29 Apr 2012

Tindakan Ganas Polis Semalam Tidak Berlaku Apabila PR Ambilalih Putrajaya

Kuala Lumpur: Anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, di bawah Pakatan Rakyat kelak peristiwa seperti himpunan di Pulau Pinang dan Kuantan (perhimpunan Lynas) tempoh hari akan diterima sebagai KPI polis.

Peristiwa seperti di Kuala Lumpur akan dilihat sebagai kegagalan mereka, kata Khalid melalui twitternya hari ini.

Beliau merujuk kepada kekecohan yang berlaku dalam perhimpunan Bersih 3.0 semalam di Kuala Lumpur.

Perhimpunan yang asalnya berjalan dengan aman bertukar kecoh apabila polis bertindak menembak gas pemedih mata di tengah-tengah orang ramai.

Orang ramai juga mula marah apabila melihat sebuah kereta polis masuk ke kawasan mereka dalam keadaan pemandu kereta itu memakai topi kledar.

Akibatnya orang ramai melempar botol air dan sebagainya ke kereta itu.

Kereta itu kemudiannya melanggar orang ramai dan berhenti di tembok komplek Sogo.

Tiga orang dikatakan cedera manakala seorang disahkan cedera parah serta mendapat rawatan di Hospital Kuala Lumpur.

Sebagai reaksinya, pemnadu kereta bertopi keledar itu di belasah oleh orang ramai.

Bagi Khalid, Walaupun dikatakan ada yang cuba merempuh pagar berduri di Dataran Merdeka, menembak gas ke arah ribuan orang yang sedang berkumpul secara aman hanya menjanjikan kekecohan.

"Polis yang pro tidak bertindak begitu, sebaliknya berusaha mengawal keadaan, menjaga keselamatan orang ramai, termasuk pendemonstran kerana polis bersenjata, rakyat tidak," katanya.

Oleh kerana hanya polis bersenjata, tindakan polis mesti lebih terkawal, lebih profesional. Mereka sepatutnya dilatih untuk jaga rakyat bukan memukul rakyat, tambah Khalid yang juga AJK PAS Pusat.

"Bawah PR kelak, polis akan dilatih menjadi pelindung/pembela rakyat. Perubahan ini wajib dilakukan demi masa depan hubungan rakyat dan institusi polis," tegas Khalid lagi.

Seorang lagi rakan beliau, Dr Syed Azman Syed Ahmad dalam kenyataannya pula mempertikaikan laporan media tradisional yang dikawal oleh Umno dan Barisan Nasional hari ini.

"Meneliti berita Bersih dalam akhbar New Straits Times, The Star, BHarian dan Mingguan Malaysia sambil sarapan.

"Takada yang baik dari himpunan aman Bersih..akhbar jijik," tulis beliau yang juga Penolong Setiausaha Agung PAS.

Salah satu tuntutan Bersih 3.0 adalah liputan media yang adil. -HD

Peserta Demo Mengganas - Siapakah Mereka Ini??

Kenapa Mereka Tidak Memakai Baju BERSIH? Kenapa Mereka Nampak Teruja Sangat Memecahkan Sekatan Polis? Siapa Kenal Mereka2 Ini??

KUALA LUMPUR 28 April - Seperti mana dijangka, perhimpunan Bersih 3.0 yang diadakan di ibu negara hari ini berakhir dengan keganasan.

Ia berikutan tindakan peserta perhimpunan itu yang bertindak ganas dan biadab bukan sahaja dengan merempuh sekatan polis malahan turut menyerang serta memukul sehingga menyebabkan 11 anggota pasukan keselamatan cedera.

Tidak cukup dengan itu, peserta-peserta demonstrasi juga bertindak liar apabila mereka menyerang dan menterbalikkan sebuah kereta polis yang terbabas.

Mereka juga turut memusnahkan kawat besi dan penghalang yang dipasang di laluan masuk ke Dataran Merdeka, penyokong Bersih sanggup melakukan apa sahaja keganasan termasuk mencederakan petugas media sehingga parah.

Utusek Malaysia

-bloglistpolitik

Ulasan GB

Kenyataan Ketua Polis Kuala Lumpur semalam, Datuk Mohamad Salleh menyatakan "Kumpulan berkenaan terus bergerak untuk memasuki Dataran Merdeka, pihak polis melepaskan gas pemedih mata untuk menghalang kemaraan peserta perhimpunan"..

Sekarang timbul persoalan "siapa sebenarnya: yang membuka benteng polis itu?

Dari gambar yang tersiar, kelihatan beberapa "pemuda berjaket" merempuh dan mengalihkan sekatan.

Seperti kata blogger bloglispolitik, mengapa mereka tidak memakai baju kuning BERSIH jika mereka peserta BERSIH 3.0?

Insiden itu menjelaskan lagi bahawa ada provokasi melampau untuk "menjustifikasikan" tembakan gas pemidh mata oleh pihak polis.

Marilah kita sama-sama berdoa agar kebenaran dan keadilan itu didedahkan.

اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه

Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba’ah,
wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah


Ya Allah, tunjukkanlah yang kebenaran itu sebagai kebenaran, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yangg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).



Tindakan Kejam Polis Conteng Arang Kepada Pemerintahan UMNO BN Pimpinan Najib

Pertembungan mungkin tangguhkan pilihan raya

Polis melepaskan gas pemedih mata dan meriam air dalam pertembungan dengan ribuan peserta yang membantah reformasi sistem pilihan raya hari ini, meningkatkan risiko tindak balas politik yang mungkin menyebabkan pilihan raya umum yang dijangka pada Jun ditangguhkan.

Polis pencegah rusuhan bertindak balas terhadap sesetengah peserta - sekurang-kurangnya 25,000 orang - daripada cuba merempuh penghadang ke Dataran Merdeka mendapat perintah larangan mahkamah daripada dimasuki. Mereka melepaskan berpuluh-puluh gas pemedih mata dan mengejar peserta di jalan raya.

Peserta juga bertindak balas dengan membaling botol dan kerusi kepada pegawai polis. Malah, kereta polis diterbalikkan peserta yang marah selepas ia melanggar peserta perhimpunan. Kebanyakan peserta bersurai awal petang tetapi pertembungan tetap berterusan sekali sekala.

"Mereka (polis) minta peserta bersurai tetapi tidak memberikan amaran yang cukup," kata Aminah Bakri, 27, dengan air mata mengalir disebabkan gas pemedih mata.

"Mereka tidak kisah."

Reaksi polis boleh memberi risiko kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najin Razak, yang jika dilihat terlalu keras mungkin memaksanya menangguhkan pilihan raya umum yang mesti diadakan sebelum Mac tahun depan. Pemerhati menjangkakan ia diadakan pada Jun. - Reauters/mk

Ulasan GB

Sehari sebelum Perhimpunan BERSIH 3.0 iaitu pada 27 April, GB sudah mengingatkan pihak polis bahawa BN Sah Keluar Dari Putrajaya Jika Polis Teruskan Tindakan Halang BERS✔H 3.0.

Ia menjadi kenyataan! Polis tidak belajar dari kesalahan masa lalu, meneruskan tindakan zalim dan kejamnya terhadap rakyat, terhadap peserta BERSIH 3.0.

Apabila kezaliman diulangi dan bermaharajalela, itu PETANDA JELAS bakal tumbangnya kerajaan UMNO BN.

Itu sunnatullah.

Salah satu sebab yang menyumbang kepada tumbangnya kerajaan Pusat UMNO BN nanti adalah kerana kezaliman mereka menganiaya rakyat sendiri yang mahu berhimpun secara aman...


Semalam juga GB telah menulis satu entri di blog ini: [Gambar & Video] Kezaliman Polis: Tembak Gas Pemedih & Rempuh Orang Awam Di Sogo

Video di bawah ini adalah salah satu bukti nyata kekejaman itu. Seorang peserta BERSIH yang tidak melawan, dibelasah, di tendang dan diterajang oleh beberapa anggota polis yang sempat dirakam oleh seorang peserta lain yang bersembunyi di dalam bangunan tingkat atas.



Itu baru satu.

Dan diberitakan beberapa kamera para wartawan, termasuk wartawan Al-Jazeera telah dirampas oleh pihak polis. Mengapa? Takut aksi terlampau terdedah? Namun tindakan merampas kamera para wartawan itu apa tah lagi wartawan antarabangsa seperti Al-Jazeera menjadikan satu dunia kini memandang jijik terhadap polis Malaysia. Dan apabil ada tanggapan negatif terhadap polis semacam tu, salah siapa?




Media Pro-UMNO Pendusta! Mengapa & Bagaimana Kereta Peronda Polis Diterbalik!

Kuala Lumpur: Seorang saksi memaklumkan, tindakan penunjuk perasaan terbalikkan kereta peronda polis adalah untuk menyelamatkan seorang gadis yang terperangkap di bawah kereta itu selepas dilanggar.

(AJK Bersih, Wong Chin Huat [memegang pembesar suara] meminta orang ramai bertenang dan bersurai selepas sebuah kereta peronda polis diterbalikkan bagi menyelamat seorang gadis yang terperangkap di bawahnya)

Ia berlaku selepas kereta peronda itu semacam hilang kawalan dan melanggar tiga orang termasuk seorang gadis Cina sehingga gadis malang itu terperosok di bawah kereta itu.

Untuk menyelamatkan gadis yang terperangkap di bawah kereta itu, mereka beramai-ramai memterbalikkan kereta peronda polis.

(Kereta peronda polis yang remuk teruk di hadapan selepas melanggar tembok Sogo dan tiga peserta perhimpunan. Ia menunjukkan ia dipandu dengan laju sebelum melanggar peserta perhimpunan.)

Menurut seorang aktivis dari Terengganu yang menyertai perhimpunan hari ini, kejadian itu berlaku di depan mata beliau berhampiran pasaraya Sogo.

"Ambe (maksudnya saya) petang (tadi) jadi saksi kejadian polis rempuh pendemo. YA! Memang ade provokasi tapi setelah check-check, rupanya yang start lempar botol air mineral kat kereta polis tu adalah Sahabat Bodoh (SB)...!

"Mana tak mengamuk polis tu sampaikan sanggup rempuh dengan laju orang awam di hadapan SOGO.


"Berita yang menyatakan ada meninggal tidak benar sama sekali, tiga yang dilanggar parah, seorang wanita cina terperosok bawah kereta polis, sebab tu orang ramai terbalikkan kereta polis, sebab nak selamatkan wanita tu.

(Salah seorang mangsa yang dirempuh kereta peronda polis, Su Kwang Hong, masih di rawat di Hospital Kuala Lumpur)

"Polis pun tak dak yang meninggal, walaupun dibelasah dengan agak teruk orang ramai yang tidak puas hati mereka langgar pendemo.

"Persoalannya sekarang kenapa polis tu sanggup rempuh orang ramai dengan laju, sampai retak dinding tangga SOGO tu.

"Suasana pilu, tangisan kedengaran melihat insiden itu.

"Ya, memang ada yang mulakan provokasi, dah kejar orang tu tapi tak sempat sebab dia naik motor lari," cerita saksi itu dalam facebooknya.

Cerita yang beliau tulis itu amat sepadan sekali dengan video yang disiarkan oleh Malaysiakini di bawah ini.

(Print screen dari video Malaysiakini yang menunjukkan seorang lelaki menundukkan kepala melihat ke bawah kereta sementara rakan-rakannya yang lain menterbalikkan kereta peronda polis itu)

Ia dapat disahkan apabila seorang wanita yang bersuara nyaring dalam video ini berkata, "Astaghfirullah...angkat-angkat" sementara seorang lagi peserta demonstrasi melihat ke bawah kereta peronda polis itu.

TV3 semalam menyiarkan video yang telah diedit bagaimana kereta peronda polis itu diterbalikkan oleh para peserta perhimpunan Bersih 3.0 hari ini.

Ia sangat jelas cuba mengelirukan orang ramai dan menyalahkan para peserta perhimpunan itu khasnya penganjur dan Pakatan Rakyat yang menyokongnya. -HD



Ulasan GB

Yang paling jelas menimbulkan persoalan ialah mengapa anggota polis yang merempuh itu, tatkala keluar dari keretanya, beliau memakai helmet.

Bersiap-sedia untuk dipukul?

Ternyata provokasi tersebut seperti "dirancang".

[Bergambar] BERSIH 3.0 Seantero Dunia: Pengerusi & Timb Pengerusi SPR, Letak Jawatan Segera - updated!

Jika sebelum ini GB pernah melaporkan bendera BERSIH berjaya dipacakkan di Gunung Everest dan Gunung Kinabalu, lain pula di Aceh, Indonesia.

Beberapa orang rakyat Malaysia yang berada di Pulau Aceh Indonesia turut sama menjayakan "perhimpunan BERSIH 3.0" dengan membawa banner ke dasar lautan Pulau Weh, Sabang, Aceh hari ini.

GB akan menyiarkan maklumat terperinci mengenainya apabila menerima laporan lengkap dari sahabat di sana.

Di Pulau Pinang, sekurang-kurangnya 7,000 orang berhimpun di Esplanade di George Town petang tadi dan Presiden Aliran, Francis Loh menyuarakan rasa terkejutnya dengan bilangan mereka yang hadir, lapor malaysiakini.

Loh yang pertama berucap berkata, beliau menjangka hanya 200 hingga 300 akan hadir, tetapi teruja dengan bilangan mereka yang komited menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan pemimpin Pakatan Rakyat juga turut hadir. Tidak ada sebarang gangguan sepanjang perhimpunan itu diadakan.

Kira-kira jam 2.30 petang, semua orang telah diminta untuk duduk, termasuk hantu yang hadir, menyebabkan orang ramai ketawa.

Orang ramai kemudiannya mula melaungkan, Bersih! Cuci! dan Bantah! sebanyak tiga kali.

Kemudian pada kira-kira jam 2.30 petang, jumlah hadirin melonjak kepada kira-kira 7,000; botol air diedarkan, beg sampah disediakan, dan peserta tidak meninggalkan sampah kotor selepas protes tersebut.

Mereka menyanyikan lagu Bersih dan lagu Negaraku, serta deklamasi sajak Sasterawan Negara Datuk A Samad Said oleh Mustafa K. Annuar dari Aliran.

Anggota Pusat Krisis Wanita dilihat turut menyertai perhimpunan tersebut, dengan penyokong anti-Lynas penyokong yang memakai
hijau membawa poster serta sepanduk mengenai perjuangan mereka menentang risiko radioaktif.

Sekumpulan rakyat Malaysia dari Los Angeles, Amerika Syarikat, turut membawa poster dengan slogan menuntut hak untuk mengundi, yang diketuai oleh jurutera Caterine Chow, yang merupakan pengundi kali pertama.

"Jika saya boleh lakukannya, sudah tentulah saya akan balik untuk mengundi, tetapi kita perlu bersedia. Kami harap pihak berkuasa dapat membolehkan kami mengundi dari mana kita berada," katanya.

Di Johor Bahru, Lebih 3,000 penyokong BERSIH berhimpun di Dataran Bandaraya di Johor Bahru untuk menyertai perhimpunan duduk bantah dengan lebih ramai tiba walaupun tempat itu dikawal ketat oleh polis.

Perhimpunan itu diadakan serentak di lapan negeri lain sebagai tanda
perpaduan bersama dengan 100,000 penyokong berpakaian kuning yang membanjiri kawasan Dataran Merdeka di Kuala Lumpur.

Orang ramai kedengaran melaungkan "Rakyat Melayu Rakyat Malaysia, Rakyat Cina Rakyat Malaysia, Rakyat India, Rakyat Malaysia".

Perhimpunan serentak itu juga diadakan oleh rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura di sebuah pusat membeli-belah di Johor Bahru Waterfront 7km dari Dataran Bandaraya, selepas pegawai Singapura enggan memberi permit polis untuk duduk bantah itu diadakan republik itu.

Perhimpunan di Kota Kinabalu menyaksikan lebih 500 berkumpul di Padang Merdeka sejak jam 2 petang di bawah pengawasan polis.

Sebuah helikopter polis itu juga dilihat berlegar-legar di kawasan itu.

Di Sarawak, 2,000 orang berkumpul di halaman Pejabat Daerah Miri tanpa sebarang gangguan, manakala lebih 500 orang berkumpul bertentangan dengan Bangunan Mahkamah berhampiran Waterfront Kuching.

Di Dubai, lebih 30 pekerja profesional Malaysia yang bertugas di Dubai sekarang berhimpun bagi menyatakan sokongan terhadap perjuangan untuk pilihan raya yang bersih dan adil, harakahdaily melaporkan.

Mereka 'Duduk Bantah sambil Makan' sambil mengambil gambar tanda sokongan kepada perjuangan Bersih.

"Sebagai pekerja profeional dari Malaysia, kami mahu tunjukkan kami juga patriotik. Kami mahu Malaysia dikenali sebagai pengamal demokrasi sebenar," kata jurucakap mereka.

Selain itu, difahamkan juga, beberapa tindakan dibuat bagi menunjukkan sokongan mereka terhadap perjuangan untuk mendapatkan pilihan raya yang berih dan adil.

Dubai adalah salah satu dari 30 kotaraya seluruh dunia yang turut meraikan perjuangan Bersih 3.0 dengan turut mengadakan perhimpunan di tempat mereka.

Semangat BERSIH 3.0 melimpah ke luar negara

Semangat perhimpunan BERSIH 3.0 di Kuala Lumpur telah melintasi zon masa, dengan ribuan orang turun ke jalan di Australia dan New Zealand untuk berarak bersama 100,000 rakan mereka di Malaysia.

Rakyat Malaysia di 35 buah negara dan 85 bandar di seluruh dunia, telah berikrar untuk "bersatu padu" dengan ribuan orang mula berhimpun sejak pagi di di beberapa lokasi di sekitar Dataran Merdeka untuk perhimpunan duduk bantah yang dirancang bermula jam 2 petang.

Menurut warga siber, lebih daripada 1,200 penyokong berhimpun di St Paul Court, Federation Square di Melbourne, sementara ratusan lagi dilaporkan berkumpul di Martin's Place di Sydney Martin di timur Australia pada jam 2 petang waktu Malaysia.

Perhimpunan di Melbourne dimeriahkan dengan persembahan muzik dan ucapan ahli-ahli politik berhaluan kiri.

"Diaspora Malaysia tidak dibenarkan untuk mengundi dalam pilihan raya Malaysia. Hanya pegawai kerajaan yang bertugas ke luar negara dan pelajar sepenuh masa serta pegawai tentera di luar negara dibenarkan mengundi," kata penyelaras BERSIH Melbourne Global David Teoh dalam satu wawancara dengan ABC Radio dua hari lalu .

Begitu juga dengan perhimpunan di Brisbane, Hobart, Canberra serta di Perth di Australia, dan di Auckland, New Zealand.

Duduk bantah Aotea Square di Auckland pada jam 1 tengahari waktu Malaysia bermula dengan penyokong menyanyikan lagu Negaraku.

Di Hong Kong, kira-kira 400 penyokong berkumpul di Sogo Department Store di Causeway Bay dan mula bergerak ke pejabat konsulat Malaysia.

Bagaimanapun, rakyat Malaysia di Singapura mengadakan protes mereka Johor Bahru Waterfront City pada jam 1.30 tengahari, kerana pihak berkuasa Singapura telah dinafikan mereka permit polis untuk mengadakan perhimpunan di Hong Lim Park di republik itu.

Di Thailand, lebih daripada 200 penyokong berarak ke Kedutaan Malaysia di Bangkok, begitu juga dengan kumpulan rakyat Malaysia di Vietnam, Filipina dan Indonesia untuk menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap sistem pilihan raya.

Penyokong BERSIH, sebahagian mereka pelajar, juga berhimpun dalam kumpulan kecil di India, Nepal, Sri Lanka, Bangladesh, Mesir, Arab Saudi, Afrika Selatan, Jordan, Korea dan China, dengan membawa pelekat dan poster menyokong tuntutan reformasi sistem pilihan raya .

Lebih ramai protes dijadual diadakan di Amerika Syarikat, Kanada dan Rusia, serta di 16 bandar di Eropah lewat hari ini.

Di Aceh di utara Sumatera, Indonesia, kira-kira sembilan perenang bergambar memegang sepanduk BERSIH di bawah air di Pulau Weh.
-mk


Ulasan GB

Satu dunia sudah bergegar dengan BERSIH 3.0. Ayuh, Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR, letak jawatan kamu segera. Letak jawatan dengan sukarela atau kamu nanti terpaksa meletak jawatan dengan keadaan yang hina!

BERSIH 3.0 di Esplanade, Pulau Pinang


BERSIH 3.0 di DBJB, Johor Bahru


BERSIH 3.0 di Ipoh


BERSIH 3.0 di Kota Kinabalu


BERSIH 3.0 di New York, USA


BERSIH 3.0 di Adelaide


BERSIH 3.0 di Auckland


BERSIH 3.0 di Melbourne


BERSIH 3.0 di Dublin


BERSIH 3.0 di Singapore


BERSIH 3.0 di Taiwan


BERSIH 3.0 di Sweden & Denmark


BERSIH 3.0 di Hong Kong


BERSIH 3.0 di Saigon, Vietnam


BERSIH 3.0 di Tokyo, Jepun


BERSIH 3.0 di Tasmania


BERSIH 3.0 di The Hague, Netherland


BERSIH 3.0 di Dubai


BERSIH 3.0 di Timur Tengah


BERSIH 3.0 di Sunderland & Newcastle


BERSIH 3.0 di Aceh