9 Okt 2012

Mahathir Punca Melayu Hilang Jati Diri

Shah Alam: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang lebih mementingkan pembinaan monumen hebat dan bersejarah di zaman pentadbirannya didakwa menjadi punca negara hilang daya saing dalam pelbagai bidang berikutan kemerosotan moral di kalangan rakyat.

Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah), Datuk Dr Siddiq Fadzil berkata pembinaan monumen yang dikatakan menjadikan negara lebih maju dan moden berkisar dari segi pembangunan fizikal dan material semata-mata.

Katanya, amalan sebegitu yang lebih diutamakan Dr Mahathir menyebabkan negara pada masakini menghadapi masalah moral yang kritikal di samping sistem pentadbiran negara dibelenggu gejala rasuah berleluasa.

Menurutnya, pembangunan insan diabaikan menjadi punca umat Melayu beragama Islam hilang jati diri serta tahap kerohanian runtuh dan lemah.

“Di zaman Dr Mahathir dulu apa dipentingkan ialah pembinaan monumen-monumen yang dibanggakan hingga apa dikatakan dengan slogan seperti “Bersih, Cekap dan Amanah”, “Malaysia Boleh” dan yang lain tinggal slogan sahaja.

“Apa ditinggalkan ialah pembangunan dan pembentukan insan yang merupakan asas kekuatan umat Melayu Islam,” katanya dalam Bengkel Bedah Buku “Islam & Melayu” hasil karyanya di Universiti Selangor (Unisel) di sini semalam.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Insan, Dr Halimah Ali dalam ucapan perasmiannya berkata, program diadakan itu adalah program yang mengupas satu isu yang amat penting di kalangan orang Melayu beragama Islam di negara ini.

Beliau berkata, pihak penganjur wajar dipuji kerana mengadakannya dan membincangkan persoalan itu secara ilmiah dan berfakta.

“Jati diri Melayu sama juga dengan jati diri bangsa lain, harus dipertahankan dengan masing-masing punya kelebihan dan kelainan.

Bagi bangsa Melayu tentunya Islam menjadi paksi jati diri mereka,” katanya.

Turut hadir, Naib Canselor Unisel, Profesor Dr Anuar Ahmad; Dekan Fakulti Perniagaan Unisel, Profesor Dr Mohd Fuad Salleh; Penasihat Editor Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Abdul Jalil Ali.

Bayi Ajaib, Lahir Dari Ibu Yang Sudah Meninggal 2 Hari



Seorang bayi yang lahir dari seorang ibu yang telah meninggal selama 2 hari membuat gempar dunia perubatan.

Secara logik, bagaimana boleh?

Mahmoud Soliman (29), ayah dari bayi ajaib ini tidak pernah membayangkan akan merasakan kesedihan yang bercampur aduk dengan kebahagiaan yang luar biasa.

Isterinya, Jayne Soliman (41) meninggal dunia akibat dysfunction otak memberikannya seorang bayi kecil yang cantik setelah Jayne divonis meninggal 2 hari sebelumnya dengan bantuan pembedahan cesar.

Dalam masa kehamilannya, Jayne tidak merasakan apa jua masalah.

Namun ketika usia kehamilannya 25 minggu, ia merasakan sakit kepala dan sempat jatuh pengsan.

Kemudian Jayne dilarikan ke Hospital John Radcliffe Hospital Oxford.

Setelah 2 jam berada di hospital, pasukan doktor mengesahkan bahawa nyawa Jayne Solaiman tidak dapat diselamatkan lagi.

Orang Cina Sokong PAS, Tak Hairan Dengan Bayaran "One-Off" Najib



Bajet 2013: Sekadar ambik, sokong tidak

KUALA LUMPUR: Di Johor, orang tidak tanya MCA akan tinggal berapa kerusi sahaja lagi tetapi orang tanya tinggal berapa orang sahaja lagi di dalam MCA, kata Mohamad Sabu.

"Itu baru di Johor, tempat lain pun sama atau mungkin lebih teruk untuk Umno BN (Barisan Nasional)," katanya lagi.

Timbalan Presiden PAS itu menyatakan demikian merujuk kepada kesan Bajet 2013 yang dibentangkan Datuk Seri Najib Razak yang disifatkan tidak memberi kesan besar kepada perubahan sokongan rakyat untuk menyokong BN.

Di Johor katanta, MCA dalam keadaan nazak, dan bajet BN itu tidak mungkin akan memberi nyawa baru untuk menyelamatkan parti itu.

Menjelaskan lebih lanjut apa yang dimaksudkannya itu, Mohamad berkata, rata-rata orang Cina tidak peduli pun belanjawan itu kerana yang lebih penting bagi mereka ialah tarikh pilihan raya kerana mereka sudah tidak sabar hendak menamatkan cengkaman kuasa Umno Barisan BN.

"Itu belanjawan untuk menyasarkan sebahagian orang Melayu, sebab orang Cina tidak hairan dengan duit RM250 sekali bagi itu," katanya.

Malah, katanya, orang-orang Cina rata-ratanya tidak mengendahkan umpan yang bertujuan memancing undi mereka itu.


Mohamad berkata, kerajaan Umno BN terus merosakkan orang-orang Melayu apabila meneruskan amalan 'memberi ikan dan bukan kail' kepada mereka melalui pemberian duit sekali bagi dan pemberian-pemberian lain seumpamanya.

"Ketika bangsa lain boleh diumpamakan sudah maju dengan peralatan canggih untuk menangkap ikan di laut dalam, kerajaan Umno BN terus merosakkan orang-orang Melayu dengan memberikan ikan kepada mereka dan bukan memberi kail," katanya lagi.

Mohamad berharap orang-orang Melayu menolak perbuatan menghinakan mereka dengan duit sekali bagi seperti itu dan menuntut penyelesaian jangka masa panjang terhadap masalah asas mereka.

Umpamanya, kata beliau, masalah pengangguran yang sebahagian besarnya melibatkan orang-orang Melayu.

"Belum kira lagi yang tidak graduan, yang bertaraf siswazah pun sehingga 40,000 orang menganggur kebanyakannya berbangsa Melayu," katanya.

Beliau meminta orang-orang Melayu berfikir, adakah duit sekali bagi RM250 boleh menyelesaikan masalah mereka? "Jangan biarkan kerajaan Umno BN hina kita dengan gula-gula murahan seperti itu," kata Mohamad.

Para Remaja Ini Patut Dipuji & Dicontohi ...



Generasi anak muda dan remaja yang sentiasa menjaga solatnya adalah golongan yang sedikit.

Kelompok anak muda dan remaja yang menjaga solat berjamaah pula adalah satu spesis di zaman moden yang sedikit dan begitu istimewa sekali.

Saya berbangga dengan kesungguhan anak remaja ini yang bersolat secara berjamaah sekali pun suasana sekitarnya tidak selesa dan di luar kebiasaan.

Saya doakan agar kalian istiqamah dan terus membesar dengan didikan Islam sehingga menjadi pendokong Islam di masa depan. -fb

Mahathir Dah Lupa Beliau Dah Lama Bersihkan Nama Soros



George Soros bukan sekutu kami, kata Pakatan Rakyat

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat menyelar dakwaan mantan Timbalan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad yang menyifatkan undi kepada pembangkang seperti memberi undi kepada penyangak mata wang antarabangsa berketurunan Yahudi, George Soros.

Perkara itu sama sekali ditepis pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang yang menyifatkan Mahathir takut kepada Pakatan Rakyat.

“Dia paranoid,” katanya ringkas kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Sementara itu, Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua berkata Pakatan sama sekali tidak mempunyai kaitan, malah tidak mengenali individu bernama Soros.

“Dia (Dr Mahathir) tidak lagi relevan dalam konflik ini kerana ia hanya kata-kata seseorang yang telah nyanyuk,” katanya.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu berkata, kenyataan Dr Mahathir itu hanya mencemarkan nama baiknya sendiri sebagai negarawan dimata rakyat.

Takut bayang-bayang “Pakatan berpendirian tegas mengutuk tindakan kejam Yahudi ke atas rakyat Palestin. Jadi bagaimana beliau boleh kata sebaliknya pula,” soalnya.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub pula menyifatkan Dr Mahathir seperti takut kepada bayang-bayang sendiri apabila menjalin persahabatan dengan Soros semasa menjadi Perdana Menteri dahulu.

“Negara kita tak menerima sebarang bentuk penjajahan asing dan kita sama sekali tak akan mengizinkan isu Soros berbangkit,” katanya.

Manakala Ahli Parlimen DAP-Klang Charles Santiago berkata Dr Mahathir tidak telus mempertahankan kedaulatan negara daripada ancaman Yahudi apabila membenarkan Malaysia menandatangani Perjanjian Dagangan Antarabangsa (FTA).

Menurut Charles, dibawah perjanjian itu Malaysia boleh diheret ke mahkamah antarabangsa oleh firma gergasi antarabangsa yang dikuasai Amerika dan Kesatuan Eropah (EU) jika wujud sebarang pelanggaran persefahaman yang dimeterai.

“Kalau Tun nak timbulkan pasal isu kedaulatan beliau sepatutnya menghalang negara daripada menandatangani FTA,” katanya.

Isu undi: Mahathir cemas, takut nasib serupa Gaddafi, Mubarak

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad panik nasibnya akan serupa seperti Muammar Gaddafi dan Hosni Mubarak jika kerajaan Umno BN digulingkan pada pilihan raya umum (PRU) nanti.

Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar berkata, PRU kali ini paling ditakuti Mahathir kerana bimbang kekayaan yang dikaut bersama anak-anaknya dalam Umno BN terhapus jika rakyat memilih Pakatan.

“Pilihan raya nanti bukan saja menentukan hidup mati kerajaan Umno BN tetapi menentukan apakah nasib Dr Mahathir.

“Sebab itu beliau terdesak mempertahankan diri dan anak-anaknya bagi memastikan empayar politik dan ekonomi keluarga bersama kekayaan mereka terjamin,” katanya kepada Keadilan Daily.

Tambah Ahli Parlimen Lembah Pantai itu, tuduhan Mahathir bahawa mengundi Pakatan Rakyat umpama menyokong George Soros sebagai reaksi panik kerana takut penyelewengan dan pemusatan harta kekayaan dipersoal rakyat.

“Tuduhan (undi Pakatan bermakna undi Soros) adalah percubaan untuk melepaskan diri dan bersiap sedia untuk ‘menyerang’ seperti dulu,” katanya.

“Sekarang apa yang lebih utama, kita ingin mendesak satu (tribunal) siasatan ditubuhkan untuk menyiasat semua anugerah projek kepada anak-anaknya. Tidakkah dia sedar, tindakan itu boleh menyebabkan Malaysia bankrap?” soal Izzah.

Sementara itu, Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff berkata, Mahathir hipokrit kerana berdiam apabila menerima dana dari Open Society Institute (OSI) yang dimiliki Soros.

“Dr Mahathir hipokrit. Kalau Soros bantu, dia akan diam. Bila Soros tak respon (permohonan biaya dana), dia melenting. Dalam sekelip mata dia menuduh Soros menjadi dalang (kerosakan ekonomi),” kata Yusmadi ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.

Jelas Yusmadi, Soros lebih objektif dalam gerakan keamanan antarabangsa, berbanding Mahathir yang pura-pura menjadi jaguh menentang jenayah perang, hakikatnya takut dihumban ke penjara atas jenayah yang dilakukan terhadap rakyat.

“Dr Mahathir pentingkan diri sendiri. Dia hanya bercakap atas kepentingan dan agendanya sahaja. Dia tidak memikirkan hal negara dan rakyat.

“Ini hanya percubaan serangan seperti mana dahulu. Dia tidak sedar bahawa NGO (diterajui) anaknya sendiri (Marina Mahathir) menerima dana OSI,” kata Yusmadi merujuk pertemuan dua kapitalis itu di Kuala Lumpur pada 2006.

Biro Antarabangsa KEADILAN itu berkata, jika Mahathir berprinsip, pasti dia akan menyelar tindakan anaknya kerana pernah menerajui Majlis AIDS Malaysia yang mendapat dana OSI.

“Saya sendiri hadir ke program penerangan tentang polisi menangani isu dadah Malaysia di Universiti Sains Malaysia pada tahun 2011. Mengapa (Mahathir) tak persoal?” kata Yusmadi.




Dr M clears Soros of ’97

LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad has accepted that George Soros is not to be blamed for the 1997 Asian financial crisis.

Dr Mahathir, who once called Soros a moron, said: “Soros said he was not personally involved in the devaluing of the Malaysian currency and that the devaluing was done by other traders. I accepted that.

” He was speaking to reporters after a one-hour meeting with Soros at a five-star hotel here.

Dr Mahathir was asked whether he had forgiven Soros and changed his perception of the man.

“It has certainly changed. That is why I talked to him. It is not a question of forgiveness.He didn’t do it. I accepted that he didn’t do it. That’s all.

” MEETING OF MINDS: Dr Mahathir and Soros at the press conference after their private meeting at a leading hotel in Kuala Lumpur on Friday.

Asked whether his earlier opinion of Soros was formed because he didn't have the right information, Dr Mahathir said: “I read about it in the press. I had no personal meeting with him.

” Dr Mahathir, who recently had a heart attack, was a picture of health when he arrived at 10.

55am for the meeting, while Soros, who was staying in a nearby hotel, arrived 10 minutes later.

Dr Mahathir and Soros seemed at ease as they sat next to each other on a sofa at the presidential suite of the hotel.

During the press conference, Dr Mahathir helped translate what was said in Malay into English so that Soros would understand.

The former premier described their discussion as very good and said they shared the view that war was not the solution to problems, and that root causes in the Israeli-Palestinian crisis should be tackled.

Asked the reason for the meeting, Soros said: “We had exchanged correspondence. Dr Mahathir is interested in promoting peace in the world. I felt that the idea of getting people to renounce war is not enough.

“We are both concerned about the future of civilisation.

” During the meeting, they also cleared the air over Dr Mahathir being labelled anti-Semitic following press reports during the 1997 financial crisis which highlighted his criticism against Soros, who is Jewish.

Dr Mahathir said he was not anti-Semitic and believed that if anybody did something wrong, everyone had the right to criticise that person regardless of race and such.

However, they did not touch on currency speculators during the meeting. Dr Mahathir and Soros do not share similar views on the matter.

Dr Mahathir said he was still concerned about currency speculators destroying the economies of poor countries.

“I am still against it. I don’t think there is a need for such actions in order to make correction,” he said.

Soros, however, said authorities should decide how the market functions, whether under capital control or under certain conditions, while speculators act according to prevailing rules.

“Knowing the market, sometimes it’s appropriate to impose some restrictions on capital movement. The way things are right now is that the markets find ways to adjust themselves,” he said.

“There is a danger of excessive capital movement because financial markets are inherently unstable. It is the role of the authorities to maintain stability.

” Currently, he said, the authorities were doing a good job.

Soros also said he believed the financial authorities made the mistake of pegging the ringgit for too long, creating a lot of financial distress but after the exchange rate was adjusted and capital control imposed, the damage that Malaysia suffered was reduced.

Asked to comment on Malaysia’s currency management now, he said: “I’m no longer active in the financial market. I can’t answer that question.” Thestar(16/12/2006






Bertudung - Sofia Tak Mahu Toleh Belakang Lagi

Pelakon wanita yang berhijrah memakai hijab, Sharifah Sofia atau mesra dipanggil Sofia enggan menoleh ke belakang lagi mengenang kisah hidupnya sebelum berhijrah.

Dua bulan lalu, industri hiburan kecoh dengan cerita Sofia yang pergi ke kelab hiburan dengan memakai hijab hinggakan dirinya diarahkan keluar dari premis tersebut.

Ramai yang menghukum dirinya masih lagi jahil kerana tidak dapat membezakan perkara yang baik dengan yang buruk.

Namun, Sofia tidak mahu cerita itu disensasikan lagi dan dia mahu terus maju ke depan untuk memperbaiki dirinya yang masih lagi kurang ilmu agama.

“Kalau boleh saya tidak mahu pandang ke belakang semula. Mengenai kisah saya ke kelab malam itu rasanya tidak perlu untuk digembar-gemburkan lagi. Apa yang dah berlaku, biarkan ia berlaku. Lagipun perkara ini dah berlaku dua bulan lepas. Dah basi dah pun. Biarlah ada orang nak nilai apa mengenai saya mengenai hal tersebut.

“Buat masa sekarang, saya perlu tumpukan perhatian kepada masa depan dan juga keluarga. Tak perlu nak sakit kepala untuk fikir perkara yang dah berlaku,” kata Sofia hari ini.

Justeru, Sofia lebih mementingkan perkara-perkara yang positif untuk dilakukan dalam hidupnya.

Malah, dia tetap teguh dengan niatnya sejak berhijab untuk mendalami ilmu agama dari orang-orang yang dapat membimbingnya ke arah yang benar.

Dengan cara itulah Sofia mahukan kehidupannya tenang dan jiwa sentiasa tenteram.

“Apa yang penting, saya perlu sentiasa mencari dan juga bertanya mengenai perkara yang tidak ketahui dalam agama. Saya juga tak nak belajar sendiri, takut tersalah faham nanti, susah pula. Jika ada kerunsingan, saya akan bertanyakan soalan kepada mereka yang lebih arif mengenai soalan saya.

Ini tekad saya dalam menghadapi kehidupan ini dan tidak mahu memikirkan sangat mengenai perkara negatif, risau perkara yang tidak diingini itu akan berlaku. Saya mahukan perkara yang positif supaya jiwa lebih tenang,” katanya – MyNewsHub