12 Sep 2009

Era Najib Altantuya : Politik Wang Antara Penyebab Kekalahan Saya - Subramaniam

Datuk S.Subramaniam, ketika menerima kekalahannya dalam percubaan untuk merebut kembali jawatan timbalan presiden MIC, mendakwa politik wang sebagai penyebab utama kekalahannya.

Beliau berkata wang diedarkan secara terbuka kepada perwakilan, minimum RM300 kepada setiap wakil.

"Saya terima kekalahan. Ia amat mengecewakan. Saya tidak jangka (kekalahan)," katanya kepada pemberita.

Ditanya sama ada beliau akan menyertai parti lain atau membentuk parti baru atau apakah langkah beliau seterusnya, Subramaniam yang lama berkhidmat sebagai timbalan presiden MIC berkata, "Saya perlukan masa untuk memerikirkan perkara itu (langkah seterusnya)".

Ditanya sama ada "mesej" Perdana Menteri hari ini tidak dipedulikan oleh perwakilan, Subramaniam berkata: "Saya kira Perdana Menteri membuat gesaan yang penting. Saya kira mesej itu hilang begitu saja".

Ditanya tentang kemungkinan tindakan disiplin terhadapnya oleh kerana beliau telah dirujuk kepada lembaga disiplin parti kerana membuat kenyataan mengenai pemilihan parti 1977, Subramaniam berkata beliau tidak kisah tentang itu.

"Saya tahu apa nak buat," kata beliau.

Sementara itu, ramai penyokong Subramaniam dilihat menangis. Mereka melepaskan rasa marah dengan melaungkan politik wang sebab kekalahan itu dan menggesa beliau menyertai parti lain.

Sementara itu, seorang lagi calon timbalan presiden, Datuk S.Sothinathan berkata beliau terima kekalahannya.

"Sekalipun apa yang diperkatakan oleh Perdana Menteri pagi ini...perwakilan telah membuat keputusan mereka dan tidak ada yang dapat mengubahnya," kata beliau. -Bernama

Era Najib Altantuya : PAS Desak Borang 2 Undi Pos Dihapuskan

Dewan Pemuda Pas Pusat bersedia untuk menghadapi pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang dan telah mengarahkan jenteranya menakluk kubu kuat BN itu.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di ibu pejabat Pas Kuala Lumpur, Timbalan Ketua Pemuda, Azman Shapawi Abdul Rani berkata keutamaan awal adalah mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya menjalankan proses undi pos secara telus.

"Dewan Pemuda PAS Pusat akan mengerahkan tenaga semaksima mungkin bagi merampas kerusi BN. Secara kebetulannya PAS akan bertanding dalam pilihanraya kecil yang terdekat ini. Dalam masa yang sama, kami Pemuda PAS pusat akan mendesak dan menghantar tuntutan kepada SPR, pertama mengenai undi pos supaya ianya lebih telus dalam pilihanraya kecil akan datang" katanya.

Lantaran itu, Dewan Pemuda PAS Pusat akan menghantar memorandum kepada SPR Malaysia dalam masa terdekat. Ustaz Azman Shapawi menambah, beberapa sudut teknikal akan dibangkitkan dalam memorandum kerana sayap parti aliran Islam ini bimbang dengan penipuan pilihanraya.

"Kita minta dari sudut teknikal seperti borang 2, borang yang menulis maklumat-maklumat pengundi pos itu sendiri yang mungkin mengakibatkan rasa takut, bimbang terjejas kedudukan mereka untuk mengundi pembangkang dalam pilihanraya akan datang minta dihapuskan".

Ujarnya lagi, Pemansuhan borang 2 sangat mustahak dalam memastikan ketelusan. Beliau juga harap SPR memberikan kelonggaran kepada calon dari PAS yang akan bertanding pada pilihanraya kecil Bagan Pinang untuk memasuki kem-kem tentera di kawasan DUN berkenaan bagi tujuan kempen.

"Kita rasa pilihanraya kecil kali ini, perkara ini boleh dilakukan kalau SPR benar kepada kita dan saya rasa isu keselamatan tidak timbul kerana semua tumpu kepada pilihanraya kecil dan kalau orang lain boleh masuk ke dalam kem, jual sayur, konsert pun boleh buat dalam kem, tak kan calon nak bertemu dengan pengundi, berkempen, nak cerita menifesto pengundi pun tidak boleh. saya rasa wajar diberi kebenaran kepada kita" tambahnya. Sementara itu, Sekretariat BERSIH, Faizal Mustaffa berkata, BERSIH sejak sekian lama berpendirian, bahawa undi pos perlu dihapuskan kerana wujud pelbagai isu yang meragukan.

Dalam situasi di Bagan Pinang, Faizal berkata sebahagian besar dari pengundi pos yang akan terbabit sebenarnya sudah tidak layak mengundi berdasarkan kepada tempoh perkhidmatan mereka yang telah tamat tahun lepas.

"Pengambilan anggota tentera yang bermula dengan angka pendaftaran 1068 sehingga 1070 adalah rekrut pengambilan November 1986 di Port Dickson, jika pengambilan itu rekrut tersebut dikira tamat tempoh perkhidmatan mereka selama 21 tahun atau pun 22 tahun, bermakna mereka akan berpencen pada November 2007 atau November 2008".

Malah ujarnya lagi, fakta ini merupakan sesuatu yang serius dan ianya wajar dipantau bagi mengelakkan wujudnya pengundi hantu pada pilihanraya kecil Bagan Pinang.

"Kalau kita lihat kepada pada spr.gov.my angka-angka pendaftaran ini masih wujud dalam sistem. Maknanya, saya ingin mengatakan di sini bahawa mereka seramai 1, 970 orang ini, yang sepatutnya tidak boleh berdaftar atau ertinya tidak ada kelayakan untuk mengundi di Port Dickson masih boleh mengundi di Bagan Pinang pada pilihanraya kecil." -TVA



Era Najib Altantuya : Shahrizat Tidak Layak - Zuraida

Ketua Wanita Keadilan,Zuraida Kamaruddin mempertikaikan peranan Menteri Pembangunan Wanita Datuk Shahrizat AbdulJalil yang dilihat tidak menjalankan tanggungjawab beliau dalam menyelesaikan isu pemerkosaan wanita Penan.

Beliau berkata demikian ketika menemani Exco Selangor Rodziah Ismail dalam melaporkan kes ugutan terhadap ADUN Batu3 itu di Balai Polis Daerah Shah Alam,semalam.

“Menteri Shahrizat memang tidak layak untuk memegang jawatan itu,kerana banyak kegagalan beliau demi kegagalan ditujukan walaupun dalam masa kali ke2 sebagai menteri.Sebelum ni pun beliau adalah menteri wanita,tak nampak kelestariannya.Tiada continuality langsung dalam gerak kerja beliau,” katanya.

Zuraida berkata beliau kesal kerana tiada sebarang tindakan atau siasatan yang dijalankan oleh jawatankuasa bertindak kementerian wanita berhubung isu yang telah dilaporkan sejak September tahun lalu.

Tambahnya lagi,“Sejak berumur 10 ahun telah mula dirogol,tapi apa yang mengecewakan bahawa dalam laporan itu,tidak ada satu komponen yang menceritakan bagaimana action plan,tindakan selanjutnya,penjenayah yang telah merogol gadis gadis ini tidak ada langsung”.

Menurut Zuraida,beliau sendiri telah ke Kementerian pada 8 September lalu bagi mengetahui perkembangan isu ini.

Ini kerana,pihaknya tidak menerima sebarang respon dari kementerian sejak surat menuntut penyiasatan kes ini diserahkan kepada mereka pada Jun lalu dalam sesi Parlimen.

Isu ini menjadi antara agenda utama Wanita Keadilan selain daripada kes ugutan seksual terhadap Exco Selangor,Rodziah Ismail yang berlaku 5 September lalu ketika Majlis Dialog Isu Pemindahan Kuil Seksyen19.

Dari sini dapat dilihat, penindasan terhadap wanita semakin meningkat dan ini sememangnya mengundang kegusaran di kalangan wanita sekiranya tiada sebarang tindakan diambil.

Kes pemerkosaan wanita Penan di Baram telah dilaporkan sejak September tahun lalu.Pekerja pekerja balak dikatakan terlibat dalam kes jenayah seksual ini.

Namun,sehingga kini,masih belum ada sebarang tindakan atau siastaan yang dilakukan Kementerian Wanita dalam membela nasib wanita golongan minoriti yang menjadi mangsa penindasan pihak yang tidak bertanggungjawab. TVA/TVS



Era Najib Altantuya : Karpal Singh Gesa Saksi Tampil Beri Keterangan

Rentetan daripada inkues Teoh Beng Hock, Ahli Parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh menggesa agar semua saksi yang terlibat diberi peluang untuk tampil memberi kenyataan ke mahkamah.

Peguam veteran itu menyifatkan saksi-saksi terbabit wajar mendengarkan akuan mereka ke muka pengadilan supaya keadilan terlaksana untuk Beng Hock khasnya dan masyarakat umumnya.

Beng Hock merupakan setiausaha politik Exco Kerajaan Negeri Selangor ditemui mati di bumbung tingkat lima bangunan Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor dipercayai terjatuh dari ibu pejabat Suruhanjaya pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kematian Beng Hock berkait rapat dengan operasi besar-besaran SPRM terhadap kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. Spekulasi bahawa Beng Hock mungkin dibunuh selepas disoalsiasat selama 10 jam tanpa henti bertiup kencang.

Persepsi ini diperkuatkan dengan pendedahan saksi terbaru inkues, Sivanesan Tanggavellu, yang mendakwa dipukul dan didera sehingga pengsan oleh pegawai-pegawai penyiasat SPRM.

Karpal berharap setiap saksi yang terlibat dengan inkues kematian Teoh Beng Hock diberi peluang dan diberi perlindungan yang sewajarnya dalam memberi keterangan kepada koroner majistret. -TVA


Era Najib Altantuya : BN Tewas Pada PRU13 Nanti - Mahathir

Mantan Perdana Menteri Dr Mahathir meramalkan yang BN akan tewas dalam pilihanraya umum akan datang jika masalah dalaman komponen seperti MCA, MIC, UMNO dan lain-lain lagi tidak diselesaikan dengan segera.

MIC sebagai contoh, bekas presiden Umno itu berkata, masyarakat India tidak lagi menyokong MIC kerana bosan dengan kepimpinan Samy yang mahu menguasai parti itu – beliau menguasai parti ketiga terbesar dalam BN selama 29 tahun.

“Sekarang orang India sudah terbahagi kepada lapan parti. Kalau dulu semuanya sokong MIC, sekarang ini, tidak ramai yang sokong MIC. Dan mereka beri alasan yang sama, iaitu mereka dah bosan dengan Samy Vellu yang hendak kuasai MIC,” jelas Dr Mahathir.

Dalam wawancaranya dengan Malaysiakini hari ini, bekas menteri kerja raya itu berkata, Dr Mahathir sendiri seorang pakar dalam seni “memusnahkan timbalannya” sendiri.

“Rasuah menjadi-jadi di dalam Umno dan parti-parti komponen (BN) yang lain. Perebutan kuasa telah melemahkan mereka. Para pemimpin begitu ghairah untuk terus berkuasa walaupun tidak lagi mampu berperanan.

“Dengan para pemimpin sedemikian, negara dan rakyat diabaikan. Pada dekad yang lepas, walaupun berdegar-degar dengan cakap-cakap bahawa berbilion ringgit diperuntukkan kepada koridor dan sebagainya, tidak ada bukti yang ketara dan boleh dilihat.

“Adakah pilihan raya yang akan datang akan menyaksikan fenomena yang sama seperti di Jepun? Ia tidak mustahil sama sekali,” kata bekas Presiden Umno dan Pengerusi BN itu.

MCA kini tidak berkesempatan untuk membuat postmortem kekalahan BN di Permatang Pasir dan meningkatnya undi kaum Cina kepada Pas kerana mereka sibuk dengan pertelingkahan. Masalah yang melanda Presiden dan Timbalan Presiden menyebabkan parti ini seperti kehilangan nakhoda.

Tiada siapa yang nampak Tee Keat mampu bertahan lama dalam politik. Walaupun beliau sedang berusaha keras untuk mempertahankan kedudukannya, dalam masa yang sama, mereka yang berada di bawahnya sudah membayangkan MCA akan kehilangan Tee Keat selain Soi Lek.

Betul kata pepatah Melayu, yang menang akan jadi arang dan yang kalah akan jadi abu. Tiada siapa yang untung dalam pertelingkahan ini. Malahan, sedikit sebanyak, kesan yang paling teruk terkena ialah parti MCA sendiri kerana, ketika rakyat semakin sangsi dengan perjuangan mereka, pemimpin-pemimpin mereka terpalit dengan skandal pula

Apa yang pasti Pakatan Rakyat seharusnya menggunakan peluang terbuka ini untuk membuktikan kepada rakyat yang mereka lebih berupaya untuk mengambil alih tapuk pemerintahan negara demi kebaikan untuk seluruh rakyat Malaysia. -nmjnh

Era Najib Altantuya : Ahli Politik PR Perlu Belajar Dari Juara F1, Alonso

Juara dunia dua kali, Fernando Alonso menggesa pendahulu Formula Satu musim ini, Jenson Button bertenang kala pelumba Brawn GP itu memburu kejuaraan F1 pertama dalam kariernya.

Alonso percaya Button kekal pilihan dalam kejuaraan itu meskipun kurang ke podium sejak beberapa perlumbaan lalu dan hanya mendahului dengan kelebihan 16 mata.

“Dalam posisi ini - lima perlumbaan ke penghujung musim - jika pencabar lain mengalami masalah pada hujung minggu ini, mereka sudah boleh mengucapkan ‘selamat tinggal’ kepada kejuaraan tahun ini,” kata Alonso menjelang Grand Prix Itali, esok.

“Dalam hal Jenson, dia masih mendahului kejuaraan walaupun mengalami masalah. Jadi, itu dapat menenangkan anda dan membuatkan anda lebih optimis”.


Alonso berkata, keupayaannya kekal fokus nyata banyak membantunya menghalang Michael Schumacher untuk meraih kejuaraan kedua berturut-turut pada 2006.

“Ia sukar kerana anda perlu mengawal tekanan dan adrenalin untuk menjuarainya dan memenangi perlumbaan, dan dalam masa sama anda perlu bertenang kerana anda mempunyai banyak peluang yang tidak begitu berisiko,” kata Alonso. “Biarkan yang lain mengambil risiko itu.”


Button menolak dakwaan bahawa tekanan memberi kesan kepadanya, walaupun selepas ketiadaan mata buat pertama kali dalam musim ini di Grand Prix Belgium, bulan lalu.

Rakan sepasukannya, Rubens Barrichello merapatkan kedudukan dengan Button sejak di Turki, ketika Button memenanginya buat kali keenam selepas tujuh perlumbaan.

“Tidak, saya dalam keadaan baik. Saya mendahului 16 mata, di mana ia posisi memuaskan kala kejuaraan ini makin tamat,” kata Button. - AP

“Masih berbaki lima perlumbaan. Saya tidak sabar menantikan perlumbaan seterusnya.”-AP

Era Najib Altantuya : Anita dan Suami Disamun. Jenayah Bermaharajalela, Polis Hilang Fokus.

Allah mahu selamatkan nyawa kami. Mungkin penyamun itu terkejut kerana mengenali saya lalu dia yang sudah mengangkat parang tiba-tiba jadi tergamam,” kata Anita Sarawak yang disamun empat lelaki berparang di Taman Melawati, Hulu Klang, dekat sini, petang semalam.

Penyanyi veteran itu berkata, ketika penyamun mengacukan parang ke arahnya, dia terasa bagaikan berada di ambang maut.

Menceritakan detik cemas ketika disamun kira-kira jam 5.30 petang semalam, Anita Sarawak atau nama sebenarnya Ithnaini Mohd Taib, 57, berkata dia bersama suami, Mahathir Abdullah, 53, dan pemandunya, Tan Ah Seng, 52, berada di hadapan rumah ibu tirinya, Datin Umi Kalthum.

Menurutnya, mereka ke rumah Umi Kalthum kerana mahu menjemput bekas pelakon itu ke majlis berbuka puasa di Perbadanan Kemajuan Finas Nasional (Finas), Hulu Klang.

“Ketika itu hujan renyai, kami baru saja sampai di rumah Umi. Pemandu kami bergegas turun menuju ke but kereta untuk mengambil payung.

“Tapi suami curiga kerana dia mengambil masa lama untuk kembali ke kereta kami. Apabila menoleh ke belakang, suami nampak empat lelaki bersenjatakan parang sedang mengacu senjata itu di leher pemandu kami,” katanya ketika ditemui di sebuah hospital swasta di sini, malam tadi.

Ketika itu, katanya, Mahathir terus menerpa ke belakang kereta mereka untuk menyelamatkan Tan.

Menurut Anita, dalam pergelutan dengan penyamun, Mahathir sempat mencekik leher seorang daripada mereka, tetapi pada masa sama, seorang lagi penyamun datang ke arahnya yang ketika itu dalam kereta.

“Dalam hati, Kak Nita berdoa semoga diselamatkan Allah daripada petaka itu sambil merayu kepadanya (penyamun) supaya tidak mencederakan kami sambil merenung matanya.

“Peliknya, penyamun itu tiba-tiba tergamam dan menurunkan parangnya sebelum saya mengambil kesempatan itu untuk menutup dan mengunci pintu kereta,” katanya.

Pada masa sama, Anita melihat suaminya berlumuran darah, manakala penyamun terbabit berbual sesama sendiri sebelum melarikan diri dengan menaiki dua motosikal.

Sementara itu, Mahathir yang menerima puluhan jahitan di belakang kepala akibat tetakan parang penyamun ketika bergelut berkata, dia menjadi berani kerana memikirkan nyawa isteri dan pemandunya yang sedang diancam penyamun.

“Penyamun mahukan jam yang saya pakai tapi saya tidak memberikannya. Dia mengacukan parang, namun saya sempat mencekik lehernya.

“Bagaimanapun, dia sempat melibas parang sebelum satu tetakan terkena di kepala saya. Mujur pada masa sama seorang rakannya yang kelihatan ketakutan mengajaknya dan dua yang lain melarikan diri.

“Saya bernasib baik tidak cedera terlalu serius walaupun ditetak kerana kepala dilindungi songkok untuk ke majlis berbuka puasa,” katanya.

Anita berkata, dia dan suami bersyukur kerana terselamat dalam kejadian itu dan berdoa agar keempat-empat penyamun berusia kira-kira 20-an itu insaf.

“Kak Nita masih trauma. Mungkin nanti baru laporkan kejadian ini kepada polis,” katanya.

Wartawan yang menunggu di bilik kecemasan hospital melihat Mahathir yang dirawat sebagai pesakit luar dipimpin Anita untuk pulang ke rumah mereka, kira-kira jam 9.30 malam.

Dalam kejadian berkenaan, empat penyamun terbabit sempat melarikan beg duit dan beg bimbit milik pemandu Anita serta beberapa barangan dalam but kereta Anita. -HMetro

Ulasan GB

Kegiatan jenayah yang menjadi-jadi mutakhir ini menjelaskan kebenaran tanggapan orangramai bahawa Polis hilang fokus di dalam tugas dan tanggungjawab mereka.

Yang mereka sibukkan ialah mengampu dan membodek UMNO BN dengan menekan dan membelasah rakyat yang menyokong Pakatan Rakyat.


Era Najib Altantuya : Sokong MB Kedah Bubar DUN Jika...

Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Abdul Ghani Ahmad menyokong hasrat Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mahu membubarkan DUN jika ramai ADUN daripada Pakatan Rakyat (PR) mahu isytiharkan diri mereka sebagai Wakil Rakyat Bebas seperti yang dilakukan oleh ADUN Lunas, Mohd Radzhi Salleh.

Menurutnya, pembubaran DUN bermakna akan berlaku pilihan raya negeri dan dari situ, sokongan terhadap sesebuah kerajaan akan dapat dinilai dengan pemilihan yang dibuat oleh rakyat secara langsung.

Abdul Ghani berkata, dakwaan Ketua UMNO Bahagian Kulim Bandar Baharu, Datuk Aziz Sheikh Fadzir akan ada lagi ADUN PR lompat parti atau mengisytihar sebagai Wakil Rakyat Bebas adalah bersifat menggertak sedangkan pentadbiran Kerajaan Negeri berada dalam kedudukan yang selesa.

“Aziz perlu buktikan kata-katanya, siapa ADUN PR yang mahu keluar parti. Kenyataannya (Aziz) seolah mengertak dan dalam masa yang sama mahu mencungkil rahsia kononnya ada kekurangan di pihak pentadbiran Kerajaan Negeri,” katanya semalam.

Abdul Ghani berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Aziz baru-baru ini yang mendakwa akan ada lagi ADUN PR di Kedah mengisytihar diri sebagai ADUN Bebas.

Menurutnya, pentadbiran Kerajaan Negeri memandang serius dakwaan itu dan pada masa yang sama, pihak lain diingatkan supaya tidak menganggap pemerintahan Kerajaan Kedah sekarang seperti tidak mempunyai prinsip.

“Kalau betul ADUN-ADUN PR yang lain mahu ikut macam Radzhi, saya sokong MB bubarkan DUN,” katanya.

Beliau yang juga ADUNAyer Hitam berkata, setakat ini majoriti rakyat memberi persepsi yang baik kepada Kerajaan PR. -SH

Era Najib Altantuya : Pemuda NS Yakin PAS Mampu Tawan Bagan Pinang

Dewan Pemuda Pas Negeri Sembilan tidak bersetuju dengan dakwaan DAP yang menyatakan Pas akan kalah pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang.

Ketua Pemuda Pas Negeri Sembilan, Khairil Anwar Mohd Wafa berkata, DAP tidak seharusnya melontarkan pandangan sebegitu kerana politik semasa kini berada dalam keadaan tidak stabil dan pelbagai perkara boleh berlaku.

Menurutnya, undi pos yang berjumlah 5,000 itu bukanlah penentu kepada kemenangan Barisan Nasional (BN) kerana beliau yakin Pas juga mempunyai harapan tinggi untuk menang.

“Mengikut pilihan raya umum yang lalu, daripada 5,000 pengundi pos, seramai lebih kurang 1,000 pengundi memilih Pas, dan kita yakin, bilangan undi ini akan bertambah pada pilihan raya kecil kali ini.

“Oleh itu, bagi memantapkan pilihan raya kali ini, kita akan menjemput bekas-bekas pegawai tentera yang sudah sertai Pas untuk berceramah bagi membantu parti dalam berkempen, sekali gus memancing undi.

“Ini penting bagi memberi keyakinan kepada anggota tentera atau polis agar terus memilih Pas sebagai parti mereka pada pilihan raya kecil ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam

Menurutnya, ini adalah strategi awal Pas untuk memancing undi dan membangkitkan kembali kesedaran masyarakat tempatan agar memilih Pas untuk mentadbir di DUN Bagan Pinang.

“Kita yakin, Pas mempunyai peluang untuk menang, malah peratus kemenangan juga adalah melebihi 50 peratus.

“Sekiranya BN mencalonkan bekas Menteri Besar, Tan Sri Isa Samad sebagai calon mereka di Bagan Pinang, sudah pasti kemenangan akan terus berpihak kepada Pas.

“Faktor calon memainkan peranan penting dan kita yakin masyarakat tidak mahukan beliau (Isa Samad) sebagai pemimpin di sana,” katanya.

Era Najib Altantuya : UMNO Kebas RM10 juta Duit Rakyat Untuk Kempen

Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat), Teng Chang Khim (gambar) menyatakan peruntukkan tambahan sebanyak RM10 juta diberikan kepada setiap daerah Dewan Undangan Negeri (DUN) dilihat berlaku penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan dana kerajaan.

Chang Khim berkata, penjelasan yang diberikan Pegawai Daerah Gombak menunjukkan terdapat penyalahgunaan dana daripada untuk pembinaan prasarana tetapi digunakan untuk kempen Pilihan Raya Umum ke-12.

“Kami rasa ia adalah satu penyalahgunaan kuasa kerana kegunaannya lebih menjurus kepada kempen pilihan raya umum yang lalu. Sepatutnya pegawai daerah menjelaskan dan dibentangkan di dewan supaya maksud penggunaan dana tersebut lebih jelas dan digunakan secara terancang.

“Tetapi apa yang berlaku adalah RM10 juta itu dibahagikan kepada setiap daerah dan pembahagiannya dilihat tidak adil dan saksama seperti yang kita lihat di Gombak mempunyai lima DUN sementara di Petaling ada 13 DUN dan di Klang ada 9 DUN. Jadi pembahagian setiap kawasan tidak sama,” katanya dalam sidang media selepas sesi pendengaran terbuka awam Selcat di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS), semalam.

Beliau berkata, peruntukkan tersebut adalah untuk pembangunan dan ia hendaklah diberikan untuk pembangunan terancang bukan untuk kempen pilihan raya.

“Pada hari ini (semalam) juga, kita nampak tuntutan juga diberikan kepada parti politik melalui cawangan mereka. Jadi ini bererti dana kerajaan juga dijadikan sebagai dana parti dan itu tidak termasuk dengan projek-projek yang diberikan kepada konco-konconya.

“Semua ini membayangkan betapa berleluasanya penyalahgunaan dana kerajaan pada zaman pemerintahan yang lalu. Bagaimanapun, setelah kita melihat dan mengetahui semua kelemahan ini. Malah, ia akan diambil tindakan dan saya mahu sarankan agar zaman pemerintahan yang baru ini di harap perkara-perkara demikian tidak akan berlaku,” katanya.

Sementara itu, Chang Khim melalui Selcat mencadangkan satu mekanisme baru diwujudkan di mana kedua-dua pihak dapat memainkan peranan masing-masing supaya ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dapat menggunakan peruntukkan dengan proses yang lebih cepat.

Di samping itu, pihak pejabat daerah juga dapat memberikan kawalan memastikan peruntukan rakyat tidak disalahgunakan dan disalurkan ke tempat yang tidak sesuai.

Era Najib Altantuya : UMNO Tandus Calon Wibawa

Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) menyifatkan sekiranya Tan Sri Mohd Isa Samad dicalonkan mewakili Barisan Nasional (BN) bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, tindakan itu membuktikan UMNO kini ketandusan calon wibawa.

Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Latheefa Koya berkata, pencalonan Mohd Isa adalah kelebihan kepada PR yang yakin mampu menawan hati pengundi di Bagan Pinang.

Perkara ini sangat bagus untuk Pakatan Rakyat (PR). Keputusan sebegitu menggambarkan BN tidak mendengar apa yang rakyat mahukan. Mana-mana pun calon yang dipilih oleh BN, ia berkaitan bukan sahaja isu calon itu sendiri, malah ia juga melibatkan parti itu ditambah dengan rakyat yang semakin tidak percaya terhadap pemimpin mereka,” katanya, semalam.

Menurutnya, PR tidak kisah siapa saja calon yang ditetapkan parti itu kerana PR akan berusaha kerana untuk menawan hati rakyat.

Sementara itu, Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub menga:lu-alukan sekiranya Mohd Isa dicalonkan berhadapan Pas pada pilihan raya kecil DUN itu.

“Ia cabaran besar untuk PR bagi berdepan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan berkenaan. Beliau juga seorang yang cukup berpengaruh di Negeri Sembilan, selain sebagai Ketua Bahagian di Teluk Kemang,” katanya.

Ditanya adakah PR akan menggunakan kes disiplin penggantungan Mohd Isa sebagai ahli UMNO sebelum ini sebagai ‘senjata’ meraih undi, Salahuddin berkata, perkara itu akan dibincangkan dan melihat keperluan sama ada membantu atau sebaliknya.

“Isu moral atau isu peribadi itu akan difikirkan bila sampai masanya nanti. Seperti yang diberitahu, kami mengalu-alukan pencalonan beliau dan kami akan terus menawan hati rakyat dengan cara kami sendiri," katanya.

Mohd Isa sebelum ini pernah digantung keahlian oleh Lembaga Disiplin UMNO selama tiga tahun bermula 24 Jun 2005 sehingga 23 Jun tahun lalu, selepas didapati bersalah terbabit amalan politik wang pada Perhimpunan Agung UMNO 2004 ketika memenangi jawatan Naib Presiden. -SH

Era Najib Altantuya : TKO dan MI Diserang Penggodam

Portal berita Malaysian Insider telah diceroboh oleh penggodam semalam oleh mereka yang tidak dikenali.

Kenyataan di portal berkenaan memohon maaf di atas kesulitan yang timbul di saat mereka terus membina semula portal berkenaan.

Mereka juga sedang menyiasat penceroboh berkenaan dan meminta para pembacanya tidak membuat sebarang andaian dan spekulasi.

Sementara itu, portal terkenal, Tranungkite Online (TKO) juga berkemungkinan menghadapi serangan yang serupa.

Kenyataan ringkas webmaster TKO, Ketam Batu menyatakan bahawa kesemua capaian portal TKO tidak aktif dan yang dipaparkan hanyalah snapshot muka hadap portal berkenaan.

Mutakhir ini lamanweb-lamanweb dan portal-portal alternatif telah menjadi sasaran penggodam lantaran kebanyakan artikel-artikel dan berita-berita di lamanweb dan portal berkenaan tidak disenangi oleh


Era Najib Altantuya : SPRM Lambat Bertindak Siasat Khir Toyo

TTindakan Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dilaporkan ingin menyiasat bekas Menteri Besar Selangor, Khir Toyo mendedahkan ketidakcekapan badan itu sendiri.

Exco Hal Ehwal Wanita, Kebajikan, Sains Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail berkata, siasatan sepatutnya telah dilakukan sejak awal lagi berikutan aduan rasmi daripada beberapa pihak berhubung isu Balkis dan Rumah Agamnya itu.

“Ini lah sebenarnya perkara terbaik yang sepatutnya SPRM buat sejak dulu lagi, Saya kesal kerana baru sekarang siasatan ini dibuat sedangkan kes itu telah pon dibuatkan atau didedahkan seawal kami masuk pada buln Mac lepas,

“Kalau kita tengok pada kes beliau yang lain seperti kes rumah beliau telah didedahkan pada beberapa bulan lepas, Walaupun SPRM nampaknya macam ingin seimbang dalam siasatan beliau tetapi bagi saya ketidak kecekapan beliau mengambil semua aduan itu secara cepat itu dibuat,” katanya.

Rodziah berkata, tindakan SPRM itu adalah lewat dan tidak berkesan untuk meleraikan persepsi bahawa badan itu bingkas mensasarkan wakil rakyat pembangkang tetapi pemimpin Umno-Barisan Nasional diberi layanan sebaliknya. .

“Sebab kalau kita tengok apa yang berlaku kepada diri saya sendiri, atau pihak pakatan jika sedikit sahaja cerita itu ditulis didalam blog maka pihak SPRM secara cepat masuk buat siasatan sedangkan bagi pihak Khir Toyo kes ini dilambat-lambatkan seolah ingin menunggu arahan dari seseorang baru siasatan itu dibuat,” katanya. -TVA/TVS



Era Najib Altantuya : Wanita Keadilan Kecam Ugutan Terhadap Rodziah

Wanita Keadilan mengecam tindakan segelintir penduduk Seksyen23 Seksyen 23 di Majlis Dialog Pemindahan Kuil pada 5 September lalu di Auditorium MBSA.

Ketua Wanita Keadilan Zuraida Kamaruddin menyifatkan tindakan mereka melemparkan ugutan terhadap Exco Hal Ehwal Wanita, Kebajikan, Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Adun Batu3 itu, adalah perbuatan jenayah yang mencabuli hak asasi wanita.

Beliau hadir sama ketika Rodziah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam petang tadi, terhadap ugutan dan gangguan seksual yang di alami pada majlis itu

“Memberi isyarat yang lantang kepada pelaku pelaku budaya durjana bahawa budaya durjana yang mencabul hak dan maruah wanita Malaysia mesti diperangi habis habisan. Pendurjana mesti di bawa ke pengadilan, dihukum dan tidak mengulangi perbuatan durjana mereka itu”,katanya.

Menurutnya lagi, tindakan biadap melontar kaata kata kesat dan mengugut kaum wanita ha mengundang tindakan keras polis bagi memastikan keselamatan wanita terjamin.

Beberapa wakil rakyat turut hadir bersama untuk memberi sokongan kepada Rodziah dan menggesa polis bertindak tegas terhadap perbuataan jenayah itu.

Khalid Samad,Ahli Parlimen Shah Alam berpendapat individu yang terlibat patut dikenakan tidakan yang berat kerana telah mencemari majlis tersebut yang pada dasarnya dijalankan untuk mencapai kata sepakat. Menurutnya lagi, individu terlibat didalangi UMNO sehingga berani melakukan perbuatan yang bercanggah dengan agama, budaya dan tamadun manusia.

“Sebagai wanita kami sedih perkara ini telah berlaku, ini satu salahguna kebebasan suara, kerajaan pakatan rakyat negeri Selangor sangat menghormati wanita, 40 peratus exco kita golongan wanita. Ini satu cabaran dan ancaman yang sangat besar pada wanita. Its extremely degrading statemenT.So kita berharap home minister ambil tindakan tegas jika dia betul betul percaya keselamatan wanita di Negara kita harus dijaga", komen DUN Subang Jaya Hannah Yeoh.

Ketua Wanita Keadilan,Felicia Ling berkata,“Kita harus memandang serius perkara ini kerana ugutan yang ditujukan memang bertujuan untuk menjatuhkan,menghalang YB Rodziah daripada jalankan tanggungjawab sebagai wakil rakyat.


Era Najib Altantuya : RM2.5 Juta Lesap Tak Sampai 2 Bulan (updated)

Sejumlah hampir 2.5 juta ringgit habis dibelanjakan dalam tempoh dua bulan oleh lima Adun Barisan Nasional, sebelum menjelang pilihan raya umum, Mac tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat), Teng Chang Kim berkata peruntukan itu sepatutnya digunakan oleh Adun Adun untuk tempoh 12 bulan.

Teng menyifatkan kelulusan peruntukan oleh Pejabat Daerah adalah satu kecuaian kerana tidak melakukan sebarang pemantauan terhadap peruntukan wang yang telah diamanahkan.

"Ada kecuaian pada pihak pejabat daerah untuk meluluskan permohonan untuk projek kecil ini, kerana tidak berdasarkan laporan daripan pihak juruteknik.

"Beban tugas adalah soal lain, kalau tak pantau tak pantau lah, kenapa tak pantau, itu sebab soal lain, memang ada kecuaian dalam perkara ini kerana pada masa itu dan kelulusan telah diberikan kepada projek peruntukan diluluskan tanpa mengikut peraturan dan prosedur yang ditetapkan," katanya.

Selcat hari ini memanggil Pegawai Daerah Kuala Selangor, Mohd Misri Idris untuk memberi keterangan pada sesi pendengaran awam berhubung isu peruntukan 5 DUN Barisan Nasional sejak dari Januari hingga Mac 2008.

Lima Dun tersebut adalah Ijok, Bukit Melawati, Jeram, Permatang dan Sungai Burong.
Teng berasa musykil apabila pejabat daerah meluluskan 24 permohonan bertarikh 11 Februari dan mengeluarkan baucer pada keesokannya, iaitu sehari sebelum pembubaran Parlimen.

Di samping itu, terdapat beberapa baucer yang turut diluluskan selepas pembubaran.
Bercakap pada sidang media selepas sesi pendengaran ditangguhkan, Teng menjelaskan, peruntukan yang dihabiskan dalam tempoh tiga bulan itu tidak munasabah dan ia juga didapati digunakan sebagai dana untuk berkempen.

"Peruntukan Dewan dun adalah untuk pembangunan sepanjang tahun, yang telah pun diluludkan oleh dewan negeri, bukannya dimaksudkan untuk menjadi dana kempen pilihanraya, jadi tidak kira samada tahun itu terdapat pilihanraya atau tidak sewajarnya peruntukan itu hendaklah teratur mengikut jadual yang ditetapkan, diagihkan kepada 12 bulan tersebut, dan tidak disalahgunakan sebagai dana kempen," katanya.

Turut dipanggil memberi keterangan hari ini ialah Penolong Pegawai Daerah, Idzahar Rasidi, Ketua Pembantu Tadbir, Ibrahim Ahmad dan dua Pembantu Tadbir Kewangan, iaitu Norafzahti dan Nordiana.

Teng bagaimanapun berpuashati terhadap perjalanan pendengaran awam hari ini apabila pihak yang dipanggil, memberi kerjasama sepenuhnya.

"Ini adalah sikap yang kami perlukan daripada pegawai daerah dan pegawai-pegawai berkenaan yang terlibat secara langsung dalam menguruskan permohonan peruntukan adun dalam kawasan masing-masing…Mempunyai gambaran yang jelas bagaimana keadaan pejabat daerah menjelang pilihanraya dimana mereka dikehendaki mengendalikan permohonan peruntukan yang begitu banyak luar biasa menjelang pilihanraya," katanya.