5 Dis 2014

Mereka Bersukaria Berendam Di Tasik Kenyir Semasa PAS Berhimpun Di Perak


Bila orang suci tidak wala' .....

Wahai Bapa ku, TITM, sangat menghairankan, selaku seorang Naib Presiden, Tuan boleh gi berseronok-seronoh mandi manda dengan Norazli Musa, Nik Abduh, Nasrudin Tantawi...ketika PAS Pusat ada program di Perak kerana menyambut Perayaan Ulangtahun PAS kali ke-63 tahun...

Apakah perayaan tersebut tidak membawa apa-apa makna kepada mereka yang sewaktu dengan mu, wahai Bapa ku, TITM?

Bukankah apabila ada percanggahan program dengan program PAS Pusat, maka program PAS Pusatlah perlu diutamakan dan program selain itu perlu diabaikan. Maka apa ceritanya Wahai Bapa ku TITM?

Norazli Musa adalah Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Perak. Dia sepatutnya selaku tuan rumah, patut menyambut kedatangan tetamu ke Negeri Perak yg jadi tuan rumah.

Tolonglah jangan terlalu sibuk cari sampul tebal di Kota Raya.....

Ini semua adalah gara-gara wala tahap taksub dengan kelaku Tuang Presideng...atau apa?

Tuang Presidenglah yg memulakannya hingga menjadi ikutan pemimpin bawahan. Presideng yang mengungkap kata-kata sombong dan angkuh : "Atas sayalah nak hadir, tak mahu hadir".

Tuang Presideng telah tuang sewaktu pembentangan bajet kerana pergi ke London ikut Setpolnya, Dr Ahmad Samsuri yang menghantar anaknya belajar di sana.

Kesian budak-budak disana terpaksa tergesa-gesa susun program kerana kedatangan Hj Hadi kesana tidak dirancang terlebih awal.

Dia kelam kabut nak lari semata-mata kerana dia 'segan' nak duduk diantara celah Anwar dan LKS ...adoi! Rupa-rupanya, TMB Kelantan, Nik Amar pun turut begitu mentaksubi Hj Hadi dalam hal ponteng....

MSO dalam blognya menulis : Ketidak hadiran Mohd Amar pada sidang DUN lepas menjadi tanda tanya. Tidak sepatutnya beliau sebagai TMB tidak menghadiri sidang DUN apa lagi ia membincang soal perbelanjaan negeri Kelantan untuk tahun depan. Khabarnya semasa sidang Dewan bersidang beliau berada di Makkah. Selaku timbalan MB, Mohd Amar harus menjadi pembantu MB sepanjang masa.

Begitulah ceritanya tingkatan dan tahap wala' yang ada dalam PAS. Korang tak wala' jadi Munafiq Haraki, depa tak mengapa, sebab dari kalangan manusia suci.... -al-husseyn



ULASAN GB

Hukum kebenaran dan keadilan terus berjalan. Akan terdedah dan terbongkar wajah sebenar golonngan yang mengaku sabagai wala' serta suka menghukum orang lain sebagai munafiq haraki. Sekarang terdedah siapa sebenarnya munafiq haraki itu.

Merekalah JEBON dalam ertikata sebenar, tetapi yang dituduhnya orang lain... Namun kebenaran akan tetap muncul juga.

Sewajarnya kesemua mereka yang terlibat perlu dihadapkan ke Lembaga Disiplin parti kerana mengutamakan program lain selain dari program PAS Pusat. Bersukaria sesama puak wala' mereka tatkala parti sedang mengadakan satu program besar untuk membincangkan halataju parti sempena ulangtahun parti yang ke 63 di Perak.

Kata seorang sahabat... jikalah yang berkelah itu dari golongan profesyenal sudah pasti ia menjadi satu isu besar...

Tukar Nama Jalan: Apakah KJ Mahu Pemuda UMNO Derhaka?


Majlis Raja-Raja Tidak Pernah Bincang Penukaran Nama Jalan Di KL

KUALA LUMPUR: Persidangan Majlis Raja-raja tidak pernah menetapkan atau meluluskan sebarang resolusi menitahkan Dewan Bandaraya Kuala Kuala Lumpur (DBKL) menamakan semula beberapa jalan di ibu negara dengan nama bekas Yang di-Pertuan Agong.

Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad turut mengesahkan bahawa perkara itu tidak pernah dibentangkan dalam mana-mana sesi persidangan berkenaan.

"Apa yang sebenarnya berlaku ialah satu kertas cadangan telah dikemukakan kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-raja oleh Kementerian Wilayah Persekutuan untuk dibentangkan dalam Mesyuarat ke-234 Majlis Raja-raja pada 27 Feb 2014.

"Tetapi kertas cadangan itu telah ditarik balik oleh kementerian berkenaan dan tidak dipersembahkan semula untuk dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Raja-raja," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata kenyataan itu dikeluarkan bagi membetulkan fakta pemberitaan kurang tepat seperti yang tersiar pada 25 Nov lepas.

Pada 28 Nov lepas, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata keputusan DBKL untuk menukar nama lapan jalan utama di sekitar Kuala Lumpur bukan dibuat atas permintaan Majlis Raja-raja, sebaliknya ia adalah keputusan kementerian.

Beliau berkata keputusan itu diambil kerana Yang di-Pertuan Agong merupakan sebahagian daripada lipatan sejarah negara ini bagi memastikan rakyat terus mengingati mereka.

DBKL, dalam satu kenyataan terdahulu, mengumumkan jalan utama yang terlibat ialah Jalan Duta, Jalan Khidmat Usaha, Jalan Ipoh, Persiaran Duta, Jalan Khidmat Setia dan Jalan Ibadah, Lebuhraya Mahameru, Persiaran Mahameru dan Jalan Semarak.

Jalan-jalan itu ditukar nama kepada Jalan Tuanku Abdul Halim, Jalan Sultan Haji Ahmad Shah, Jalan Sultan Azlan Shah, Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin, Jalan Sultan Mizan Zainal Abidin, Lebuhraya Sultan Iskandar, Persiaran Tuanku Ja'afar dan Jalan Sultan Yahya Petra.

Menurut DBKL, nama-nama baharu itu mula berkuat kuasa 26 Nov.



Marah dengan tindakan orang ramai mempertikaikan penamaan semula lapan jalan di Kuala Lumpur, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin hari ini menyeru perwakilan Pemuda agar "bangkit mempertahankan agama, bangsa dan negara".

Menurut KJ, media sosial Twitter dipenuhi lambakan individu yang mempertikaikan jasa bekas-bekas Yang di-Pertuan Agong kepada negara yang kini diabadikan pada nama jalan di Kuala Lumpur.

Sedangkan katanya, kerajaan Pulau Pinang boleh pula menamakan jalan di Pulau Pinang sempena nama mendiang Karpal Singh.

"(Mereka tanya) apakah sumbangan Yang di-pertuan Agong kepada negara? (Mereka kata) sekurang-kurangnya Karpal Singh ada berbakti kepada bangsa.

"Kenapa tak kecoh jalan di Pulau Pinang dinamakan Jalan Karpal Singh? Tak ada siapa pun yang bising," katanya.

Lapan jalan di ibu negara, antaranya, Jalan Duta, Jalan Ipoh dan Lebuh Raya Mahameru ditukar nama-nama sempena Yang di-Pertuan Agong Malaysia mulai hari ini.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan M Loga Bala menjelaskan, ia diputuskan kabinet pada Jun lalu setelah dipohon oleh Majlis Raja-Raja.

Dalam ucapan penggulungannya di perhimpunan agung Pemuda Umno di PWTC petang ini, Khairy berkata media sosial hari ini turut dipenuhi dengan respons kurang menyenangkan terhadap ucapannya pagi tadi.

Ada yang berani mengakui mereka tidak terikat dengan kontrak sosial malah ada juga yang menyifatkan hak istimewa orang Melayu sebagai 'sejarah' semata-mata, kata Khairy.

Menurut Khairy, ia berlaku kerana sebahagian media sengaja menggambarkan ucapan beliau bersifat perkauman.

Sedangkan jelasnya, 16 halaman daripada ucapannya menyentuh tentang peremajaan semula Umno sebagai sebuah parti.

"Yang dilaporkan adalah tanggapan, gambaran bahawa kita adalah parti yang rasis. Kononnya kita mereka segala-galanya.

"Saya nak beritahu tuan-tuan inilah buktinya sekiranya kita tak bangkit di benteng hadapan - negara, bangsa dan agama kita akan diperlekehkan," laung Khairy penuh bersemangat disambut tepukan berdiri daripada perwakilan.
-mk




ULASAN GB

Hukum kebenaran dan keadilan berjalan..

Majlis Raja-raja sendiri sudah menyatakan "Majlis Raja-raja tidak pernah menetapkan atau meluluskan sebarang resolusi menitahkan Dewan Bandaraya Kuala Kuala Lumpur (DBKL) menamakan semula beberapa jalan di ibu negara dengan nama bekas Yang di-Pertuan Agong."

Ini bererti UMNO BN sudah menipu rakyat apabila:

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan M Loga Bala menjelaskan, ia diputuskan kabinet pada Jun lalu setelah dipohon oleh Majlis Raja-Raja.

Sedangkan Majlis Raja-raja TIDAK PERNAH MEMOHON penukaran nama-nama jalan berkenaan. Apa yang berlaku sebenarnya menurut Majlis Raja-raja ialah:

"Apa yang sebenarnya berlaku ialah satu kertas cadangan telah dikemukakan kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-raja oleh Kementerian Wilayah Persekutuan untuk dibentangkan dalam Mesyuarat ke-234 Majlis Raja-raja pada 27 Feb 2014.

"Tetapi kertas cadangan itu telah ditarik balik oleh kementerian berkenaan dan tidak dipersembahkan semula untuk dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Raja-raja," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Rakyat dit tipu, Majlis Raja-raja pun diitipu. Itu cara UMNO BN... dan KJ pula mengajak Pemuda UMNO bangkit... bangkit untuk apa? Derhaka?

Pelajar Buang Anak Menangis Teresak-esak Ketika Dihukum Penjara 18 bulan

Kuala Lumpur: Seorang pelajar kolej menangis teresak-esak selepas dijatuhi hukuman penjara 18 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana menyembunyikan kelahiran bayi lelakinya, Oktober lepas.

Majistret Ashraf Rezal Abdul Manan berkata mahkamah menjatuhi hukuman itu selepas mengambil kira faktor kepentingan awam dan rayuan tertuduh, Norhidayah Yon, 19, serta laporan akhlak oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Pada 4 Nov lepas, Norhidayah, pelajar semester tiga Diploma Pengurusan Perniagaan di sebuah kolej swasta di sini mengaku bersalah atas pertuduhan itu dan hukuman terhadapnya ditangguhkan ke hari ini sementara menunggu laporan akhlak.

Dalam keputusan itu, Ashraf Rezal turut berpuas hati dengan laporan JKM yang menyatakan latar belakang ekonomi keluarga tertuduh adalah sederhana manakala latar belakang sosial dan pendidikannya adalah baik.

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara itu bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada 30 Okt lepas.

Timbalan Pendakwa Raya Ooi Chean Ling sebelum itu memohon hukuman penjara setimpal sebagai pengajaran kerana kesalahan itu disifatkan sebagai tidak berperikemanusiaan, kejam dan tidak bertanggungjawab.

“Tidak ada hukuman yang lebih sesuai dengan kesalahan ini kecuali hukuman penjara memandangkan kesalahan sedemikian berleluasa sekarang,” kata Ooi.

Selepas mahkamah membacakan laporan akhlak itu, pegawai JKM Wan Hanafiah Wan Hanafi berkata pihaknya memohon satu hukuman berbentuk bon berkelakuan baik dengan seorang penjamin selain sabitan terhadap tertuduh tidak direkodkan.

Ketika rayuan, Norhidayah yang tidak diwakili peguam memohon hukuman paling ringan dan meminta peluang untuk berubah selain telah insaf atas perbuatannya.

Anak bongsu daripada lapan beradik itu didakwa atas pertuduhan menyembunyikan kelahiran bayi lelakinya dengan membuang mayat bayi itu ke dalam tong sampah selepas ia dilahirkan.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Block C, Kondominium PV6 Platinum Hill Park, Jalan Setapak di sini, pada 4 pagi, 28 Okt lepas.

Norhidayah didakwa mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. - BERNAMA

LAPORAN SEBELUM INI


Pelajar kolej mengaku buang bayi dalam tong sampah

KUALA LUMPUR - Seorang pelajar kolej swasta hari ini mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan menyembunyikan kelahiran seorang bayi lelaki dengan membuang mayatnya di dalam tong sampah, bulan lepas.

Norhidayah Yon, 19, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Asyraf Rezal Abdul Manan.

Asyraf Rezal menetapkan 4 Disember ini untuk tarikh menjatuhkan hukuman dan memerintahkan tertuduh ditahan reman.

Norhidayah, didakwa sengaja menyembunyikan kelahiran seorang bayi lelaki dengan membuang mayat bayi itu di dalam tong sampah selepas dilahirkan di Blok C, PV6, Kondo Platinum Hill Park, Jalan Setapak, Wangsa Maju di sini pada 4 pagi 28 Oktober lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ooi Chean Ling manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
- Bernama