6 Jun 2009

Hadi dan Nasya Perlu Teliti Ini: UMNO Species Tikam Belakang

Perwakilan Kelantan, Dato' Wan Abdul Rahim Abdullah mengingatkan pimpinan PAS agar tidak menjalinkan hubungan dengan Umno kerana dengan berbuat demikian ia boleh membuatkan orang Melayu terus sesat kerana bagi Umno, politik suku dan agama suku dan ia bukan satu ajaran Nabi Muhammad s.a.w., demikian lapor harakahdaily.

Selain itu katanya, Umno merupakan jenis spesis yang suka tikam kawan daripada belakang.

Menurut beliau, di Kelantan masyarakat Cina terlalu hormat dengan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana beliau melarang segala kerjasama dengan Umno sehingga menyebabkan Kelantan dapat bertahan selama 10 tahun.

Selain itu beliau berharap unsur fitnah yang sudah mula timbul dalam PAS sesama sendiri akan berakhir selepas diumumkan pimpinan baru dalam Muktamar ini.

Dalam menangani masalah fitnah dalam PAS beliau mengingatkan semua pimpinan supaya meniru cara berfikir dan tindakan Nik Aziz.

Katanya, Nik Aziz merupakan seorang pimpinan dan ulama yang betul-betul ikhlas, jujur tidak ada perasaan dendam dan tidak ramai pimpinan PAS yang mempunyai sikap seperti beliau.

Menjelang pilihan raya kecil di Dun Manek Urai, Kelantan beliau mengajak ahli, perwakilan dan pimpinan PAS untuk membantu memenangkan calon PAS.

"PAS Kelantan sudah menyediakan rumah dan makan minum, ahli PAS dari negeri-negeri hanya menyediakan tenaga saja," katanya.

Beliau turut berharap pimpinan yang baru dipilih dapat menggembeling tenaga bagi menghadapi Umno di Manek Urai yang mempunyai 99.9 peratus pengundi Melayu.

Dalam sesi perbahasan ucap dasar itu, beliau mencadangkan supaya pimpinan memberikan sumbangan kepada Persatuan Anak-anak Peneroka Felda (Anak) sebanyak RM1 juta.

"Saya minta pimpinan tangguhkan dahulu pembinaan Kompleks PAS di Putrajaya, kita mesti lawan Umno secara berdepan dan matikan Umno dulu kerana inilah peluang kita untuk mengkuburkan Umno," tegasnya.


Nizar Zambry : Muktamar PAS Desak Bubar DUN Perak

Perbahasan ucapan dasar presiden di muktamar PAS hari ini dihentikan selama sepuluh minit bagi membolehkan satu acara khas mendesak Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dibubarkan, demikian lapor malaysiakini.

Acara tersebut telah dilancarkan oleh timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa sambil diedarkan pengikat kepala berwarna hitam yang bertulis "bubarkan DUN".

Beberapa kali laungan takbir dan bubarkan DUN Perak bergema dari kalangan kira-kira 3,000 perwakilan di Stadium Malawati.

Kemelut di Perak tercetus Februari lalu apabila tiga ADUN dari Pakatan Rakyat keluar parti menjadi calon bebas tetapi menyokong BN.

Berikutan itu, BN bertindak mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri dan Datuk Seri Zambry Abd Kadir.

Beliau dilantik untuk menggantikan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin - menteri besar Pakatan.

Isu tersebut kemudiannya diseret ke mahkamah untuk menentukan siapakah menteri besar Perak yang sah.

Mahkamah Tinggi kemudiannya memutuskan bahawa Nizar merupakan menteri besar yang sah.

Bagaimanapun, Zambry mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan yang kemudiannya membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi sebelumnya.

Kerajaan Perpaduan Dengan UMNO BN. Hadi dan Nasya Perlu Jawab Pendedahan Penipuan Ini

Sehari selepas DAP mempertikaikan kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa Pakatan Rakyat memberi "reaksi positif" terhadap penubuhan kerajaan perpaduan dengan Barisan Nasional, PKR - satu lagi rakan PAS dalam Pakatan - pula menafikan perkara itu.

Timbalan Presidennya, Syed Husin Ali berkata Pakatan Rakyat tidak pernah bersetuju dengan kerajaan perpaduan yang membabitkan Umno.

Beliau berkata, setahunya, majlis kepimpinan Pakatan - yang turut dianggotainya - tidak pernah memberi persetujuan terhadap idea tersebut.

Malah, katanya, majlis tersebut tidak pernah membincangkannya secara mendalam, walaupun beberapa bulan lalu, Abdul Hadi ada memberi penjelasan apabila ia dibangkitkan dalam mesyuarat majlis tersebut.

Syed Husin berkata, beliau secara peribadi tidak percaya yang partinya akan mengadakan sebarang kerjasama dengan Umno "selagi ia meneruskan amalan dan dasar-dasar korup dan tidak demokratik".

Katanya lagi, adalah mustahil bagi PKR untuk bekerjasama dengan sebuah parti yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang disifatkan oleh Syed Husin mempunyai "watak yang meragukan".


Usul Lantik Badan Penyiasatan Bebas Kes Altantuya Diluluskan

Muktamar PAS ke-55 hari ini meluluskan usul mendesak Perdana Menteri, Najib Razak dan isteri, Datin Rosmah Mansur membersihkan nama mereka dengan mengambil tindakan saman malu terhadap mereka yang mengaitkan mereka dengan kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Saribbu.

Usul yang dibawa oleh Dewan Pemuda PAS itu juga memohon kepada Yang Dipertuan Agong supaya memperkenankan perlantikan badan penyiasatan bebas terhadap kes pembunuhan model berkenaan.

Dalam pada itu, Muktamar PAS yang bersidang hari ini di Stadium Malawati, Shah Alam meluluskan usul menggesa Pakatan Rakyat untuk mewujudkan system saringan bersama untuk memilih calon-calon pilihanraya yang berkelayakan.

Selain itu, Dewan Pemuda juga mencadangkan supaya satu formula baru dibuat bagi menentukan kuota calon pilihanraya yang sesuai dengan keperluan semasa.

Mengenai usul kepimpinan, pihak majlis syura dan dewan ulama mengambil inisiatif melahirkan ulama-ulama pelapis serta memfokuskan pembinaan keupayaan dalam pelbagai disiplin ilmu, termasuk ilmu siasah dan pengurusan.

Muktamar juga membuat ketetapan supaya pimpinan PAS Pusat, negeri, kawasan dan ahli menumpukan usaha membina kekuatan parti, bukan merosakkan parti atau memecah belahkan parti dengan label-label seperti kumpulan pro-muzakarah, pro-pakatan dan kumpulan erdogan.

Muktamar juga meluluskan tanpa bahas PAS kawasan Shah Alam, Jerlun dan Hulu Selangor demgan membuat ketetapan untuk mengekal dan melebarkan kemenangan Pakatan Rakyat pada PRU-13 demi menegakkan syiar islam.

PAS juga akan berusaha mewujudkan struktur organisasi yang berdaftar atas nama Pakatan Rakyat sebagai alternatif atau pengganti kepada Barisan Nasional bagi menerajui kepimpinan Negara.

Dalam usaha menawan kawasan parlimen pada PRU-13, muktamar meluluskan usul mendesak PAS Pusat merangka strategi yang berkesan bagi merampas sekurang-kurangnya 40 kerusi parlimen di kawasan luar Bandar, meliputi kawasan Felda di Pahang, Johor, Perak dan Terengganu.

Mengenai pergerakan Sister In Islam (SIS), Muktamar mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan membuat penyelidikan ke atas SIS yang membawa islam liberal dan seterusnya mengharamkan pertubuhan tersebut sekiranya terbukti bertentangan dengan syariat islam serta membuat program pemulihan ke atas ahli-ahlinya.

Muktamar PAS 2009 juga meluluskan usul Dewan Muslimat untuk mendesak Kementerian Kesihatan menghapuskan pembayaran rawatan penyakit kronik kepada golongan yang kurang berkemampuan bagi meringankan beban mereka. -TVA


Husam Terima Kekalahan. Naib Presiden Dan AJK Akan Teruskan Wawasannya

Calon Timbalan Presiden PAS, Husam Musa sudah menjangka beliau akan tewas dalam pemilihan merebut kerusi tersebut namun yakin kepada saf baru kepimpinan parti.

Beliau berkata demikian kepada media selepas keputusan pemilihan muktamar diumumkan.

"Saya lebih dulu mengucapkan tahniah kepada rakan saya yang telah memenangi jawatan Timbalan Presiden, dan terima kasih kepada perwakilan yang telah mengundi saya semalam," kata Husam.

"Saya telah tahu dari awal lagi saya akan kalah. Saya bertanding untuk menyatakan pandangan politik saya. Saya bagaimanapun bersyukur dengan perlantikan Naib Presiden dan majoriti ahli jawatankuasa pusat insyallah dapat melaksanakan pandangan politik saya dan konsisten dengan ketetapan yang telah diambil Pas sebelum ini," tegas beliau.

Menjelaskan maksud pandangan politik beliau, Husam berkata:

"Pas perlu menggantikan umno demi Islam dan perubahan di negara kita, dan tidak ada jalan pintas untuk bekerjasama dengan Umno melalui apa-apa cara. Kerana itulah saya bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden," katanya.

Di sidang media itu juga, Husam akui pertarungan tiga penjuru mencabar penyandang Nasharuddin Mat Isa dan calon popular akar umbi Mohammad Sabu bukan mudah.

Ia memerlukan gerak-kerja kempen yang kuat serta jaringan akar umbi yang kuat bagi memungkinkan kemenangan itu, tambahnya.

"Saya tidak melaksanakan satu kempen yang agresif. Banyak elemen yang tidak menyebelahi saya. Saya tidak mahu perbesarkan. Dah tahu padang tinggi rendah, jangan disalahkan padang itu," katanya.

"Saya terima kekalahan ini, tetapi saya gembira mesej saya diterima dalam pemilihan AJK Pusat dan Naib. Bahkan undi kolektif saya dan mohd sabu lebih besar, jadi itu juga boleh dikatakan pencapaian saya," tambah Husam.

Beliau menerima kekalahan secara terbuka, dan tidak kesal tidak lagi berjawatan dalam PAS.

"Saya juga dahulu seorang aktivis biasa, dan saya tidak bercita-cita naik. Saya mahu teruskan perjuangan supaya Pas dapat mentadbir Malaysia dan menggantikan Umno-Barisan Nasional," tegas Husam.



Nizar Mengetuai Barisan Ahli Jawatankuasa PAS Dengan Undi Terbanyak

Menteri Besar Perak, Dato Seri Nizar Jamaluddin memahat reputasinya sebagai ahli politik yang popular dengan mendapat undian tertinggi didalam pemilihan Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, memenangi sebanyak 854 undi.

Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak itu pada awalnya dilihat sebagai calon pilihan utama untuk bertanding jawatan Naib Presiden tetapi menolak pencalonan tersebut, walaupun mendapat sokongan padu daripada banyak bahagian parti.

Dato Seri Nizar diikuti oleh Menteri Besar Kedah, Dato Seri Azizan Abdul Razak yang mendapat 653 undi.

Manakala Dr Mujahid Yusof Rawa yang tewas didalam pemilihan Naib Presiden telah terpilih didalam AJK Pusat dengan undian yang paling sedikit.

Hanya seorang muslimat yang terpilih kedalam AJK Pusat, Dr Lo'lo' Ghazali dengan 589 undi.

PENGERUSI TETAP (MTB)
Abu Kasim Bin Abdullah, Ustaz Haji

TIMBALAN PENGERUSI TETAP
Hussin Bin Haji Ismail, Haji

PRESIDEN (MTB)
Abdul Hadi Hj Awang , YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji

TIMBALAN PRESIDEN
Nasharudin Mat Isa, YB Ustaz Haji

NAIB PRESIDEN
Tuan Ibrahim Tuan Man, Dato’ Ustaz(877)
Salahuddin Ayub, YB (824)
Mahfuz Omar, YB Dato' Haji (663)

AHLI JAWATANKUASA KERJA

Mohamad Nizar Jamaluddin, YAB Dato' Seri Ir (854)
Idris Haji Ahmad, Ustaz Haji (799)
Kamarudin Jaffar , YB Dato’ (769)
Azizan Abd Razak, YAB Dato’ Seri Ustaz (653)
Hasan Mohd Ali , YB Dato' Dr Hj (642)
Mohd Hatta Md Ramli, YB Dr. Haji (638)
Abdul Ghani Samsudin, Ustaz Haji(637)
Abu Bakar Chik, Dato’ Ustaz Haji (622)
Mohamed Hanipa Maidin, Sdr (619)
Amiruddin Hamzah, YB Dato' Ir. (606)
Lo’ Lo’ Haji Mohamad Ghazali, YB Dr. (589)
Ab Ghani Abdul Rahman, Ustaz Haji (584)
Dzulkefly Ahmad, YB Dr. (576)
Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, YB Dr. (530)
Hashim Jasin, YB Ustaz Haji (522)
Mazlan Aliman, Sdr (513)
Taib Azamudden Md Taib, YB Ustaz Haji (508)
Mujahid Yusof Rawa, YB Dr. (488)

PEMERIKSA KIRA-KIRA

Mohd Rashidi Bin Hassan
Musaniff Abd Rahman


Nasaruddin Yang Menang

Nasharuddin Mat Isa berjaya mengekalkan jawatan timbalan presiden PAS dalam pemilihan parti itu semalam.

Menurut rasmi, Nasharuddin mendapat 480 undi, Datuk Husam Musa (281) dan seorang lagi calon, Mohamad Sabu mendapat 261 undi.

Pengerusi pemilihan, Datuk Mustafa Ali mengumumkankeputusan tersebut pada kira-kira jam 10 pagi ini.

Bagi jawatan naib presiden pula, pemenangnya - seperti yang dijangkakan - ialah Salahuddin Ayub yang mendapat 824 undi, Tuan Ibrahim Tuan Man (871) dan Mahfuz Omar (636).

Dua lagi calon - Mujahid Yusof Rawa mendapat 277 undi dan Nik Mohd Amar Nik Abdullah memperolehi 333 undi.

Lebih 1,000 perwakilan mengundi semalam dan pengiraan selesai sehingga awal pagi ini.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang kekal sebagai presiden tanpa bertanding.

Muktamar ke-55 PAS sedang berlangsung selama tiga hari di Shah Alam.

PENGERUSI TETAP (MTB)
Abu Kasim Bin Abdullah, Ustaz Haji

TIMBALAN PENGERUSI TETAP
Hussin Bin Haji Ismail, Haji

PRESIDEN (MTB)
Abdul Hadi Hj Awang , YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji

TIMBALAN PRESIDEN
Nasharudin Mat Isa, YB Ustaz Haji

NAIB PRESIDEN
Mahfuz Omar, YB Dato' Haji
Salahuddin Ayub, YB
Tuan Ibrahim Tuan Man, Dato’ Ustaz


Husam Atasi 2 Calon Lain

MStar melaporkan Datuk Paduka Husam Musa dipercayai menang tipis jawatan Timbalan Presiden PAS dalam persaingan tiga penjuru.

Berdasarkan maklumat keputusan tidak rasmi yang diperoleh setakat 2 pagi tadi, Naib Presiden PAS itu menewaskan penyandang jawatan tersebut iaitu Nasharudin Mat Isa dan juga Mohamad Sabu.

Berada di tempat kedua ialah Nasharudin yang menyandang jawatan itu sejak 2005.

Ketika ditemui, wakil dan pembantu ketiga-tiga calon berkenaan enggan berkata apa-apa tetapi difahamkan perbezaan undi Husam dan Nasharudin sangat kecil.

Proses kiraan final di Stadium Malawati selesai kira-kira 1.40 pagi tadi. Pengiraan undi bermula 8.30 malam iaitu tiga jam selepas pengundian berakhir.

Pemilihan jawatan itu menjadi tumpuan di sebalik polemik mengenai peranan golongan ulama dan profesional dalam PAS.

Di sebalik keputusan Timbalan Presiden itu yang terlalu "ketat", fokus juga beralih tempat bagi saingan Naib Presiden.

Bagaimanapun difahamkan, Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahuddin Ayub dan Mahfuz Omar dipercayai memenangi jawatan Naib Presiden.

Lima orang bertanding merebut tiga kerusi Naib Presiden. Dua yang lain ialah Dr. Mujahid Yusof Rawa dan Datuk Nik Mohd. Amar Nik Abdullah.

Ramai juga bertanya apakah berita di atas satu spekulasi atau benar keputusan sudah bocor, malah ada yang bertanya jika bocor mengapa harus berlaku demikian.

Sebenarnya, tidak timbul keputusan itu bocor atau dibocorkan oleh sesiapa. Ia hanya kerana keinginan yang tinggi dari semua pihak yang ingin mengetahui keputusan setelah proses pengundian telah siap berjalan.

Sepertimana pilihanraya umum atau kecil dikendalikan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) lazimnya keputusan tidak rasmi telah diketaui lebih awal, contohnya di pilihanraya kecil Kuala Terengganu dan Bukit Gantang, harakahdaily sebagai organ PAS sendiri telah mengumumkan keputusan tersebut terlebih awal sebelum keputusan rasmi diumumkan.

Jangkawaktu menunggu yang terlalu lama meletakkan keadaan stress berlaku dan ia sepatutnya tidak boleh dijadikan satu amalan oleh pihak yang mengendalikan proses pemilihan pada masa akan datang.

Artikel Penarikbeca

Jika benar laporan mStar Online pagi ini bertajuk "Saingan sengit, Husam menang tipis Timbalan Presiden PAS?" ia bermakna benarlah perkiraan yang dibuat oleh pakar-pakar pilihan raya di sebelah pihak Haji Husam Musa.

Pada malam sebelum pengundian itu, mereka memperkirakan Husam boleh meraih antara 410 hingga 450 undi. "Tok leh gi dah (lebih dari 450)," kata salah seorang dari mereka. Mereka amat mengharapkan seorang lagi calon, Haji Mohamad Sabu dapat meraih sekurang-kurangnya 200 undi untuk membolehkan Husam menang. Ada di antara mereka yang berkata, "Male ni kita ngepeng tambah undi Mat".

Sebentar tadi, saya menerima SMS yang mendakwa Husam mendapat 452 undi dan Ustaz Nasharudin Mat Isa mendapat 358 undi. Mungkin betul, mungkin tidak. Jika betul, hampir tepat perkiraan pakar-pakar pilihan raya yang menyebelahi Husam.

Pada malam sebelum pengundian itu juga, Husam pula dilaporkan sibuk "melobi" Allah s.w.t. dan menasihatkan para penyokongnya melakukan perkara yang sama. Dia tahu, hampir mustahil dia boleh mendapat lebih dari kira-kira 450 undi. Hanya Allah yang mampu membantu.

Husam bukan diterima oleh semua pihak. Banyak juga yang melanyak. Ketika Husam mula menawarkan dirinya dan beliau diserang habis-habisan, saya hantar SMS kepadanya, "Hang kena banyak 'bercakap' dengan Allah". Saya tidak suka melihat Husam berkuntau lidah dengan mereka yang sakit hati kepadanya.

Hampir setiap hari juga saya meminta Mat Sabu supaya "jangan kata kat orang (calon-calon lain)". Saya tidak suka "pengantin" saya comot-comot akibat perbuatannya sendiri.

Kepada saya, kalau Mat Sabu kalah sekalipun, sekurang-kurangnya boleh dibuktikan bahawa Mat Sabu dan Husam bersaing antara satu sama lain dengan cara yang beradab.

Ketika kebetulan kami berjumpa, Husam dan saya tidak cakap apa-apa tentang pemilihan Timbalan Presiden PAS. Husam tahu, saya tentu menyokong Mat Sabu. Kami hanya bergurau kosong sahaja.

Husam lebih bertuah dari Mat Sabu. Ramai Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang membuka mulut membantunya. Mat Sabu pula hanya dibantu oleh marhaen-marhaen yang sesetengahnya langsung tidak dikenali. Mereka boleh cakap apa sahaja, tetapi cakap-cakap mereka tidaklah sebisa mana-mana Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Mat Sabu sendiri tahu perkara itu. "Aku tak dak sokongan ahlul-hilli wal aqdi (Majlis Syura atau Ahli Jawatankuasa PAS Pusat). Paling banyak aku boleh dapat tiga undi ja dari depa". Nasibnya baik kerana pada hari pengundian ada seorang lagi yang tidak disangka-sangka dilihat oleh pengundi di belakangnya telah memberikan undi kepada Mat Sabu. Dia dapat empat undi dari hlul-hilli wal aqdi dan bukan tiga seperti yang dijangkakan.

Sama ada Mat Sabu akan menjadi sejarah atau tidak selepas ini, hanya Allah jua yang menentukan.

Walaupun saya menyokong Mat Sabu, saya tetap bersyukur kepada Allah Yang Maha Menghakimkan dan Maha Memutuskan jika benar Husam dipilih sebagai Timbalan Presiden PAS. Usaha saya sejak 2005 lagi telah berhasil (pada tahun itu saya beritahu Mat Zain Markaz Tarbiyyah bahawa Ustaz Nasharudin menang kerana kesalahan Ustaz Hassan Shukri yang sebelum itu tidak menyinar sebagai Timbalan Presiden. Pada masa itu juga, anak-anak Almarhum Ustaz Fadzil Noor seperti Mona dan Ustaz Fauwaz pakat-pakat sokong Ustaz Nasharudin. Kali ini pun Ustaz Fauwaz menyokong Ustaz Nasharudin. Saya memohon maaf jika Ustaz Fauwaz melihat saya sebagai anak murid yang kurang ajar - setiap kali berpeluang bertemunya, saya banyak "mencuri" ilmunya).

Apa pun, saya telah tulis sebelum ini, "Asal bukan Umno".


Dari malaysianinsider

HUSAM WINS PAS NO. 2 POST

Datuk Husam Musa today narrowly defeated incumbent Nasharudin Mat Isa for the post of PAS deputy president, ending months of speculation that the Islamist party would abandon the Pakatan Rakyat coalition in favour of Umno.

The Kelantan executive councillor obtained _ votes, while Nasharudin, _ . Another contender, Mohamad Sabu, came in third with _ votes.

Husam represents the pro-Pakatan faction in the party which favours strengthening the coalition led by opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Nasharudin who became the deputy president in 2005 was largely seen as the key figure behind attempt to unite the party with Umno due to his involvement in the clandestine Malay unity talk last year.

The Bachok MP also received the backing of the conservative religious scholars in the party.

In launching his campaign, Husam called Nasharudin as being “too with Umno”, adding that unseating the two-term deputy president would make the party’s direction clearer.

Nasharudin in return made a last minute denial four nights ago when opening the PAS Youth muktamar, but Husam accused him of hiding the truth. - malaysianinsider


Dari malaysiakini



UMNO Turut Kempen Untuk Calon Tertentu Dalam Muktamar PAS?

Petang semalam.. para perwakilan ke Muktamar Pas sudah mengundi siapakah yang akan memimpin Pas untuk penggal akan datang. Siapa saja yang terpilih… muktamar Pas kali ini mencipta beberapa perkara baru yang akan mencorakkan masa depan Pas.

Apa yang ketara dalam Muktamar kali ini ialah corak berkempen. Tak macam dulu. Dulu… Pas kempen diam-diam… sekarang bertambah sengit. Dan kempen Pas sudah jadi macam kempen Umno.

Kalau dalam Perhimpunan Agung Umno… kempen selalunya bermula dua tiga bulan sebelum pemilihan. Macam-macam cara digunakan… untuk mendapat undi perwakilan, duit ditaburkan. Tetapi yang paling best bila tiba hari Perhimpunan… buku-buku politik yang menelanjangkan calon lawan akan mula bertaburan.

Ada beberapa penulis yang cari makan dengan menulis buku-buku macam ni… diantaranya Yahya Ismail, Syed Hussein Al-Attas dan Mohd. Sayuti Omar.

Kat Muktamar Pas tak ada… lagi pun Yahya Ismail dan SH Alattas bukan pakar dalam Pas. Cuma tinggal MSO yang boleh cari makan.

Dalam Muktamar kali ini… ada dua puak yang bertentangan… pro-Umno dan pro-Pakatan. Dan aku memerhatikan kedua-duanya untuk mempelajari taktik apa dan strategi apa yang boleh dipelajari. Dan kedua pihak menggunakan strategi yang berbeda. Puak pro-Umno nampak lebih tersusun tapi konservatif. Puak ini masih menggunakan cara Umno… dan bila mendapat tahu bahawa Ustaz Nasha mempunyai think-tank nya sendiri… siap dengan bantuan Military Intelligence… aku tak hairan kalau Ustaz Nasha dibantu oleh Umno. Malah aku dapat tahu… EXCO kanan kerajaan haram Perak, Hamidah Osman berkampung di KL untuk memantau perjalanan Muktamar dan membantu think-tank Ustaz Nasha.

Strategi Ustaz Nasha memang sistematik. Kalau Mukatamar diadakan 5-6 bulan dulu.. Ustaz Nasha mesti KO sebelum masuk gelanggang kerana skandal ditangkap khalwat dengan Umno. .. tetapi setelah mengetahui penentangan terhadap idea muqabalah tersebut… team Ustaz Nasha terus mengatur strategi.

Langkah pertama ialah dengan memberikan label yang boleh menjatuh imej seseorang dan dalam masa yang sama… menaikkan imej dia. Maka terciptalah istilah ‘Erdogan’… tetapi istilah ini bukan dikaitkan dengan reformasi yang berjaya membawa parti AK memerintah Turki… sebaliknya dikaitkan dengan ‘budak suruhan Anwar Ibrahim’. Manakala puak yang pro-Umno pula diberikan imej yang lebih baik … ia-itu ulama.

Dalam Muktamar kali ini… team ulama dilihat lebih banyak berkempen.. dan ironisnya.. team ‘Erdogan’ tidak ada! Sebaliknya.. semua kekuatan ulama tertumpu hanya kepada seorang.. iaitu Husam Musa.

Dan lebih memalukan bila Ustaz Daud Iraqi membuat fitnah dan akhirnya terpaksa meminta maaf kerana tak ada bukti! Ini memberikan tamparan kepada Ulama.. yang sepatutnya lebih bersifat mulia.

Dalam masa yang sama… Umno menggunakan seluruh media mereka untuk menjadikan Ustaz Nasha sebagai hero.

Tidak hairan.. mengapa Ustaz Nasha menjadi sanjungan Umno… sampaikan Blogger Pembela Negara yang kerjanya mencarut dan memaki hamun… tiba-tiba membela Ustaz Nasha dan menghentam puak Erdogan. Ini stail Umno dan kalau Ustaz Nasha kalah esok… salahkan strategi. Kalau menang.. Ustaz Nasha menjadi liabiliti kerana membawa budaya Umno kedalam Pas. Dan selepas ini.. kita akan dapat menyaksikan pertandingan yang lebih sengit dalam muktamar akan datang.

Dan yang lebih teruk.. bila MSO terjun kegelanggang. MSO dah jadi pakar dalam kerja-kerja menelanjangkan seseorang menjelang Perhimpunan Umno. Selalunya MSO menghasilkan buku… dan apabila dilancarkan beberapa hari sebelum Perhimpunan Umno… pihak lawan tidak berpeluang untuk membalas. Tetapi MSO silap kerana sekarang zaman internet. Pagi kita tulis.. malam orang jawab.

Dan jawapan-jawapan kepada tuduhan MSO bukan sahaja dipatahkan oleh orang-orang Husam dengan hujah… malah disertakan bukti. Kalau dulu bukti ini tak ramai yang tahu… sekarang seluruh dunia tahu.

Ramai dikalangan ulama tidak berpuashati apabila Husam berkempen menggunakan risalah dan SMS. Tetapi Ulama juga perlu dipersalahkan kerana terlalu banyak berkempen sehinggakan orang melihat puak ulama sebagai gila kuasa.

Walaubagaimanapun… MSO dan team Ustaz Nasha telah mencipta satu piawaian baru dalam pemilihan calon… baik dalam Muktamar Pas… Perhimpunan Umno atau Kongres PKR… .ataupun calon pilihanraya.

Nasib baik Husam tak ada skandal perempuan… tak ada skandal balak.. cuma skandal kambing. Macam mana pula kalau calon-calon yang terbabit dengan bermacam-macam skandal dan isu?

Jadi… kalau ada calon-calon yang teringin nak memegang jawatan dalam parti.. atau nak jadi calon pilihanraya… fikir dua tiga kali. Siapa saja calon akan ditelanjangkan didalam internet.

Kalau ada calon-calon yang masih ada parut gigitan Siam di Danok.. Haadyai atau Golok.. tok sah la bertanding.

Kalau ada calon yang masih diburu Ah Long atau bank.. tak payah la bertanding.

Kalau ada calon yang dapat PhD dari University of Batistuta… tak payah lah berlagak.

Sorok macam mana pun… dengan internet orang akan tahu. Dan hujung tahun ini… PKR pula akan berkongres. Kita tengok pula macam mana cara orang-orang PKR berkempen. -MSK (Perakexpress)


SINDROM TAKUT KALAH UMNO TAKUT MENANG PAS

Sesungguhnya Parti Islam SeMalaysia PAS, sedang berada di tahap paling baik dalam 58 tahun sejarah jatuh-bangun perjuangan politiknya. Natijah dari pelbagai dinamika politik nasional dan hasil kesediaan kepimpinan memposisi kepentingan perjuangan, PAS kini berada sekali lagi di kedudukan penting yang sekaligus menuntut parti Islam ini terus membuat beberapa pilihan strategik.

Paling kritikal, atas pilihan strategik ini pula akan ditentukan keupayaan dan kelangsungan PAS, samada untuk terus mara menempah kejayaan yang lebih besar atau berpatah balik seumpama yang disaksikan pasca-kejayaan PRU ke-10, yakni keputusan PRU ke-11 April 2004 yang mengembalikan PAS pada garis sokongan tegarnya, tidak lebih dan tidak kurang dari itu.

Makalah di ambang Muktamar ke-55 ini, punya cita-cita besar bagi meletakkan seluruh kepimpinan parti, aktivis, pendukung dan pencintanya, supaya sedar dan insaf, bahawa sekali lagi, kita berada di persimpangan kritikal ini.

Umum bahkan dunia sedang memerhatikan penampilan serta pengolahan ‘Risalah Perjuangan Parti Politik Islam’ ini, dalam persaingan mendominasi kuasa abad 21 Masehi/15 Hijrah, khususnya di persada pertarungan politik sebuah negara-bangsa yang punya demografi cukup plural atau majmuk, di segi pertentangan pelbagai tuntutan agama,etnik dan budaya yang bersifat 60:40 Islam:Bukan-Islamnya. Cabaran inilah yang cuba digarap dalam penulisan ini, bagi menyambung penulisan lalu “ Meniti Tuntutan Perjuangan Pasca Muktamar ke-55” .

Penulis ingin pertama-tamanya merakamkan perasaan terkilannya, bahawa polemik kepimpinan Ulama-Profesional telah menelan waktu, tenaga dan penumpuan yang agak keterlaluan. Yang lebih penting dari kesemua itu sewajarnya ialah menekuni serta mentakrifkan tuntutan perjuangan yang bakal dipikul kepimpinan yang akan dipilih. Dengan kejelasan itu, akan terserlah gandingan pasukan kepimpinan yang diperlukan bagi memantapkan lagi kepemimpinan Presiden memacu dan melonjakkan parti ke garis prestasi ke keluk yang seterusnya. Maka membicarakan pilihan strategik di ketika ini adalah satu yang dhoruri dan paling tidaknya sangat dihajatkan parti dalam rangka tuntutan kebijaksanaan perjuangan.

Menggantikan Kepimpinan Umno bagi Kelompok Islam-Melayu.

Seperti yang ditegaskan kepimpinan tertinggi parti umpama Pengarah JK Pilihanraya PAS Pusat, waktunya telah tiba untuk mengambil alih kedudukan Umno selaku parti politik pilihan nombor satu untuk kelompok demografi pengundi Melayu-Islam di Negara ini. Meski pun telah acap disebut termasuk salah seorang calon Timbalan Presiden, belum ada satu kejelasan strategi yang pernah di lakarkan kearah itu.

Sementara PAS berada di tahap paling kukuh dan kuat, Umno sebaliknya sedang berada di tahap paling lemah dalam laluan usia politiknya. Sebelum kita dikatakan berkhayal, PAS (dan Pakatan) perlu mengalahkan Umno dalam pertandingan 72 kerusi parlimen yang memiliki 2/3 majoriti Melayu-Islam dan 42 kerusi di mana yang majoriti mudahnya adalah pengundi Islam-Melayu. Selebih 51 kerusi parlimen yang lain adalah kerusi majoriti Bukan-Melayu, dimana 18 adalah kerusi majoriti 2/3 dan 33 adalah kerusi majoriti mudah Bukan-Melayu. Jumlah kerusi pertarungan di Semenanjung ialah 165. Nah, perhatikan baik-baik apa maksud untuk menumbangkan Umno sebagai parti untuk orang Melayu-Islam. Penulis, seorang optimis tegar seperti didakwanya, yakin bahawa objektif tersebut mampu dilakukan.

Telahan para ‘pundit’ politik meramalkan Umno tidak akan dapat memugarkan atau ‘reengineer’ kembali perjuangan sehingga parti Melayu terbesar itu mengalami kekalahan kuasa di peringkat Pusat dan belajar semula selepas menjadi pembangkang untuk satu jangka waktu. Menarik tesis tersebut. Tidak mustahil kerana kemenangan disilih gantikan Allah SWT. (al-ayat) .

Pun begitu, di segi perhitungan politiknya PAS perlu mengalahkan Umno dalam pertandingan pilihanraya umum akan datang. Untuk ingatan, PAS bertanding dalam 64 kerusi parlimen di Semenanjung, sementara memenangi 27 kerusi. Umno sebagai perbandingan, menguasai 78 kerusi di Semenanjung. Sebutan mengambil alih kedudukan Umno sebagai parti pilihan orang Islam-Melayu wajar menyedari tuntutan realititnya.
PAS dalam ukuran politik hari ini sudah melepasi kekangan prestasi tradisinya. Dulu, PAS hanya mampu menang dalam pertandingan kerusi-kerusi yang berada dalam ‘Malay Belt’ atau Kawasan Melayu di Utara dan Pantai Timur. PAS telah memecahkan tembok ini dalam pola Politik Baru dan bersedia memenangi kerusi-kerusi campuran 60:40 bahkan lebih ‘mixed’ dari itu seperti kerusi Kota Raja. Tegasnya PAS telah menemui formula dan resepi kejayaannya.

Persoalan buat kepimpinan kini ialah: Apakah yang perlu dilakukan kepimpinan parti untuk seterusnya merealisasikan cita-cita mengambil alih kedudukan Umno? Apakah yang bakal menghalang pencapaian objektif ini?

Bersama Menggandingkan Kekuatan Menjatuhkan Umno-Barisan Nasional
Muktamar ke-55 ini juga membawa erti besar untuk parti Islam yang terbesar di negara ini, sekali lagi mempertegaskan komitmennya untuk menyaksikan tumbang kuasa yang telah memerintah negara selama lebih 5 desawarsa. Lanjutnya kuasa ini telah menafikan negara dan rakyat mengecapi kesejahteraan hidup sebenar sesuai dengan kedudukan negara yang memilikki sumber per kapita antara tertinggi di dunia kerana pelbagai kebobrokan gelagat segelintir pemerintah yang sarat rasuah, kerakusan dan mementing diri.

Amalan demokrasi rosak sementara institusi kehakiman terus reput dan badan legislatif dicekik kuasa Eksekutif. Media Baru memerdekakan rakyat dan pengundi. Tekanan kearah pertanggungjawaban dan ketelusan menuntut kerajaan mendedahkan segala kecurangan yang dilakukan pihak pemerintah. Terkini skandal besar PKFZ yang bakal menelan RM12.8 bilion, sebagai ‘mercu tanda’ pengurusan sarat rasuah Umno/BN.
Umno/BN sudah sampai ke penghujung usianya. Mereka wajib di kalahkan dalam PRU ke-13 bagi mengangkat martabat, maruah dan daya saing negara. Tidak ada kemungkaran yang lebih jelek dan membinasakan watak negara-bangsa ini amnya dan ummat Islam khususnya dari kehidupan yang menjauhkan manusia dari fitrahnya untuk memakmurkan bumi dan mensejahterakan kehidupan bermasyarakat dan bernegara.

PAS bergandingan dengan komponen parti Pakatan Rakyat, PKR dan DAP, berupaya melakukan sesuatu yang ajaib dan bijak dalam Politik Permuafakatan atau Tahaluf Siyasi (Coalition Politics).

Sindrom Takut-Kalah-Umno, Takut-Menang-PAS.

Di persimpangan ‘Politik Transisi’ yang serba tidak menentu ini, Umno jelas telah dihinggapi ‘Sindrom Takut Kalah’ atau ‘Atichyphobia- Fear of Failures’, sehingga sanggup memberi laluan mudah di Penanti. Umno akan terus dihantui ketakutan dahsyat ini sehinggalah dapat menjalani rawatannya.

Namun PAS juga ditanggapi menghadapi satu fenomena yang sama tetapi sedikit berlainan. Apa yang dialami PAS kini ialah ‘Sindrom Takut Kejayaan – Fear of Success’. PAS bukan takut dikalahkan tetapi lebih takut kejayaan akan mengakibatkan parti Islam kehilangan ‘Al-Asolahnya’ atau ‘Ketulenan keIslamannya’ lantas curiga serta khawatir untuk menempuh ‘jalan-jalan’ yang ditanggapi bukan lebuhrayanya bahkan didakwa sesetengah pihak berpotensi membawa kelunturan, pelarutan dan penyimpangannya dari cita-cita perjuangannya.

Penulis memerhatikan bahawa di sebaliknya polemik Ulama-Profesional, tersirat secara lebih mendalam tekanan sindrom ini, khususnya kepada golongan tertentu yang tidak dapat mentasawurkan proses dan gelagat perubahan yang wajar di pacu PAS dalam persaingan di gelanggang politik pluralis yang punya matlamat yang saling bertentangan dan bersimpang-siur. PAS sangat berhajatkan dirawat dengan tekunan ilmu yang lebih mendalam dan keberanian ijtihad para ulama harakinya untuk keluar dari bahana sindrom ini.

Kesimpulan

Di persimpangan kritikal ini juga, PAS perlu tahu bahawa Umno bukan kawan tapi lawannya. PAS wajar menegaskan bahawa Pakatan Rakyat adalah wasilah paling bijak bertepatan dengan tuntutan waqi’ dan fiqh siyasi serta berpadanan dengan maslahah perjuangannya.

PAS sangat perlu menekuni kebijaksanaan untuk menampilkan terus ‘tag-line’ –‘PAS Untuk Semua’ dan ‘Islam Untuk Semua’ melalui program-program perjuangan yang lebih ‘Inklusif’ menggamit serta melebarkan tapak sokongan, sementara memperkukuhkan kemurnian agenda Islam bagi sokongan tegar Melayu-Islam. Sebagai contoh kecil, sedikit waktu lalu beberapa tokoh muda ulama PAS cukup berani membicarakan tentang zakat yang harus dipanjangkan kepada golongan ‘asnaf muallaf’ termasuk yang bukan-Islam seperti yang pernah dilakukan oleh rasulAllah (saw). Tegasnya PAS wajar keluar dari kotak pemikiran terlalu ‘fiqhiy’ (legalistik) kepada paradigma pemikiran ‘Usuliy dan Maqasidiy’ (Prinsip dan Maksud) lantas berani memposisi Islam dengan lebih mantap lagi dengan hujjah tekunan ilmu Islam yang lebih daqiq (mendalam) dan intelek yang lebih peka dengan realiti semasa. Terlalu banyak yang perlu digarap termasuk hiburan, mua’malat kewangan-ekonomi, pembangunan sosial, pendidikan dan pertentangan perundangan itu sendiri.

Inilah antara pengisian agenda “Penampilan Agenda Politik Islam PAS” dalam persaingan era baru. PAS mengongsi Keadilan serta Kesejahteraan sistem Islam kepada semua dan Aqidah Islam kepada yang meyakini.

PAS tidak wajar mengulangi kesilapan pendekatan terlalu ‘eksklusif’ dan ‘centrik’ yang meminggir rakyat dan pengundi dan dalam kedudukan yang tidak difahami kecuali penyokong tegarnya di kawasan-kawasan tradisinya.

Kesemua ini adalah agenda kepimpinan yang wajar diperbahaskan dan dicermati dengan lebih mendetail dalam Muktamar yang mempersiapkan parti untuk menempah kejayaan yang sama-sama di ingini dan diperjuangkan.

Memang benar kejayaan bukan segala-galanya, namun segala-galanya menantikan kejayaan bagi melakasanakam cita-cita perjuangan!
(Dr Dzulkefly Ahmad, AJK PAS Pusat)