Keputusan PRK N12 Penanti dah pun keluar. PRK mengekalkan kerusi tu dengan Dr. Mansur sebagai calon mengalahkan 3 calon bebas dengan majoriti 5,558 undi.
Macam yang aku jangka, ketiga-tiga calon bebas hilang wang deposit. Aminah Abdullah dapat 392 undi, Nai Khan Ari a/l Nai Keow dapat 494 undi dan Kamarul Ramizu Idris dapat 56 undi.
Nampak gayanya berjaya la PRK nak melantik wakil rakyat Penanti yang baru memang ni sebagai Timbalan Menteri Besar 1 Pulau Pinang. Moga-moga Timbalan Menteri Besar yang baru ni lebih bagus dari yang lama. Bukan takat lebih bagus tapi masti kena capai 'piawai' sebagai Timbalan Menteri Besar.
Kalau yang 'berwibawa' macam ni pun tak boleh 'perform' jugak jangan marah kat orang PAS kalau lain kali depa 'buat kacau' lebih lagi. Mungkin masa tu aku pun akan turut sama 'buat kacau'.
Kut-kut ada yang berminat nak buat analisa terpeinci keputusan PRK N 12 Penenti kali ni, aku paparkan kat bawah. Keputusan berdasarkan Saluran dan jugak jumlah ikut UPU (daerah mengundi). -cenangau
KEPUTUSAN PENUH MENGIKUT SALURAN PILIHANRAYA KECIL N.12 PENANTI (keputusan penuh mengikut saluran dan jumlah mengikut UPU
Pilihanraya Dun Penanti telah selesai dan hasil keputusan tetap dengan menyebelahi Pakatan Rakyat. Sehingga kini, kesemua pilihanraya kecil di Semenanjung Malaysia tetap dipengaruhi Pakatan Rakyat berbanding dengan Barisan Nasional hanya memenangi satu pilihanraya kecil di Batang Ai.
Buat pertama kalinya Barisan Nasional di bawah kepimpinan najib tidak menyertai pilihanraya Kecil iaitu di Dun Penanti. Ramai yang merumuskan bawah najib dan Barisan Nasional masih belum bersedia dan masih tercari-cari formula bagaimana menghadapi kebangkitan rakyat bersama-sama dengan Pakatan Rakyat.
Kini, di dalam liga-liga Pilihanraya Kecil sebelum berlakunya kemuncak perlawanan akhir Pilihanraya Umum yang ke 13 akan datang, Barisan Nasional telah kalah dengan jaringan 5-1 dengan Pakatan Rakyat.
Setiap kali berlakunya pilihanraya samada umum atau kecil, pastinya penyokong Pakatan Rakyat akan dilabelkan sebagai ganas dan sering melakukan kontroversi. Dikerahkan anggota Polis Raja Di Malaysia untuk mengawal perjalanan pilihanraya dari kesemua unit Trafik, FRU, JSJ, SB, dan kemungkinan juga yang pakai baju biru kat pejabat tu turut terlibat sama.
Apa tujuannnya menghimpunkan ribuan anggota polis? adakah untuk menakut-nakutkan rakyat untuk mengundi. Bukankah ini menunjukkan bahawa kehadiran anggota polis yang begitu ramai bertujuan mengawal keselamatan jika berlaku rusuhan antara penyokong parti yang bertanding. Setiap kali pilihanraya, pihak anggota polis akan membuat kenyataa media bahawa berlaku sedikit ketegangan antara penyokong parti, tetapi klip yang ditunjukkan oleh media adalah dari penyokong Pakatan Rakyat.
Pilihanraya Penanti sudah terjawab siapakah yang memulakan kontroversi setiap kali pilihanraya dilakukan. Di penanti perjalanan pilihanraya berlaku secara aman tanpa sebarang kontroversi. Media tidak mengeluarkan sebarang adegan membaling botol, kayu, menurunkan bendera, pergaduhan dan aksi-aksi ganas dari penyokong Pakatan Rakyat. Walaupun pilihanaraya ini melibatkan 4 penjuru pertandingan. Parti Keadilan Rakyat mewakili PR dan 3 dari calon bebas.
Pilihanraya kecil kali ini memudahkan kerja banyak pihak yang terlibat. Kalau tidak, pihak wartawan terpaksa memikirkan bagaimana untuk mereka cipta adegan ganas yg dilakukan oleh penyokong-penyokong PR. Pihak Polis terutamnya dari FRU terpaksa pula berjaga jika berlaku rusuhan ataupun terpaksa membantu BN untuk menaikkan bendera. Pihak Mafrel pula dapat bekerja dengan mudah sebagai pemerhati proses pilihanraya. Bagi pegawai yang terlibat menjaga tempat mengundi dan peti undi, boleh duduk dengan selesa tanpa melayan kerenah penyokong parti. Kali ini dapat kita menyaksikan terdapat anggota yang terlibat lena tertidur akibat aman dan tenteramnya pilihanraya dilakukan.
Persoalannya, BN menarik diri daripada pertandingan kali ini. Jadi siapakah yang sebenarnya yang melakukan kontroversi dan keganasan bila pilihanraya berlaku? - inflakasta
Politik Terengganu bakal bergolak lagi setelah bertiup khabar angin bahawa kumpulan 18 ADUN BN Terengganu akan mengemukakan undi tidak percaya terhadap Menteri Besar, Datuk Ahmad Said dalam sidang DUN Ogos ini jika kemelut politik di negeri masih gagal diselesaikan.
Bagaimanapun, menurut sumber yang rapat dengan mereka, undi tidak percaya itu merupakan jalan terakhir bagi menyelesaikan kemelut politik yang melanda negeri itu sejak lebih setahun lalu.
"Mungkin satu usul tidak percaya terhadap Datuk Ahmad akan dibuat dalam sidang dewan yang dijadualkan Ogos ini.
"Kumpulan 18 ADUN masih percaya krisis politik Terengganu akan selesai jika Ahmad meletakkan jawatan sebagai menteri besar," katanya ketika dihubungi Malaysiakini semalam.
Namun, sumber itu berkata, ADUN BN berkenaan berharap pengerusi Umno Terengganu, Datuk Seri Hishammuddin Hussein boleh menyelesaikan kemelut tersebut sebelum sidang DUN bermula.
Katanya, kemelut tersebut dianggap selesai oleh pihaknya jika menteri besar diganti. Menurutnya, kumpulan 18 ADUN berkenaan mahu isu tersebut dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat ini.
"Sebab itu dalam pertemuan dengan Datuk Seri Hishammuddin di Putrajaya, kita bercakap semua yang menjadi punca kemelut politik Terengganu," katanya.
Pertemuan tersebut turut membabitkan lapan ketua Umno bahagian Terengganu yang diadakan untuk mencari jalan untuk menyelesasikan kemelut tersebut. SMS ugutan
Selain Ahmad, bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh turut hadir dalam pertemuan di pejabat Hishammuddin di kementerian dalam negeri di Putrajaya itu pada 20 Mei lalu.
Pada 14 April lalu, 10 ADUN BN memulaukan DUN Terengganu pada hari kedua persidangan hari ini selepas beberapa orang daripada mereka menerima SMS ugutan "YB tak sayang nyawa?".
Sebelum itu, sebahagian ADUN BN Terengganu mahu Ahmad digantikan atas alasan tidak berkeupayaan mentadbir negeri itu.
Manakala 10 daripada mereka tidak menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu baru-baru ini apabila tiga daripada mereka menerima SMS ugutan.
Bagaimanapun mereka menghadiri hari terakhir sidang DUN tersebut atas arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sementara itu, sebuah blog melaporkan ada kemungkinan beberapa ADUN kumpulan berkenaan dijangka mengumumkan menjadi ADUN bebas dalam masa terdekat ini.
Bagaimanapun, bekas setiausaha badan perhubungan Umno negeri Datuk Rosol Wahid - salah seorang ADUN yang paling lantang mahu menteri besar digantikan - menafikan laporan blog itu.
"Itu cerita mengarut, kalau saya nak masuk bebas, kita tidak buat senyap-senyap. Kita akan buat sidang akhbar (kalau menjadi ahli bebas)," katanya.
Ulasan ringkas GB
Dan jika usul undi tidak percaya itu tidak diterima oeh Speker, apakah berani Geng 18 mengusung Speaker dari dewan undangan negeri dan menabalkan seorang Speaker baru?
Mantan MB Selangor, Khir Toyo yang pernah menganugerahkan penyapu kepada pegawai kerajaan negeri baru-baru ini mengeluarkan kenyataan yang telah dipetik oleh Malaysiakini menuduh PKR adalah parti `gila talak' dan mengamalkan politik `bogeyman' . Mungkin akibat tekanan yang terlalu hebat yang mula dirasakan oleh Mantan MB Selangor yang pernah menerima hadiah jam tangan bernilai RM150,000 ini menyebabkan beliau membuat tuduhan tersebut yang dilihat satu kenyataan yang hambar, tanpa fakta serta melucukan.
Isu jerebu kononnya PKR mengatakan bahawa bencana tersebut adalah akibat dari perbuatan maksiat yang berleluasa. Ini bermaksud bahawa Khir Toyo tidak akan percaya bahawa dengan perbuatan maksiat yang berleluasa, Allah tidak akan memberikan apa-apa balasan di dunia ini seperti bencana-bencana yang sering berlaku.
Itu pada beliau mungkin akibat fanomena alam seperti yang pernah dihujahkan oleh Astora Jabat sewaktu Astora berdebat dengan Ustaz Nasaruddin Tantawi dari PAS. Terbukti Khir berfahaman seperti Astora Jabat Toyo yang menolak samasekali kaitan sebarang peristiwa di dunia ini dengan pembalasan dari Allah SWT. Biarkan Khir dengan iktikadnya itu.
Mantan MB Selangor ini turut mendakwa bagaimana PKR akan menuduh pemimpin BN terlibat hatta di dalam kes bunuh sekalipun. Saya tidak pasti Khir Toyo merujuk kepada kes yang mana satu, mungkin kes yang melibatkan kematian Altantuya. PKR terutamanya DS Anwar mahukan satu siasatan yang telus dan terperinci berkaitan kes tersebut dapat dijalankan. Lebih malang sekali dunia luar juga turut membuat dakwaan dan spekulasi terhadap kes ini yang mana telah memburukkan imej pemimpin kerajaan iaitu pemimpin Bn juga.
Persoalannya, mengapa kita sebagai rakyat di dalam sebuah negara yang bermaruah tidak peka terhadap tuduhan sensitif terutamanya terhadap pemimpin kita? Seringkali banyak pihak mendesak agar kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap media-media asing tersebut yang telah memburukkan imej negara kita.
Mengapa kerajaan enggan melakukannya demi untuk membersihkan nama pemimpin kerajaan sendiri? Bukankah Presiden PAS sendiri berani mengambil tindakan terhadap media asing yang suatu ketika mendakwa bahawa PAS terlibat di dalam kumpulan pengganas atau Taliban. Hasilnya, media tersebut mengaku kesalahannya dan sanggup memohon maaf kepada PAS dan imej pun PAS dapat dipulihkan.
Berkaitan isu kempen oleh PKR di Dun Penanti baru-baru ini, sememangnya PKR tetap akan menerangkan kepada rakyat apa jua kesilapan dan penyelewengan yang telah dilakukan oleh Umno/Bn tidak kira samada Umno/Bn masuk bertanding atau tidak. Ini adalah kerana sebagai sebuah parti yang berjuang untuk rakyat, perjuangannya tidak terbatas selagi rakyat tidak diberitahu tentang kelemahan Umno/Bn di dalam menguruskan negara atau negeri. Perjuangan ini berterusan meskipun tiada pilihanraya kerana usaha penerangan harus berjalan sehinggalah rakyat sedar siapa sebenarnya Umno/Bn.
Sekiranya terdapat sebarang kempen atau penerangan yang dilakukan oleh PKR merupakan satu fitnah, sudah tentu pihak Umno/Bn akan mengambil tindakan. Rakyat perlu diberi penerangan berupa fakta dan Umno/Bn juga punyai hak untuk membela parti mereka dari tuduhan tersebut. PKR juga tidak hairan apabila media-media perdana di bawah kerajaan memberikan liputan yang berat sebelah setiap kali pilihanraya diadakan dan perkara ini juga wajar Khir Toyo persoalkan.
Soal undi yang diperolehi oleh calon PKR di Dun Penanti baru-baru ini yang dikatakan sebagai tanda merosot sokongan terhadap PKR, sekurang-kurangnya di dalam keadaan peratusan undi yang terlalu rendah pun PKR mampu mendapat majoriti 5 ribu lebih.
Kekurangan undi seribu lebih jika dibandingkan dari pilihanraya umum yang lalu, bukan bererti seribu lebih itu akan beralih kepada Umno/Bn pada pilihanraya akan datang. Merosot undi lebih baik daripada `Tiada Undi' langsung. Tahniah kepada ketiga-tiga calon bebas yang berani memasuki gelanggang dan mereka dilihat lebih `jantan' daripada yang bersilat pulut seorang diri di luar gelanggang.
Sebelum saya mengakhiri tulisan ini, saya secara ikhlas berharap agar tindakan membekukan elaun khas Wakil Rakyat terhadap Khir Toyo serta yang lain-lain yang telah dikenakan penggantungan setahun dari menghadiri Persidangan Dun Selangor diberikan semula. Secara peribadi saya tidak bersetuju kerana selaku Wakil Rakyat yang dipilih oleh rakyat, mereka berhak menerima elaun tersebut. Wallahu A'lam. -wfauzdin
Sebagaimana yang dijangka, semua media arus perdana di bawah telunjuk UMNO- BN hari ini telah merujuk kepada jumlah pengundi rendah pada pilihanraya kecil Penanti sebagai bukti rakyat menolak pilihanraya itu.
Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin pula berkata calon PKR Mansor Othman sepatutnya mendapat sekurang-kurangnya mendapat 10,000 undi susulan keputusan UMNO untuk tidak bertanding.
Muhyiddin mendakwa undi untuk PKR berkurangan berbanding dengan pilihanraya umum lalu, malah keputusan itu menunjukkan UMNO tetap kuat di Penanti. Jika itu benar, maka bertambah lagilah keputusan UMNO untuk tidak bertanding, tidak masuk akal.
Sebagai Menteri Pelajaran, Muhyiddin seharusnya mempunyai kemahiran mengira yang lebih tinggi daripada analisisnya mengenai keputusan Penanti.
Hakikat ialah calon PKR memperolehi majoriti yang LEBIH BESAR, iaitu 5,558 undi, berbanding 2,219 undi yang diperolehi oleh rakannya Mohamad Fairus Khairuddin pada pilihanraya umum lalu.
Dalam ertikata lain, Mansor memperolehi lebih 90 peratus daripada keseluruhan undi semalam, mengakibatkan kesemua tiga calon bebas (termasuk seorang wanita yang mendapat sokongan terang-terangan UMNO) hilang wang deposit mereka. Muhyiddin tentunya akur bahawa angka 5,558 (Mansor) adalah lebih BESAR daripada 2,219 (Fairus).
Persoalannya cuma sama ada Timbalan Perdana Menteri jujur untuk mengaku sedemikian tanpa mengaburi fakta dengan andaian sendiri yang sukar diterima.
Justeru yang seharusnya jadi persoalan ialah mengenai peratusan pengundi yang rendah pada pilihanraya kecil Penanti iaitu kira-kira 46.15 peratus.
Yang bingkas mengisytiharkan jumlah itu yang paling buruk dalam sejarah negara tidak lain dan tidak bukan Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.
Namun beliau berdiam diri dan berpeluk tubuh apabila berhadapan dengan tindakan pemimpin seperti Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin yang menggesa orang ramai tidak keluar mengundi.
Apakah kenyataan Khairy tidak bercanggah dengan Akta Pilihanraya dan bukankah ia mencabuli Akta Hasutan negara ini?.
Adakah pemimpin Pakatan Rakyat boleh membuat gesaan yang serupa tanpa sebarang reaksi daripada SPR dan Polis.?
Tidak dapat dinafikan peratusan mengundi merosot di Penanti, pada kadar lebih tinggi berbanding pilihanraya kecil yang lain.
Namun tidak juga dapat dinafikan bahawa dakwaan-dakwaan pengundi dipancing dengan percutian percuma dan duit belanja ke Thailand menjelang hari pembuangan undi ada asasnya.
Begitu juga dengan tangan-tangan tersembunyi yang menganjurkan jamuan makan terbuka pada hari mengundi bagi mengalihkan tumpuan penduduk Penanti.
Bagaimanapun taktik-taktik murahan itu tidak berjaya. Ramai pengundi yang menjadi penyokong kuat Pakatan Rakyat keluar untuk menunaikan tanggungjawab mereka, sesuai dengan amalan demokrasi yang termaktub dalam perlembagaan.
“Walaupun PKR berhadapan dengan fitnah jahat serta aparat kekuasaan yang berhasrat mengikis sokongan rakyat, namun segala usaha mereka (Umno) menemui jalan buntu,” kata Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim.
“Alhamdulillah dalam jangka masa 14 bulan ini, tiga kali pengundi Penanti menghadapi pilihan raya, dan masih tetap tidak berganjak untuk menyokong agenda perubahan Pakatan Rakyat,” kata Anwar.
“Keputusan pilihan raya kecil ini membuktikan Keadilan masih mendapat sokongan majoriti penduduk Penanti,” tambah Anwar.
Najib, Muhyiddin dan semua sekutu mereka harus berhati terbuka dalam menerima keputusan bahawa 90 peratus pengundi yang keluar mengundi di Penanti TIDAK menolak PKR tetapi memberi sokongan penuh untuk parti itu bersama Pakatan Rakyat.
Apa yang perlu dilakukan oleh Najib dan Muhyiddin sekarang ialah melengkapkan UMNO untuk berdepan dengan pengundi Melayu di Manik Urai .dan cuba membuktikan UMNO masih relevan kepada rakyat. - TVA
Tidak seperti semua pilihan raya kecil yang pernah dilalui oleh rakyat Malaysia sejak demokrasi diperkenalkan di negara ini, kawasan Dun Penanti sepi.
Tiada jentera pembinaan yang sibuk di sana sini menurap jalan. Tiada perasmian balai raya, sekolah, masjid dan surau. Tiada menteri dan pemimpin kerajaan Pusat yang turun bagai Santa Claus mengagih pelbagai hadiah untuk rakyat.
Setiap kali berlangsung pilihan raya kecil (sebelum ini) pelbagai projek pembangunan dan bantuan diagihkan untuk rakyat. Apabila pemimpin Pakatan Rakyat mempersoalkan mengapa projek tersebut turun hanya di musim pilihan raya, dengan cengilnya mereka menjawab: "Ini tuduhan liar yang dilemparkan oleh pihak pembangkang. Sebenarnya pembangunan untuk rakyat sentiasa berterusan; sebelum, semasa dan selepas pilihan raya pembangunan tetap ada. Takkanlah haya kerana berlangsung pilihan raya maka rakyat disekat untuk menerima pembangunan? Ini tidak adil." Molek dan muluk sekali bunyinya. Cakap mengalahkan peguam.
Dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu lalu, apabila diajukan persoalan yang sama, jawapan yang diberi oleh seorang pemimpin BN ialah, "Sebenarnya semua projek itu sudah dirancang sejak lama, cuma secara kebetulan ia diadakan sewaktu pilihan raya."
Lucunya, selepas berakhir pilihan raya dan BN tersungkur, semua 'projek kebetulan' itu secara kebetulannya pula berakhir. Nah, sekarang apabila BN tidak sertai pilihan raya kecil Penanti, mana pula projek-projek yang telah dirancang dari awal serta projek-projek 'kebetulan' itu?
Satu perkara yang menyebabkan BN ditolak rakyat ialah sikap pemimpinnya yang tidak pernah berubah. Salah satu perangainya ialah apabila bercakap mereka seolah-olah menganggap semua rakyat bodoh belaka.
Apabila BN diajukan soalan mengapa tak bertanding di Penanti, mereka menjawab kononnya untuk elakkan pembaziran dan tidak mahu terperangkap dengan mainan politik KeADILan. Mereka fikir rakyat tak tahu bahawa sebenarnya mereka takut kalah.
Apabila beberapa pemimpin kaum India dibebaskan dari tahanan ISA sewaktu berlangsung pilihan raya kecil Bukit Selambau dan Bukit Gantang, media tali barut BN menyiarkan komen, terutama dari kaum India, yang memuji muja kerajaan BN kononnya baik hati. Tapi hakikatnya mereka hanya mahu mengambil hati 30 peratus pengundi India di Bukit Selambau.
Adun Kota Alam Shah, Manoharan dibebaskan daripada ISA bersama beberapa pemimpin Hindraf beberapa hari selepas isteri beliau membuat sidang media memaklumkan bahawa Manoharan akan meletakkan jawatan kerana tidak dapat memberi sumbangan untuk rakyat akibat dikurung.
Macam isu sebelumnya, media tali barut BN memuji Najib sebagai seorang pemimpin berjiwa besar kerana sanggup membebaskan musuh-musuh politik BN. Walhal, semua rakyat tahu bahawa BN takut Manoharan benar-benar letak jawatan yang menyebabkan berlaku pilihan raya kecil.
Begitu juga, bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Fairus Khairudin yang terpalit dengan isu 'rasuah' yang dimainkan oleh BN, tiba-tiba dibersihkan oleh SPRM. Semua tahu bahawa tujuan pembersihan itu ialah supaya Fairus menarik balik surat peletakan jawatannya, demi mengelakkan pilihan raya kecil.
Professor Dr Ahmad Atory Hussain, seorang pensyarah pro-BN menyifatkan kesediaan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz untuk menerima orang bukan Melayu, asalkan dia Islam, untuk menjadi Menteri Besar, adalah satu usaha untuk memikat pengundi bukan Melayu dalam pilihan raya kecil Manik Urai.
Mentang-mentang dia pensyarah, dia ingat boleh tipu orang lain dengan kenyataan tidak logiknya itu. Penduduk bukan Melayu Manek Urai tidak sampai 1 peratus, apa yang nak ditarik?
Dalam 'menjelaskan' isu Perak, pemimpin BN memberitahu bahawa tiga Adun Pakatan Rakyat yang melompat menyokong BN bukan kerana diculik, diugut dan dirasuah tapi atas keikhlasan sendiri. Anehnya mengapa mereka hilang, tak dapat dikesan sampai beberapa hari?
Takkanlah tiga "haprak" tersebut sengaja mencari masalah, dicaci oleh masyarakat serta dihina oleh pengundi. kalau tidak kerana imbuhan tertentu.
Semua episod pembohongan pemimpin BN terhadap rakyat tidak pernah berhenti.
Najib mengisytiharkan bahawa zaman di mana kerajaan (BN) tahu segala-galanya sudah berlalu. Tapi nampaknya zaman di mana kerajaan (BN) menganggap semua rakyat bodoh-bodoh belaka dan boleh ditipu, belum lagi berakhir. - Zulkifli Yahya
Kecelaruan dalam Barisan Nasional (BN) semakin terserlah bukan hanya melibatkan parti, malah individu dalam parti komponen yang kini masih mencari arah dalam perjuangan politik masing-masing.
Timbalan Pesuruhjaya Pas Terengganu, Datuk Wan Abdul Muttalib Embong berkata, ia terbukti dengan krisis yang berlaku dalam Parti Progresif Penduduk (PPP) dan Gerakan.
Menurutnya, ia akan berterusan memandangkan masing-masing mempunyai tujuan dan bukannya ikhlas bergabung.
“Kalau BN tiada kuasa, individu tersebut akan keluar parti, begitu juga PPP masih lagi bergantung kepada BN kerana parti itu masih berkuasa,” katanya semalam.
Wan Abdul Muttalib berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai Naib Presiden Gerakan, Huang Cheng Guan yang menyatakan pendiriannya untuk ke-luar parti kerana dikatakan tidak berpuas hati berhubung pelantikan pengurusan kawasan.
Tindakan berkenaan mengejutkan Presiden Parti, Tan Sri Koh Tsu Koon dan akan mengambil kira pandangan akar umbi berhubung tindakan Cheng Guan.
Wan Abdul Muttalib percaya, pertelingkahan itu berpunca apabila sesuatu pihak merasakan mereka hilang kuasa namun tidak bersedia keluar BN kerana masih bergantung dan mencari tempat dalam politik.
Mengulas lanjut, pihaknya juga tidak bersedia menjemput Cheng Guan menyertai Pakatan Rakyat (PR) ataupun Kelab Penyokong Pas (KPP).
Jelasnya, untuk menyertai KPP, individu tersebut perlu mempunyai keyakinan untuk berjuang mengikut dasar yang diamalkan Pas.
“Dia tidak bercadang untuk masuk DAP dan masih bergantung pada BN. Kalau masuk KPP pun, dia tidak komited kerana ahli-ahli KPP mestilah komited untuk menolak dasar BN,” katanya.
Selain itu, beliau meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi penjelasan terperinci berhubung 1Malaysia kerana agenda itu dilihat tidak selari dengan apa yang berlaku dalam parti-parti komponen BN ketika ini. -SH
Semasa pilihanraya Penanti berlansung, UMNO BN memboikotnya, bukan sahaja tidak bertanding, keluar mengundi pun tidak.
Kini apabila calon PKR menang besar, Bernama, agen berita nasional sibuk mengulas bagi memberikan gambaran pendirian parti dokongan mereka, UMNO-BN dengan menyatakan keputusan di Penanti tidak menggambarkan penerimaan sepenuhnya masyarakat di kawasan berkenaan.
Menurut laporan Bernama, walaupun Parti Keadilan Rakyat (PKR) berjaya mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti semalam, namun kemenangan itu tidak membayangkan penerimaan penuh masyarakat kawasan berkenaan kononnya berdasarkan peratusan keluar mengundi yang rendah.
Penganalisis politik berpendapat sokongan yang diterima PKR perlu dilihat dari sudut majoriti yang diperolehi calonnya Mansor Othman kali ini berbanding penyandang, dan juga jumlah yang keluar mengundi.
Pensyarah Kanan Universiti Sains Malaysia (USM) Dr Sivamurugan Pandian berkata mereka yang tidak keluar mengundi terutamanya pengundi atas pagar mungkin berasa muak setelah melalui tiga pilihan raya sejak Mac tahun lepas.
"Yang keluar mengundi hari ini memang penyokong setia pembangkang, manakala penyokong BN dan pengundi atas pagar tidak keluar mengundi kerana mungkin rasa muak dengan pilihan raya yang terlalu kerap," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, semalam.
Namun hujjah di atas telah dijawab segera oleh seorang pensyarah Sains Politik tempatan yang menempelak alasan berkenaan dengan mencabar UMNO BN untuk tidak keluar mengundi lagi terutama di dalam siri pilihanraya kecil selepas ini, dan yang terdekat ialah di Manik Urai nanti pada bulan Julai depan.
"Jika benar muak, kita saksikan sendiri gelagat mereka pada pilihanrayakecil Manek Urai, apakah mereka sebenarnya telah muak atau telah cuak untuk menerima kekalahan yang memang terpaksa ditempuhi oleh UMNO BN di setiap kali pilihanraya kecil," katanya.
"UMNO BN tidak perlu berselindung dengan alasan-alasan yang dieka-reka untuk menutup kelemahan dan kebaculan mereka. Yang nyata, rakyat telah menolak UMNO BN," tambahnya.
Ramai penganalisa politik berpendapat UMNO BN kini sedang mengalami sakit tenat yang menunggu masa untuk ditamatkan riwayatnya sebagai pemerintah negara. Apa juga yang dilakukan oleh UMNO BN sudah tidak dapat diterima rakyat apa tah lagi selepas tragedi krisis politik Perak yang telah mendedahkan sikap sebenar UMNO BN yang rakus kuasa.
Hari ini menjadi detik kecermelangan bagi sebuah parti yang baru di negara ini. Parti berusia 11 tahun. Tempoh ini memberi cabaran hebat dalam perjuangan menegakkan keadilan di Malaysia. Itulah Parti Keadilan Rakyat Malaysia.
Pakatan Rakyat meneruskan perjuangan demi perjuangan menyahut segala cabaran yang datang tak kira dari dalam maupun dari luar parti.
Kemenangan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil DUN Penanti memberi tamparan hebat kepada lawan gergasinya iaitu Umno BN. Kesepakatan yang dicapai menakutkan Umno BN untuk menyertai pertandingan di DUN Penanti. Sudah pasti batu nesan kali ini diberikan kepada calon bebas terutama sekali Nek Min yang begitu hebat menentang PR tapi tidak pada calon bebas yang lain. Serangan Nek Min belum cukup kuat menembusi kubu PR walaupun mendapat sokongan Puteri Umno ataupun Umno itu sendiri.
Mengapa Puteri Umno memberi sokongan kepada Nek Min seorang? Bagaimana calon bebas yang lain?. Mungkin Nek Min menjadi senjata tumpul Umno BN untuk menyerang PR. Umno nak lawan sendiri takut kalah walaupun dah tahu kalah, terpaksa la guna orang lain sebagai senjata. BACULnya Umno BN. Tewas sebelum bertanding, menggunakan ayat pembaziran duit rakyat sebagai alasan.
Bagaimana pula di Manek Urai?. Disana tiada pembaziran wang rakyat ke? Beraninya Umno BN kali ini,ingin meletak calon di manek Urai. Pandangan peribadi aku, mungkin Umno BN bosan gelaran BACUL bin DAYUS yang diterima dari rakyat marhaen ataupun ahli Umno itu sendiri tidak berjuang di Penanti, Umno BN mempertaruhkan maruah mereka di Manek Urai.
Di manek Urai rakyat mengjangkakan Umno BN akan menerima batu nesan yang kelima dari PR. Bukan nak takbur tapi itulah hakikatnya setelah rakyat dah jemu permainan Umno BN membohongi rakyat selama ini. Hanya pencacai umno saja yang masih sayangkan Umno.
Kali ini apa jua bentuk atau jenis batu nesan Umno BN tak peduli. Lawan tetap lawan walaupun kalah,tak mahu lagi di gelar BACUL. Umno akan gunakan segala senjata yang ada di Manek Urai supaya tak terima sebarang batu nesan dari PR.
Media arus perdana terpaksa bekerja keras memastikan rakyat menerima segala pembohongan. Provokasi diteruskan seperti biasa. Buktikan pada rakyat PR parti yang jahat.
Betul ke PR parti jahat? Kenapa di Penanti PR tak timbulkan kekecohan? Tiada pula berita buruk di kaca tv, tapi setiap kali PR bertembung dengan Umno mesti kecoh. Siapa yang jahat ni?. Inilah antara pemikiran rakyat yang berfikir. Sekadar andaian bodoh penulis tapi tak mustahil persoalan ini terdetik dihati rakyat.
Umno BN berterusan menerima malu yang besar setelah rakyat tidak mahu lagi ditipu oleh pemimpin Umno. Najib terpaksa bekerja keras mencuci segala najis yang ditinggalkan pimpinan terdahulu. sedangkan najis sendiri belum tentu dapat dicuci. Good Luck Bro !!
Parti Keadilan Rakyat mengekalkan kerusi DUN Penanti dengan majoriti lebih besar, meskipun berdepan pelbagai fitnah, dan taktik kotor untuk menafikan proses demokrasi.
Calon PKR, Mansor Othman mendapat majoriti 5,558 undi, berbanding 2,219 undi yand diperolehi oleh Mohammad Fairus Khairuddin pada pilihanraya umum yang lalu.
Kali ini, kesemua tiga calon bebas turut hilang wang deposit mereka. Barisan Nasional tidak bertanding setelah kalah pada kesemua empat pilihanraya kecil sejak Mac tahun lalu.
“Walaupun PKR berhadapan dengan fitnah jahat serta aparat kekuasaan yang berhasrat mengikis sokongan rakyat, namun segala usaha mereka (Umno) menemui jalan buntu,” kata Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim.
“Alhamdulillah dalam jangka masa 14 bulan ini, tiga kali pengundi Penanti menghadapi pilihan raya, dan masih tetap tidak berganjak untuk menyokong agenda perubahan Pakatan Rakyat,” kata Anwar. “Keputusan pilihan raya kecil ini membuktikan Keadilan masih mendapat sokongan majoriti penduduk Penanti,” tambah Anwar.
Umno-BN menggunakan pelbagai taktik kotor untuk cuba menggagalkan proses pilihan raya kecil Penanti.
Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin secara terbuka menggesa pengundi memulau pilihan raya kecil itu, satu kesalahan serius di bawah Akta Pilihan Raya. Anehnya tiada tindak balas daripada SPR.
Pengundi Penanti juga dipancing dengan percutian percuma ke Haadyai dan Padang Besar, siap dengan duit untuk membeli belah antara 500-1000 ringgit supaya mereka tidak mengundi.
Pengundi juga diumpan dengan pelbagai jamuan makan pada hari mengundi, supaya mereka alpa dan tidak menunaikan tanggungjawab mereka.
Dalam pada itu polis sekali lagi digunakan untuk menekan pemimpin Pakatan Rakyat yang membangkitkan isu-isu kepentingan awam seperti pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu dan krisis demokrasi Perak.
Pemimpin-pemimpin seperti Lim Kit Siang, Gobalakrishnan dan Chegu Bard menjadi mangsa soalsiasat polis.
SPR pula dikerah untuk mengenakan pelbagai syarat dan kerenah birokrasi untuk menekan Pakatan Rakyat sehingga ada penyokong mereka tidak berpeluang mengundi. Segala taktik BN-UMNO itu yang dibiayai dengan wang rakyat berjaya pada tahap tertentu.
Hanya 46.15 peratus daripada 15,384 pengundi keluar mengundi pada pilihan raya Penanti, berbanding lebih 80 peratus pada pilihan raya umum lalu.
Namun taktik Umno-BN itu tidak berupaya mengekang hakikat bahawa rakyat terus menyokong Pakatan Rakyat.
Mansor mendapat sokongan lebih 90 peratus daripada mereka yang keluar mengundi. Beliau meraih 6,052 undi manakala lawan terdekatnya, Nai Khan Ari mendapat 494 undi. Aminah Abdullah yang menabur fitnah kononnya ditawar imbuhan oleh PKR untuk menarik diri cuma mendapat 392 undi manakala calon bebas ketiga Kamarul Ramizu Idris hanya mampu 56 undi.
Anwar mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pengundi Penanti kerana terus menyokong PKR.
“Hari ini penduduk Penanti telah membuat keputusan bijak dengan memilih Sdr Mansor sebagai wakil mereka dan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang,” kata Anwar.
“Semoga dengan perlantikan ini beliau akan menunaikan amanah yang diberikan serta berkhidmat bersungguh-sungguh demi rakyat,” tambah Anwar yang juga Ketua Pembangkang dan Ahli Parlimen Permatang Pauh.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata pilihan raya kecil itu adalah satu kejayaan atas Umno-BN yang cuba menghasut rakyat untuk memulaukannya.
“Kemenangan Mansor Othman menunjukkan bahawa memang sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat tak pudar dan masih berkembang.
“Sungguhpun ada usaha tertentu untuk memboikot tetapi majoriti yang cukup besar ini menunjukkan sokongan padu untuk Mansor adalah kerana beliau sebagai seorang pemimpin berwibawa,” kata Guan Eng.
Guan Eng juga membidas SPR kerana terus berada di bawah telunjuk BN dalam cubaan menggunakan taktik kotor untuk menewaskan Pakatan Rakyat.
“ Sistem yang baru dipakai oleh SPR menjadi kelam kabut kerana ramai pengundi yang tak dapat buang undi kerana nama mereka hilang,” kata Guan Eng.
Beliau berkata ada banyak petanda bahawa “SPR memihak kepada BN dan menghilangkan pengundi merupakan taktik baru BN untuk mengalahkan kita.”
“Banyak pengundi merungut nama tak ada. Mereka undi Anwar Ogos lalu, tapi kini nama mereka hilang. Ini strategi baru untuk kurangkan pengaruh Pakatan Rakyat,” kata Lim, sambil menambah bahawa keputusan itu menunjukkan rakyat menolak taktik kotor seperti itu.
Naib Presiden PAS Husam Musa berkata kemenangan PKR di Penanti memberi keyakinan kepada PAS untuk mencatat kemenangan yang sama memberangsangkan pada pilihan raya kecil Manek Urai 14 Julai depan.
“Sama ada Umno masuk bertanding atau tidak, rakyat membuktikan sokongan mereka kepada calon Pakatan Rakyat melalui undi majoriti lebih besar. InsyaAllah kemenangan ini boleh kita gunakan untuk kalahkan Umno di Manek Urai,” kata Husam.
“Dan jika UMNO mendapat isyarat dari Penanti, mereka akan fikir dua kali untuk bertanding di Manek Urai. Strategi Umno strategi yang salah. Dia nak buktikan apa pada dunia? ” tambah Husam.
Mansor menyifatkan kemenangannya sebagai “kemenangan rakyat dan petanda jelas rakyat menolak BN.”
“Saya berjanji akan melaksanakan segala janji dan memikul tanggungjawab secara amanah dengan bimbingan pucuk pimpinan parti,” tambah Mansor yang juga timbalan pengerusi perhubungan PKR Pulau Pinang. -TVA
Ternyata, jangkaan yang merisaukan saya tidak menjadi kenyataan. Saya pernah menyuarakan kebimbangan saya bahawa kemungkinan ramai penyokong-penyokong PAS akan memboikot PRK Dun Penanti kerana PAS tidak diletakkan sebagai calon di situ. Nampaknya saya perlu banyak belajar lagi semangat dan iltizam ahli-ahli PAS.
Syukur, dan tahniah diucapkan kepada semua penyokong PAS serta DAP yang telah membuktikan bahawa tiada sesiapa pun dapat menembusi tembok pertahanan yang dibina bersama di dalam PR. Sesungguhnya, kemenangan calon PKR di Dun Penanti memang sudah dijangka tetapi jumlah undi yang diterima oleh Dr Mansor Othman samasekali tidak diduga dalam keadaan Umno/Bn memboikot PRK tersebut.
Dr Mansor Othman memperolehi undi sebanyak 6,052 undi dengan mendapat majoriti besar iaitu sebanyak 5,558 undi. Di dalam pilihanraya umum ke 12 yang lalu, calon PKR Fairus telah memenangi kerusi tersebut dengan mendapat undi sebanyak 7,346 undi. Adakah ini bermakna undi untuk calon PKR telah merosot sebanyak 1,294 undi? Jawapannya ya, tetapi mengapa ianya merosot sudah tentu ada faktor-faktor tertentu yang pastinya akan diterangkan oleh pucuk pimpinan PKR selepas ini.
Saya berani beri jaminan bahawa kehilangan undi sebanyak 1,294 itu bukan kerana mereka tidak menyokong PKR tetapi jumlah yang lebih ramai daripada itu sebenarnya tidak datang mengundi. Kebanyakan pengundi dari luar terutamanya yang jauh tidak pulang mengundi kerana mereka sebenarnya yakin PKR mampu memenangi kerusi tersebut apatah lagi dengan Umno sendiri yakin PKR juga boleh menang. Faktor lain juga mungkin kerana hilangnya `semangat' penyokong-penyokong PR untuk mengundi memandangkan lawan yang akan dihadapi oleh PKR hanyalah dari calon bebas.
Saya juga tersilap di dalam perkiraan saya apabila sudah tentu calon PKR akan mendapat tentangan dari seorang calon bebas, Kak Min yang menuduh PKR cuba merasuah beliau dengan wang ringgit dan jawatan KM 1 P.Pinang. Kak Min atau `Minah Ronggeng' nama yang digelar oleh YB Azmin dan Kak Min sendiri tidak kisah dengan gelaran tersebut, hanya mampu mendapat undi sebanyak 392 undi serta hilang wang pertaruhan.
Bagaimana seorang yang bertanding sehingga hilang wang pertaruhan tergamak PKR untuk menawarkan jawatan KM 1 P.Pinang ? Paling saya tidak sangka kehebatan Kak Min yang sering muncul di kaca TV walaupun tergagap-gagap telah kalah dengan undi yang diperolehi oleh seorang lagi calon bebas iaitu Khan Ari yang telah mendapat undi sebanyak 494.
Mungkin Khan Ari mendapat lebih banyak undi simpati melebihi Kak Min kerana Khan Ari telah menyertai pilihanraya ini dengan cara yang bersih dan jujur. Tentulah lojik jika PKR menawarkan jawatan KM 1 P.Pinang ini kepada Khan Ari daripada Kak Min. Saya cadangkan agar pimpinan PKR P.Pinang dapat memujuk agar Khan Ari ini menyertai PKR kerana beliau lebih dipercayai dan tentunya lebih jujur. Kesemua calon bebas telah hilang deposit mereka sebanyak RM5 ribu seorang dan tentunya jika ada calon yang ditaja oleh sesiapa dan sanggup menjadi `kuda tunggangan' mungkin tidak rugi apa-apa.
Keputusan PRK Dun Penanti ini telah menunjukkan satu lagi isyarat bahawa Umno khususnya akan berterusan akan ditolak oleh rakyat. Nasib menyebelahi Umno kerana tidak terlajak untuk turut serta di dalam PRK Dun Penanti ini. Jika tidak, kita tidak tahu di mana lagi Umno ingin menyorokkan logo keris pejuang Melayunya itu. Ternyata bumi Permatang Pauh terlalu `keramat' dan bagaikan sumpahan buat Umno. Mungkin `badi' dua kejadian `sumpah' sewaktu PRK Parlimen Permatang Pauh yang dimenangi oleh DS Anwar sebelum ini telah memakan tuan. Najib pernah bersumpah di dalam masjid sewaktu pilihanraya tersebut yang sebelum itu dimulai dengan sumpah laknat Saiful sehari sebelum hari penamaan calon. Sumpah oleh Raja Sesumpah tidak terkira oleh saya.
Selepas ini di hadapan kita adalah PRK Dun Manek Urai dan tiba pula giliran PAS untuk berpencak silat di sana. Umno telah memberi jaminan akan turut serta bagi mempamerkan `kejantanan' nya yang telah sekian lama terpendam. Tetapi saya tertanya-tanya apakah `kejantanan' yang ada pada Umno setelah saya mendengar kenyataan dari Ketua Penerangannya bahawa Umno akan menggunakan sistem 4M di dalam pilihanraya tersebut. Sistem 4M tersebut terasuklah juga media elektronik dan cetak. Mungkinkah TV/Radio kerajaan dan akhbar perdana akan digunakan oleh Umno sepanjang kempen itu nanti? Jika benar, ini bermakna Umno yang bakal turun di Manek Urai belum cukup `kejantanan' nya. -wfauzdin
Walaupun media pro Umno@BN dan beberapa penulis blog seperti cuba melaga-lagakan kepimpinan Pas dengan kononnya wujud golongan Erdogan dan ulama ini sama sekali tidak menjejaskan sambutan ahli dan penyokong Pas terhadap program ceramah yang diadakan.
Malam tadi ceramah Perdana anjuran Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil mendapat sambutan di luar dugaan. Ceramah kali ini membariskan YB Dato Husam Musa,Ustaz Kamarudin Sidek dan Adun DAP Dun Ayer Keroh.
Husam menjelaskan bahawa Umno@BN cukup gentar dengan perpaduan dan kerjasama erat yang wujud di dalam Pakatan Rakyat. Justeru itu pelbagai usaha dilakukan untuk memecah belahkan pakatan ini. Menurut beliau, usaha untuk memecah belahkan ini cuba dilakukan oleh musuh dengan melaga-lagakan kepimpinan Pas seolah-olah senario politik murahan seperti yang lumrah dalam Umno turut berlaku di dalam Pas. Misalnya isu perebutan jawatan, wujud perbalahan dalam pimpinan dan rasuah.
Sambutan hebat yang ditunjukkan oleh rakyat Melaka pada program malam ini memberi petanda bahawa Pas berpotensi besar untuk melahirkan anak sulung dalam Dewan Undangan Negeri serta sebagai isyarat bahawa Pakatan Rakyat mendapat sokongan padu untuk membentuk kerajaan di Melaka dalam Pilihanraya Umum akan datang. -angkasanuri