5 Ogo 2014

Macai UMNO Melompat Kesukaan Isu Pesta Bogel Di Pulau Pinang

Video dakwa 'sukaneka bogel' di P Pinang

Beberapa blog Umno menjadikan satu video berhubung kegiatan berbogel bertajuk ‘Penang Nudist Sports Games 2014 in Teluk Bahang’ sebagai modal untuk menuduh kerajaan Pulau Pinang terlibat dengan aktiviti keji.

Salah satu blog tersebut turut menuduh Ketua Menteri Lim Guan Eng menggalakkan kegiatan tersebut, dengan mengaitkan hubungan rapat di antara Lim dan menteri pelancongan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.

Tuduhan tersebut merujuk kepada kemunculan Nazri di Pulau Pinang untuk mempromosi Festival George Town, dan dirakam bersama Lim dalam suasana mesra.

Video kontroversi yang tersebar di Internet itu pula menunjukkan kegiatan nudis, yang antara lainnya membuat aktiviti mengecat badan, dan pertandingan menari dan sukaneka dalam keadaan bogel.

Bagaimanapun, ADUN Teluk Bahang, Shah Headan Ayoob Hussain berkata beliau bagaimanapun tidak akan sewenang-wenangnya menuduh DAP bertanggungjawab di sebalik kegiatan komuniti bogel itu.

"Kita perlu memastikan sama ada acara ini betul atau tidak, jangan kita politikkan isu ini, sebab tiada parti politik yang akan menerima acara seperti ini.

“Latar belakangnya seperti Taman Negara Hutan Simpan di Teluk Bahang, jadi kita bimbang video ini mungkin diolah semula, tapi kita akan siasat,” katanya kepada Malaysiakini.

Siasat rekod Taman Negara

Shah Headan berkata beliau sudahpun meminta pihak berkuasa Taman Negara menyiasat perkara tersebut dan meneliti rekod pendaftaran mereka untuk memastikan jika terdapat mana-mana kumpulan yang dilihat menganjurkan acara nudis seperti ditunjukkan dalam video berkenaan.

Beliau mengesyaki acara tersebut berlangsung kira-kira tiga bulan lalu. Proses untuk memeriksa rekod tersebut mungkin memakan masa kerana lokasi tersebut menerima 50,000 pengunjung

Beliau turut menggesa agar individu yang bertanggungjawab merakam video tersebut tampil ke hadapan untuk menjelaskan perkara itu.

Shah Headan berkata acara tersebut tidak mungkin dijalankan secara rahsia atau di lokasi eksklusif memandangkan kawasan Hutan Simpan Taman Negara itu boleh dikunjungi pihak awam.

"Jika ini benar, kita akan membuat laporan sewajarnya pada polis. Kita juga mahu video ini dipadamkan kerana ia bukan saja menjejaskan Pulau Pinang tetapi juga Malaysia secara keseluruhannya.

"Kita juga melihat undang-undang yang boleh digunakan untuk mendakwa penganjur, sekiranya kejadian tersebut benar-benar berlaku,” katanya.


Kerajaan P.Pinang Tak Tahu Ada 'Pesta Sukan Bogel'

GEORGE TOWN: Kerajaan Pulau Pinang memaklumkan pihaknya tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai penganjuran 'pesta sukan bogel' yang didakwa diadakan di pantai Teluk Bahang di sini.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, kerajaan negeri tidak membenarkan pembinaan kasino di negeri itu, apatah lagi membenarkan aktiviti sukan yang tidak bermoral seperti itu.

Terdapat rakaman video bertajuk Penang Nude Sports Games, turut dimuat naik dua bulan lalu dan ia tersebar meluas di media sosial, Vimeo.

Video tersebut memaparkan 18 individu dalam keadaan bogel menyertai aktiviti sukan di pantai terpencil di luar Teluk Bahang.

"Kita akan memaklumkan kepada pihak polis agar menyiasat perkara ini," kata Lim dalam sidang media di Komtar pada Selasa.

Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Rahim Hanafi berkata, pihaknya akan menyiasat pesta sukan bogel yang rakamannya disebarkan secara meluas menerusi media sosial.
-mstar


ULASAN GB

Kebetulan hal itu berlaku d Pulau Pinang, maka melompatlah para macai laksana beruk-beruk kelaparan untuk menjadikan ia isu bagi membelasah kerajaan PR Pulau Pinang yang dipimpin oleh DAP. Dibabitkan sekali PAS dan PKR. Malah sehingga ada macai yang memfitnah Pesta itu kononnya anjuran kakak ipar Betty Chew, besan Lim Guan Eng...

Seperti mana perangai mereka dulu-dulu, mereka tidak segan silu memaparkan gambar-gambar dan video bogel tanpa sensor berkenaan di blog dan media sosial. Dah jadi kelzaiman dan makanan asasi mereka agaknya semacam papagomo juga.

Tentang isu berkenaan, kita tunggu siasatan polis terhadap kes berkenaan.







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



Tiada Kenaikan Tol 2014: Kerajaan UMNO BN Mungkir Janji Lagi


Muhyiddin umum tiada kenaikan tol tahun ini

Putrajaya memutuskan untuk tidak menaikkan kadar tol tahun ini sebagai sebahagian daripada strategi menangani kos sara hidup yang meningkat, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, langkah itu akan melibatkan kos sebanyak RM400 juta kepada kerajaan yang perlu dibayar sebagai pampasan kepada syarikat-syarikat konsesi tol.

Pengumuman itu dibuat selepas Muhyiddin mempengerusikan jawatankuasa khas Kabinet untuk menangani kenaikan kos sara hidup hari ini, lapor The Star Online.

Muhyiddin turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM120 juta kepada Fama, Nekmat dan Nafas bagi memastikan bekalan makanan mencukupi di pasaran.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata tahun lepas, adalah mustahil untuk menghentikan kenaikan kadar tol pada tahun ini kerana perjanjian konsesi antara kerajaan dan syarikat-syarikat konsesi lebuh raya .

Beliau berkata, Putrajaya terpaksa mengeluarkan RM400 juta sebagai ganti rugi kepada pemegang konsesi tol selepas semakan kadar tol dibekukan yang sepatutnya dilaksanakan pada 2011 mengikut perjanjian konsesi.

Akan tetapi Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli (gambar) berkata, Putrajaya boleh menangguhkan rancangan menaikkan kadar tol kerana memiliki atau mempunyai saham besar dalam syarikat-syarikat konsesi tol yang memberikan kuasa membuat keputusan.

Menyangkal dakwaan Putrajaya yang mengatakan kenaikan itu "tidak dapat dielakkan", Rafizi berkata langkah itu sama sekali tidak wajar sebagai pengendali tol sudah membuat keuntungan yang banyak dengan kos minimum.

"Saya berpendapat apa yang disembunyikan daripada pengetahuan rakyat setakat ini adalah hakikat syarikat-syarikat konsesi tol besar sebenarnya dimiliki syarikat-syarikat berkaitan kerajaan," kata Rafizi. ‎

Beliau juga menyifatkan transaksi kewangan antara Putrajaya dan syarikat konsesi tol seperti "keluar dari poket kiri, masuk ke poket kanan" .

"Satu lagi kenyataan mengelirukan yang dibuat oleh kerajaan adalah seolah-olah sistem lebuh raya dibiayai sepenuh secara persendirian. Ia tidak benar kerana ia melibatkan banyak jaminan kerajaan," katanya.

Menurut Rafizi, Projek Lebuhraya Utara-Selatan – yang mengendalikan antara lain Lebuh Raya Utara -Selatan, Lebuhraya Lembah Klang Utara dan Lebuhraya Lingkaran Tengah – dimiliki sepenuhnya oleh dana kerajaan seperti Khazanah Nasional Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja ( KWSP).

Cadangan kenaikan tol yang dicadangkan juga mendorong kajian Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM ) yang menunjukkan 15% daripada responden menganggarkan kenaikan 25% hingga 30% kos pengangkutan berlaku akibat cadangan kenaikan kadar tol bagi konsensi di Lembah Klang.

FMM berkata, peningkatan itu adalah daripada kenaikan caj pengangkutan oleh penyedia perkhidmatan logistik, peningkatan harga bahan mentah dan tuntutan perjalanan kakitangan pemasaran mereka yang menggunakan lebuh raya ini setiap hari.

"Kenaikan kadar tol akan menyebabkan kenaikan harga barang dan bahan mentah, seterusnya meningkatkan kos operasi pengeluar.

"Peningkatan kos operasi akhirnya akan diturunkan kepada pengguna," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut FMM, peningkatan kadar elektrik baru-baru ini, kenaikan tol yang dicadangkan pasti akan memberikan tekanan kepada inflasi, mengurangkan penggunaan domestik dan menjejaskan daya saing eksport. – TMI/5 Februari, 2014

Kenaikan tol Tambak Johor kurang bijak, kata menteri Sarawak

Putrajaya tidak melihat gambaran lebih besar apabila memutuskan kenaikan kadar tol di Tambak Johor, kata seorang menteri Sarawak yang melihat keputusan itu hanya akan membebankan warga Malaysia yang bekerja di Singapura.

Menteri Pembangunan Tanah Sarawak Tan Sri Dr James Masing berkata, kenaikan harga tol yang dikenakan Putrajaya itu hanya memberikan keuntungan sedikit tetapi kerugian besar.

Beliau berkata, kerajaan Malaysia seharusnya membuka peluang lebih besar kepada rakyat Malaysia yang berulang-alik bekerja di republik itu.

"Mereka membawa tukaran wang asing. Wang yang diperoleh di Singapura akan dibelanjakan di Malaysia," katanya yang turut membantah kenaikan kadar tol itu.

Ahli Parlimen Umno Johor sebelum ini turut mengkritik keputusan kerajaan itu dengan Ahli Parlimen Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed menggesa kenaikan itu ditangguhkan bagi membolehkan analisis lanjut dijalankan.

"Saya tidak faham rasional kenaikan tol yang jelas membebankan warga Johor bekerja di Singapura kerana mereka juga terpaksa menempuh kesesakan trafik setiap hari," kata Nur Jazlan.

Ahli Parlimen Johor Baru Datuk Seri Shahrir Samad turut mencadangkan bas dan teksi dikecualikan dari membayar tol di Kompleks Pemeriksaan Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) bagi menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam berulang alik dari Johor ke Singapura selain mengurangkan kesesakan lalu lintas.

Para pemerhati berkata peningkatan kadar tol akan memberi kesan kepada prestasi dan masa depan Umno di Johor. Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dalam mengumumkan kenaikan kadar tol baru itu tidak menyatakan sebab peningkatan itu.

Kadar tol baru menyaksikan peningkatan 469% bagi kereta persendirian, 453% untuk lori ringan, 446% untuk lori berat, 486% untuk teksi dan 478% untuk bas.

Masing dalam ingatannya kepada ribuan etnik Dayak yang kini menetap di Johor dan bekerja di Singapura berkata, tidak sepatutnya ada polisi yang memberatkan kereta Singapura dari memasuki Johor.

Katanya, ramai warga Singapura yang berkunjung ke Johor bertujuan untuk membeli belah sekaligus membawa tukaran wang asing.

"Sebarang peningkatan kadar tol yang dikenakan kepada kereta Singapura akan menyebabkan mereka merasa berat untuk membeli belah di Malaysia.

"Putrajaya perlu melihat isu ini secara serius. Kita mesti lihatnya secara menyeluruh. Malaysia jangan ambil mudah perkara ini,"
katanya.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang sebelum ini menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menangguhkan kenaikan tol bagi rundingan menyeluruh.

Beliau turut mempersoalkan Putrajaya yang terburu-buru menaikkan kadar tol.
-TMI (4/08/14)


ULASAN GB

GB rasa tak perlu ulas panjang-panjang. mDah ketara sangat penipuan kerajaan UMNO BN kepada rakyat.







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



Khawlah Al-Azwar - Mujahidah Islam Sejati

Sedarilah bahawa peranan Muslimat dalam menegakkan agama Allah tidak terbatas hanya pada aktiviti dalam rumah sahaja. Akan tetapi, bila mana tugas seharian sudah selesai, muslimat boleh berjuang ke tengah masyarakat dalam apa jua bidang yang mampu asalkan tidak melanggar hukum syariat.Marilah kita sama-sama merenungi dan menginsafi bagaimana seorang tokoh mujahidah Islam yang berani kerana agama Allah, Khaulah binti Azwar. Masih adakah muslimat masa kini yang berani berjuang kerana Allah seperti beliau.

Khaulah memiliki kekuatan jiwa dan fizikal yang kuat. Susuk tubuhnya tinggi lampai dan tegap. Sejak kecil beliau sudah pandai bermain pedang dan tombak. Rasulullah s.a.w. telah membenarkan Khaulah menyertai angkatan peperangan muslimin bersama-sama mujahidah yang lain.

Ketangkasan Khaulah telah menggemparkan angkatan muslimin dalam peperangan menentang Rom. Khaulah dengan pakaian serba hitam yang menyelubungi seluruh tubuhnya teah meluncur dengan kudanya ke tengah medan peperangan. Sekilas pandang sahaja, tiga musuh menyembah bumi. Khaulah ibarat singa lapar menerkam mangsa.

Panglima tentera Khalid Ibnu Walid serta seluruh angkatan perang tercengang melihat ketangkasan Khaulah. Mereka tertanya-tanya siapakah pejuang tersebut yang kelihatan hanya dua biji matanya sahaja. Semangat jihad muslimin mula ercabar dan membakar serta lebih bersemangat apabila mengetahui seorang wanita (Khaulah binti Azur) mampu berbuat demikian. Tentera muslimin terus menggempur musuh yang berlipat kali ganda sehingga meraih kemenangan mutlak. Bukan sahaja bliau seorang wanita yang berani, malah telah memainkan peranan penting dalam kemenangan kepada Islam.

Keberanian Khaulah sekali lagi terbukti apabila beliau dan beberapa mujahidah lain ditawan dalam peperangan Sahura. Mereka dikurung dan dikawal rapi selame beberapa hari. Walaupun agak mustahil untuk melepaskan diri, namun Khaulah tidak mahu menyerah kalah kerana jiwanya sentiasa hidup. Beliau sering mengeluarkan kata-kata semangat kepada rakan-rakannya.

"Wahai sahabat-sahabatku yang sedang berjuang di di jalan Allah, apakah saudari semua sanggup menjadi tukang-tukang picit orang Rom? Apakah saudari sanggup menjadi hamba mereka yang dilaknati? Relakah saudari dihina dan dicaci maki oleh bangsa Rom yang durjana itu? Dimanakah letaknya harga diri saudari sebagai seorang pejuang yang rindukan syurga Allah? Dimanakah letaknya kehormatan saudari sebagai seorang Islam yang bertaqwa? Sesungguhnya mati itu lebih bagi kita daripada menjadi hamba-hamba orang Rom."

Khaulah terus menerus membakar semangat rakan-rakannya. Akhirnya mereka sebulat suara mnentang pengawa-pengawal yang mengawal mereka. Khaulah dan rakan-akannya rela mati syahid jika gagal melarikan diri. Mereka semua bertaubat dan berdoa bersungguh-sungguh agar datangnya bantuan. Sebelum mara Khaulah menyampaikan maklumat kepada rakan-rakannya:"Janganlah saudari sekali-sekali gentar dan takut. Kita semua harus bersatu dalam perjuangan dan jangan ada yang terkecuali. Patahkan tombak mereka, hancurkan pedang mereka, perbanyakkan takbir serta kuatkan hati. InshaALlah pertolongan Allah sudah dekat."

Berkat keyakinan, mereka berjaya menghapuskan pengawal-pengawal dan melepaskan diri dari kurungan tersebut. Beginilah cara hidup dan sikap yang harus terkubur dalam sanubari serikandi yang solehah. Walaupun kita sedari muslimat masa kini tidak perlu mengangkat senjata, akan tetapi terlalu banyak perkara yang wajib ditentang dan diperbetulkan.

Muslimat sekalian, mengapa masih lena di siang hari? Keyakinan dan keberanian Khaulah mesti dicontohi ketika berjuang ditengah masyarakat menentang arus jahiliah. Akhawat sekalian, sedarlah bahawa sudah tiba masanya untuk kalian meningkatkan lagi keberanian dan keyakinan dalam menentang segala kemaksiatan yang melibatkan kaum wanita hari ini.









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI