Ubah atau rebah," demikianlah peringatan yang dilontarkan dalam Perhimpunan Agung UMNO pada Oktober tahun lalu. Sementara mempertahankan dasar afirmatif untuk bumiputera, Presiden Pengerusi Barisan Nasional merangkap Presiden UMNO, Najib Razak berulang kali menyarankan perubahan minda di kalangan ahli UMNO, agar mempersiapkan diri untuk menghadapi PRU ke-13.
Namun, dari apa yang berlaku dalam PRK Hulu Selangor, UMNO pada hakikatnya tidak berbeza antara zaman Najib dengan zaman Abdullah Ahmad Badawi.
PRK Permatang Pauh dalam zaman Abdullah memperlihatkan bagaimana UMNO "seperti biasa" menyebarkan risalah yang sarat dengan hujah perkauman di kawasan Melayu, melancarkan perang poster yang mengapi-apikan sentimen perkauman.
Dalam satu poster yang diedarkannya, pokok pinang pada lambang negeri Pulau Pinang digantikan dengan kepala khinzir, dibubuh pula dengan "kerajaan Cina DAP". Di bawahnya tertulis "Bila TYT pun didesak dikalangan ORANG CINA, apa lagi yang tinggal untuk ORANG MELAYU. Inilah padahnya undi Pakatan Rakyat."
Selain itu, satu senarai "kabinet BABI"(Barisan Anwar Bin Ibrahim) disebarkan di kawasan pengundian, menyindir PKR berpelukan dengan parti chauvinis Cina, DAP. Senarai ini membawa mesej seandainya Pakatan Rakyat memerintah, maka kedudukan pimpinan Melayu akan tergugat.
Pada hari penamaan calon PRK Hulu Selangor, "kepala khinzir" menjelma semula. Kali ini, satu banner dengan gambar kepala khinzir, disertakan juga gambar rekaan Anwar berpelukan dengan Khalid Ibrahim secara bogel. Malah, penyokong PAS berdepan dengan provokasi daripada penyokong BN, apabila ditanya "Woi, mana babi?" semasa melalui kawasan BN.
UMNO hanya mementingkan diri
Walaupun Najib mendendangkan "1Malaysia", menekankan kemajmukan, inklusif kepada budaya semua kaum, namun, pada hakikatnya, tiada muhasabah dari UMNO. Tidak kira zaman Abdullah mahupun Najib, strategi pilihan raya tetap berlandaskan retorik perkauman. Khinzir tetap menjadi senjata UMNO untuk menyerang PR. Hujah "hak Melayu tergugat lantaran keadilan yang dicanangkan PR" tetap berlegar di kawasan pengundian.
Ketuanan Melayu, persetujuan pemimpin kaum lain terhadap hak istimewa orang Melayu sebagai syarat kewarganegaraan tetap menjadi hujah di bibir pemimpin BN peringkat negeri dan kebangsaan. Hujah sedemikian ini disambut dengan tepukan dan sorakan daripada pemimpin akar umbi yang memakai baju "1Malaysia". [UMNO ulangi retorik Ketuanan Melayu]
Dari Ahmad Ismail yang terkenal semasa zaman Abdullah, hinggalah Nasir Safar yang menjadi pegawai khas Najib, setiap kali kenyataan perkauman terkeluar dari anggota UMNO di peringkat akar umbi, parti komponen BN seperti MCA, Gerakan, MIC dan sebagainya akan berkata, "Ini kes yang berasingan, Presiden UMNO tetap berpegang kepada kemajmukan".
Kenyataan sedemikianlah yang digunakan untuk menghalalkan tingkahlaku pemimpin UMNO dan sikap diri MCA yang pengecut. Namun, realitinya, UMNO hanya bertindak atas perkiraan kepentingan dirinya, langsung tidak mengendahkan parti komponen BN. "Pentadbiran yang saksama, menghormati kemajmukan" lebih merupakan hiasan, dan bukannya halatuju BN.
UMNO tidak endahkan rakan sekutu
Hujah perkauman terus didukung UMNO. Keadaan sedemikian hanya membuktikan bahawa MCA, MIC sekadar parti sampingan dalam BN. Seandainya wujud sedikit rasa simpati oleh UMNO terhadap rakannya, maka UMNO tidak akan membiarkan pemimpinnya mengeluarkan kenyataan yang berbaur perkauman, mengangguk kepada Utusan Malaysia, TV3 untuk mengeluarkan kenyataan yang menghasut. Bahkan, hukuman terhadap Ahmad Ismail yang mencabar Presiden Gerakan Koh Tsu Koon tidak akan diringankan, untuk memberi laluan kepada beliau agar mengetuai semula UMNO Bahagian Bukit Bendera.
Jelas, pasukan Najib sama seperti pasukan Abdullah, berjinak-jinak dengan strategi talam dua muka. Walaupun berbaik-baik di luar, tetapi UMNO di bawah teraju Najib tetap UMNO yang sama. Najib yang pernah mengeluarkan hujah "Melayu dijajah 446 tahun" gagal lari daripada tanggungjawabnya apabila UMNO masih menggunakan hujah perkauman dari atas hingga ke bawah, sungguhpun Najib sudah menyelindung mukanya yang satu lagi dengan baik.
UMNO cukup sedar, sementara BN memerlukan undi bukan Melayu untuk mengekalkan kuasa, UMNO juga merasai bahawa sokongan Cina sukar dikembalikan. Oleh yang demikian, sementara bahtera 1Malaysia berlayar, UMNO tetap berpeluk kepada kayu apung kemelayuan-nya, untuk memastikan dirinya tidak tenggelam dalam tsunami politik yang akan datang.
Dalam dilema sedemikian, maka UMNO dijangkiti penyakit schizophrenia. Pada masa 1Malaysia didendangkan, kenyataan yang membingitkan telinga akan terus keluar dari mulut pemimpin akar umbi dan pemimpin PERKASA.
Mencurah sumber
Selain perkauman, budaya membeli undi dengan wang yang dicurahkan masih berkekalan. Di Kerling dan Kuala Kubu Baru, jalan diturap dan menjadi baru dalam masa semalaman. Mungkin mereka bimbang pengundi salah tanggap bahawa ini "jasa" kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor, bendera BN dan UMNO digantung pada jentolak yang sedang hidup enjinnya.
Selain itu, seperti biasa, kementerian daripada kerajaaan persekutuan menggunakan jabatan di bawahnya untuk mengadakan aktiviti seperti menghadiahkan topi keledar (atas nama kempen keselamatan jalan raya), memberi dana (atas nama aktiviti kebajikan), aktiviti pemeriksaan badan secara percuma dan sebagainya. Tujuannya jelas, iaitu menggunakan sumber kerajaan untuk menarik sokongan rakyat.
Sememangnya, kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor ini turut terbawa-bawa amalan yang buruk oleh kerajaan persekutuan BN ini. Kerajaan negeri menggunakan jabatan di bawahnya untuk memberi geran, beras, dana kebajikan, mempromosi pelancongan Hulu Selangor, peraduan bayi comel dan sebagainya. Walaupun mendakwa aktiviti ini "kebetulan" jatuh pada masa PRK, namun pada hakikatnya, mereka menggunakan sumber kerajaan negeri untuk bersaing dengan BN.
"Kebetulan jatuh dalam tempoh pilihan raya" merupakan kenyataan yang acap kali diulangi BN semasa PRK berlangsung. Seandainya "kebetulan" ini boleh diterima, maka alasan kerajaan persekutuan BN selama ini juga boleh diterima. Menurut wakil My Election Watch, Ong Boon Keong (gambar kanan), ketika ditemuramah MerdekaReview melalui telefon, beliau berkata, "Biarpun peruntukan benar jatuh pada tempoh kempen, kerajaan juga harus tangguhkannya untuk mengelakkan pertikaian."
"Itu sebabnya mengapa pilihan raya harus dipantau. Untuk parti politik, kalau bukan bersaing untuk yang baik, maka mereka akan bersaing untuk yang buruk. Seandainya kedua-dua parti politik mencurah wang, maka orang akan menganggap anda menang kerana mencurah wang," jelasnya.
Dalam hal ini, kerajaan negeri PR Selangor agak kekurangan jika dibandingkan dengan kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang. Semasa PRK Permatang Pauh, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng tidak mengumumkan peruntukan dana atau mengadakan majlis seperti kerajaan Selangor. PR Pulau Pinang tetap tidak goyah biarpun berdepan dengan serangan BN yang datang dengan sumber yang melimpah. Lim Guan Eng harus diberi pujian dalam hal ini.
Budaya samseng berleluasa
Selain amalan "membeli undi", budaya samseng di dalam parti UMNO masih berleluasa. Semasa PRK Ijok dalam zaman Abdullah, anggota pemuda UMNO memukul orang PR yang cuba masuk ke estet untuk menyebarkan risalah. PRK Bagan Pinang selepas Najib menyandang PM, juga memperlihatkan bagaimana penyokong PAS dicederakan oleh penyokong UMNO dengan parang.
Pada malam hari penamaan calon PRK Hulu Selangor, wartawan menyaksikan sendiri bagaimana pemuda UMNO mengganggu ceramah politik oleh PKR. "Anwar bodoh", "Anwar liwat", "Anwar babi", "Dubur" antaranya yang dipekik untuk menggangu ceramah dan menyerang Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim. ["Babi, Liwat, Dubur": Kejadian baling botol cetus ketegangan]
Selain itu, pemuda UMNO ini melontarkan botol air ke arah padang di mana ceramah PR diadakan. Jikalau bukan kesabaran daripada pihak PR, pertembungan fizikal dijangka telah berlaku.
Pada tahap tertentu, tingkahlaku pemuda atau putera UMNO ini direstui pihak polis dan pemimpin UMNO. Pemimpin UMNO seperti Rusdi Amir, Musa Aman yang berucap tidak jauh dari situ menyedari apa yang berlaku di medan PR tetapi tidak menghalang. Pihak polis hanya mengawal keadaan apabila pengikut Anwar meluru ke arah kumpulan pemuda UMNO tersebut.
Boleh dibayangkan, samseng ini adalah pemuda yang dibiayai oleh UMNO sendiri. Pengalaman membuat liputan di PRK Permatang Pauh boleh dijadikan rujukan. Setelah tamatnya PRK Permatang Pauh, wartawan mendapati pintu kaca bilik gerakan UMNO telah dipecahkan. Pada mulanya, wartawan menjangka itu kerja penyokong PR. Setelah ditanya, barulah wartawan tahu bahawa kejadian itu berlaku kerana ketidakpuasan pemuda UMNO yang tidak mendapat wang.
"Berubah", slogan yang tinggal di bibir dari zaman Abdullah hinggalah ke zaman Najib. Seandainya "ubah atau rebah" itu benar, maka UMNO sedang menuju ke arah kemusnahannya.
*Chan Wei See ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Diterjemahkan oleh Lim Hong Siang.