22 Jan 2011

Yang Gemuk Bakal Tercicir Peluang Jadi Wakil Rakyat

Wakil rakyat wajib jalani ujian kesihatan?

KUALA LUMPUR, 22 Jan — Kementerian Kesihatan akan mencadangkan kepada jemaah menteri supaya setiap wakil rakyat di negara ini diwajibkan menjalani ujian kesihatan secara berkala — kemungkinan setiap tahun — dipercayai ekoran kematian sejumlah wakil rakyat yang turut mengakibatkan pilihan raya kecil.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai mahu membawa cadangan tersebut untuk pertimbangan Kabinet. Katanya, cadangan itu akan dikemukakan ekoran beberapa siri kematian membabitkan Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) sejak pilihan raya umum ke-12 Mac 2008.

“Apa yang kita cuba cadangkan ini adalah bersifat pencegahan iaitu bagi mengenal pasti lebih awal tahap kesihatan masing-masing dan jika terhadap masalah, langkah perubatan boleh diambil sebelum keadaan makin parah,” kata beliau di Labis — salah satu kerusi Dewan Undangan Negeri di bahagian itu — Tenang menyaksikan pilihan raya kecil.

Penamaan calon hari ini. Dipetik Utusan Malaysia, Liow berkata, perkara tersebut perlu diberi pertimbangan kerana sehingga sekarang “sudah terlalu banyak kematian membabitkan rakyat rakyat.”

Pilihan raya kecil Tenang adalah pilihan ray kecil ke-14 sejak Mac 2008 dan satu lagi membabitkan kerusi Merlimau di Melaka juga akan menyaksikan pilihan raya kecil.

Tarikhnya dijangka akan diputuskan minggu depan. Kini terdapat 222 ahli Parlimen dan 576 Adun. Daripada 15 pilihan raya kecil sejak Mac 2008 termasuk Tenang sekarang dan Merlimau kemungkinan akhir bulan depan, 12 kekosongan adalah disebabkan kematian iaitu kerusi Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Batang Ai, Manek Urai, Permatang Pasir, Bagan Pinang, Hulu Selangor, Sibu, Galas, Batu Sapi, Tenang dan yang terbaru Merlimau.

Penyandang kerusi Batu Sapi meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya. Permatang Pauh, Bukit Selambau dan Penanti menyaksikan pilihan raya kecil disebabkan wakil rakyatnya, dari PKR, meletakkan jawatan.

Semalam, The Malaysian Insider melaporkan jumlah pilihan raya kecil sejak Mac 2008 hampir menyamai rekod pilihan raya kecil 1987-1990.

Negara pernah berhadapan dengan 17 pilihan raya kecil - jumlah tertinggi sejak awal 1980-an - yang diadakan sepanjang tempoh selepas pilihan raya umum 1995 dan sebelum pilihan raya umum 1999. -TMI


OBESITI - PUNCA DAN PENCEGAHAN

Obesiti merupakan antara faktor utama penyumbang kepada masalah sakit jantung, tekanan darah tinggi, hiperlipidemia (tinggi kandungan kolesterol dalam darah), kencing manis dan sebagainya.

Obesiti merupakan masalah pengumpulan lemak yang berlebihan di dalam badan manusia. Secara umumnya obesiti dikenali oleh masyarakat sebagai masalah kegemukan atau berlebihan berat badan. Setiap kita yang sihat adalah berisiko untuk gemuk jika tiada inisiatif diri untuk menjaga dan mengekalkan berat badan yang sihat dan ideal.

Bagaimana obesiti bermula?

Obesiti bermula daripada pengambilan tenaga (dari sumber makanan) melebihi keperluan tubuh individu tersebut dalam tempoh masa tertentu, diiringi dengan kurang aktiviti fizikal.

Namun terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada gejala obesiti, iaitu:

a) Genetik – Anak-anak berisiko untuk obes sekiranya ibu bapa mereka begitu.
b) Diet tidak seimbang (tinggi lemak dan gula)
c) Makan secara berlebihan
d) Gaya hidup kurang aktif (kurang atau tiada aktiviti fizikal)
e) Tekanan emosi (menyumbang kepada makan berlebihan)
f) Ubat-ubatan (bergantung kepada kesan sampingan sesetengah ubat, tidak semua jenis ubat-ubatan)

Obesiti boleh dicegah dengan:

a) Mengamalkan pemakanan yang seimbang, sederhana dan pelbagai.Makanlah makanan yang terdiri daripada bijirin (roti, nasi, mee, bihun), buah-buahan, sayur-sayuran, daging/ikan/ayam dan produk tenusu.Makanan yang pelbagai akan menyumbangkan kombinasi nutrien yang diperlukan oleh tubuh kita.Makan mengikut keperluan sahaja (jangan terlebih makan dan berhenti sebelum kenyang).Kurangkan makanan tinggi lemak (bergoreng, bersantan, digalakkan susu rendah lemak).Kurangkan makanan tinggi gula (air manis, kuih-muih, air tin, gula) Apabila kita tahu cara pemakanan yang betul, ini memudahkan kita untuk memasak di rumah atau memilih makanan yang sihat jika makan di luar.

b) Amalkan sarapan pagi setiap hari,untuk memulakan hari yang baik, ceria dan berfikiran cerdas, kita memerlukan tenaga yang mencukupi.Makan makanan yang tinggi serat (fiber), bijirin penuh serta kaya dengan protein (susu) untuk meningkatkan metabolisme kita.Pastikan kita ada waktu untuk bersarapan, ini dapat mengelakkan gejala pengambilan makanan yang berlebihan waktu makan tengah hari kerana lapar.

c) Kekalkan berat badan yang sihat.Ini dapat mencegah risiko untuk mendapat penyakit kronik dan hidup dengan baik. Sebaiknya digalakkan untuk kita membeli penimbang berat dan mengukur berat setiap sekali seminggu atau sekali sebulan untuk mengetahui perkembangan berat badan. Jika diukur setiap hari, ini tidak begitu praktikal kerana pertambahan atau pengurangan berat badan mengmbil masa tertentu untuk berubah.

d) Tingkatkan aktiviti harian. Kita perlu aktif untuk kekalkan fungsi tubuh yang baik, kekal sihat dan ceria.

Soalan yang biasa menjadi perbualan kita: Saya tidak gemuk, jadi saya tidak perlu bersenam. Perlu diketahui, bersenam bukanlah untuk menurunkan berat badan sahaja, tetapi untuk membaiki peredaran darah, menguatkan jantung dan meningkatkan tahap kecergasan kita.

Tips untuk mengurangkan keinginan makan bagi mereka yang obesiti:

a) Makan secara perlahan untuk setiap kunyahan
b) Guna pinggan atau mangkuk yang lebih kecil
c) Mulakan dengan kuantiti yang kecil semasa makan
d) Makan makanan yang lebih tinggi kandungan air dan minum air dahulu sebelum makan (sup sayur, buah-buahan, air kosong)
e) Makan di tempat tertentu sahaja (elakkan di depan tv @ semasa bekerja)
f) Makan pada masa yang tetap
g) Tidak meninggalkan sarapan kerana ini akan menyebabkan pengambilan makanan yang lebih banyak pada masa tengahari
h) Amalkan snek sihat seperti buah-buahan
i) Kurangkan kekerapan makan di luar dan hadkan duit yang dibawa ketika keluar
j) Atasi tekanan/masalah dengan sebaiknya.

Oleh itu, makanlah dengan sihat untuk menikmati hidup yang lebih berkualiti. Bukankah kita tahu mencegah adalah lebih baik daripada merawat! Adakah kita dalam proses mencegah diri daripada segala penyakit kronik dan masalah kesihatan lain? Jika belum, marilah kita mengamalkan pemakanan sihat dan meningkatkan aktiviti fizikal untuk kebahagian diri dan orang sekeliling. - docstoc.com


Ulasan GB

Rakyat tak kira apa parti sekarang ini khuatir apabila ramai wakil rakyat yang meninggal dunia kerana sakit jantung.

Jika SPR membuat keputusan nanti, bukan saja wakil rakyat di negara ini diwajibkan menjalani ujian kesihatan secara berkala tetapi setiap calon wakil rakyat yang hendak bertanding perlu mengemukakan sijil kesihatan semasa menyerahkan borang pencalonan, sudah pasti ramai yang kecundang terutama yang bermasalah dengan berat badan serta yang mempunyai BMI yang tidak normal.

Justeru itu, mulai sekarang mulalah ambil berat tentang masalah berat badan anda.

UMNO Dan MCA Bergilir-gilir Hina Islam, Calon PAS Dukacita

Pelakon porno yang menjadi Presiden MCA buat hal lagi. Kalau tidak berapa lama dulu dia melabelkan Islam sebagai korup dan punca kemelaratan serta mempersoalkan kedai-kedai di Kota Bharu ditutup pada Hari Raya Korban, kini dia memperlekehkan cara wanita Islam bersalam dengan orang bukan muhrim dan menakut-nakutkan orang Cina dengan negara Islam tajaan PAS tanpa sedikit pun menyelami makna perkataan "Islam" yang berulang kali disebutnya.

Itulah yang dia dapat ssetelah berkawan rapat dengan UMNO. Beriya-iya benar dia menghentam Islam hingga tidak sedar noda zina yang terpalit pada dirinya. Semua orang yang siuman akan berasa hairan bin ajaib jika orang Cina terpengaruh dengan kata-kata beracun yang keluar dari mulut pelakon porno yang sudah pasti tidak bermoral itu.

Lebih menghairankan lagi adalah kesanggupan MB Johor tumpang sekaki mengutuk Islam. Dia mendakwa negara Islam sebagai satu ancaman yang perlu dibanteras. Lupakah dia bahawa konsep itu hanya akan menjadi kenyataan apabila semua rakyat negara ini tanpa mengira agama dan bangsa benar-benar memahami dan menerimanya? Lupakah UMNO bahawa tiada paksaan dalam Islam?

MCA semakin melampau sekarang ini. UMNO pun dah jadi hampir sama dengan MCA. Sudahlah rakan bukan Islam mereka dibiarkan menghentam Islam, mereka yang mengaku Islam pun hentam Islam tanpa segan silu. Sebelum itu, perasuah Isa Samad membuat pengakuan bahawa dia tidak tahu sangat tentang Islam. Namun, secara tersirat dia mengakui pula kejayaan PAS memahamkan prinsip Islam kepada rakan bukan Islam dalam Pakatan Rakyat.

Nampaknya orang Islam dalam UMNO semakin kelam-kabut sejak akhir-akhir ini. Mereka main sesah sahaja tanpa mengira dosa pahala. Sudah tidak takutkah dengan hukuman Allah?

Semua umat Islam di negara ini perlu berhati-hati dan berwaspada dengan golongan ini. Usahlah bersekongkol dengan sikap mereka yang lebih rela mencemarkan kesucian Islam daripada memelihara dan membelanya. Adakah kerana terdesak mereka kehilangan idea untuk berhujah? Adakah kerana kuasa mereka ketepikan agama? Siapa yang mengajar mereka untuk bersikap demikian?

Sebelum terlanjur lebih jauh, beristiqfarlah. Mohonlah keampunan Allah. Kembalilah ke pangkal jalan sebelum diturunkan bala. -bilahrotan


Calon PAS kecewa Soi Lek tak faham Islam, Umno pula gagal bantu MCA

Dalam temu bual tiga jam selepas disahkan sebagai calon, Normala melahirkan kekecewaan kerana kepimpinan MCA masih tidak memahami adat resam diamalkan wanita Islam. – Foto oleh Choo Choy May

LABIS, 22 Jan – Calon PAS-Pakatan Rakyat, Normala Sudirman menyifatkan Umno telah gagal membantu MCA memahami konsep Islam yang sebenar sehingga menyebabkan parti komponen BN itu tidak dapat menghormati nilai dan tertib orang Islam khususnya kaum wanita.

Merujuk kepada isu tidak bersalam yang ditimbulkan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, Normala meminta MCA memahami adat dan tatatertib orang Islam terutamanya wanita Islam sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menimbulkan kontroversi.

Menurut Normala, 38, sepatutnya setelah 53 tahun merdeka MCA yang dipimpin Dr Chua sudah memahami tertib seorang wanita Islam.

“Saya secara peribadi berpendapat bahawa sudah tiba masa pihak lawan (BN) matang setelah 53 tahun kita merdeka... apa yang paling penting adalah dasar-dasar atau komitmen perkhidmatan yang mahu dibawa kepada rakyat khususnya pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.

“Bukan menyentuh isu peribadi atau serangan peribadi yang saya kira ia satu perkara yang sangat jauh daripada apa yang kita fokus.

“Saya kira perkara yang paling penting adalah setelah 53 tahun merdeka, MCA sepatutnya sudah lama memahami konsep sebagai individu Muslim yang perlu kerana mereka berkawan dengan komponen BN iaitu Umno,” kata beliau dalam temu bual ekslusif bersama The Malaysian Insider hari ini.

Exco Dewan Muslimat PAS pusat ini berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Dr Chua mengenai Islam apabila secara sindiran membuat perbandingan cara Normala bersalaman dengan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail semasa berkempen di Tenang.

“Dia tidak akan datang ke sini (tokong Cina), (dan) dia langsung tidak bersalam dengan orang. Saya sudah terima aduan mengenai hal ini.

“Dia seperti isteri Anwar Ibrahim. Dia memakai sarung tangan ketika bersalam. Jika anda boleh menerima cara Islam sebegini, pergilah undi PAS,”
kata Dr Chua.

Dalam temu bual ringkas itu, Normala berkata, Pakatan Rakyat yang turut dianggotai PKR dan DAP akan membantu memberikan sokongan dan menjelaskan mengapa beliau tidak mahu bersalam dengan lelaki sepanjang kempen pilihan raya kecil yang bermula hari ini.

Pakatan Rakyat meletakkan Normala, Ketua Muslimat PAS Labis dan bekas guru sebagai calon manakala BN pula diwakili bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit, Mohd Azahar Ibrahim, 39.

Normala juga merupakan Pengerusi Lajnah Pendidikan Dewan Muslimat PAS pusat.

“Dari segi strategi, cara dan kaedah untuk saya mendekati masyarakat seperti ini saya kira rakan-rakan Pakatan Rakyat sudah bersedia untuk memberitahu mereka kenapa dan mengapa.

“Apa yang paling penting adalah akhirnya pengundi DUN Tenang akan memahami itu retorik yang tak berasas untuk dibawa, sedangkan permasalahan yang paling besar adalah fokus utama termasuk permasalahan kebajikan, sosioekonomi dan sebagainya.

“Sudah seharusnya saya kira perkara itu tidak perlu timbul buat masa ini,” kata beliau.

Normala juga berkata Umno-BN akan sentiasa membuat provokasi untuk memberikan beliau imej yang buruk kepada pengundi di DUN Tenang.

“Apa pun bagi saya Umno-BN tetap akan mencari isu-isu remeh, isu-isu yang sangat berbentuk picisan kerana kalau apa yang kita lihat buat pun dikata tak buat pun akan dikata.

“Yang paling penting adalah konsep kita memahamkan rakan-rakan khususnya Tionghoa dan India untuk memahami bahawa bagaimana sebenarnya apa yang kita bawa sebagai seorang individu Muslim itu.

“Bukankah sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, Islam adalah agama rasmi. Sepatutnya mereka memahami situasi ini,” katanya.

Normala bagaimanapun melahirkan rasa simpati terhadap Dr Chua kerana gagal memahami konsep Islam selepas Umno gagal memahamkan parti komponen BN itu.

“Secara peribadi saya lebih fokus kepada perasaan simpati saya kepada beliau (Dr Chua) kerana tidak memahami, seharusnya setelah lama berkawan dengan komponen BN, menjadi tanggungjawab Umno untuk memahamkan rakan-rakan tentang hak yang sebenar sebagai individu Muslim termasuk soal bersalaman dan sebagainya.

“Umno gagal memahamkan rakan-rakan dalam BN setelah 53 tahun, seharusnya tidak berlaku.


“Kita lihat dalam Perlembagaan Persekutuan, Islam adalah agama rasmi. Seharusnya konsep memahami satu-satu kaum atau agama perlu difahami,” katanya.

Bekas guru itu juga bersedia untuk menghadapi apa sahaja serangan yang akan dibuat BN sepanjang kempen pilihan raya yang akan berakhir 30 Januari ini.

“Saya bersedia berdepan apa sahaja cabaran, tohmahan dan fitnah yang akan dilakukan pihak lawan kerana itulah realiti setelah 14 kali pilihan raya kecil.

“Kita lihat isu begitu dan mereka tetap gunakan strategi lama yang saya kira ia tak seharusnya berlaku buat masa sekarang bagi pihak lawan buat perubahan untuk memenangi hati rakyat bukan menyuluh kelemahan peribadi begitu.

“Saya yakin kejutan besar akan berlaku dan saya bimbang itu akan menimbulkan kebencian (pengundi) kepada pihak Umno-BN,” katanya.

Tambah Normala, Pakatan Rakyat akan memainkan peranan penting dalam membantu orang bukan Islam untuk memahami lebih dekat konsep yang dibawa PAS selama ini.

“Seperti kaum lain, kami orang Islam memahami budaya dan agama Tionghoa dan India.

“Kami menghormati dan memahami, itulah cara mereka dan seharusnya perkara ini sudah lama difahami rakan-rakan BN,”
katanya.

Ketika ditanya mengenai keyakinan untuk memenangi pilihan raya kecil DUN Tenang, Normala berkata, beliau optimis pengundi akan membuat keputusan bijak dalam memilih wakil rakyat baru.

“Saya optimis dan berkeyakinan tinggi pengundi kini telah bijak membuat keputusan untuk menentukan perjuangan masa depan dengan membawa suara dan permasalahan ke Dewan Undangan Negeri dengan memilih wakil rakyat yang berwibawa, prihatin dan empati.

“Pada 30 Januari, saya percaya dan berkeyakinan tinggi pengundi DUN Tenang mampu membuat kejutan dan perubahan besar demi,” katanya.

Pilihan raya kecil DUN Tenang diadakan berikutan kematian penyandangnya dari BN, Allahyarham Datuk Sulaiman Taha pada 17 Disember tahun lepas akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis.

Sulaiman menewaskan calon PAS, Mohd Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi pada pilihan raya umum 2008.


Muhyiddin Takutkan Bukan Islam Terhadap Negara Islam Dengan Sokong Kenyataan Soi Lek

Negara Islam: Ada baik Cina diingatkan, kata TPM

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tindakan Presiden MCA Datuk Dr Chua Soi Lek membangkitkan agenda PAS bagi menubuhkan sebuah negara Islam jika Pakatan Rakyat berkuasa adalah baik bagi "mengingatkan masyarakat Cina" berhubung keputusan mereka.

Sambil menyifatkan isu berkenaan bukan satu perkara baru, Muhyiddin berkata PAS masih menympan hasrat mereka untuk membentuk negara Islam jika berjaya menguasai Putrajaya.

"Sejak daripada dahulu pun PAS tidak pernah mengatakan mereka nak pinda perlembagaan mereka... Itu (membentuk negara Islam) masih ada.

"Jadi baik juga MCA mengingatkan pada masyarakat Cina," katanya pada sidang media selepas penamaan calon dalam pilihan raya DUN Tenang.

Muhyiddin menjawab soalan pemberita sama ada isu negara Islam yang dibangkitkan oleh MCA untuk meraih balik sokongan kaum Cina dalam pilihan raya Tenang yang akan berlangsung pada 30 Januari ini.

Pada pilihan raya itu, akan berlaku pertandingan dua penjuru antara calon BN Mohd Azahar Ibrahim dan calon PAS Normala Sudirman.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, dalam Pakatan Rakyat, mereka tidak sepakat dan di antara PAS dan DAP "mereka bertembung sehingga mengambil satu sikap berdiam diri dan tidak bercakap" mengenai perkara tersebut.

"Kalau bercakap nanti seluruh dunia tahu, kita akan kalah dan orang tidak akan sokong kita," perli Muhyiddin

"Tapi ia (penubuhan negara Islam) masih ada lagi, PAS tidak tukar perlembagaan macam (Datuk Seri) Dr Chua (Soi Lek) sebutkan, dan Karpal Singh pun kata langkah mayat saya dahulu kalau nak kepada negara Islam," katanya.

Bagaimanapun, beliau yakin pengundi di Tenang memahami perkara muslihat Pakatan Rakyat dan berkata jentera BN akan turun padang membuat penjelasan kepada pengundi.

"Kita terangkan mana yang hak mana yang betul, yang batil kita tidak ceritakan. Kita membawa risalah yang baik supaya rakyat dapat menilai dan memilih dengan bijaksana," katanya.

Ulasan GB

Begitu ketara kenyataan Muhyiddin Yassin yang menakutkan bukan Islam terhadap "Negara Islam" dengan menyebut tindakan Presiden MCA Datuk Dr Chua Soi Lek membangkitkan agenda PAS bagi menubuhkan sebuah negara Islam jika Pakatan Rakyat berkuasa adalah baik bagi "mengingatkan masyarakat Cina" berhubung keputusan mereka.

Sikap yang ditunjukkan Muhyiddin itu jelas seorang munafik di dalam Islam.

Bukan Melayu sepatutnya menyedari bahawa seorang munafik (hipokrit) di dalam Islam itu jauh lebih merbahaya dari negara Islam itu sendiri.


Cuai: Hospital Diarah Bayar RM870,000 Kepada Pasangan Suami Isteri

Muar: Mahkamah Tinggi di sini, semalam mengarahkan dua hospital kerajaan membayar sejumlah RM870,000 kepada pasangan Zainab Sam, 45, dan suaminya Rosli Mohd Amin, 53, akibat kes kecuaian perubatan, kira-kira 10 tahun lalu.

Saman itu dikemukakan berikutan kes kecuaian perubatan yang dilakukan Hospital Segamat dan Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) ketika Zainab melahirkan anaknya, Ahmad Alif Iqmal Rosli, 10, pada 2000.

Pasangan suami isteri itu hadir di mahkamah apabila Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ummi Kalthum Abdul Majid membuat keputusan itu.

Terdahulu, plaintif memfailkan satu writ saman terhadap Hospital Segamat, HPSF dan Kerajaan Malaysia selepas anak yang dilahirkannya menderita lumpuh pada bahagian kiri badan dan kerosakan otak disebabkan kecuaian kakitangan perubatan.

Berdasarkan writ saman pada 12 Ogos 2003 yang dikemukakan peguam G Subramaniam Nair, Zainab yang berasal dari Gemas, Negeri Sembilan, mendapatkan rawatan di Hospital Segamat ketika sedang hamil.

Sebelum melahirkan anak, Zainab meminta pihak hospital melakukan pembedahan secara caesarean berikutan anak dalam kandungannya besar. Namun, permintaannya ditolak kerana Zainab perlu bersalin secara normal berikutan beliau menghidap penyakit kencing manis.

Bagaimanapun, ketika sedang bersalin, Zainab menghadapi komplikasi apabila beliau tidak mampu meneran keluar anaknya. Ini menyebabkan kakitangan perubatan yang bertugas cuba menyelamatkan anaknya dengan cara menarik kepala bayi berkenaan serta menekan perutnya bagi membolehkan bayi itu itu lahir dengan selamat.

Akhirnya, Zainab berjaya melahirkan bayi seberat 5.28 kilogram. Namun, bayi dilahirkan itu mengalami masalah kesukaran bernafas dan memerlukan bantuan oksigen sebelum dikejarkan ke HPSF dengan ambulans.

Dalam perjalanan ke HPSF, bekalan oksigen kehabisan sebelum sempat tiba di hospital. Manakala bekalan oksigen yang ada dalam ambulans pula gagal berfungsi.

Berikutan insiden itu, anaknya terpaksa ditahan di dalam inkubator selama 30 hari dan diberi makan melalui tiub yang dipasang pada mulut.

Zainab dan suaminya bersyukur kerana sekurang-kurangnya beliau berjaya menuntut pembelaan ke atas anaknya yang kini hanya mampu duduk di kerusi roda.

“Saya sekeluarga mengucapkan jutaan terima kasih kepada peguam kami dan adiknya, Visvanathan Nair serta rakan kongsinya, Ebrina Zuber kerana bersama-sama membantu membela nasib anak saya sehingga berjaya,” katanya.

Dr Mahfodz Selar Kenyataan Dr. Mahathir Mengenai Calon Wanita PAS

Mahfodz sifatkan kenyataan Tun M keterlaluan

SENAI - Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamed (gambar) menyifatkan kenyataan yang dibuat mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai Pas tidak berpegang pada janji kerana meletakkan calon wanita tidak sepertimana yang dimaklumkan sebelum ini, keterlaluan.

Beliau berkata, Pas tidak pernah mengharamkan untuk meletakkan calon wanita bagi pilihan raya kecil (PRK) atau umum sebaliknya apa yang berlaku sebelum ini atas faktor kesesuaian masa dan keadaan.

“Pas tidak pernah menghalang atau mengharamkan untuk memilih dan meletakkan calon wanita beberapa tahun lalu tetapi jika ada hanya ketika itu kita tangguhkan kerana masih belum bersedia, tidak sesuai mengikut keadaan semasa ketika itu.

“Kenyataan Tun tidak betul kerana jika dilihat sebelum ini, sejak Pas ditubuhkan memang ada wanita menjadi calon Pas.

“Lihat sahaja calon wanita Pas sebelum ini, Khadijah Sidik pernah dicalonkan dan pernah menjadi Ketua Pas Negeri Johor pada awal tahun 1960-an begitu juga dengan Mariah Mahmood (Selangor) dan juga Dr Lo’Lo’ Ghazali (Titiwangsa),”
katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, semalam.

Terdahulu Tun Mahathir menyifatkan Pas tidak berpegang pada janji untuk kepentingan politik apabila memilih calon wanita tidak seperti apa yang pernah diutarakan parti itu sebelum ini dan menyatakan Pas tidak boleh dipercayai.

Mahfodz berkata, apa yang diutarakan Tun Mahathir itu menggambarkan ketakutan BN kerana Pas meletakkan calon wanita bagi PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.

“Sebelum keluarkan sebarang kenyataan sila rujuk dan lihat latar belakang Pas sebelum ini sama ada pernah atau tiada langsung meletakkan calon wanita atau pernah mengeluarkan kenyataan wanita tidak boleh menjadi calon.

“Pas tidak mungkir janji dan tidak betul juga jika kata Pas tidak beri laluan kepada orang bukan Islam untuk bertanding,” katanya.

Katanya, calon Pas bagi DUN Tenang yang dipilih ini, Normala Sudirman, 38, bukanlah calang-calang calon kerana berpengalaman sebagai pendidik.

“Dia ada pengalaman mengajar dan memang dia seorang yang tidak boleh dilawan sebab itu kita mencalonkan dia.

“Kita berharap penamaan calon hari ini berlaku dengan penuh ketenangan tanpa sebarang gangguan,” katanya. -SH

[Bergambar & Video] Bertemu Keluarga Setelah 23 Tahun Diculik

New York, Mungkin ini yang disebut keajaiban! Kedengarannya seperti kisah di filem saja. Seorang perempuan 23 tahun yang direnggut dari sebuah rumah sakit ketika masih bayi kembali kepada orangtuanya setelah ia curiga tentang perempuan yang membesarkan dirinya.

Carlina White, nama si anak hilang itu, baru berusia 19 hari ketika ia diculik dari Harlem Hospital pada 4 Ogos 1987 oleh seorang perempuan yang menyamar sebagai perawat. Ia kini mulai terbiasa dengan kehidupan barunya. "Saya sangat bahagia, tetapi pada saat yang sama ada perasaan aneh karena segala sesuatunya baru. Ini seperti dilahirkan kembali," katanya sebagaimana dikutip Telegraph.

Seorang pengambil dadah dengan nama asli Pettway telah membesarkan White, kebanyakan masanya di Bridgeport, Connecticut, iaitu sekitar dua jam perjalanan dari New York. Pettway sekarang diperiksa FBI berkaitan dengan kes penculikan tersebut.

White, yang dibesarkan dengan nama Nedra Nance, mengatakan kepada keluarganya bahawa dirinya sering dipukuli ketika masih kanak-kanak. Tatkala remaja, dia mula merasa curiga dengan "ibu"-nya itu, terutama ketika si "ibu" tidak dapat menunjukkan sijil kelahiran apabila dia memerlukannya.

Ketika berlaku pertengkaran, Pettway akhirnya mengaku bahawa dia bukan ibu kandung White. Akan tetapi, dia menceritakan kisah yang bertentangan, termasuk bahawa ibu kandungnya seorang pecandu dadah dan telah meninggal dunia karena AIDS. White, menurut Pettway, telah diserahkan ibunya kepadanya.

"Saya selalu mencari hal-hal yang menjadi persamaan diantara kami, tapi saya tak menemui apa-apa persamaan dengan dia," kata White. Ia menambahkan, dirinya akhirnya menyedari bahawa ia tidak lansung mempunyai kemiripan fizikal dengan Pettway.

Setelah pindah ke Atlanta bersama anaknya yang berusia enam tahun, Disember lalu White menelefon "National Centre for Missing and Exploited Children" (Pusat Untuk Anak Hilang dan Teraniaya) dan mengatakan, "saya merasa sepertinya saya tidak tahu siapa saya."

Para penyelidik, yang rapat dengan kes terpanjang yang belum diselesaikan di daftar mereka, menunjukkan foto-foto White sebelum diculik, kemudian dicocokkan dengan foto-foto diri White ketika masih bayi, yang diambil oleh "keluarga"-nya.

Ibu kandungnya, Joy White, yang tak pernah memindahkan gambar anak perempuannya dari almarinya, dihubungi pada 5 Januari. Joy yang baru berusia 16 tahun ketika anaknya lahir diberi khabar yang membenarkan keyakinannya selama 23 tahun ini bahawa bayinya masih hidup.

Setelah melihat foto anaknya yang telah dewasa, ia menyatakan, "Saya terus tahu itu adalah dia. Saya sedang bekerja ketika itu. Saya menjerit dan menangis, lalu lari ke tingkat bawah."

Satu ujian DNA segera menegaskan bahwa Carlina White adalah anak perempuannya.

Carl Tyson, ayah Carlina, yang telah terpisah dari ibunya beberapa tahun lalu, secara kebetulan telah menghubungi pusat anak-anak hilang untuk memberitahukan alamat terbarunya. Dia menjadi bahagian dari percantuman keluarga itu di Bandar La Guardia, New York, Sabtu lalu.

Joy White mengatakan tentang penculik anaknya, "Saya ingin dia menderita. Saya ingin dia merasakan penderitaan sebagaimana yang saya alami selama 23 tahun."










Kekasih Melecur, Seorang Konstabel Didakwa Di Mahkamah

Anggota Polis Didakwa Di Mahkamah Menyebabkan Kekasihnya Melecur

KANGAR: Seorang anggota polis didakwa di Mahkamah Sesyen di sini kerana menyebabkan kekasihnya yang tinggal sekampung dengannya melecur dan cedera parah di atas jambatan di Jalan Bukit Kubu, Kuala Perlis pada Rabu lepas.

Gambar: Nur Rashidah menunjukkan tangan kiri dan mukanya yang melecur dibakar teman lelakinya di Jalan Bukit Kubu, Kuala Perlis. Gambar kiri Nur Rashidah ketika sihat.

Ahmad Faiz Ramli, 24 yang telah ditahan kerja akibat kes lain dan menetap di Kampung Baru, Kuala Perlis serta tidak diwakili peguam, tidak mengaku bersalahterhadap tuduhan itu dan meminta dibicarakan.

Dia dituduh dengan sengaja menggunakan api terhadap kekasihnya itu seorang remaja berumur 17 tahun hingga menyebabkan mangsa cedera parah dan melecur di bahagian muka, leher dan lengan kiri di atas jambatan di Jalan Bukit Kubu, Kuala Perlis pada pukul 9.30 malam.

Tertuduh yang pernah berkhidmat di Pulau Pinang sebelum ditahan kerja pada penghujung 2008 didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga dikenakan denda serta sebat.

Hakim Wan Norzanuar Wan Ahmad memerintahkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan tarikh sebutan kes pada 8 Mac ini.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Allan Suman Pillai. - BERNAMA

Orang Asli Buat Laporan Polis Terhadap Satim Diman

Orang Asli kesal kenyataan YB

BANTING – Bekas Timbalan Presiden Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia (POASM) Arif Embing membuat laporan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kuala Langat Isnin lalu menafikan kenyataan masyarakat itu mendapat bantuan 100 peratus dalam bidang pendidikan.

Arif membuat laporan itu susulan kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Serdang, Datuk Satim Diman yang berkata kerajaan melalui Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) memberi bantuan sepenuhnya kepada masyarakat itu termasuk pengangkutan ke sekolah.

Arif berkata, mana-mana pihak yang ingin mengeluarkan kenyataan perlu bercakap mengikut fakta yang tepat.

“Dengan kenyataan demikian nampak seolah–olah Orang Asli tidak perlu mengeluarkan sebarang bayaran tetapi perkara yang berlaku adalah sebaliknya.

“Saya terpanggil untuk menyangkal kenyataan itu, kebanyakan Orang Asli tidak berpuas hati dengan kenyataan tersebut sedangkan masih terdapat di antara mereka terpaksa bersusah payang menanggung pendidikan anak–anak mereka”, katanya.

Seorang pelajar lepasan SPM, Rohaiza Botot, 18, berkata, dia turut tidak setuju dengan kenyataan tersebut kerana persekolahan adiknya ditanggung sepenuhnya oleh ibu bapanya.

Menurutnya, tidak ada istilah bantuan 100 peratus dalam pendidikan untuk Orang Asli kerana kebanyakan ibu bapa masih membayar pelbagai bayaran untuk memberi pendidikan anak–anak di sekolah.

“Sekiranya kerajaan ingin membantu masyarakat Orang Asli bantuan 100 peratus, seharusnya dilakukan dengan jelas dan tidak disalahertikan”, katanya ketika ditemui di Bangunan Pejabat Koperasi Pembangunan Daerah Kuala Langat Berhad, semalam.

Bagi Suriana anak Perat, 23, dia tidak menyokong kenyataan berkenaan kerana sememangnya anak – anak Orang Asli masih tidak diberi bantuan pendidikan sepenuhnya.

Menurutnya, ramai ibu bapa yang terpaksa bekerja keras mencari duit semata mata untuk memberi pendidikan kepada anak–anak.

“Walau bagaimanapun, sekiranya kerajaan melalui jabatan berkaitan ingin menyalurkan 100 peratus bantuan dalam pendidikan ianya perlu diberi kepada semua Orang Asli,” katanya. -SH

[Bergambar & Video] Menteri Perancis Dilempar Kasut, Telur Di Palestin

Beit Hanun: Sekumpulan penduduk Palestin yang marah mengepung dan melempar kasut serta telur ke arah kereta yang dinaiki Menteri Luar Perancis Michele Alliot-Marie sejurus beliau tiba di Gaza, lapor wartawan agensi berita antarabangsa AFP semalam.

Sambil membawa sepanduk berbunyi ‘Keluar dari Gaza’ mereka menahan kereta dinaiki Alliot-Marie sejurus selepas ia melintasi pusat pemeriksaan Hamas di bandar Beit Hanun di utara Gaza, lalu memukul dan menumbuk kenderaan itu.

Sebilangan penunjuk perasaan melempar kasut ke arah kereta terbabit, manakala seorang lagi melompat ke atas bumbungnya dalam apa yang disifatkan bantahan terhadap kenyataan yang didakwa dikeluarkan Alliot-Marie ketika menemui ibu bapa askar Israel yang ditahan Hamas, Gilad Shalit sehari sebelum itu.

“Pada pertemuan itu Bapa Gilad, Noam Shalit meminta Alliot-Marie menggesa Kesatuan Eropah (EU) ‘mengecam penahanan Gilad sebagai jenayah perang’,” lapor wartawan itu.

Bagaimanapun, sejurus selepas itu, sebuah stesen radio awam Israel menyiarkan berita di laman webnya yang berbahasa Arab menyatakan Alliot-Marie berkata ‘EU mesti mengecam penahanan Gilad Shalit sebagai jenayah perang.

Ketika semakin ramai penunjuk perasaan mengepung kereta Alliot-Marie, dua kanak-kanak yang ketakutan dan menangis dicampakkan ke bahagian tayar depan konvoi kenderaan itu dan mereka dibiarkan di situ selama beberapa minit sebelum ditarik anggota keluarga masing-masing.

Tidak jauh dari situ, seorang penunjuk perasaan melaungkan slogan menggunakan pembesar suara, mengutuk kenyataan ‘jenayah perang’ yang didakwa dikeluarkan Alliot-Marie manakala seorang lagi memegang gambar besar Alliot-Marie dengan tanda palang berwarna merah di bahagian mukanya.

Polis Hamas bagaimanapun berjaya menyuraikan penunjuk perasaan dan membenarkan Alliot-Marie melepasi sekatan. – AFP











PRK Tenang: Peluang 50:50 - Presiden PAS

Bukan mudah nak menang di Tenang tapi tak mustahil, kata Hadi

LABIS, 22 Jan — Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata peluang Pakatan Rakyat untuk meramps kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang yang bermula hari ini adalah 50:50 tetapi “tidak mustahil” untuk menang.

Menurut Abdul Hadi, Pakatan yang meletakkan calon PAS Normala Sudirman mempunyai peluang cerah sekiranya maklumat dapat disampaikan dengan tepat kepada pengundi di DUN Tenang.


“Peluang kita (Pakatan Rakyat) 50 peratus, begitu juga Barisan Nasional (BN), tidak mudah untuk kita menang tapi ia tidak mustahil.

“Kita letak 50 peratus dulu tapi kempen kita bergerak bermula dari 40 peratus, di Johor kita sudah menang dua kerusi. Jadi peluang (menang) memang ada.


“Malah perubahan besar sudah berlaku di sini (Johor), BN juga hadapi masalah malah kedudukan Umno juga tidak kuat,” kata beliau ketika ditemui di proses penamaan calon DUN Tenang di pejabat Majlis Daerah Labis di sini.

Pakatan Rakyat meletakkan Ketua Muslimat PAS Labis, Normala, bekas guru manakala BN pula diwakili bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit, Mohd Azahar Ibrahim, 38.

Tambah Abdul Hadi, pengundi muda di DUN Tenang merupakan penentu kemenangan Pakatan Rakyat di kawasan itu.

“Pengundi muda yang dapat menatap media baru, mereka boleh mendapatkan maklumat yang tepat. “Bagi saya pengundi muda adalah undi penentu, di sini BN tiada undi Orang Asli, malah undi warga Felda juga sudah memihak kepada kita.

“BN tiada undi deposit di sini, kita mempunyai peluang kerana meletakkan calon anak tempatan bukan BN yang meletakkan calon yang sudah lama meninggalkan kawasan,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Marang. Kerusi DUN Tenang mempunyai 14,735 pemilih berdaftar termasuk 18 pemilih pos.

Daripada jumlah itu, pengundi Melayu terdiri daripada 7,014 orang (47.54 peratus), Cina 5,766 (39.08 peratus), India 1,780 (12.07 peratus), Bumiputera Sabah enam (0.04 peratus), Bumiputera Sarawak lima (0.03 peratus) dan Orang Asli 171 (1.16 peratus).

Mengikut pecahan umur, seramai 3,271 pengundi berusia antara 30 hingga 39 tahun, 3,602 (40-49 tahun), 2,788 (50-59 tahun), 1,897 (60-69 tahun), 1,188 (70-79 tahun), 268 (80-89 tahun) dan lebih 90 tahun pula 70 orang. Pilihan raya kecil DUN Tenang diadakan ekoran kematian penyandangnya Datuk Sulaiman Taha dari Umno-BN pada 17 Disember lepas. -TMI


Gambar dan Video Penamaan Calon di:

Lintas Lansung Penamaan Calon PRK N05 Tenang

Sesatkah, Trojankah Atau ....?

klik untuk lebih jelas


Dilaporkan pertama kalinya oleh BHOnline:

SESAT: Seorang lelaki memakai baju Barisan Nasional di tengah-tengah penyokong Pakatan Rakyat di luar Majlis Daerah Labis ketika penamaan calon Tenang.


Kemudian sebuah blog, Karat E-jau mengenalpasti pemuda itu ialah Bendahari Umno Bhg. Gopeng, Abd Razak namanya.

Cuma tidak dapat dipastikan mengapa beliau tiba-tiba berada di tengah-tengah kumpulan penyokong Pakatan Rakyat.

Boleh tonton semula di

Lintas Lansung Penamaan Calon PRK N05 Tenang

PRK Tenang: Pertandingan Dua Penjuru - PAS Lawan BN

Pertandingan satu lawan satu di DUN Tenang

LABIS: Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang menyaksikan pertandingan satu lawan satu, antara calon Barisan Nasional (BN) dan PAS.

BN menurunkan bekas Penolong Pegawai Daerah Rengit, Mohd Azahar Ibrahim, 39, sebagai calon menggalas misi besar bagi mengekalkan penguasaan BN yang memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum 2008 lalu.

Pada masa sama, PAS meletakkan Ketua Muslimah PAS Labis, Normala Sudirman, 38, sebagai calonnya.

Pada kira-kira jam 11.20 pagi, Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Md Asri Amir mengumumkan nama kedua-dua calon yang akan bertanding.

"Mohd Azahar menyerahkan borang pada jam 9.02 pagi dan Normala pada jam 9.10 pagi. Tiga bantahan diterima dan selepas masa bantahan tamat, tiada calon ditolak.

"Oleh itu, calon-calon yang disahkan bertanding bagi DUN Tenang ialah Normala Sudirman dari PAS dan Mohd Azahar Ibrahim dari BN," katanya.

Nama calon Pakatan Rakyat, Normala Sudirman akan mendahului nama calon BN dalam kertas undi.

LAPORAN LINTAS LANSUNG

Lintas Lansung Penamaan Calon PRK N05 Tenang

Hari ini ialah hari Penamaan Calon bagi pilihanraya kecil N05 DUN Tenang.

Pusat penamaan calon akan berlangsung di Dewan Majlis Perbandaran Labis bermula jam 9 pagi. Sepanjang jalan menuju ke Pekan Labis - Pusat Penamaan Calon mulai sesak. Terdapat beberapa sekatan jalan dan lencongan.

Lebih 500 orang penyokong Pakatan Rakyat sudah mula kelihatan keluar. Mereka bersiap sedia bagi perarakan membawa calon.

LAPORAN LANGSUNG

11.22 am: RASMI: Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Md Asri Amir mengumumkan Normala Sudirman, 38, dari PAS dan Calon Barisan Nasional, Mohd Azahar Ibrahim, 39. Sebanyak tiga bantahan dikemukakan kepada SPR tetapi semuanya ditolak.



KINI MASA UNTUK BEKERJA KERAS, BERDOA DAN BERTAWAKKAL - pesanan ikhlas GB. Takbir!!!

11.21 am: Pegawai Pengurus Pilihan Raya akan mengumumkan calon ketika ini.

11.15 am: Pengumuman akan dibuat bila-bila masa dari sekarang.

11.08 am Kaum tionghua yang menjadi penyokong Cikgu Mala turut menyertai perarakan pagi ini.

Ketua Pembangkang Dun Johor Dr Boo Cheng Hau, dari DAP berkata "Kami tunggu kehadiran Cikgu Mala bersama kami di Dun Johor".

11.00 am Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Md Asri Amir, mengumumkan tempoh bantahan tamat

10.48 am: Turut kelihatan ialah suami Normala, Makrof Abd Mutalib (berbaju hijau). Beliau berkata kehadirannya adalah mengiringi isterinya dan bukannya berkempen.

"Saya datang kerana memberi sokongan moral kepadanya,” kata Markof sambil tersenyum.

“Saya terharu dengan begitu ramai yang menyokong isteri saya.”, seorang guru yang turut mengiringi isterinya. Peguam PAS, Hanipa Maidin turut kelihatan.

10.42 am: Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok (kiri) berbual bersama Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (kanan) dan Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), M Kavyeas di luar dewan Majlis Daerah Langat sementara menunggu tempohan bantahan selama sejam. -BHOnline

10.35 am: Lagi setengah jam masa bantahan tamat. Diharapkan tiada sebarang masalah kertas pencalonan PAS.

10.23 am Hanya dua borang pencalonan dipamer iaitu masing-masing dari calon PAS dan calon BN. Borang calon PAS Normala Sudirman dicadang oleh Mahat Jamin dan disokong Rosiah Ahmad. Manakala calon BN pula, Mohd Azahar Ibrahim dicadang oleh Ma Chong Pah dan disokong Jayaraman Chinasamie.



10.11 am:Hanya calon BN dan PAS mengemukakan kertas pencalonan masing-masing apabila tempoh pencalonan tamat. Sementara menunggu waktu bantahan tamat, sila tonton rakaman wawancara calon PAS dengan Atro Awani di bawah artikel ini.

10.03 am: Pegawai SPR mengumumkan tempoh hantar kertas pencalonan ditutup. Tempoh bantahan selama sejam bermula, jika ada.

9.55 am: TheStar melaporkan pihak polis telah menghentikan penyokong PAS menggunakan pembesar suara dengan mengeluarkan bateri darinya.

9.51 am: BH melaporkan berlaku sedikit kekecohan tadi apabila beberapa penyokong DAP dikatakan enggan mematuhi arahan polis supaya menyimpan bendera DAP.

9.50 am: Penyokong PAS pula menyanyikan lagu rasmi Umno tetapi menukarkan lirik lagu berkenaan. Kata-kata "Umno terus mara, untuk rakyat Malaysia" ditukar kepada "Umno terus lara, rompak rakyat Malaysia". -malaysiakini

9 - 10 pagi - Calon menyerahkan borang masing-masing
10 - 11 pagi - Tempoh bantahan
11 pagi - 12 tengahari - Pegawai pengurus pilihan raya mengumumkan nama calon yang layak bertanding


9.35 am:Calon PAS, Normala mengemukakan borang pencalonannya jam 9.10 pagi tadi. Sedang menunggu waktu penyerahan borang ditutup. Sementara di luar dewan, kedua-dua penyokong parti berkumpul. Penyokong BN bernyanyi, Penyokong Pakatan Rakyat mengibarkan kain rentang seperti 'Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia' sambil berselawat. Gambar ehsan harakahdaily & BHOnline





9.34 am: Penyokong BN dan PAS masih berkumpul dengan tenang. Tiada teriakan provokasi antara mereka kecuali laungan semangat sesekali.

9.30 am: Setakat ini tiada calon lain selain PAS dan BN. Menunggu giliran calon PAS untuk masuk ke dalam dewan.

9.18 am: Calon BN, Mohd Azahar Ibrahim masuk ke dewan. Kawalan PDRM dan pegawai SPR agak ketat. Penyokong PR kini mencecah 20 ribu orang berada di hadapan pusat penamaan. Sementara pimpinan PAS sedang berbincang dengan pihak keselamatan. Calon PAS, Normala Sudirman kini masuk ke pusat penamaan jam 9.02 tadi. Kini sedang berada di khemah calon PAS yg disediakan SPR. Gambar ehsan malaysiakini






9.16 am: Rakaman video Penyokong Pakatan Rakyat. Kredit BHOnline



9.15 am: Timbalan presiden PKR, Azmin Ali dan Timbalan Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar juga pimpinan Pakatan Rakyat kini tenggelam dalam lautan penyokong yang berkumpul di hadapan Pusat Penamaan.

9.14 am: Calon BN dan PAS sudah memasuki dewan tempat pencalonan bersama seorang pencadang dan penyokong untuk menyerahkan kertas pencalonan masing-masing.

9.07 am: Gambar-gambar ketibaan calon dan penyokong. Kredit Harakahdaily & BHOnline







9.02 am: Ribuan penyokong BN dan PAS berkumpul di hadapan pusat penamaan calon di Majlis Daerah Labis. Gambar n05tenang

9.00 am: Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Md Asri Amir, mengumumkan waktu penyerahan kertas pencalonan selama sejam bermula sekarang.

9.00 am: Calon PAS tiba di pusat penamaan calon. Kedua-dua calon menunggu di khemah yang disediakan SPR

8.58 am: Jam 9 hingga 10 pagi - Waktu bagi calon menyerahkan borang masing-masing.

8.57 am:Calon dan penyokong PAS yang berarak mula menghampiri pusat penamaan calon. Gambar kelihatan OKU turut sama menyertai perarakan calon PAS. Gambar n05tenang

8.51 am: Calon BN, Mohd Azahar Ibrahim, memasuki kawasan pejabat Majlis Daerah Labis. Mohd Azahar diiringi TPM, Tan Sri Muhyiddin Yassin, serta pemimpin UMNO/ BN lain termasuk Datuk Seri Shafie Apdal, Datuk Seri Rais Yatim, Datuk Seri Hishammuddin Hussein -BHOnline

8.49 am: Calon PAS, Normala Sudirman dan pimpinan Pakatan Rakyat sampai di hadapan Pusat Penamaan Calon. -n05tenang

8.48 am: Setakat ini, hanya PAS dan BN sahaja mengesahkan mereka akan bertanding. Tiada tanda awal calon bebas mahu bertanding sama. -n05tenang

8.46 am: Penyokong Pakatan rakyat bertambah ramai, mereka mula bercantum dengan kumpulan kecil di sepanjang jalan. Gambar harakahdaily

8.41 am: BHOnline melaporkan suasana tenang di sekitar pusat penamaan calon mula berubah dengan aktiviti penyokong kedua-dua parti yang semakin ramai berkumpul dan mula berteriak Helikopter polis pula beberapa kali melintas di ruang udara memantau pergerakan penyokong kedua- dua parti

8.39 am: Lebih kurang 8000 mengikuti perarakan, ribuan lagi sedang menunggu di sepanjang jalan ke pusat penamaan. Kelihatan juga MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim

8.35 am: Turut kelihatan pimpinan PAS, Dr Hatta Ramli, YB Khalid Samad, Ust Nasrudin Tantawi. Pimpinan DAP dan PKR. -laporan n05tenang

8.32 am: Calon PAS diringi oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang dan Timbalan Presidennya, Nasaruddin Mat Isa. Tiga parti dalam Pakatan Rakyat sudah mula berarak. Penyokong PAS, PKR dan DAP mula berjalan ke tempat pencalonan.

8.24 am: : Perarakan dimulakan. Lebih 5000 mengikuti perarakan, ribuan lagi sedang menunggu di sepanjang jalan ke pusat penamaan. Perarakan penyokong PAS berarak berjalan menuju ke simpang dewan berkenaan dengan selawat dan sorakan semangat.

8.23 am: Himpunan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) akan turut mengiringi calon PAS

8.19 am: Perarakan penyokong PR akan bermula bila2 masa bermula di hadapan bilik gerakan utama PAS, bersebelahan dataran wayang pacak, Labis

8.16 am: Barisan kepimpinan utama PAS dan PR baru sahaja selesai solat hajat

8.15 am: Lebih 200 anggota polis kawal ketat lalu lintas dan meletakkan hadangan di hadapan pintu masuk pusat penamaan calon

8.10 am: Pengerusi SPR, Tan Sri Aziz Mohd Yusof (kiri), dan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Md Asri Amir, meninjau persiapan di pusat pencalonan. Gambar BHOnline

8.05 am: Pimpinan Wanita Pakatan Rakyat turut berarak menuju ke tempat penamaan calon mengiringi calon PAS, Puan Normala Sudirman

8.03 am: Penyokong PAS adakan solat hajat di Dataran Wayang Pacak di markas PAS

7.58 am: Cuaca di Labis pagi ini dilaporkan baik dan hari makin cerah

7.52 am:Tiga parti dalam Pakatan Rakyat sudah mula berarak. Penyokong PAS, PKR dan DAP mula berjalan ke tempat pencalonan.

7.45 am: Lebih 500 orang penyokong Pakatan Rakyat sudah mula kelihatan keluar. Mereka bersiap sedia bagi perarakan membawa calon. BHOnline malporkan kira-kira 2,000 orang penyokong kedua-dua parti datang

7.41 am Pasukan unit udara PDRM dilaporkan turut membuat tinjauan udara bagi melihat perkembangan trafik dan suasana hari penamaan calon

7.40 am: Perarakan bermula dari Markaz Muslimat PAS, Pekan Labis. Kira-kira 2 km menuju ke Pusat Penamaan Calon.



TAMAT KEMASKINI.

PAS Akan Bertanding Di Merlimau

Banyak pihak terutama di akar umbi mahu PAS terus bertanding mewakili Pakatan Rakyat di Merlimau. Malah Merlimau dianggap antara kerusi berpotensi parti Islam itu di Melaka.

Dalam pilihan raya umum tiga tahun lalu, calon parti PAS Jasme Tompang tewas di tangan Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan dari BN dengan majoriti 2,154 - peningkatan hampir 3,000 undi berbanding pencapaian pembangkang empat tahun sebelumnya.

Malaysiakini melaporkan, "Berdasarkan prestasi 2008, prestasi kita di Merlimau menyaksikan swing (perubahan) undi sebanyak 19 peratus, tertinggi di Melaka," kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka Adly Zahari sambil memberitahu sepanjang sejarah pilihan raya di Melaka, undi Melayu tidak banyak berubah.

Daripada 10,471 pengundi di DUN itu, 64.69 peratus adalah Melayu, Cina (21.11 peratus), India (14.16 peratus) dan lain-lain sebanyak 0.04 peratus.

Adly juga berkata, Merlimau merupakan penanda aras bagi kemenangan Pakatan di Melaka.

"Merlimau ini kawasan separa bandar. Kalau di sini kita menang, sudah tentu kawasan-kawasan bandar yang lain akan turut tumbang," katanya sambil berkata 'kesan domino' itu akan melanda DUN Bukit Baru, Teluk Mas dan Paya Rumput.

Di Merlimau, beberapa orang ahli PAS turut menyatakan mereka telah bersedia untuk menggerakkan jentera parti di peringkat akar umbi bagi mempastikan kejayaan parti berkenaan di di dalam pilihanraya kecil kali ini.

Mereka juga turut kecewa dengan kenyataan PKR, seperti yang dilaporkan oleh The Malaysian Insider bahawa PKR mahu meletakkan calon mereka meskipun sudah diketahui kerusi itu milik PAS.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilaporkan menawarkan ketua sayap mudanya Shamsul Iskandar Mohd Akin bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau.

Ketua Pembangkang Pakatan Rakyat Melaka Goh Leong San, PAS akan diberi keutamaan untuk bertanding di Merlimau, lapor TMI lagi.

“Kepimpinan Pakatan kemungkinan akan bertemu hujung minggu ini ataupun selepas itu, bukan hari ini, kerana kami hendak menunggu hari penamaan calon Tenang terlebih dahulu.

“Kami akan bertemu sehari atau dua selepas itu,” katanya.

“Pakatan mempunyai persefahaman berhubung kerusi ditandingi, penduduk Melayu lebih 60 peratus ... kami menghormati kerja yang dilakukan oleh PAS di kawasan itu, biar PAS membuat keputusan mengenai calon,” kata beliau.

Goh yang juga Adun Kesidang memberitahu, Pakatan Rakyat akan memfokus isu-isu negeri dan bukannya peringkat nasional pada pilihan raya kecil kali ini.

Kebetulan pula kata beliau, Pakatan Rakyat akan mengadakan majlis makan malam di Pekan Merlimau hari ini, yang akan turut dihadiri oleh timbalan pengerusi DAP nasional Dr. Tan Seng Giaw, Speaker DUN Selangor Datuk Teng Chang Khim dan kemungkinan ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Mohamad Sabu.

Kerusi DUN Merlimau yang mempunyai 10,500 pemilih, terdiri daripada 64.7 peratus pengundi Melayu, 21 peratus Cina dan 14 peratus India.