26 Sep 2012

[BERGAMBAR] Pihak Penjara Kata "Jangkitan Kuman" TAPI Jenazah Cedera & Lebam

Lubuk Buntar - "Ketika suami saya ditahan polis, tiada sebarang kecederaan pada badannya, namun ketika melihat jenazahnya kelmarin, saya dapat lihat ada kesan luka dan lebam. Ini amat menyedihkan saya."

Begitulah kata Suriati Hussein (gambar), 38, balu kepada seorang tahanan reman yang meninggal dunia kelmarin selepas dihantar pihak penjara untuk menjalani rawatan jangkitan kuman di Hospital Sultanah Aminah, Johor.

Dia yang tinggal di Taman Seri Skudai, Johor berkata, suaminya ditahan polis sebagai suspek kes dera.

Setelah tiga hari direman di lokap Balai Polis Seri Serdang, suaminya dibawa semula ke mahkamah untuk permohonan sambungan reman.

Ketika itu dia berkesempatan bertemu suaminya yang dilihat tidak bermaya serta mengalami bengkak kaki.

"Selepas tempoh reman selama seminggu tamat, mahkamah membebaskan suami dengan jaminan RM7,000 tetapi saya gagal membayar wang jaminan kerana tidak ada duit menyebabkan suami dipindahkan ke Penjara Air Molek.

"Bagaimanapun, pada 18 September lalu kira-kira jam 4.35 pagi, hospital memaklumkan kepada saya bahawa suami sudah meninggal dunia. Apa yang menyedihkan, saya tidak dapat berjumpa dengan suami hingga ke saat akhirnya.

SUMBER GAMBAR


"Selepas jenazah suami dibawa balik ke kampung halamannya di Lubuk Buntar, kira-kira jam 11 malam kelmarin, barulah saya berpeluang menatapnya dan ketika itu saya nampak ada kesan lebam dan luka di tubuh arwah," katanya.

Ibu kepada seorang anak itu mendakwa kecederaan pada tubuh arwah tidak ada ketika suaminya ditahan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bandar Baharu, Deputi Superintendan Helmi Aris ketika dihubungi berkata, sehingga kini keluarga si mati masih belum membuat sebarang laporan polis berhubung keraguan yang ditimbulkan. -SH

Isu Kuota Haji: Jamil Khir Akhirnya Mengaku "Berdusta"

Penolakan kuota haji: Jamil Khir mengaku bukan sebab Bersih.

KUALA LUMPUR 26 September: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini mengaku permohonan kerajaan Malaysia untuk menambah kuota haji ditolak oleh Kerajaan Arab Saudi bukan disebabkan perhimpunan Bersih 3.0 di Mekah dan Madinah April lalu.

Menurutnya, permohonan tersebut ditolak disebabkan kerja-kerja pengubahsuaian yang dijalankan di Kota Suci itu.

Ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said yang mahukan penjelasan berkenaan langkah yang diambil kerajaan bagi memastikan kouta haji tidak terjejas akibat perhimpunan tersebut, Jamil Khir cuba mengaitkan kegagalan permohonan tersebut disebabkan Bersih 3.0.

Seraya itu, beberapa Ahli Parlimen Pembangkang bangun mencelah dan menyanggah kenyataan Jamil Khir.

“Renovation Datuk Menteri…Mekah tengah buat renovation,” sanggah mereka sambil disambut lain-lain Ahli Parlimen yang juga tidak berpuas hati terhadap penjelasan tersebut.

Selepas diasak, beliau akhirnya mengaku perhimpunan Bersih yang berlangsung di negara terbabit tidak menimbulkan persepsi buruk kepada Malaysia.

“Ia cuma andaian sahaja… Bila berlaku perhimpunan Bersih di Mekah, ia menimbulkan persepsi mengaitkan dengan Bersih 3.0,” kata beliau dalam Dewan Rakyat.

Kerajaan Arab Saudi mengekalkan kuota 28,000 untuk jemaah Malaysia menunaikan haji tahun ini.

Sebelum ini, isu kuota haji dipolitikkan kerajaan Umno BN kononnya tindakan segelintir rakyat Malaysia mengadakan demonstrasi Bersih 3.0 di Mekah dan Madinah pada 26 April lepas menyebabkan kerajaan Arab Saudi menyekat tambahan kuota itu.

Ulasan GB

Hairan kita, bagaimana UMNO/BN mempunyai seoramng pendusta dilantik menjadi menteri agama.

Membuat kenyataan secara semborono yang berasaskan andaian dan persepsi semata-mata, bukan dengan fakta semata-mata untuk memburukkan pihak lain tanpa memperdulikan ajaran Islam sendiri yang menghalang seseorang dari berkata dusta.

Demikian hukum kebenaran dan keadilan berjalan. Akhirnya sikap buruknya itu terserlah sendiri.

Laporan sebelum ini
klik untuk baca

[Jenayah Menurun?] Ibu Tunggal Parah Disembelih Perompak

Yan - Tindakan kejam penyamun tergamak menyembelih leher seorang ibu tunggal menyebabkannya nyaris maut ketika tinggal bersendirian di rumahnya di Jalan Bukit, Teroi, Gurun, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Ismail Abu berkata, mereka menerima laporan kejadian berlaku kira-kira jam 7.10 pagi setelah mangsa dikatakan meminta pertolongan daripada jiran untuk membawanya ke hospital.

Menurutnya, semasa kejadian, mangsa Jamaliah Ali, 55, tinggal seorang diri di rumah berkenaan setelah adiknya yang tinggal bersama keluar menghantar anak ke sekolah sebelum ke tempat kerja.

“Jiran mangsa hanya menyedari kejadian berlaku setelah mangsa yang cedera parah itu datang ke rumahnya untuk meminta pertolongan supaya segera dihantar ke hospital.

“Mangsa mengalami kecederaan serius di bahagian kepala, leher dikelar seperti disembelih hampir lapan sentimeter menggunakan senjata tajam dipercayai parang dikejarkan ke Hospital Yan sebelum dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani,” katanya kepada media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Yan, di sini, semalam.

Ismail berkata, hasil siasatan awal mendapati terdapat kesan rumah mangsa digeledah dan mangsa berkemungkinan disembelih di ruang tamu bersebelahan bilik mangsa berdasarkan kesan darah di lantai.

“Bagaimanapun tidak ada barangan mangsa yang hilang serta senjata digunakan turut tidak ditemui.

“Mengikut maklumat yang diperoleh jiran, mangsa berkemungkinan mengenali suspek kerana sewaktu meminta tolong mangsa seperti menyebut nama seseorang namun tidak jelas kerana kecederaannya serius,” katanya.

Menurutnya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cuba membunuh.

“Kita juga ingin meminta kerjasama daripada jiran mangsa atau orang ramai mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil memberi maklumat kepada polis untuk membantu siasatan,” katanya.

Dalam pada itu, Ismail berkata, mangsa yang masih belum sedarkan diri dilaporkan stabil serta masih menerima rawatan lanjut di hospital.



TERKINI! Muslihat Penjualan Tanah MARDI Oleh Noh "Udang" Terbongkar!

Belum pun reda isu mengenai sarang burung walit dan skandal kolam ternakan udang, nampaknya satu lagi pendedahan berkaitan dengan isu sensitif membabitkan tanah milik kerajaan terbongkar! Terbaru, Kerajaan Selangor mempertikaikan tindakan kerajaan persekutuan yang didakwa mahu menjual tanah tapak Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Antarabangsa (MAHA) di Serdang, Selangor untuk dibangunkan sebagai tapak sebuah universiti swasta.

Pertanian Negeri, Yaakob Sapari mendedahkan, selain harga yang sangat rendah, penjualan tanah milik Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) itu memberi keuntungan kepada beberapa kerat individu sahaja.

"Saya mendapat makluman dalam mesyuarat exco kerajaan negeri baru-baru ini bahawa tanah milik MARDI di Serdang sedang dalam usaha rundingan dengan beberapa pihak untuk dijadikan tapak universiti swasta yang berorientasikan keuntungan semata-mata," ujar Dr Yaakob.

Nilai jualan tidak dinyatakan dalam kenyataan medianya hari ini.

Bagaimanapun, media rasmi kerajaan negeri Selangorku melaporkan tanah itu ingin dijual dengan harga hanya RM14.50 sekaki persegi sedangkan harga pasaran sekitar RM80 hingga RM100 sekaki persegi.

Dr Yaakob mendesak Menteri Pertanian, Industri dan Asas Tani, Noh Omar tidak meneruskan penjualan tanah tersebut kerana tapak MAHA patut kekal sebagai pusat pertanian dan terus digunakan sebagai Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS).

Sebagai contoh, kata Yaakob, MAEPS yang akan berlangsung antara 23 November hingga 4 Disember depan atas tanah 200 ekar itu dijangka akan menarik kunjungan sehingga tiga juta orang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Anggerik itu juga berkata, jika ada pihak swasta yang mahukan tempat itu untuk pembangunan universiti atau hospital, kerajaan negeri bersedia menawarkan tanah lain.

"Ekoran dari itu, kerajaan negeri Selangor menolak permohonan yang dibuat oleh pihak MARDI bagi menukarkan status tanah tersebut dari pertanian kepada perniagaan.

"Diharapkan pihak MARDI membatalkan permohonan jual beli tanah tersebut", kata Dr Yaakob. -jalanpulang

Pro-Mahasiswa Menang Di UM, UKM



Keputusan pilihan raya kampus Universiti Malaya (UM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) memihak kepada kumpulan Pro-Mahasiswa.

Pro-Mahasiswa memenangai 22 kerusi manakala Pro-Aspirasi pula menguasai 19 kerusi. Dua calon peringkat kerusi fakulti memperolehi undi yang seimbang.

Peratusan keluar undi hanya 42.14.

Keputusan itu diumumkan oleh Naib Canselor UM Tan Sri Dr Ghauth Jasmon kira-kira pukul 6 petang ini di Akademi Pengajian Melayu.

Ghauth berkata sembilan kerusi umum dan 34 kerusi fakulti dipertandingkan dalam pilihan raya kampus universiti itu tahun ini dan keputusan rasmi akan diumumkan Khamis ini.

Dalam pada itu, Kumpulan Pro-Mahasiswa juga menang di UKM dengan memperoleh 19 kerusi manakala Pro-Aspirasi menang di sembilan kerusi.

"Pro-Mahasiswa berjaya mengekalkan penguasaan di UKM sekali lagi," kata seorang pemimpinnya kepada Sinar Harian Online.

Dalam pada itu, kumpulan Pro-Aspirasi menang besar dalam pilihan raya kampus di kebanyakan universiti.

Antaranya,Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Universiti Sains Malaysia.

Di UPM, Pro-Aspirasi memenangi 39 daripada 47 kerusi yang dipertandingkan manakala di UUM pula, 34 kerusi disapu bersih daripada 36 kerusi.

Sementara itu, di UPSI, 25 daripada 29 kerusi yang dipertandingkan milik Pro-Aspirasi, manakala di UPNM, kesemua kerusi dimenanginya.

Selain itu, di UMP pula, 22 daripada 24 kerusi dimenangi Pro-Aspirasi dan 33 kerusi dimenangi di UMS.

Dalam pada itu, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pula menggantung keputusan pengundian malam tadi ekoran masalah teknikal dalam sistem e-undi. Pengundian semula, menggunakan sistem kertas, dijangka diadakan minggu depan.-SH

[VIDEO] 2 Wanita Islam Kongsi Bilik Dengan Jantan Afrika



Hebat betul mat black yang datang negara ni. Bukan sorang, tapi sekali ngap sampai dua. Tak bagi peluang!

Yang peliknya, apa murah sangat harga diri sesetengah perempuan negara ni sampai duk jadi lauk mat black dengan pendatang?

Oleh: AK-47