4 Sep 2012

Ada Lelaki Bersenjata Kerambit Dikesan Cuba Dekati Anwar

Seorang lelaki yang membawa sebilah kerambit dalam saku jaketnya dikesan cuba memasuki ke dalam satu majlis ilmu di Masjid Al-Hussain, Seberang Pumpong yang dihadiri Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketika kejadian tersebut, bekalan elektrik di masjid itu diputuskan oleh kumpulan yang didakwa ahli Pertubuhan Perkasa Peribumi (Perkasa).

Pada ketika itu, keadaan di perkarangan masjid itu agak huru-hara dengan kehadiran sekumpulan kira-kira 50 orang ahli Perkasa dengan mencetuskan keadaan huru-hara di kawasan rumah ibadat umat Islam itu.

Menurut saksi kejadian, Penyelaras Politik di Pejabat Ketua Umum PKR, Abd Rahman Yusof gerak-geri lelaki itu seolah-olah cuba mara ke dalam masjid untuk mendekati Anwar apabila bekalan elektrik masjid itu diputuskan oleh ahli pertubuhan ektrimis Melayu itu.

Bagaimanapun lelaki tersebut dipercayai tidak meneruskan niatnya untuk mendekati Anwar apabila lampu kecemasan di Masjid itu menyala secara automatik sebaik sahaja bekalan elektrik terputus.

“Saya perasan lelaki yang berdiri bersama ahli Perkasa lain di pintu masjid dengan membawa kerambit apabila hulu kerambit tersebut terkeluar dengan jelas dari poket sebelah atas jaket yang dipakainya.

“Lelaki itu juga sekali-sekala meletakkan tangannya di bahagian poket seolah-oleh bersedia untuk mengeluarkan kerambit itu dari poket bajunya,” kata beliau.

Menurut Abd Rahman, apabila menyedari tindak-tanduk mencurigakan lelaki tersebut, beliau bersiap-sedia untuk meluru ke arah lelaki tersebut sekiranya beliau cuba mendekati Anwar.

Menurut Abd Rahman yang juga merupakan Ahli Kepimpinan Tertinggi PKR ketika ditemui selepas sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, beliau akan membuat laporan polis dalam jangkamasa terdekat.

Sebelum itu, dalam sidang media yang sama, satu tayangan video telah dipertontonkan kepada para wartawan membuktikan tiada sebarang tindakan provokasi terhadap Perkasa oleh para jemaah yang mengikuti tazkirah di Masjid Al-Hussain itu.

Selain itu, tazkirah yang disampaikan oleh Anwar juga langsung tidak menyentuh isu-isu berkaitan politik melainkan perkara yang menyentuh ajaran agama Islam semata-mata.

Bagaimanapun, kehadiran Anwar di masjid tersebut untuk sembahyang berjemaah bersama masyarakat setempat dan menyampaikan tazkirah telah menimbulkan perasaan tidak senang di kalangan ahli dan penyokong pertubuhan Perkasa. -selangorku





Sebaran di perlukan!

Ini lah muka-muka wanted yang menyerang masjid Pumpong tempoh hari (Perkasa Kota Star / kunon2 orang kampung sana), Sila kenal dan hadamkan muka mereka..

Tahu apa perlu anda buat? Tahukah anda apa itu kuasa rakyat majoriti yang paling Kerajaan takuti..?

Anda pulaukan mereka.. Insyaallah mereka akan sedar!
Jika mereka berniaga boikot kedai mereka..
Jika mereka jemput kenduri jangan pergi..
Jika mereka perlu beri salam cukup jawab dalam hati..
Jika dia sedang hadir kedai makan yang anda sedang makan sila bayar cepat kedai tersebut, bayar dan tinggalkan dia.
Jangan bersembang atau berborak dengan mereka.
Jangan beri muka anda kepada mereka.
-erapasca


[VIDEO] PR Jangka PRU13 Pada November, TGNA kata Tak Kisah, Janji Undi PR

PR ramal PRU Nov, 'PM belum tentu nasib baik'

KUALA LUMPUR - Pakatan Rakyat (PR) menjangkakan bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan November ini, kata Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali hari ini.

"Akhir-akhir ini semacam ada indikasi PRU akan diadakan pada tahun ini iaitu November," kata beliau.

Beliau yang mengambil kira angka 11 sebagai nombor 'pilihan' Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Pandangan ramai tentang nombor magik boleh diterima pakai tapi belum tentu dia bernasib baik ke tidak, angka 11 dia..." ujar Mustafa.

Beliau berkata demikian apabila merujuk kembali kepada pilihan raya umum pada November 1999.

"Kita pernah adakan pilihan raya pada November tapi Umno kalah teruk," kata Mustafa lagi.Namun demikian, beliau turut menjangkakan pilihan raya paling lewat pada tahun hadapan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Mesyuarat Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat. -SH

Nik Aziz: Tak kisah bila PRU, penting rakyat undi PR

KUALA KRAI - Pas tidak ada sebarang masalah dan bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) pada bila-bila masa termasuk kemungkinan diadakan pada November ini.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, pendiriannya sama seperti sebelum ini yang tidak kisah tarikh PRU13 diadakan asalkan rakyat memberikan sokongan kepada parti itu dan Pakatan Rakyat.

“Saya selalu sebut, pilihan raya nak buat bila-bila pun tak apa tetapi pastikan rakyat mengundi Pas atau Pakatan Rakyat. Kita selama-lamanyasiap sedia,” katanya.

Menteri Besar Kelantan itu berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Penutup Festival Makanan dan Buah-buahan Kelantan sempena Tahun Melawat Kelantan 2012 (TMK@12) di Dataran Cintawangsa, dekat sini, semalam.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood.

Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang membayangkan PRU13 mungkin diadakan pada November ini ketika berucap sempena perasmian serentak mesyuarat perwakilan UMNO di Sandakan, Sabah semalam.

Pada ucapannya, Perdana Menteri menyifatkan 2012 sebagai tahun yang amat unik kerana banyak peristiwa bersejarah ada kaitan dengan angka 11 seperti genap 66 tahun usia Umno dan 55 tahun negara capai kemerdekaan.




Padah Jalin Hubungan Dengan Isteri Rakan

Petaling Jaya – Akibat menjalin hubungan sulit dengan isteri rakan sendiri, seorang lelaki warga Bangladesh dibelasah selepas dia ditemui berdua-dua dalam bilik.

Dalam kejadian di Apartmen Idaman petang semalam, warga Bangladesh itu ditumbuk dan ditampar selepas rakannya yang juga suami kepada wanita itu pulang ke rumah secara tiba-tiba.

Menurut sumber, rakannya itu naik berang suspek dikatakan enggan mengaku kesalahan yang dilakukan menyebabkan dia ditumbuk dan diterajang.

“Pergaduhan dua rakan baik itu berakhir selepas anggota biro keselamatan Apartmen Idaman hadir dan menenangkan keadaan,” katanya.

Katanya lagi, setelah disoal siasat suspek sering ke rumah suspek untuk meniduri isteri rakannya yang merupakan warga Indonesia.

“Suspek diberi kata dua untuk berpindah ke tempat lain selepas dia mengaku kesalahan yang dilakukan,” katanya

Lelaki itu yang cedera di bahagian muka dan dihantar klinik berhampiran untuk rawatan lanjut. -SH

Pembaca Bertudung Pertama Di Mesir

Mesir – Fatma Nabil menjadi wanita pertama yang bertudung di Mesir menjadi pembaca berita dengan televisyen Channel 1,selepas pihak berkuasa memansuhkan larangan terhadap wanita bertudung daripada membaca berita sejak berdekad-dekad lalu.

Dia muncul di kaca televisyen dengan memakai tudung berwarna kuning cair dan mula membaca berita semalam.

Keadaan ini sekali gus menunjukkan perubahan dalam pemerintahan di negara itu selepas tumbangnya bekas Presiden Hosni Mubarak.

Bagi stesyen televisyen di negeri-negeri yang masih mengekalkan polisi yang sama pula, tindakan saman telah diambil oleh pembaca berita, dan mereka berjaya menang dalam proses tersebut.

Dalam pada itu, seorang pegawai di sebuah stesyen televisyen, Mohammed Fathi berkata, penampilan Fatma akan memberikan galakan kepada wanita lain yang bertudung untuk menceburi bidang penyiaran.

Sebelum ini, wanita terbabit tidak dapat membaca berita dengan memakai tudung kerana bimbang kehilangan pekerjaan.

Perubahan itu berlaku selepas rejim Hosni ditumbangkan oleh Presiden Mohamed Mursi.

“Akhirnya revolusi telah menunjukkan perubahan,’’ kata Fatma kepada akhbar harian Ikhwanul Muslimin .

Selain Fatma, empat lagi penyampai berita bertudung telah mendapat kebenaran untuk muncul di kaca televisyen dengan seorang di Channel 1 manakala tiga lagi di Nile News.

Pembaca kelima, yang juga bekerja di Nile News, kini telah menghantar permohonan untuk menjadi penyampai berita selepas memakai tudung baru-baru ini. -mynewshub

Dulu Orang Najib Asak Pak Lah Turun, Kini Orang Muhyiddin Asak Minta Najib Turun

Panas! Poster Lobi Muhyiddin Jadi PM Tersebar!

Nampaknya desas-desus mengenai ura-ura Umno-APCO Johor mahu menobatkan Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menggantikan Najib Altanuya ternyata benar!

Ini dibuktikan dengan terpampangnya sebuah poster yang dipercayai dinaikkan di sebuah pusat membeli-belah di negeri karat Umno-APCO sejak beberapa hari lalu.

Menurut salah seorang pengunjung yang ditemui, orang Umno-APCO percaya Muhyiddin lebih layak untuk memimpin Malaysia berdasarkan perkembangan semasa yang tidak memihak Najib Altantuya dipercayai akibat campurtangan isterinya sendiri, Rosmah Mansor dalam hal pentadbiran negara.

Tambahnya lagi, hasil maklumat dalaman, sekiranya Najib Altantuya tidak diturunkan dari jawatannya sekarang, besar kemungkinan Umno-APCO dan Barisan Nasional akan kalah teruk bukan setakat di negeri kelahiran Umno-APCO itu bahkan kebanyakkan kawasan parlimen di Malaysia.

Dengan tajuk poster "Selamatkan Barisan Nasional" di bahagian atas manakala di bahagian bawahnya tertulis "Kami Mahu Tan Sri Muhyiddin Yassin Sebagai PM Sebelum PRU13" dipercayai diterbitkan oleh Barisan Nasional Negeri Johor, tidak syak lagi ia bakal mencetuskan perang antara kedua-dua pemimpin tertinggi negara yang sudah lama bertelingkah dalam soal dasar dan hala tuju kerajaan.

Sementara Najib Altantuya memilih slogan 'Malaysia dahulu baru Melayu', Muhyiddin pula jelas bertentangan dengan prinsip bosnya yang membuktikan bahawa kedua-dua mereka sudah tidak sehaluan lagi.

Setakat ini belum ada sebarang penafian mahupun kenyataan rasmi dikeluarkan Muhyiddin atau badan perhubungan Umno-APCO dan BN negeri yang diketuai Menteri Besar, Ghani Othman. -jalanpulang


Ulasan GB

Tidak menghairankan. GB sudah membuat pemerhatian satu ketika dulu di SINI. Petikan:

Setelah Pak Lah mengambil alih jawatan PM, pada awalnya sokongan ahli UMNO terhadapnya memuncak sehingga pilihanraya 2004, UMNO BN mencatatkan keputusan terbaiknya di dalam sejarah pilihanraya negara.

Tetapi ahli-ahli UMNO sendiri melihat rupa-rupanya Pak Lah ini terlalu lemah. Sehingga orang-orang Najib pula mengasaknya supaya turun segera (jangan lupa ada manderam ditemui di pejabat Pak Lah - orang kata agen Rosmah yang letak... wallahu alam).

Dan kini Najib berkuasa.

Putaran akan berlaku dimana jika dahulu Pak Lah diasak untuk turun, maka tidak mustahil perkara yang lebih buruk boleh menimpa Najib.

Itu hukum karma, atau di dalam istilah kita, sunnatullah. Pesan Tuhan, sunnatullah itu tidak berubah.




Kemunculan Daniyar Menjadi Tandatanya, Najib Perlu Beri Penjelasan

PM mesti jawab isu sorok bakal menantu

KUALA LUMPUR 3 September: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) mendesak Datuk Seri Najib Razak menjelaskan kemunculan bakal menantunya pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri di Pekan, Pahang, 26 Ogos lalu.

Anak Najib, Noryana Najwa (tengah) bersama tunangnya, Daniyar (kanan) pada majlis sambutan Aidilfitri Perdana Menteri di Pekan Pahang.

Penerangannya, Lee Khai Loon berkata, Najib perlu menjawab dan menjelaskan kedudukan sebenar bakal menantunya, yang sedang diburu pihak berkuasa antarabangsa.

“Najib perlu menjelaskan kepada rakyat berhubung isu ini, bakal menantu beliau bukan orang biasa kerana terlibat dalam jenayah berprofil tinggi.

“Rakyat juga berhak mengetahui siapa bakal menantu beliau kerana Najib merupakan pemimpin tertinggi negara.

“Kita tidak mahu nama negara terjejas di mata dunia kerana menyembunyikan seorang penjenayah,” katanya ketika dihubungi.

Bakal menantu Najib, Daniyar Nazarbayev sebelum ini dilapor menghilangkan diri kerana diburu pihak berkuasa antarabangsa berhubung penipuan terhadap bapa tirinya, Bolat Nazarbayev melibatkan seunit kondominium mewah berharga AS$20 juta (RM60 juta).

Keadilan Daily sebelum ini juga melaporkan seorang lelaki menyerupai Daniyar sedang menjalani latihan ketenteraan dengan lengkap berseragam seakan-akan tentera Malaysia di kem askar Port Dickson. -KD


Laporan sebelum ini
klik untuk baca





Najib Boleh Adakan Sekatan Politik Tapi Najib Tidak Boleh Sekat Yang Ini...

Najib dilaporkan meminta anggota Barisan Nasional (BN) bersatu hati membentuk 'sekatan politik' untuk memastikan hasrat dan langkah pembangkang merampas Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang dapat dihalang, demikian lapor BERNAMA kelmarin.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak berkata sebab itu Umno dan parti komponen BN yang lain perlu muncul sebagai parti yang bukan sahaja boleh menang tetapi menang besar dengan cukup bergaya.

"Kalau mereka (pembangkang) ada slogan 'The Road To Putarajaya' (Laluan Ke Putrajaya), kita nak sekat mereka jangan sampai ke Putrajaya, kita tak nak buat 'roadblock' (sekatan jalan) polis tapi kita buat 'roadblock' daripada segi politik kerana mereka tidak layak duduk di Putrajaya.

Apa yang disampaikan oleh Najib itu lansung tidak akan memberi bekas kerana tiada siapa layak untuk mengadakan sekatan jika Allah mengkehendaki pertukaran kerajaan dari BN kepada Pakatan Rakyat untuk mentadbir negara.

Putrajaya bukan milik UMNO BN.

Firman Allah di dalam Al-Quran surah Ali-Imran ayat ke 26 bermaksud;

“.... Engkau memberikan kekuasan kepada orang yang Engkau kehendaki dan mencabut kekuasaan dari orang yang Engkau kehendaki...” (Ali-Imran: 26)

Doa dan munajat berterusan kita akan mengalahkan UMNO BN dan menurunkan Najib dari takhta kekuasaannya. Segala penipuan, segala kezaliman dan segala ketidak-adilan UMNO BN perlu dihentikan dengan segera dengan menggantikan mereka dengan Pakatan Rakyat.

Qunut Nazilah


Doa Qunut Nazilah dibaca ketika kaum muslimin terkena bencana, ancaman, penganiayaan, kezaliman, penindasan dari musuh-musuh Allah dan musuh kaum Muslimin.

Dalam sejarah Islam, qunut nazilah sering dilakukan baginda Rasulullah SAW dan Khulafa Rasyidin yang empat. Pada permulaan Hijrah, baginda membaca qunut nazilah untuk keselamatan Ayyasy, al-Walid dan Salamah yang berpakat hijrah dengan melarikan diri dari Makkah ke Madinah.

Imam at-Tirmidzi berkata: "Ahmad (bin Hanbal) dan Ishaq bin Rahawaih telah berkata: "Tidak ada qunut dalam solat Fajar (Shubuh) kecuali bila terjadi Nazilah (musibah) yang menimpa kaum Muslimin. Maka, apabila telah terjadi sesuatu, hendaklah Imam mendo'akan kemenangan bagi tentera-tentera kaum Muslimin."

Allahumma inna naj’aluka fii nuhuri a’da ina
wa nauzubillahi min syuruurihim,
Allahumma baddad syamlahum,
wa farriq jam’ahum,
wa syattit kalimatahum,
wa zalzil aqdaamahum,
wa sallidt ‘alaihim kalban min kilabik
Ya Qahaar, Ya Jabbar, Ya Muntaqim,
Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah.
Allahumma ya munzilal kitab,
wa Ya mujriassahaab,
wa Ya hazimal Ahzab
ihzimhum, ihzimhum, ihzinmhum
wansurna 'alaihim



Ya Allah,
Sesungguhnya kami meletakkan leher musuh -musuh kami kepada Engkau
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka
Ya Allah,
Leburkanlah kumpulan mereka
Pecah belahkan dan kacau bilaukan pertubuhan mereka
Goncangkan pendirian mereka
Dan hantarkanlah anjing-anjing Engkau kepada mereka
Wahai Tuhan yang gagah perkasa
Wahai Tuhan yang Maha Kuat
Wahai Tuhan yang ada bersifat murka
Ya Allah Ya Allah Ya Allah,
Wahai Tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai Tuhan yang mengarakkan awan
Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab
Kalahkan mereka Kalahkan mereka Kalahkan mereka
Dan menangkan kami ke atas mereka.



Najib, UMNO & Sesiapa Juga
Tidak Akan Mampu
Sekat Yang Ini