6 Apr 2013

KD Altantuya Berlabuh Untuk Bantu PR Rampas Semula Terengganu Dari UMNO/BN


Awas!!!!! Kapal selam KD Altantuya sudah berlabuh di Kuala Terengganu bagi membantu kemenangan PAS/PR merampas Terengganu dari kerajaan zalim rasuah UMNO/BN.

Kapal selam KD Altantuya ini kini berada di Kg Nibong, Kuala Terengganu.

Cukup kreatif anak-anak muda kita sampai boleh membina satu kapal selam Altantuya berlambang logo PAS.

ANAK-ANAK MUDA HEBAT!!!....INS'YALLAH TERENGGANU KITA AKAN TAWAN SEMULA. -omakkau



Selangor Cemerlang Di Bawah PR, 5 Tahun Tanpa Rasuah & Penyelewengan


Rakyat Selangor diminta menilai sendiri keupayaan dan perubahan yang dibawa Pakatan Rakyat (PR) dalam tempoh lima tahun ini.

Ini kerana menurut Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim PR membuktikan dalam tempoh lima tahun mentadbir Selangor bebas daripada rasuah dan penyelewengan kuasa.

Malah, dakwaan Umno-BN ternyata salah apabila mengatakan Selangor akan bankrap di bawah pentadbiran PR.

“Simpanan negeri sebelum 2008 tak sampai RM 500 juta. Sekarang kita ada lebih RM 2.6 bilion. Keupayaan mentadbir jelas terbukti. Dari segi pelaburan dalam lima tahun ini, ia mencecah RM 50 bilion.


“Setakat ini, kita juga sudah peruntukkan lebih RM700 juta hasil negeri yang dipulangkan kepada rakyat melalui program Merakyatkan Ekonomi Selangor ia sangat berbeza dengan pentadbiran sebelum ini.

“Konsep hasil negeri untuk rakyat kita laksanakan untuk beri peluang kepada rakyat menikmati limbahan kemakmuran tanpa kira ideologi politik,” katanya dalam ucapannya di Majlis Kenduri Kesyukuran pembinaan surau dan cadangan pembinaan bangunan Sekolah Rendah Agama, di Kampung Medan, di sini.

Abdul Khalid menambah di bawah pentadbiran PR juga turut membawa perubahan kepada Pendidikan Islam di sekolah-sekolah agama melalui penyaluran peruntukkan sebanyak RM6 juta setahun berbanding pentadbiran sebelum 2008.

“Jika dahulu, walaupun Jabatan Agama Islam negeri yang menjaga Sekolah Agama Rakyat (SRA), tapi mereka (Umno-BN) tidak memberi peruntukan terus kepada SRA. Ramai anak-anak terasing.

“Kini di bawah PR, kita membuktikan bahawa kita tidak mengabaikan mereka, elaun guru sekolah agama kita naikkan dari RM700 kepada RM1,200 sebulan. Melalui pendidikan, jelas banyak usaha yang sudah dilakukan, permohonan kemasukan ke sekolah agama juga meningkat.

“Kita juga tidak membezakan pendidikan, semua jenis sekolah termasuk sekolah Cina, Tamil dan Islam kita bantu sebab kita percaya melalui pendidikan akan menentukan pembangunan negeri,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap rakyat di negeri itu, khususnya dapat memilih pemimpin yang mengutamakan rakyat bukannya hanya berkempen kebajikan menjelang pilihan raya.

“Bila tiba masa pilihanraya nanti, pilihlah siapa-siapa tetapi janganlah bergaduh, bergaduh itu memalukan. Kematangan perlu ada. Politik-politiklah tetapi jangan sampai pecahkan ruyung. Ini kes tidak betul.

” Tunjukkan tanggungjawab dalam agama untuk memilih orang yang betul. Tidak perlu mengoyakkan bendera atau menurunkan bendera parti mana-mana sekalipun, dengan cara itu kita boleh adakan pilihan raya dengan aman,” katanya. -selangorku

Ulasan GB

Dasar UMNO BN yang tak reti bahasa dan sentasa berlaku zalim ke atas rakyat. Negeri yng diperintah Pakatan disekat pembangunan, dirompak royaltinya, kemudian irihati dengan kemajuan Selangor di bawah Pakatan. Namun kebenaran terbukti jua:


Yang zalim itu, lambat laun pasti akan menerima hukuman Allah swt.

Bakal-bakal Calon PAS & BN Bertemu Ziarah Mangsa Ribut


Datuk Hassan Abd Rahman (BN) dan Pn Hjh Kintan Man (PAS) turun padang bersama memberi bantuan kepada penduduk yang terlibat bencana ribut di Kampung Seri Mendapat.

Jasin - Seorang warga emas yang terlantar kerana sakit tua, nyaris maut dihempap kepingan genting bumbung rumah yang runtuh akibat ribut yang melanda Kampung Seri Mendapat di sini, lewat petang, kelmarin.

Anak mangsa, Zainab Abd Hamid, 42, berkata, dalam kejadian lebih kurang jam 6 petang itu, dia sedang menjaga ibunya, Samnah Impang, 80, di dalam sebuah bilik.

Jelasnya, tiba-tiba mereka dikejutkan dengan bunyi kepingan bumbung bilik yang terjatuh ke lantai menyebabkan mereka menyelamatkan diri ke tempat selamat.

Zainab berkata, dia hanya mampu melaungkan ALLAHU AKHBAR beberapa kali memandangkan hujan mencurah masuk ke dalam rumah selain keadaan ibunya yang sakit dan terpaksa didukung.

Tambahnya, insiden ribut kali kedua bagi tahun ini itu agak teruk berbanding sebelumnya, namun dia bersyukur walaupun mengalami kerosakan pada bumbung kediaman, namun mereka sekeluarga tidak cedera.

“Ketika kejadian, saya bersama tiga anak dan seorang cucu berada dalam rumah.

Manakala dua lagi anak yang lain bersekolah agama.

“Mujur serpihan bumbung tersebut tidak menimpa ibu saya yang sedang baring atas tilam.

Jika tidak, saya sendiri tidak tahu apa nasib kami kerana kejadian berlaku pantas.

“Malah, kami turut sedih kerana kejadian itu menyebabkan beberapa harta benda dan perkakas elektrik rosak terkena air hujan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Terharu dengan keprihatinan pelbagai pihak

Suami Zainab, Muhammad Jelani, 41, berkata, mereka sekeluarga terharu dan berterima kasih dengan keprihatinan pelbagai pihak termasuk dari Pas yang turun padang melawat keadaan dan menyampaikan sumbangan.

Menurutnya, sekurang-kurangnya bantuan yang diterima dapat meringankan beban dan membantu mereka yang dilanda musibah.

Bagi seorang lagi mangsa, Sapiah Atan, 62, berkata, dia turut bersyukur kerana hanya mengalami kerosakan bumbung di luar rumah akibat bencana alam itu.

Menurutnya, ketika kejadian, dia hanya mampu berdoa dan berusaha menyelamatkan diri bersama anak-anaknya di bahagian belakang rumah.

“Hujan memang terlalu lebat dan tak dapat nak digambarkan, namun kami bersyukur kerana semua selamat,” katanya.

Pas hulur sumbangan

Sementara itu, Penyelia Dun Sungai Rambai, Kintan Man berkata, pihaknya terus mengadakan program turun padang selepas menerima berita musibah yang menimpa beberapa penduduk di kampung terbabit.

Menurutnya, kehadiran mereka ke kawasan itu lambang keprihatinan di mana program seperti ini tidak hanya dilaksanakan menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) sebaliknya sentiasa bersiap sedia mendekati masyarakat terutama mereka yang dilanda musibah.

“Dalam pertemuan itu, kita dapat bertanya khabar dan mengetahui maklumat lanjut perkara sebenar yang berlaku.

“Malah, ia bukan sekadar ziarah tetapi kita juga turut menyampaikan sumbangan bagi meringankan beban keluarga mangsa,” katanya.

BN urus baik pulih rumah

Sementara itu, Ketua Penerangan Umno Bahagian Jasin, Datuk Hasan Rahman berkata, Barisan Nasional (BN) simpati dengan kejadian yang menimpa penduduk dan telah mengambil langkah drastik melakukan kerja baik pulih di setiap rumah yang terlibat bermula hari ini (semalam).

Menurutnya, tindakan pantas ini selari dengan 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' dan pertolongan seperti ini tidak bermusim namun sejak dulu BN sentiasa membantu dan mementingkan kebajikan rakyat.

“Apa yang berlaku tidak kita duga, dan saya berharap mereka yang terlibat dapat bersabar dengan ujian ALLAH SWT.

“Kita juga akan segera melakukan kerja baik pulih memandangkan keadaan cuaca yang tidak menentu dan bimbang kejadian akan bertambah buruk,” katanya. -SH



Video Terbaru Zul Kulim Sahkan Beliau Menghina Ugama Hindu


Video kedua ceramah Zulkifli Noordin yang didapati terus menghina agama Hindu, membuktikan sikap perkauman dipamerkan Naib Presiden Perkasa itu.

Naib Presiden KEADILAN, N Surendran berkata demikian mengulas video terbaru ucapan ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu itu yang tersebar di internet semalam.

Video kedua itu susulan rakaman ucapan Zulkifli dalam satu majlis ceramah yang didedah minggu lalu, di mana beliau didapati menghina agama Hindu dan Tuhan sembahan penganut agama berkenaan.

Bagaimanapun, Zulkifli memberi alasan ceramah itu dibuat 12 tahun lalu ketika beliau masih di dalam Pas dan kerana ‘terpengaruh’ dengan Pembangkang.

“Ceramah kedua ini bertarikh 6 Mac 2013. Masa tu beliau sudah secara rasmi bergelar pimpinan Perkasa dan secara terang menjadi sekutu kuat Umno Barisan Nasional.

“Video kedua itu bukti jelas beliau bukan terpengaruh dengan sesiapa, tetapi peribadinya sendiri sebagai seorang rasis yang ekstrem,” kata Surendran.

Katanya, video ucapan terbaru ini cukup untuk mengheret Zulkifli ke mahkamah di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana menyebabkan ketidakharmonian, perasaan permusuhan dan kebencian berkaitan agama.

Tambah beliau, kenyataan itu bukan saja bercanggah dengan tradisi rakyat berbilang kaum, malah tidak selari dengan ajaran Islam seperti dinyatakan pimpinan Pakatan Rakyat sebelum ini.

Justeru beliau menggesa Ketua Polis dan Peguam Negara segera mengambil tindakan segera ke atas Zulkifli.

“Sikap berdiam diri kerajaan Umno dan Barisan Nasional menunjukkan mereka bersetuju dan melindungi tindakan Zulkifli sebagai alat dan agen perkauman mereka,” kata Surendran.


[BONGKAR] Syarikat Baru Ditubuhkan 2 Hari Dapat Kontrak Untuk 7 Tahun


Surat kelulusan kontrak tujuh tahun dari kerajaan negeri Pahang kepada YP yang diluluskan pada 6 Februari 2013)

Syarikat YP Maintenance Sdn Bhd yang dimiliki Johari Harun dan Syufina Yaakob mencipta sejarah apabila mendapat kelulusan kontrak untuk menyelenggara jalan seluruh negeri Pahang selama tujuh tahun hanya selepas 2 hari ditubuhkan.

Mengikut carian di Suruhanjaya Syarikat Malaysia, syarikat YP Maintenance didaftarkan pada 4 Februari 2013 dengan nombor pendaftaran 1033787.

“Ini bermakna syarikat itu dianugerah projek sebegitu besar pada usia 2 hari. Ini jelas satu salahguna kuasa dan cara merompak duit rakyat sinomim dengan budaya kerajaan Umno-BN yang diketahui umum,” kata Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut carian SSM, terdapat dua ahli lembaga pengarah syarikat iaitu Johari Harun (No KP: 700120-06-5739) yang beralamat di Janda Baik dan Syufina Yaakob (No KP 800912-02-5514) yang beralamat di Batu Caves.

Tidak dapat dipastikan samada mereka khasnya Syufina Yaakob mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob.

Semakan Harakahdaily dengan laman web SPR mendapati, Johari Harun mengundi di Janda Baik, Ketari di bawah parlimen Bentong, kawasan datuk Adnan Yaakub.

Namun begitu semakan terhadap nama Syufina berdasarkan no kad pengenalannya mendapati tidak ada sebarang rekod dinyatakan.

Sebelum ini, Harakahdaily mendedahkan bahawa Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri yang bersidang pada 6 Februari 2013 telah menganugerahkan kontrak berkenaan kepada YP Maintenance.

Kontrak 7 tahun itu diketahui umum dengan kemunculan sepucuk surat yang ditandatangani Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang Datuk Ir Haji Rosman Haji Yahya bertarikh 27 Februari 2013.

Satu surat rasmi mendedahkan bahawa Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri yang bersidang pada 6 Februari 2013 telah menganugerahkan satu kontrak penyelenggaraan jalan negeri Pahang kepada sebuah syarikat selama tujuh tahun.

Dalam surat yang ditandatangani Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang Datuk Ir Haji Rosman Haji Yahya, kontrak tersebut diberikan kepada Syarikat YP Maintenance Sdn Bhd bermula 1 April 2013.

“Pembiayaannya adalah dari peruntukan Wang Amanah Penyenggaraan Jalan Negeri,” baca surat tersebut yang ditujukan kepada “Jurutera Daerah JKR Kuantan/ Temerloh / Jerantut / Pekan / Maran / Bentong / Rompin / Kuala Lipis / Cameron Highlands / Raub / Bera.”

“Ia telah menimbulkan persoalan kenapa ia dibuat untuk tempoh yang begitu panjang?” soal Tuan Ibrahim.

Surat itu turut menyatakan bahawa jalan-jalan yang terlibat dalam kontrak ini ialah jalan-jalan negeri di bawah JKR seperti yang disenaraikan dalam Malaysia Road Record Information System (MARRIS) tetapi tidak termasuk jalan di dalam kategori yang lain.


(Bukti syarikat YP baru ditubuhkan pada 4 Februari)

Surat itu turut mengarahkan sebarang rundingan yang belum dimuktamadkan dengan kontraktor lain perlu dibatalkan.

“Oleh yang demikian, segala kerja-kerja undi dan sebut harga untuk kategori Jalan Raya Negeri Di Bawah JKR yang masih di peringkat tawaran dan masih belum disetuju terima kepada kontraktor hendaklah dibatalkan.

"Walaubagaimanapun, kerja-kerja undi dan sebut harga yang telah disetujuterima oleh kontraktor boleh diteruskan sehingga siap,” tulis surat itu lagi.

Dalam kenyataannya hari ini, Tuan Ibrahim, yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat turut menuntut penjelasan daripada Pengerusi BN Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob mengenai kontrak berkenaan.

1. Mengapa Syarikat YP Maintenance dipilih? Apakah nasib bakal melanda kontraktor-kontraktor jalan Kelas F dan peluang kerja anak tempatan?

2. Apakat butiran perjanjian antara kerajaan negeri dengan Syarikat YP Maintenance?

3. Bagaimana perjanjian ini boleh menguntungkan warga Pahang? Apakah sebutharga YP Maintenance jauh lebih rendah berbanding kontraktor lain?

4. Apakah YP Maintenance memenangi kontrak ini melalui tender terbuka?

5. Berapa jumlah nilai kontrak 7 tahun tersebut? Mengapa 7 tahun dan bukan diperbaharui setiap tahun?

6. Jika YP Maintenance tidak dapat melaksanakan tugas kontrak, apakah kerajaan negeri mempunyai kuasa untuk mendenda dan membatalkan kontrak?

“PAS dan Pakatan Rakyat Pahang berjanji akan menilai kembali kontrak ini, dan tidak akan mengagak-agak mengambil tindakan susulan untuk menjaga nasib kontraktor F dan anak tempatan apabila kami diberi mandat menerajui Pahang selepas PRU13,” tegas Tuan Ibrahim.

PAS dan Pakatan Rakyat Pahang, katanya tidak akan membiarkan perkara ini berlarutan menjadi ‘SYABAS’ kedua seperti di Selangor dan syarikat bekalan air PAIP di Pahang, di mana kerajaan terpaksa menghabiskan berjuta ringgit tanpa mendapat kembali perkhidmatan yang sewajarnya.

“Kontrak ini menunjukkan bahawa kerajaan pimpinan Umno-BN tengah membuat persiapan untuk tewas dengan menganugerahkan kontrak kerajaan kepada syarikat kroni untuk menjamin pendapatan mereka pada masa hadapan,” tambah beliau.

Petugas PAS Pamer Kreativiti


Dalam menghadapi pilihanraya ke 13 ini, petugas-petugas PAS mempamerkan kreativiti masing-masing untuk menarik perhatian pengundi.

Saksikan dan anda juri, yang mana satu pilihan anda dengan milih kod yang tertera di bawah gambar?


A

B

C

D

E

F

G

H

I

J

K

L

M