkap. “Kami sudah berkahwin selama 20 tahun dan dikurniakan lima anak. Sekarang keluarga serta anak-anak kucar-kacir disebabkan perbuatan isteri saya yang melampau ini,” katanya.

Ahli Jawatankuasa masjid, Harun Nayan yang terbabit serbuan khalwat itu berkata, tiga ahli kariah termasuk imam masjid di situ membuat serbuan selepas menerima aduan suami wanita terbabit yang mendakwa isterinya berdua-duaan dengan lelaki lain dalam sebuah rumah.

Menurut Harun, suami serta anak perempuan wanita itu turut serta serbuan berkenaan dan sebaik pasangan terbabit ditahan, mereka dibawa ke balai polis.

“Laporan polis mengenai tangkapan pasangan khalwat itu dibuat imam yang mengetuai serbuan. Ia bagi membolehkan pihak Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) membuat siasatan lanjut selepas ini.

“Selepas laporan dibuat kami semua beredar dan kebiasaannya polis akan merujuk kes itu kepada Jais yang kemudian akan memanggil kami untuk mendapatkan butiran kes berkenaan, namun setakat ini kami belum dipanggil untuk memberi keterangan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Jais, Mohamad Rais Rasid, berkata pihaknya belum menerima laporan kes terbabit, namun akan membuat tindakan susulan termasuk siasatan terperinci terhadap tangkapan itu.

“Walaupun tangkapan dilakukan pegawai masjid bersama penduduk, Jais masih mempunyai bidang kuasa untuk mengambil tindakan susulan termasuk pendakwaan kerana pegawai masjid dilantik oleh Jais dan mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan sewajarnya.

“Bilal, imam, nazir dan siak adalah pegawai masjid yang dilantik Jais dan tindakan yang diambil mereka tidak boleh dipertikaikan. “Dalam siasatan ini kami akan dapatkan keterangan saksi dan laporan daripada pihak sepatutnya seperti pihak masjid sebelum mengambil tindakan lanjut untuk pendakwaan,” katanya.

Menurutnya, jika ada bukti menunjukkan pasangan terbabit melakukan kesalahan syariah mereka tidak akan terlepas daripada dikenakan tindakan mengikut Enakmen Jenayah Syariah Selangor. -hm

Ulasan GB

Dunia semakin buas. Yang lemah mudah dibaham oleh harimau. Satu cara yang dapat mendindingi diri dan keluarga dari diterjah dengan gejala kurang sihat ialah "mengikatkan diri" dengan usrah.... dimana anggota kalangan usrah akan sentiasa hidup di bawah imbauan "ingat-memperingatkan" antara stu sama lain.

p/s
Diberitakan bahawa berita tersiar di atas adalah skandal orang umno berkhalwat dengan bini orang seperti dihebahkan oleh beberapa blog satu hari lepas. Wallahu alam.

Sekeping Gambar Palsu!

Pagi tadi sewaktu tersebar berita mengenai seorang simbol seks bernama Paris Hilton telah memeluk Islam, GB telah menyiarkan satu tulisan menafikan berita itu dan menyatakan bahawa berita itu palsu. Baca SINI.

Gambar Paris Hilton yang memakai tudung lengkap persis seorang muallaf juga GB katakan adalah satu imej yang telah diberikan sentuhan perisian seperti Photoshop - ertinya gambar itu pun ternyata palsu.

Seorang pengunjung tanpa nama meminta GB untuk membuat penjelasan lebih lanjut terhadap foto yang dikatakan palsu itu.

Anonymous said...

GB patut huraikan kenapa GB kata gambar itu gambar palsu supaya kita tambah jelas dan yakin.


Justeru itu di sini GB akan buktikan bahawa gambar yang tersebar itu sebenarnya adalah palsu.

Pada mulanya GB ingat sulit juga untuk membuktikan kerana gambarnya nampak seperti real, tetapi apabila diperbesarkan sekitar 200-400% gambar berkenaan terpampang jelas ianya begitu cacat.

Cuba lihat analisis ini.



Di sekeliling wajah Paris Hilton yang memakai tudung itu terdapat petak-petak pixel yang tidak sekata dan ternyata ianya ton warnanya tidak licin. Lihat gambar di bawah ini. Perhatikan petak-petak pixel di kawasan tudung yang menyentuh pipi. Pixel sebegini tidak wujud di foto asli.



Tinjauan yang lebih tepat jika kita tumpukan kepada bahagian-bahagian tertentu wajahnya:

Bahagian A:



GB mulakan dengan sebelah kiri wajahnya. Amat ketara ianya telah pun mengalami sentuhan perisian komputer. Wajah Paris Hilton dilekapkan ke atas wajah sebenar orang yang memakai tudung, kemudian cuba diperbaiki tepi-tepi tudung yang menyentuh pipi Paris Hilton di dalam gambar di atas.

Bahagian B



Apa pulak ada warna kotak yang lebih merah dengan warna yang lebih gelap di bahagian bibir? Tak ada kamera yang melakukan demikian kecuali ia sentuhan dari perisian komputer.

Bahagian C



Pipi di sebelah kanan. Ternyata ia menggunakan carikan warna dari pallete untuk mamadam pixel yang tak seimbang.

Dan untuk merumuskannya, GB menguji ia di satu perisian untuk menyemak "metadata exif" foto berkenaan.



SAHIH! Menurutnya, foto asalnya telah diubah dan diedit menggunakan Adobe Photoshop.

ASSESSMENT: Class 1 - Image is processed/edited

Keaslian foto yang tinggal hanyalah sekitar 10% sahaja.

Ternyata, pembuatnya masih amatur lagi. Dan semuga GB telah memenuhi permintaan pengunjung tanpa nama tersebut.