24 Feb 2009

Senarai Anggota Lembaga dan Panel SPRM

Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad, adalah antara anggota Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang diumumkan di sini hari ini.

Turut dilantik, Pengerusi Institut Akhbar Malaysia yang juga Penasihat Editorial Bernama, Datuk Seri Azman Ujang, sebagai anggota Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah, SPRM.

Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub dan Ahli Parlimen Kepong Dr. Tan Seng Giaw turut dilantik sebagai anggota Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah bersama lima orang yang lain.

Pengumuman dan penerimaan pelantikan berlangsung selepas majlis pelancaran SPRM oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, pagi ini.

SPRM wujud mulai 1 Januari tahun ini bagi menggantikan Badan Pencegah Rasuah(BPR). Tujuan utamanya adalah untuk membasmi semua bentuk rasuah, salah guna kuasa dan dan penyelewengan.

Berikut ialah senarai penuh pelantikan yang diumum hari ini:

Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah

1. Tun Abdul Hamid Mohamad (Bekas Ketua Hakim Negara)
2. Tan Sri Hamid Bugo (Bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak)
3. Prof Tan Sri Dr Mohd Kamal Hassan (UIAM)
4. Tan Sri Mohamed Jawhar Hassan (Pengerusi ISIS Malaysia)
5. Tan Sri Simon Sipaun (Pesuruhjaya Suhakam)
6. Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas (Presiden, Institut Tadbir Urus Korporat Malaysia)
7. Puan Sri Zaiton Zawiyah Puteh (Bekas Peguam Cara, Pejabat Peguam Negara)
8. Datuk Rashpal Singh
9. Tan Sri Yong Poh Kon (Pengarah Urusan Royal Selangor International Sdn Bhd)
10. Datuk Anwar Fazal (Pengarah, Right Livelihood College, USM)
11. Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim (UM)
12. R Chelvarajah (Peguam dengan Sault & Co, Melaka)

Panel Perundingan Dan Pencegahan Rasuah

1. Datuk Seri Azman Ujang (Pengerusi Institut Akhbar Malaysia)
2. Tan Sri Ramon Navaratnam (Presiden Transparency International Malaysia)
3. Prof Datuk Dr Abdul Rahman Embong (IKMAS)
4. Dr Zainal Abidin Abdul Majid (Business Ethics Institute of Malaysia)
5. Datuk David Chua (Pengarah Urusan DC&A Group Sdn Bhd)
6. Datuk Seri Wong Chun Wai (Ketua Pengarang Star Publication)
7. Datuk Kamaruddin Zakaria
8. Tan Sri Nordin Kardi (Naib Canselor UUM)
9. Datuk Prof Dr Ishak Tambi Kechik (Bekas Naib Canselor USM)
10. Anis Yusal Yusoff (Fellow Utama KITA,UKM)
11. Tan Sri Robert Phang Miow Sin (Exco, Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia)

Panel Penilaian Operasi

1. Tan Sri Dr Hadenan Abdul Jalil (Pengerusi Takaful M''sia Berhad)
2. Datuk Cecil Abraham (Konsultan di Zul Rafique & Partners)
3. Nik Mohd Hasyudeen Yusoff (Presiden Malaysian Institute of Accountants)
4. Walter Sandosam (Presiden The Institute of Internal Auditors Malaysia)
5. Datin Aminah Pit Abdul Raman (Amanah Raya Berhad)
6. Datuk Md Hamzah Md Kassim (CEO IA Group)
7. Prof Dr Syed Noh Syed Ahmad (UiTM)

Jawatankuasa Aduan

1. Datuk Mohd Nor Abdullah (Bekas Hakim Mahkamah Rayuan)
2. Datuk Muhammad Mohd Noor (Bekas Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri)
3. Datuk Wan Abdul Wahab Abdullah (Bekas Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam)
4. Chooi Mun Sau (Peguam bela & Peguam cara)
5. Ravindran V.Muthu (Peguam bela & Peguam cara)

Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah

1. Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad (Anggota Parlimen Kangar)
2. Datuk Razali Ibrahim (Anggota Parlimen Muar)
3. Datuk Abdul Rahman Dahlan (Anggota Parlimen Kota Belud)
4. Dr Tan Seng Giaw (Anggota Parlimen Kepong)
5. Salahuddin Ayub (Anggota Parlimen Kubang Kerian)
6. Senator Zamri Yusuf (Kedah)
7. Senator Datuk Armani Mahirudin (Sabah)

Salahuddin Cabar Hishamuddin Debat Isu PPSMI

Ketua Pemuda PAS, YB Salahuddin Ayub mencabar Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishamuddin Hussein untuk berdebat di dalam satu siaran lansung membincagkan isu Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains di dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Salahuddin menyerahkan kepada Ketua Pergerakan Pemuda UMNO itu untuk menetapkan masa dan tempat untuk tujuan debat berkenaan.

Menteir Pelajaran itu diberi seminggu untuk menyahut cabaran tersebut.

Di Dewan Rakyat, memorandum untuk mengadakan perdebatan itu telah diserahkan kepada Timbalan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang menyatakan kesediaan beliau secara pribadi untuk berdebat dengan Pemuda PAS dalam isu PPSMI.

Dalam sidang media di lobi parlimen itu, Khairy berjanji akan membawa surat tersebut untuk dibincangkan dalam mesyuarat Pemuda UMNO.

Sidang media pagi tadi turut dihadiri oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Mahfuz Omar, Exco Pemuda PAS Pusat, Firdaus dan Kamaruzaman Mohamad.

Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena) sebelum ini telah membuat laporan polis terhadap Kementerian Pelajaran di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields, Kuala Lumpur. Ini merupakan langkah pertama sebelum tindakkan undang-undang akan dibuat selepas ini. Gapena berpendapat PPSMI telah menyalahi Seksyen 17(1) Akta Pendidikan yang memperuntukkan bahawa Bahasa Kebangsaan iaitu bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di semua institusi pendidikan kebangsaan, kecuali sekolah jenis kebangsaan. Ia juga bertentangan dengan Perkara 152 (1) dan 152 (6) Perlembagaan Persekutuan berkaitan penggunaan Bahasa Kebangsaan iaitu Bahasa Melayu untuk urusan rasmi.

Menteri Pelajaran Dato’ Hishamuddin Tun Hussin tetap berdegil meneruskan dasar ini dengan mendabik dada bahawa dasar PPSMI telah meningkatkan pencapaian pelajar di dalam peperiksaan UPSR dan PMR.

Memo Sokong Elizabeth Wong Kepada MB

Satu memorandum yang ditandatangani oleh 10,000 penduduk yang menyokong Elizabeth Wong telah diserahkan kepada MB Selangor, YAB Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini bagi merayu ADUN Bukit Lanjan Elizabeth Wong tidak meletakkkan jawatannya.

Memorandum tersebut diserahkan oleh Pengerusi Gabungan Persatuan Penduduk Bukit Lanjan kepada Bobby Gan kepada Setiausaha Politik MB Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Gan dalam sidang medianya selepas itu berkata, kempen menyokong Elizabeth melalui petisyen itu dimulakan Rabu lalu di beberapa kawasan dalam parlimen Subang - antaranya Bukit Gasing dan Kota Damansara - serta di Bukit Antarabangsa.

Ketika ditanya mengapa penduduk Bukit Antarabangsa terlibat sama dalam petisyen tersebut, Gan berkata, penduduk setempat berterima kasih kepada Elizabeth sebagai exco alam sekitar yang memainkan peranan menangani tragedi tanah runtuh di kawasan tersebut Disember lalu.

Petisyen tersebut yang turut menerima tandatangan orang ramai melalui talian itu, dijilid kemas dalam sebuah buku.

Kata Gan lagi, berdasarkan maklum balas sepanjang mengadakan kempen tersebut yang berakhir semalam, beliau mendapati ramai penduduk di kawasan-kawasan terbabit memberi sokongan moral kepada Elizabeth dan menolak tawarannya untuk meletakan jawatan wakil rakyat dan exco negeri.

Elizabeth Wong yang tertekan ekoran isu berita gambar kurang sopannya yang mula disiarkan oleh akhbar yang The Malay Mail yang dengan pengamalan dasar kewartawanan longkangnya sehinggalah ia memaksa ADUN berkenaan menawarkan diri meletakkan jawatannya dan bercuti di luarnegara.

Ini diperburukkan lagi dengan desakan beberapa pemimpin UMNO seperti bekas Menteri Besar Selangor yang mengeksploitasikan isu tersebut untuk mengalihkan pandangan masyarakat terhadap banyak isu penyelewengan dan rasuah yang dihadapinya serta untuk mendapat publisiti murahan menjelang perhimpunan UMNO Mac depan dimana beliau akan bertanding untuk jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO.

Pemerhati politik berpendapat sekalipun jika benar Elizabeth Wong ingin meneruskan hasratnya untuk meletakkan jawatannya, adalah amat mustahil untuk BN merampas kerusi Bukit Lanjan berkenaan dari Pakatan Rakyat ketika ini kerana BN kini sedang menghadapi pergolakan yang sedang membawa kehancurannya. Ini dapat dilihat perkembangan mutakhir dimana pemimpin BN dilihat telah melakukan "jenayah politik" apabila Timbalan Perdana Menteri, Najib Tun Razak melaksanakan "grand design"nya merampas kerajaan Perak serta menubuhkan sebuah kerajaan haram BN dinegeri tesebut.

DAP Akan Saman Utusan Malaysia

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menafikan laporan akbar Utusan Malaysia kononnya kerajaan negeri telah menubuhkan majlis perundingan antara agama tahun lalu.

"Semua itu satu pembohongan... kita tidak ada majlis seumpama itu," katanya kepada pemberita di Parlimen hari ini.

Katanya, beliau telah mengarahkan peguamnya supaya memfailkan saman fitnah terhadap akhbar tersebut kerana menyiarkan berita yang tidak benar.

"Dan jika mereka mempunyai sebarang bukti yang kita menubukan majlis seumpama itu, maka bawalah ke mahkamah," katanya.

Utusan Malaysia menyiarkan di muka depannya laporan bahawa kerajaan Pulau Pinang telah menghina Islam dengan penubuhan majlis perundingan antara agama.

Akhbar tersebut memetik Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Shabudin Yahaya sebagai berkata, cubaan menyamakan Islam dengan agama lain menghina Islam.

Katanya, MAINPP berasa cukup tersinggung apabila ada beberapa ahli jawatankuasa (AJK) majlis tersebut terdiri daripada orang Melayu.

Ahli Parlimen Shah Alam, YB Khalid Samad, rakyat harus berwaspada terhadap jenis kewartawanan yang dipelupori oleh Utusan Malaysia.

Beliau menyatakan bahawa kita sepatutnya mengikuti nasihat DYMM Yang Dipertuan Agong supaya semua pengamal media termasuklah blogger supaya tidak menimbulkan isu perkauman yang sempit, salahfaham ugama dan melaga-lagakan rakyat.

"Utusan Malaysia menyiarkan headline yang tidak tepat, mengelirukan dan bersifat menghasut."

Khalid berkata tindakan Utusan itu tidak lain untuk menggagalkan usaha Pakatan Rakyat memantapkan persefahaman dikalangan penganut pelbagai ugama.

Bekas Ketua Pengarang NSTP, A.Kadir Jasin menasihati pengamal media supaya bertanggungjawab apabila menyiarkan berit amengenai ugama.

Utusan Malaysia di dalam riaksinya memetik Shabudin yang menjelaskan bahawa kenyataannya berhubung Majlis Perundingan Antara Agama adalah berdasarkan kepada laporan yang disiarkan di dalam akhbar sebelum ini.

Katanya beliau mempunyai bukti untuk menyokong kenyataannya semalam yang meminta penubuhan majlis itu dihentikan kerana ia meletakkan Islam setaraf dengan agama-agama lain.

“Saya dapat maklumat mengenai majlis ini melalui laporan yang disiarkan dalam akhbar,” katanya selepas majlis menyerahkan peruntukan RM4.18 juta kepada 52 kontraktor untuk melaksanakan kerja menaik taraf 74 masjid dan surau di Pulau Pinang.

Ditanya mengenai hasrat Lim untuk menyaman akhbar Utusan Melaysia yang menyiarkan laporan berhubung penubuhan majlis itu, Shabudin berkata: “Kalau nak saman, saman lah, kita ada bukti.”



Abdullah Tegur SPRM

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah telah meminta supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak hanya sebagai satu usaha menjanamakan semula BPR (Badan pencegah Rasuah) kepada SPRM tanpa perubahan ketara ke atas struktur dan keberkesanannya.

Berucap di majlis pelancaran rasmi SPRM pagi tadi Abdullah menyatakan:

"Kita sedar bahawa isu-isu berhubung persepsi ketidak-bebasan SPRM, tuduhan sebagai harimau tak bergigi, penguatkuasan berpilih, kelewatan bertindak serta tuduhan penyiasatan tidak profesyenal sedikit sebanyak telah menjejaskan imej dan kredibiliti BPR (SPRM)."

Banyak pihak melihat teguran Abdullah yang disampaikan dihadapan semua pegawai SPRM itu tepat pada masanya setelah SPRM baru saja dikritik hebat ekoran tindak-tanduk dan kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Ahmad Said Hamdan baru-baru yang telah menyatakan SPRM mempunyai bukti kukuh di dalam kes pembelian 46 ekor lembu korban dan penyenggaran kereta peribadi oleh Menteri Besar Selangor, YAB Tan Sri Khalid Ibrahim.

Majlis perasmian SPRM ini entah mengapa tidak mendapat liputan atau laporan oleh akhbar-akhbar arus perdana di dalam edisi mutakhirnya hari ini.

Ketua Pesuruhjaya SPRM itu telah menerima kecaman hebat dari pelbagai pihak kerana didakwa telah bertindak melebihi bidang kuasa beliau.

Tan Sri Khalid telah pun menjawab semua tuduhan Ahamda Said Hamdan itu dan Menteri besar Selangor itu berkata beliau tidak lari dan tidak takut dengan tuduhan yang dlemparkan berdasarkan aduan Khir Toyo dan Gerak.

SPRM telah dilihat sebagai lembu yang dicucuk hidungnya apabila melakukan tindakan secara selektif dengan mengabaikan ratusan aduan yang dibuat oleh Pakatan Rakyat bersabit dengan kes rasuah pemimpin-pemimpin UMNO-BN.

Sehubungan dengan itu, Kelab GB merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada Ketua Pemuda PAS Pusat, YB Salehuddin Ayub yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian yang telah dilantik sebagai salah seorang ahli suhuhanjaya SPRM.



Polis henti siasat pengantungan Zambry dan enam exconya

Suara Keadilan melaporkan hasil lebih dua jam siasatan terhadap V Sivakumar, polis telah mengarahkan semua siasatan terhadap pengantungan Menteri Besar BN Zambry Kadir dan enam exconya dihentikan serta-merta setelah lebih dua jam menjalankan siasatan terhadap Speaker Dewan Undangan Negeri Perak V Sivakumar.

Dalam satu kenyataan yang di keluarkan selepas empat angota polis dari Jabatan Siasiatan Jenayah Komersial di pejabat peguam Sivakumar dekat Ipoh, Siva menjelaskan bahawa walaupun beliau telah berkerja sama dengan pihak polis namun pihak polis mungkin telah bertindak dengan ‘ultra-vires’.

“Saya merasa lega sebab semua siasatan keatas exconya adalah melanggar peruntukan undang-undang sah di negara ini,” kata Sivakumar.

Menurutnya lagi, di bawah pembentukan undang-undang dewan enakmen 1959 dan artikel 72 Kerajaan Pusat telam memberi imuniti mutlak kepada Speaker dan hak istimewa ahli dari semua tindakan keatas undang-undang sivil dan jenayah.

Laporan media telah menyatakan seramai 19 orang angota polis telah membuat laporan polis menganai Sivakumar yang menggantung dan mangharamkan Zambry dan enam exconya untuk menghadiri persidangan selama 12 sehingga 18 bulan.

Siasatan polis telah di buka di bawah section 124/120B Penal kod. Tertuduh di bawah Sesyen 124, yang memaksa wakil yang di pilih di gugurkan dari tugas dan kuasa sah boleh menerima hukuman maksima tujuh tahun penjara dan denda jika disabitkan kesalahan.

Sementara itu, pengamal undang-undang dan pemimpin Pakatan Rakyat telah mengecam tindakan polis dan manyatakan bahawa ini merupakan satu kelemahan institusi awam yang seharusnya bertindak bebas politik.

Bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad juga mengkritik bahawa laporan polis bekenaan.

Di dalam bolg beliau ww.chedet.com: “jika keputusan oleh Speaker itu dianggap jenayah, apa akan terjadi bila Seaker di Parlimen menggantung ahli pembangkang atas apa jua alasan,”

“Dan perkara ini sering berlaku. Adakah setiap ahli pembangkang itu akan membuat laporan polis? Jika mereka boleh, adakah kita boleh menggangap bahawa pihak polis ada kuasaa untuk mengambil alih kedudukan Speaker Parlimen?” jelas Mahathir di dalam bolgnya.

Minggu lalu, Majlis Peguam telah mengeluarkan satu kenyataan berkata tindakan Sivakumar tidak boleh di bawa ke mahkamah.

“Tidak kira juka apa jenis prosidur yang di ikuti Speaker dan ahli keistimewaannya di bawah artikel 72 konstitusi pusat, tindakan Speaker dan kesahihan tindakan undang-undang adalah harus di buat di luar mahkamah,” Kata President Majlis Peguam Ambiga Sreenevasan.

“Dalam perkara ini kita melihat perbezaan kuasa di antara pentadbir dan undang-undang. Menteri Besar mungkin orang yang paling berkuasa di dalam pentadbiran manakala undang-undang di tentukan oleh Speaker,” jelas peguam hak asasi manusia Malik Imtiaz Sarwar.

Blog Kelab GB sebelum ini jua turut mempersoalkan Apa Hak Polis Soalsiasat Speaker Perak?

BN Memang Phobia Dengan Pilihanraya Kecil

Mohd Puad Zarkashi Ahli Parlimen BN Batu Pahat telah mencadangkan di Dewan rakyat semalam supaya pilihanraya kecil atau pembubaran parlimen (dan DUN) tidak perlu wujud.

Beliau memberikan alasan kononnya ia membazirkan wang negara.

Walhal sebenarnya beliau telah melihat tendensi rakyat yang kini menyokong Pakatan Rakyat dan BN telah kalah disetiap kali pilihanraya kecil diadakan.

Cadangan itu juga jelas menampakkan kecetekan pengetahuan beliau mengenai sistem pilihanraya yang diamalkan oleh kerajaan BN sendiri.

Menteri di jabatan Perdana Menter, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz menyatakan pilihan raya kecil mesti diadakan sekiranya wujud kekosongan kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) berikutan wakil rakyat yang meletak jawatan.

Beliau berkata, setakat ini, sekiranya seseorang wakil rakyat itu meletak jawatan, beliau tidak dibenarkan bertanding selama lima tahun.

"Selain itu, peraturan yang ditetapkan, apabila sampai tahun ketiga, jika berlaku kematian atau pengisytiharan muflis kepada seseorang wakil rakyat, barulah pilihan raya tidak diadakan.

Rafidah Hina Qur’an

Inilah pemimpin Umno. Menggunakan Qur’an bila terdesak. Pun begitu penggunaan yang bagi mereka sudah cukup Islamik ini sebenarnya telah menghina Qur’an itu sendiri. Qur’an bukan untuk dibuat bersumpah. Ianya di turunkan sebagai petunjuk kepada seluruh manusia.

Kalau setakat meletak Qur’an di hadapan kita semasa bermesyuarat tidak membawa apa-apa erti selagi kita tidak mengikuti apa yang disuruh dan apa yang dilarangnya.

Qur’an menyuruh kita menjalani kehidupan sebagaimana yang digariskannya. Menutup aurat. Berpolitik secara Islam. Berhias secara Islam. Bersosial secara Islam. Berekonomi secara Islam. Tidak berjudi, minum arak dan berpeleseran.

Oleh itu Rafidah kena jaga tatatertib bila bersama dengan Qur’an. Kena ada wudhuk dan menutup aurat. Tiada keduanya, maka sah suatu penghinaan kepada Kitab Suci itu.

Di mana Ulama-Ulama Umno atau mufti-mufti yang hebat-hebat itu. Tegurlah kemungkaran yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Umno dahulu sebelum menegur orang lain. Rosak pemimpin maka rosaklah rakyatnya. Dan apa yang penting jangan pula Ulama yang rosak. Jangan kamu takut kepada pemerintah tapi takutlah kepada Allah SWT.

Akhirnya apabila Al-Qur’an sebagai perhiasan dan bukannya untuk dibaca dan diamal maka inilah jadinya….. Tidak menghiraukan lagi soal halal dan haram.

Apa yang jelasnya, Umno hanya menggunakan Al-Qur’an semata-mata demi kepentingan politiknya sahaja. Semasa meminda perlembagaan untuk memansuhkan imuniti Raja-Raja dahulu, Islam juga digunakan bagi menghalalkan apa yang mereka mahukan. Imuniti bercanggah dengan Islam itulah alasannya. Dan apabila mereka mahu menggunakan Raja-Raja semula untuk tujuan politik mereka seperti apa yang berlaku di Perak sekarang ini, alasan derhaka kepada Raja adalah dosa besar.

manjanik

Rebat Ditamatkan, Pos Malaysia Kaut RM22.8 juta

Kerajaan berhasrat untuk tidak meneruskan pemberian rebat petrol kepada pemilik-pemilik kenderaan selepas Mac ini.

Keputusan itu didorong oleh prestasi harga minyak semasa yang sudah menurun ketika ini, beritahu Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah di persidangan Dewan Rakyat semalam.

"Mengenai rebat ini, oleh kerana harga minyak sudah turun, kita belum membuat satu dasar tapi saya jangka kita tidak akan teruskan rebat ini,'' kata Ahmad Husni ketika menjawab pertanyaan Fong Kui Lun (DAP-Bukit Bintang).

Terdahulu, beliau memberitahu, jumlah rebat tunai yang telah dibayar kepada pemilik kenderaan yang layak adalah sebanyak RM3.6 bilion bagi tempoh 14 Jun 2008 hingga 31 Januari lalu dengan jumlah pemilik kenderaan kira-kira 7.5 juta.

Sementara jumlah komisen kepada Pos Malaysia Bhd. mencecah RM22.8 juta.

Untuk tujuan rekod, Pos Malaysia yang telah diswastakan dan sahamnya telah dimiliki oleh sebuah syarikat yang ada kaitan rapat dengan menantu PM yang mana bererti syarikat tersebut telah memperolehi komisyen secara "atas angin" sebanyak RM22.8 juta.

Ahli Majlis Tertinggi KeADILan (MPT) Badrul Hisham dalam blognya pernah mendakwa berkaitan pembayaran subsidi kerajaan berikutan kenaikan harga minyak.

Badrul berpendapat syarikat (Pos Malaysia) tersebut menikmati keuntungan hasil daripada mekanisma pembayaran subsidi tersebut.

"Tahukah anda, setiap plan yang diperkenalkan oleh Pak Lah mesti ada motif rasuah atau salahguna kuasa? Contoh untuk kenaikan harga minyak ini. Penstrukturan subsidi yang dibayar menggunakan wang pos "Bayangkan duit yang masuk ke dalam poket Khairy, setiap RM10 yang dibayar sebagai subsidi...10 sen akan masuk ke poket sebagai komisen wang pos," katanya dalam blog tersebut.

Katanya sejumlah enam juta kenderaan di Malaysia yang mana setiap kenderaan akan mendapat subsidi RM 620, maka secara tidak langsung sebanyak RM 6.20 komisen yang bakal diperolehi oleh menantu Perdana Mneteri itu untuk sejumlah kenderaan yang mendapat rebet tunai tersebut.

2 Pegawai Kanan PNSB Diarah Bercuti

Ketua Eksekutif Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), Datin Hajah Khairiyah Abu Hassan dan Pengurus Kewangan, Puan Nora Azmin Radzuan diberi cuti bergaji selama 30 hari supaya kajian selidik dan kemaskini rekod perakaunan PNSB dapat dilakukan.

Tindakan ini diambil oleh Lembaga Pengarah PNSB selepas mengenal pasti beberapa kelemahan dan kesalahan dalam penyimpanan rekod perakaunan syarikat milik Perbadanan Menteri Besar itu.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar Selangor itu berkata, antara rekod-rekod yang disyaki terlibat termasuk penyerahan dokumen kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan urusniaga pembelian serta penjualan hartanah di Mekah di antara tahun 2006-2007, ketika Khir menjadi Menteri Besar Selangor dan Pengerusi PNSB..

Siasatan itu dikatakan berkait dengan tindakan Khir Toyo cuba mengelak cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri, menukar sistem perakaunan PNSB dan membeli apatmen RM9 juta di Makkah “untuk tujuan meragukan”. Penyelewengan itu dilakukan antara tahun 2006-2007, ketika Khir menjadi Menteri Besar Selangor dan Pengerusi PNSB.

Dua pegawai kanan PNSB itu diarah bercuti oleh Lembaga Pengarah badan berkenaan setelah kerajaan negeri mengesan beberapa kesalahan dalam penyimpanan rekod perakaunan PNSB.

Menurut rekod kerajaan Selangor, semasa menjadi Menteri Besar, Khir Toyo mempengerusikan tiga syarikat negeri dan mendapat imbuhan tiga buah kereta tetapi ini tidak diisytiharkan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Khir Toyo, yang akan bertanding merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO pada pemilihan parti itu bulan depan, juga menerima hadiah jam tangan bernilai RM 150,000 daripada PNSB.

Apabila menyedari menerima habuan itu adalah satu kesalahan, Khir cuba membayar balik secara memasukkan wang tunai RM150,000 ke dalam akaun PNSB.

Beliau juga membuat pembelian apatmen di Makkah untuk “kegunaan beberapa anak Selangor yang terpilih sahaja” dengan perbelanjaan lebih RM 9 juta.

Menurut kenyataan itu, kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor sangat mementingkan ketelusan dan kebertanggungjawaban dalam menjalankan pentadbiran Kerajaan serta pengendalian anak-anak syarikat Kerajaan Negeri.

Baru-baru ini, katanya, Dato’ Menteri Besar Selangor selaku Pengerusi Perbadanan Menteri Besar Selangor telah mengenal pasti beberapa kelemahan dan kesalahan dalam penyimpanan rekod perakaunan syarikat PNSB.

Keputusan ini untuk menunjukkan kesungguhan Kerajaan Negeri dalam dalam soal memantau selia, kebertanggungjawaban dan ketelusan dalam segala urusan pentadbiran Kerajaan Negeri dan semua agensi, badan berkanun, pihak-pihak berkuasa dan pertubuhan yang berkaitan dengan atau di bawah pentadbiranKerajaan negeri Selangor selaras dengan dasar “Merakyatkan Ekonomi Selangor”, kata kenyataan media itu.

Satu Lagi Pilihanraya Kecil: Batang Ai Sarawak

Semakin ditakuti oleh BN, semakin banyak pula pilihanraya kecil yang terpaksa dihadapi.

Selepas Bukit Gantang dan Bukit Selambau, kali ini, di Sarawak. Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak kawasan Batang Ai Datuk Dublin Unting, 53, yang juga Naib Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), meninggal dunia awal pagi tadi.

Sumber PRS mengesahkan beliau meninggal dunia setelah diserang angin ahmar kira-kira pukul 1.25 pagi.

Mendiang juga Timbalan Menteri Sarawak bagi Sukan dan Pertanian.

Dalam pilihan raya lalu, Unting dari PRS telah menewaskan Nicholas Bawin Anggat dari Snap dengan majoriti 806 undi.

Unting mendapat 3,295 manakala Bawin mendapat 2,489 undi dalam kawasan pilihan raya yang pengundi majoritinya adalah Iban ini.

Bawin kemudiannya menyertai PKR dan kini adalah Timbalan Pengerusi PKR Sarawak.

Pilihanraya kecil Batang Ai ini bakal menyaksikan satu babak menarik di dalam senario perkembangan politik mutakhir di Malaysia Timur dan menjadi ujian pertama untuk PKR di Sarawak selepas menjadikan negeri itu sebagai sasarannya selepas pilihan raya umum Mac 2008 lalu.



Risiko kerajaan ‘mi segera'

WWalaupun Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dirampas jawatannya, dihalang masuk ke pejabat, disuruh memulangkan kereta dan rumah rasmi, belum tentu Dato’ Dr Zambry Abdul Kadir dapat mentadbir dengan selesa.

Zambry tidak akan selesa kerana beliau sedar kerajaan pimpinannya, didirikan secara instant noodle (mi segera), tidak demokratik dengan bantuan pihak yang defect (berpaling tadah) dan bias (berpihak).

Pada kedudukan sekarang Pakatan Rakyat mempunyai 28 kerusi Dewan Undangan Negeri, Barisan Nasional juga ada 28. Dengan tiga orang Adun yang defect sebagai bebas tapi menyokong BN.

Media pro BN, cuba mempamerkan persepsi baik kononnya kerajaan baru yang haram itu ditegakkan secara demokratik.

Media pengampu juga memainkan isu ketuanan institusi Raja, kononnya Umno pembela ulung Raja-Raja Melayu, manakala Pakatan Rakyat cuba dilabel sebagai golongan penderhaka.

Malangnya mereka tidak boleh menipu sejarah. Banyak kes-kes penderhakaan Umno terhadap Raja. Bukan sekadar derhaka enggan meletak jawatan, malah derhaka Umno sehingga membuat pertabalan ‘Raja Palsu’.

Kes-kes penderhakaan Umno ini, insya Allah jika ada masa, akan diperincikan dalam artikel yang lain.

Apapun yang berlaku, apapun tuduhan dilemparkan ke atas Pakatan Rakyat sebagai golongan yang dipersalahkan kerana enggan patuh kepada Raja, hakikat di Perak, adalah sebaliknya.

Gambaran one sided media pengampu, tidak dapat menutup fakta dan hakikat bahawa rakyat Perak sedang menghukum pihak-pihak yang defect dan bias.

Rakyat membenci dan menempelak mereka. Adun-Adun yang berpaling tadah tidak berani menzahirkan diri di khalayak.

Mereka dibelenggu dengan rasa bersalah sendiri kerana mengkhianati amanah rakyat dan mengheret Perak ke kancah kemelut politik yang berpanjangan.

Tiada siapa yang menggangu mereka sebenarnya, tetapi rakyat menganggap mereka seperti “anjing-anjing kurap yang memakan bangkai”.

Malah keluarga Adun DAP yang berpaling tadah turut menerima padah.

Diceritakan, ketika bapa beliau ke pasar untuk membeli sayur, peniaga-peniaga enggan menjual kepadanya.

“Dia punya luit talak laku ma..kita cakap sama dia..wa tak mau BN punya luit ma..kita tau mau juai,” kata seorang peniaga Cina yang ditemui penulis.

Mungkin sukar untuk membuktikan wujudnya rasuah sama ada dalam bentuk wang, jawatan, penghapusan kes atau saham kepada pihak yang defect dan bias ini.

Namun, media pengampu dan BN sendiri, gagal untuk menghapuskan persepsi bahawa wujud rasuah dalam proses pengambilan kuasa secara haram di Perak.

Kata lah apa pun, nafikan lah apa pun! Rakyat percaya bahawa mereka yang defect dan bias ini mempunyai kepentingan tertentu, demi kepentingan peribadi, sehingga sanggup menggadaikan prinsip perjuangan dan keluhuran undang-undang.

Tiada siapa yang menyuruh rakyat membenci mereka atau mempunyai persepsi yang sebegitu. Rakyat yang faham sendiri. Kesedaran rakyat adalah gelombang yang sukar dibendung.

Dalam kes rampasan kuasa di Perak, rakyat turut menempelak Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak, kerana terlalu gelojoh, sehingga mencetuskan persepsi, beliau akan ‘lebih rakus’ jika menjadi Perdana Menteri.

Kegelojohan beliau menimbulkan amarah penyokong Pakatan Rakyat. Sehingga ada kalangan kaum Tionghua membawa ‘colok Cina mati’ untuk menyambut kehadiran beliau pada sambutan Tahun Baru Cina di Ipoh baru-baru ini.

“Wa..nasib baik dia talak latang wo..kita olang sikalang pakai baju hitamwo..itu serupa (sambut) mati punya olang. Ini semua Cina cakap talak baik oo..ini macam kasi Nizar jatuh, serupa ‘najis’ punya olang,” getus seorang peniaga pasar besar Ipoh.

Hasil mainan politik kotor BN rakyat menganggapnya sebagai mainan politik yang amat kotor dan bahaya.

Lazimnya kekotoran dikaitkan dengan najis, sama ada ia merujuk kepada individu yang membuat onar dalam politik atau politiking menjatuhkan sesebuah kerajaan dengan cara yang tidak bermoral.

Justeru, kita orang Melayu, jangan sesekali salahkan kaum Tionghua yang pandai menggunakan istilah ‘najis’ dalam kegawatan politik negara.

Malah kita harus berbangga kerana merekalah yang memahami falsafah sastera dan perumpamaan Melayu seperti dalam novel SHIT, tulisan Sasterawan Negara, Dato’ Shahnon Ahmad.

Tetapi bukan sahaja rakyat yang bangkit menentang BN, di kalangan Umno sendiri juga, walaupun kembali memperolehi kuasa, masih terbelengu dengan politiking dalaman parti.

Menurut sumber Umno, perlantikan Zambry sendiri sebagai Menteri Besar Perak tidak dapat ‘perkenan’ mudah di kalangan pemimpin-pemimpin Umno.

Najib selaku Pengerusi Umno Perak, mahukan orang lain menjadi MB kerajaan mi segera BN.

Namun, khabarnya dengan campurtangan the one and only Khairy Jamaluddin Abu Bakar, PM Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi terpaksa bergegas ke istana pada petang itu untuk mengemukakan nama Zambry. Malam itu nama Zambry diumumkan.

Abdullah khabarnya berjaya memintas Najib. Calon dipilihan Najib diberikan jawatan Exco Kanan.

Zambry sendiri bukannya dari grup Umno tulen. Beliau dulunya adalah budak Anwar (Dato’ Seri Anwar Ibrahim) dalam Umno.

Zambry adalah aktivis ABIM dan rakan rapat bekas Ketua AMK KeADILan, Mohamed Ezam Mohd Nor, manakala Ezam adalah sekutu rapat dan ‘balaci’ Khairy. Grup ini adalah grup anti Najib.

Namun Najib masih tidak berputus asa. Beliau enggan berbicara walaupun kecewa dengan pintasan Abdullah.

Najib hanya perlu menunggu selepas Mac. Gilirannya menjadi PM dan Presiden Umno. Jika Zambry tidak mengikut ‘line Najib’ selepas ini, maka kerajaan mi segera pimpinan Zambry juga tidak lama hayatnya.

Pusing ke kiri, pusing ke kanan. Zambry akan sentiasa berada dalam keadaan tertekan kerana BN dan Umno sentiasa terbelengu dengan masalah dalaman yang kronik.

Pihak yang defect dan bias juga sedang tertekan. Ibarat ‘diluah mati mak, ditelan mati bapa.’ Mereka berada dalam keadaan buntu dan confuse.

Rakyat akan mengadili mereka. Penghalang kuasa rakyat ini akan tumbang dan dibalas dalam Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau April depan.

Mohd Rashidi Hassan

Siapa sebenarnya di belakang "ribut" dalam PKR?

Siapa sebenarnya di belakang keributan politik kini. PKR kini seolah diasak kiri dan kanan. Apa fasal ahli PKR yang jadi sasaran.

Perak jadi kelam kabut berpunca dari DUN PKR. MB Selangor,orang PKR,kena gasak MACC. Foto seksi juga PKR, Bukit Selambau pun PKR. Apa fasal??

Orang PAS dan DAP tak pula jadi sasaran utama walaupun ada.

Ini semua kerja strategis. PAS dan DAP dah berjuang berpuluh tahun dan kesannya pada UMNO/BN tak memeningkan. Pernah bekerjasama dengan S46 dan PBS. Tetap juga BN menang besar dalam PRU. Jadi bagi dia (mereka), PAS/DAP bukan masalah tunjang. Mereka mesti serang sasaran utama.

Sasaran utama strategis ini ialah Anwar Ibrahim. Masuk penjara sudah. OK, reda sekejap, keluar saja penjara, semua orang UMNO/BN huru hara. Serangan peribadi dah buat, tak jadi. Menang besar di Permatang Pauh. BN dengan segala armada dan General turun, satu undi pun tak dapat curi kalau di banding dengan PRU 12 dulu.

Kalau macam itu, serang pula orang-orang dia, sebab yang lain itu tak sekebal Anwar. Bila serang orang PKR, ini akan jadi masalah untuk Anwar.

Bagi strategis, kalau nak jatuhkan lawan, bagi masalah yang berterusan. Tak kiralah caranya bermoral atau tidak. Gentleman atau tidak. Pokok pangkalnya biar dia sibuk dengan masalah. Barulah boleh buat serangan yang dia tak sangka-sangka.

Taktik begini bukan baru dan bukan asing. Tiap minggu kita boleh tengok dalam EPL. Itulah yang dalam kepala tiap pengurus kelab. Sebelum kena 'sack', Scolari kata, dia tak ada orang yang boleh bagi masalah pada pihak lawan.

Peranan PAS dan DAP dalam merampas 4 negeri dari BN dulu memang tak boleh dinafikan, tapi dominasi DSAI dalam mencatur strategi memang nadi utamanya. Bagi strategis, DSAI ialah masalah terbesar. Kurang lebih sepuluh tahun saja kerjasama PAS, DAP dengan PKR, hasilnya drastik sekali. Dan kurang lebih 4 tahun saja DSAI bebas dan 'all out' berkempen, kesannya 'destructive' sekali bagi UMNO/BN.

Drastik dan 'destructive', kombinasi yang paling di geruni.

Bagi mereka PKR dan DSAI benteng yang mesti diruntuhkan untuk memusnahkan Pakatan Rakyat. Kalau PKR dan DSAI bermasalah, maknanya bermasalah lah Pakatan Rakyat. Taktik yang sama DSAI sendiri buat masa kempen PRU 12, serang pemimpin UMNO, serang DEB, runtuhkan keyakinan rakyat pada UMNO/BN, hasil nya...tak payah disebut lah.

Serangan yang paling bagus ialah duit dan skandal seks. Ini cara paling mudah dan paling efektif selagi ia berlaku diatas muka bumi ini. Jika terjerat sebab dua benda ini, memang susah nak lepas. Rahim Tambi Chik berbelas tahun nak lepas. Isa Samad masih bergelut. Chua Soi Lek saja yang handal, tak sampai 5 tahun isu seks di hotel, terus jadi Timbalan Presiden.

Mungkin ramai yang boleh mengandaikan siapa strategis itu. KJ??... Bukan, bukan...jauh panggang dari api. Akal Oxford nya tak kan sampai kesitu. Dia cuma "master in provocation".

BN memang tak ada isu untuk menghentam PR. Langsung tak ada isu, kalau ada pun isu terpencil. Tapi DSAI dan PR ada bertimbun isu yang nak dijaja pada rakyat.

Mood rakyat sekarang pada PR dalam fasa menaik bukit, sokongan bertambah-tambah. Belum lagi sampai klimaks atau takat tepunya. Masih ada banyak sebab rakyat nak berpihak pada PR. Beribu fakta PR boleh beri pada rakyat mengapa keadaan ekonomi, sosial dan politik kita jadi huru hara.

Sokongan orang Melayu bertambah, sebab orang Melayu suka tunggu dan lihat.Mereka dah tunggu dan lihat keputusan PRU lepas. Signalnya jelas, PR semakin kuat dan popular. Siapa yang tak suka memihak pada yang kuat dan popular. Orang Melayu yang atas pagar atau yang dulu undi BN sebab sentimen tradisi akan masuk menyokong PR.

UMNO/BN pada pandangan rakyat dah memang sinonim dengan politik wang. Sesuatu yang mustahil untuk dikikis dari pemikiran rakyat hatta untuk 15, 20 tahun lagi, melainkan Presiden UMNO itu tiba-tiba turun dari langit dan berwatak macam Nik Aziz.

Serangan-serangan keatas individu PKR akan berterusan sebab mereka melambangkan Anwar Ibrahim, dan jika ada orang PAS dan DAP yang boleh dipalitkan, juga tak terkecuali terutama yang ada 'direct network' dengan Anwar.

Strategis-strategis ini semua ialah orang yang memihak pada Najib, samaada mereka memerlukan Najib atau Najib memerlukan mereka untuk survival. Najib memang bijak orang nya, jika tidak tak kan lah dia bakal jadi PM Mac ini walaupun semua orang UMNO dan perwakilan tahu kes Altantuya dan Razak Baginda bagaikan irama dan lagu dengan Najib.

Namun strategis utamanya ialah musuh nombor satu yang juga bekas bos DSAI sendiri. Wallahualam.

http://mt.m2day.org/2008/content/view/18398/84/

Pemuda UMNO Takut Terima Surat Debat

Belum berdebat, baru untuk menerima surat untuk ajak berdebat, Pemuda UMNO sudah kalut dan kecut untuk menerima pelawaan Pemuda PAS berdebat mengenai isu Pengajaran dan Pembelajaran Sain dan Matematik di dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Ketua Pemuda PAS, YB Salehuddin Ayub telah cuba untuk menyerahkan surat pelawaan tersebut kepada Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishamuddin Hussein tetapi gagal lantaran ketidakhadiran Menteri Pelajaran berkenaan di Dewan Rakyat semalam, sementara exco Pergerakan Pemuda UMNO yang lain enggan menerimanya bagi pihak Pergerakan Pemuda UMNO kerana merasakan diri mereka tidak layak untuk menerimanya bagi pihak Ketua Pemuda Pergerakan UMNO tersebut.

Justeru itu Salehuddin menghubungi YB Khairy Jamaluddin, Naib Presiden Pergerakan Pemuda UMNO yang bersetuju menerima memorandum itu pada hari ini.

Salahuddin berkata, memorandum tersebut adalah cabaran terbuka kepada Pemuda Umno supaya diadakan debat terbuka bagi membahaskan isu PPSMI secara intelektual supaya rakyat mendapat maklumat yang jelas mengenai isu itu.

"Inilah ruang terbaik untuk membincangkannya dalam suasana NGO dan rakyat bersatu hati untuk mengembalikan PPSMI kepada Bahasa Melayu," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

"Kita harap Pemuda Umno dapat menerima untuk diadakan debat atau dialog secara sihat dan matang bagi membincangkan isu ini.

"Saya cukup terbuka dalam hal ini. Kalau diterima esok dan Pemuda Umno bersedia menerima cabaran ini, kita boleh membincangkan mekanisme terbaik untuk menyelesaikannya," katanya.

Ditanya ahli panel daripada Pemuda PAS yang akan menyertai debat tersebut jika ia diterima, Salahuddin berkata, hal itu akan diumumkan kemudian.


SPRM Tak Ubah Seekor Lembu Gila

Gara-gara kerana menjadikan diri mereka dicucuk hidung oleh UMNO-BN, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan akan dihadiahkan seekor lembu oleh Agkatan Muda Keadilan.

Kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) mengenai ada bukti kukuh untuk mendakwa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dianggap Angkatan Pemuda KeADILan (AMK) Kelantan sebagai berniat jahat.

Sebanyak 36 laporan polis dibuat oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) negeri dan bahagian di seluruh negara terhadap Ahmad Said Hamdan berhubung kenyataannya itu.

Pada 20 Februari lalu, Ahmad Said dilaporkan berkata pihaknya mempunyai bukti kukuh berhubung dakwaan rasuah dan salah guna kuasa oleh menteri besar Selangor itu berkaitan dakwaan sumbangan 46 lembu korban dan kos selenggaraan kereta Lexus milik peribadinya menggunakan dana kerajaan negeri.

Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata pengumuman Ahmad Said jelas menunjukkan penyalahgunaan kuasa kerana Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 memperuntukkan kuasa mendakwa hanya kepada Jabatan Peguam Negara.

"Tindakan beliau juga kelihatan selari dengan usaha jahat dan terancang oleh Umno-BN yang mahu mengganggu gugat kestabilan kerajaan Negeri Selangor khususnya dalam keadaan tampuk pemerintahan negara bakal diambil alih oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.



DVD Terlampau Chua Soi Lek Diedar Semula

Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek menjadi perhatian semula dalam isu skandal seks, dengan hari ini beliau diambil keterangan oleh polis berikutan aduan seorang peniaga yang menerima cakera video digital (DVD) aksi seks dalam peti suratnya.

Chua, bekas Menteri Kesihatan berkata, beliau telah mengunjungi Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya hari ini untuk mengecam sebuah pita ekoran laporan yang dibuat oleh penduduk Petaling Jaya baru-baru ini.

"Saya memberitahu polis bahawa ia merupakan pita yang sama yang saya kenal pasti Januari tahun lalu," kata beliau dalam blognya hari ini.

Bekas Ahli Parlimen itu juga berkata, beliau merasakan ia merupakan satu usaha pihak-pihak tertentu menyebarkan semula pita seumpama bagi mencemarkan namanya.

"Saya memberikan kerjasama penuh kepada polis," kata beliau yang meletakkan semua jawatan kerajaan dan parti ekoran munculnya pita berkenaan awal tahun lepas.

Pada Oktober lalu beliau kembali aktif dalam politik sekaligus memenangi jawatan Timbalan Presiden MCA.

Dalam pada itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC II Hasnan Hassan berkata, peniaga berkenaan, lelaki berumur 50 tahun membuat laporan itu pada 10 Februari lalu selepas menerima sampul surat itu di rumahnya di Kelana Jaya.

"Dalam sampul surat itu, peniaga mendapati satu VCD berserta dua keping surat dan pengadu setelah menonton VCD itu mendapati ia adegan seks antara seorang lelaki dan seorang perempuan," katanya.

Beliau berkata kes itu sedang disiasat di bawah Seksyen 377 (a)Kanun Keseksaan.

Polis juga menjalankan siasatan mengikut Sekyen 292 (a) akta yang sama atas kesalahan mengedarkan bahan lucah, katanya.

Isu Chua muncul semula ketika polis masih menyiasat penyebaran foto dan video separuh bogel Exco Kerajaan Negeri Selangor, Elizabeth Wong.

G. MANIMARAN, Mstar

Apa Hak Polis Soalsiasat Speaker Perak?

Polis hari ini diheret dalam kancah politik Perak apabila menyoal siasat Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar.

Pihak polis bagaimanapun tidak memberitahu Sivakumar sebab kenyataannya diambil, sesuatu yang menjadi amalan biasa pihak polis dalam semua siasatan.

Sivakumar memberi kenyataan kepada sepasukan tiga pegawai dan seorang anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Ibu Pejabat Polis Kontijen Perak.

Pasukan yang diketuai Ketua JSJK, Supt Amarjit Singh mengambil keterangan beliau di pejabat guamannya di Jalan Tun Sambanthan di Ipoh mulai jam 2.45 petang hingga 5.15 petang.

Siasatan itu bagaimanapun dipercayai berkaitan tindakan Sivakumar menggantung Zambry Kadir dan enam exconya dari Barisan Nasional sehingga 18 bulan atas cubaan berfungsi sebagai kerajaan negeri secara tidak sah.

Keputusan itu diambil minggu lalu pada mesyuarat jawatankuasa hak dan kebebasan DUN Perak yang dipengerusikan oleh Sivakumar.

Susulan keputusan itu yang berlandaskan kuasa Speaker, Perdana Menteri mengarahkan supaya laporan polis di buat terhadap Sivakumar.

Dalam kenyataannya Sivakumar berkata beliau telah dihubungi oleh seorang pegawai polis yang mengarahkannya untuk di Balai Polis Sungai Senam bagi membolehkan polis mengambil keterangan beliau.

Bagaimanapun, polis tidak menyatakan tujuan dan keperluan untuk kenyataannya itu.

Sivakumar berkata beliau telah memberikan sepenuh kerjasama kepada polis untuk menjelaskan beliau tidak menyalahi sebarang peruntukan undang-undang.

"Dengan bertemu pegawai polis berkenaan hari ini untuk merekodkan kenyataan saya, saya telah memberikan sepenuh kerjasama sehingga ke tahap kerjasama saya itu tidak melanggari atau menyalahi apa-apa peruntukan undang-undang di negara ini," katanya.

ikhsan TVANTARA