16 Ogo 2011

Najib Masih Dengan Sindrom Penafian Dan Penipuan, PR Tuntut Ketuai JK Reformasi P'raya

Pakatan tuntut ketuai JK reformasi p'raya

Pakatan Rakyat mengemukakan tujuh syarat sebelum menyokong penubuhan jawatankuasa khas parlimen untuk reformasi sistem pilihan raya, termasuk melantik pemimpin pembangkang untuk mengetuainya.

Dalam kenyataan Pakatan yang dibaca oleh naib presiden PKR, Nurul Izzah, di satu sidang akhbar di pejabat agung PAS tengahari tadi, enam lagi syarat yang dituntut gabungan tersebut ialah:

1. Ia harus mempunyai kuasa menyiasat, mengesah, dan mencadangkan perubahan yang menyeluruh. Jawatankuasa mesti diberikan kuasa dan kewangan yang secukupnya.

2. Siasatan ke atas proses dan sistem pilihanraya sedia ada harus melibatkan badan audit bebas yang diiktiraf di peringkat antarabangsa PricewaterhouseCoopers, Ernst & Young, dsb).

Pada masa yang sama, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mesti dipertanggungjawab atas kesemua tindakan dan kenyataan bersifat partisan, yang telah menghakis kebolehpercayaan umum terhadap institusi tersebut.

Penambahbaikan mesti dilaksanakan ke atas SPR itu sendiri demi memulihkan kewibawaan institusi ini yang sebenarnya pelindung demokrasi negara.

3. Pengesahan harus melibatkan proses pengutaraan semua isu dan cadangan terutamanya 8 tuntutan Bersih 2.0, dan melibatkan parti-parti politik, masyarakat umum dan para akademik. Web 2.0 dan Media Sosial mesti diguna untuk membolehkan orang ramai memberi maklumbalas.

4. Satu kajian bagi membanding dan mengambilpakai amalan tatacara pilihanraya terbaik seluruh dunia harus dibuat dan dibentang untuk
pertimbangan Jawatankuasa Pilihan Parlimen.

5. Oleh sebab perkara ini memerlukan penyelarasan, analisa, laporan dsb yang cukup meluar, satu unit pengurusan program yang diambil dari sebuah firma yang boleh dipercayai harus disediakan bagi kegunaan Jawatankuasa tersebut.

6. Semua penambahbaikan ini mestilah ditamat, diumum, dan dilaksanakan secara menyeluruh sebelum Pilihanraya Umum ke-13.

Lebih dari itu, tambahnya, tiada apa-apa yang sebenarnya menghalang pihak Umno-BN membenarkan lebih akses media - televisyen dan media cetak - kepada Pakatan Rakyat.

Menurut kenyataan itu lagi, Pakatan menyambut baik kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib untuk menubuhkan jawatankuasa khas Parlimen itu.

"Ini mengesahkan isu-isu penambahbaikan sistem pilihanraya seperti yang dibangkitkan Pakatan Rakyat dan BERSIH 2.0 dan kami menganggap ini satu kemenangan besar bagi pejuang demokrasi di Malaysia.

"Bagaimanapun, demi bertindak jujur, kami meminta perdana menteri menyertakan tuntutan-tuntutan berikut di dalam bidang tugas jawatankuasa khas berkenaan," tambahnya.

Menurutnya lagi, tiada apa-apa yang sebenarnya menghalang pihak Umno-BN membenarkan lebih akses media - televisyen dan media cetak - kepada Pakatan Rakyat.

Menurut kenyataan itu lagi, tiada apa-apa yang sebenarnya menghalang kerajaan Umno-BN daripada memperbaiki kecacatan yang terdapat pada senarai pengundi yang telah dibangkitkan hingga ke hari ini - yang telah menghakis kebolehpercayaan SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara.

"Maka diseru kerajaan pusat mengadakan satu perbicaraan awam demi mendengar kes-kes di mana nama-nama pemastautin tetap telah dimasukkan ke dalam senarai pengundi, setelah dijadikan warganegara dalam masa yang amat singkat," katanya. -mk


Panel Parlimen: Najib bertegas pilihan raya adil, tapi perlu terus baiki

KUALA LUMPUR, 16 Ogos - Datuk Seri Najib Razak, yang semalam mengumumkan langkah mahu membentuk jawatankuasa pilihan khas Parlimen, hari ini berkata, pilihan raya negara ini memang adil tetapi negara mesti berusaha untuk melakukan penambahbaikan ke atas sistem sedia ada.

“Pilihan raya selalunya diadakan dengan adil di Malaysia, tetapi kita mesti berusaha untuk penambahbaikan dan kecemerlangan,” kata beliau (gambar) menerusi mesej Twitternya petang ini, kira-kira 24 jam selepas mengumumkan usaha terbaru itu.

“Semalam saya mengumumkan jawatankuasa pilihan khas Parlimen dwipartisan untuk membincangkan pembaharuan pilihan raya,” kata beliau hari ini.

Pembangkang mendakwa sistem pilihan raya semasa mempunyai banyak kepincangan termasuk dakwaan terbaru membabitkan daftar pemilih.

Semalam, Najib mengumumkan penubuhan jawatankuasa pilihan khas Parlimen mengenai pembaharuan pilihan raya dalam masa terdekat bagi mengelakkan sebarang syak-wasangka wujudnya manipulasi oleh kerajaan.

Najib berkata panel itu yang akan dianggotai oleh anggota parti kerajaan dan pembangkang akan membincangkan apa yang perlu dilakukan untuk mendapatkan kata sepakat ke arah itu.

Pagi tadi timbalan Najib, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga melahirkan pendirian yang sama dengan berkata pilihan raya negara ini bebas dan adil tetapi pembentukan jawatankuasa tersebut akan membantu mengemaskan sistem pilihan raya sedia ada.

Pelbagai pihak termasuk Pakatan Rakyat menyambut baik perkembangan ini.

Bagaimanapun Pakatan Rakyat meletakkan tujuh syarat bagi memastikan jawatankuasa itu benar-benar berkesan.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen BN dari Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, satu usul perlu dibentangkan di Parlimen untuk membentuk jawatankausa pilihan khas yang dimaksudkan.

“Kedua-dua Whip BN dan Pakatan Rakyat akan mencalonkan wakil mereka,” kata beliau menerusi Twitter.

Pemimpin Kelab Penyokong-penyokong Kerjaaan BN (BBCBN) ini menambah, perbincangan jawatankuasa pilihan khas itu akan direkodkan dan akan menjadi sebahagian daripada penyata persidangan Parlimen atau rekod awam yang rasmi.

“Prosiding-prosiding jawatankuasa pilihan khas dijalankan mengikut peraturan mesyuarat Parlimen dan memiliki imuniti, seperti dalam Dewan Rakyat,” tambah beliau.

Terdahulu, Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, langkah membentuk jawatankuasa pilihan khas bagi membincangkan soal sistem pilihan raya tidak perlu terlalu tergesa-gesa memandangkan Parlimen akan bersidang mulai awal Oktober ini.

Selain itu kata beliau, sudah tiada masa untuk mengadakan sidang khas Parlimen, sebagaimana diminta oleh Pakatan Rakyat, sebelum sambutan Aidilfitri kali ini.

“Tinggal lagi dua minggu lagi sebelum Aidilfitri, kita tiada masa,” kata beliau.

Malah kata Wan Junaidi, beliau tidak nampak “logik” sidang khas perlu diadakan sekarang memandangkan mengikut jadual asal, Parlimen akan bersidang mulai 3 Oktober.

Kerajan akan membentangkan Bajet 2012 pada 7 Oktober. -TMI




Imej FELDA Semakin Hanyir - Tewas Kes Saman Fitnah RM200 Juta

Felda Tewas Kes Saman Fitnah RM200 Juta

KUALA LUMPUR: Felda dan syarikat pelaburannya Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd kalah dalam kes fitnah mereka ke atas bekas Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi Datuk Dr Tan Kee Kwong.

Dr Tan berhadapan dengan kes saman fitnah RM200 juta.

Hakim Datin Zabariah Mohd Yusuf pada Isnin berkata kedua-dua plaintif telah gagal untuk membuktikan Dr Tan menggunakan perkataan-perkataan bersifat fitnah dalam satu penerbitan di Suara Keadilan.

Mahkamah juga mengarahkan Felda membayar kos RM100,000 kepada Dr Tan.

Bagaimanapun Felda hanya perlu membayar RM70,000 kepada defendan kerana Dr Tan juga perlu menjelaskan RM30,000 dalam bentuk kos kepada plaintif berhubung poin-poin awalan yang dibangkitkan sebelum ini.

Pada 12 Julai lalu, Peguam Dr Tan, Ranjit Singh memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa bekas timbalan menteri itu tidak akan memberi keterangan dalam saman yang difailkan oleh Felda.

Ranjit memberitahu defendan tidak mempunyai kes untuk menjawab berhubung saman Felda dan syarikat pelaburannya Felda Global Ventures Holdings.

Ranjit memberitahu mahkamah demikian selepas peguam utama Datuk Mahinder Singh Dulku yang bertindak bagi plaintifnya memaklumkan bahawa plaintif telah menutup kes itu selepas memanggil empat saksi.

Pada 25 Januari lepas, Felda dan anak syarikatnya menyaman Dr Tan berhubung satu artikel muka depan akhbar Suara Keadilan bertajuk ‘Kontroversi’ yang didakwa memfitnah mereka.

Artikel itu bersambung pada muka tiga dengan tajuk “Bina bangunan RM662 juta hanya libatkan tiga individu.”

Plaintif mendakwa artikel itu memfinah mereka kerana perkataan-perkataan itu menunjukkan bahawa pengambilan balik dan pembinaan Menara Felda di kawasan segi tiga emas Kuala Lumpur akan memberi manfaat kepada kroni.

Dalam kenyataan pembelaannya, Dr Tan berkata perkataan yang dibuat atau mengandungi ulasan dan menzahirkan pendapat itu merupakan ulasan adil berhubung kepentingan awam seperti kedudukan kewangan, perbelanjaan, pengurusan dan kegiatan plaintif.

Dr Tan menafikan bahawa perkataan itu dengan cara apa pun memfitnah plaintif dan dalam konteks artikel itu, jika diambil secara menyeluruh, perkataan itu tidak bermakna atau boleh membawa makna seperti yang didakwa oleh pliantif.


FELDA Akan Terjerat Jika Teruskan Saman Fitnah

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) akan terperangkap dalam jerat sendiri jika badan itu meneruskan saman fitnah terhadap bekas Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi bersabit artikel 'FELDA Bina Bangunan RM662 Juta Hanya Libatkan Tiga Individu'.

Artikel yang diterbitkan akhbar Suara Keadilan pada Jun 2010, itu dikatakan memetik kenyataan Datuk Dr Tan Kee Kwong.

Bekas Ketua Pengarang Suara Keadilan, Dzulkarnain Taib berkata, jika kes saman itu diteruskan, FELDA terpaksa membentangkan aliran kewangannya yang dikatakan susut secara mendadak dalam tempoh singkat.

FELDA pada 25 Januari lalu bersama anak syarikatnya Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd bertindak menyaman Tan, kerana kononnya melalui artikel itu, Tan memfitnah mereka mendapat manfaat bersabit cadangan pembinaan Menara Felda di Segitiga Emas di Kuala Lumpur.

Namun Mahkmah Tinggi Kuala Lumur hari ini memutuskan untuk menolak saman bernilai RM200 juta itu setelah FELDA gagal membuktikan bahawa Tan yang membuat kenyataan itu.

Mahkamah juga mengarahkan Felda membayar kos RM70,000 kepada Dr Tan.

Mengulas perkembangan itu, Dzulkarnain berkata keputusan itu sesuatu yang agak mengejutkan berikutan rekod- rekod sebelum ini menunjukkan pimpinan Pakatan Rakyat seringkali dinafikan keadilan keatas mereka.

“Di dalam kes saman Felda terhadap Datuk Dr Tan Kee Kwong, kita melihat bahawa pihak mahkamah tidak mempunyai pilihan yang lain selain menolak saman Felda itu kerana fakta- faktanya sangat jelas sekali,” katanya.

Dzulkarnain berkata, keputusan Hakim Datuk Zabariah Mohd Yusof menolak saman tersebut secara tidak langsung membayangkan FELDA sememangnya dibelit pelbagai masalah termasuk dakwaan bankrap.

Suara Keadilan sebelum ini melaporkan tunai FELDA merosot hampir RM3 bilion dalam tempoh 2004 hingga 2009 dan mendapat ulasan daripada Ketua Pembangkang, datuk Seri Anwar Ibrahim, bekas Penyelaras Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim, Dr Tan Kee Kwong dan ADUN Seri Muda, Suhaimi Shafie.

Akhbar itu turut menyiarkan laporan projek bangunan baru Felda dan isu mengenai pulangan dividen kepada peneroka.

“ Dan apa yang disebut oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan yang mengatakan bahawa pihak kami ini merupakan pihak yang bersalah dan sebagainya dan mendakwa kami bersalah dan sebagainya.

"Ini telah terbukti bahawa pihak mahkamah telah memberi satu keputusan yang hak kepada kami. Jadi kami sebenarnya bersyukur bahawa kes Felda ini telah dibuktikan kepada rakyat bahawa sebenarnya ada asas terhadap apa yang kami dakwa bahawa Felda mengalami dan menghadapi masalah kewangan yang getir,” jelas Dzulkarnain.

Ekoran pendedahan isu bankrap itu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) bingkas menarik balik permit penerbitan Suara Keadilan meskipun penjelasan telah dibuat pihak pengurusan akhbar tersebut.

Dzulkarnain buat kesekian kalinya mendesak FELDA agar mendedahkan bentuk pelaburan dan kedudukan kewangannya yang sebenar bagi memulihkan imej dan keyakinan rakyat terhadap badan itu. -tvsnews







Satu Hari Papagomo Tetap Kena Walaupun Polis & SKMM Tak Jalankan Kerja

PKR akan lapor blog pro-Umno pada SKMM

ADUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Mutimedia (SKMM) berhubung satu dakwaan "fitnah" yang disiarkan dalam satu laman blog pro-Umno.

Laporan berkenaan susulan dakwaan dokumen palsu oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) berhubung dakwaan "Ops Sita" ke atas Gereja Methodist Damansara Utama.

Dokumen dengan label "Sulit" bertajuk "Laporan Ops Sita Gereja Methodist Damansara Utama oleh Jabatan Penguatkuasaan dan Keselamatan Majlis Bandaraya Petaling Jaya" itu dimuatkan di laman blog "Papa Gomo" sejak 13 Ogos lalu.

Dokumen berkenaan antara lainnya mendakwa, operasi untuk menyita gereja berkenaan telah dibatalkan selepas mendapat arahan daripada Nik Nazmi (gambar atas, kiri sekali).

Arahan yang sama juga didakwa dikeluarkan oleh beberapa orang pemimpin Pakatan Rakyat yang dinamakan dalam dokumen berkenaan, termasuk ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad serta tiga orang exco -- Ronnie Liu, Elizabeth Wong, Teresa Kok.

"Ini hanya dokumen olok-olok yang direka oleh blogger Umno yang terdesak," kata Nik Nazmi yang juga pengarah komunikasi PKR.

Maklumat salah

Tambahnya, dokumen berkenaan tidak wujud dan direka sebagai fitnah kepada Pakatan.

"Saya yakin (penulis blog ini) orang Islam. Mengata ini berdosa, fitnah lagi berdosa. Jadi baik dia jaga puasa dan solat dia sendiri," kata Nik Nazmi lagi dalam sidang media di ibu pejabat PKR itu hari ini.

Tambahnya, dokumen berkenaan juga mempunyai maklumat yang sama sekali salah, terutama berhubung gereja yang didakwa akan disita itu.

Dokumen berkenaan antara lainnya menyebut gereja DUMC terletak di Damansara Utama, sedangkan gereja itu terletak di Seksyen 13, Petaling Jaya.

"Blogger Umno dibayar gaji mahal (tapi) tak buat research (kajian) yang betul untuk buat fitnah," katanya lagi.

Ketika ditanya, Nik Nazmi berkata pemimpin Pakatan yang terlibat akan membincangkan sama ada akan mengambil tindakan sama ke atas penulis blog tersebut.

Ahli majlis lapor polis

Sementara itu, Wong turut menafikan bahawa beliau telah membuat panggilan kepada MBPJ seperti yang didakwa dalam dokumen berkenaan.

Malah, portal Malaysiakini yang turut disebut dalam dokumen berkenaan juga "langsung tidak call saya pada hari itu," katanya lagi dalam sidang media sama.

Dokumen tersebut mendakwa, Elizabeth Wong telah memaklumkan kepada jabatan MBPJ tersebut pada pagi 11 Ogos lalu bahawa "wartawan Malaysiakini akan menghubungi (jabatan berkenaan) dan diarahkan membuat penafian."

Sejurus kemudian, wartawan Malaysiakini membuat panggilan kepada jabatan tersebut "dan penafian dilakukan sepertimana diarahkan."

Mengulas lanjut, Elizabeth berkata "apa yg dicatat itu tak betul. Saya tak pernah buat panggilan telefon kepada MBPJ pada hari tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, seorang ahli majlis MBPJ, Latheefa Koya dalam tulisannya di Twitter hari ini berkata, satu laporan polis akan dibuat ke atas penulis blog tersebut, berhubung dakwaan fitnah tersebut. -mk

Ulasan GB

GB perhatikan sudah ada laporan polis / SKMM sebelum ini terhadap papagomo tentang banyak isu, salah satunya mengenai video seks.

Tetapi tak ada siasatan dilakukan, malah papagomo semakin galak menyiar gambar porno dan video lucah.

Yang penting sekarang, ialah laporan polis terhadap polis dan pegawai SKMM yang tak menjalankan kerjanya.

Mentang-mentang duduk sekapal dalam UMNO.

Tak apa, satu hari papagomo tetap kena. Sepandai-pandai tupai melompat akan jatuh ke tanah juga.

Doa lagi: Ya Allah buktikan kebenaran itu kebenaran....

Isu Pembesar Suara: UMNO Sengaja Perbesarkan Untuk Burukkan Imej Pulau Pinang

Mufti: Larangan guna mikrofon bukan isu politik, tapi arahan Nabi

Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Hassan Ahmad menegaskan larangan terhadap masjid atau surau di negeri itu menggunakan pembesar suara untuk bacaan al-Quran sebelum subuh adalah berlandaskan hukum syarak dengan nas-nas yang sahih.

Oleh itu katanya, tidak timbul isu kononnya larangan itu akan diperluaskan untuk melarang penggunaan pembesar suara untuk azan kerana larangan itu bukanlah satu fatwa.

“Saya kesal atas kenyataan yang tidak profesional dan tidak berhemah daripada beberapa pihak termasuk menuduh kononnya Jawatankuasa Fatwa Negeri membuat keputusan secara melulu.

“Hal ini bukan isu politik tetapi ia arahan Nabi Muhammad s.a.w dan juga menjaga Islam yang harmoni,” katanya dipetik Bernama Online.

Hassan berkata larangan penggunaan pembesar suara itu adalah nasihat hukum, iaitu satu panduan tanpa mewartakannya dalam Enakmen Agama Islam negeri.

Katanya, banyak pihak termasuk media massa telah menyalahtafsir arahan itu kerana tidak faham perbezaan antara nasihat hukum dan fatwa sehingga mengheret Majlis Fatwa Kebangsaan untuk turut terkeliru.


Hassan berkata, untuk mengeluarkan sesuatu fatwa, Majlis Fatwa Negeri perlu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 45 Enakmen Agama Islam Pulau Pinang 2004 tetapi dalam mengeluarkan arahan nasihat hukum, ianya tidak memerlukan perkenan Seri Paduka baginda.

“Bagaimanapun, perkara itu (larangan penggunaan pembesar suara untuk bacaan Quran) mungkin dibincangkan dalam mesyuarat majlis fatwa akan datang bagi membuat keputusan sama ada ianya dijadikan fatwa atau sebaliknya,” katanya.

Beliau berkata, dalam Islam sebenarnya terdapat dua azan subuh iaitu azan pertama ialah sebelum waktu subuh untuk mengejutkan orang ramai tetapi ianya tidak dipratikkan di negara ini bagi mengelak dari mengganggu orang ramai sebelum masuk waktu subuh.

“Islam mensyariatkan tidak mengangkat suara dengan kuat kecuali untuk azan dan beberapa rutin ibadah lain seperti khutbah dan terdapat banyak nas yang melarang kita menguatkan suara sehingga mengganggu orang lain kerana walaupun bacaan al-Quran dan zikir amatlah baik, kita tidak boleh memaksa orang lain mendengar bacaan kita,” katanya.

Hassan berkata Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang telah mengeluarkan larangan itu kepada Jabatan hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang pada 12 Julai lepas kerana pentadbiran kariah adalah di bawah bidang kuasa jabatan itu.

Katanya, beliau juga bersedia untuk bertemu dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi berbincang menangani isu itu.


Isu Pembesar Suara : Ia Bukan Arahan, Tapi Pemberitahuan, Kata Malik

SHAH ALAM 15 OGOS : Pekeliling yang dikeluarkan Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang bersabit hukum membaca Al- Quran sebelum waktu Subuh menggunakan pembesar suara adalah salah disisi syarak', adalah pemberitahuan bukannya arahan mutlak, menurut Exco Pulau Pinang, Abdul Malik Kassim.

Justeru beliau berkata, terpulang kepada kebijaksanaan pengurusan masjid dan surau seluruh negeri itu, sama ada mahu menerima pemberitahuan tersebut ataupun tidak.

"Ini bukan surat arahan tetapi surat surat pemberitahuan untuk masyarakat setempat mengamalkannya, di dalam kehidupan bermasyarakat.

"Terpulanglah kepada masjid- masjid dan surau untuk melihat keputusan ini dan menerima keputusan jawatankuasa fatwa tersebut," tegasnya.

Malik menjelaskan hukum tersebut diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri sejak April lalu dan hanya disahkan pada bulan Jun 2011.

Tambahnya lagi, mesyuarat jawatankuasa itu dipengerusikan mufti Pulau Pinang Datuk Seri Hassan Ahmad dan disertai ulama, professional agama serta wakil daripada istana.

Keputusan itu kemudiannya diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Pulau Pinang untuk dihebahkan kepada setiap masjid dan surau dinegeri ini.

"Keputusan itu kemudiannya disampaikan kepada Jabatan Agama Islam untuk dipanjangkan sebagai maklumat kepada masjid- masjid," katanya.

Keputusan tersebut dicapai setelah mendapati bacaan ayat suci Al- Quran sebelum waktu Subuh menggunakan pembesar suara mengganggu masyarakat setempat dan menerbitkan rasa kurang senang di kalangan masyarakat berbilang bangsa.

Mengulas tindakan sesetengah pihak yang mengaitkan kerajaan negeri dengan keputusan tersebut, Malik menegaskan kerajaan negeri tidak pernah campur tangan dalam isu tersebut berikutan ia adalah dibawah bidang kuasa majlis fatwa.

"Perkara ini langsung tidak ada kena mengena dengan kerajaan negeri dan tidak pernah dibincangkan pada mana- mana peringkat," jelasnya.

Malik kemudiannya membacakan kepada Tv Selangor, surat pekeliling yang ditandatangani Pengarah Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang bertarikh 3 Ogos 2011.

Pekeliling itu menyebut, Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang, bilangan 2/2011 yang diadakan pada 7 April 2011 memutuskan bahawa bacaan Al- Quran dengan pembesar suara daripada masjid dan surau adalah dilarang menurut hukum syarak'.

Turut disertakan catitan minit mesyuarat Jawatankuasa Fatwa perkara 6.2 untuk perhatian dan tindakan susulan Jabatan Agama Negeri.

"Sehubungan dengan itu dipohon kerjasama tuan- tuan supaya menampal surat pekeliling berserta cabutan minit supaya umat Islam setempat memahami hukum tersebut sekaligus mengamalkan didalam kehidupan bermasyarakat," ujar Malik ketika membaca surat pekeliling tersebut.

Keputusan jawatankuasa fatwa itu disokong Mufti Perlis Dr. Juanda Jaya dengan berkata amalan bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara sebelum waktu subuh adalah bertentangan dengan sunah Nabi Muhammad SAW kerana ia mengganggu orang yang sedang tidur.

Turut menyokong tindakan itu adalah Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan bekas mufti Perlis Profesor Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.






Ulasan GB

Hal ini kecil tetapi UMNO membesarkannya untuk mendapatkan political mileage daripada isu ini.

Memang sudah jelas bahawa memang ada hadith sahih yang melarang umat Islam membaca Al-Quran dengan suara nyaring sehingga mengganggu orang lain.

Jika demikian sepatutnya semua pihak kena akur dan patuhi termausk pihak JAKIM sendiri.

Apabila sudah dibuktikan wujud hadith sahih mengenainya, maka fatwa sudah tidak perlu lagi. Fatwa hanya untuk perkara samar yang tidak ada nas sahih daripada Al-Quran dan Hadith.

Malangnya di Malaysia institusi fatwa pun berpolitik. Nak jaga parti UMNO. Itulah taraf kebanyakan mufti di negara ini.

Sementara pengikut UMNO pula menggunakan emosi dan sentimen terhadap isu ini untuk untuk mewujudkan kebencian kepada negeri yang tidak diperintah oleh mereka.

GB kukuh berpegang dengan pendapat GB ini.


Amah Kena Rogol Oleh Menteri.. Oops Sorry.. Oleh Penyamun Di Rumah Majikannya

2 Penyamun Perkosa Pembantu Rumah

KAJANG: Seorang wanita terkejut apabila dimaklumkan pembantu rumahnya dirogol bergilir-gilir dua lelaki bertopeng yang menceroboh kediaman mereka, di Bandar Mahkota Cheras, di sini, awal pagi Sabtu lalu. Gambar fail

Menurut sumber, wanita terbabit yang terjaga daripada tidur kira-kira jam 5 pagi selepas terdengar bunyi amahnya yang juga warga Indonesia berusia awal 30-an sedang menangis teresak-esak di dapur rumah.

Wanita berusia 51 tahun itu kemudian menanyakan punca sebenar mangsa menangis, namun pembantu rumah itu tidak menjawab dan hanya menangis.

Sebaik didesak, mangsa mengaku diperkosa dua lelaki bertopeng yang mahu menyamun rumah majikannya itu.

“Sebelum kejadian, mangsa yang sedang tidur dikejutkan bunyi salakan anjing majikannya kira-kira jam 2.30 pagi di belakang rumah dan cuba memeriksa apa yang berlaku sebelum tiba-tiba didatangi dua lelaki bertopeng yang kemudian mengacu pisau di lehernya.

“Seorang daripada suspek mengugut akan mencederakan mangsa jika membuat bising dan mengarahkannya menuruti segala kemahuan mereka,” katanya.

Menurutnya, suspek turut mengugut akan menyamun rumah majikannya itu sekiranya dia enggan memuaskan nafsu mereka berdua.

Suspek kemudian memaksa mangsa membawa mereka ke biliknya sebelum merogol mangsa.

“Mangsa hanya mampu berserah dan membiarkan dua lelaki terbabit melampiaskan nafsu mereka kerana bimbang sesuatu yang lebih buruk akan berlaku berikutan suspek bersenjata,” katanya.

Beliau berkata, selepas selesai merogol, suspek terus beredar meninggalkan mangsa dan rumah berkenaan tanpa mengambil barangan berharga dari rumah itu.

Majikan terbabit yang terkejut dengan kejadian itu terus membawa mangsa ke Balai Polis Kajang untuk membuat laporan polis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu. -hm

Ulasan GB

Setiap yang berlaku dan dijadikan Allah itu tiada yang sia-sia.

Off the record:

Menteri itu seorang penyamun, atau
penyamun itu seorang menteri?

Which one do you think?

BERS✔H Tuntut Lakukan Pembaharuan Total, Syor Panel Perlu Didedahkan Kepada Umum

Bersih 2.0 menyambut baik langkah pentadbiran Najib yang bersedia membentuk sebuah jawatankuasa pemilih bagi menghalusi sistem pilihan raya tetapi menekankan syor-syor panel itu seharusnya diumumkan kepada publik.

Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan (gambar) menekankan bahawa kesemua lapan tuntutan yang dibawa gabungan itu seharusnya diambil kira, malah pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan publik seharusnya terlibat dalam keseluruhan proses kajian semula.

“Ya, sudah pasti kami mengalu-alukan langkah ini. Tidak ragu-ragu satu langkah dalam hala tuju yang betul dan satu respons yang positif kepada aspirasi rakyat,” katanya.

“Kami berharap pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan akan terlibat dalam proses ini dan kesemua lapan tuntutan akan menerima perhatian sebelum pilihan raya umum ke-13,” kata Ambiga kepada The Malaysian Insider.

“Kami bersedia untuk membantu,” kata bekas presiden Majlis Peguam ini.

Jawatankuasa pemandu Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah berkata, syor-syor akhir jawatankuasa pemilih ini seharusnya merangkumi maklum balas dan pandangan daripada orang ramai.

Malah tadi, Maria memberitahu The Malaysian Insider bahawa kerajaan seharusnya mempertimbangkan pandangan rakyat Malaysia sebelum membuat keputusan mengenai syor-syor mengenai sistem pilihan raya.

“Bersih 2.0 menyambut baik jawatankuasa pemilih Parlimen tetapi kami mahukan ketelusan sepenuhnya dalam proses ini,” kata beliau.

“Perlu ada perundingan melibatkan orang ramai,” katanya lagi.

Maria berkata Bersih 2.0 akan memberikan jawatankuasa itu tiga bulan untuk bertemu, berbincang dan menyediakan laporannya.

“Kami mahukan jaminan kerajaan bahawa ia akan melaksanakan pembaharuan,” kata beliau lagi.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan penubuhan sebuah jawatankuasa pemilih Parlimen mengenai pembaharuan pilihan raya dalam masa terdekat bagi mengelakkan sebarang syak wasangka wujudnya manipulasi oleh kerajaan.

Perdana Menteri berkata jawatankuasa berkenaan yang akan dianggotai oleh anggota parti kerajaan dan pembangkang akan membincangkan apa yang perlu dilakukan untuk mendapatkan kata sepakat ke arah itu.



Reformasi Praya : Kerajaan Tubuh JK Khas Parlimen

Kerajaan akan menubuhkan jawatankuasa khas parlimen bagi mengkaji cadangan-cadangan bagi mengadakan reformasi dalam sistem pilihan raya negara ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, jawatankuasa itu bakal dianggotai wakil daripada parti kerajaan dan pembangkang.

"Ia akan ditubuhkan dalam masa terdekat. Kita akan bincang segala reformasi pilihan raya supaya tidak ada pihak lagi syak wasangka terdapat manipulasi kerajaan,"katanya dipetik dari portal Malaysiakini.

Beliau bagaimanapun tidak mengulas lanjut butiran terperinci berhubung cadangan awal itu.

Tindakan Najib itu sebahagiannya dilihat ekoran desakan berterusan reformasi pilihan raya yang mencapai kemuncaknnya melalui perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.

Tidak cukup dengan itu, kerajaan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diasak teruk oleh pembangkang, terutamanya PAS yang hampir setiap hari mendedahkan apa yang didakwanya sebagai kepincangan dalam daftar pemilih.

Berucap dalam majlis berbuka puasa dengan media di Wisma Bernama di ibu negara semalam, Najib menegaskan sekali lagi bahawa beliau berharap berjaya dalam pilihan raya melalui sistem yang bersih.

"Seperti yang sering saya sebut, hari ini saya ulang sekali lagi, saya dan jemaah menteri tidak rela menjadi perdana menteri dan menteri tanpa sokongan rakyat.

"Jadi, jangan ada yang salah anggap kita tak ingin proses pilihan raya yang bersih," katanya di hadapan kira-kira beberapa ratus petugas media.

Sehubungan itu, katanya, beliau mahu memberikan rakyat peluang memilih pihak yang mereka suka tidak kira daripada parti mana.

"Saya serahkan nasib kepada rakyat. Kalau untuk sabut timbul, kalau untuk batu tenggelam," katanya.




Ulasan GB

Keputusan mutakhir Putrajaya membentuk Jawatankuasa Reformasi Pilihanraya adalah bukti bahawa tiada yang lebih berkuasa selain Allah s.w.t.

Walaupun SPR sebelum ini bekerja begitu keras untuk menyebelahi UMNO BN, namun apabila kita berdoa dan yakin dengan kuasa Allah s.w.t., maka Dia akan mendengar rayuan dan keluhan kita.

Kita akan terus memperbanyakkan mengingati Dia dan berdoa...
Marilah sama-sama kita berdoa lagi...


اللهُمَّ أَرِنَا الحَقَّ حَقّاً وَارْزُقْنَا التِبَاعَةَ
وَأَرِنَا البَاطِلَ بَاطِلاً وَارْزُقْنَااجْتِنَابَهُ

1) Allahumma arinaal haqqa haqqaan, warzuqnattiba’ah,
wa arinaal bathila bathilaan, warzuqnajtinaabah


Ya Allah, tunjukkanlah yang haq itu sebagai haq, dan kurniakanlah kami kekuatan utk mengikutinya, dan tunjukkanlah yg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya.

رَّبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ
وَاجْعَل لِّي مِن لَّدُنكَ سُلْطَاناً نَّصِيراً
وَقُلْ جَاء الْحَقُّ وَزَهَقَ الْبَاطِلُ إِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ زَهُوقاً

2) Rabbi adkhilni mudkhala sidqin wa akhrijni mukhraja sidqin waj'alli min ladunka sulthanan nashiran wa qul ja alhaqqu wa zawaqal bathil innal bathila kaana zahuuqa

Ya Allah, masukkanlah kami dengan cara yang benar dan keluarkanlah(pula) kami dengan cara yang benar dan berikanlah kepada kami dari sisi-Mu kekuasaan yang menolong. Dan katakanlah yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.

Kebenaran tetap akan menang mengalahkan kebatilan.

Ulasan GB sebelum ini

Khuatir Kemunculan BERSIH 3.0, Akhirnya Najib Umum JK Reformasi Pilihanraya

Petikan:

Perkara pertama yang perlu dilakukan oleh JK Reformasi Pilihanraya yang bakal dibentuk oleh Putrajaya ialah MENGGANTUNG TUGAS PENGERUSI, TIMBALAN PENGERUSI DAN SETIAUSAHA SURUHANJAYA PILIHANRAYA (SPR).

Siasatan rapi MESTI dilakukan terhadap mereka dan juga perjalanan SPR sebelum ini.

Daftar Pemilih yang terbukti "kotor" setiap hari hendaklah disiasat rapi dan dibersihkan.

Penubuhan kem wataniah setiap parlimen juga tidak boleh dibiar terlepas dari siasatan. Apakah tujuan sebenar penubuhannya dan apakah nama para askar wataniah itu termasuk di dalam senarai daftar pemilih setiap parlimen dengan menggunakan nombor pengenalan yang berasingan.

Pembebasan agensi-agensi kerajaan ermasuk PDRM, SPRM, Jabatan Penerangan, JKR dan seumpamanya daripada diperkudakan oleh UMNO BN selama ini hendaklah dihentikan. Pegawai-pegawai yang didadapi melanggar etika pekerjaan seperti kes Gurubesar di Johor yang terang-terang berkempen untuk UMNO sewaktu pilihanraya kecil DUN Tenang hendaklah diambil tindakan.

Pengumuman projek-projek mee segera terutama oleh kerajaan pusat untuk sesuatu kawasan pilihanraya juga perlu dihentikan.

Semua pesalah hendaklah diheret ke muka pengadilan.

Semua 8 tuntutan BERSIH 2.0 hendaklah dilaksanakan.


Penangan Hidup Bermadu, Isteri Nombor 2 Mengamuk Di rumah Isteri Nombor 3

Kuala terengganu - Seorang wanita yang merupakan isteri nombor dua dijatuhi hukuman denda sebanyak RM1,000 di Mahkamah Majistret di sini semalam atas kesalahan menceroboh dan merosakkan harta benda di rumah madunya dalam kejadian pada Jumaat lalu.

Gambar: RUSNAH ditenangkan anggota polis ketika mengamuk kerana gambarnya dirakam oleh jurugambar di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu semalam.

Tertuduh, Rusnah Awang, 31, dari Kampung Pekan Sari, Tembila, Besut dekat sini hanya menundukkan kepala selepas mengaku bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nor Azizah Yusof.

Mengikut kertas pertuduhan, dia yang bekerja sebagai tukang sapu didakwa menceroboh masuk ke rumah Azizah Awang, 40, yang beralamat di No. 1296C, Jalan Kenanga, Batu Buruk di sini pada pukul 10.15 pagi pada 12 Ogos lalu.

Kesalahan itu dilakukan di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara tidak sampai tiga tahun atau denda sebanyak RM5,000.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor V Ravi manakala tertuduh pula diwakili peguam bela, Mohd. Hayatuddin Muhamad.

Majistret Nor Azizah ketika membacakan keputusan itu turut memberikan nasihat kepada tertuduh agar tidak terlalu mengikut perasaan dalam melalui kehidupan bermadu.

"Hukuman ini adalah satu pengajaran buat kamu agar tidak melakukan perbuatan sama pada masa akan datang," kata Nor Azizah.

Tertuduh membayar denda itu

Sementara itu, suasana kecoh di luar mahkamah apabila tertuduh mengeluarkan kata-kata kesat kepada jurugambar yang merakamkan gambarnya.

Dalam kejadian pada Jumaat lalu, Azizah iaitu isteri nombor tiga terkejut melihat kelibat seorang perempuan merupakan madunya yang menaiki motosikal berhenti berhampiran rumahnya.

Sejurus selepas itu, mangsa yang duduk di sebuah warung berdekatan terdengar bunyi bising suara perempuan menjerit-jerit dari dalam rumahnya.

Selepas diteliti, mangsa mendapati madunya itu sedang mengamuk dengan memecahkan pelbagai barangan kaca seperti cermin tingkap dan pasu bunga
.

Turut menjadi sasaran adalah cermin kereta milik mangsa.

Mangsa juga mendakwa tertuduh sebelum ini pernah melakukan tindakan sama dengan memecahkan harta benda di rumahnya pada Oktober 2009.

Suami kepada dua wanita itu bekerja sebagai penarik kereta. Azizah tidak hadir ke mahkamah semalam.

Difahamkan, tertuduh bertindak demikian kerana tidak berpuas hati dan berang dengan tindakan suaminya yang berkahwin dengan Azizah. -kosmo

Ulasan GB

Pekerjaan suaminya penarik kereta saja.

Agak GB lah, bukan kereta saja ditarik, pemandu kereta yang perempuan bujang pun kena tarik jika tak bayar ansuran kereta. Tu yang mudah sangat dapat peluang kahwin lebih ... sekadar renungan bersama. wallahu alam bissawab...


Isu Gereja: 12 Individu Islam Beri Keterangan, Hadir Kaunseling

Seramai 12 individu Islam memberi keterangan di pejabat Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di sini, semalam kerana menghadiri majlis makan malam anjuran komuniti gereja di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), Petaling Jaya, pada 3 Ogos lalu.

Sumber JAIS berkata, mereka yang gagal berbuat demikian selepas diminta pihak berkuasa agama terbabit Selasa lalu, hadir secara berperingkat di pejabat JAIS mulai jam 9.15 pagi.

“Ada antara mereka ditemani peguam dan ada juga tidak. Semua individu terbabit turut diberikan kaunseling. JAIS mengeluarkan surat jemputan sekali lagi selepas mereka gagal hadir (9 Ogos lalu) dan akhirnya mereka berbuat demikian hari ini (semalam),” katanya.

Petugas media yang meninjau di tingkat enam pejabat JAIS mendapati sesi kaunseling itu turut dihadiri Pengarah JAIS, Marzuki Hussin dan Timbalan Mufti Selangor, Datuk Abdul Majid Omar.

Tinjauan mendapati beberapa kanak-kanak bermain di luar bilik mesyuarat tempat sesi kaunseling itu berlangsung.

Selepas diarah turun, beberapa wakil media menunggu di hadapan pejabat Marzuki untuk mendapatkan reaksinya mengenai perkara itu tetapi sekali lagi diminta beredar sambil diiringi pengawal keselamatan.

Pada 3 Ogos lalu, media melaporkan Bahagian Penguat kuasa JAIS dan polis melakukan pemeriksaan di DUMC kerana mengadakan majlis makan malam anjuran komuniti gereja yang turut dihadiri umat Islam.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal-Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, dipetik berkata anggota penguat kuasa JAIS bersama polis menjalankan pemeriksaan di premis itu walaupun dihalang penganjur.

Katanya, penganjur utama dipercayai beragama Islam berunding hampir sejam bersama ketua pasukan operasi agar pemeriksaan ke atas tempat dan individu tidak dilakukan sehingga majlis selesai.

Hasan berkata, mereka yang terbabit boleh didakwa mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995.

Sementara itu, bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis perhimpunan bulanan Jabatan Kerajaan Selangor anjuran Majlis Perbandaran Sepang di sini, semalam, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata kerajaan Selangor tidak akan mengambil tindakan terhadap DUMC buat masa ini walaupun didakwa melanggar syarat Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ). -BH

Khuatir Kemunculan BERSIH 3.0, Akhirnya Najib Umum JK Reformasi Pilihanraya

Kerajaan akan menubuhkan jawatankuasa khas parlimen bagi mengkaji cadangan-cadangan bagi mengadakan reformasi dalam sistem pilihan raya negara ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, jawatankuasa itu bakal dianggotai wakil daripada parti kerajaan dan pembangkang.

"Ia akan ditubuhkan dalam masa terdekat. Kita akan bincang segala reformasi pilihan raya supaya tidak ada pihak lagi syak wasangka terdapat manipulasi kerajaan.

Beliau bagaimanapun tidak mengulas lanjut butiran terperinci berhubung cadangan awal itu.

Tindakan Najib itu sebahagiannya dilihat ekoran desakan berterusan reformasi pilihan raya yang mencapai kemuncaknnya melalui perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu.

Tidak cukup dengan itu, kerajaan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diasak teruk oleh pembangkang, terutamanya PAS yang hampir setiap hari mendedahkan apa yang didakwanya sebagai kepincangan dalam daftar pemilih.


Berucap dalam majlis berbuka puasa dengan media di Wisma Bernama di ibu negara hari ini, Najib menegaskan sekali lagi bahawa beliau berharap berjaya dalam pilihan raya melalui sistem yang bersih.

"Seperti yang sering saya sebut, hari ini saya ulang sekali lagi, saya dan jemaah menteri tidak rela menjadi perdana menteri dan menteri tanpa sokongan rakyat.

"Jadi, jangan ada yang salah anggap kita tak ingin proses pilihan raya yang bersih," katanya di hadapan kira-kira beberapa ratus petugas media.

Sehubungan itu, katanya, beliau mahu memberikan rakyat peluang memilih pihak yang mereka suka tidak kira daripada parti mana.

"Saya serahkan nasib kepada rakyat. Kalau untung sabut timbul, kalau untung batu tenggelam," katanya. -mk


Akhirnya SPR Akui Sistem Pilihan Raya Malaysia Kotor

KUALA LUMPUR 15 OGOS : Kerajaan pemerintahan didesak melakukan rombakan keanggotaan terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) setelah Pengerusi SPR, mengeluarkan kenyataan kononnya tiada satu pun negara didunia ini yang mempunyai sistem pilihan raya yang bersih.

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata kenyataan Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof itu secara tidak langsung membuktikan sistem pilihan raya di negara ini sememangnya kotor dan tidak telus sebagaimana yang didakwa Pakatan Rakyat sebelum ini.

Mahfuz menambah Aziz sebagai pegawai tertinggi SPR tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sebegitu yang hanya mendedahkan kepincangan dalam SPR itu sendiri.

“Saya cukup kecewa dengan kenyataan yang dibuat oleh Pengerusi SPR yang mengatakan tidak ada daftar pemilih didunia ini, yang bersih. Jadi bagi saya ini satu kenyataan yang sangat memalukan,” katanya.

Mahfuz menegaskan, rombakan keanggotaan SPR itu harus dilakukan sebelum pilihan raya umum ke- 13 akan datang, dengan pelantikan dilakukan oleh Jawatankuasa Khas di bawah Parlimen.

“Oleh kerana sifat dan nilai patriotik itu sudah tidak ada pada SPR maka satu proses rombakan terhadap SPR perlu dilakukan segera supaya dilantik di kalangan mereka betul- betul bebas dan semua SPR yang ada ini perlu diberhentikan, ditamatkan perkhidmatan mereka sebelum pilihan raya umum yang akan datang.

"Badan yang akan melantik anggota baru itu perlu bebas dan diselia oleh Parlimen. Badan tersebut bukannya terdiri daripada penjawat kerajaan atau pihak esekutif kabinet Najib,” kata Mahfuz.

SPR sebelum ini bersungguh- sungguh menepis dakwaan yang mengatakan sistem pilihan raya dinegara ini dicemari dengan elemen penyelewengan dan salah guna kuasa.

Pakatan Rakyat telah berkali- kali berjaya membuktikan wujud pelbagai kepincangan dalam sistem pilihan raya antaranya senarai daftar pemilih yang meragukan, pengundi hantu, pengundi klon dan sebagainya.

Pelbagai laporan polis telah dibuat, namun sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil.

“Isu di Malaysia sekarang ini ialah isu kerana ada pihak yang cuba mengkotorkan system pilihan raya dan jjuga daftar pemilih tu sendiri. 1049 Jadi bukan itu tak ada di dunia ni pemilihan yang bersih. Itu sautu persoalan yang lain,” katanya.

Sikap dolak dalih SPR dan kerajaan pemerintah memaksa rakyat turun beramai- ramai ke jalanan bagi mendesak agar diadakan penambahbaikan dalam pilihan raya negara ini.

“Tapi di Malaysia sekarang sudah banyak dipertikaikan tetapi sebelum ini semuanya dinafikan oleh SPR, tiba-tiba apabila dibuktikan oleh semua pihak, Bersih membuktikan, parti-parti politik membuktikan, akhirnya dia mengaku tak semua daftar pemilih di dunia ni bersih. Jadi baru dia mengakui bahawa daftar pemilih di negara ini tidak bersih. Sistem perjalanan pilihan raya itu tidak bersih,” katanya lagi.

Mahfuz juga membangkitkan kebimbangan banyak pihak bersabit isu pemberian taraf kewarganegaraan kepada warga asing yang sekaligus mendapat hak untuk menjadi pengundi. -tvsnews





Ulasan GB

Perkara pertama yang perlu dilakukan oleh JK Reformasi Pilihanraya yang bakal dibentuk oleh Putrajaya ialah MENGGANTUNG TUGAS PENGERUSI, TIMBALAN PENGERUSI DAN SETIAUSAHA SURUHANJAYA PILIHANRAYA (SPR).

Siasatan rapi MESTI dilakukan terhadap mereka dan juga perjalanan SPR sebelum ini.

Daftar Pemilih yang terbukti "kotor" setiap hari hendaklah disiasat rapi dan dibersihkan.

Penubuhan kem wataniah setiap parlimen juga tidak boleh dibiar terlepas dari siasatan. Apakah tujuan sebenar penubuhannya dan apakah nama para askar wataniah itu termasuk di dalam senarai daftar pemilih setiap parlimen dengan menggunakan nombor pengenalan yang berasingan.

Pembebasan agensi-agensi kerajaan ermasuk PDRM, SPRM, Jabatan Penerangan, JKR dan seumpamanya daripada diperkudakan oleh UMNO BN selama ini hendaklah dihentikan. Pegawai-pegawai yang didadapi melanggar etika pekerjaan seperti kes Gurubesar di Johor yang terang-terang berkempen untuk UMNO sewaktu pilihanraya kecil DUN Tenang hendaklah diambil tindakan.

Pengumuman projek-projek mee segera terutama oleh kerajaan pusat untuk sesuatu kawasan pilihanraya juga perlu dihentikan.

Semua pesalah hendaklah diheret ke muka pengadilan.

Semua 8 tuntutan BERSIH 2.0 hendaklah dilaksanakan.


Tuntutan Segera Perhimpunan BERSIH 2.0

1. Bersihkan senarai undi

• Senarai undi harus dibersihkan dengan segera untuk menyingkirkan ‘pengundi hantu’ seperti orang yang telah meninggal.

• Pendaftaran pengundi automatik yang diselarikan dengan senarai Jabatan Pendaftaran Negara boleh menyelesaikan masalah pengundi hantu dalam jangka masa panjang.

2. Mereformasikan undi pos

• SEMUA pengundi seharusnya dibenarkan untuk mengundi melalui undi pos atau mengundi lebih awal sekiranya seseorang individu itu tidak dapat berada di kawasan pengundian semasa hari mengundi.

• Anggota polis dan tentera yang tidak bertugas harus mengundi seperti biasa pada hari mengundi.

• Undi pos mesti dijalankan dengan telus! Agen parti politik harus dibenarkan untuk memantau proses undi pos.

3. Gunakan dakwat kekal

• Penggunaan dakwat kekal boleh mengelakkan seseorang (atau pengundi hantu) daripada mengundi beberapa kali.

4. Masa kempen minima 21 hari

• Masa yang lebih panjang diperlukan untuk calon menyebarkan maklumat, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman. Contohnya, pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini diberi masa kempen 10 hari sahaja.

• Pada 1955, ketika era pemerintahan penjajah, pilihanraya mempunyai masa kempen sepanjang 42 hari. Manakala semasa Pilihanraya Umum ke-12 pada 2008, masa kempen 8 hari sahaja.

5. Akses media yang bebas dan adil

• RTM dan Bernama adalah agensi media yang dibiayai oleh kerajaan. Mereka sepatutnya memberi liputan yang seimbang dan adil untuk semua parti yang bertanding.

• Parti politik harus dibenarkan untuk membuat pengiklanan tanpa sebarang diskriminasi dan penapisan.

• Ini adalah mengenai keadilan! Semua media perlu memberikan hak untuk semua parti membalas kepada tuduhan-tuduhan negatif terhadap mereka.

6. Kukuhkan institusi awam

Institusi awam dan kakitangan kerajaan harus tidak berat sebelah dan menegakkan undang-undang dan demokrasi. Institusi awam harus direformasikan supaya bertindak secara bebas, menegakkan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia.
Contohnya :

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hendaklah memastikan pilihanraya yang bebas dan adil.

Badan Kehakiman harus memelihara kebebasannya dan menegakkan kedaulatan undang-undang tanpa gentar atau memihak.

Peguam Negara perlu bertindak secara tidak berat sebelah dan mengutamakan kepentingan rakyat.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia harus bertindak dengan adil dan menghentikan pendakwaan selektif dan penyalahgunaan kuasa.

Polis Di Raja Malaysia perlu bertindak secara profesional dalam melaksanakan tugas dan menegakkan kedaulatan undang-undang.

7. Hentikan rasuah

Rasuah adalah kegiatan mencuri dari rakyat untuk kepentingan peribadi. Rasuah menyebabkan orang kaya bertambah kaya dan golongan miskin semakin miskin.

Pembelian undi harus dihentikan!

Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 mesti dikuatkuasakan.

8. Hentikan politik kotor

BERSIH 2.0 menuntut SEMUA parti politik untuk menghentikan politik kotor






AMARAN KERAS Untuk Najib, Teruskan Tekan Rakyat Dan Anda Tersungkur Lebur!

Meskipun populariti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menunjukkan beliau berjaya meraih perhatian rakyat berdasarkan kajian Merdeka Centre, ia bagaimanapun bukanlah jaminan pergerakan sokongan rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) kelak.

Hal ini kerana menurut pensyarah di Jabatan Pengajian Media Universiti Malaya, Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah, kegagalan Najib mengurus tadbir negara dengan cekap, sudah lama diperhatikan oleh rakyat yang pada bila-bila masa sahaja boleh mengambil keputusan meranapkan impian Najib untuk terus berkuasa.

"Rakyat inginkan suatu petunjuk yang nyata ke mana sebenarnya arah negara ini yang ingin dibawa (oleh Najib) kerana rakyat sudah dalam keadaan tertekan, dalam situasi ekonomi yang semakin dahsyat dan ancamannya kepada masyarakat dengan harga barang yang berlambung-lambung, dengan harga rumah yang sudah tidak terkawal, dengan pengangkutan awam yang sangat-sangat tidak cekap dan tidak membantu.. dan ini memberi kegusaran kepada masyarakat.

"Maka semuanya ini memberi impak dan kita harus ingat kesan langsung ini kepada masyarakat," kata Abu ketika dihubungi Tv Selangor hari ini.

Merdeka Centre dalam kajiannya merumuskan, tidak banyak perubahan yang dibawakan oleh Najib sejak mentadbir negara pada April 2009.

Walaupun mengakui kejayaan media arus perdana mempopularkan pemimpin itu, ia bukanlah jaminan sokongan itu akan diterjemahkan melalui undi.

Penganalisis-penganalisis pula mendakwa Najib sudah mula tidak begitu tegas dalam melaksanakan dasar-dasar sehingga menggambarkan beliau berperwatakan seperti penyandang jawatan itu sebelum ini.

Kelewatan dalam pembaharuan ekonomi, kurang penekanan ke atas Model Baru Ekonomi (MBE) selain ketidakcekapan Najib mengendalikan perkara-perkara yang mendesak seperti Himpunan Bersih 2.0, dilihat antara faktor penyumbang kepada kebimbangan rakyat
.

Selain Najib, rakyat juga kata Abu merasakan barisan menteri Kabinet gagal berfungsi dengan sebaiknya dalam menguruskan pentadbiran negara.

"Kesan langsung daripada masalah-masalah yang dikaitkan dengan beliau dan orang-orang di sekeliling beliau (antara faktornya). Yang keduanya ialah kita dapati kemungkinan barisan kepimpinannya yang terdiri daripada menteri-menteri kabinet yang sepatutnya menguruskan negara ini, mungkin dilihat tidak cekap sehingga tidak dapat merealisasikan semua slogan dan kempen serta semua projek yang dinyatakan.

"Jadi gambaran itu memperlihatkan gambaran kelemahan pentadbiran sekarang, jadi sudah pasti ia menyatakan kelemahan keseluruhannya,"jelasnya lagi.

Malah menurut Abu yang juga penganalisis politik dan pengasas Zentrum Future Studies, keseriusan bayangan politik Najib yang akan kecundang itu dibayangkan melalui dasar-dasar yang dilaksanakan kerajaan tidak memberi kesan kepada ekonomi rakyat.

Lantaran itu, kata beliau, rakyat sudah tidak peduli agenda politik mana-mana parti sebaliknya hanya akan membuat keputusan dengan melihat parti mana yang dapat memenuhi keperluan mereka dan bukannya menindas rakyat dari segenap aspek.

"Kita harus ingat seandainya semua projek berlangsung itu tidak berjaya dilaksanakan sepenuhnya hingga ke akhir tahun ini, barangkali rakyat akan menilai prestasi tersebut dan barangkali rakyat mungkin juga akan menilai (dengan) reaksi seperti marah atau memberikan reaksi dalam PRU akan datang, jadi itu yang kita lihat.

"(Oleh itu) kita menyakini jika transformasi ini tidak dibuat, tidak dijayakan dan jika parti pembangkang pandai memperjelaskan kegagalan ini, pastinya rakyat akan faham.. sebab rakyat mana yang mahu hidup dalam keadaan tertekan dan derita? Sebab kita mahu hidup dalam keadaan berkebajikan dan sejahtera.

"Kita inginkan pendidikan percuma, kesihatan percuma, kita ingin rumah yang murah dan jadi sudah pasti akhirnya rakyat membandingkan dengan negara-negara yang sangat sempurna seperti Switzerland, Finland, kenapa hidup mereka mudah dan selesa, jadi rakyat akan berfikir tentang ini,"
katanya lagi.

Sebelum ini, Pakatan Rakyat berulang kali mengingatkan ekonomi negara di bawah pentadbiran Najib Razak semakin nazak dan mencemaskan banyak termasuk pelabur
dalam dan luar negara.


Baru-baru ini Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat turut menegur cara urus tadbir kerajaan Najib Razak.

Beliau berkata pentadbiran negara di bawah Najib Razak bukan sahaja memperlihatkan banyak kepincangan malah kesan langsung ekonomi negara juga turut menjadi kayu pengukur kepada rakyat dalam menentukan nasib mereka sendiri pada pilihan raya umum akan datang.

Selain iu, katanya angka-angka ekonomi terkini yang baru diumumkan membayangkan ekonomi negara akan terus malap selain dari kerugian ratusan bilion ringgit yang dialami pelabur di Bursa Kuala Lumpur sejak minggu lalu.

Rafizi turut menyentuh Keputusan agensi pelaburan dan penganalisa pasaran memotong unjuran pertumbuhan ekonomi negara di bawah paras 5% bagi tahun 2011
menjadi tanda-tanda bahawa dasar dan inisiatif ekonomi yang menjadi tonggak pentadbiran Najib Razak seperti (Program Transformasi Ekonomi , Rancangan Malaysia Kesepuluh dan Model Ekonomi Baru) telah gagal sejak dari awal-awal lagi.

Rafizi berkata, jika prestasi ekonomi terus malap seperti yang diunjurkan, Program Transformasi Ekonomi akan gagal sebelum memasuki tahun kedua kerana ia mensasarkan pertumbuhan ekonomi 6% setahun untuk mencapai sasaran Pendapatan Kasar Kebangsaan (GNI) per kapita sebanyak RM48,000 menjelang 2020 yang diuar-uarkan.

Pertumbuhan ekonomi tahunan di bawah angka 5% setahun bermakna Program Transformasi Ekonomi telah gagal menarik minat pelabur walhal kerajaan menumpukan sepenuh tenaga, fokus dan jentera kerajaan untuk mempromosikannya.

Jika ia gagal menarik perhatian dalam tahun pertama dan di kemuncak promosinya, keadaannya mungkin lebih parah pada 2-3 tahun akan datang.

Malah tambah Rafizi lagi, prestasi tiga penanda aras ekonomi yang paling utama (iaitu kekalutan di Bursa Kuala Lumpur, unjuran pertumbuhan yang semakin rendah saban hari dan kegagalan menarik pembiayaan swasta bagi projek-projek utama di bawah Program Transformasi Ekonomi) sudah cukup untuk membayangkan kegagalan dasar dan inisiatif ekonomi Datuk Seri Najib Tun Razak. -tvsnews