6 Feb 2013

Gejala Seks & Rogol Di Kalangan Remaja Sekolah Semakin Parah

Remaja hilang dipercayai dirogol

KLANG - Polis mengesahkan terdapat kesan koyak pada kemaluan remaja perempuan yang menghilangkan diri bersama adiknya selama lima hari sebelum ditemui selamat di Taman Sentosa, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, kesan koyak itu disahkan doktor Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini yang melakukan pemeriksaan kesihatan selepas dua beradik itu dijumpai.

“Kita percaya ada aktiviti seksual antara remaja itu dengan teman lelakinya sejak dia dilaporkan hilang oleh ahli keluarga.

“Kesan koyak itu dipercayai berlaku lebih 72 jam. Adiknya pula tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan, semalam.

Mohamad berkata, polis kemudiannya menahan teman lelakinya, warga Myanmar, berusia 23 tahun untuk membantu siasatan.

Katanya, siasatan mendapati, kali terakhir dua beradik itu dilihat menaiki sebuah teksi berhampiran kawasan sekolah sambil ditemani suspek yang bekerja di sebuah pasar raya di sini.

Menurutnya, remaja terbabit sudah empat kali keluar bersama suspek sejak berkenalan pada 12 Disember lalu.

“Siasatan juga mendapati rakan suspek berusia 20 tahun merupakan teman lelaki kepada adik remaja berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, suspek kini ditahan reman sehingga Selasa depan untuk siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Katanya, dua remaja tersebut masih menerima rawatan di HTAR dan akan diserahkan kepada Jabatan Kemasyarakatan untuk tindakan lanjut berikutan mereka enggan pulang ke rumah.

Dalam kejadian itu, dua beradik berusia 13 dan 15 tahun dilaporkan keluar rumah, kira-kira jam 12 tengah hari untuk ke sekolah, namun tidak pulang selepas tamat sesi persekolahan.

Mereka ditemui selamat ketika berjalan di kawasan rumah kedai di Taman Sentosa, kira-kira jam 2 petang, kelmarin.

Mereka bagaimanapun enggan pulang ke rumah dan polis sedang menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian. -SH


UTM survey finds secondary school teenagers with multiple sex partners


JOHOR BARU: A sex survey by Uni-versiti Teknologi Malaysia (UTM) has found an alarming number of sexually active secondary school students with multiple sex partners.

“We carried out the research in 2011 among 1,000 secondary school students (aged 15 to 17) in 50 schools statewide.

“About 10% admitted they had sexual intercourse and some admitted to having intercourse with multiple partners,” said UTM Education faculty lecturer Faizah Abd Ghani, who headed the research.

She added students who took part in the research also admitted practising “friends with benefits” (friends with sexual relationships without emotional attachments).

Faizah revealed this at a press conference here yesterday to introduce a self-help kit aimed at tackling the issue of casual sex among teenagers in the country.

Called Model Sayangku, the kit includes a book on how to overcome sexual needs and a log book for the youngsters to write down their progress in overcoming the issue.

The book, which took four months to complete, is based on the university's findings and uses Islamic values and verses from the Quran to teach students the importance of self-value.

Faizah said the findings also correlated to cases of baby dumping and abortions among teenagers.

“A recent report from the Islamic Development Department of Malaysia (Jakim) showed some 257,000 babies were born out of wedlock in the country from 2002 to 2012.

Their races were not stated.

“All this can be connected to sexually active teenagers,” she said.

Faizah said the research showed teenagers wanted to be in relationships due to factors including physical attraction and friendship, “Most counsellors at schools are not well-equipped to address sexual issues and we hope this kit will provide guidelines to overcome this problem,” she said, adding that all students who took part in the survey were given a copy.

Faizah said the kit had received positive feedback from the Johor Education Department and the Education Ministry.
-thestar

Ceramah JOM TOLAK PAKATAN Dapat Sambutan Luar Jangkaan


CCeramah umum 'jom tolak pakatan' anjuran Perkasa Barisan Nasional di Klang telah mengejutkan dengan jumlah sambutan di luar jangkaan dengan melebihi 20 ribu orang, bercakap kepada media antarabangsa @tiewnama di sini malam tadi, pengunjung yang datang kerana sangat pasti yang PR selangor akan kalah besar pru13 ini! sekian di maklumkan.

MAK AI PENUH, NI SIAPA NAK TOLAK SIAPA NI...? KAHKAHKAH.....

Kalau dah macamtu jawapannya.. JOM TOLAK UMNO/BN! -fb



Siapa Sebenarnya Benarkan Kalimah "ALLAH" Dalam Al-Kitab? Jawabnya UMNO!!


Alkitab: Putrajaya sendiri nodai undang-undang Islam, kata Mufti Selangor

KUALA LUMPUR, 7 April — Mufti Selangor Datuk Tamyes Abd Wahid menyifatkan langkah Putrajaya membenarkan penggunaan kalimah “Allah” dalam kitab Injil versi Bahasa Malaysia sebagai tindakan “menodai” undang-undang Islam negara ini.

Tegas Tamyes, undang-undang Islam yang diamalkan selama ini telah “diceroboh” dan “dinodai” oleh pihak berkuasa termasuk pemimpin kerajaan yang beragama Islam.

“Undang-undang Islam telah diceroboh dan usaha-usaha menceroboh ini berlaku dari dalam... ini yang susah kerana Islam rosak apabila ada pihak yang menceroboh dari dalam.

“Undang-undang Islam ini telah dinodai, ada pihak yang buat undang-undang tapi mereka sendiri yang melanggar undang-undang yang telah dibuat dan ini adalah satu pencerobohan secara terhormat,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Kecewa dengan tindakan Putrajaya itu, Tamyes juga menyokong cadangan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria agar undang-undang Islam dibatalkan sekiranya Putrajaya masih bertegas dalam isu tersebut.

“Mereka buat undang-undang tapi diceroboh, sepatutnya undang-undang yang dibuat ini dipatuhi bukan dilanggar dan dinodai seperti ini.

“Undang-undang dinodai oleh orang yang berkuasa... orang yang mempunyai kuasa dalam kerajaan telah melanggar undang-undang sendiri, kalau macam ini hapuskan sahaja undang-udang Islam yang ada ini,” katanya.

Beliau juga menyifatkan langkah Putrajaya itu merupakan satu permainan politik yang jelas semata-mata mahu mendapatkan sokongan rakyat terutamanya penganut Kristian.

“Bila tiba pilihan raya mesti jadi macam ini, ini adalah satu permainan politik yang jelas.

“Pendirian saya sangat jelas dalam perkara ini, undang-undang Islam tidak boleh dilanggar tapi apa yang berlaku sekarang ia dinodai oleh orang Islam sendiri... undang-undang Islam telah dinodai,” katanya.

Tambah Tamyes, beliau berharap agar Kementerian Dalam Negeri dan Majlis Fatwa Kebangsaan akan memandang serius akan perkara itu.

Kelmarin Harussani mencabar Putrajaya membatalkan undang-undang Islam sekiranya masih bertegas mahu membenarkan penggunaan kalimah “Allah” dalam kitab Injil versi Bahasa Malaysia.

Mufti Perak itu menegaskan sekiranya Putrajaya membuat keputusan untuk membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam kitab Injil itu, maka secara automatik enakmen agama Islam yang tidak membenarkan agama lain menggunakan istilah eksklusif bagi agama Islam terbatal sama sekali.

Sabtu lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala berkata, kerajaan pusat mengumumkan 10 formula penyelesaian, antaranya kitab Injil dalam semua bahasa, termasuk Bahasa Malaysia atau Indonesia boleh diimpot ke Malaysia bagi menyelesaikan isu Alkitab.

Selain itu, Putrajaya juga memutuskan Alkitab juga boleh dicetak di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

“Ini adalah perkembangan baru yang seharusnya diterima dengan senang oleh kumpulan Kristian,” kata Idris.

Bagaimanapun, bagi menghormati komuniti Islam yang besar di Semenanjung, kitab Injil dalam Bahasa Malaysia/Indonesia mesti tertera dengan “Penerbitan Kristian” (“Christian Publication”) dan tanda salib pada kulit hadapan.

Demi semangat 1 Malaysia dan akuan bahawa ramai yang berhijrah antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung, tidak terdapat larangan bagi mereka yang membawa kitab Injil dan bahan bacaan Kristian semasa melawati negeri-negeri tersebut.

Harussani juga menegaskan mana-mana kitab suci agama lain termasuk Kristian tidak dibenarkan menggunakan kalimah Allah dan beberapa istilah lain yang eksklusif bagi agama Islam di negara ini. -TMI (7/4/11)

[VIDEO] Samseng "Syaitan Dikenali" Serang Presiden ANAK, Polis Tengok Saja!

Presiden Anak ‘diserang’ di Felda Sungai Tengi

Persiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman berkata, beliau `diserang’ oleh kumpulan yang didalangi Umno ketika baru hendak memulakan ucapan di Felda Sungai Tengi, Hulu Selangor malam tadi.

“Samseng-samseng berkenaan membaling botol air, kerusi, kun dan objek lain. Mereka juga menumbuk dan menendang unit amal PAS.

“Suasana tegang berlaku di Felda Sungai Tengi malam kelmarin. Samseng Umno kacau ceramah. Saya baru beri salam, tiba-tiba hampir 100 orang yang dimaklumkan kebanyakkannya orang luar cuba menyerbu masuk membuat kecoh.

“Mereka baling botol air, kerusi dan menjerit-jerit supaya saya keluar dari tapak ceramah. Alhamdulillah, petugas keselamatan dan Unit Amal dapat mengawal suasana dengan baik,” kata aktivis peneroka Felda itu ketika dihubungi hari ini.

“Oleh kerana, samseng-samseng tidak mahu beredar dan bimbang keselamatan hadirin, ceramah di batalkan.

” Mazlan berkata, sebagai warganegara Malaysia, apa hak mereka tidak benarkan saya berucap.

“Menjerit-jerit memaki hamun dan desak saya meninggalkan majlis,” katanya lagi.

`Apa hak mereka’

Beliau juga memberitahu, bahawa laporan polis telah dibuat oleh YDP PAS Kawasan Hulu Selangor.

Mengulas lanjut mengenai insiden tersebut, Mazlan berkata, kumpulan berkenaan sejak 2 petang lagi membuat sekatan untuk menghalang beliau masuk kawasan berkenaan.

“Apa hak dan kuasa mereka, mereka bukan polis. Program ini mendapat kebenaran polis.

“Tetapi saya diberitahu oleh penduduk setempat, sebahagian besar orang luar dan saya yakin mereka diupah untuk buat kekacauan dengan alasan saya menghuruharakan masyarakat Felda.

“Ketika di atas pentas, saya terdengar mereka berkata, orang lain boleh masuk tetapi kami mahu Mazlan keluar (dari Felda).

“Mereka kata saya bawa fitnah,” tambahnya lagi.


Ceramah Anak di Felda Teloi Timur disekat lagi


Ceramah Anak disekat lagi!

Kali ini disekat di pintu masuk Felda Teloi Timur. OCPD Sik, DSP Ismail Ibrahim dan lebih 30 orang anggota polis gagal menyuraikan samseng jalanan yang membuat benteng menghalang saya dan hampir 500 orang dari kawasan berhampiran untuk masuk ke tapak ceramah.

Adalah sangat memalukan, samseng ini bermaharajalela dan hanya diperhatikan pihak polis. Sedihnya, OCPD dan anggotanya hanya bertindak mengawal lalu lintas bukan menghalau samseng jalanan!

Sekali lagi hak bersuara dinafikan. Saya kesian tengok peneroka Felda Teloi Timur. Tanam semula dah 3 tahun tak siap, hutang sara hidup bertimbun, kami datang nak membantu, disekat pula.

Pengkhianat yang merompak harta peneroka seperti Isa Samad disanjung, manakala Anak dan Pakatan Rakyat yg membela dan mempertahankan hak peneroka dihalang dari menyampaikan maklumat.

Saya dan Sanusi, Ketua Penerangan PAS Negeri Kedah sempat berucap atas Hilux sebelum membuat laporan polis di IPD Sik.

Alhamdulillah, walaupun ahli PAS dari Sik dan Baling yang datang lebih ramai dari samseng jalanan tajaan Umno; kami tetap sabar.

Kita tinggal beberapa bulan sahaja lagi menawan Putrajaya. Kalau hampir 5 tahun boleh bersabar dengan berbagai ujian dan provokasi Umno, takkan tinggal 2 hingga 3 bulan tidak boleh menahan sabar. Berundur bukan bererti kalah, tapi berpandangan jauh dengan agenda lebih besar setelah menguasai Putrajaya!

Simpati dari warga Felda akan diperolehi. Gelagat samseng jalanan dirakam. Sebagaimana di Felda Sungai Tengi, laman sosial dan media baru menunjukkan aksi-aksi hodoh para samseng ini.

Manusia yang waras tak akan menyokong samseng jalanan ini.

Sesungguhnya, kita bukan jadi kuda tunggangan DAP; tapi samseng jalanan ini sedia diperalat oleh Ahmad Maslan, Isa Samad dan Faizoull Ahmad!

Pemimpin Umno seronok beri arahan, dok dalam bilik aircond; peneroka dan generasi 2/3 jadi korban. -gayapeneroka

Kesian sungguh...

[VIDEO] Ahli Parlimen Kelana Jaya Dedah Bukti Sistem Kehakiman Malaysia Masih Korup

MP Kelana Jaya Loh Gwo Burne yang meraih populariti selepas mendedahkan klip video VK Lingam pada 2007, hari ini mendedahkan satu lagi video yang didakwa menunjukkan bahawa badan kehakiman mudah terlibat dengan rasuah.

Video berkenaan direkodkan bapanya, Mui Fah beberapa tahun lalu semasa pertemuan dengan seorang akauntan untuk membincangkan satu kes sivil melibatkan beliau dan bapanya itu.

Klip video sepanjang dua minit itu antara lainnya menunjukkan Mui Fah bercakap mengenai hubungan akauntan tersebut dengan seorang yang dinamakan sebagai "W" yang didakwa sebagai seorang hakim kanan.

"Anda amat mengenali W. Dia kawan baik anda! Jadi anda boleh minta W tolong," kata Mui Fah.

"Ya... tapi tidak perlu. J ada di situ! Kawan baik saya. J, broker licik saya sejak lama," jawab akauntan tersebut.

Nama samaran "W" dan "J" itu tidak didengar daripada klip video berkenaan kerana disunting, namun dinyatakan dalam transkrip yang diedarkan Gwo Burne.

Gwo Burne mengakui bahawa bapanya sengaja "mengenakan" akauntan tersebut sebagai satu jaminan, selepas akauntan berkenaan menyebut mengenai hubungan dengan seorang hakim kanan. -mk

[VIDEO WAJIB TONTON] Sidang DUN K'tan vs TV3 Kes Geran Tanah Di RKT Lebir

Umno/BN Cuba Gagalkan MB Agih Geran Kepada Peneroka

GUA MUSANG: Sekumpulan penduduk di Paloh 2 difahamkan dipengaruhi Umno cuba menggagalkan program Kerajaan Negeri Kelantan mengagihkan geran kepada peneroka di RKT Lebir beberapa hari lalu.

Kira-kira 40 penduduk mengadakan demonstrasi di Simpang Paloh 2 dengan mengangkat sepanduk kertas ketika Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melalui kawasan itu untuk ke RKT Lebir.

Mereka melaungkan kononnya kerajaan negeri merampas tanah rakyat.

Seorang ahli Umno yang mahu dikenali sebagai Pak Leh mendakwa kumpulan penyokong Umno Paloh 2 cuba menggagalkan program penyampaian geran di Lebir.

“Saya juga merima panggilan mlm tadi supaya hadir pada demontrasi tersebut.

"Saya diberitahu mereka mahu gagalkan program penyampaian geran. Tetapi tadi ada peneroka di sini yang pergi," katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyampaian Geran Hak Milik Lot Kediaman kepada 84 peneroka.

Penyampaian geran tersebut disempurnakan Menteri Besar, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Hadir sama Penyelia Parlimen Gua Musang, Dr Zulkifli Muhamad, Dun Paloh, Shah Aminudin, Penyelia Dun Nenggiri, Zuki Ibrahim, Penyelia Dun Galas, Abdullah Husin dan Ketua Jajahan Gua Musang, Mat Jusoh Husin.

Program penyampaian geran diteruskan biarpun Umno cuba menggagalkannya .

Malah di majlis itu, 54 orang ahli Umno turut menerima geran.

Turut kelihatan di tempat demontrasi ialah isteri Adun Paloh, Datin Mariah Din.

Adun Paloh Datuk Nozula Mat Diah juga ditemui tidak jauh dari lokasi demonstrasi.

Menteri Besar turut mengakui ada pihak tidak senang dengan program berkenaan.

Katanya, rakyat tanpa mengira politik turut diberi geran hak milik bagi membolehkan mereka memiliki tanah secara sah.

Orang ramai menyifatkan tindakan kumpulan penyokong Umno itu tidak wajar kerana cuba menghalang Menteri Besar mengagihkan geran kepada rakyat. -HD (30/1/13)