24 Nov 2010

Chegu Bard Tekad Aktif Sebagai Kumpulan Pendesak

Terus aktif sebagai kumpulan pendesak" – Chegu Bard

PETALING JAYA: Sebagai golongan muda dalam PKR, Badrul Hisham Shaharin dan kumpulannya akan terus bergerak dalam parti sebagai kumpulan pendesak ke arah penambahbaikan dalam parti.

"InsyaAllah, tidak akan ada beza dari segi sumbangan saya kepada parti walaupun kini saya tidak mempunyai apa-apa jawatan dalam parti, malah kami akan terus bergerak sebagai kumpulan pendesak dalam parti ini.

"Cuma kini tidak ada lagi mesyuarat pusat yang wajib dihadiri seperti sebelumnya," kata Badrul yang juga dikenali sebagai Chegu Bard kepada FMT hari ini.

Ketika ditanya berkenaan bantahan-bantahan yang telah dibuat kepada parti sebelum ini, beliau menegaskan bantahan tersebut dibuat demi kebaikan parti.

"Parti kena faham bantahan yang saya buat bukanlah kerana saya kalah atau menang atau saya anti sesiapa. Selama ini saya tidak ada jawatan pun saya tetap berjuang.

"Banyak kali saya dikhianati dalam parti oleh pemimpin tertentu tetapi saya masih terus berjuang. Saya lakukan kerana ingin membaiki parti dan terus menyakinkan rakyat bahawa parti ini benar-benar parti reformasi dan relevan dalam proses perubahan negara," ujar beliau.

Isu perletakan jawatan Fairus

Chegu Bard turut mengimbau kembali kejadian beliau dan rakan-rakannya di anggap musuh dan perosak parti apabila mendedahkan penyelewengan yang dilakukan oleh bekas Timbalan Ketua Menteri (TKM) Pulau Pinang, Mohamad Fairus Khairuddin April tahun lalu.

"Saya ambil contoh ketika saya bersama teman dari Pulau Pinang termasuk Din Binjai (Amizudin Ahmat), Cikgu Zul dan lain-lain cuba menyelamatkan parti dengan mendedahkan korupsi yang mengaitkan Fairus.

"Ketika itu ramai anggap kami musuh hingga pada satu peringkat parti bukan sahaja tidak peduli malah ada yang menganggap kami perosak parti.

"Sedangkan sudah sampai tahap bahan bukti yang diperolehi cukup meyakinkan kami dan percaya isu ini boleh menjadi faktor kejatuhan kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang dalam Pilihan Raya Umum akan datang jika dia terus berada di situ," kata beliau.

Beliau turut memberitahu bagaimana reaksi lesu telah ditunjukkan pemimpin parti di peringkat negeri dan pusat ketika itu dan cuba melindungi isu tersebut daripada terdedah kepada umum.

Amizudin nekad dedah kepada media perdana

"Apabila parti masih terus cuba menutup isu tersebut dengan mendiamkan diri, teman di Pulau Pinang, Din Binjai nekad untuk mendedahkan kepada media perdana.

"Setelah diasak dan diberi tekanan akhirnya Fairus meletakkan jawatannya manakala SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) pula yang begitu beriya-iya menyiasat kes itu terus senyap dan menutup kes bila Fairus masuk Umno.

"Saya dan beberapa teman ketika itu beberapa kali bertemu Pegawai Tinggi SPRM dan kami faham apa yang berlaku," ujar beliau lagi.

"Bayangkan bagaimana tingginya penghormatan rakyat jika pada masa itu parti melucutkan jawatan Fairus kerana kita akui dia korup dan tidak kompeten.

"Tentu lebih dihormati dan meyakinkan masyarakat bahawa pendirian parti terhadap rasuah bukan sekadar retorik kosong tetapi dilaksanakan dengan telus apabila TKM pun boleh dipecat jika korup," ujar beliau dengan bersemangat.

Dalam isu bekas TKM tersebut, beberapa ahli AMK negeri dikenakan amaran dan Amizudin Ahmat pula dikenakan tindakan digantung oleh parti sekaligus jawatan ketua AMK negeri yang disandangnya turut terlucut.

Tindakan tersebut turut mendapat tentangan daripada Chegu Bard dan kumpulannya setelah mendapati tiada ketelusan dalam siasatan isu ini.

Menurut Chegu Bard pendakwa, penyiasat dan pencadang hukuman kes ini terdiri dari kelompok yang sama dalam parti.

Chegu Bard turut menjelaskan, disebabkan matlamat pendedahan yang dilakukan untuk kebaikan parti telah tercapai ketika itu maka akhirnya mereka akur dan berdiam diri walaupun dikenakan tindakan.


Kempen Selamatkan Keadilan Bermula!!!!

Salam reformasi kepada semua pejuang-pejuang KEADILAN dan KETELUSAN, bagi kumpulan tertentu Pemilihan 2010 telah selesai bagi SJ pula belum lagi selagi KEADILAN dan KETELUSAN dalam pemilihan belum tertegak.. BATU SAPI, LIBARAN dan SANDAKAN perlukan KEADILAN!!

Bersempena dengan itu ayuh Anak Muda dan pencinta Keadilan kita bersama-sama kempen untuk Selamatkan Keadilan dari tangan-tangan yang tak guna dan mempunya cita-cita politik jahat.

Bermula dari hari ini hingga kemuncaknya hari kongres parti ayuh Ubah profile Picture Fb anda kepada ikon berbentuk 'Selamatkan Keadilan'.Contoh seperti dibawah :



SJ menyeru kepada semua yang merasakan sayang pada parti dan mahu prinsip yang kita perjuangkan tertegak ayuh bersama-sama Anak Muda Penerus perjuangan Reformasi untuk sama-sama menyatakan pendirian untuk 'Selamatkan Keadilan' dengan cara seperti berikut, pada hari Kongres nanti diminta kepada sesiapa yang ingin turut sama dalam kempen ini dengan memakai baju berwarna hiitam, arm band atau headband yang bertulisan "Selamatkan Keadilan'. Tolong sebarkan kepada kawan-kawan melalui SMS, Facebook, twitter, apa sahaja yang boleh menyampaikan maklumat ini. Segera bertindak agar prinsip yang selama ini yang kita pertahankan dan kita sampaikan pada rakyat tertegak kembali!!

ANAK MUDA MENDESAK PERUBAHAN!!!! - suarajohoronline


Mustaffa Kecewa Kerana Proses Pemilihan Yang Kotor

Saya kecewa proses pemilihan bukan kerana tewas saingan, kata Mustaffa PKR

KUALA LUMPUR, 24 Nov — Naib Presiden PKR Mustaffa Kamil Ayub berkata, beliau tidak sama sekali kecewa dengan keputusan saingan timbalan presiden, sebaliknya “kecewa dengan kelompongan dan penyelewengan” proses pemilihan bersejarah yang menggunakan sistem langsung.

“Saya kecewa dengan kelompongan-kelompongan yang wujud, penyelewengan, dan kelemahan dalam proses (pengundian).

“Soal keputusan itu perkara kedua, saya tidak kecewa, bagi saya proses itu yang penting dan perlu dijalankan dengan baik,” kata Mustaffa (gambar) yang pertama kali bertanding jawatan timbalan presiden.

PKR selesai mengadakan pemilihan secara langsung membolehkan setiap ahli memilih kepimpinan pusat berbanding sistem lama menggunakan perwakilan selepas meminda perlembagaan tahun lalu.

Mustaffa juga bimbang sekiranya pimpinan parti dan pihak-pihak terbabit dalam parti tidak mengambil tindakan ke atas aduan dan laporan berhubung pemilihan, akan menjejaskan tahap keyakinan di kalangan ahli.

“Ini akan membawa kepada tindakan-tindakan di luar jangkaan, tindakan keluar parti ahli-ahli yang hilang tahap keyakinan terhadap parti,” kata Mustaffa yang walaupun tidak pasti jumlahnya, tetapi yakin ia akan membabitkan kadar signifikan.

Beliau juga mengakui akan ada tanggapan bahawa pandangan-pandangan agar parti memperbaiki kelemahan dan kepincangan akan dilihat sebagai “pengkhianat.”

Kata beliau, ahli-ahli PKR merupakan golongan yang “kritikal”, yang mana sebahagian besar menyertai parti komponen Pakatan Rakyat ini selepas kecewa dengan parti masing-masing.

“Mereka ini kritikal dengan kepimpinan parti masing-masing, dan sebab itu meninggalkan parti mereka dan menyertai PKR.

“Jadi, pimpinan parti mesti mendengar keresahan dan rintihan yang dikemukakan oleh ahli-ahli mengenai pemilihan langsung ini, walaupun sistem satu ahli satu undi memang baik niatnya,” kata Mustaffa lagi.

Mustaffa, Pengerusi PKR Perak, tewas di tangan Azmin Ali yang juga seorang naib presiden parti dengan perbezaan undi yang besar.

Awalnya tiga orang bertanding jawatan itu tetapi Datuk Zaid Ibrahim telah menarik diri selepas minggu kedua proses pengundian atas alasan wujud banyak kecacatan dan kepincangan dalam pemilihan tetapi tidak diambil tindakan sewajarnya oleh kepimpinan parti dan Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP).

Keputusan rasmi pemilihan pusat hanya akan diumumkan pada Ahad ini sempena Kongres Nasional PKR di Petaling Jaya.

Mustaffa sebelum ini dua kali meminta proses pengundian ditangguhkan dan pemilihan baru diadakan.

Bagaimanapun JPP memutuskan untuk meneruskan pemilihan sebagaimana telah dijadualkan. Proses pengundian pemilihan pusat ini diadakan selama 10 hari dan Ahad lalu adalah hari terakhir.

“Saya ingin menegaskan bahawa perjalanan pemilihan beberapa hari yang lalu masih belum memuaskan. Unsur-unsur kelompongan yang paparkan dalam memorandum lalu masih berterusan.

“Beberapa aduan tambahan sedang dalam proses dan beberapa orang calon juga sedang memfailkan beberapa kes khusus untuk disiasat,” kata Mustaffa dalam satu kenyataan 16 November lalu.

Bagaimanapun beliau meneruskan saingannya dalam protes.

“Dalam erti kata kita masih sangsi dengan perjalanan pemilihan yang ada, namun demi menyelamatkan perjuangan dan parti serta keadaan, saya meneruskan pertandingan.

“Saya tetap berpendirian yang juga mewakili sejumlah anggota yang signifikan, bahawa pemilihan 2010 mestilah ditangguhkan bagi memberi masa segala aduan dan bantahan ditangani, proses penambahbaikan JPP, logistik dan semua persiapan pemilihan,” katanya sebelum ini.

Tidak ada aibnya kepimpinan mendengar keluhan akarumbi dalam persoalan ini. Malahan rakyat Malaysia akan melihat betapa kepimpinan PKR benar-benar peka dengan sebarang permasalahan, bermula dengan pengendalian persoalan dalaman dan kemudiannya keluhan rakyat keseluruhannya.

Dalam ulasan hari ini, Mustaffa menambah beliau masih berpendirian bahawa JPP dan pimpinan parti mesti menyelesaikan kesemua aduan mengenai kecacatan dan kepincangan pemilihan mesti diselesaikan sebelum kongres hujung minggu ini.

“Saya berharap semua ini akan ditangani oleh JPP dan pihak kepimpinan parti sebelum Kongres kerana masih ada aduan yang tidak ditangani sehingga sekarang,” kata beliau sambil menambah, pihaknya tiada rancangan untuk membuat desakan terbaru.

“Apa yang dikemukakan sudah mencukupi,” katanya. -TMI

Ulasan GB

GB telah mengulas sbelum ini. Petikan:


Sepatutnya jika anda benar-benar berjiwa pemimpin, anda telah menyatakan pendirian tegas anda lebih awal sebelum ini dengan mengundur diri dari bertanding.

Sekarang, orang Azmin akan dan boleh melemparkan pelbagai tuduhan kepada awak jika awak mengulangi desakan untuk mengadakan pemilihan sepertimana mereka lakukan terhadap Zaid.

Anda telah pun terjerat dengan proses "turn-over" sepertimana GB telah ulaskan sebelum ini.



PKR Menipu Jumlah Keahlian

Betulkah PKR ada 400,000 ahli?

Dakwaan PKR yang ia mempunyai sehingga 400,000 anggota menjadi tandatanya banyak pihak termasuk ramai bekas pemimpin parti itu sendiri.

Menurut mereka sehingga kini dakwaan itu gagal dibuktikan sama ada menerusi rekod bertulis mahupun pemilihan Majlis Pimpinan Pusat yang berakhir Ahad lalu yang menyaksikan hanya 10 peratus daripada jumlah yang dikatakan ahli parti keluar mengundi.

Anuar Shaari, bekas setiausaha sulit Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata saiz keanggotaan PKR itu amat diragui bahkan sebelum beliau keluar dari parti itu pada Mei 2007, tiada satu rekodpun ditunjukkan bahawa parti itu mempunyai ahli sebanyak itu.

"Setiausaha agung dulu (Datuk Salehuddin Hashim) tidak pernah menunjukkan rekod jumlah keahlian dan setiausaha sekarang ini (Saifuddin Nasution Ismail) pun tak pernah tunjuk. Jadi ini amat meragukan.

"Kalaulah betul ada ahli sebanyak yang dikatakan, buktikanlah. Daripada pemilihan MPP pun, yang mengundi Mohamed Azmin Ali (calon timbalan presiden) tak sampai lima peratus pun," katanya.

Anuar berkata sekiranya benar anggota PKR sebesar itu, ini bermakna sebahagian besar tidak mengambil bahagian dalam proses pemilihan parti, maka ini dilihat sebagai satu protes secara halus.


Mengikut keputusan tidak rasmi, Mohamed Azmin yang kini naib presiden PKR,
dipilih sebagai timbalan presiden mengalahkan seorang lagi naib presiden, Mustaffa Kamil Ayub. Seorang lagi calon, Datuk Zaid Ibrahim, menarik diri dan keluar dari parti itu selepas mendakwa berlaku penyelewengan dalam pemilihan.

Jawatan presiden kekal dipegang Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail yang menang tanpa ditandingi. Anak Anwar dan Wan Azizah, Nurul Izzah, pula terpilih sebagai naib presiden.

Ditanya mengapa pemilihan MPP hambar dengan peratusan keluar mengundi pada tahap 10 peratus sahaja berbanding Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC), Anuar berkata ia disebabkan keghairahan anggota untuk mengundi terbantut kerana telah diberikan tekanan oleh beberapa pemimpin.

"Segalanya telahpun dicaturkan dan ada juga pemimpin yang mendesak, merayu, meminta dan ada juga yang mengugut supaya calon mereka dimenangkan,"
katanya.

Kenyataan yang hampir sama turut disuarakan oleh bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ezam Mohd Nor.

Katanya meskipun beliau tidak mengetahui jumlah anggota PKR selepas meninggalkan parti pada 2006, jika berdasarkan jumlah keanggotaan yang ada, sepatutnya lebih ramai anggota yang mengundi pada pemilihan MPP.

"Sekiranya benar, sudah pastinya calon yang menang tidak diberikan mandat daripada ahli untuk memimpin parti berdasarkan kepada peratusan kecil yang keluar mengundi," katanya.

Ezam tidak menolak kemungkinan bahawa peratusan mengundi rendah disebabkan anggota PKR merasa diperalatkan untuk mencapai matlamat politik individu tertentu.

Penganalisis politik, Sivamurugan Pandian, pula berkata beliau juga sangsi dengan jumlah keanggotaan PKR.

"Saya tidak tahu ia benar atau tidak. Kalau benar, sudah pastilah mereka ini akan keluar mengundi.

"Kalau kita berpegang kepada baki 90 peratus lagi anggota PKR keluar mengundi, keputusan pemilihan boleh jadi berbeza.

"Pada saya kalau benar (anggota PKR 400,000), 90 peratus itu adalah kelompok yang menunjukkan protes secara halus," katanya.-Bernama



PKR tipu jumlah ahli untuk rundingan kerusi…menang sebab jentera PAS
Oleh: HELME HANAFI

Betul ke PKR ada ahli seramai 400,000 orang? Rasa ragu dan pelik ini memang sudah menjadi bualan ramai lebih-lebih lagi melihat pada jumlah ahli parti itu yang keluar mengundi dalam pemilihan jawatan utama parti itu yang sedang berlangsung sekarang.

Seorang bekas orang kanan parti itu tampil setelah membaca mengenai isu berkenaan dalam ruangan Sembang Kawan di Agendadaily Jumaat.

Bekas Setiausaha PKR Selangor, Mohd Nazmi Rosli mendakwa jumlah ahli yang digembar gembur oleh parti itu hanya temberang.

Dakwannya tujuan PKR tipu jumlah ahli parti itu kononnya ramai semata-mata sebagai taktik rundingan pembahagian kerusi dengan PAS dan DAP.


“Mempunyai ahli yang ramai merupakan syarat penting rundingan kerusi dalam Pakatan Rakyat, sebab itu PKR terpaksa dakwa mempunyai ahli yang ramai untuk kaburi mata DAP dan PAS supaya parti itu dapat bertanding banyak kerusi,” katanya kepada Agendadaily Jumaat malam.

Sedangkan menurut Nazmi, hakikat sebenar ahli PKR jauh lebih rendah, dan jumlah itu dapat dilihat kepada ahli yang komited menyertai proses pemilihan PKR kali ini.

“Contohnya di Sungai Petani hari ini hanya 202 sahaja yang keluar mengundi dari 3,222 ahli, jadi soalannya, betul ke ada ahli banyak macam itu, atau hanya data yang dimasukkan untuk tujuan lain?” soal beliau.

Ruangan Sembang Kawan membuat komentar mengenai perkiraan jumlah undi untuk jawatan Timbalan Presiden PKR dimana hanya 11,600 ahli yang mengambil bahagian.

Kalau mengikut putara… dari jumlah yang mengundi Azmin Ali, Datuk Zaid Ibrahim dan Mustafa Kamil Auyb di 87 cabang yang telah selesai mengadakan pengundian setakat hujung minggu lalu hanya 134 ahli mengundi pada setiap cabang.

Menurut Nazmi, PKR selama ini hanya menumpang kekuatan PAS dari segi mobilisasi jentera setiap kali berlangsung pilihanraya.

“Tanpa sokongan jentera PAS dalam pilihanraya umum 2008, PKR tidak akan menang kerusi sebanyak yang kita lihat hari ini,” kata beliau.

Jelasnya lagi, apa yang mengecewakan ahli PAS sehingga kini adalah selepas menang besar PKR berlagak macam bos dalam Pakatan Rakyat.


“PAS hanya dapat ‘seredak’ sahaja, sebab itu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri baru-baru ini mengatakan PAS tidak mahu hanya melihat sahaja kemenangan ini tetapi mereka juga mahu memimpin dan memberi makna pada kemenangan Pakatan Rakyat ini,” ujarnya.

Menurut Nazmi, PKR perlu berterima kasih kepada bekas Presiden PAS, Allahyarham Datuk Fadzil Nor yang sanggup berkorban dengan menerima PKR sebagai parti baru dalam Barisan Alternatif ketika itu.

“Tanpa pengorbanan Fadzil Nor, tidak akan ada Pakatan Rakyat hari ini, PKR tidak ada apa-apa, Anwar hanya menumpang apa yang telah diusahakan oleh Fadzil Nor semasa beliau dipenjara.

”Bahkan selepas Fadzil Nor meninggal dunia pun, dan Anwar bebaskan pun, PAS yang berperanan besar termasuk dalam ‘Demo Bersih’ beberapa bulan sebelum pilihanraya umum ke 12” kata beliau.

Dalam pilihanraya umum ke 12 BN hanya memenangi 140 kerusi Parlimen daripada 222 kerusi yang ditandinginya. Di peringkat DUN, BN hanya memenangi 307 kerusi daripada 505 kerusi yang ditandinginya.

PKR telah memenangi 31 kerusi Parlimen dan 42 kerusi DUN, Pas menang 23 Parlimen dan 83 DUN manakala DAP menang 28 kerusi Parlimen dan 71 kerusi DUN.




PKR Tipu Jumlah Ahli?

1. Saya jarang bersetuju dengan portal Umno (baru), Agendadaily. Namun pendedahan berkenaan jumlah ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) sedikit sebanyak boleh diterima dan dikaji dengan lebih mendalam. Klik di sini.

2. PKR mendakwa punyai ahli seramai 400,000 orang. Namun jumlah peratusan yang keluar mengundi dalam Pemilihan PKR mutakhir ini amat-amat mengejutkan. Rata-rata yang keluar mengundi adalah sekitar 4 hingga 11 peratus sahaja. Ia jauh lebih rendah daripada peratusan undi dalam mana-mana pilihanraya di Malaysia.

3. Ahli-ahli PKR kebanyakkannya bukan dari spesies manusia apolitical. Mereka peka dan celik terhadap perkembangan politik. Jika tidak, mana mungkin mereka akan memilih parti pembangkang yang sedang diserang hebat oleh media-media arus perdana. Mereka sudah tentu punyai kesedaran politik yang tinggi.

4. Pemilihan PKR yang melibatkan semua ahli di seluruh negara seolah-olah ‘perangkap makan tuan’ untuk PKR. Selain daripada pelbagai dakwaan penyelewengan dan manipulasi undi, PKR juga terdedah kepada pembongkaran jumlah sebenar ahli partinya.

5. Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution perlu jujur dalam hal ini. Jika benar keahlian partinya hampir setengah juta, sila buktikan.

6. PKR tidak boleh berterusan menjadi parti yang bergantung pada kekuatan jentera PAS dan DAP. Sepanjang penglibatan saya dalam kempen-kempen pilihanraya, majoriti daripada jentera Pakatan Rakyat adalah daripada parti PAS. Manakala DAP di kawasan-kawasan yang agak ramai pengundi Cina.

7. PKR hanya bergantung pada barisan hadapan pimpinan partinya khususnya DSAI.

8. Sebenarnya ramai yang hairan apabila apabila PKR kelihatan begitu mudah untuk menamakan (kini memilih) ketua-ketua Cabangnya dari kalangan ahli-ahli parti yang masih muda. Ketua cabang dari kalangan wanita juga agak ramai. Kebiasaannya dalam sebuah parti yang besar, persaingan untuk jawatan-jawatan tertinggi adalah sangat tinggi. PKR bukanlah parti nyamuk seperti Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) ataupun PPP.

9. PKR mestilah agresif menarik keahlian di setiap bahagian bagi memastikan survival partinya akan dapat diteruskan walaupun tanpa DSAI pada masa hadapan.

10. PKR juga mestilah jujur pada rakan gabungannya dalam Pakatan Rakyat jika tidak mahu dikhianati.-hasbiemuda


Ulasan GB

Berkali-kali GB sudah bangkitkan hal ini bahawa kononnya ahli PKR ada seramai 400,000 yang diberikan oleh Setiausaha Agong PKR, Saifuddin Nasution itu amat meragukan. Penipuan itu pula diikuti dengan siri penipuan-penipuan di dalam kenyataan-kenyataan Saifuddin sepanjang Pemilihan berjalan.

Ada juga yang membela Saifuddin, tetapi GB tidak dapat menyelam sebarang kebenaran dari kenyataan-kenyataannya, ia tak lebih hanya menjadi seorang "yes-man" kepada Anwar Ibrahim.

Termasuk yang membelanya adalah wakil rakyat dan blogger PR yang mengikut telunjuk Anwar-Azmin. Di atas nama nak jaga hati kawan. Bebal tak bertempat, bodoh bertingkat-tingkat.

PAS dan DAP perlu tegas selepas ini. PKR sudah pun berjaya melakukan penipuannya kepada kedua-dua rakan komponennya untuk mendapat kerusi terbanyak di dalam pilihanraya.

Pastikan penipuan mereka tidak berulang dan mereka perlu berikan bukti mengenai keahlian yang didakwa oleh mereka seramai 400,000 orang itu.

Mereka hendak menipu Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya menipu dirinya sendiri sedang mereka tidak sadar. -Al-Baqarah:9

Rayuan Ditolak, Anwar Diarah Bayar Kos RM70k

Rayuan Anwar ditolak, diarah bayar kos RM70k

Hakim mempunyai budi bicara yang luas untuk menulis penghakiman mereka sama ada dalam bahasa Melayu ataupun Inggeris.

Dalam keputusannya hari ini, mahkamah Persekutuan juga menolak rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke atas penghakiman Mahkamah Rayuan berhubung saman fitnah yang difailkannya ke atas manatn perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana ia ditulis dalam bahasa Inggeris. Namun penghakiman mahkamah rayuan juga dibuat dalam bahasa Inggeris.

Dalam menolak permohonan itu, Hakim Besar Malaya Tan Sri Arifin Zakaria berkata alasan penghakiman tidak terdiri daripada bahagian penghakiman itu sendiri.

Beliau bagaiamanpun berkata pihaknya memandang serius penggunaan bahasa Melayu di mahkamah.

Hakim Arifin merujuk pekeliling yang dikeluarkan oleh bekas Hakim Besar Malaya, Tan Sri Hashim Yeop Sani, pada 1990 yang mana beliau berkata sekurang-kurangnya satu penghakiman mesti ditulis dalam bahasa kebangsaan.

Sehubungan dengan penghakiman hari ini, Anwar juga diarahkan membayar kos mahkamah sebanyak RM70,000, meskipun peguam Mahathir - VK Lingam memohon RM100,000.

Lingam berkata pengujian tanda aras mesti dibuat bagi permohonan kes-kes Mahkamah Persekutuan sambil merujuk kepada satu penghakiman di mana mahkamah rayuan bersetuju kos RM100,000 diberikan.

Anwar kelihatan agak geram dengan penghakiman hari ini.

"Dia (Lingam) adalah seorang jutawan. Saya kalah kes ini. Ini adalah peguam Mahathir, jadi macam mana boleh kita menang?” katanya di luar mahkamah.

Peguamnya, Karpal Singh berkata mereka sedang mempertimbangkan untuk membuat rayuan.

Keputuan ini dengan sendirinya membatalkan rayuan Anwar dalam kes saman malu RM100 juta yang dikemukakan ke atas mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dua lagi anggota panel hakim yang bersidang hari ini ialah Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong dan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Suriyadi Halim Omar.

Pada 20 Oktober tahun lalu, Mahkamah Rayuan menolak rayuan Anwar atas sebab teknikal kerana tidak menyediakan memorandum rayuan dalam bahasa kebangsaan, iaitu Bahasa Malaysia.

Peguam Anwar juga dikatakan tidak menandatangani memorandum tersebut dan oleh itu, ia menjadi cacat.

Anwar telah menyaman fitnah mantan perdana menteri itu berhubung kenyataan yang dibuatnya di satu sidang akhbar Suhakam. -mk

Ulasan GB

Dulu mungkin ramai yang kasihan dan simpati kepada Anwar. Sekarang rasa kasihan dan simpati itu sudah hampir pupus gara-gara perbuatan penipuan Anwar & The Gang di dalam pemilihan yang lalu, termasuk dari kalangan ahli PKR sendiri.

Sunnatullah itu sentiasa berjalan. What goes around turns around. You get back what you give. Kezaliman yang anda beri, anda nikmatinya semula.

Seandainya Anwar berlaku adil di dalam Pemilihan yang lalu, sepastinya Allah membantu memenangkannya di dalam kes-kes yang dihadapi.

Tetapi kamu, Anwar, sama zalim seperti UMNO, kini anda juga merasai kezaliman yang anda lakukan itu. Sungguh benar firman Allah s.w.t.

’Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu, melainkan mereka mengubah nasib diri mereka sendiri.’ (Surah Ar-Ra’d ayat 11)

GB pernah menulis di SINI

nak suruh gb serang anwar lagi selepas ini? insyaAllah, dengan izin dan bantuanNya, mudah sangat bagi gb lakukan

Dan kita ingin bacakan lagi ayat-ayat ini berulangkali kepadanya:

“Dan apa saja musibah yang menimpa kamu, maka adalah disebabkan oleh perbuatan tangan kamu sendiri, dan Allah memaafkan sebagian besar dari kesalahan-kesalahanmu.” (QS. As Syura, 42 : 30)

Dan marilah kita berdoa beramai-ramai supaya kita sentiasa berada di dalam kebenaran dengan doa yang diajarkan oleh Nabi kita:

"Alahumma arinal haqqa haqqan, warnuqna tiba'ah
wa arinal bathila bathilan, warzuqnaj tinabah"


Ya Allah ya Tuhanku, tunjukkan kami kebenaran itu kebenaran dan pimpinlah kami ke arahnya dan tunjukkan kami kebatilan itu kebatilan dan pimpinlah kami untuk menjauhinya.


Apakah GB sudah bersetuju dengan institusi kehakiman sekarang? Itu persoalan yang lain. Itu adalah perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan yang berterusan yang telah diabaikan oleh Anwar dan para pengikutnya.

GB menulis di SINI:


Jika sistem kehakiman itu yang tidak adil, maka sistem kehakiman yang adillah yang kita perjuangkan, bukan Anwar yang perlu diperjuangkan.

Oleh itu kita jangan keliru.

Seorang mukmin sebenar tidak akan terpelosok ke lubang biawak dua kali, kata Nabi.

Ya, begitulah reformis dan blogger sebenar tidak akan tertipu dua kali.

Jika kita membela "keadilan" untuk Anwar maka keadilan itulah yang tertegak.

Sebaliknya jika kita membela "Anwar" untuk keadilan, "Anwar"lah yang tertegak.

Menegakkan Anwar belum tentu keadilan itu tertegak, jika menegakkan keadilan, insyaAllah Anwar boleh ditegakkan jika beliau buktikan bahawa beliau tidak bersalah.

Sekali lagi GB kata, jangan keliru.


Dan dengan doa yang GB bacakan itu tadi, setiap masa Allah s.w.t. Allah akan menunjukkan kebenaran dan membimbing kita untuk mendekatinya. InsyaAllah.


[Bergambar] Tidakkah Kita Bersyukur?



Melihat gambar-gambar yang ditemui ini, sebak memenuhi dada dengan tiba-tiba airmata mengalir pipi.

Sekalipun tak berkaki, Allah angkat darjatnya menjadi "imam" untuk yang bertaqwa. Sedang kita-kita yang lengkap fizikalnya, masih ada yang tidak bersyukur, tidak menunaikan tanggungjawab kepada Ilahi, malah ada yang berlaku zalim sesama sendiri...

Ini mengingatkan kita tentang peringatan Allah di dalam Surah Ar-Rahmaan:

Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kau dustakan?






Tertemu pula kata-kata ini:

I always complain because I had no shoes until I met a man who had no feet.

Siasat Azmi Khalid Sebab Sebenar Beliau Enggan Siasat Sime Darby

Kerugian Sime Darby: PAC "cuci tangan"

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC) "menyuci tangannya" dari kemelut kerugian RM2.1 bilion Sime Darby kerana ia menganggap pelaburan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu sebagai urusan sektor swasta.

Kenyataan yang memeranjatkan ini berikutan janji PAC sebelum ini yang mahu menyiasat kerugian besar yang dialami Sime Darby.

"Sime Darby ialah anak syarikat PNB (Permodalan Nasional Berhad) dan pemegang saham utamanya ialah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

"Kedua-duanya tidak boleh diklasifikasikan sebagai badan kerajaan kerana sumber kewangannya datang dari pelabur individu, kata Pengerusi PAC Azmi Khalid.

"Dana KWSP datang dari para pemegang saham manakala dana PNB datang dari para pelabur swasta.

"Oleh itu, PAC tidak layak menyiasat kerugian besar yang ditanggung Sime Darby," katanya, menambah PAC mencapai keputusan ini pada mesyuaratnya pada 27 Oktober lalu.

Keputusan ini mengejutkan, terutama selepas PAC pada Jun lalu berkata pihaknya akan menyiasat para pegawai Sime Darby, menyebutnya sebagai kepentingan awam.

Sime Darby menanggung kerugian sehingga RM2.1 bilion, dari unit tenaga dan utilitinya tahun ini. Sime Darby berkata pihaknya akan menyaman di mahkamah untuk menuntut kerugian ini.

Bagaimanapun, syarikat gergasi perladangan dunia itu tidak menyebut siapakah yang akan disaman. Sime Darby juga sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti.

Skandal Tuna

Dalam perkembangan lain, PAC mempertikai kedua-dua Kementerian Pengajian Tinggi dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) mengenai penyelewengan yang disebut dalam Laporan Ketua Audit Negara 2009.

Azmi berkata, PAC telah bercakap dengan para pegawai kementerian berkenaan mengenai Program Makanan Tambahan dan akan menemu bual pihak pengurusan Pelabuhan Tuna Antarabangsa Malaysia (MITP) minggu depan tentang kerugian RM60 juta.

Walaupun Azmi, yang juga Ahli Parlimen Padang Besar, berjanji akan menyediakan laporan MITP namun beliau berdiam diri tentang hasil siasatan dengan menyatakan laporan itu belum siap. -FMT

Ulasan GB

Rakyat melihat kenyataan Azmi Khalid berkenaan semata-mata satu helah untuk melindungi kerugian Sime Darby.

Setiap syarikat yang dikategorikan sebagai "GLC" ada hubung-kaitnya dengan rakyat dan bererti PAC perlu akauntable kepada rakyat terhadap perjalanan syarikat berkenaan walaupun pemegang saham utamanya ialah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Malah jika pelaburan terbesarnya datang dari KWSP, sepatutnya PAC lebih berhak menyiasatnya - dua dalam satu, siasat Sime Darby dan siasat juga KWSP.

Azmi Khalid perlu diberhentikan, malah jika perlu, perlu disiasat sebab sebenar mengapa beliau enggan menyiasat Sime Darby.





Wanita Arab Dera Amah Dipenjara

Wanita Arab dera amah dipenjara

GAMBAR menunjukkan Sumiati dirawat di Hospital King Fahd, Madinah Arab Saudi pada 17 November lalu.

RIYADH - Seorang wanita Arab Saudi berusia 53 tahun yang mendera amahnya dari Indonesia, Sumiati Salan Musapa telah dipenjarakan selain menjalani penilaian mengenai mentalnya, lapor akhbar Al-Watan semalam.

Sumiati berumur 23 tahun kini dirawat di unit rawatan rapi Hospital King Fahd di Madinah selepas tubuhnya melecur akibat dipukul dengan batang besi panas oleh majikannya itu.

Dia turut dirawat kerana patah di tangan dan tulang rusuknya.

Beberapa pegawai Arab Saudi dan Indonesia berbincang di Madinah semalam bagi membincangkan kes penderaan itu.

Sebelum ini terdapat laporan bahawa bibirnya digunting tetapi dinafikan oleh bapa saudaranya yang menyatakan ia disebabkan dipukul berulang kali oleh majikannya.

Menurut akhbar Okaz, Suruhanjaya Hak Asasi Arab Saudi menawarkan bantuan undang-undang kepada Sumiati dan akan menyokongnya jika kesnya dibicarakan di mahkamah.

Kes Sumiati mendapat liputan meluas di Indonesia selepas dia dimasukkan ke sebuah hospital selepas didera pada 8 November lalu. - Agensi

Lagi Laporan Kepincangan Pemilihan PKR.

Laporan kepincangan Pemilihan KEADILAN 2010

23 November 2010

Kepada :
Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail,
Presiden ,
Parti Keadilan Rakyat

Laporan kepincangan Pemilihan KEADILAN 2010

Perkara di atas dirujuk.

2. Saya ingin merujuk kepada laporan keputusan terpeinci di setiap Cabang seperti yang dipaparkan dalam laman web rasmi keadilan

JAWATAN UTAMA AMK

http://www.keadilanrakyat.org/images/stories/webimg/MPP/Week3/JwtnUtamaAMK_WK03_DETAILED1.pdf

AHLI AMK PUSAT
http://www.keadilanrakyat.org/images/stories/webimg/MPP/Week3/MPAMK_WK03_DETAILED.pdf

Terdapat keraguan dan kepincangan yang jelas dan nyata tentang jumlah undi yang diperoleh oleh Calon Ahli AMK dan Calon Naib Ketua AMK Pusat.

Pertama (Seperti lampiran bukti 1) klik pada gambar untuk besarkan



Keputusan undian di Cabang Semporna

Calon Ketua AMK
1) Chegubard 8 undi
2) Shamsul Iskandar 27 undi

Calon Timbalan Ketua AMK
1) Chang Lih Kang 3 undi
2) Jonah 31undi

Calon Ahli MP AMK
No 3) Ahmad Akhdor 112 undi

Adalah amat tidak munasabah Ahmad Akhdor boleh mendapat undi sebanyak 112 sedangkan jumlah AMK yang mengundi sekitar 35 orang sahaja.

Kedua (Seperti lampiran bukti 2) klik pada gambar untuk besarkan


Keputusan undian di Cabang Petra Jaya

Calon Ketua AMK
1) Chegubard dapat 11 undi
2) Shamsul Iskandar 19 undi

Calon Timbalan Ketua AMK
1) Chang Lih Kang 5 undi
2) Jonah 25 undi

Calon Naib Ketua AMK
No 5) Kesavan 55 undi

Adalah amat tidak munasabah YB Kesavan boleh mendapat undi sebanyak 55 sedangkan jumlah AMK yang mengundi sekitar 30 orang sahaja.

Sehubungan dengan itu, saya amat berharap laporan ini mendapat perhatian dan tindakan segera serta satu "Badan Siasatan Pemilihan" segera ditubuhkan bagi menyiasat segala laporan tentang pemilihan oleh pihak lain.

" UBAH SEBELUM PARAH, UBAH DEMI MARUAH "

Sekian, terimakasih.
AMIZUDIN BIN AHMAT
016 - 469 5343

Sk. 1) YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
2) YB Saifudin Nasution
3) YB Fuziah Salleh
4) YB Tian Chua
5) YB Dato' Johari Abdul
6) YB William Leong
7) Saiful Izham Ramli
8) Chegubard
9) Zulkifli Ibrahim (Kempen manager Chegubard)

Sebenarnya bukan mudah untuk analisa setiap keputusan undi di setiap cabang kerana formatnya PDF susah untuk membuat analisa. Sharpshooter hanya sempat analisa keputusan AMK sahaja itu pun tak sempat habis semua, keputusan yang lain langsung tak sempat nak analisa. Laman web parti hanya papar keputusan berakhir pada 14 Nov sahaja. Sepatutnya undi rosak juga wajib dipaparkan sekali.

Sepatutnya Calon berhak mendapat satu salinan keputusan di setiap cabang tetapi malangnya bila diminta berbagai alasan diberi. Bukan soal siapa kalah siapa menang tetapi soal ketelusan itu wajib diutamakan supaya Parti Keadilan Rakyat lebih dihormati.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Isteri Hamil Disyaki Dikelar Suami

Mati disyaki dikelar suami

Mangsa hamil ditemui pemilik rumah sewa terlentang dalam bilik

JOHOR BAHRU: Seorang wanita mengandung ditemui mati dengan kesan kelar di lehernya dipercayai dilakukan oleh suaminya sendiri di rumahnya di Batu 16, Jalan Kastari, Ulu Tiram di sini, kelmarin.

Rohana Hamzah, 26, ditemui pemilik rumah yang disewa mangsa dan suaminya dalam keadaan terlentang dan berlumuran darah kira-kira jam 1 tengah hari sebelum melaporkannya kepada pihak berkuasa.

Bapa mangsa, Hamzah Mohd, 51, mendakwa anaknya mengalami masalah rumah tangga.

"Semalam (kelmarin) arwah ada menelefon saya kira-kira jam 11.15 pagi meminta salinan kad pengenalannya yang ada dalam simpanan saya. Dalam perbualan itu, saya terdengar bunyi bising seperti pertengkaran sedang berlaku sebelum talian terputus.

"Saya cuba menghubunginya kembali namun gagal kerana telefon bimbitnya dimatikan," katanya kepada Berita Harian ketika ditemui di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini, semalam.

Hamzah berkata, beliau kemudian menerima panggilan bapa saudara menantunya kira-kira jam 2.30 petang, memintanya datang ke rumah anaknya untuk berbincang mengenai masalah keluarga.

"Ketika itu, hati saya semakin berdebar dan apabila sampai di rumah arwah, saya melihat orang ramai dan polis berada di pekarangan rumahnya.

"Saya terkejut dan hampir pengsan apabila polis menunjukkan mayat anak saya dalam keadaan terlentang di dalam bilik utama," katanya.

Hamzah berkata, beliau kemudian melihat suami mangsa dalam keadaan bergari dan dibawa polis.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin, mengesahkan suami mangsa berusia 24 tahun yang juga suspek utama kes itu kini ditahan bagi membantu siasatan.

Katanya, polis akan menyiasat kes itu secara menyeluruh dan meminta semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi hingga menjejaskan siasatan.

Noh Takut Isu Ahli UMNO Belasah ADUN Sekincan Dibincangkan Di Parlimen

Belasah ADUN: YB tak payah campur tangan, kata Noh

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Noh Omar berkata beliau sedia bersemuka dengan Ng Suee Lim untuk menyelesaikan isu ADUN Sekinchan itu dipukul di Kampung Sawah Sempadan, Tanjung Karang pada 4 Nov lalu.

Noh yang juga Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor berkata beliau telahpun menulis surat rasmi kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim untuk membolehkannya menemui semua ADUN Selangor termasuk Ng bagi menyelesaikan isu berkenaan.

"Yang Berhormat tidak ada di sana, saya juga tidak ada di sana. Jadi biar dia (Ng) berdepan dengan saya. Yang Berhormat tidak payah campur tangan... saya sedang menunggu bila Menteri Besar Selangor ini hendak jawab surat saya," kata Noh di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau memberi penjelasan mengenai isu itu kepada Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2011.

Dalam kejadian itu, Ng dan pemandunya dipukul kira-kira 30 individu yang dipercayai ahli Umno dan penyokong Noh di Kampung Sawah Sempadan, Tanjung Karang. Walaupun Ng tidak diiringi penyokongnya, namun Umno mendakwa beliau cuba membuat demonstrasi haram di kawasan berkenaan.

Penjelasan Noh menimbulkan kekecohan di dewan apabila beberapa ahli parlimen pembangkang termasuk Fong, Khalid Abdul Samad (PAS-Shah Alam) dan Dr Mohd Hatta Ramli (Pas-Kuala Krai) bangkit mempertikaikan tindakan Noh yang disifatkan tidak wajar kerana mempertahankan tindakan penduduk kawasan berkenaan.

Serangan bertalu-talu daripada ahli parlimen pembangkang terhadap Noh itu menyebabkan berlaku pertikaman lidah yang berterusan hampir lima minit manakala cubaan Noh untuk memberi penjelasan lanjut berhubung isu itu tidak diendahkan.

Melihat keadaan semakin tidak terkawal, timbalan speaker Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandie terpaksa segera masuk campur bagi menyelamatkan ahli parlimen BN itu daripada terus diserang. Ronald meminta ahli parlimen berkenaan menghentikan kekecohan itu.

"Yang Berhormat...Yang Berhormat... cukuplah... isu ini tidak termasuk dalam kementerian," katanya sekaligus menamatkan kekecohan berkenaan.

Terdahulu, semas menjawab isu kelewatan pemberian pinjaman Tekun Nasional
yang dibangkitkan beberapa ahli parlimen, Noh berkata beliau telahpun mengarahkan supaya Tekun mengurangkan kerenah birokrasi dan menepati sasaran untuk memberi kelulusan pinjaman dalam tempoh dua bulan.

Bagaimanapun, beliau tidak menafikan ada berlakunya kelewatan dalam pemberian pinjaman atas pelbagai faktor termasuk kecuaian dalam pengurusan borang pinjaman oleh pegawai.

Sama ada pinjaman Tekun dibuka kepada kaum lain, Noh berkata selain kaum bumiputera, pinjaman Tekun juga dibuka untuk usahawan kecil dari kaum India manakala setakat ini sekurang-kurangnya 50 usahawan kecil daripada kaum Cina menerima pinjaman daripada tabung berkenaan.

Persidangan dewan bersambung esok. -mk

Berita Berkaitan


ADUN Sekinchan masuk hospital lepas 'ditumbuk'

ADUN Sekinchan daripada DAP Ng Suee Lim dimasukkan hospital kerana gegaran otak selepas mendakwa ditumbuk oleh 30 orang kelmarin.

Masih bersemangat tinggi, Ng ketika dihubungi Malaysiakini berharap dapat hadir pada sidang DUN Selangor yang bermula Isnin ini.

Menurut Ng, selepas membuat laporan polis mendakwa dipukul di sebuah kunci air di Tanjung Karang Khamis lalu, beliau berasa pening dan bergegas ke Pusat Perubatan Sime Darby.

"Saya ditumbuk tiga kali di kepala," dakwanya sambil memberitahu doktor membenarkannya keluar wad esok.

Dalam laporannya polisnya sebelum ini, NG mendakwa dipukul oleh sekumpulan yang disyakinya ahli Umno Tanjong Karang ketika bertemu dengan petani kawasan itu bagi mendengar rintihan tentang isu harga padi.

Timbalan pengerusi Umno Selangor yang juga ketua Umno bahagian itu Datuk Seri Noh Omar bagaimanapun menyifatkan tuduhan Ng terhadap ahli Umno itu sebagai "mengarut". -mk


Pulau Korea Selatan Dibedil Korea Utara

Korea Utara bedil pulau Korea Selatan

GAMBAR menunjukkan sebuah meriam milik tentera Korea Selatan melepaskan bedilan dalam satu latihan di Pulau Baengnyeong dekat sempadan Korea Utara semalam.

INCHEON - Tentera Korea Utara melepaskan sekurang-kurangnya 200 bedilan meriam ke Pulau Yeonpyeong milik Korea Selatan dekat sempadan semalam hingga menyebabkan dua askar Korea Selatan terbunuh manakala 19 yang lain cedera termasuk 17 anggota tentera dan tiga orang awam.

Bedilan itu menyebabkan tentera Korea Selatan membalas dengan serangan artileri serta mengerahkan beberapa buah jet pejuangnya ke lokasi tersebut dengan pertempuran berterusan selama sejam.

"Rumah-rumah dan beberapa kawasan pergunungan terbakar manakala orang ramai berpindah dari Pulau Yeonpyeong," kata seorang saksi kepada stesen televisyen YTN.

Sumber Korea Utara mendakwa, serangan meriam itu dilancarkan selepas Korea Selatan tidak menghiraukan amaran supaya ia menghentikan latihan ketenteraan di lokasi berkenaan.

Selepas serangan itu berlaku, asap kelihatan dari bangunan-bangunan di Pulau Yeonpyeong yang dihuni kira-kira 1,700 orang awam dan terletak sekitar 120 kilometer ke barat ibu kota Korea Selatan, Seoul.

Sementara itu, Amerika Syarikat semalam mengutuk serangan Korea Utara itu dengan Setiausaha Akhbar White House, Robert Gibbs meminta Pyonyang supaya menghentikan tindakan provokasi dan mematuhi perjanjian gencatan senjata yang menamatkan Perang Korea pada 1953.

Serangan kali ini adalah yang terbaru dalam persengketaan ketenteraan antara kedua-dua belah pihak selepas sebuah kapal perang Korea Selatan tenggelam pada Mac lepas dipercayai akibat bedilan torpedo tentera Korea Utara. - Reuters

Pelajar Meninggal Dunia Sejurus Sebelum SPM Bermula

Sesak nafas sebelum rebah

LEDANG: “Saya sedang menoreh getah ketika menerima panggilan mengatakan anak yang hendak menduduki peperiksaan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) tenat.

“Saya kemudian bergegas ke sekolah tapi Hazizul disahkan sudah meninggal dunia kerana diserang sakit jantung,” kata Hasah Eunos, 56, bapa calon SPM yang mati ketika sedang mendengar taklimat peperiksaan itu di sekolahnya, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.45 pagi di Sekolah Menengah kebangsaan Ledang, Tangkak, Hazizul berada dalam kelas bersama rakan untuk mendengar taklimat peperiksaan mata pelajaran Bahasa Malaysia 1, sebelum dia mengadu sesak nafas.

Arwah kemudian dibawa ke bilik rawatan dan petugas perubatan yang tiba kira-kira 10 minit kemudian bagaimanapun mengesahkan pelajar itu sudah meninggal dunia.



Hasah yang ditemui di rumahnya di Kampung Seri Maamor di sini, berkata arwah anaknya mengalami komplikasi jantung sejak dilahirkan dan mereka sering ke Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan.


“Tiada sebarang perubahan ditunjukkan Hazizul ketika menghantarnya ke sekolah kira-kira jam 6.50 pagi.

“Hazizul yang juga anak lelaki tunggal saya dalam keadaan stabil dan ceria serta tidak sabar untuk menduduki peperiksaan, dia hanya batuk biasa saja,” katanya.

Hasah berkata, walaupun kesihatan Hazizul kurang baik, anak ketiga daripada empat beradik itu tetap mahu ke sekolah bagi meneruskan pelajaran.

Katanya, doktor di IJN memaklumkan penyakit jantung Hazizul agak kronik manakala pembedahan pula tidak boleh dilakukan untuk menyembuhkannya tetapi mereka sekeluarga tetap tidak berputus asa dan membawanya ke hospital dari semasa ke semasa.

“Hazizul mampu belajar seperti biasa tapi tak boleh aktif kerana badannya akan bertukar kebiruan.

“Dia juga meminati mata pelajaran lukisan dan tak sabar menunggu untuk menduduki peperiksaan mata pelajaran itu,” katanya.

Katanya, walaupun Hazizul bukan tergolong di kalangan pelajar cemerlang, kesungguhannya untuk belajar menyebabkan mereka sekeluarga tidak mampu menghalangnya walaupun bimbang keadaan kesihatannya yang makin buruk.

“Sebagai bapa, saya bangga dengan kesungguhan ditunjukkan Hazizul dan kerana itu saya tidak pernah ketinggalan menghantar dan menjemputnya pulang dari sekolah,” katanya.

Ibunya, Wagisah Marzuki, 46, pula berkata, anaknya itu sempat menjamah pisang goreng sebelum ke sekolah.

“Hazizul bersarapan seperti biasa dan saya sempat berpesan supaya menjaga diri serta menjawab peperiksaan dengan tenang. Tidak sangka dia meninggalkan kami pada usia muda,” katanya.

Jenazah Hazizul dikebumikan selepas solat Zuhur di Tanah Perkuburan Islam Kampung Seri Maamor, semalam.

Sementara itu, Pengarah Pelajaran Johor, Markom Giran pada sidang media berkata, kejadian berlaku kira-kira 15 minit sebelum calon mula menduduki peperiksaan.

“Hazizul tiba-tiba mengadu sesak nafas sebelum rebah. Dia kemudian dibawa ke bilik rawatan manakala guru menghubungi pusat perubatan.

“Bagaimanapun, pemeriksaan oleh petugas perubatan mendapati Hazizul sudah meninggal dunia. Kami mengucapkan takziah di atas pemergian arwah dan berharap keluarganya bersabar,” katanya.

Sementara itu, di Kluang, Bernama melaporkan seorang lagi calon SPM meninggal dunia pada jam 4 petang kelmarin akibat penyakit buah pinggang. -hm

[Bergambar] Dikemaskini: Sukan Asia: Hoki Lakar Sejarah Mara Ke Final

Hoki lelaki cipta sejarah ke final Sukan Asia

Gambar: Penjaring gol Muhamad Amin Rahim (kanan) menjerit kegembiraan meraikan gol ke empat sekaligus melayakkan pasukan hoki negara ke perlawanan akhir pada Kejohanan Sukan Asia Ke-16 di sini, hari ini. Malaysia menewaskan Indi dengan 4-3.

GUANGZHOU, 23 Nov: Skuad hoki lelaki negara mencipta sejarah layak ke perlawanan akhir Sukan Asia XVI di sini selepas berjaya menewaskan India 4-3 pada perlawanan separuh akhir, sebentar tadi.

Gol kemenangan itu diperolehi 'jaringan emas' ketika masa tambahan selepas kedua-dua pasukan terikat 3-3 selepas masa penuh permainan. Jaringan gol keempat dilakukan oleh Muhamad Amin Rahim (jersi nombor 5).

Ini adalah kejayaan pertama buat Malaysia untuk beraksi di perlawanan akhir temasya tersebut dan akan berdepan Pakistan Khamis ini untuk penentuan pingat emas.

Kejayaan Malaysia mendapat tempat ketiga dalam Kejohanan Piala Dunia 1978 dan memenangi pingat perak dalam Sukan Komanwel 1998 di Kuala Lumpur.

Pencapaian Malaysia di dalam pertandingan hoki di dalam Sukan Asia:

Sukan Asia
2006 - Tempat ke-6
2002 - Gangsa
1998 - Tempat ke-5
1994 - Tempat ke-5
1990 - Gangsa
1986 - Tempat ke-4
1982 - Gangsa
1978 - Gangsa
1974 - Gangsa
1970 - Gangsa
1966 - Tempat ke-4
1962 - Gangsa
1958 - Tempat ke-4


SKUAD hoki negara mencipta sejarah apabila berjaya melangkah ke perlawanan akhir Sukan Asia 2010 setelah menewaskan pasukan yang menduduki ranking kesembilan dunia, India 4-3 pada separuh akhir semalam.

Turun dengan misi melangkah ke final buat kali pertama pada temasya ini, skuad kendalian Stephen van Huizen dan Tai Beng Hai itu menampilkan semangat juang yang menakjubkan biarpun keting- galan dua kali kepada pasukan tuan rumah Sukan Komanwel 2010 tersebut.

Dengan kejayaan cemerlang itu, Malaysia (ranking ke-15 dunia) hanya selang- kah lagi untuk memenangi slot automatik ke Sukan Olimpik 2012 London seandai- nya muncul juara dengan menewaskan Pakistan pada final petang esok.

"Lega rasanya apabila berjaya melangkah ke final. Saya sangat bersyukur kepada Tuhan hari ini (semalam)," kata van Huizen.

"Memang sudah dijangka ia bakal menjadi satu pertemuan yang sangat sengit dengan India, malah kita juga hampir- hampir kalah jika tidak berjaya mengikat mereka pada saat-saat akhir.

"Namun, saya sangat gembira dengan komitmen serta semangat juang pemain kita yang bangkit melawan. Mereka telah menunjukkan satu persembahan yang wajar diberi pujian.

"Bukan mudah untuk menang dalam pertemuan kalah mati ini, terutamanya dengan India," ujarnya.

Pada pertemuan penuh mendebarkan di Stadium Hoki Aoti, Guangdong semalam, Malaysia mendahului 1-0 hasil ja- ringan Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abd. Jalil pada minit ke-32.

Bagaimanapun, India menyamakan kedudukan tiga minit kemudian menerusi Sandeep Singh dan kedudukan 1-1 kekal sehingga waktu rehat.

Namun pada babak kedua, permainan semakin sengit dengan Tushar Khandker meletakkan India 2-1 pada minit ke-37.

Begitupun, pemain negara tidak menyerah kalah dan terus melakukan asakan sehingga mendapat pukulan sudut penalti yang disempurnakan Azlan Misron hasil set piece yang menarik pada minit ke-49.

India sekali lagi memberi tekanan ke atas Malaysia dengan gol ketiga mereka pada minit ke-54 hasil pukulan sudut penalti kapten, Rajpal Singh.

Begitupun, pemain negara sekali lagi bangkit melawan dengan gol penyamaan tiga minit sebelum permainan tamat hasil jaringan pukulan sudut penalti Muhd. Amin Rahim, sekali gus mengheret perlawanan ke masa tambahan dengan peraturan jaringan emas (golden goal).

Pakar flick negara, Amin Rahim sekali lagi menjadi wira Malaysia apabila mele- dakkan gol kemenangan menerusi puku- lan sudut penalti pada minit ke-75.

"Saya bersyukur kerana kita mampu mendapatkan gol kemenangan lima minit selepas masa tambahan.

"Jika tidak saya rasa pemain kita sudah pasti keletihan dan tidak mungkin mampu menahan kemaraan pemain India.

"Saya juga berterima kasih kepada Beng Hai. Sebahagian besar pemain dalam skuad ini adalah pemain yang pernah diasuhnya sebelum ini. Saya hanya mene- ruskan tugas beliau," ujar van Huizen lagi.

Petang esok, skuad negara sekali lagi mampu mencipta kejutan sekiranya mengalahkan Pakistan di final, sekali gus mencipta sejarah paling gemilang dengan membawa pulang pingat emas dan lebih penting, slot kelayakan automatik ke Sukan Olimpik London 2012 nanti.

Rekod terbaik Malaysia dalam sukan hoki ialah memenangi pingat gangsa se- banyak tujuh kali (1962, 1970, 1974, 1978, 1982, 1990 dan 2002).

Manakala pada Sukan Asia Doha 2006, skuad negara hanya menduduki tempat keenam. -kosmo