22 Ogo 2009

Era Najib Altantuya : Khairy Tepuk Air Di Dulang

Pas menyifatkan tuduhan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin mengenai pengundi hantu di Permatang Pasir ibarat menepuk air didulang, terpercik ke muka sendiri kerana umum tahu amalan pengundi hantu ini sudah sebati dengan UMNO Barisan Nasional.

Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar menyifatkan fitnah isu merupakan siri cubaan terdesak Khairy dalam mengalih perhatian masyarakat bahawa kemenangan yang bakal diraih Pakatan Rakyat adalah kerana faktor pengundi hantu yang menyokong pakatan pembangkang.

Khairy sebelum ini menuduh adanya pengkhianat dalam Suruhanjaya Pilihanraya SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara JPN yang bertanggungjawab membawa masuk pengundi hantu semasa hari pembuangan undi 25 Ogos ini.

Apakah pengkhianat yang dimaksudkan Khairy itu bermaksud khianat pada Umno tidak diketahui, namun Mahfuz berkata kehadiran pengundi hantu telah terbukti dalam setiap kali pilihanraya, bahkan Umno sendiri menafikan kewujudan pengundi hantu sebelum ini walaupun Pakatan Rakyat mengemukakan pelbagai bukti.

Sebagai contoh, Mahfuz merujuk kepada suatu insiden pada tahun 1999, apabila Hakim Datuk Muhammad Kamil Awang telah membatalkan kemenangan UMNO Barisan Nasional dalam pilihanraya kecil Likas apabila terbukti terdapatnya pengundi palsu.

Pilihanraya Kecil N11, Permatang Pasir menyaksikan UMNO Barisan Nasional bakal melalui jalan sukar apabila DUN ini berada dibawah jajahan Parlimen Permatang Pauh yang merupakan kubu kuat Pakatan Rakyat.

Calon Pakatan dari PAS, Salleh Man yang merupakan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang bakal berdepan calon UMNO Barisan Nasional, Rohaizat Othman.

Pilihanraya kecil ini diadakan apabila penyandangnya Datuk Hamdan Abdul Rahman meninggal dunia akibat serangan sakit jantung 31 Julai lalu. -TVA


Era Najib Altantuya : Samseng UMNO Bawa Isu Undi Hantu (updated)

Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar pagi tadi meminta pengundi luar tidak takut dengan ancaman 'pengundi hantu' yang digembar-gemburkan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin sejak semalam.

Sebalinya, Mahfuz meminta Khairy membuktikan secara profesional serta membuat laporan polis atas dakwaan - ada 'pengundi hantu' PAS dipindahkan dari kawasan DAP ke N11 Permatang Pasir dengan menggunakan orang dalam Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

"Kepada semua pengundi berdaftar khususnya (pengundi) luar, mereka tidak perlu takut balik mengundi 25 Ogos ini. Mereka tidak perlu takut ancaman (Khairy) seolah-olah mereka ini pengundi hantu."

"Pengundi hantu ini tuan-tuan saya nak maklumkan ialah orang lain yang membuang undi bagi nama yang tercatit (secara rasmi) dalam daftar pemilih (yang dikeluarkan SPR). Kalau mereka yang sah ada nama dalam daftar pemilih, itu bukan pengundi hantu."

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena tidak menolak kemungkinan bahawa ancaman Khairy itu bertujuan untuk mencaturkan lebih 1000 'pengundi hantu' Umno BN pada Hari Pembuangan Undi 25 Ogos depan, apabila mendapati ramai pengundi luar tidak turun mengundi di sebelah petangnya.

"Inilah (strategi pengundi hantu) yang akan dibuat Khairy. Saya percaya (iaitu) sejumlah pengundi yang sebelum ini tidak turun mengundi dua (atau) tiga pilihanraya (Permatang Pasir) lalu sudah dikenal pasti (oleh UMNO) nama-nama mereka (berdasarkan senarai daftar pemulih)."

"Maka, nama-nama terbabit yang lebih kurang 1000 itu akan diundi oleh 'pengundi hantu' Umno sendiri Selasa depan, dengan mereka sendiri menyediakan kad pengenalan yang baru kepada yang terbabit."

Tambahnya lagi, UMNO BNlah yang menggunakan 'pengundi hantu' demi memenangkan calon-calon mereka di peringkat Parlimen dan Dun sebelum ini.

"Dalam kes undi hantu di Likas (pada tahun) 1999, Hakim Datuk Muhammad Kamil Awang sendiri memutuskan kemenangan Adun BN tidak sah di Dun itu; dan daftar pemilih yang dikeluarkan SPR (pada tahun) 1998 juga adalah palsu."

Mahfuz berharap majikan dapat memberikan kelonggaran cuti bergaji kepada para pengundi berdaftar yang turun mengundi kelak.


Era Najib Altantuya : Jangan Takut Samseng UMNO Bawa Isu Undi Hantu

Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar pagi tadi meminta pengundi luar tidak takut dengan ancaman 'pengundi hantu' yang digembar-gemburkan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin sejak semalam.

Sebalinya, Mahfuz meminta Khairy membuktikan secara profesional serta membuat laporan polis atas dakwaan - ada 'pengundi hantu' PAS dipindahkan dari kawasan DAP ke N11 Permatang Pasir dengan menggunakan orang dalam Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

"Kepada semua pengundi berdaftar khususnya (pengundi) luar, mereka tidak perlu takut balik mengundi 25 Ogos ini. Mereka tidak perlu takut ancaman (Khairy) seolah-olah mereka ini pengundi hantu."

"Pengundi hantu ini tuan-tuan saya nak maklumkan ialah orang lain yang membuang undi bagi nama yang tercatit (secara rasmi) dalam daftar pemilih (yang dikeluarkan SPR). Kalau mereka yang sah ada nama dalam daftar pemilih, itu bukan pengundi hantu."

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena tidak menolak kemungkinan bahawa ancaman Khairy itu bertujuan untuk mencaturkan lebih 1000 'pengundi hantu' Umno BN pada Hari Pembuangan Undi 25 Ogos depan, apabila mendapati ramai pengundi luar tidak turun mengundi di sebelah petangnya.

"Inilah (strategi pengundi hantu) yang akan dibuat Khairy. Saya percaya (iaitu) sejumlah pengundi yang sebelum ini tidak turun mengundi dua (atau) tiga pilihanraya (Permatang Pasir) lalu sudah dikenal pasti (oleh UMNO) nama-nama mereka (berdasarkan senarai daftar pemulih)."

"Maka, nama-nama terbabit yang lebih kurang 1000 itu akan diundi oleh 'pengundi hantu' Umno sendiri Selasa depan, dengan mereka sendiri menyediakan kad pengenalan yang baru kepada yang terbabit."

Tambahnya lagi, UMNO BNlah yang menggunakan 'pengundi hantu' demi memenangkan calon-calon mereka di peringkat Parlimen dan Dun sebelum ini.

"Dalam kes undi hantu di Likas (pada tahun) 1999, Hakim Datuk Muhammad Kamil Awang sendiri memutuskan kemenangan Adun BN tidak sah di Dun itu; dan daftar pemilih yang dikeluarkan SPR (pada tahun) 1998 juga adalah palsu."

Mahfuz berharap majikan dapat memberikan kelonggaran cuti bergaji kepada para pengundi berdaftar yang turun mengundi kelak.

Era Najib Altantuya : UMNO Edar Risalah Hasutan Terang-Terangan (updated)

Umno-BN menerima tamparan hebat selepas mengemukakan calon yang disenarai hitam Majlis Peguam kerana menyeleweng wang Koperasi Pekebun Kecil Getah Pulau Pinang.

Sehingga ke hari ini, calon Umno-BN Rohaizat Othman belum menjawab pendedahan bekas rakan kongsinya, Yusri Isahak, yang membuat pendedahan terbuka mengenai penyelewengan yang dilakukan calon berkenaan.

Disaat genting seperti ini, jentera Parti Keadilan Rakyat di Dun N11 Permatang Pasir mengesan cubaan pihak-pihak tertentu menggunakan taktik 'false flag' bagi menarik sokongan pengundi.

Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, Umno-BN menggunakan nama Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang dalam risalah-risalah yang diedarkan kepada pengundi menggesa supaya orang-ramai tidak menyokong calon Pas Salleh Man Mat Aji.

“Ia jelas bertentangan dalam adab dan pendekatan dalam pilihanraya, saya ingin mencabar Khairy Jamaluddin jangan gunakan taktik politik ini dan jangan ajak PKR atau Pas untuk terlibat dalam politik fitnah, adu domba seperti mana yang ditinjukkan melalui risalah,” katanya.

Lebih-lebih lagi di bulan mulia Ramadhan, Shamsul menyeru pihak terbabit supaya bertaubat dan kembali kepada corak kempen yang sihat.

AMK turut menyatakan kekesalan dengan tindakan terdesak Umno-BN, dan mengatakan bahawa AMK bersedia untuk mengheret individu-individu bertanggungjawab ke mahkamah.

“Fitnah seperti ini diedar kepada rakyat dan diedar secara terbuka dan berani oleh mereka yang memakai baju BN. Saya cabar mereka nafikan,” katanya.

Siastan mendapati risalah yang diedarkan itu berbaur perkauman dan menghasut kepada kebencian. Shamsul berkata mesej seperti ini tidak selari dan tidak diterima sama-sekali oleh PKR.

Menyentuh isu yang sama, Ketua AMK Pulau Pinang Yusmadi Yusoff tidak menolak risalah-risalah ini adalah antara komplot Umno-BN memporak-perandakan keutuhan saf Pakatan Rakyat.

Beliau tidak menolak pengedaran risalah-risalah ini mungkin cubaan untuk 'mindsetting' minda rakyat, sebelum disusuli dengan rancangan yang lebih besar.

“Saya mencabar pemuda Umno sekiranya betul 10 perkara yang ditulis ini hendak diracuni kepada masyarakat Pulau Pinang, mari kita berhujah mengenai isu 10 perkara ini,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Pengarah Strategi PKR Tian Chua mencabar Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin untuk menghantar memorandum kepada Suruhanjaya Pilihan Raya dan Kementerian Dalam Negeri berhubung isu pengundi hantu.

Tian Chua berkata siasatan jentera PKR turut mendapati adanya pengundi ragu bukan sahaja dalam pilihanraya Permatang Pasir, bahkan dalam pilihanraya-pilihanraya sebelum ini.

Demikian itu, Khairy diminta untuk tidak berlengah-lengah sehinggalah hari pengundian nanti, sebaliknya memfailkan aduan segera.

Tian Chua menggesa Pengarah SPR dipecat dalam usaha mewujudkan suasana pilihanraya yang bersih.

“Mereka sebahagian daripada kerajaan, bukan sahaja mempunyai bukti namun ada kuasa untuk selesaikan masalah. Kalau betul ada pengundi hantu, SPR seperti yang dicadang oleh Pakatan Rakyat, Pengerusi SPR harus dipecat.

“Ini bermakna pengerusi SPR tidak cekap dan tidak bertanggungjawab dan membenarkan ini berlaku,” katanya.

Mengulas mengenai kehadiran polis yang ramai di Dun N11 terutamanya dalam ceramah anjuran Pakatan Rakyat, Bendahari Agung PKR William Leong berkata ia merupakan satu tindakan cuba menakut-nakutkan orang ramai.

“Di ceramah jika kita tengok ramai polis beruniform untuk menakutkan rakyat mendengar walaupun Perlembagaan memberikan hak kepada rakyat untuk berhimpun terutamanya dalam kempen politik,” katanya.


Era Najib Altantuya : Ustadz Mahathir Kata Berdosa Labelkan Orang Lain Kafir

Banyak pihak menyelar kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyatakan adalah berdosa bagi seorang Islam untuk melabelkan orang Islam yang lain sebagai kafir.

“Kalau kita tuduh seorang yang Islam itu kafir, yang menuduh itulah yang jadi kafir."

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat Isnin lepas yang mendakwa ajaran Islam yang diamalkan UMNO tidak boleh membawa anggota dan penyokong parti itu ke syurga.

Mahathir bertindak seolah-olah sebagai seorang guru ugama (ustadz) nak menyatakan dosa dan pahala sedangkan beliau terlupa bahawa banyak kenyataan-kenyataannya sendiri yang lebih berdosa kerana menghina dan mencabar hukum Allah.

Sebagai contoh kita perturunkan di sini:



Kenyataan Tun Dr. Mahathir kepada wartawan pada 3hb Mac 1994 di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim: Hukum rejam kepada penzina adalah primitif

Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 30 April 1992 di perjumpaan Ketua2 UMNO bahagian Johor). Saya nak tahu siapakan di antara ahli2 Pas yang sanggup memotong tangan orang jika hudud dilaksanakan di Kelantan. Barangkali Nik Aziz akan melakukannya. Jika benar kita nak tengok apa yang berlaku selepas hukum itu nanti.

(Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 14 Ogos 1994 di Pasir Mas Kelantan). Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam.

Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan). Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan sehingga mendatangkan mudarat kepada orang Islam. Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum2 yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan? - Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan)

Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 3 Mac di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan, Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik. -

Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa, 14 Julai 1992, “Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan.Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja.”

Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac 1994, “Saya cabar Kelantan laksana hukum hudud di depan orang bukan Islam.”

Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac 1994, Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik

Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, 14 Ogos 1994, “Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan masa kini.”

Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa selepas sidang Majlis Tertinggi UMNO, 1994. “Saya akan mempastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud.”

Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994. “Kerja yang paling sesuai bagi Tok Guru (ulama’) ialah mengajar, bukan mentadbir.”

Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994. “Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam”.

Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994. “Kita (Kerajaan Pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud.”

Tun Dr. Mahathir Mohamad, kenyataannya kepada wartawan, 30 April 1992. “Bukan kerana dengan melaksanakan hukum hudud saja kita boleh menjadi Islam. Kita tengok banyak negara Islam yang tidak melaksanakan hukum hudud,tetapi tidak bermakna mereka tidak Islam.”

Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan wartawan, 18 Ogos 1991. “Perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan Islam apabila orang Islam dipotong tangannya dan dilakukan hukum hudud yang lain, sedangkan orang bukan Islam tidak dikenakan.”

Tun Dr. Mahathir Mohamad, bercakap kepada wartawan, 24 April 1992 . “Jika mereka hendakkan sangat hukum hudud, mereka kenalah cuba hukum mereka sendiri atau mahkamah mereka sendiri. Mereka seronok nak potong tangan orang, seolah-olah jika tidak potong tangan, tidak Islam. Sekarang kita nak tengoklah mereka boleh buat atau tidak.”

Dr. Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Papar, Sabah, 2 Mei 1992. “Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki? Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain, kalau sifatnya sudah tidak cukup? Hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama.”

Dr. Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994. “Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar kacir dan ditindas oleh orang lain tidaklah secucuk dengan ajaran Islam.”

Tun Dr. Mahathir Mohamad 2/5/92, ‘Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam rakyat Islam yang mati dan kudung sudah tiada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama’.

MENGHINA HUKUM MENUTUP AURAT DAN MENGALAKAN RATU CANTIK

Tun Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997. “Apakah kalau kita tidak tutup (aurat) kita tidak Islam? Banyak benda yang disuruh oleh agama Islam yang kita tidak buat, tetapi kita masih Islam”.

Tun Dr. Mahathir Mohamad: 5 September 1997, PWTC, Perhimpunan Agung UMNO. Tujuan menutup aurat ialah kerana di zaman Nabi, Arab Jahiliyyah mempunyai nafsu yang kuat sehingga sering menculik dan merogol wanita daripada kabilah-kabilah lain. Akibatnya ialah peperangan antara mereka yang tidak pernah tamat”.

Tun Dr. Mahathir Mohamad, Utusan Malaysia, 19 Julai 1997, Apabila tiga orang gadis Melayu Islam, Fahyu Hanim Ahmad,18 (Alor Setar), Noni Mohamad, 19 (George Town), dan Sharina Shaari 23, (Alor Setar), menyertai pertandingan Miss Malaysia Petite 1997 yang diadakan di Classic Ballroom, Hotel Holiday Villa Subang Jaya 13 Jun 1997 ditangkap oleh lima pegawai JAIS, Tun Dr. Mahathir yang ketika itu sedang bercuti di Okoyama, Jepun mengulas: “Cara ini meninggalkan kesan buruk sampai ke bila-bila kepada pihak yang terlibat termasuk keluarga mereka. Orang-orang ini tidak faham apa yang dikehendaki oleh agama. Inilah masalahnya apabila kita memberi kuasa kepada orang-orang yang tidak tahu menggunakan kuasa”.


Selanjutnya Dr Mahathir berkata, orang Melayu adalah satu-satunya bangsa di dunia yang mengaitkan bangsa mereka dengan agama yang dianuti iaitu Islam.

“Seluruh dunia, saya ingat iktiraf orang Melayu sebagai orang Islam.

”Inilah satu bangsa yang dikaitkan bangsanya dengan agama. Seorang itu tidak Melayu kalau dia tidak Islam,” katanya.

Tetapi Mahathir terlupa bahawa tidak ada jaminan bahawa Melayu itu Islam sekalipun Perlembagaan menetapkan begitu. Berapa banyak sudah orang Melayu Islam yang telah murtad dari ugamanya yang mana ianya disahkan sendiri oleh mahkamah yang kerajaan UMNO BN sendiri dukung selama ini?

Malah Mufti Besar kerajaan BN Negeri Perak, Tan Sri Haji Harussani Haji Zakaria mendedahkan, terdapat hampir 250,000 umat Islam yang murtad di negara ini. Bilangan tersebut termasuk kira-kira 100,000 orang-orang Islam Melayu yang telah mengistiharkan diri mereka masuk Kristian.

Malah kita pernah digegarkan dengan kes murtad Noraishah Bukhari dan Hartina Kamaruddin. Apakah selepas mereka tinggalkan Islam maka mereka bukan Melayu?

Menyentuh mengenai hujjah Mahathir menyatakan berdosa melabelkan orang lain sebagai kafir kita ingin menjelaskan bahawa adalah benar mengkafirkan orang yang mengucapkan dua kalimah syahadah adalah berdosa dan kembali kekafiran itu kepada penuuduh, tetapi tidak mengkafirkan orang yang kafir juga boleh menyebabkan seseorang menjadi kafir. (Syaikh Sa'id Hawwa, Perkara-perkara Yang Membatalkan Syahadah).


Era Najib Altantuya : SPRM Takut Siasat Muhyiddin, Kenapa? - Lim Kit Siang

Penasihat DAP Lim Kit Siang mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menjelaskan mengapa tiada siasatan dibuat terhadap Timbalan Presiden Umno Muhyiddn Yassin yang menyalahguna helikopter tentera untuk menghadiri acara Umno.

Sebuah helikopter Tentera Udara yang membawa Muhyiddin dilaporkan terpaksa mendarat cemas di Tuaran, Sabah. Muhyiddin dilaporkan mengguna helikopter itu untuk menghadiri mesyuarat Umno di Sabah.

Sehubungan itu, Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat memfailkan aduan ke SPRM Johor.

Di negeri-negeri yang diperintah Pakatan Rakyat, SPRM mengadakan operasi besar-besaran menyiasat wakil-wakil rakyat PKR, PAS dan DAP, sehingga membawa kepada kematian seorang setiausaha politik Teoh Beng Hock.

Kit Siang berkata ketiadaan tindakan keatas Muhyiddin menunjukkan SPRM adalah alat Umno-BN dan mengamalkan sikap berat-sebelah dalam siasatan mereka.

Ahli politik veteran turut merujuk kepada kes bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Datuk Ramli Yusoff yang didakwa kerana menggunakan helikopter polis untuk tujuan bukan rasmi. Meskipun Ramli dibebaskan dari sebarang tuduhan, namun pihak pendakwararaya menunjukkan kesungguhan untuk mendakwa beliau dan memfailkan rayuan.

"Saya mahu tanya SPRM mengapa ia mengamalkan sikap berat-sebelah kerana belum lagi memulakan siasatan keatas dakwaan bahawa Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin telah menyalahguna kedudukannya dengan menggunakan helikopter tentera untuk merasmikan mesyuarat Umno di Sabah minggu lalu walhal ia tidak mempunyai kaitan dengan tugas-tugas rasmi beliau," kata Kit Siang.

"Jika Ramli didakwa kerana menyalahguna helikopter Cessna Caravan milik polis untuk tugas-tugas bukan rasmi, mengapa Muhyiddin tidak didakwa kerana menyalahguna helikopter tentera untuk tujuan yang tidak kena-mengena dengan tugasnya sebagai TPM mahupun Menteri Pendidikan. Apakah ada satu undang-undang untuk Menteri Kabinet Umno dan satu undang-undang untuk orang-orang kecil?" soal Kit Siang. -TVA

PRA PERMATANG PASIR : Blogger UMNO Tabur Fitnah Salleh Man Gelapkan RM600,000

Pas menolak laporan media dan blog yang mendakwa calon Pas, Salleh Man yang juga Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang pernah menggelapkan wang sejumlah RM600,000 dan menganggap ia satu perbuatan fitnah yang tidak berasas.

Timbalan Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Dr Mujahid Yusof Rawa turut menafikan dakwaan bahawa beliau individu yang bertanggungjawab memberi kenyatan tersebut seperti yang dilaporkan oleh sebuah akhbar.

Menurutnya, tuduhan tersebut berniat untuk memburukkan calon Pas dan menunjukkan kepada pengundi di Permatang Pasir bahawa calon Pas mempunyai sifat tidak baik.

“Ustaz Salleh tidak pernah menggelapkan wang RM600,000 dan saya tidak pernah memberi kenyatan ini. Ini boleh dikira sebagai satu fitnah, tetapi kalau pihak yang mempunyai bukti yang mengatakan calon kita berbuat demikian sila tampil beri kenyataan dan jangan hanya menggunakan media untuk menfitnah,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Sementara itu, Naib Presiden Pas, Mahfuz Omar berkata, Pas tidak pernah mempunyai wang sebanyak RM600,000 seperti yang didakwa dan tuduhan itu tidak sewajarnya digunakan sebagai modal politik kerana ia tidak berasas.

“Saya berharap pihak lawan kita tidak akan menggunakan isu ini sebagai modal berkempen kerana tuduhan ini tidak mempunyai bukti seperti isu calon BN, Rohaizat yang dibuktikan oleh Majlis Peguam,” katanya.

Laporan blog Bigdogdotcom 20 Ogos itu menyebut, semasa pilihan raya kecil Permatang Pauh tahun lepas, seorang pemimpin Pas Pulau Pinang membangkitkan kononnya peruntukan jentera pilihan raya parti itu sebanyak RM600,000 digelapkan Salleh.

Laporan blog itu menyebut kononnya dakwaan itu dibuat sendiri oleh Timbalan Pesuruhjaya I Pas Pulau Pinang, Mujahid Yusof Rawa dan bekas Ketua Penerangan Pas Pulau Pinang, Zulkifli Lazim.

Sementara itu, Mahfuz berkata, Pas akan membuat satu lagi pendedahan berhubung salah laku calon BN, Rohaizat Othman.

“Pendedahan ini saya akan buat esok (hari ini), ia melibatkan Rohaizat dengan penduduk Permatang Pasir,” katanya.



PRA PERMATANG PASIR : UMNO BN Edar Risalah Hasutan Terang-Terangan

Umno-BN menerima tamparan hebat selepas mengemukakan calon yang disenarai hitam Majlis Peguam kerana menyeleweng wang Koperasi Pekebun Kecil Getah Pulau Pinang.

Sehingga ke hari ini, calon Umno-BN Rohaizat Othman belum menjawab pendedahan bekas rakan kongsinya, Yusri Isahak, yang membuat pendedahan terbuka mengenai penyelewengan yang dilakukan calon berkenaan.

Disaat genting seperti ini, jentera Parti Keadilan Rakyat di Dun N11 Permatang Pasir mengesan cubaan pihak-pihak tertentu menggunakan taktik 'false flag' bagi menarik sokongan pengundi.

Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, Umno-BN menggunakan nama Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang dalam risalah-risalah yang diedarkan kepada pengundi menggesa supaya orang-ramai tidak menyokong calon Pas Salleh Man Mat Aji.

“Ia jelas bertentangan dalam adab dan pendekatan dalam pilihanraya, saya ingin mencabar Khairy Jamaluddin jangan gunakan taktik politik ini dan jangan ajak PKR atau Pas untuk terlibat dalam politik fitnah, adu domba seperti mana yang ditinjukkan melalui risalah,” katanya.

Lebih-lebih lagi di bulan mulia Ramadhan, Shamsul menyeru pihak terbabit supaya bertaubat dan kembali kepada corak kempen yang sihat.

AMK turut menyatakan kekesalan dengan tindakan terdesak Umno-BN, dan mengatakan bahawa AMK bersedia untuk mengheret individu-individu bertanggungjawab ke mahkamah.

“Fitnah seperti ini diedar kepada rakyat dan diedar secara terbuka dan berani oleh mereka yang memakai baju BN. Saya cabar mereka nafikan,” katanya.

Siastan mendapati risalah yang diedarkan itu berbaur perkauman dan menghasut kepada kebencian. Shamsul berkata mesej seperti ini tidak selari dan tidak diterima sama-sekali oleh PKR.

Menyentuh isu yang sama, Ketua AMK Pulau Pinang Yusmadi Yusoff tidak menolak risalah-risalah ini adalah antara komplot Umno-BN memporak-perandakan keutuhan saf Pakatan Rakyat.

Beliau tidak menolak pengedaran risalah-risalah ini mungkin cubaan untuk 'mindsetting' minda rakyat, sebelum disusuli dengan rancangan yang lebih besar.

“Saya mencabar pemuda Umno sekiranya betul 10 perkara yang ditulis ini hendak diracuni kepada masyarakat Pulau Pinang, mari kita berhujah mengenai isu 10 perkara ini,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Pengarah Strategi PKR Tian Chua mencabar Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin untuk menghantar memorandum kepada Suruhanjaya Pilihan Raya dan Kementerian Dalam Negeri berhubung isu pengundi hantu.

Tian Chua berkata siasatan jentera PKR turut mendapati adanya pengundi ragu bukan sahaja dalam pilihanraya Permatang Pasir, bahkan dalam pilihanraya-pilihanraya sebelum ini.

Demikian itu, Khairy diminta untuk tidak berlengah-lengah sehinggalah hari pengundian nanti, sebaliknya memfailkan aduan segera.

Tian Chua menggesa Pengarah SPR dipecat dalam usaha mewujudkan suasana pilihanraya yang bersih.

“Mereka sebahagian daripada kerajaan, bukan sahaja mempunyai bukti namun ada kuasa untuk selesaikan masalah. Kalau betul ada pengundi hantu, SPR seperti yang dicadang oleh Pakatan Rakyat, Pengerusi SPR harus dipecat.

“Ini bermakna pengerusi SPR tidak cekap dan tidak bertanggungjawab dan membenarkan ini berlaku,” katanya.

Mengulas mengenai kehadiran polis yang ramai di Dun N11 terutamanya dalam ceramah anjuran Pakatan Rakyat, Bendahari Agung PKR William Leong berkata ia merupakan satu tindakan cuba menakut-nakutkan orang ramai.

“Di ceramah jika kita tengok ramai polis beruniform untuk menakutkan rakyat mendengar walaupun Perlembagaan memberikan hak kepada rakyat untuk berhimpun terutamanya dalam kempen politik,” katanya.


Era Najib Altantuya : Johor Terpaksa Bayar Gantirugi Kerana Muhyiddin

Walaupun Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan bahawa beliau tidak pernah menjual tanah walau seinci pun kepada Singapura, tetapi beliau didakwa pernah terlibat dalam usahasama dengan syarikat dari negara itu menukar status tanah di Johor untuk memajukannya.

Dakwaan itu terkandung dalam fakta kes saman Stamford Holdings Sdn Bhd ke atas Muhyiddin dan rakan-rakannya.

Walaupun fakta kes tersebut tidak menunjukkan Muhyiddin menjual tanah kepada Stamford, tetapi ia menyatakan kesanggupan pihak yang disebut mewakili Muhyiddin berkerjasama dengan syarikat itu untuk membuat keuntungan dengan memajukan tanah di Johor.

Mengikut dokumen Majlis Peguam, syarikat tersebut ialah syarikat Singapura.

Asian Wall Street Journal 16/6/95 melaporkan, di dalam dokumen Stamford kepada mahkamah, pada penghujung 1989 syarikat itu bersetuju dengan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary dan Datuk Yahya Talib untuk menubuhkan syarikat usahasama bagi membangunkan 1,766 ekar tanah syarikat itu.

Dokumen itu menyatakan, menurut AWSJ, Syed Mokhtar dan Yahya adalah pihak “yang bertindak untuk diri mereka sendiri dan Muhyiddin”

Menurut dokumen itu juga, pihak yang diwakili oleh Syed Mokhtar dan Yahya melabur RM1.8 juta di dalam usahasama tersebut, iaitu 30 peratus dari ekuitinya. 70 peratus lagi dipegang oleh Stamford.

Syarikat usahasama itu kemudiannya menguasai hartanah itu dan mengemukakan permohonan baru untuk menukar statusnya bagi kegunaan industri.

Kerajaan Johor pula meluluskan permohonan itu dengan “begitu pantas”, dakwa Stamford di dalam samannya di mana ia juga mendakwa kumpulan Syed Mokhtar telah “meraih keuntungan bersih sebanyak RM83.2 juta”.

Masalah di antara kedua-dua pihak tercetus apabila, menurut dokumen mahkamah Stamford, kumpulan Muhyiddin menjadi “begitu tamak”.

Mereka mahu mewujudkan usahasama kedua di mana mereka mahu menguasai 70 peratus saham dengan membayar RM74,100 setiap hektar kepada Stamford bagi baki 2,672 hektar miliknya.

Bila Stamford berkeras mahu mengekalkan 70 peratus pegangannya dan dibayar RM185,250 bagi setiap hektar tanahnya, salah seorang rakan Muhyiddin memberi amaran kepada syarikat itu bahawa dokumen pengambilalihan tanah sudah pun berada di meja Muhyiddin yang ketika itu Menteri Besar Johor dan beliau boleh “mendatanganinya bila-bila masa”.

AWSJ melaporkan, Muhyiddin sendiri mengugut Stamford pada bulan Disember 1992 dengan mengingatkan salah seorang pengarahnya bahawa “masa semakin singkat”.

Keadaan semakin tidak memihak kepada syarikat tersebut apabila Julai 1994, kerajaan Johor mengambilalih tanah tersebut bagi pihak Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Johor.

Tindakan itu memaksa Stamford menyaman Muhyiddin, Syed Mokhtar dan Yahya kerana kerugian yang ditanggung akibat apa yang didakwanya sebagai konspirasi untuk mengambilalih tanah itu melalui Akta Pengambilan Tanah.

Stamford mendakwa ketiga-tiganya menyalahgunakan peruntukan akta itu untuk mengambilalih 6,544.4172 ekar tanah di mukim Tebrau, Johor Baru melalui perbadanan itu.

Kes itu diselesaikan apabila Mahkamah Tinggi mengarahkan kerajaan Johor membayar RM313.25 juta kepada Stamford manakala sebuah lagi syarikat, Kelana Ventures Sdn Bhd diarahkan membayar RM92.12 juta.

Dalam kempen pilihan raya kecil Manek Urai baru-baru ini, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menuduh Muhyiddin mengkhianati hak orang Melayu ketika menjadi Menteri Besar Johor dan mengetuai Umno negeri itu.

“Bagaimana Umno hendak menjadi parti yang membela orang Melayu sedangkan mereka sendiri yang menggadai dan menjual tanah rezab Melayu kepada orang asing dari Singapura?” beliau mempersoalkan.

Beliau menjelaskan bukti mengenai perkara itu didedahkan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.

“Tanah Rezab Melayu ini satu-satunya hak bagi orang Melayu. Umno tidak boleh jawab, dan ini bukan fakta yang saya pungut atau dengar di tepi jalan lalu dibawa ke dalam ceramah, tidak.

“Ini bukti yang kita bawa dalam persidangan DUN Johor baru-baru ini di mana Umno dan anggota DUN Johor dari Umno tidak boleh jawab,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata Umno tidak seharusnya diberikan peluang untuk terus hidup.

Baru-baru ini Muhyiddin dilaporkan kesal dengan tohmahan pembangkang kononnya beliau pernah menjual sebidang tanah kepada Singapura semasa menjadi Menteri Besar Johor.

Katanya fitnah itu sengaja dilemparkan kepadanya bagi menaikkan kebencian rakyat kepada beliau dan kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Saya ingin menjelaskan bahawa saya (semasa menjadi Menteri Besar Johor) tidak pernah menjual tanah walau seinci pun kepada Singapura dan ini adalah fitnah semata-mata,” kata beliau pada ceramah Perdana di Tanjong Putus sempena pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir. -Abu Bakar Mohd Rashid

Era Najib Altantuya : RM66 Juta, MB Selangor Sedia Bayar Bank Islam

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid berkata, beliau sedia membayar balik pinjaman RM66 juta (AS$18.521 juta) kepada Bank Islam yang diambilnya pada tahun 2001 untuk membeli saham Guthrie Bhd.

Bagaimanapun, keputusan itu tertakluk kepada saman balas yang difailkan oleh peguamnya kepada Bank Islam pada 18 Mei 2008.

"Saya percaya kalau dibicarakan kedua-dua pihak, Bank Islam dan saya bertanggungjawab. Jika bank Islam menang dalam perbicaraan selepas rayuan dan saya kena membayar. Kalau Bank Islam dan saman saya dipersetujui oleh mahkamah dan kemudian Bank Islam akan membayar kepada saya. Jadi saya terima tentang perkara ini dan saya telah membuat persediaan kewangan untuk menentukan bahawa perkara ini dapat dilakukan dan diselesaikan",katanya.

Khalid mengulas penghakiman ringkas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini yang memerintahkan beliau membayar RM66 juta kepada Bank Islam.

Hakim Rohana Yusof bagaimanapun menetapkan 16 September depan untuk sebutan permohonan penangguhan hukuman serta untuk menetapkan tarikh bagi dakwaan balas Khalid.

Khalid sebelum itu menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dengan Q-Cells Malaysia Sdn Bhd, Andaman Realty Sdn Bhd dan Metro Kajang Holdings, di Shah Alam Convec, petang tadi.

Perjanjian ini melibatkan pemasangan solar sistem oleh Q-Cell di Galeri Jualan PKNS di Taman Sains Selangor 2 di Cyberjaya, manakala Andaman Realty pula akan membina kampus dan asrama untuk SEGi College.

Sementara Metro Kajang Holdings Berhad akan memajukan sebahagian kawasan perumahan di taman berkenaan.

Terdahulu, Pengurus Besar PKNS, Othman Omar dalam ucapannya berkata, PKNS telah membelanjakan lebih RM600 juta untuk membangunkan pelbagai kemudahan infrastruktur di Taman Sains Selangor 2, membabitkan kawasan lebih 300 hektar.

Pada majlis itu, Khalid turut melawat model pembangunan yang akan dilaksanakan di taman itu, membabitkan 40 peratus kawasan industri, 10 peratus kawasan kormersil, 12 peratus perumahan dan selebihnya kawasan rekreasi dan kemudahan asas.



Era Najib Altantuya : UMNO BN Semakin Terdesak

Umno-BN semakin terdesak untuk mendapat kemenangan dalam pilihan raya kecil Dun N11 Permatang Pasir mula menggunakan taktik kotor bagi meraih sokongan rakyat di sini.

Ketua Wanita Parti Keadialan Rakyat Zuraida Kamaruddin berkata, Umno-BN mengedarkan khidmat sistem pesanan ringkas (SMS) berbentuk ugutan kepada pengundi di sini.

“Kita dapati pengundi-pengundi di Permatang Pasir telah diugut dengan SMS yang menfitnah dan memburuk-burukkan Pakatan Rakyat terutamanya pemipin Pas iaitu Nik Aziz dan Abdul Hadi.

“SMS ini diterima dari nombor 63660 bermakna pihak lawan kita yang mendapat maklumat melaui pusat telefon dan menggunakan nombor ini untuk menghantar SMS yang mengugut, menfitnah dan memburuk-burukan Pakatan Rakyat khususnya Pas agar pengundi tidak menyokong calon Pas,” katanya pada siding media di Yayasan Aman hari ini.

Dalam perkembangan lain, Zuraida turut mendedahkan kejayaan jentera pilihan raya Wanita PKR Permatag Pasir menjejaki lima pengundi hantu di kawasan Dun N11.

Katanya, satu laporan polis telah dibuat berhubung perkata ini. Katanya, lebih banyak laporan akan dibuat sekiranya jentera berkenaan berjaya mengesan dan membuktikan kewujudan pengundi hantu.

“Dalam senarai pemilih yang kita dapat di alamat yang sama kita dapati ada lima lagi orang lain yang mana Teow Kheng Lam tidak pernah menyewakan bilik di rumahnya kepada nama-nama yang ditemui,” katanya.

Menurutnya, Kheng Lam yang telah mendiami rumah berkenaan di Taman Penanti mengakui tidak pernah ada kewujudan lima individu yang tertera dalam senarai Daftar Pengundi SPR.

Katanya, lebih banyak laporan polis akan dibuat dalam tempoh terdekat berikutan lebih banyak pengundi hantu di kesan di beberapa kawasan di Permatang Pasir.

Sementara itu, Zuiraida turut menafikan dakwaan bahawa Pakatan Rakyat bertanggungjawab terhadap pengedaran wang palsu kepada pengundi di kawasan Dun N11 yang tertulis nota ‘tolong bagi kita peluang sekali lagi’.

“Ini bukan kerja Pakatan Rakyat dan kita tidak pernah membuat kerja mencetak wang palsu dan mengedarkan kepada pengundi. Ini adalah satu fitnah perbuatan jahat untuk membuat pengundi-pengundi menyangka Pakatan Rakyat cuba mengedarkan wang kepada pengundi,” katanya.

Zuraida berkata, Wanita PKR akan menggunakan sepenuhnya keberkataan bulan Ramadhan untuk mendekati para pengundi wanita di Dun N11.

Zuraida turut menyatakan kekecewaan di atas sikap calon BN Rohaizat Othman yang dikatakan menafikan beliau mempunyai isteri kedua yang dikenali sebagai ‘Hafizah’.

Katanya, sekitanya benar, Rohaizat seharusnya tidak menganiaya isterinya dengan menafikan perkahwinan berkenaan.



Era Najib Altantuya : Polis Semakin Melampau (updated)

Ahli Parliman Padang Serai N. Gobalakrishnan berkata polis semakin melampaui batas apabila menggunakan kekerasan ke atas seorang Ahli Parlimen sewaktu penamaan calon Dun N11 Permatang Pasir.

Gobala dalam sidang medianya berakata, beliau bukan sahaja dipukul polis malah badan berkuasa berkenaan memotong talipinggang yang dipakainya untuk melondehkan seluar beliau.

“Polis menanggalkan seluar saya, bayangkan saya ahli parlimen dan polis menanggalkan seluar saya dan mengambil gambar. Ketika saya menjerit supaya mereka berhenti melakukannya tangan saya dipijak.


“Saya percaya mereka menggunakan pisau untuk memotongnya, apakah motif mereka melakukannya. Pada saya mereka menangkap gambar saya untuk digunakan dalam pilihanraya akan datang,” katanya.

Gobala menafikan sekeras-kerasnya dakwaan stesen televisyen pro kerajaan yang menyatakan bahawa beliau bersalah kerana meyerang polis.

“Apa yang berlaku pada saya adalah saya yang diserang, apa yang mereka tunjuk di televisyen seorang lelaki berdiri di belakang saya. Polis menahan saya dan berjalan bersama, terdapat seorang polis beruniform di belakang saya menendang saya dan saya mempertahankan diri.

Gobala berkata, beliau kemudiannya dijatuhkan dan dipijak anggota polis di bahagian bahu dan belakang badan sebelum menggarinya.

Menurutnya, sekiranya beliau tidak diselamatkan oleh Exco Kerajaan Negeri Selangor Ronnie Liu yang meredakan keadaan, beliau yakin akan menimpa nasib yang sama seperti Setiusaha Politik Kerajaan Negeri Selangor Teoh Beng Hock.

Menurutnya, kejadian di hari penamaan calon itu telah dirancang Ketua Polis Pulau Pinang Ayub Yaakob.

Menurutnya, laporan polis telah dibuat berhubung kejadian berkenaan namun tiada sebarang kenyataan diambil oleh polis.

Gobala mempertikaikan kenyataan Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Tun Hussein yang meminta Ketua Polis Negera mengambil tindakan terhadapnya kerana kononnya beliau bersalah sedang tiada sebarang siasatan dilakukan.

Beliau turut menempelak kenyataan Ayub yang menyatakan beliau sengaja mencari publisiti murahan.

“Saya tidak tahu apa yang berlaku pada saya pada hari itu, disaksikan ribuan orang. Saya percaya semua perkara itu dirancang oleh polis Pulau Pinang di ketuai oleh Ketua Polis Pulau Pinang Ayub Yaakob.

“Saya telah ditahan lebih dari 25 kali, saya tidak perlu publisiti murahan. Tidak perlu memberikan 20 hingga 30 orang anggota polis menyerang, mencederakan saya dan menendang saya dan memalukan sya sehingga di masukkan ke wad selama empat hari,” katanya.

Menurutnya, walau apa pun cara dilakukan Umno-BN beliau dan Pakatan Rakyat tidak akan gentar dan tetap mempertahankan perjuangan mereka.

Sementara itu, peguamnya R.S.N Rayer berkata, pihaknya akan mengemukakan saman dalam tempoh terdekat kepada polis berhub ung kejadian berkenaan.

Beliau menyifatkan tindakan polis ini sebagai berat sebelah kerana hanya menahan Ketua Pemuda MIC T Mohan tidak sampai sejam kerana menganjurkan perhimpunan haram sedangkan Gobala yang melaungkan reformasi ditahan, dilondehkan dan dpukul sehingga cedera. -TVA


Era Najib Altantuya : Saya Tetap Dgn PKR - Jeffery

Naib Presiden Keadilan Datuk Dr Jeffrey Kitingan menolak perlawaan Parti Bersatu Sabah pimpinan abangnya untuk kembali menyertai parti itu dan Barisan Nasional.

Jeffrey sebaliknya menjemput pemimpin dan ahli PBS menyertai beliau dalam Keadilan dan Pakatan Rakyat bagi membela rakyat kerana PBS gagal menangani pelbagai permasalahan rakyat akibat politik Barisan Nasional yang hanya memetingkan kuasa.

"Terima kasih atas jemputan itu tetapi perjuangan saya adalah untuk rakyat dan oleh kerana itu saya tetap bersama Keadilan dan Pakatan Rakyat," Jeffrey memberitahu pemberita di Kota Kinabalu lewat malam tadi.

Semalam akhbar-akhbar pro-Umno-BN di Sabah memberi liputan meluas kepada tawaran kepimpinan PBS kepada Jeffrey supaya kembali menyertai parti itu yang ditubuhkan bersama oleh beliau dan abangnya Joseph Pairin Kitingan hampir dua dekad lalu.

Jeffrey berkata PBS harus sedar bahawa keanggotaannya dalam Barisan Nasional semakin ditolak oleh rakyat termasuk kaum Kadazan yang menjadi teras sokongan parti itu.

"Apakah yang sedang berlaku sekarang di bawah pimpinan BN? Masalah pendatang tanpa izin bertambah teruk, kemiskinan semakin berleluasa dan sebagainya," kata Jeffrey.

"Jadi saya menggesa mereka dalam PBS sudah mengakui perkara ini dan kembali bersama saya dalam perjuangan untuk membela rakyat," tambah beliau.

Jeffrey sebelum itu hadir bersama ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Keadilan Datuk Zaid Ibrahim pada majlis pelancaran buku yang mencakupi masalah Pendatang Tanpa Izin akibat dasar-dasar BN untuk terus mengekalkan kuasa di Sabah.

Dalam ucapannya kepada kira-kira seribu penyokong Keadilan dan Pakatan Rakyat, Jeffrey berkata tsunami politik yang berlaku di Semenanjung pada pilihanraya umum Mac 2008 akan bersambung di Sabah dan Sarawak.

Menurut beliau, rakyat di kedua-dua negeri itu semakin sedar mereka kini mempunyai pilihan dalam Pakatan Rakyat untuk mengubah kerajaan bagi membebaskan diri daripada kemiskinan yang berbuah daripada enyelewengan kuasa dan kerakuasan Umno-BN.

Beliau berkata Umno-BN akan terus melaksanakan dasar-dasar untuk sengaja "memiskinkan" rakyat Sabah bagi memastikan mereka terus bergantung kepada parti itu bagi bantuan asas.

"Umno-BN selama in menimbulkan persepsi bahawa rakyat tidak ada pilihan selain memilih daripada parti itu untuk memerintah," kata Jeffrey.

"Kita dimiskinan, Dahulu Sabah kaya. Apabila BN pimpinan Umno memerintah, peruntukan semakin banyak untuk pembangunan, tetapi kemiskinan bertambah. Mana pergi semua duit itu. Bagaimana Sabah boleh jatuh, menjadi negeri kedua termiskin di Malaysia," tanya Jeffrey.

"BN telah sengaja memiskinkan kita supaya kita terus bergantung kepada BN untuk bantuan dan subsisi. "Dalam ertikata lain kita menjadi tawanan BN," kata beliau.
Namun, tegas Jeffrey, keadaan politik sudah berubah, rakyat di Sabah sebagaimana di Sarawak dan Semenanjung, mulai sedar bahawa mereka kini mempunyai alternatif dalam bentuk Keadilan dan Pakatan Rakyat.

"Mereka melihat Pakatan Rakyat mempunyai pengalaman mentadbir di lima negeri. Rakyat juga mempunyai internet untuk mendapatkan maklumat mengenai salah laku BN... semua ini semakin disedari rakyat bahawa sekarang mereka mempunyai pilihan selain Umno-BN," kata Jeffrey.

Jeffrey juga menolak slogan 1Malaysia yang dibawa oleh Najib Razak dan dicanang kepada rakyat Malaysia oleh Ketua Menteri Musa Aman.

"Umno-BN naikkan gaji menteri-menteri.... kalau rakyat didahulukan, kenapa bertindak untuk kepentingan pemimpin sahaja, rakyat dapat apa. Kenapa rakyat yang duduk atas tanah kerajaan dan rizab hutan di halau, rumah mereka di bakar, tanaman mereka di racun. Sebaliknya syarikat-syarikat dibenarkan bertanam kelapa sawit," kata Jeffrey.

"Inikah yang dimaksudkan rakyat di dahulukan?

Jeffrey berkata perubahan yang perjuangkan oleh Keadilan dan Pakatan Rakyat mencakupi pelbagai aspek dan bertujuan memastikan rakyat tidak lagi ditindas akibat penyelewengan kuasa oleh pemimpin.

"Perubahan yang kita inginkan ialah perubahan dari segi demokrasi, dasar, undang-undang dan sistem pemerintahan itu sendiri," kata beliau.

"Pada masa ini kuasa kerajaan ditumpukan kepada eksekutif. Mahkamah dikuasa oleh eksekutif. perundangan dibawah eksekutif.., Perdana Menteri menguasai segala-galanya. Ini sistem yang tidak ada kawal selia antara satu pihak dan yang lain. Mereka (Umno-BN) boleh buat apa saja,." tambah beliau.