18 Okt 2012

Ust Idris Libas Mereka Yang Desak TGNA Letak Jawatan

Mursyidul Am: Umno bagai musang jaga reban ayam

Permintaan Umno supaya Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berundur sama seperti musang meminta menjaga reban ayam.

Demikian kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad ekoran tiba-tiba pemimpin Umno, Utusan Malaysia, bekas pemimpin PAS yang kena pecat Datuk Dr Hassan Ali, Datuk Nakhaei Ahmad yang keluar daripada PAS menyuruh Tuan Guru Nik Aziz berundur daripada jawatan Mursyidul Am PAS.

Katanya, tidak pernah berlaku di dalam mana-mana organisasi mereka yang bukan ahli hendak menentukan kepimpinan di dalam sebuah organisasi.

Jelasnya, PAS sebagai sebuah parti yang matang sesuai dengan usianya sudah menjangkau 61 tahun tentu tahu apa yang PAS putuskan.

"Tiba-tiba musuh PAS sedih kerana Tuan Guru Nik Aziz mencemar perjuangan Islam PAS.

“Sejak bila pula Umno dan media Umno iktiraf PAS sebagai parti Islam? Bukankah selama ini Umno mengatakan PAS bukan parti Islam,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Pujian itu, ujarnya seperti kata-kata Saidina ALi Karramallahuwajhah "Kalimah itu betul, maksud yang dikehendaki batil", ertinya puji ada makna yang tersirat.

Justeru, ujarnya tidak perlulah Umno cuba hendak melaga-lagakan pemimpin PAS kerana semua keputusan PAS bukan diputuskan oleh seorang, sebaliknya dimesyuarat terlebih dahulu.

Beliau menambah, agenda peribadi tidak akan diterima di dalam PAS.

“Tuan Guru Nik Aziz masih diperlukan di dalam barisan pimpinan PAS. Beliau tetap menjadi ikon, segala buah fikirannya tetap segar yang boleh menggoncang kuasa kerajaan BN.

“Beliau telah berjaya menunjukkan kepada masyarakat PAS bukan semacam Umno, meletakkan orang agama hanya untuk membaca doa tahlil dan marhaban sahaja,” katanya lagi.

Menurutnya, mulut penuh dengan "sagon" yang tidak mampu untuk menegur kemungkaran dan penyelewengan oleh kerajaan sedangkan Tuan Guru Nik Aziz telah memimpin perubahan di dalam pentadbiran negeri kemudian idea itu ditiru oleh kerajaan BN.

Beliau berkata, antaranya ialah cuti dua hari, rumah 3 bilik, pinjaman tanpa faedah, pajak gadai Islam, penggunaan dinar.

“Jika pemimpin Umno dan media Umno kononnya hendak membela PAS dengan meminta supaya Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat berundur kerana beliau telah terkeluar daripada dasar PAS.

“Permintaan Umno ini sama seperti musang meminta supaya menjaga reban ayam,” ujarnya sinis.

"Mr Porn Star" Dikecam Kerana Hina Hudud Lagi

Serangan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek terhadap hukum hudud dengan menggunakan sumber yang tidak sahih menaikkan kemarahan pelbagai pihak.

Tindakan ini disifatkan sebagai menambahkan lagi luka terhadap umat Islam apabila memetik kenyataan yang tidak sahih yang mendakwa 1.2 juta rakyat negara ini akan hilang pekerjaan jika hudud dilaksanakan.

Hanya berdasarkan satu sms yang tidak dikenali siapa penghantarnya, Chua Soi Lek membuat satu video blog mendakwa jika hudud dilaksanakan di negara ini, sebanyak 1.2 juta rakyat Malaysia bakal kehilangan kerja.

“Saya menerima satu SMS, saya cuba menghubungi orang tersebut, tapi sudah tentu dia tak jawab seperti biasa. SMS ini adalah satu kerisauan dan kami berharap ia adalah tidak benar.

"SMS ini menyatakan bahawa MCA sentiasa bercakap tentang hudud tapi tidak tentang pekerjaan yang bakal kehilangan akibat penguatkuasaan hukum hudud di negara ini,” kata Chua dalam videonya.

Chua berkata orang tersebut menyatakan seramai 1.2 juta rakyat Malaysia akan terjejas jika hudud dilaksanakan.

Angka tersebut meliputi pekerjaan Genting Berhad, kedai perjudian, internet café, rumah urut dan sektor pelancongan.

“Ini akan menjadi realiti jika PAS menjadi parti dominan di dalam Pakatan Rakyat. Dan PAS akan menjadi satu parti yang dominan dalam PR,” kata Chua.

Chua berkata Kelantan sudah lama menghentikan perjualan alkohol.

“Susah benar nak cari kedai menjual arak di Kelantan. Tiada panggung wayang.Tiada tempat spa, refleksologi, kedai perjudian sudah menjadi sejarah,” kata Chua.

Chua turut menyatakan perkara berikut kepada para penonton videonya yang tidak berpuas hati dengan Barisan Nasional.

“Ya, memang ada perkara yang tidak menyenangkan hati dengan BN, tapi anda tidak seharusnya mengundi sehingga 1.2 juta rakyat kehilangan pekerjaan,” kata Chua, yang secara jelas bersetuju dengan dakwaan SMS yang menghina hukum-hakam Allah tersebut.

Sementara itu, para pembaca laman Malaysiakini yang mula menyiarkan kenyataan Chua ini menyerangnya dengan menggelarnya 'Mr. Porn Star'.

Seorang pembaca yang menggunakan nama Mubarak menulis: "Such a "simplistic" conclusion based on sms from whom you do not know! Come on Porn Star, if you are not sure, have a forum or seminar with those that have the brains and knowledge. If you can't, than "SHUT UP!!" and don't spread fear to others."

(Kesimpulan yang terlalu mudah dibuat hanya dari satu sms yang kamu tidak tahu! Mr Porn Star, jika kamu tidak yakin, buatlah seminar atau forum dengan memanggil mereka yang ada akal dan ilmu.

Jika tidak, baik diam dan jangan sebarkan ketakutan kepada orang lain).

Seorang lagi pembaca yang menggunakan nama PuakChuk berkata "This is not spreading fears, but spreading jokes!!!.

(Ini bukan menyebarkan ketakutan tetapi menyebarkan jenaka).

Pembaca yang menggunakan nama 'mohd' pula menulis: "Thank you soi lek, you make it easier to convince those muslim malays to vote for PAS."

(Terima kasih Soi Lek, kamu telah membuatkan usaha untuk memujuk orang Melayu Islam mengundi PAS lebih mudah)

Ulasan GB

UMNO dan para pencacainya diam tanda setuju?

Taksub Kebersihan: Cuci Tangan 300 Kali Sehari, Syampu 25 Kali Sehari, Mandi Lima Jam!

Penyakit terlalu taksub dengan kebersihan memang wujud di dunia ini.

Para saintis juga sudah mengelaskan penyakit ini sebagai OCD atau ‘Obsessive Compulsive Disorder’.

Tetapi berbeza bagi wanita berusia 40 tahun ini, penyakit OCD yang dialaminya itu telah memudaratkan dirinya sehingga dibuang kerja! Sebabnya, dia akan mencuci tangan 300 kali sehari dan syampu rambut 25 kali sehari!

Malah apabila mandi dia akan mengambil masa hampir lima jam!

Bayangkan berapa banyak masa yang diperlukannya dalam satu hari semata-mata untuk membersihkan diri.

Nampak seperti kerja gila. Tetapi itulah yang dialami oleh Julia Abdullah seorang rakyat Malaysia.

Penyakitnya ini datang kira-kira 20 tahun lalu, iaitu semasa dia bekerja di makmal perubatan yang memerlukannya menguruskan contoh-contoh darah dari penyakit HIV.

Oleh kerana terlampau menghabiskan masa dengan membersihkan diri, dia terpaksa dibuang kerja kerana sering datang lewat.

Malah, ‘tabiatnya’ itu menyebabkan bil elektrik dan air melambung tinggi.

Kasihan sungguh, penyakit terlalu taksub dengan kebersihan ini telah memudaratkan dirinya malah ia juga sukar dibendung.

Kini, Kak Julia sedang mengikuti satu kelas bagi membolehkan dirinya mengawal nafsu daripada terus membersihkan diri.

Malah Kak Julia sering melibatkan diri dengan aktiviti yang dianjurkan oleh World Mental Health.

Apa yang berlaku pada Kak Julia mendapat perhatian dunia apabila kisahnya kini banyak tersebar dalam blog dan portal luar negara.

Alahai Kak Julia… -mynewshub

Blog Porno: Pelajar Undang-Undang NUS Berdepan Tindakan Disiplin

Pelajar Malaysia yang memuat naik gambar bogelnya bersama teman wanitanya di blognya bakal berhadapan dengan inkuiri disiplin.

Menurut National University of Singapore (NUS), pemegang biasiswa Asean, Alvin Tan Jye Lee telah diberikan surat tunjuk sebab sebelum sebuah jawatankuasa mengambil tindakan lanjut diambil terhadapnya.

Jurucakap NUS berkata The Straits Times of Singapore memberitahu, Tan yang juga pelajar jurusan undang-undang tidak menerima biasiswa berkenaan kerana dia sedang bercuti.

Tan telah dinasihatkan agar membuang semua gambar dan video yang dimuatnaik sebelum ini.

Jurucakap itu berkata pihak universiti mempunyai proses pemilihan ketat terhadap penerima-penerima biasiswa berdasarkan pencapaian akademik mereka dan pencapaian peribadi.

"Ini bukan memberi bayangan bahawa semua sarjana-sarjana kami seperti dia (Tan).

"Kebanyakannya pelajar-pelajar kami memberi sumbangan yang bermakna terhadap komuniti NUS, " katanya. -mstar

Malaysian scholar in Singapore courts controversy with ‘sumptuous’ sex blog.

KUALA LUMPUR, Oct 16 — A Malaysian National University of Singapore (NUS) law scholarship holder has stirred up controversy after he posted photographs and videos of his girlfriend — also from Malaysia — and him having sex, on his blog, which he has been forced to remove after it went viral in recent days.

Alvin Tan Jye Yee told Yahoo! Singapore that he had taken down his joint sex blog with his girlfriend “because there’s been too much trouble for this and we want to stay out of trouble”.

The NUS student said erotic photos and videos of himself and his girlfriend going viral was “exciting”, according to Yahoo! Singapore.

On the site “Sumptuous Erotica“, Tan and his girlfriend Vivian Lee said they loved posting details of their sex life on the web “for everyone to enjoy” and that they uploaded only self-made content.

Tan and Lee are understood to be back home in Malaysia.

According to Singapore’s Straits Times, Tan went to Singapore on an Asean scholarship in 2004 and attended Xinmin Secondary School and Raffles Junior College.

The newspaper said he went on to NUS on an Asean undergraduate scholarship and took a leave of absence last year to start his own firm.

He told the Straits Times that he aims to return to NUS in January to finish his studies.

Tan began posting the photos and videos of himself and his girlfriend, a 23-year-old Malaysian whom he got to know through Facebook, on his private blog last month.

On Sunday, he posted the blog’s address on the popular HardwareZone forum, the Straits Times reported.

“It exploded from there.

The last I checked, we had about 20,000 page views when previously we had only about 1,000,” he said.

“What can (NUS) do? Terminate my scholarship or expel me? I can’t say I will be fine with it, but if it happens, I can accept it.

I’ve started my company and I have my own savings,” he added.

In an interview with Yahoo! Singapore this morning, Tan talked about why he started the blog and about facing the consequences of his postings.

“One fine day, we were just fooling around and my girlfriend had the idea of taking nude photos, just taking them, not necessarily uploading them.

With more and more photos that we took, we started to want some sort of recognition for our work so we started uploading them on FB but we blurred out the critical parts,” he said.

As the photos kept on getting flagged and being taken down, he said they started the blog at the end of September this year.

He and his girlfriend have even been approached by companies in Singapore to endorse sex toys and lingerie, he disclosed. -TMI




Pastikan RM250 juta NFC Dikembalikan, KEADILAN Cadangkan Kenakan "Jaminan Peribadi"

Laporan Ketua Audit Negara 2011 menyatakan beberapa langkah yang dipertimbangkan oleh Kerajaan Persekutuan terhadap NFC berikutan kegagalannya memenuhi syarat perjanjian yang ditandatangani dan prestasi projek yang tidak dicapai.

Salah satu langkah yang dipertimbangkan adalah mengambil tindakan undang-undang sivil (bermakna menyaman NFC), seperti yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negara.

KEADILAN menolak langkah mengambil tindakan undang-undang sivil ke atas NFC atas dasar ia tidak menjamin bahawa dana awam RM250 juta dapat dikutip sepenuhnya, berasaskan perkara-perkara berikut:

1. Perjanjian yang dimeterai adalah di antara Kerajaan Malaysia dan NFCorp, maka sebarang tindakan undang-undang sivil seperti saman akan hanya melibatkan NFCorp;
2. Perlakuan penyelewengan dan pembelian aset mewah yang tidak ada kena mengena dengan projek fidlot kebangsaan banyak berlaku di dalam syarikat-syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil, bukannya NFCorp;
3. Syarikat-syarikat ini secara undang-undang tidak mempunyai apa-apa tanggungjawab atau obligasi kepada kerajaan atau pun perjanjian dana awam RM250 juta kerana ia hanya melibatkan NFCorp, maka ia tidak boleh disaman;
4. NFCorp tidak mempunyai aset yang besar dan mengalami kerugian sejak ia beroperasi.

Jika Kerajaan Persekutuan berjaya sekali pun di dalam tindakan saman sivilnya, NFCorp boleh sahaja diisytiharkan muflis tetapi tidak masih mampu membayar kembali RM250 juta yang dipinjam.

Oleh sebab itulah, KEADILAN sejak dari awal lagi mengesyorkan kepada Kerajaan Persekutuan untuk mengenakan “jaminan peribadi” (“personal guarantee”) terhadap Dato’ Seri Shahrizat Jalil dan keluarganya agar semua harta mereka (termasuk hartanah mewah yang dibeli melalui syarikat-syarikat milik keluarga mereka tetapi menggunakan dana dari NFCorp) boleh disita bagi mendapatkan kembali RM250 juta dana awam yang diselewengkan.

Pada masa yang sama, pihak berkuasa termasuklah Peguam Negara dan Bank Negara Malaysia sepatutnya telah pun mengambil tindakan di bawah Akta Anti Pengubahan Wang (Anti Money Laundering Act, AMLA) seperti yang pernah disyorkan sebelum ini, agar sebarang aset mereka boleh dibekukan dan disita.

Saya mengalu-alukan pendedahan di dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011 mengenai NFC kerana ia melambangkan sikap Dato’ Seri Najib Tun Razak yang hanya mahu melengah-lengahkan tindakan diambil ke atas NFC (dengan harapan Barisan Nasional menang PRU13 dan isu ini boleh dipadamkan). Pendirian Kerajaan Persekutuan yang hanya mahu mengambil tindakan undang-undang sivil, bukannya tindakan tegas dengan mengenakan “jaminan peribadi” atau pembekuan aset/sita aset di bawah AMLA mengesahkan bahawa Barisan Nasional tidak berniat mendapatkan kembali RM250 juta dana awam yang telah disalurkan kepada NFC.

KEADILAN akan tetap bersuara demi memastikan segala usaha diambil untuk mendapatkan kembali wang RM250 juta tersebut.

Rafizi Ramli
Pengarah Strategi KEADILAN
16 Oktober 2012

Akhirnya Pensyarah Hina Rakyat Kelantan Mohon Maaf Secara Terbuka



Benarlah kata orang tua, hati-hati bermain api kelak merana diri. Inilah yang dihadapi Shafiei Rosli. Semalam ( kmarin bagi ore Kelate ) ada menghubungi pihak I ♥ KELANTAN untuk membantunya untuk menyiarkan permohonan maaf kepada seluruh rakyat Kelantan di mana jua berada.

Hasil konsultasi dengan beberapa admin lain, pihak I ♥ KELANTAN menggariskan prosuder permohonan maaf yang mana mestilah mengeluarkan satu kenyataan rasmi ( bertaip dan bertandatangan beliau sendiri ) untuk dipaparkan disini.

Alhamduillah, beliau mengaku akan kesilapannnya dan tidak akan mengulangi kenyataan berbaur 'hasutan dan anti-Kelantan' di laman FB , ditambah pula atas kapasiti beliau seorang warga akademik Tutor Sambilan di UTM Skudai.

Jika permohonan itu adalah langkah selamat untuk beliau mahu 'menyelamatkan' kerjaya beliau di UTM, sememangnya kami warga Kelantan amat mengecam sekeras-kerasnya. Namun melalui tulisannya, ada menyebut nama Allah pihak kami juga berharap benar-benar beliau meminta maaf atas kapasiti seorang Islam.

Walaubagaimanapun, isu ini sudah sampai kepada orang no 1 UTM, Skudai iaitu Naib Canselor UTM, Prof Zaini Ujang.

Ternyata, ini mempalit seribu kekesalan oleh warga akademik dari seluruh Malaysia terutama warga UTM sendiri atas keceluparan beliau menulis tanpa akal. Pihak I ♥ KELANTAN bukanlah mahu menjadi batu api ataupun membesarkan isu ini. Tetapi, bagi kami isu 'anti-Kelantan' wajar ditentang dan dihapuskan setelah hampir 22 tahun media perdana tempatan menghebohkan hanya keburukan warga Kelantan.

Di Kelantan, kami dididik oleh orang tua kami untuk tidak berdendam walau sejahat mana pun kejahatan yang dibuat kepada kami. Kami perlu bangkit menentang sesiapa saja yang menyiarkan apa-apa artikel ataupun pandangan 'anti-Kelantan' kerana ia ibarat menghina ibu kami, menghina bapa kami, menghina menteri besar kami, dan menghina Sultan Kami.

Ia sebagai pengajaran mana-mana pihak yang masih lagi memainkan isu 'anti-Kelantan' di masa akan datang. Kepada mereka diluar sana yang masih memainkan isu anti-Kelantan jangan biarkan kami rakyat Kelantan mengesan anda. Ingat, inilah padahnya bermain api.

Berikut merupakan kenyataan rasmi Rosli Shafiei, dari Johor berhubung kenyataan anti-Kelantan nya .

Rakyat Kelantan Bina Lebuh Raya Sendiri : Kerajaan Umno-BN Patut Malu



KKerajaan Pusat pimpinan Umno-BN patut merasa malu apabila rakyat Kelantan mengambil inisiatif sendiri untuk membina lebuh raya Kota Bharu ke Kuala Krai.

Sikap Kementerian Kerja Raya memberikan jawapan berdolak dalik berkenaan isu lebuh raya itu menyebabkan Kerajaan Negeri Kelantan menyelar tindakan Kerajaan Pusat kerana menafikan hak rakyat.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, Kerajaan Pusat yang kononnya bermaruah seharusnya berasa malu dengan tindakan Kerajaan Negeri Kelantan untuk membina lebuh raya itu menggunakan derma dan waqaf rakyat.

“Rakyat sebaliknya atas inisiatif sendiri mengguna sistem waqaf untuk memenuhi hak keperluan rakyat membina lebuh raya itu,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen.

Sebelum itu, dalam perbahasan rang Undang-Undang Perbekalan 2013, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor menjelaskan kementeriannya tidak pernah menerima permohonan rasmi daripada Kerajaan Negeri Kelantan berhubung pembinaan lebuh raya itu.

Bagaimanapun Shaziman berkata, beliau hanya menerima panggilan telefon daripada salah seorang Exco Negeri Kelantan mengenai majlis pecah tanah untuk projek itu.

Sementara itu, Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar berkata, kenyataan Shaziman di Dewan Rakyat itu adalah cubaan menutup janji Kerajaan Pusat untuk projek itu dalam Rancangan Malaysia Ke-8(RMK-8).

“Kami tidak berpuas hati dengan jawapan menteri itu, dulu Kerajaan Pusat pernah janji pada tahun 1996.

“Oleh kerana kami sedar, jadi PAS Kelantan mengambil inisiatif itu,” katanya.

Beliau menambah setakat ini Kerajaan Negeri Kelantan berjaya mengutip RM4juta daripada RM1.8 bilion yang diperlukan untuk pembinaan lebuh raya itu.

Lebuh raya: Menteri cuba alih kepada air Kelantan

KUALA LUMPUR: Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor cuba menutup kegagalan kerajaan pusat membina lebuh raya Kuala Krai-Kota Bharu yang pernah dijanjikan semenjak tahun 1996 apabila cuba mengalih kepada isu air Kelantan.

Ahli Parlimen PAS melahirkan rasa tidak puas hati apabila menteri berkenaan terus berdolak-dalik setelah mereka membangkitkan isu lebuh raya berkenaan.

Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaffar berkata, pembinaan lebuh raya itu adalah sebahagian daripada cadangan kerajaan pusat yang bermula di Pahang seterusnya ke Kota Bharu.

Malah katanya, menteri juga akui walaupun ada cadangan untuk meningkatkan taraf jalan tersebut tetapi kos terlalu tinggi menyebabkan kerajaan pusat membatalkan rancangan tersebut.

Katanya, kerajaan Kelantan sedar akan keperluan lebuh raya tersebut amat mendesak dan kegagalan kerajaan pusat untuk melaksanakannya maka kerajaan negeri terpaksa memulakan inisiatif untuk melaksanakan lebuh raya tersebut.

"Saya menyeru supaya kerajaan pusat khususnya Kementerian Kerja Raya mengambil inisiatif untuk berbincang tetapi jawapan mereka negatif dan mengalih kepada isu air dan sebagainya," katanya dalam sidang media di lobi parlimen. Menurutnya, Kelantan mempunyai banyak sejarah misalnya kerajaan negeri membina Jambatan Sultan Yahya pertama pada tahun 1960 tanpa memerlukan bantuan pusat walaupun ia adalah tanggungjawab kerajaan pusat.

"Ternyata dalam kes pembangunan negeri Kelantan, kerajaan pusat amat negatif. Setelah kerajaan negeri ingin menambah Jambatan Sultan Yahya yang baru kerajaan pusat tiba-tiba dengan segera membina jambatan yang baru, sehingga hari ini masih tidak siap.

"Inilah yang kita kesalkan kerajaan pusat tidak mempunyai sikap positif dan ikhlas membina jambatan tersebut," katanya.

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata, pemberian royalti sebanyak RM10.4 billion akan memberi kemampuan kepada Kelantan untuk mendapatkan RM1.8 billion bagi membina lebuh raya berkenaan.

Malangnya, kata beliau rakyat sudah berputus asa dengan janji Kerajaan Pusat sehingga terpaksa menggunakan sistem wakaf untuk membina lebuh raya yang menjadi keperluan mereka.

"Kerajaan pusat seolah-olah tidak faham peranan dan tanggungjawab mereka. Saya akan katakan kerajaan pusat tetap menganatirikan rakyat kelantan," katanya.

Ahli Parlimen Pasir Putih Mohammad Husin kecewa apabila kerajaan menanguhkan projek lebuh raya itu ke dalam RMK-11.

"Projek ini diumumkan zaman Abdullah Badawi bermula dalam RMK-8, kemudian ditangguhkan ke RMK-9, RMK-10 dan akhirnya hari ini ditangguh lagi ke RMK-11," katanya kesal.

Terdahulu, Shahziman dalam penggulungan Kementerian Kerja Raya memberitahu kerajaan tidak pernah membatalkan projek lebuh raya ini sebaliknya hanya menangguhkan untuk penilaian semula.

Shahziman juga tidak yakin sebanyak RM1.8 billion boleh dicapai melalui kutipan yang dilancarkan oleh kerajaan Kelantan.
-HD


Ulasan GB

Diskriminasi Kerajaan Persekutuan terhadap pembangunan di negeri Kelantan adalah satu kezaliman dan kekejaman UMNO BN.

Dengan sebab kezaliman dan kekejaman itu, hukum kebenaran dan keadilan menetapkan UMNO BN akan dihumban keluar dari Putrajaya.

Hanya menunggukan masa dan saat ketikanya!!